Sabtu, 28 November 2009

TAUBAT NASUHA

Assalamualaikum...

Ana baru lepas tengok citer TAUBAT NASUHA sempena Aidiladha...cter ni ditayangkan di TV3 dan ana yakin ramai yang tengok..jalan ceritanya yang begitu simple, pelakon dewasa yang berpengalaman seperti Shiela Rusli,Fauzi dan Jalaluddin..tetapi di sini ana begitu tertarik dengan pelakon kanak-kanak yang membawa watak Aimin, Aiman dan Amirul..Kerana apa?begitu tersendiri dan memberi kesan yang cukup mendalam pada ana..Tahniah diucapkan kepada Shiela Rusli dan Jinggo kerana telah membawa cerita yang mempunyai nilai2 murni yang begitu memdalam..contohnya pendekatan mendidik anak-anak mengikut lunas-lunas ISLAM dan tangungjawab ibu bapa dalam melahirkan anak yang soleh dan solehah..Dalam cerita ini juga kita dapat lihat ditekankan Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik dalam kita menharungi kehidupan sebagai hambaNYA di muka bumi ini..

Kisah silam yang menghantui diri kerana menjadi mangsa dera dan kemarahan seorang ayah memberi kesan kepada si anak Mizi(fauzi) sehingga sikap itu terbawa-bawa dalam dirinya sehinggalah dewasa dan menjadi bapa..kesan kisah silamnya bukan sahaja menghantui dirinya, tetapi turut memberi kesan kepada anak2 dan isterinya..cerita ini turut memberi penekanan betapa kasih sayang antara keluarga perlu dipupuk dan dilahirkan bukan untuk disimpan dalam hati.Bukan untuk disimpan dalam hati sahaja, tetapi perlulah diselami hati2 insan yang kita sayang dan insan yang dalam tangjawab kita..tetapi cerita ini menunjukkan sikap Ego yang tinggi dan tidak memberi kebaikan akhirnya memakan diri sendiri.

Aimin sebagai abg ditonjolkan sebagai abg sulung yang menjadi anak yang baik dan bijak menjadi contoh pada adik-adiknya dimana ianya dihormati adik2nya dan menjadi tempat luahan ibunya yang didalam keresahan dan kesedihan kerana kecewa dengan sikap suaminya..Si kecil Amirul pula ditonjolkan dengan kepetahan dan kecerdasannya dimana dapat dilihat semasa die membaca doa makan dan maksudnya sekali..nilai yang ingin ditonjolkan ialah ilmu mendidik anak hendakklah dari kecil dan perlu dipraktikkan serta diamalkan dalam kehidupan seharian. Al-Quran, hadis sebagai pegangan dan panduan dan Rasulullah sebagai role model terbaik...Zikir. membaca alQuran dan bermusabah diri ditekankan dalam cerita ini agar kita dapat mnjadi mukmin yang sejati dan bertaqwa..

Akhirnya, dengan sifat ego dan pentingkan diri seorang ayah menyesal kerana telah kehilangan anak-anak dan Isterinya kerana dibunuh perompak,,,Penyesalan yang tidak terhingga,,,"mereka hanya dipinjamkan sementara, kerana kita tidak menjaga dan mendidk dengan baik, maka mereka dikembalikan balik kepada Allah..dari Allah manusia datang dan kepadaNYA Jualah kita kembali"...setiap percaturan didunia, adalah kuasa Ya Rabb...jika kita leka dan berdosa, kita telah disediakan pintu taubat olehNYA...itulah kasih sayang Allah S.W.T pada umatnya...Ermm inilah nilai yang dan ilmu yang diterapkan dan diselitkan dalam cerita ini...

*Kita akan menghargai apabila kita kehilangan*

Jumaat, 27 November 2009

SALAM HARI RAYA AIDILADHA 1430H


Assalamualaikum...

Syukur kehadrad Illahi kerana kita masih diberi kesempatan dan ruang untuk menyambut hari Raya Aildiladha 1430H..semoga ianya memberi erti yang amat bermakna kepada diri kita,..marilah sama-sama kita hayati erti korban bukan sahaja dalam konteks ibadat korban dihari raya Aidiladha ini tetapi dengan lebih mendalam dan luas iaitu dalam konteks diri kita, keluarga, masyarakat dan negara amnya..Kita soal diri kita apa pengorbanan yang kita lakukan dalam kehidupan ini untuk menuju jalan yang abadi bukan sahaja dengan berjaya di dunia diukur tetapi kesudahannya yang perlu dihitung dan dicapai iaitu kejayaan di akhirat...ermm akhir kata ana ucapkan selamat hari raya korban kpd insan-insan yang disayangi dan dirindui,sahabat-sahabat,para pengunjung teratak ini dan semua muslimin dan muslimah seluruhnya...

*Bab dengar takbir hati ini sayuuuu sgt..kenapa???apa yang bermain difikiran ana???ermmmm

KHUTBAH HARI RAYA AIDILADHA 1430H

KHUTBAH AIDILADHA 1430H
Sumber: IBNU MUSLIM di 11/24/2009 08:40:00 PM

اللهُ اَكْبَرُ، اللهُ اَكْبَرُ، اللهُ اَكْبَرُ، * اللهُ اَكْبَرُ، اللهُ اَكْبَرُ، اللهُ اَكْبَرُ،
اللهُ اَكْبَرُ.اللهُ اَكْبَرُ، اللهُ اَكْبَرُ، اللهُ اَكْبَرُوَ للهِ الْحَمْدُ،

اَلْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، إِلَهِ اْلأَوَّلِيْنَ وَالأَخِرِيْنَ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
أَمَّا بَعْدُ فَيَا مَعْشَرَ اْلمُسْلِمِيْنَ أُوْصِيْكُمْ وَنَفْسِيْ بِتَقْوَى اللهِ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ

Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar- benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. (Surah Ali-Imran, ayat 102)

Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kepada Allah yang telah mengizinkan kita untuk menyambut kedatangan Aidil Adha. Saya menyeru kepada diri saya sendiri, dan juga mengajak seluruh muslimin dan mulismat, agar sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, kerana dengan ketaqwaan sajalah kita akan dimuliakan oleh Allah SWT..

Pada masa ini, jutaan muslimin muslimat yang menjadi tetamu Allah sedang berkumpul untuk menunaikan rukun Haji. Kita mendoakan semoga mereka dapat mengerjakan haji dengan sempurna dan memperolehi haji mabrur dan seterusnya pulang ke tanah air dengan iman yang mantap dan ketaqwaan yang jitu. Allah SWT berfirman :

Yang bermaksud : Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari yang Telah ditentukan, atas rezeki yang Allah Telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang terdesak lagi fakir. (Surah al-Hajj, ayat 27-28)

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Sesungguhnya Aidil Adha atau hari raya Qurban, membawa kita mengenang kembali kisah Nabi Ibrahim Alaihissalam bersama puteranya Ismail, kisah kepatuhan, ketaatan, pengorbanan dan kesabaran mereka dalam menjunjung perintah Allah SWT apabila Nabi Ibrahim diarahkan untuk menyembelih anak kesayangannya Ismail. Sebagai mencontohi pengorbanan mereka, Rasulullah SAW telah menganjurkan agar menyembelih binatang pada hari raya korban sebagaimana sabdanya :

Yang bermaksud : Sesiapa yang mempunyai kemampuan dan tidak mengerjakan ibadat korban, janganlah mendekati tempat solat kami (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Hadis ini membuktikan bahawa ibadah korban adalah satu perkara yang benar- benar dituntut oleh Islam. Oleh yang demikian, beruntunglah mereka yang pada hari ini memilih untuk melaksanakan sunnah ini. Bertuahlah mereka yang pada hari ini mengalirkan darah binatang-binatang korban sebagai tanda kepatuhan mereka kepada Allah swt. Rasulullah saw telah bersabda :

Yang bermaksud : “Tiada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah daripada menumpahkan darah (ibadat korban). Bahawasanya ia (haiwan yang dikorbankan itu) datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi. Oleh itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang ikhlas." (Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu
Majah).

Ternyata sekali bahawa penyembelihan korban yang diperintah supaya kita lakukan itu mestilah dilakukan dengan hati yang ikhlas bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bukan semata-mata untuk membolehkan kita menikmati daging korban semata-mata, kerana darah dan daging bukanlah tujuan sebenar yang boleh mencapai keredhaan Allah SWT tetapi dengan ketaqwaan sehaja dapat mencapainya. Firman Allah swt :
Yang bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah Telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (Surah al-Hajj, ayat 37)

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.

Apabila Nabi Ibrahim melaksanakan perintah Allah swt agar menyembelih anaknya, apa yang diharapkan olehnya tentulah tidak lain dan tidak bukan ialah keredhaan Allah SWT. Inilah contoh pengorbanan yang agung di dalam sejarah manusia yang tentunya sukar untuk ditandingi oleh sesiapa sekalipun. Bagaimanakah kedudukan kita jika dibandingkan dengan pengorbanan agung Nabi Ibrahim as? Kita tidak diminta untuk berkorban menyembelih anak sendiri, tetapi kita berpegang teguh kepada Islam sebagai addin dan peraturan hidup. Sesungguhnya tuan punya alam ini adalah Allah. Dia sahajalah yang berhak menentukan peraturan dan undang-undang dalam kehidupan ini.

Maka di antara tuntutan Allah SWT ialah supaya kita sentiasa bertakwa kepadaNya dan berlaku adil sesama manusia. Firman Allah swt :
Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 8)

Seorang muslim yang sebenar hendaklah sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dan mematuhi prinsip-prinsip keadilan sesama manusia. Bahkan berlaku adil sesama manusia walaupun dari golongan yang tidak sehaluan adalah merupakan syarat-syarat ketaqwaan yang sempurna. Kebelakangan ini kita menyaksikan bagaimana wujudnya pihak-pihak yang sewenang-wenangnya bertindak untuk melanggar perjanjian semata-mata kerana tidak mahu memberikan keuntungan kepada pihak yang tidak disenangi.

