Khamis, 31 Disember 2009

Tiada pilihan selain itu…

Tiada jalan lain ke arah kemenangan sebenar, melainkan jalan ketaatan kepada ALLAH SWT...

Satu hari, seorang manusia yang pernah saya jumpa berkata:

“ Baik dan jahat tu, kita yang pilih sendiri. Terpulang la kepada kita hendak hidup bagaimana”

Dan kata-kata yang sama memang biasa kita dengar daripada sesiapa sahaja.

Saya jujurnya bersetuju dengan asas kata-kata itu. Yakni baik dan jahat itu kita yang pilih sendiri. Memang. Tapi, untuk saya, dalam hidup ini ada satu kebenaran sahaja.

Mana yang betul bila kita memilih?

Baik kah yang betul? Atau jahat kah yang betul?

Sebenarnya, selain kebenaran itu, kita tiada pilihan lain.

Kalau anda perasan, hampir kebanyakan artikel saya akan menyelitkan ayat 56 dari Surah Adz-Dzariyat.

“ Dan tidak AKU ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku”

Anda fikir, kenapa? Kenapa saya sering meletakkan ayat itu tanpa takut pembaca saya merasa jemu, atau takut pembaca saya fikir saya ini kekurangan dalil dan sebagainya?

Hal ini kerana, itulah tujuan kehidupan kita.

Saya juga sering mengulang ayat 85 dari surah Ali-Imran, yang menceritakan perihal kematian, dan makna kemenangan yang sebenar untuk manusia.

“ Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, dan di hari kiamat nanti sahajalah akan disempurnakan segala balasanmu, barangsiapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya”

Kenapa saya ulang ayat 185 dari Surah Ali-Imran ini dalam banyak artikel saya?

Kerana itulah makna sebenar kemenangan yang perlu dihayati oleh manusia, dan kerna mati itu sememangnya pasti untuk kita, tanpa boleh kita elak walau bagaimana sekali pun.

Manusia, datangnya daripada ALLAH, dan kembalinya juga akan kepada ALLAH. Maka, secara tidak langsung, kehidupannya pastinya adalah hanya untuk ALLAH semata-mata.

Jadi mana datang kata-kata manusia:

“ Baik dan jahat tu, kita yang pilih sendiri. Terpulang la kepada kita hendak hidup bagaimana” ?

ALLAH SWT berfirman,

“ Tiada paksaan di dalam agama…” Surah Al-Baqarah ayat 256.

Dari ayat inilah, manusia sering memberikan alasan bahawa, mereka berhak memilih hendak melakukan kejahatann atau kebaikan. Dari ayat inilah, manusia sering menyatakan bahawa mereka bebas untuk ingkar atau taat. Semuanya di tangan mereka. Mereka yang memilih.

Tapi, mari kita melihat keseluruhan ayat 256 dari Surah Al-Baqarah itu.

“ Tiada paksaan di dalam agama, sesungguhnya telah jelas antara jalan yang kebenaran dan jalan yang sesat. Barangsiapa yang membelakangi taghut(kejahatan) dan beriman kepada ALLAH, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang kuat dan tidak akan putus, dan ALLAH itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

“ Sesungguhnya telah jelas antara jalan kebenaran dan jalan yang sesat…”

Lihat. Kenapa ayat ini datang selepas ayat “ Tiada paksaan di dalam agama” ?

Secara tidak langsung, kita dapat berfikir bahawa, apa sahaja yang kita pilih, yang benar itu tetap benar, dan yang buruk itu tetap buruk. Walaupun kita pilih keburukan dan menyatakan keburukan itu satu kebaikan, ia tetap satu keburukan di sisi ALLAH SWT. Walaupun kita nyatakan bahawa kebaikan itu satu keburukan untuk kita, tetapi ia tetap satu kebaikan di sisi ALLAH SWT.

Kalau benar-benar hendak berjaya dengan definisi keberjayaan dalam ayat 185 Surah Ali-Imran, maka kita tiada pilihan melainkan tunduk dan taat kepada ALLAH SWT. Kalau kita benar-benar faham akan tujuan kehidupan kita sebagaimana yanng dinyatakan dalam ayat 56 Surah Adz-Dzariyat, maka kita tiada pilihan melainkan tunduk dan taat kepada ALLAH SWT.

Hidup ini, hakikatnya tiada pilihan lain selain tunduk dan taat kepada ALLAH SWT.

“ Ish, susah la…” Mungkin itu akan kita nyatakan, baik melalui lisan mahupun sekadar lintasan hati. Saya, jujurnya, tidak menafikan jalan ketaatan kepada ALLAH ini adalah jalan yang sukar. Guru saya, Pakcik Rosdi pernah berpesan:

“ Jalan ketaatan kepada ALLAH ini, tidak dibentang permaidani merah yang lurus, tidak pula ditaburi bunga-bunga. Tetapi jalan ketaatan kepada ALLAH ini, ditaburi dengan duri-duri yang terpacak”

Duri-duri yang terpacak. Bukannya duri-duri yang terbaring.

Tapi, kalau kita berfikir secara positif, sebenarnya, perumpamaan benda yang ALLAH larang dengan benda yang ALLAH benarkan kita lakukan adalah hanya seperti sepohon khuldi di tengah-tengah nikmat syurga yang meluas dan tidak tertanding.

Kalau kita fikir mendalam lagi, hendak mendapat syurga yang indah dan segala-galanya ada itu, sememangnya memerlukan sedikit pengorbanan. Alangkan nak cemerlang dalam peperiksaan pun memerlukan kita mengorbankan masa, apatah lagi hendak cemerlang secara abadi di akhirat sana.

Kita tiada pilihan lain, selain taat kepada ALLAH SWT, jika kita inginkan kemenangan yang sebenar nanti di ‘sana’.

