tag:blogger.com,1999:blog-6932434335893557976.post6506088002731969476..comments2023-09-28T23:16:06.292+08:00Comments on KEMBARA TERATAK AN-NISAA': SOLATNur Mawaddah Mahdiyahhttp://www.blogger.com/profile/02551200459545979365noreply@blogger.comBlogger5125tag:blogger.com,1999:blog-6932434335893557976.post-34182223277011665312010-06-15T19:52:25.410+08:002010-06-15T19:52:25.410+08:00Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah s.a.w ditanya o...Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah s.a.w ditanya orang:”Solat malam yang bagaimanakah yang lebih baik? Jawab Rasulullah s.a.w,:” Yang lama berdirinya.”(Muslim)

Dari Abu Dzar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bertanya kepadaku, sambil menepuk pahaku: Apa yang engkau lakukan jika engkau berada dalam lingkungan kaum yang suka melalaikan solat dari waktunya? Jawabku:”Apa perintah tuan untuk saya?“ Sabda baginda, solatlah pada waktunya (sekalipun sendirian). Sesudah itu selesaikanlah segala urusanmu. Jika kebetulan orang solat berjamaah dan engkau masih berada dalam masjid, maka solatlah pula (bersama mereka).”(Muslim)

Solat bukan perkara yang remeh di dalam agama. Bahkan ia menduduki tempat teratas dalam penilaian ketaatan manusia sehinggakan di padang Mahsyar kelak setiap amalan manusia didahului kiraannya daripada solat itu sendiri. Jika baik dan sempurna ia dikerjakan maka semua amalan berikutnya akan baik. Hal ini kerana fungsi solat itu adalah untuk mencegah manusia daripada melakukan kajahatan dan kemungkaran. Begitulah sebaliknya. Oleh itu janganlah kita merasa berat untuk melakukan solat kerana perasaan itu membuka peluang kepada syaitan untuk melalaikan kita dengan mendedahkan kita kepada perkara-perkara yang menarik nafsu seperti duduk-duduk berkumpul dan berbual-bual sehingga terleka atau terlalu asyik membeli belah sehingga terlupa akan solat. Adalah lebih baik sekiranya kita dapat mengerjakan solat itu pada awal waktu meskipun secara sendirian daripada terlewat mengerjakannya kerana sebab-sebab yang sebenarnya boleh dielakkan. Bahkan dalam hadith di atas Rasulullah s.a.w menggalakkan kita merebut pahala solat berjamaah sekalipun kita telah selesai mengerjakan solat (sendirian) demi menekankan akan kepentingan menyegerakan solat dan keutamaan berjamaah.Nur Mawaddah Mahdiyahhttps://www.blogger.com/profile/02551200459545979365noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6932434335893557976.post-52840823204874804532010-06-14T23:33:48.464+08:002010-06-14T23:33:48.464+08:00ada ibnu, ada siakap, ada noorlida....huhu..npknya...ada ibnu, ada siakap, ada noorlida....huhu..npknya semua leyy take over blog jika ketiadaan ana...Nur Mawaddah Mahdiyahhttps://www.blogger.com/profile/02551200459545979365noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6932434335893557976.post-16273762286323013752010-06-14T21:36:11.378+08:002010-06-14T21:36:11.378+08:00Firman ALAH dalam surah Yassin (yang bermaksud) :8...Firman ALAH dalam surah Yassin (yang bermaksud) :83. oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan Yang memiliki dan Menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.solat adalah tiang agama,barang siapa yang tidak mengerjakan solat,maka ia orang yang meruntuhkan tiang agama,ia sangat dilaknat!dan dikeji!Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: ”Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?”noorlida87noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6932434335893557976.post-1268054373407013902010-06-14T21:30:51.529+08:002010-06-14T21:30:51.529+08:00Bersyukurlah dikau atas segala nikmat dan ujian..d...Bersyukurlah dikau atas segala nikmat dan ujian..dirimu disini lebih mewah dgn kebahagiaan berbanding saudara saudaramu yang lain..Selamilah dan dekatilah insan lain serta Korbankanlah segala perasaanmu..Kuatkanlah dirimu dgn QIAMULLAIL dan berdoalah serta memohon kepada ALLAH TANPA RASA PUTUS ASA dan JEMU...kerana ALLAH RINDU pada RINTIHAN DAN RAYUANMU.. Carilah ilmu yang bemanfaat dan ajarkanlah pada yang lain.. Bangkit segera dari lenamu dan laksanakan perintah TUHANMU serta ingatlah kau hanya seorang HAMBA... MAKA berjuanglah KERANA ALLAH DEMI MENCAPAI REDHANYA.. Ya RABBI... Jadikanlah setiap hembusan nafasku, Setiap kelipan mataku, Setiap degupan jantungku, Setiap pendengaranku, Setiap bait perkataanku, Setiap hayunan tanganku, Setiap langkah kakiku Dan setiap titisan darahku, Hanyalah untuk MUsiakapnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6932434335893557976.post-44209482782636581822010-06-14T21:26:26.847+08:002010-06-14T21:26:26.847+08:00Allah Ta'ala berfirman: "Dan dari sebahag...Allah Ta'ala berfirman: "Dan dari sebahagian waktu malam, maka lakukanlah shalat Tahajud, sebagai suatu amalan sunnah untukmu, mudah-mudahan Tuhanmu akan mengangkatmu ke tempat yang terpuji." (al-lsra': 79)

Allah Ta'ala berfirman pula: "Mereka sama meninggalkan tempat-tempat pembaringannya -untuk melakukan ibadat di waktu malam." (as-Sajdah: 16)

Dari Aisyah radhiallahu 'anha, katanya: "Nabi s.a.w. itu berdiri untuk bersembahyang malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya: "Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" beliau s.a.w. lalu bersabda: "Tidakkah saya ini seorang hamba yang banyak bersyukur." (Muttafaq 'alaih)ibnunoreply@blogger.com