Hasil mahsul bumi diangkut sewenang-wenangnya tanpa sebarang faedah kepada penduduk setempat sekalipun sudah wujud perjanjian yang jelas. Semua ini berlaku apabila orang-orang Islam sendiri tidak menghayati sabda Rasulullah SAW :

Yang bermaksud : Orang-orang Islam itu dipegang pada janji mereka (Riwayat Bukhari)

Lantaran itu, sepatutnya sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah SWT, hak-hak yang telah diiktiraf di dalam perjanjian hendaklah sentiasa dihormati tanpa sebarang penyelewengan fakta semata-mata kerana tidak sehaluan dari sudut fahaman politik, mazhab dan sebagainya. Jika seseorang itu tidak mematuhi janji yang telah dimeterai, maka hilanglah penghormatan orang lain terhadap dirinya dan pastinya akan dikecam sebagai pengkhianat serta tidak boleh dipercayai. Demi keadilan yang dituntut oleh Islam, maka hak-hak yang telah termaktub di dalam sebarang perjanjian yang tidak melanggar syarak hendaklah dikembalikan agar tidak menjadi bebanan di hadapan Allah SWT. Ingatlah walau siapapun kita dan setinggi mana pun pangkat yang kita miliki, sebarang pengkhianatan terhadap perjanjian tetap akan dipersoalkan oleh Allah SWT.
Kita mungkin berjaya melepasi mahkamah di dunia, tetapi kita tidak mungkin dapat melepasi mahkamah Allah SWT di akhirat kelak. Allah SWT berfirman di dalam al- Quran :

Yang bermaksud : Dan tepatilah dengan janji, sesungguhnya janji itu sesuatu yang (akan) disoal (Surah al-Isra’, ayat 34)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah SWT.
Negara kita juga dikejutkan dengan pelanggaran demi pelanggaran terhadap syariat Allah SWT. Di tengah-tengah kita mengatakan ingin kembali kepada Islam yang sebenar, kitaa terus menyaksikan bagaimana pergantungan kewangan negara kepada hasil pendapatan dari industri yang diharamkan oleh Allah. Lihatlah bagaimana didedahkan baru-baru ini di dalam sidang parlimen bahawa pada tahun 2008 sahaja kerajaan Malaysia telah mengutip sejumlah RM2.37 billion hasil dari aktiviti perjudian yang dilesenkan termasuklah kasino. Jika diperincikan, pecahan hasil yang diperolehi dari syarikat-syarikat judi berkenaan adalah Genting RM949.8 juta, Sports Toto RM509.74 juta, Magnum RM396.5juta, Pan Malaysia Pool RM270.76 juta dan Pan Malaysian Racing RM138 juta. Manakala untuk satu tahun syarikat-syarikat judi tikam nombor mengadakan sebanyak 72 cabutan khas (special draw) selain cabutan biasa sebanyak 3
kali seminggu yang dibenarkan kerajaan Pusat.
Selain itu, turut dimaklumkan juga bahawa kerajaan memperolehi RM4.4 bilion hasil dari cukai-cukai yang dikenakan ke atas produk tembakau dan arak. Lebih menyedihkan apabila ada di kalangan orang-orang kenamaan yang beragama Islam sendiri yang menjadi anggotalembaga pengarah syarikat arak di negara kita. Adakah ini menunjukkan kejahilan atau sikap ingin melawan ketetapan Allah SWT? Sedarkah kita bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

Yang bermaksud : “Allah melaknat arak, orang yang meminumnya, yang menghidangnya untuk diminum (oleh orang lain), yang menjualnya, yang membelinya, orang yang memerahnya, yang minta diperahkan untuknya, orang yang membawanya, orang yang dibawa arak kepadanya dan orang yang memakan harganya (yakni hasil jualannya)”. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim dari Ibnu Umar)

Berdasarkan hadis yang disebut tadi, alangkah terasanya kita bahawa sebahagian dari kalangan kita umat Islam sendiri yang terlibat dengan pihak-pihak yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. Sekalipun kita tidak meminum arak, tetapi terlibat sebagai penjual, pemborong, pembeli, pembawa bahkan sebagai orang yang bertanggungjawab meluluskan sekalipun tidak terlepas dari bahaya laknat daripada Allah SWT.
Ekoran dari situasi seperti inilah, masyarakat semakin lama semakin jauh daripada Allah SWT. Penipuan di dalam perniagaan, berlegarnya kontrak dan kekayaan di kalangan orang-orang tertentu yang membolehkan pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat membina mahligai yang berjuta-juta nilainya di tengah penderitaan rakyat yang serba tidak mencukupi. Walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat oleh pelbagai pihak, tapi tidak ada satu tindakan pun yang diambil. Ini benar-benar berbeza bila berdepan dengan rakyat miskin di rumah-rumah setinggan, rumah malah surau mereka dirobohkan tanpa sebarang belas kasihan semata-mata untuk memberikan laluan kepada pembangunan. Kita tidak ingin menentang pembangunan cuma janganlah belaku ketidakadilan di dalam proses membangun ini. Juga tersebarnya kemaksiatan dan skandal-skandal yang melibatkan orang-orang atasan dan juga bawahan sudah menjadi perkara biasa yang hinggap di cuping telinga kita. Kalau mereka yang diamanahkan menjadi pimpinan sekalipun tidak menjaga urusan moral, apakah dapat diharapkan dari golongan bawahan yang turut sama bergelut dengan keruntuhan moral dan akhlak.

Isu anak luar nikah dan pembuangan bayi yang heboh di negara kita ialah natijah kealpaan kita di dalam membentuk anak-anak menjadi soleh. Ia adalah merupakan buah yang terpaksa kita tuai hasil dari pendidikan sekular yang kita semai. Adakah ini semua sebagai tanda bahawa kita sedang berdepan dengan bala daripada Allah swt? Adakah ini satu isyarat bahawa keberkatan sedang ditarik sedikit demi sedikti dari kehidupan kita?

Sama-samalah kita mengangkat tangan untuk berlindung dari perkara-perkara yang dijanjikan oleh lidah Rasulullah SAW ini. Dalam pada itu, sejauh manakah minat dan hasrat kita sebagai ibubapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama yang dikelolakan oleh kerajaan negeri yang lengkap dengan mata pelajaran yang bercorak agama dan bahasa arab serta tidak ketinggalan dari sudut akademik. Apa yang dipelajari oleh anak-anak kita ini melayakkan mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam pelbagai jurusan sama ada di dalam atau di luar negeri. Apa yang lebih diharapkan ialah anak-anak ini akan dapat memberikan sumbangan yang lebih bernilai untuk agama dan menjamin asuhan akhlak dan disiplin mereka, insya-allah.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah SWT.

Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama menjadikan hari raya aidiladha pada hari ini sebagai satu proses untuk kita melangkah ke hadapan di dalam memantapkan keimanan dan keatqwaan kita kepada Allah swt. Biarlah darah-darah binatang korban yang kita alirkan pada hari ini menjadi saksi bahawa kita adalah insan-insan yang taat dan menjunjung segala perintah Allah swt. Sesungguhnya kehidupan ini terlalu singkat untuk kita sia-siakan. Perlulah diingat bahawa perjalanan hidup ini sebenarnya menuju kepada detik kematian, dan kita semua pasti akan dibangkitkan semula pada hari kiamat untuk menerima pembalasan daripada Allah. Firman Allah SWT :
Yang bermaksud : Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran, ayat 185)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Selasa, 24 November 2009

ISU: PEMANASAN GLOBAL ATAU GLOBAL WARMING..

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni ana nak tunjuk gambar2 yg ana tgk dkt gambar2 menarik yang dtunjukkan kat yahoo pasal isu pemanasan global...isu ini memberi byk kesan negatif bukan shja kpd alam sekitar tetapi kepada hidupan di muka bumi ini..gambr2 yg ana paparkn kali ni mengenai ais di antarctic yg mkin mencair...jum saksikan dan fikir2kan...


gambar dr satelit NOAA-12 yang tnjuk ais kt Sea Ross
berpecah-pecah antara 1 sama lain.



Dua image ni tnjuk bongkah2 ais berpecah
dan mnjd makin kecil maksudnya makin mencair laa


Bongkah ais kat arctic


Ni tiada kena-mengena dgn topic harini,
tapi gambar satelit NOAA ni cover
mengenai awan nak tnjuk ujan kat kawasan tuu..hehehe

Ahad, 22 November 2009

Budak-budak sekarang..

Assalamualaikum..

Semalam anak buah ana temankan ana...keseorangan dengan ayah..mak pegi kenduri sepupu ana nikah..anak buah ana yg brumur 10 dan 6 tahun..datang dengan bawak game dierang..yang tak tahan nak buka laptop ana main game..game sendri dah ada nak guna laptop jgk..aitt mane boleh,, ana tak kasi org guna laptop ana sebarangan..sebab laptop ni hadiah bernilai dan istimewa ana...terlalu istimewa(kenapa???rahsia)..laptop ni guna tuk blaja jer bukan tuk main game..jadi ana memang tak pernah instal game pun dalam laptop ana ni..jadi tuk kasi anak buah ana ni diam ana bukak computer dan sambungkan tenet kat cmputer tuu..yang ana geram tak sempat pape nak terang ana tengok budak 2 ni dan bukak page kelab nuri bank rakyat,,upanya kat situ banyak game boleh pilih..apa lagi main game laa.yang tak tahan yang si angah ciap nak ajar ana lagi bagitau apa game die main..huh...seingt ana dulu ana kenal dan guna computer masa ting 5..ni ank buah ana umur 6 tahun semua dah tahu..kalo seingat ana yang si angah ni umur 3 tahun dah main game kt cmputer..adeyhh budak-budak skng..budak-budak zaman sekarang makin maju dan cepat belajar dari kita..pada ibu bapa pandailah didik dan awasi anak2 anda...sekian..hehe

Sejuknya...

Assalamualaikum..

Pagi tadi bangun dari tidur ana terus mandi untuk bersiap solat subuh...kira dah lewat ana bangun dari biasa..selalunya kalau kat kolej ana bangun kebiasaannya pkul 6 atau awal dari itu..kerana dikejutkan dengan jam loceng atau azan subuh yang dilaungkan bilal masjid...jika dirumah..lewat sikit ana bangun...manja napaknya nak mak ana kejut..hehehe..bukan ape kunci jam pun tak sedar..tah kenapa sedap betol tidur di kampung dengan suasana yang nyaman dan sejuk..ditambah pula musim hujan yang tak henti-henti...Masa mandi..mak aittt..liat betol ana nak curahkan air ..mane taknya sejuk mengcengkam sehingga ketulan..tapi memang tabiat ana tak suka mandi lama-lama....tak nak membazir air laa katakan..hehhee..cukup dengan sucikan diri dan berwuduk untuk mengadap YA RABB..

Ana pernah ditanya rakan kenapa ana suka mandi pagi-pagi kadang2 kalau sedar kul 5.30 pagi pun ana akan mandi dulu..kenapa???sebab ana nak dalam kedaan segar dan bersih semasa mengadap YA RABB...kerana ana malu mengadap YA RABB dalam keadaan yang baru bangun tido dan hanya menggosok gigi..

"ana selalu persoalkan diri ana kenapa nak pergi kelas aku boleh mandi, nak jumpa kawan aku boleh mandi dulu, jadi kenapa masa nak mengadap YA RABB dengan keadaan diriku yang tak terurus, kenapa aku tak boleh buat??"..jadi tu la monolog diri ana yang membuatkan ana mandi apabila tersedar jer dari tidor...tak kira la sesejuk ais pun ana kan mandi...kalo kat kampung ni..adeyhhh berlaga-laga gigi ana kesejukan..