“ Dan barangsiapa antara kamu yang bersyukur, maka AKU akan tambahkan(nikmat) untuk kamu, dan barangsiapa antara kamu yang kufur, sesungguhnya azab AKU adalah amat keras” Surah Ibrahim ayat 7.

****sedang terbuka email ana terbaca kembali email arcle diatas yg dkrimkan oleh seorang sahabt ana yg merupakn email terakhr sblm arwah mningl...mungkin arcticle ini sumbernya dr laman langit Illahi...msh tergiang2 smngat arwah dan isteri untk mndalami agama di Kelantan..slain tuu msh trgiang2 smngt arwah untuk bjihad mnangani mslah sosial remaja2 skrang dan yg trakhr crtanya mngenai isu rempit(arwah seorng anggota polis)...ermmm...rasa bru semalam ana bertkar pndangan dan brbncang di ym mngenai isu2 smasa..moga arwah, istri dan anak2 dicucuri rahmat dan bersm2 org yg soleh disana...(arwah dan kluarga mngl dlm kmlangan di 1 pg pd bln 8 yg lalu smasa dlm pjlnan ke JB)..al-fatihah .***..Tiada pilihan selain itu...


ENVIRONMENT IMPACT ANALYSIS...

Imej satelit dr NASA tnjukn kwsan di Indonesia yg blakunya pmbakaran hutan yg mnyebabkn jerebu di Malaysia..
Ikan mati ksan mslh pencemaran




Statistik dr JAS(ada byk tp xlrt nk ltk..hehe)

assalamualaikum..

arni ana tak tau nk post apa..skng tgh cr info ttg forum bg sbjek KESAN KEKESANAN ALAM SEKITAR (ENVIRONMENTAL IMPACT ANALYSIS) yang akan dibentangkan oleh 2 group ptg nie yang bertajuk.1. climate change dan 2. deforestation..hehe giliran ana selasa depan dengan tajuk urban issues(urban congestion, poverty and pollution) apa benda tah ni???huhu..setiap group 1 jam nak cakap apa lma2 ni..adeyhhh....so tuk kwn2 punya tajuk kn laa readykan dan fahamkan tajuk diarang esk...lagipun isu ni semua berkaitan dgn persekitaran kita...

Isu climate change dan deforestation begitu hangat dibncangkan smada dr institusi kecil dan besar seperti dlm clas, dan coferrence yang dibuat oleh pihak kerajaan atau swasta. Jika kita lihat fenomena hari ini..berlaku mslah hujan dan bnjir berterusan....suhu meningkat disebabkan berlakunya pemanasan global atau kesan rumah hijau dan kemerosotan kwsan hijau atau hutan di negara ini..Kenapa ini berlaku???apa tangjawab atau peranan yang dimainkan kita???Atau dengan kata len seperti tajuk artcle ini..
{1}The causes of deforestation and those responsible for it

{2}
Those who protect and those who destroy the forests


Permasalahan alam sekitar ini berlaku bukan sahaja memberi kesan kpda kemusnahan yang kecil tetapi kepada atmospheric, hidrologi, soil, ecological, economy, sosial dan kesihatan..Adakah kita sedar akan fenomena ini????Adakah kita hanya ingin mengharapkan kerajan dan phak bertangjwb untuk memikul beban ini???sdangkan hal ini berlaku dsebabkn skap kerakusan manusia dan skp ketidak pedulian atau smbil lewa kita..bayangkan jika dikwsan rmah kita sdah tiada kwsan hijau...tiada kwsan hutan dan semua jd mcm gondol...ermm msti kta mrungut dan tanpa sedar berkata panasnya hari ni...takpun hari-hari hujan..trngat 1 kata2 lecturer hidrologi ana mggu lpas, die ckp mungkin suatu hari nanti kita akan mennggunakn air yg kita recycle blik dr air yg kta tlah gnakan...snggpkah kita?????mengikut perangkaan JAS drpd station persmpelan air, 48% sungai dnegara kta slighly polluted dan polluted(JAS 2006)...itu perangkaan thn 2006..untuk thn 2007 ana tgh doloq...untuk thn 2008 blum dkeluarkan lg br siap utk dpublish dn thn 2009 mcmner???

Melalui maklumat dr laman Jabatan Alam Sekitar Malaysia juga, kerajan telah melantik dan bkerjasa dgn ASMA untuk monitor dan mencari penyelesaain bg masalah ini..kita boleh tgk statistik bagi tahap pencemaran samaada air, udara atau bunyi di laman ini...report tahunan yg disediakan phak JAS juga boleh kita lhat maklumat tahap sebenar pencemaran yang berlaku di ngra kita. selain itu malaysia juga sdh bkerjsma brsma United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC)...dalam membincangkan isu2 berkaitan Climate change dan mencari penyelesain mngenainya..

Jadi apa plak peranan kita sebagai pelajar atau remaja..(remaja ker :p)..?? bagi mereka yang mengambil course berkaitan alam sekitar, geografi, remote sensing, hdrology atau apa saja mugkin mnjadikan isu2 sebegini sebagai tajuk projek atau kajian..Contohnya majoriti classmate ana membuat projek akhir mreka berkaitan hutan..(thn ni kajian psl hutan bgtu meluas bkn sja di U ttpi di semua phk yg bkaitan) menggunakan teknologi dan data remote sensing samada melalui penggunaan imej atau software yg bleh dgunapkai...(psni boleh th saiz pkok balak dr imej ker???xpun bleh th jnis2 pokok kt hutan tuu dr space..ada yg dok kira kawasan hijau yg tngl..mslh pnyakit pkok2 kt hutan,,mcm2 ...).....Walaupun ini kajian dr pelajar tetapi peranannya ckup besar..mungkin tdak semua blh dgnpkai spnuhnya namun mane kta tahu idea dan kajian kita bolah digunapkai dlm permasalahan ini..Jika semua phk dari yang kcik smpai yg berumur, dr yg brpangkat atau tdak, dr yang lemah atau yg kuat, tiada bezanya semuanya memainkan peranan masing2..sebagai khalifah Allah, bumi ini diamnahkan untk kita tadbir mengikut hukum ALLAH yg telah ditetapkan di dlm Al-Quran..