Masa kesejukan mandi tadi ana teringatkan zaman kecik-kecik dulu, masa tu takde bekalan air paip macam sekarang..kami menggunakan air telaga yang kena gunakan tangan dan tenaga untuk mencedok air menggunakan timba..dah laa masa tuu sejuk..pastu guna air telaga plak...nak pegi sekolah sebelum kul 6 mak dah kejut bangun..ada masa nanggis tak nak mandi sebab sejuk sangat alih-alih mak terpaksa jerang air panas campur nga air telaga agar ana dapat mandi dengan air suam-suam kuku..hehe..lama-lama bila adik ana yang lelaki sekolah jugak..mak dah tak rebus air dah..katanya kena biasakan, kalo nak jerang air makan masa dan nak kami berdikari sebenarnya...masakan tidak.kalo kami pakai air panas mak kena jerang air 3 kali tuk kami, pastu nak masak pagi lagi,, takut kami tak sempat makan...kadang-kadang nak hidupkan api dapur kayu bukan senang, makan masa dan kena selalu jaga..ermm bila teringat balik..kecian mak..nak pastikan anak-anak dia perut berisi pegi sekolah, sanggup buat apa sahaja..mak takkan biarkan kami pegi sekolah dengan perut lapar..walaupun dengan nasi dingin dan ikan masin...sampai sekarang anak dah besar dan berkawin mak still buat sarapan pagi..sebab tuu ana selalu indukan masakan mak..terima kasih mak..i love uu...akan kubahagiakan hatimu mak..

Ishh sempat mengelamuan ana ni..sejuk-sejuk pun berangan lagi...tak boleh mandi lama-lama nati lewat solat subuh....wacauuuuuuuuu...

Hadiah buat anak soleh

Utusan Malaysia
20/11/2009

NABI Sulaiman dikurniakan oleh Allah SWT kelebihan yang istimewa dan memiliki banyak mukjizat. Dengan izin Allah, baginda boleh melihat sesuatu yang terselindung daripada pandangan mata manusia biasa.

Pada suatu hari, baginda berjalan-jalan di tepi laut untuk melihat kebesaran Allah SWT. Tiba-tiba baginda terlihat ada sesuatu yang menakjubkan di dalam dasar laut itu. Kemudian baginda memerintahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dasar laut untuk mengetahui benda tersebut.

Jin Ifrit pun terus menyelam ke dalam laut untuk mendapatkan benda yang ajaib itu tetapi tidak menemuinya. Kemudian, Ashif bin Barkhiya, iaitu seorang lelaki telah menawarkan dirinya untuk menyelam ke dasar laut tersebut, dan dia telah menjumpai suatu benda yang berupa sebuah kubah.

Dia sangat kagum dengan kecantikan kubah tersebut lalu mengangkatnya dan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman.

"Alangkah indahnya kubah ini. Aku berasa hairan dibuatnya. Aku telah dikurniakan oleh Allah mukjizat sehingga pandanganku dapat menembusi segala sesuatu yang terselindung. Tetapi kali ini aku tidak dapat melihat sesuatu di dalam kubah ini," kata Nabi Sulaiman.

Lalu baginda pun berdoa kepada Allah agar dapat melihat isi kandungan kubah itu. Doanya dikabulkan oleh Allah, dan kubah tersebut terbuka pintunya. Di dalamnya ada seorang pemuda sedang sujud sambil memuji Allah tanpa henti-henti.

"Siapakah engkau. Manusia, jin, atau malaikat?" tanya Nabi Sulaiman.

"Aku seorang manusia biasa," jawab pemuda itu.

"Bagaimana engkau memperoleh kemuliaan serupa ini?" tanya Nabi Sulaiman.

"Kerana aku telah berbuat kebaikan kepada kedua-dua orang tuaku," jawab pemuda itu.

Pemuda itu pun menceritakan kepada Nabi Sulaiman tentang kisahnya memelihara kedua-dua ibu bapanya. Mereka termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh dan kuat imannya. Sejak kecil dia dipelihara oleh ibu bapanya dengan didikan yang baik dan mereka sentiasa mendoakannya menjadi anak yang soleh.

Bapanya telah meninggal dunia. Kemudian dia telah memelihara ibunya yang sudah tua, buta, lumpuh, lemah dan selalu sakit. Ibunya sangat mengharapkan dia supaya menjaga dan menguruskan segala keperluannya.

Dia selalu menyuapkan makanan ke mulut ibunya, memberi minuman dan memandikannya. Ibunya selalu berdoa kepada Allah supaya dia akan dikurniakan ketenangan dan kepuasan dalam hidupnya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, ibunya telah berdoa agar dia diberikan tempat bukan di bumi dan bukan juga di langit.

Suatu hari pemuda itu berjalan-jalan di tepi laut. Dia melihat sebuah kubah, lalu masuk ke dalamnya. Pintu kubah itu tiba-tiba tertutup. Pemuda itu pun berdoa kepada Allah, lalu kubah yang gelap itu tiba-tiba menjadi terang benderang.

Suasana di dalam kubah itu berubah menjadi kebun yang dipenuhi dengan pohon-pohon, kolam air susu dan madu, suara-suara yang merdu dan segala makanan yang lazat. Jika dia lapang, dia akan memetik buah-buahan yang pelbagai rasa itu. Jika dia dahaga, sudah tersedia di hadapannya pelbagai macam minuman yang lazat.

Oleh kerana pemuda itu mahu meneruskan solat dan zikirnya kepada Allah, Nabi Sulaiman dan para pengikutnya terpaksa keluar dari kubah tersebut. Kemudian baginda memerintahkan supaya mengembalikan semula kubah itu ke dasar laut. Setelah itu, pulanglah baginda bersama bala tenteranya menuju ke istananya.

Khamis, 19 November 2009

SESI TANYA USTAZ: PERBEZAAN ANTARA Basyar, Insan, dan Al-Nas

Assalamualaikum..
Pertanyaan:Ustaz..apakah perbezaan diantara insan dan nas?
Ulasan:Ustaz Naim

Di dalam al-Quran, ada tiga istilah kunci yang mengarah kepada makna asas manusia, iaitu basyar, insan, dan al-nas. Ada konsep-konsep lain yang jarang digunakan di dalam al-Quran, anasiy, insiy dan ins. Unas disebut sebanyak lima kali dalam al-Quran (al-Baqarah: 60; al-A‘raaf:82; al-Ma’aarij:160; al-Israa‘: 71; a-Naml:56) dan menunjukkan kelompok atau golongan manusia. Di dalam al-Quran, ayat 60 surah al-Baqarah, misalnya, unas digunakan untuk menunjukkan 12 golongan dalam Bani Israil.

Anasiy hanya disebut sebanyak satu kali (al-Furqan: 49). Anasiy dalam bentuk jamak daripada insan, dengan mengganti nun atau ya atau boleh juga bentuk jamak daripada insiy, seperti kursiy, menjadi karasiy. (Lihat al-Thabrasi, 1937), yang merupakan bentuk lain daripada insan. Ins disebut sebanyak 18 kali di dalam al-Quran, dan sering dihubungkan dengan jinn sebagai pasangan makhluk manusia yang mukallaf (al-An‘aam: 112, 128, 130; al-A‘raaf: 38, 179; al-Israa‘: 88; al-Naml: 17; al-Fussilat: 25, 29; al-Ahqaaf: 18; az-Dzaariyaat: 56; ar-Rahmaan: 33, 39, 56, 74; al-Jinn: 5, 6).

Kita kembali kepada ketiga-tiga istilah kunci tersebut.


MAKSUD BASYAR
Basyar disebut sebanyak 27 kali. Dalam seluruh ayat tersebut, basyar memberikan rujukan kepada manusia sebagai makhluk biologi. Lihatlah bagaimana Maryam berkata, yang bermaksud: “Tuhanku, bagaimana mungkin aku mempunyai anak, padahal aku tidak disentuh basyar.” (ali-Imran: 47); atau bagaimana golongan yang diseru para nabi menolak ajarannya, kerana nabi hanyalah basyar – manusia biasa yang ‘seperti kita,’ bukan superman.

Kata basyar dihubungkan dengan mitslukum (tujuh kali) dan mitsluna (enam kali) di antara ayat-ayat tersebut di muka. Nabi Muhammad s.a.w disuruh Allah s.w.t menegaskan bahawa secara biologi, baginda seperti manusia yang lain, yang bermaksud: “Katakanlah, aku ini manusia biasa (basyar) seperti kamu, hanya saja aku diberi wahyu bahawa Tuhanmu ialah Tuhan yang satu.” (al-Kahfi: 110; al-Fussilaat: 6).

Tentang para Nabi, orang-orang kafir selalu berkata, “Bukankah dia basyar seperti kamu, dia makan apa yang kamu makan, dan dia minum apa yang kamu minum.” (al-Ahzab: 33). Ayat ini ditegaskan dalam al-Quran, surah 25: 7, yang bermaksud, “Mereka berkata, bukankah Rasul itu memakan makanan dan berjalan-jalan di pasar.’ dan Al-Quran, surah 25: 20, ‘Dan tidak Kami utus sebelummu para utusan kecuali mereka itu memakan makanan dan berjalan-jalan di pasar.’ Ketika wanita-wanita Mesir takjub melihat ketampanan Nabi Yusuf a.s, mereka berkata, “Ya Allah, ini bukan basyar, tetapi ini tidak lain kecuali malaikat yang mulia.” (12:31).

Secara singkat konsep basyar selalu dihubungkan dengan sifat-sifat biologi manusia yakni makan, minum, seks, berjalan di pasar. Dari segi inilah, kita tidak tepat mentafsirkan basyarun mitslukum sebagai manusia seperti kita dalam hal berbuat dosa. Kecenderungan para Rasul untuk tidak patuh pada dosa dan kesalahan bukan sifat-sifat biologi, tetapi sifat-sifat psikologi (atau spiritual). Sama tidak tepatnya untuk tidak mentafsirkan: ‘Sesungguhnya telah kami jadikan insan dalam bentuk yang sebaik-baiknya.’ (95: 4) dengan menunjukkan karakteristik fisiologi manusia.

Yusuf Ali (1977: 1759) dengan tepat mentafsirkan ayat ini, ‘to man God gave the purest and the best nature, and man’s duty is to preserve the pattern on which God has made him.’ (QS 30:30). Al-Syaukani (1964, 5: 465) menyebutkan umumnya para mufasir memaknakan ayat ini untuk menunjukkan kelebihan manusia secara fisiologi yakni berjalan tegak, dan makan dengan menggunakan tangan. Tetapi Ibn ‘Arabi berkata, “Tidak ada makhluk Allah yang lebih baik daripada manusia. Allah membuatnya hidup, mengetahui, berkuasa, berkehendak, berbicara, mendengar, melihat, dan memutuskan, dan ini adalah sifat-sifat rabbaniyah.”

Sekali lagi kekeliruan pentafsiran, umumnya para mufassir bermula daripada salah faham tentang semantic field istilah insan, yang berbeza dengan basyar.
MAKSUD INSAN
Insan disebut sebanyak 65 kali dalam al-Quran. Kita boleh mengelompokkan konteks insan dalam tiga kategori, iaitu:

Pertama, insan dihubungkan dengan keistimewaannya sebagai khalifah atau pemikul amanah.
Kedua, insan dihubungkan dengan ciri-ciri negatif diri manusia.

Ketiga, insan dihubungkan dengan proses penciptaan manusia.

Kecuali kategori ketiga yang akan kita jelaskan kemudian, semua konteks insan menunjukkan pada sifat-sifat psikologi atau spiritual. Pada kategori pertama, kita melihat keistimewaan manusia sebagai wujud yang berbeza dengan haiwani. Menurut al-Quran, manusia adalah makhluk yang diberi ilmu: “Yang mengajar dengan pena, mengajar insan apa yang tidak diketahuinya.” (al-’Alaq: 4, 5). “Dia mengajarkan (insan) al-bayan.“ (ar-Rahmaan: 3). Manusia diberi kemampuan mengembangkan ilmu dan daya nalarnya. Kerana itu juga, kata insan berkali-kali dihubungkan dengan kata nazhar. Insan disuruh menazhar (merenungkan, memikirkan, menganalisis, meneliti) perbuatannya: “Iaitu hari manusia akan menigingati apa yang telah diusahakannya.” (al-Naba‘: 35)

Proses terbentuknya makanan daripada siraman air hujan hingga terhasilnya buah-buahan (’Abasa: 24-36), dan penciptaannya (at-Taariq: 5). Dalam hubungan inilah, setelah Allah menjelaskan sifat insan yang tidak labil. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?” (al-Fussilat: 53)

Kedua, manusia adalah makhluk yang memikul amanah (al-Ahzab: 72). Menurut Fazlur Rahman (1967: 9), amanah adalah menemukan hukum alam, menguasainya atau dalam istilah al-Quran ‘mengetahui nama-nama semuanya’ dan kemudian menggunakannya, dengan inisiatif moral insani, untuk menciptakan tatanan dunia yang baik. Al-Thabathabai, (tt, 351-352) mengutip berbagai pendapat para mufassir tentang makna amanah dan memilih makna amanah sebagai ciri-ciri untuk beriman dan mentaati Allah. Di dalamnya terkandung makna khilafah, manusia sebagai pemikul al wilayah al-ilahiyyah. Amanah inilah yang dalam ayat-ayat lain disebutkan sebagai perjanjian (ahd, mitsaq, ‘isr). Ciri-ciri untuk beriman inilah yang digambarkan secara metafora dalam surah al-A‘raaf, ayat 172.

Ketiga, kerana manusia memikul amanah, maka insan di dalam al-Quran juga dihubungkan dengan konsep tanggungjawab (a-Qiaamah: 36; al-Qiaamah:3; al-Qaaf: 16). Manusia diperintah untuk berbuat baik (Luqman: 14; al-Ahkaf: 15); amalnya dicatat dengan teliti untuk diberi balasan, sesuai dengan apa yang dikerjakannya (al-Najm: 39). Oleh hal yang demikian itu, insanlah yang dimusuhi syaitan (al-Israa‘: 53; al-Hasy-r: 16) dan ditentukan nasibnya di hari kiamat (al-Qiaamah: 10, 13, 14; al-Naazi‘aat: 35; ‘Abasa: 17; al-Fajr: 23).

Keempat, dalam menyembah Allah s.w.t, insan sangat dipengaruhi oleh lingkungannya. Apabila dia ditimpa musibah, dia cenderung menyembah Allah s.w.t dengan ikhlas; apabila dia memperoleh keuntungan, dia cenderung sombong, takbur, bahkan musyrik (Yunus: 12; Hud: 9; al-Israa‘: 67, 83; az-Zumar: 8; al-Fussilat: 49, 51; asy-Syuraa: 48; al-Fajr: 15).

Dalam kategori kedua, kata insan dihubungkan dengan ciri negatif pada diri manusia. Menurut al-Quran, manusia itu cenderung zalim dan kafir (Ibrahim: 34; al-Hajj: 66; az-Zukhruf:15), tergesa-gesa, terburu-buru (al-Israa‘: 11; al-Anbiyaa: 37), bakhil (al-Israa‘: 100), bodoh (al-Ahzab: 72), banyak menafikan atau membantah (al-Kahfi: 54; al-Nahl: 4; Yaasiin: 77), resah, gelisah, dan enggan membantu (al-Ma‘aarij: 19), ditakdirkan untuk bersusah payah dan menderita (al-Insyiqaaq: 6; al-Balad: 4), tidak berterima kasih (al-’Aadiyaat: 6), berbuat dosa (al-’Alaq: 6; al-Qiaamah: 5), meragukan hari akhirat (Maryam: 66). Apabila dihubungkan dengan sifat-sifat manusia pada kategori pertama, insan menjadi makhluk paradoks, yang berjuang mengatasi konflik dua kekuatan yang saling bertentangan: kekuatan mengikuti fitrah (memikul amanah Allah s.w.t) dan kekuatan mengikut ciri negatif. Kedua-dua kekuatan ini digambarkan dengan kategori ayat-ayat ketiga.

Secara menarik, proses penciptaan manusia atau asal kejadian manusia dinisbahkan kepada konsep insan dan basyar sekaligus. Sebagai insan, manusia diciptakan daripada tanah liat, intipati tanah, tanah (al-Hijr: 26; ar-Rahmaan: 14; al-Mukminun: 12; as-Sajdah: 7). Demikian juga basyar berasal daripada tanah liat, tanah (al-Hijr: 28; Saad: 71; ar-Rum: 20) dan air (al-Furqan: 54). Ini dapat disimpulkan bahawa proses penciptaan manusia menggambarkan secara simbolik perwatakan basyari dan perwatakan insani. Menurut Qardhawi (1973: 76), manusia adalah gabungan kekuatan tanah dan hembusan Ilahi (bain qabdhat al-thin wa nafkhat al-roh).
Yang pertama, unsur material dan yang kedua unsur rohani. Yang pertama, unsur basyari, yang kedua unsur insani. Kedua-duanya harus bergabung dalam keseimbangan. “Tidak boleh (seorang mukmin) mengurangi hak-hak tubuh untuk memenuhi hak roh, dan tidak boleh dia mengurangi hak-hak roh untuk memenuhi hak tubuh,” kata Abbas Mahmud al-’Aqqad (1974, 7:381).

MAKSUD AN-NAS
Konsep kunci ketiga ialah al-nas yang mengarah kepada manusia sebagai makhluk sosial. Inilah manusia yang paling banyak disebut di dalam al-Quran (sebanyak 240 kali, lihat ‘Abd al-Baqi, al-Mu’jam; pada kata al-nas). Tidak mungkin dalam tulisan singkat ini, dijelaskan seluruh bidang semantik istilah al-nas. Cukuplah di sini ditunjukkan beberapa perkara yang memperkuatkan persoalan pada awal paragraf ini – yakni, al-nas merujuk kepada manusia sebagai makhluk sosial.

Pertama, banyak ayat yang menunjukkan kelompok-kelompok sosial dengan perwatakannya. Ayat-ayat itu lazimnya dikenali dengan ungkapan wa min al-nas (dan di antara sebahagian manusia). Dengan memperhatikan ungkapan ini, kita menemukan kelompok manusia yang menyatakan beriman, tetapi sebenarnya tidak beriman (al-Baqarah: 8), yang mempersekutukan Allah s.w.t (al-Baqarah: 165), yang hanya memikirkan kehidupan dunia (al-Baqarah: 200), yang mempesonakan orang dalam pembicaraan tentang kehidupan dunia, tetapi memusuhi kebenaran (al-Baqarah: 204), yang ‘berdebat’ dengan Allah s.w.t tanpa ilmu, petunjuk, dan al-Kitab (al-Hajj: 3, 8; Luqman: 20), yang menyembah Allah s.w.t dengan iman yang lemah (al-Hajj: 11; al-Ankabut: 10), yang memperagakan percakapan yang menyesatkan (Luqman: 6); di samping ada sebahagian orang yang rela mengorbankan dirinya untuk mencari keredaan Allah s.w.t.

Kedua, dengan memperhatikan ungkapan aktsar al-nas, kita dapat menyimpulkan bahawa sebahagian besar manusia mempunyai kualiti rendah, baik dari segi ilmu mahupun dari segi iman. Menurut al-Quran, sebahagian manusia itu tidak berilmu (al-’A’raaf 187; Yusuf: 21; ar-Rum: 6, 30; al-Jaathiyah: 26; Saba‘: 28, 36; al-Ghaafir: 57), tidak bersyukur (al-Ghaafir: 61; al-Baqarah: 243; Yusuf: 38), tidak beriman (Hud: 17; Yusuf: 103; ar-Ra‘d: 1), fasik (al-Maidah: 49), tidak menghiraukan ayat-ayat Allah s.w.t (Yunus: 92), kafir (al-Israa‘: 89; al-Furqan: 50), dan kebanyakan harus menanggung azab (al-Hajj: 18).

Ayat-ayat ini dipertegaskan dengan ayat-ayat yang menunjukkan sedikitnya kelompok manusia yang beriman (an-Nisaa‘: 66; Saad: 24; al-Baqarah: 88; an-Nisaa‘: 46; an-Nisaa‘: 155), yang berilmu atau dapat mengambil pengajaran (ah-Kahfi: 22; 7: ali-Imran; an-Naml: 62; al-Ghaafir: 58; al-Haaqah: 42), yang bersyukur (Saba‘: 13; al-A‘raaf: 10; al-Mukminun: 78; al-Mulk: 23; as-Sajdah: 9), yang selamat daripada azab Allah s.w.t (Hud: 116), yang tidak diperdayakan oleh syaitan (an-Nisaa‘: 83).

Ketiga, al-Quran menegaskan bahawa petunjuk al-Quran bukanlah hanya dimaksudkan kepada manusia secara individual, tetapi juga manusia secara sosial. Al-nas sering dihubungkan al-Quran dengan petunjuk atau al-Kitab (al-Hadiid: 25; an-Nisaa‘: 170; Ibrahim: 1; an-Nur: 35; az-Zumar: 27; dan sebagainya).

WALLAHUA'LAM

Rabu, 18 November 2009

BANJIR:PENERIMAAN MASYARAKAT KELANTAN

Assalamualaikum W.B.T

Lama benar ana tidak update blog..maklum laa...apabila dah berada di kampung,, laptop pun letak tepi dulu..hehe.tambah laa sekarang musin hujan tidak berhenti-henti..lagi seronok dibungkus dan didakap selimut..hehehe..