Oleh itu marilah sm2 kita bertanggjwb dlm mnjaga alam skitar(gaya rakan alam skitar JAS :P)..seblum ana stop taip mri kta renungkan apa yg dibawah ini....

"Disamping sbuk dgn plbagai usha lahiriah utk mngelkkn berlakunya bencana alam, gejala sosial, jnayah dan lain2, jgn skli2 kt bermuhasabh hubungn kt dgn Allah, yakni yg bkait dgn dsa phla, mkruf dan mungkar, taat dan derhaka kt kpd Allah"...
"Keseimbangan , kestabilan dan keharmonian alam kosmos(yang teratur) ini diamanahkan kpd manusia sbgai khalifah di muka bumi ini untuk diatur dan ditakbir"....Pahrol Mohd Juoi


***ana nak ucpkan trma ksih pd phak JAS putrajaya krana meluluskan prmohonan ana untuk mndptkan dan mnggunakan dta parameter air..smlm data tuu ana dah dpt...syukran yaa..alhamdulillah semua data dah ckup dan kje ana untuk mnciapkannya****

Rabu, 30 Disember 2009

MENJAWAB PERSOALAN ....

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah,malam ini ana berkesempatan sejenak untuk meluangkan masa menjenguk teratak ini..umpama rumah plak yer..ermm..Ana terima beberapa pandangan daripada rakan-rakan dan tetamu an-nisaa' mengenai teratak, article dan hiasan teratak ni...syukran diucapkan kepada para tetamu an-nisaa dan sahabt2 yang sntisa bagi coment membina dan pndangan...ada sahabt kita bagi cadangan antaranya

1} postkan cerita2 daripada sahabt2 Nabi dan para soleh solihin agar dapat dijadikan pengajaran...
2}postkan mengenai cerita2 kaum terdahulu
3} msukn banyak hadith
4} bykkn certa reliti yang dialami danyg berlaku sekeliling..
5} tulisan kat signboard atas kna tukar tak napak(KS ckp)..xdpt nk tkr kak sbb xtau npe xbleh..kn edit dkat html..tak power sgt progrmming nk edit command kt stu..hehehe

Ermm untuk cadangan2 yg diberikan syukran ana ucapkan..untuk cerita2 para sahabat yg terdahulu dan sjarah kaum terdahulu..insyaALLAH ana akan cuba postkan,,dan akan mnta bntuan dr yg lbh arif.. psl hadith ana pun msh kekurangan dlm part ini mungkin ada tetamu atau shabat2 yg ingin bkongsi ilmu yg die ada dan th untuk ana postkan dkat sni..boleh semua dapat inputnya...jika ada yang ingin bg arctikel, certa pngalaman, pandangan blehlah email atau bgitau ana dkt cbox...nati ana kan publishkan hasil pena anda ...InsyaALLAh...

Malam ni ana nak kita sama2 kongsi dan fkir untuk menjawab PERSOALAN HIDUP???

1. Dari mana kita datang???
2. Mengapa kita didatangkan??
3. Ke mana kesudahan kita??

Jadi, untuk mnjawab persoalan ini kita memerlukan petunjuk wahyu utk mnjelaskan segalanyanya bkan petunjuk nafsu...Jadi disini peranan akal penting untuk menjelaskan persoalan ini brdasarkan kalam wahyu sebagai petunjuk dan batu asas..Jawapan bg persoalan diatas bleh kita dapati drpda firman Allah swt iaitu...

1.
Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.(surah Al-Hajj ayat 5)

2.
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.
(surah ADZ DZAARIYAAT ayat 56)

3.
Bahwasanya kepada Tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu),
dan bahwasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,
dan bahwasanya Dialah yang mematikan dan menghidupkan,(Surah al-najm ayat 42-44)

Jelas melalui wahyu Allah persoalan itu terjawab,,kita hidup didunia ini sebagai khalifah melalui apa yg kita faham dan amalkan..jika tdak btol pemahaman dan tiada pemahaman siapa diri kita maka sebab itulah berlakunya mslah sosial dan kemaksiatan dlm dr kita skligus membuatkan kta trgolong dlm mereka yg melanggar hukum Allah..Kita semua btangjwb dlm menjalankan tangjwb sbgai hamba di muka bumi ini.Sebagai kesimpulannya setiap org berperanan dlm memahami dri sendr sebagai khalifah Allah..dan berpranan dlm mnjln dakwah kpd saudara2 kita yg masih leka, terleka dan yg begitu memerlukan bmbingan kita...Wallualam
Sumber: Fatimah Syarha Mohd Noordin::Solusi isu 3


Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana(Surah An-Nisaa'Ayat 170)

Selasa, 29 Disember 2009

SEPINTAS LALU

Assalamualaikum...

Ermm arni ana tak sempat nak mnambah baikkan teratak dan tambahkan post..busy bila dah stat minggu ke3 kuliah ..namun ana akan cuba luangkan walau sedikit masa untuk teratak ini...jadi, untuk sepintas lalu ana nak kita semua tgk kembali dan renungkan terjemahan surah Al-Fatihah yang wajib meniti dibibir kita semasa kita menunaikan solat...

[1] Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


[2] Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,


[3] Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,


[4] Yang menguasai hari pembalasan.


[5] Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan


[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus,


[7] (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Ermm ana tdak ingn hurai lanjut mgenai mksud trejemahan ayat ini kerana bg pandangan ana surah ini begitu nyata dan jelas untuk dfahami...untuk ana menghuraikan hanya akan mnyebabkan kita kurang untuk berfikir bagi memahaminya..bila kurang berfikir kita kurang untuk bertanya.Bila kurang bertanya kadar peratusan untuk memahami sesuatu kita menjadi rendah...jadi marilah sama2 kita rajin2kanlah diri untuk berfikir samada menggunakan otak kanan dan otak kiri..Kedua2nya telah dikurniakan Allah SWT kepada kita...Wallahualam..,

“Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS Al’Ankabuut ayat 5)

Ahad, 27 Disember 2009

LELAKI DAN WANITA

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4
org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya ..

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "


Sumber:SS

SESI TANYA USTAZ: HUKUM WANITA MELETAKKAN GAMBARNYA DI INTERNET

Persoalan: Assalamualaikum ustaz..apakah hukum seseorang wanita meletakkan gambarnya di dalam laman sesawang sosial mcm myspace,friendster dan sekutunya,meskipun ia masih menutup aurat?

Jawapan:

Bismillahi wal hamdulillah

Sebarang perkara yang dibimbangi boleh membawa kepada perbuatan maksiat dan keji yang lebih besar , secara kaedahnya hendaklah dielakkan.

Meletakkan gambar seorang wanita (sekalipun menutup aurat) untuk tontonan ramai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah.Hukumnya adalah sama dengan seorang wanita yang bersanding di hari perkahwinannnya untuk ditonton oleh para jemputan , sekalipun wanita tersebut memakai pakaian yang menutup aurat.

Ini kerana , melalui raut wajah wanita itu , sudah cukup untuk membuatkan orang yang melihatnya merasa tertarik dan sebagainya.

Maka , untuk menutup jalan-jalan yang boleh membawa kepada kemaksiatan dan kemungkaran yang lebih besar , adalah lebih baik tidak diletakkan gambar tersebut…..Allahu A’alam..

Sabtu, 26 Disember 2009

BERUBAH.....

Assalamualaikum...

Selamat datang kepada semua pengunjung Teratak An-nisaa'...bagi yang sudah pernah berkunjung..tengok page lain kan??hehe ana ubah saja ikut peredaran ..harap page baru ni napak lebih matang....walaupun tdak fully 100% ciap mengedit page ni..tapi sekurang2nya napak 70% dah sampai target ana...jenuh jugak nak mengedit benda ni template die leceh skit tuk diedit berbanding dari yang lama..jadi nak ubah font die pun tak jadi2...huhu.nati ana kan cuba lagi..jika ada komen atau cadangan bolehlah disalurkan dimana2 anda suka samaada di CBOX, di comment atau diemailkan di zai_8702865@yahoo.com...Jum sama2 Kembara mencari erti hidup yang hakiki....wallahualam...

KENA SERANG

Bismillah....

Jam di liptop ana telah menunjukkan pukul 2.20pagi..selalunya lepas solat isyak ana dah terlentok tido...erm..malam ni penat ana cuba lentokkan dan pejamkan mata..napaknya tak boleh jugak..kerana apa yaaa??ermm.alih2 liptop dan blog jadi mangsa...lebih senang berbicara dan meluahkan segala yg tersurat dan sedikit yang tersirat di dalam hati dekat teratak an-nisaa' nie..huhu..

Sepanjang hari perut ana nie merana..mungkin turut memahami dan merasai penderitaan yang dialami oleh empunya memnya..kejap kepala kejap dada rse mencucuk..tapi rasa dah sebati so,,ana buat tak layan dengan rase sakit ni..dalam hati ana berkata"ada manusia yang lebih teruk mengalami sakit dan menderita..jadi apa ana alami hanya sekumit rase...cuma malam ni tak boleh nak lelap walaupun rase mcm nk nak pitam dah dan mcm2 aksi buat superman, katakman, kuangman..semua yg brkaitan dgn man2 agar rase perut dan badan nie rase selesa...tapi ana tahu ana kuat..sebab tuuu stil boleh edit2 lagi blog ni...

Pernah tak kita rase terguris dengan perbuatan atau percakapan org yang terdekat dan kita sayang seperti famili, saudara mara, pakwe makwe, rakan2 dan semua yang sewaktu dengannya..Peribahasa cakap terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata???buruk padahnya..tak pun tersilap taip sms dan tersilap send sms, macam2 jadi...ana ada kisah mengenai kes tersilap sms ni...

satu hari ana menerima panggilan dari seorang wanita yang tdk dikenali..dengan salam tidak diberi terus bertanyakan sapa ana..aittt??ini sudah terbalik ana yang ptt tanya..tapi dalam hati ana ini kes menarik kita kena cool beb..jadi ana meminta izin untuk memanggilnya akak kerana alasan ana padanya rasanya die matang dari ana..ikuti perbualan..

Ana:Rasanya saya panggil akak boleh sbb rase akak lagi matang dari saya..
Akak:ok, memang pun,kamu kenal M....
Ana:Kenal..Die kawan saya..Kenapa Kak??ada boleh saya bantu?
Akak:Akak ni isterinya..macammana boleh kenal????
Ana:Kenal laa kak satu sekolah, umur pun sama..macamner akak cakap suami akak???kwn saya ni blum kawin lg..(dgn nada yakin,,ana berckp krn ana knl M nie dari form 1.smpai skang..bila ms plak die dah nikah??tgh baru balaja keje ada la...maybe kot))).
Akak:habis dekat no akak ni ada no kamu bnyak plak tuu msj..
Ana:(dalam hati ana, akak ni bia btol,, selain famili dgn rkn2 pun ana mmg xska msj mlainkan kes2 tertentu???))aittt akak msj apa plak..suami akak keje apa??duduk mane??org pangl apa??
Akak:keje...dudk .. org tuuuutttt
Ana:ait semua sama laaa plak..tapi ana yakin ana tak berkawn dan bersms dgn suami org..M tuu dok dkt jer nga umah...klo die nikh bsing 1 kpg...akak ni dah cuak napaknya semua maklumat sma...aiitt xkan pelanduk 2 serupa...Penat nak layan ana cakap ada keje...