Umum mengetahui..bila musin tengkujuh tiba..negeri yang sudah lali akan mengalami banjir adalah Kelantan..majoriti daripada daerah-daerah disini mengalami banjir..Bagaimana penerimaan masyarakat Cik Siti Wan Kembang apabila setiap tahun mengalami banjir?

Jika dapat dilihat, masyarakat Kelantan sudah lali dengan fenomena ini.kurang kita dgr keluh kesah dari mereka..bagi mereka, banjir sudah sebati dengan kehidupan mereka..awal2 lagi mereka sudah pindahkan barang ke stor sementara di tempat yang dikira selamat dari banjir..sikap bantu-membantu dapat dilihat lebih jelas lagi apabila musim banjir berlaku..

Bagi mereka banjir bukan masa untuk bersedih, keluh kesah, tapi masa untuk bergembira bagi anak-anak kecil dimana mereka dapat bermain air dan berenang tanpa perlu ke air terjun, atau sungai, cukup dengan hanya bermain di hadapan rumah..bagi ibu bapa pula..ada yang telah siap sedia menyediakan stok makanan seperti beras ikan masin, biskut untuk dimakan dengan air kopi panas dan teh bersama ubi rebus..nyam-nyam kejur air liur ana bila cakap mengenai ubi rebus..

Di musim banjir dan ujan juga,,,tidak semua kedai akan ditutup. kedai makan atau kedai kopi tetap beroperasi.Anak-anak muda dan si bapa akan ke sungai atau terusan menjala ikan untuk dijadikan hidangan di musim banjir atau sekadar minat..di tepi jalan besar atau dipasar si ibu pula seronok berniaga bermacam-macam jenis ubi seperti ubi kayu, ubi keling, ubi badak, ubi itik dan ubi keledek..mereka tidak menjadikan alasan sebagai masa putusnya punca rezeki di musim banjir, tetapi musin hujan dan banjir dinanti mereka yang rajin mengusahakan tanaman ubi untuk dijual di musim tengkujuh..

Tidak banyak bantuan yang diperoleh bagi mangsa-mangsa banjir,,,bagi mereka cukup sekadar bantuan beras dan barang-barang dapur yang cukup untuk dimakan apabila banjir berlaku..mereka bersyukur dengan apa yang ada,,,ikan masin atau ikan jeruk selalunya dijadiakan hidangan di musim tengkujuh...walaupun cukup daif bagi mereka yang berkemampuan, tapi bagi di kelantan hidangan sebegini cukup meyelerakan..tambahan dengan budu sebagai pembuka selera...ikan pekasam daripada hasil tangkapan menjala ikan juga menjadi hidangan seisi keluarga.

Adakah penerimaan sebegini dapat dilihat di negeri lain???mungkin di negeri Terengganu yaa...tapi di negeri lain ana tidak tahu...sebab ana tak mengalami kedaan banjir di negeri lain..jika di kawasan Rantau Panjang dan Kota Bharu, dapat dilihat pesta main air dan bot-bot kecil milik persendirian bersiar-siar bersama keluarga..tiada riak risau dan kesah daripada mereka..kedai-kedai yang tidak teruk dilanda banjir, tetap beroperasi...mereka tetap mencari rezeki, air banjir tidak menjadi penghalang..

semoga sikap bersederhana. syukur dan rajin mencari rezeki halal akan berterusan bagi semua masyarakat..Dalam Islam menuntut kita hidup besederhana dan sentiasa beryukur dengan segala nikmat yang Allah berikan..

Wallahualam..

Rabu, 11 November 2009

Solat Wanita Sakit Hendak Bersalin

WanitaKiriman ummuabbas

Saya membuat rumusan berkenaan solat wanita yang sakit hendak bersalin ini berdasarkan pengalaman sendiri. Sebagai muslim yang sedar akan tanggungjawab menunaikan solat, sudah tentu saya dan anda mahu menunaikan solat yang terbaik dan mengikut waktunya.

Namun di sana, terdapat situasi yang kita belum pernah alami dalam menunaikan solat.

Melalui pengalaman, ilmu digali dan penyelesaian dicari. Hasilnya inilah yang dapat saya kongsi bersama kaum wanita khususnya. Kaum lelaki juga perlu prihatin terhadap solat wanita yang hampir dengan mereka seperti isteri. Beri bantuan dan sokongan kepada mereka untuk menunaikan kewajipan yang satu dan asas ini. Itu pun kalau mahu lulus soal jawab dengan malaikat di akhirat kelak.

Memang terdapat wanita yang menemui ajal di saat melahirkan anak, maka menunaikan solat dalam waktunya hendaklah dititik beratkan meskipun sakit tidak terperi. Selagi akal waras dan lidah masih mampu membaca al-Quran, maka wajarlah kita bersyukur dengan fokus pada menunaikan ibadah fardu setakat terdaya.

Insya Allah, kehidupan kita akan senantiasa ceria dan bahagia di sisi Allah.

Saya nukilkan dalam bentuk cerita agar lebih praktikal dan mudah difahami. Jika terdapat sebarang kesilapan dalam memberi pendapat ini, sebarang teguran amat dialu-alukan. Jazakumullah.
***************
Pada pukul 12 tengahari, Aminah merasa sakit tanda hendak bersalin. Dilation (bukaan serviks) Aminah pada waktu itu 5cm. Aminah berkejar ke hospital dan segera dimasukkan ke bilik bersalin. Sakit Aminah semakin kerap menandakan bukaan serviks semakin luas. Bayi dalam perjalanan keluar dari alam rahim. Darah juga mula membasahi kain dan katil.

Dalam menahan sakit itu, azan Zohor berkumandang. Aminah teringin menunaikan solat namun doktor tidak mengizinkan Aminah bangun kerana bimbangkan keselamatan Aminah dan bayi.

Dalam keadaan begini, bagaimana Aminah mahu berwuduk? Sekitar tempat Aminah berbaring dikotori darah dan air kencing. Selain tempat yang kotor, Aminah juga perlu membersihkan diri dan pakaiannya terlebih dahulu. Namun Aminah sudah tidak mampu untuk bangun melakukan semua itu sendiri. Tiada pula orang yang akan membantu Aminah. Sakit bersalin hanya Allah yang tahu. Tiada kata yang dapat menggambarkan kesakitan itu. Seluruh tenaga dikerah dan seluruh urat saraf ditarik-tarik bagi sebuah nyawa yang amat berharga.

Allah maha pengasih, apa yang dialami Aminah dikira situasi darurah yang mengharuskan perkara yang dilarang. Aminah harus solat secara baring tanpa membersihkan diri, tempat dan berwuduk. Aminah juga tidak harus menangguhkan waktu solat kerana Aminah memang akan bersalin bila-bila masa. Darah yang mengiringi anak nanti dikira darah wiladah atau nifas. Nifas atau wiladah merupakan hadas besar bagi wanita. Justeru Aminah haram menunaikan solat sepanjang tempoh nifas.

Allah tidak membebani hamba-hambaNya kecuali apa yang termampu dilakukan. Ayat 286 dari surah al-Baqarah menjadi hujjah keharusan tersebut,

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا‌ؕ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ‌ؕ

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Walaubagaimanapun, Aminah harus berusaha terlebih dahulu memenuhi tuntutan syarak yang asal untuk menunaikan solat. Sebagai contoh: Sekiranya Aminah mampu mengelap darah dengan tisu atau kain bersih daripada badannya di tempat dia berbaring, maka Aminah perlu lakukan itu. Jika Aminah mampu membuang alas yang kotor itu, maka Aminah juga perlu lakukannya walaupun tidak dapat mencari alas yang bersih sebagai ganti. Lebih baik Aminah solat di atas katil tanpa alas dan kotor sedikit dibandingkan bersolat di atas alas yang sememangnya digunakan untuk menadah kotoran secara langsung.

Contoh solat secara berbaring. Jika boleh baring mengiring, baring mengiring di atas rusuk kanan. Foto dari alfurqanonline.net

Kemudian, Aminah harus menggunakan air untuk berwuduk. Mintalah segelas atau sebotol air kecil dan basuh atau ratakan air pada anggota wuduk yang wajib yakni muka, tangan hingga ke siku, sebahagian kepala dan kaki. Basuhan atau sapuan itu dilakukan sekali sahaja yakni bilangan wajib.

Bagi menutup auratnya, memadai Aminah berselimut yang menutupi seluruh badannya hingga ke kaki dan bertudung lengkap atau meletakkan kain yang dililit menutupi rambut. Kemudian Aminah boleh bersolat dalam keadaan baring.
Wallahua’lam.

Nota: Daripada artikel ini, saya ditanya mengenai hukum darah yang keluar semasa hamil. Artikel berkaitan boleh dilihat di sini http://keranacinta.wordpress.com/2009/11/09/pendarahan-semasa-hamil-dan-air-ketuban/

SUMBER: ummu Abbas
23 Zul Qi'dah 1430H
1031am
Dicatat oleh AL-IKHWAN, KEMBOJASARI di 3:22 PM

Selasa, 10 November 2009

INFO KESIHATAN:Bersalin di dalam air kurang sakit

Utusan Malaysia
10 November 2009 / 22 Zulkaedah 1430
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas.

SECARA umumnya kita mengetahui tentang kelahiran di dalam air menerusi dokumentari yang disiarkan di kaca televisyen. Penulis juga pernah melihat satu dokumentari di mana seorang ibu yang memilih untuk bersalin di dalam air berkongsi pengalaman tersebut bersama sanak saudara dan jiran-jirannya, sungguh mengagumkan.

Jika dilihat dari sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran di dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada di dalam uri.

Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mencari kebaikan bayi yang dilahirkan di dalam air dan di penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari.

Kini, kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin di dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.

Pakar perbidanan dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur Dr. Choong Kuo Hsiang berkata, di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.

"Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini," jelasnya ketika ditemui di kliniknya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Justeru, katanya, Pusat Perubatan Pantai telah merasmikan pusat kelahiran air yang pertama di Lembah Klang awal tahun ini. Sejak dari tarikh tersebut sebanyak tiga percubaan melahirkan anak di dalam air, namun hanya dua yang berjaya dilahirkan dengan kaedah ini.

"Terdapat dua aspek bersalin di dalam air, pertama sewaktu sakit di dalam air dan bersalin di luar serta kedua, bersalin dan melahir anak di dalam air. Semuanya terpulang kepada ibu. Pihak doktor tidak akan memaksa,'' kata Dr. Kuo Hsiang yang telah mempunyai 17 tahun pengalaman sebagai doktor pakar perbidanan.

Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas.

Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.

"Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut semuanya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri," jelasnya.

Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan.

"Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air, tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor," katanya.

Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja.

"Jadi air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam," jelas Dr. Kuo Hsiang lagi.

Dr. Kuo Hsiang menambah kelahiran di dalam air sebenarnya hanyalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi.

"Kelebihan kelahiran di dalam air hanya memberi ibu rasa relaks terutama apabila berhadapan dengan kontraksi kelahiran. Falsafah saya apabila seorang ibu mahu bersalin, keselesaan adalah keutamaan yang perlu diberi kepada mereka.

"Berdasarkan kajian saya, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung," ujarnya.

Kisah: Ummu Qais melawat nabi

Utusan Malaysia
10 November 2009 / 22 Zulkaedah 1430

UMMU Qais atau nama sebenarnya Aminah binti Muhsan. Beliau adalah adik-beradik dengan seorang sahabat Nabi Muhammad iaitu Ukasayah bin Muhsan.

Sejarah Islam menyatakan bahawa Ummu Qais adalah antara wanita yang awal memeluk agama Islam. Dia berasal dari Bani Asad. Sesudah dia memeluk Islam, dia tidak terlepas daripada menerima pelbagai seksaan yang kejam daripada pihak orang kafir Quraisy.

"Orang kafir Quraisy tidak henti-henti menyeksa orang Islam di Mekah. Mereka sebenarnya benci terhadap orang Islam," kata seorang perempuan Muslim.

"Memang benar. Mereka semakin mengganas. Sekiranya mereka tahu di antara kita sudah menjadi orang Islam, mereka akan seksa dan bunuh kita. Mereka sudah tidak berhati perut," kata Ummu Qais pula.

Sedang asyik mereka berbual tiba-tiba datang seorang anak kecil memberitahu mereka tentang perihal orang kafir Quraisy.

"Ibu, cepat sembunyikan diri. Saya lihat orang kafir Quraisy sedang menuju ke arah kawasan kita. Mereka ingin menangkap orang Islam," kata anak perempuan Muslim itu tadi.

"Mari kita sembunyikan diri di dalam rumah masing-masing," kata perempuan Islam itu.

Mereka bersurai meninggalkan tempat tersebut. Masing-masing menyelamatkan diri di rumah sendiri. Orang kafir Quraisy semakin mengganas. Melihat kepada kezaliman Quraisy, Nabi Muhammad meminta orang Islam berhijrah ke Madinah.

"Wahai para sahabat, berhijrahlah ke Madinah. Kalian akan aman di sana," kata Nabi Muhammad.

Ummu Qais dan orang Islam yang lain mula berhijrah ke Madinah. Mereka meninggalkan rumah masing-masing untuk mencari ketenangan beribadat di Madinah.

Ummu Qais adalah seorang wanita yang rajin mempelajari ilmu agama. Dia telah melaporkan sebanyak 24 hadis daripada Nabi Muhammad. Keluarganya sangat dihormati oleh Nabi Muhammad.

Pada suatu hari, Ummu Qais datang ke rumah Nabi Muhammad bersama-sama anaknya yang masih bayi. Kedatangan Ummu Qais ke rumah Nabi Muhammad di sambut baik oleh Nabi Muhammad dan isterinya.

"Silakan masuk," pelawa Nabi Muhammad kepada Ummu Qais dan anaknya.

Ummu Qais dan anaknya masuk ke rumah Nabi Muhammad. Isteri Nabi Muhammad ada bersama di rumah itu.

"Silakan duduk," pelawa isteri Nabi Muhammad.

"Biar saya yang dukung bayi ini," kata Nabi Muhammad. Bayi itu dibawa masuk ke bilik Nabi Muhammad.

Isteri Nabi Muhammad berbual panjang dengan Ummu Qais. Dia dilayan dengan baik.

"Awak sudah makan?" tanya isteri Nabi Muhammada kepada Ummu Qais.

"Belum," jawab Ummu Qais.

Kemudian isteri Nabi Muhammad membawa makanan untuk tetamunya itu. Sedang asyik mereka berbual, tiba-tiba anak Ummu Qais menangis. Rupa-rupanya bayi itu membuang air kecil. Najisnya terkena baju Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad tersenyum dan berkata, "Bayi ini sudah melepaskan hajatnya".

Ummu Qais dan isteri Nabi Muhammad tersenyum melihat kejadian itu. Kemudian Nabi Muhammad berkata, "Berikan saya air".

Tanpa membuang masa, isteri Nabi Muhammad mengambil sebekas air yang terdapat di dapur rumahnya itu. Kemudian Nabi Muhammad mengambil air itu lalu menyiram air tersebut ke atas bajunya yang terkena najis bayi itu. Nabi Muhammad terus sahaja memakai baju itu tanpa mencucinya terlebih dahulu.

Begitu terperinci cara Nabi Muhammad mengajar wanita mencuci najis seorang bayi. Islam tidak membebankan seseorang dalam melaksanakan ibadatnya.

Selain itu, Nabi Muhammad juga bersikap baik terhadap anak yang masih kecil. Anak adalah amanah yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Anak perlu dijaga dan didik dengan baik.

Ummu Qais adalah seorang ibu yang baik dan penyayang. Dia amat mengambil berat terhadap kesihatan anaknya. Semasa anaknya sakit, dia telah berjumpa dengan Nabi Muhammad bagi mendapat nasihat rawatan penyakit anaknya itu.

Anaknya mengalami sakit kerongkong. Lalu Ummu Qais menggunakan lintah dan diletakkan di leher anaknya.

Nabi Muhammad berkata, "Mengapa awak menyakiti anak awak dengan menggunakan lintah? Awak boleh guna kayu gaharu iaitu sejenis kayu dari India. Kayu itu boleh mengubati pelbagai jenis penyakit".

Ummu Qais mengikuti nasihat Nabi Muhammad. Ummu Qais merupakan wanita yang memiliki umur yang panjang. Sepanjang hidupnya dia banyak melakukan amal ibadah kepada Allah.

Sabtu, 7 November 2009

Adakah ana sudah berubah???

BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM"...."Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Hari ini ana lapang sedikit..kerana apa?exam ana dah habis, segala kerja untuk sem 7 dah terlaksana sudah..Tapi ana belum lapang sebenarnya..Ini satu permulaan yang menuntut ana untuk terus mengejar dan mencari??Tapi mengejar apa???Mencari apa???...........

Jika kita perhatikan, waktu semakin mencemburui kita..cuba kita lihat,,bangun dari subuh,,luangkan sejenak masa kita untuk menjengah sejenak keluar tingkap..lihat dan lihat...waktu 5.30 dan 6 pagi seperti pukul 7.30 pagi..Suasananya cerah nak dibandingkan masa ana waktu sekolah rendah dan menengah dulu..Dulu masa sekolah rendah, pukul 6.15 pagi ana, 2 adik lelaki ana dan pak sedara ana dah tercacak menunggu bas sekolah..waktu itu sangat gelap lagi..kami sentiasa bertempiran lari untuk sampai ke tempat menungu bas, kerana apa?kerana dihambat kerisauan akan suasana kegelapan dan kesejukan pagi..


Paksu,ana(hehe muka bulat dr kecik),adek yen dan adek pik

Waktu itu, ana masih ingat dapat dilihat banyaklagi rumah-rumah disekeliling masih bergelapan..mungkin isi rumahnya sedang lena diulit mimpi dalam dakapan selimut yang menyamankan..Tapi ana masih dalam dakapan kesejukan kesan air telaga dan udara sejuk pagi...Tapi waktu itu semuanya telah berlalu,,,kita sudah dihambat waktu,,kita mengejar waktu atau waktu meninggalkan kita???Semuanya berlaku perubahan..apa itu perubahan???

Perubahan jika dari segi pemahaman ana adalah ketidakupayaan sesuatu benda untuk tidak berada keadaan asalnya atau tidak sama pada kedaan tulen dan awalnya..Jika kita renungkan dalam kalam Allah sudah nyata akan apa yang dilakukan ada aturannya dan perubahan yang berlaku diterangkan untuk kita fahami akan setiap kejadian dan kekuasaanNYA...

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering) -nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.(Al-Baqarah-164)..

Pagi ini ana memikirkan kisah silam ana...dari ana kecik(waktu yang masih dpt diingt) sampai tika ini..Adakah Azi Elliana sekarang adalah sama dengan Azi Elliana dulu??Adakah ana turut sama berubah dibawa masa yang semakin tua???atau ana berubah kerana dibawa gelombang dunia??

Teringat kata-kata sahabat yang melihat ana dan memempertikaikan kedaan ana sekarang dan ana yang dahulu..Ana tidak tahu Azi Elliana yang sekarang berubah dari yang baik kepada buruk atau yang buruk kepada baik???Ini bukan kemampuan ana untuk menilai diri ana sendiri...yang ana boleh nyatakan, Azi Elliana hari ini bukan Azi Elliana sebelum ini..ana kena berubah..kerana apa???untuk mengejar dan mencari siapa diri ana, dan mencari keperluan ana untuk menghadapi hari perhitungan yang mana hari pembalasan seluruh umat manusia ...

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,Yang menguasai hari pembalasan..(Al-Fatihah:ayat 2-4)

"Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya". Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.(Ali-Imran:ayat 9)

Jadi dalam konteks untuk mengubah diri kita..ianya bergantung pada diri kita sama nak corakkan diri kita dalam perubahan yang kearah mana?Usaha yang untuk berubah kearah yang kita inginkan perlu ada disiplin tarbiyah dalam diri dengan kukuh..jika tinggi keinginan untuk berubah, maka kita akan capai apa yang kita inginkan...jika kita hanya mengharapkan perubahan itu datang dengan sendiri,,, maka jadilah kita penunggu setia..jika kita mengharapkan hidayah ALLAH tanpa doa dan usaha kita,,,jadi tunggulah sampai bila hari pembalasan tiba...jika kita rasa itu jalannya..lakukanlah..tiada siapa ada hak keatas diri kita dan akan membantu diri kita jika tarbiyah diri kita tidak kukuh..."jangan hanya bertepuk dada tanya selera dan keinginan"..tanpa kita lakukan apa yang kita inginkan..

Mari kita renungkan seorang kanak-kanak kecil yang pada awalnya hanya pandai meniarap...kemudian keinginan untuk merangkak,,berjalan dan berlari...jatuh bangun ada kala diiringi dengan tangisan dan luka..ini sudah lumrah kehidupan,,untuk mencapai sesuatu yang diimpikan dan matlamat mempunyai onak duri yang perlu dilalui..Untuk melaluinya kita kena persiapkan diri dengan ilmu dunia akhirat dan tarbiyah diri yang kukuh.. Kita sudah ada petunjuk bagi diri kita,,,kalam Allah adalah petunjuk yang akan membawa kita menuju kejalanNYA jika kita beriman dan berpandukannya..

"Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.(Al-Baqarah:ayat 2)

Wahai saudaraku..sama-samalahlah kita bermusabah diri sejenak..memikirkan tentang kedaan diri kita dalam persediaan untuk menghadapi hari pembalasan (bukannya hari peperiksaan didunia)...Layakkah diri kita untuk mengadap Yang Maha Esa..Layak atau tidak penghitungan akan dibuat bila tiba waktunya..sama-sama kita renungkan...ubahlah diri kita untuk mencari redha dan rahmat Allah dalam menghadapi hari pembalasan.Lihatlah waktu semakin mencemburui kita,,dunia semakin tua,yang hampir dengan diri kita adalah kematian, yang mengusai diri kta sekarang adalah nafsu..Allah S.W.T berfirman..

Dan jagalah dirimu dari (`azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikit pun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa`at dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong.(Al-Baqarah:ayat 48)

Kejayaan setiap orang mukmin bukan terletak pada kekayaannya didunia, kekayaan ilmu dunianya, keputusan exam yang tinggi, darjah dan pangkat, tetapi apabila dia menggunakan akalnya untuk mendapat tempat disyurga Allah..kejayaan akan diiktiraf apabila dia menjadi salah seorang umat yang diterima masuk kesyurga..indahnya kejayaan ini yang kekal abadi...

(Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)."(Ali-Imran:ayat 8)..

Wassalam..

Rabu, 4 November 2009

BAHANA BERCINTA SEBELUM KAHWIN

PERSOALAN: Salam ustaz: satu hari sya ditnya oleh seorang rakan, bolehkan kita bercople?
JAWAPAN:persoalan ini telah dberi dijawab oleh ustaz Naim di dlm blognya..jadi ana copy balik untuk sisipan sahabat2 ana semua..Selamat membaca dan selamat beramal


Menjadi suatu perkara biasa bila bercinta sebelum kahwin atas pelbagai alasan berdasarkan akal. Tidak dinafikan ia ada baik dan buruknya tetapi jika ia dilihat pada pandangan wahyu maka banyak keburukannya terutama dari segi pelanggaran kepada hukum syariat sendiri pada kebiasaannya dan banyak membuka kepada pintu penzinaan.

Oleh kerana ia menjadi suatu kebiasaan menyebabkan kita tidak lagi menghiraukan apa kata syarak cuma kita hanya menjaga agar tidak berlaku maksiat yang lebih besar terutama zina sedangkan kebanyakan muqaddimah atau pintu zina telah pun dihampiri samada dalam keadaan sedar atau tidak. Apakah keseronokan bercinta melebihi pegangan kita terhadap agama. Adakah suatu yang kolot jika tidak bercinta sebelum kahwin. Atau bagaimana cara terbaik untuk bercinta tanpa melanggar adab yang telah ditetapkan oleh syarak.

Biasanya adat bercinta mahu bercakap kemudian mahu bertemu muka seterusnya jika terus hanyut maka perkara lain akan menyusulinya walau pun bukan kesemua yang bercinta melakukannya. Jika hendak bertemu tunang pun ada adab yang perlu dijaga apatah lagi yang belum diikat dengan apa-apa hubungan atau ikatan.

Kita lihat beberapa ayat al-Quran dan hadis nabi yang biasanya dilanggari oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin iaitu sebagaimana berikut :

1. Bahaya pandang memandang

a. Dan katakanlah Wahai Muhammad! kepada orang-orang perempuan yang beriman : Hendaklah mereka memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka….. ( surah an-Nur ayat 31 )

b. Sh. Buraidah RA berkata : Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Sayyidina Ali : Wahai Ali! Janganlah kamu ikutkan satu pandangan yang kedua kerana sesungguhnya hanya pandangan yang pertama sahaja ( terpandang) dan tidak bagi kamu pandangan yang kedua. ( Riwayat imam Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan al-Hakim )

2. Bertemu muka bersendirian tanpa mahram

a. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia bertemu bersendirian di suatu tempat dengan seorang wanita yang tiada sertanya mahram daripadanya kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan. ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Jabir r.a )

b. Janganlah seseorang lelaki bertemu sendirian dengan seorang wanita yang tidak halal baginya kerana bahawasanya yang ketiganya tentu syaitan kecuali jika dengan mahramnya. ( Riwayat imam Ahmad dari Sh Amir bin Rabie’ah r.a )

3. Berjabat tangan atau bersentuhan dengan mereka yang halal kahwin

Siti Aisyah r.a berkata : Tidak! Demi Allah! Tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain. Baginda hanya melakukan bai’ah ( janji setia) dengan mereka (perempuan) dengan percakapan ( Riwayat imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi )

Apakah pendapat serta pandangan pembaca sekelian tentang perkara ini. Fikirkan secara baik bukan setakat menggunakan akal sebagai petunjuk sebaliknya hendaklah dijaga batasan yang telah ditetapkan oleh agama. Tidak rugi mengekang nafsu dengan wahyu tetapi betapa rugi men jadi hamba nafsu sehingga menentang wahyu

HUKUM BERCOPLE DLM ISLAM

KEMUSYKILAN PERTAMA

Soalan:
Salam..Ustaz nk tnya skit ni..sy de dngr ustaz2 yg mengajar kt masjid..katanya becinta itu haram hukumnya.soalan saya,betulkah haram hukumnya bercinta sebelum berkahwin walaupun batas2nya telah dijaga..dan andai kata betul patutkah seseorang itu memutuskan hubungan percintaannya dan memulakan kehidupan masing2 jika mereka telah mengetahui akan haram hukumnya bercinta sblm kahwin.

Jawapan:

Bercinta yang diharamkan tu ialah seperti yang berlaku dewasa ini iaitu antara si lelaki dan si perempuan saling berbual, bertemu, keluar atau makan bersama.

Apakah yang dimaksudkan pula bercinta tapi menjaga2 batas2nya. Batas apa yg dijaga?

Kalau yg dimaksudkan dengan batas itu ialah mengikut garis panduan agama maka tidaklah salah tetapi tidak pula dinamakan bercinta.. itu hanya disebut sebagai saling mengenali.

Dalam Islam, tdak salah menegenali seorang perempuan dengan tujuan utk dijadikan isteri. Tetapi tidaklah sampai keluar bersama tanpa mahram, bercakap perkara2 yg yg disukai olih nafsu.

Tetapi kalau maksud menjaga batas tu ialah tidak tidur bersama hanya berjalan atau sekali sekala makan bersama maka itu bukan menjaga batas agama bahkan inilah bercinta yg diharamkan.

Bagi yg terlanjur sudah terlibat dengan bercinta ini tidaklah mesti memutuskan hubungan tetapi jika jujur menjadi keutamaan maka berkahwinlah sebagaimana anjuran Nabi saw.

(SUMBER: WWW.HALAQAH.NET)

KEMUSYKILAN KEDUA
Soalan :
Apakah hukum bercinta/bercouple dalam islam.

Jawapan :
Islam telah menggariskan adab pergaulan antara lelaki dan perempuan. Tujuannya adalah untuk memelihara kesucian dan maruah umatnya. Sebagai seorang Islam kita wajib mematuhi perintah-perintah Allah S.W.T. dan menjauhi laranganNya demi menjaga kesucian agama.

Umat Islam samada lelaki dan perempuan hendaklah menjaga adab-adab pergaulan dan pandangan masyarakat serta jiran sekeliling agar tidak timbul fitnah dan perkara yang tidak diingini. Contohnya lelaki dan perempuan keluar bersama tanpa ditemani mahram, berpegangan tangan, berdua-duaan , berpelukan, berkesedudukan dan lain-lain sifat negatif yang mencemarkan kesucian agama Islam. Rasulullah s.a.w. pernah menyebut dalam satu hadis yang bermaksud:

:"Apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, maka yang ketiganya adalah syaitan".

Walau bagaimanapun Islam mengaharuskan pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam keadaan-keadaan tertentu seperti menuntut ilmu dan bekerja, dengan syarat mereka menjaga adab-adab pergaulan pergaulan, menjaga aurat dan cara berpakaian, cara bercakap dan cara berjalan...

(SUMBER: SOAL-JAWAB JAKIM -baheis.islam.gov.my)

SESI TANYA USTAZ: BERCINTA SEBELUM KAHWIN??

Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan. Cinta mendorong manusia untuk terus hidup dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah. Tetapi Islam memberikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan dan menjamin keamanan mereka.

Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada manusia. Sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal. Malah akan menyebabkan manusia rasa gundah gulana dan kecewa. Cinta yang sejati dan agung hanyalah untuk ALLAH.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka." – Riwayat al-Bukhari.

Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Hal ini pernah berlaku kepada seorang sahabat Nabi, iaitu al-Mughirah bin Syu'bah. Beliau memberitahu baginda bahawa beliau ingin mengahwini seorang wanita. Lalu baginda menyarankan agar beliau melihat dahulu wanita itu kerana ia boleh mendatangkan perasaan cinta kepada pasangan yang ingin dikahwini. (Rujuk al-Tirmizi: 1087. Diklasifikasikan sebagai hasan oleh al-Nasai).

Sabda Rasulullah s.a.w: "Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah." – Riwayat Ibn Majah dan diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Busoiri dan al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah: 624.

Al-Sindi r.h berkata: "Hadis itu boleh merujuk kepada dua orang atau lebih. Maksudnya, jika timbul perasaan cinta antara dua manusia yang berlainan jenis, cinta itu tidak akan bertambah atau bertahan lama tanpa ikatan perkahwinan. Jika terjadi perkahwinan atas dasar cinta itu, ia akan bertambah kuat dari hari ke hari. " (Rujuk: Nota kaki Sunan Ibn Majah).

Konsep cinta dalam Islam sangat unik, iaitu menyintai sesuatu atau seseorang hendaklah kerana mencari keredhaan ALLAH dan menurut peraturan syarak. Islam mengajar kita bahawa perkahwinan adalah ikatan yang suci, tepat dan satu-satunya cara yang dibenarkan oleh syarak dalam menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita.

Jika seorang lelaki benar-benar ingin mengambil seorang wanita menjadi isteri, dia perlu melihat wanita itu dengan keizinan wali dan ditemani mahram.

Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis Ibn Abbas r.a: "Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya." – Riwayat al-Bukhari.

Berhubung dengan batasan aurat bakal isteri, jumhur ulama berpendapat, hanya dibolehkan melihat wajah dan kedua tangan hingga ke pergelangan. Al-Auza'i berpendapat, dibolehkan melihatnya kecuali aurat, Ibn Hazm berkata, boleh melihat bahagian depan dan belakang wanita itu.

Menurut Ibn Qayyim, terdapat salah satu riwayat Imam Ahmad yang membenarkan bakal suami melihat apa yang zahir daripada tubuh bakal isteri seperti leher, betis dan sebagainya. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn Qudaamah dan al-Hafiz Ibn Hajar r.h. (Tahziib al-Sunan, ms: 25 – 26, al-Mughni, jil: 7, ms: 454 dan Fath al-Baari, jil: 11, ms: 78).