Tapi akak tuu dah nak ngs..maybe syg sgt kt suami die tuu..tapi ana nak buat apa mne ana tahu..sbb apa ana cakap jujur dan ikhlas,,,setiap hari akak tuu telipon ana,, ada 1 kes nags dengan ana cakap die rsau suami die ada perempuan lain sedangkan die duduk bkerja jauh...ana pun apa nak cakap ana buntu ana cakap akak call M dan tanya die.pastu call suami akak jgk..akak ngs2 pun sya tak boleh wat apa nk buktikn yg sya tak brkwan dgn suami akak..

Last tuu,,,upanya2nya suami die mmg nama sama dengan M keje 1 tempat dengan M.tngl pun dkt.alkisah no ana naik dlm tpon suaminya krana M menggunakan tpon suaminya ms tponnya rsk ms bekerja..jadi msj tertingl dlm tpon suaminya..Pastu dah tahu kisah sebenar akak tu call ana balik cakap terima kasih die rase tenang skt dah setle...dan ucapkan terima kasih kt ana..ktnya ana matang walaupun msh muda tapi tak melatah kena serang...tetiba akak tu meluahkan apa yg terbuku dan ana jadi tempat die ngadu plak ttg mslah die..huhu adeyhhh..

huhu bagi ana apa nak melatah mmg sah2 ana tak sms suami die knl pun tak...adeyhhh berani kerana benar takut kerana salah...kalo nak takut hanya pada Allah SWT...jika kita dipihak yang HAQ..jd jgn gusar dan takt...hadapi dan tanggung apa yang dialami...

****teringat ana pernah jd tempat mengdu seorg suami ttg isterinya dan luahan hatinya tetng masalahnya..dan yg ana gembira bila sisuami mengadu akan kebahagian dan tergambar kecerian dlm dirinya apabila mslah selesai..Tapi bagi ana yg pling utama dlm persahabatan adalah ikhlas dan ada batas2nya..tiada apa yang kita boleh membantu melainkan doa dan nshat ikhlas dr seorg rakan..(((pastu kena warning ...bila dah bahagia dan dapat khdpn sendr,, org luar tak boleh kacau...huhu..))asik kena serang terguris jugak hati kecilku ini.kalau org luar len laa..ni insan yg dah mcm keluarga sendrii mne tak trse beb.huhu...nsb badan....jd moral of daa story,, hati2 dlm menjalani kehdupan dan bersahabat dengan org sekeliling...****adeyhhh trngt drama2 pmpuan gaduh sm pmpuan sbb laki...adeyhh ampun ana taknak bnda ni jadi kat ana...mtak jauh...ini kes sbb terlebh baik nak applykan dr jd pkar motivasi. hahaha.(((cita2 ana masa kecik))***;P

Jumaat, 25 Disember 2009

PETUA NENEK ADA BETULNYA

Bismillah...
sedang ana menyusuri blog keblog terpilih...ana terbaca pasal petua nie kt blog Surau Al-Ikhwan Kembojasari...sesuai untuk dibaca oleh para muslimah..yg dah bersuami boleh laa cuba ikut petua ni,,klo yg dah amalkan alhamdulillah..jika yg blum berkahwin dan dlm perancangan,,,nati dah nikah boleh stat amalkan...;P

Bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membena rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...InsyaAllah, dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan yg diredhai...

Begitu juga membasuh pakaian, kalau dapat, memang sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh, ok tak apa suruh maid basuh baju kita, tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri.(ada rahsia tu).

>Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!.apa pun yg ada didlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami.Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya.Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya.(ada rahsia tu),

>APA RAHSIA NYA???

>AIR TANGAN!!!!... itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, kemana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!.

>Begitu juga memberi makan anak, suapan kemulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak, kalau pun anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu siibu' dlm hidupnya. Pecayalah...

>Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja, mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan,sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa 'air tangan' yg masuk keperut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.

>Kebajikan Suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!).

Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri.

>Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu cari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg
kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.

>Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa ... apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya? Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka(berangin) so, semua yg kecil2 (pakaian dlm) nenek sidai disin, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya.

>Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm, bergayutan diampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap kejalan raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita...

>Pakaian dlm ini (maaf TM kena berterus terang sikit... tapi rasanya masih bahasa yg berlapik) bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia sulit) kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya dijaga / diurus hanya oleh siisteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesih) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak...kenapa musti bagi org lain'menguruskannya'???

>Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada didlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahankan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.

Sumber:Dicatat oleh AL-IKHWAN, KEMBOJASARI
****sempat berangan jap camner yer bila dah jd isteri dan ibu..hehe..tahu kat mak ayah ni nanya ni...jwpan standard dr mak ayah..hbskan blaja dulu dan keje..pastu ada dwit sendri nak nikah ker nak apa ker bley..:((...hehe baik mak,ayah...tapi kalo dah jodoh awal izinkan dan restu ekk..hehe..(cakap mcm dah ada calon...hehe..adeyhhhh berangan jer lbh)...

Khamis, 24 Disember 2009

SESI TERJEMAHAN: SURAH AL-ISRAA'

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Erm tgh baca2 terjemahan bagi surah Al-Iraa' terdetik hati ana untuk letakkan dan kongsi ayat 94-97 surah ini...dimana telah nyata sesungguhnya petunjuk itu datagnya dari ALLAH dan Dia akan memberi kepada mereka yang ditunjukkinya dan tiada ada apa pun yang dapat menghalangi seseorang itu untuk memperoleh petunjuk ALLAH. jika kita tergolong dalam mereka yang sesat, maka janji Allah, seksa yang menanti pada hari pembalasan dimana dijanjikan ALLAH selayak-layak tempat kediaman bagi mereka yang sesat adalah neraka jahanam...Oleh itu marilah sama-sama kita mencari dan mengejar rahmat ALLAH agar kita tidak tergolong dalam mereka-mereka yang sesat..Sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya"..Wallualam..