Antara pendapat ulama tentang batasan aurat bakal isteri ialah: Menurut Imam Syafie, tidak boleh melihat wanita yang ingin dikahwini tanpa menutup kepala (memakai hijab). Dia boleh melihat wajah dan tangan hingga ke pergelagan sama ada dengan keizinan atau tanpa keizinannya. (Al-Haawi al-Kabiir, jil: 9, ms: 34).

Imam al-Nawawi berpendapat dalam Raudhah al-Tolibin dan 'Umdah al-Muftin, jil: 7, ms: 19 – 20, sunat melihat bakal isteri agar seorang lelaki itu tidak menyesal setelah berkahwin dengannya… dibolehkan melihat berkali-kali dengan izinnya atau tanpa keizinannya. Jika masih tidak berpuas hati, dia dibenarkan mengutus wanita lain untuk melihatnya dan menerangkan sifat-sifat wanita itu kepadanya. Wanita juga dikehendaki melihat bakal suami agar apa yang disukai oleh bakal suami, disukai juga oleh dirinya terhadap bakal suami itu.

Abu Hanifah pula berpendapat, dibolehkan melihat wajah, tangan dan kaki. (Bidayatul Mujtahid wa Nihaayatul Muqtasid, jil: 3, ms: 10). Pendapat ini juga dipersetujui oleh Ibn Rushd.

Jumhur ulama membenarkan melihat wajah dan tangan kerana wajah merupakan sumber kecantikan seorang wanita dan tangan pula boleh menggambarkan tubuhnya sama ada langsing atau sebaliknya.

Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku di banyak Negara Islam diambil dari budaya barat, ia mempunyai banyak kesan negatif berbanding positif. Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya tanpa ikatan yang sah. Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan.

Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu. Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.

Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka.

Kesimpulannya, ingatlah bahawa syaitan sentiasa menghiasi indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH. Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA.

SUMBER: IBNU MUSLIM (USTAZ NAIM BLOGSPOT)

Ahad, 1 November 2009

MIMPI YANG TERINDAH

BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM"...."Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Maha Suci Tuhanku Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya..1 November 2009 adalah menjadi makna buat ana.Kenapa??Kerana malam tadi ana mimpi paling indah dalam hidup ana...Terima kasih Ya ALLAH, hanya padaMU aku bersyukur dan sujud.Tidak sedar mengalir air mata ana saat ana menaip catatan ini.

Setiap manusia mempunyai impian dan keinginan yang tersendiri.Tapi impian dan keinginan tidak akan datang bergolek dan muncul didepan mata kita dengan sekelip mata sahaja. Semuanya dengan izin dari Dzat Pencipta kita dan semua makhluk ciptaanNYA.

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNYA kami akan kembali"...Doa bangun dari tidur.

Hari ini ana bangkit dari tidur yang lena dengan azam dan semangat yang makin kuat..Kuat untuk berjuang perhambakan diri ana pada Yang Maha Esa, Subhanallah..Allah tidak putus-putus memberi ana petunjuk untuk ana..walaupun ana sentiasa leka dalam mengingatiNYA..malunya, kerdilnya ana disisiMU Ya Allah..Ya Rahman YA Rahim..Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Malam tadi ana mimpi, ana mimpi mengunjungi tempat yang paling mulia yang menjadi kiblat umat ISLAM.Tempat mulia dan suci yang hanya layak dan boleh dikunjungi oleh muslimin dan muslimat untuk beribadat dan melaksanakan rukun Islam iaitu menunaikan haji ke Baitullah (Mekah).



Ana rasa bukan ana sahaja yang mempunyai impian untuk kesana..tapi semua saudara-saudara SeIslam kita..Setiap kali doa, ana akan berdoa semoga diberi peluang untuk menunaikan umrah dan haji dengan membawa bersama kedua ibu bapa ana..bila sahabat dan mendengar mereka yang telah kesana membuatkan ana lagi semangat untuk kesana, tapi layakkah ana yang kerdil ini, YA Allah?yang masih leka dalam memperhambakan dan mengabdikan diri padaMU??yang terlalu banyak dosa dilakukan?

Sayunya rasa hati, tapi ana tidak putus asa, ana pernah dengar cerita ada seorang hamba Allah yang terlalu teringin dan berhajat untuk ke tanah suci, jadi die selalu berdoa dapat kesana walaupun hanya melalui mimpi..Dan Allah telah perkenankan mimpinya dan dia juga telah menjadi tenaga kerja Tabung Haji untuk membawa para jemaah kesana..Ya Allah bertuahnya saudara kita itu, bukan hanya bermimpi, tetapi mendapat peluang menunaikan haji setiap tahun...Allah S.W.T telah berfirman:

Dialah telah memberikan sesuatu kepada tiap sesuatu bentuk kejadiannya, kemudian memberikannya petunjuk.(Thaha:50)

Jadi ana berdoa, sebelum ana mempunyai kemampuan dari segi kewangan dan telah bersedia untuk menjadi tetamu disana, ana teringin untuk bermimpi berada disana. Ana beli buku manasik haji dan umrah smasa ana menjalani latihan praktikal untuk dibaca walaupun buku itu hanya sekali sekala dibelek ana.Semasa bulan ramadhan yang lepas, ana berdoa semoga akan dapat bermimpi berada disana,tak putus ana berdoa,walaupun doa ana tidak dimakbulkan juga pada bulan puasa aritu, ana terus berdoa dan berdoa,,kerana sapa kita untuk mendesak Yang Maha Pencipta jika kita masih alpa dan sombong denganNYA.

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

Alhamdulillah, walaupun tidak terus dimakbulkan, semalam doa ana dimakbulkan..ana tidak terasa macam mimpi, kerana macam separuh sedar..ana berbicara dan ana bergerak kehulu hilir semasa disana. Dalam mimpi ana pergi bersama ibu ayah, dan adik-beradik ana yang lain bersama sepupu serta abg angkat ana dan keluarga yang betul-betul akan ke tanah suci 17.11.nanti.Ya Allah..walaupun hanya melalui mimpi tetapi ana bersyukur dan terharu sangat..

Tetapi dalam mimpi itu ana ada kemuskilan samaada ini sebagai pengajaran, peringatan atau petunjuk kepada ana???Atau peringatan ini juga boleh diambil iktibar oleh ukhti muslimah semua???Mungkin sahabat-sahabat yang membaca catatan ini boleh memberikan pandangan masing-masing mengenai apa yang ana alami.,

Cerita, ana kesana dengan tidak memakai tudung walaupun disini ana memakainya tapi ana tidak tahu kenapa apabila disana ana tidak memaikai tudung. maka disana sebelum bermulanya ibadat umrah yang akan ana lakukan, ana tercari-cari tudung, ana cakap dekat semua yang ada kenapa tidak menegur ana tidak memakai tudung???semua diam??maka ana dan keluarga pun tercari-cari kedai yang ada menjual tudung untuk ana pakai..dalam mencari terjumpa seorang pelajar malaysia disana ..mulanya dia cakap tidak ada tudung untuk dijual, tetapi, bila tengok ana yang tidak bertudung dan kelam kabut mencari die sedekahkan tudungnya pada ana...alhamdulillah betapa mulianya hati pelajar itu,,jadi walaupun dah ada 1, tapi ana mencari lagi dan terus mencari tanpa putus asa,,,walaupun semua orang menungu ana untuk menunaikan ibadat umrah..dalam fikiran ana masa tuu, sape suruh tak bagitau dan tegur ana tak pakai tudung dari awal. sedangkan yang bersama ana ustaz dan ustazah pun ada..setelah mendapat 3 tudung,untuk menutup aurat ana, ana pun memulakan ibadat umrah bersama-sama mereka semua.

Setelah selesai menunaikan ibadat umrah ana balik rumah dan semua terkejut tengok ana pakai tudung yang labuh sesuai. kerana sebelum ini ana tidak bertudung dan hanya memakai tudung bawal yang jarang tanpa kita sedar ianya jarang dan menampakkan leher kita dan menampakkan harta yang kita ada..Causin ana yang seorang ustazah, datang kepada ana, memohon maaf, katanya dia tidak menegur ana walaupun itu adalah tangjwabnya sesama muslim.

Pastu tetiba ana tersedar dengan bunyi jam loceng ana, ana beristifar rupanya ana bermimpi,,, tapi peringatan yang ana dapat masa disana buat ana terfikir???mengapa dan kenapa?apa maksud disebaliknya??Jadi ana senaraikan apa yang bermain difikiran ana??
1. adakah pemakain ana masih tidak lengkap dan menepati ciri-ciri yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.
2.Sebagai pengajaran kepada ana untuk menegur sahabat-sahbat ukhti muslimah ana yang lain???
3. kita kena saling tolong menolong sahabat dan saudara-saudara kita untuk sama-sama menuju kejalanNYA
3.Tanggungjawab sesama saudara seIslam untuk saling tegur menegur agar kesejahteraan bersama dalam menperjuangkan dan mengabdikan diri sebagai hambaNYA????

"Ya Rabb kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa neraka".( Al-Baqarah:201)

Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan"
(Riwayat Al-Bukhari)



Jadi ana sudahi apa catatan mimpi terindah ana dengan ucapan mohon dan maaf kiranya terdapat salah dan silap ana. Yang baik datangnya dari Ya Rabb dan yang lemah datangnya dari diri ana sendiri. semoga mimpi terindah ana akan jadi kenyataan. selamat menunaikan haji kepada semua umat Islam yang sedang dan akan menjai tetamu Allah pada kali ini...Tak lupa juga kepada abg amirul, ida dan keluarga..selamat menunaikan haji semoga Allah memberkati kalian dan mempermudahkan segala urusan untuk menuju kejalanNYA. Ana sudahi kalam ana kali ini dengan kata-kata yang dipetik dari blog Ibnu Muslim(ustaz naim) dimana kata-kata dari iman Al-Ghazali.
Sekian Wassalam

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia.
Yang paling dekat dengan kita adalah MATI. "Sebab itu janji Allah bahawa yang hidup pasti akan mati" (Surah Ali Imran :185)

2. Apakah yang paling jauh dengan diri kita didunia.Yang paling jauh dari kita jauh adalah MASA LALU. Walau dengan apa sekalipun kita tak akan dapat kembali kemasa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, esok dan hari-harimendatang dengan perbuatan yang bersesuaian dengan Agama.

3. Apa yang paling besar didunia ini.Yang paling besar didunia ini adalah HAWA NAFSU. "Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke Neraka." (Surah Al A'raf: 179)

4. Apakah yang paling berat didunia.
Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. "Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.n.w meminta mereka menjadi (khalifah)pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah" (Surah Al-Azab :72).

5. Apakah yang paling ringan didunia.Yang paling ringan didunia adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita dengan mudah meninggalkan solat.

6. Apakah yang paling tajam didunia.Yang paling tajam didunia adalah LIDAH. Kerana dengan lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.