94: Dan tidak ada sesuatu yang menghalangi manusia untuk beriman tatkala datang petunjuk kepadanya, kecuali perkataan mereka: "Adakah Allah mengutus seorang manusia menjadi rasul?"

95: Katakanlah: "Kalau seandainya ada malaikat-malaikat yang berjalan-jalan sebagai penghuni di bumi, niscaya Kami turunkan dari langit kepada mereka malaikat menjadi rasul".

96: Katakanlah: "Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya".

97: Dan barangsiapa yang ditunjuki Allah, dialah yang mendapat petunjuk dan Barang siapa yang Dia sesatkan maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat (diseret) atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka adalah neraka Jahanam. Tiap-tiap kali nyala api Jahanam itu akan padam Kami tambah lagi bagi mereka nyalanya.

****Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah waktu sehat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)***

Rabu, 23 Disember 2009

Apa agaknya khabarmu di sana?

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar

****Arini terasa sunyi..ermm enth knpa...jd ana ltkkn luahan hati nie kt sni...huhu...walaupun mmbicarankn ttg hati..sdkt tsasar dari kebiasaan..tp blog ini adalah teman ana,,jadi bisa ana luahkan apa yg tersurat dan tersirat disini...hukhuk..tnpa sdar air mata ana mengalir,,,,entah knpa...hanya padaMU tempat mengadu YA Allah...Yang Maha Mengetahui segalanya*****Allah Allahurabbi laa usrikubihi syaian...

Selasa, 22 Disember 2009

Wanita sebagai ahli neraka

1. Rambut digantung dan otak mendidih
Saidina Ali Karramallahahu wajhah berkata, ‘saya dengan Fatimah menghadap Rasulullah SAW, kami dapati baginda sedang menangis, lalu kami berkata kepadanya, ‘Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?’ baginda menjawab, Baginda menjawab, ‘Pada malam aku diisrakkan hingga kelangit, di sana aku melihat perempuan-perempuan dalam keadaan azab yang amat dahsyat, dengan itu aku menangis bila mengenangkan azab yang diterima oleh mereka, Ali bertanya, ‘Apakah yang ayahanda lihat di sana?’ Rasulullah SAW bersabda, ‘aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya dan tangannya dikat kebelakang dan iqthran (timah cair yang panas) dicurah ke dalam tekaknya. Aku melihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat, tanganny terikat keubun-ubunnya, dan aku lihat perempuan memakan tali perutnya sendiri.’

‘Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat dari api neraka, otaknya keluar daripada lubang, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta’

‘Aku melihat erempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraannya yang dihadapi. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,kala dan ular masuk ke kemaluannya atau mulutnya atau kelepasannya. Malaikat memukulnya dengan curung api neraka.’

Sebab-sebab wanita masuk neraka

Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya, ‘ Ayahanda yang dikasihi, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?’

Rasulullah menjawab, ‘Fatimah, adapun perempuan-perenpuan yang digantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup auratnya daripada yang bukan muhrimnya. Perempuan yang tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.’

2. Keluar rumah tanpa izin suami
‘Perempuan yang digantung tubuh mereka ialah yang menyusukan anak orang lain dengan tidak mendapat keizinan suaminya. Perempuan yang kedua kakinya tergantung ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa keizinan suaminya dan perempuan yang tidak mahu bersuci daripada haid dan nipas. Perempuan yang memakan dirinya sendiri itu ialah kerana mereka berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat orang’.

3. Ahli pengumpat dan pendusta
‘Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, ialah kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya, dan tidak mahu mandi janabah’

‘Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang berupa seperti anjing ialah perempuan yang suka buat fitnah dan membenci suaminya.’

4. Menyakiti hati suami
‘Perempuan yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang tujuh puluh hasta, kemudian diikat ke belakang tengkuknya.’

Sementara itu Saidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan, ‘Aku mendengar Rasulullah bersabda, ‘Perempuan yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti ati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat para malaikat dan laknat oleh manusia.’

5. Tidak bersyukur kepada suami
Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ‘Seseorang perempuan itu, apabila ia mengerjakan sembahyang lima waktu, dan berpuasa dalam bulan Ramadhan, dan memelihara kehormatannya dan taat setia kepada suaminya, masuklah ia ke dalam syurga dari mana jua pintu syurga yang ia kehendaki.’

Sabda Rasulullah SAW lagi:
‘Selain dari itu, ahli neraka diperintah masuk kedalam neraka, dan aku telah berdiri menghadap Rasulullah SAW seraya bertanya: ‘Ya Rasulullah, kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya ialah perempuan. ‘Rasulullah SAW menjawab: ‘Kebanyakan penghuni neraka itu adalah perempuan kerana perempuan gemar sekali mengkufurkan suaminya. Seberapa banyakpun nikmat yang telah diperolehinya, dia masih belum rasa puas hati dan cukup sehingga terus merayu suaminya untuk mendapatkan harta yang banyak.’

"""Pada shabt2 muslimah semua, jika ada yg nak nikah, nak tnang, tgh cuple, dah jd ibu isteri ker,,yg msh solo ker,, ermmm mari sama2 kita muhasabah diri akan keadaan dri kita...sedia dah ker nak pkul tangjwb yg lebih besar,,, jgn kita fikir nak seronok jer,,fikir nak kawin tuk elak maksiat,, bukan macam tuuu, pernikahan dan penyatuan suami istri melalui ikatan akad yg sah jadikan ianya sebagai jalan untuk sma2 mencari keredhaan Ya Rabb agar saling lengkap melengkapi sebagai mukmin sejati..Al-Quran dijadikan panduan dan pegangan untuk melayari umah tangga dan mndidk anak2 agar tdak terjadi fenomena isteri nusyuz, suami dayus, anak2 terbiar dan umah tangga musnah...Wallahualam***********

Sumber article: SS

15 tanda kematian mulia

KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.

Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.

Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam ‘husnul khatimah’ ataupun ’su’ul khatimah.’

Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”

Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah



****dari SS****

Isnin, 21 Disember 2009

APA NAK JADI...

Assalamualaikum..

Apa nak jadi dengan ana ni..processing untuk PSM tak buat2 lagi..imej dah ada, peta topo dah ada, peta guna tanah dan peta jenis tanih dah ada,,,ayooo bila nak mulakan buat geometry corection, subset, digitizing dan classification...bila ciap semua ni kat peta2 dan imej tuu semua bolehlah overlay dan buat analysis..pastu tngu data air kat putrajaya tuu..harap2 permohonan ana diterima..kalo tak tak tau laa tu dah iktiar last ana setelah mncari di 4 agensi kerajaan tiada data yang ana nak..yg ada pun tak lengkap...huhu..mncabar btol nak dapatkan data...harap processing nak buat dan analysis ni semua tak sussah sgt..klo ssh pun kn laa trima sbgai cabaran dan dugaan...
huhu...adeyhh hitung2 ada 14 mggu lg la nak hbs tuu pun kira skali nga mggu exam..mak aittt cepatnya rase...bila nak kacang buat ni ???nak kena basuh dan ketuk kepala ni baru gerak skit,sapae yg nak basuh dan ketuk kepala ana ni silakan moga2 ada sikit kesedaran nak buat PSM,,abah pun tak pegi jumpa lagi...tak tau nak ngadap tanya dan report apa..kan die komen kt PSM 1 ana kan panas telinga..papepun syukur alhamdulillah..PSM 1 ana dapat A..harap yg kedua ni ana dapat kekalkan momentum A ana tuk 4 kredit subjek ni..huhu..


huhu carta alir pra processing..br pasan ana ada tertingl peta topo nk mskkn kt step ni...huhu..mcmner boleh lost ni buat pembetulan pkai automatic kaaa???


huhu..ni processing after imej2 tu semua dah btolkan dr segala macam ganguan yg tak diinginkan..ayooo...bila nak stat ni...

nak stat tuu yg ssh kalo dah stat ermmm mkn pun tak lalu mandi kena laa bsah...( nak trma kasih kt phak jabatan pertanian putrajaya artu krna bg service bgus punya 5 bntang bleh bagi...dar Puan Misnah, penyambt tetamu dan mereka yg terlibat, tak lupa pada kak aqma JPS layan ana yg cerewet ni nak data itu ini,,pada en hasimi dr AKSB yg byk bg pandangan dan layan msj ana brtanyakan itu ini dan pd penyelia yg smpai busan nungu ana salain data...kepda oleng trma kasih bg guna peta topo..pada pesal trima kasih sush2 jer antarkan peta topo ni...dan pada mereka yg tlbt scra lnsung dan tak lnsung...budi baik anda semua hanya Allah yg mampu membalasnya..pada hamba ALLAH ni trma kasih bantu ana tuk dapatkan peta tuu...sekian)))

***sbnarnya ana nak postkan pasal sunway lagoon&firaun dan malu...tapi tungu dlu ana tgh kmpul maklumat...hehehe**smbil2 mozekkan peta dan tkarkn format die..kpla ni tgh pk dan cr apa ana nk mskkn dlm post psl tuu nti

Aksi jijik si penderhaka

Harian Metro 21 Disember 2009
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Dia mempunyai tiga anak, semuanya lelaki, tetapi tiada seorang pun sudi menjaganya, malah tergamak menghantar si ibu berusia 60-an ini ke rumah orang tua, dua tahun lalu.

Sejak itu, tiada seorang pun anaknya pernah menjenguknya termasuk ketika dia sedang nazak, baru-baru ini.

Sebaik jenazah si ibu siap dikebumikan, dua daripada tiga anaknya muncul di tanah perkuburan. Itupun, bukan untuk mendoakan kesejahteraannya, tetapi kerana mahu bertanyakan harta ditinggalkan.

Lebih memilukan, dua beradik derhaka itu saling berebut harta peninggalan ibu mereka tanpa menghiraukan orang ramai yang masih berada di kubur kerana menguruskan pengebumian jenazah wanita malang itu.

Malah, mereka juga tidak menunjukkan perasaan menyesal atau bersalah walaupun tidak berkesempatan bertemu arwah ibu buat kali terakhir selepas dua tahun ‘membuangnya’ di Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, dekat sini.

Tiga beradik itu menghantar ibu mereka ke pusat berkenaan selepas mengaku tidak sanggup menjaga sendiri ibu yang dianggap satu bebanan, apatah lagi warga emas itu menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Sebagai helah, tiga beradik itu mendakwa tidak mampu menjaga ibu kerana mempunyai tanggungan ramai walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai pekerjaan tetap.

Menceritakan peristiwa itu, pengasas pusat berkenaan, Muji Sulaiman berkata sejak warga emas berkenaan terlantar sakit, dia kerap menghubungi ketiga-tiga anak wanita terbabit supaya datang menziarahi ibu mereka berikutan keadaannya agak kritikal.

Namun, semuanya sia-sia apabila mereka memberi alasan terlalu sibuk dan tidak sempat menziarahi ibu walaupun sekejap.

Malah, sehari sebelum wanita itu meninggal, Muji turut menghubungi ketiga-tiga anaknya supaya datang memohon ampun sebelum terlambat selepas mendapati ibu mereka sudah nazak.

Malangnya, akibat keras hati tidak seorang pun anaknya mengunjungi ibu tua berkenaan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir Ramadan lalu di sisi Muji dan beberapa rakan yang tinggal di rumah jagaan itu.

“Selepas wanita itu meninggal, saya sekali lagi menghubungi anaknya untuk memberi peluang mereka menatap wajah ibu mereka buat kali terakhir, tapi sia-sia kerana masing-masing tetap memberi alasan sama, iaitu sibuk, sekali gus memaksa kami menguruskan pengebumian tanpa menunggu anaknya.

“Apa yang menyedihkan saya, dua daripada tiga anak lelakinya hanya tiba di tanah perkuburan selepas jenazah ibu mereka selamat dikebumikan dengan satu tujuan, iaitu bertanyakan harta ditinggalkan arwah ibu mereka.

“Abang sulung bertanyakan di mana barang kemas ibunya, manakala si bongsu meminta sijil kematian bagi membolehkannya mengeluarkan wang dari akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik arwah ibunya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Muji berkata, hatinya hancur apabila mendapati dua lelaki terbabit hanya sanggup menziarah kubur ibu mereka semata-mata untuk mendapatkan harta tidak seberapa ditinggalkan arwah ibu tanpa menghiraukan orang ramai yang menguruskan pengebumian wanita terbabit.

Katanya, dia memaklumkan kepada anak sulung wanita terbabit bahawa ibunya tidak pernah memakai barang kemas sepanjang menghuni rumah orang tua berkenaan menyebabkan si anak seolah-olah tidak berpuas hati.

Bagaimanapun, Muji terpaksa menyerahkan surat kematian kepada anak bongsu kerana tidak berhak memegangnya walaupun arwah sudah berpesan supaya menyedekahkan wang ASB miliknya kepada mereka yang memerlukan.

“Tidak sangka ada anak yang tergamak datang pada hari pengebumian ibu untuk berebutkan harta sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah datang menjenguk walaupun beberapa kali diminta berbuat demikian.

“Kejadian ini membuka mata saya bahawa segelintir anak hanya sanggup menjaga ibu yang sudah uzur jika mempunyai harta, tapi sanggup membuang orang yang mengandung dan melahirkan mereka sekiranya tidak mempunyai harta untuk menyenangkan kehidupan mereka,” katanya sebak.

***tanpa sedar air mata ana mengalir membaca article ini..begitu hina si ibu diperlakukan sedemikian rupa oleh anak-anaknya..Semoga ALLAH menjauhkan sikap derhaka ini dari ini ana dan adik-beradik ana yang lain..erm...wallahualam..
Sama-sama kita renungkan dan muhasabah dri..

Ahad, 20 Disember 2009

MUHASABAH DIRI

Bismillah..







***hari ni ana tak bkemampuan untuk menaip..hanya gambar diatas sbgai penganti pena ..moga2 kita semua mndapt syafaat dariNYA...Allahuakbar

Khamis, 17 Disember 2009

Maal Hijrah 1431 H


Assalamualaikum wbt..

Sedar atau tidak esok brmulanya tahun baru 1Muharram 1431H..kesempatan ini ana mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 kepada semua pengunjung teratak An-Nisaa' dan seluruh umat islam semua.

Hari ini..dapat dilihat makhluk bergelar manusia atau org yg menjadi isi dunia begitu leka...dan mengejar dunia..tanpa sedar dunia semakin tua sdah tdak mampu menanggung seksa akibat daripada kealpaan manusia dlm menunaikan tangjawab sebagai hamba ALLAH..esk bermulanya tahun baru menggantikan fasa masa yang hari kehari menghampiri ke penghujungnya iaitu hari kiamat...namun seperti termaktub dalam al-Quran ayat 1 surah AL ANBYAA' iaitu

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).(AL ANBYAA':ayat 1)

Semakin menghampiri dunia ke penghujung...maka manusia jga smkin hanyut dan hanyut dibawa arus gelombang dunia yang melalaikan dan melekakan..kehidupan dunia lebih diutamakan dan membuatkan nafsu mengusai diri..Firman ALLAH S.W.T iaitu:

Maka adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsu, maka sesungguhnya, syurgalah tempat tinggalnya.(Surah An Naziat:ayat 37 - 41)..

Pertambahan masa dari saat ke tahun bkn sahaja memberi kesan kepada usia dunia..tetapi diri kita juga..adakah kita sedar msa yang kita gunakan dgunakan sebaiknya untuk memperhambakan diri sebagai hamba ALLAH atau mangsa hasutan syaitan, kuncu-kuncunya dan bala tenteranya???Di hari pembalasan kita akan ditanya mengenai setiap detik yg kita lakukan ....

"Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan: Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya), bagaimana ia habiskannya? Ilmunya, bagaimana ia amalkannya? Hartanya, dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? Tubuh-badannya, bagaimana ia gunakannya?(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn Abid al-Aslami)

Di bulan Hijrah ini..marilah kita sama-sama bermunasabah diri dan melakukan perubahan dan pengorbanan dalam mengabdikan diri padaNYA..agar diri kita adalah salah seorang yang mnjadi penghuni syurga yg abadi kelak...jgnlah hanya mengejar dan mengamalkan yg sunat tapi yg wajib kita abaikan dan tdak sempurna..jgn hnya mnymbut bln muharam tanpa kita lakukan prubahan pd dri dan berada di takuk lama yg hnyut dan mkin hnyut dibawa arus dunia yg hanya seketika...Semoga tahun baru memberi erti yang bermakna pada diri kita dalam mempertingkatkan lagi tahap ketakwaan kita dalam mencari redha YANG ESA...Wallahualam...

keranamu...

Bismillah...

Keranamu..
keranamu...
keranamu..
Ku hilang teman malamku

Keranamu..
keranamu..
Keranamu
Aku lelapkan mataku disini ..

Keranamu..
Keranamu..
keranamu..
Aku lalui suram pagi yang tenang dan indah

Keranamu..
keranamu..
keranamu..
ku melalui hariku dsini..

Keranamu..
keranamu..
keranamu..
ku menapak di putrajaya

Keranamu..
keranamu..
keranamu..
Ohhh...peta guna tanah..
peta hidrologi.
peta jenis tanah...

enth apa ana mlalut pg ni..huhu...;( ;) ana kt Semenyih dlm shari 2 ni...krna setlekan untuk ambek map yg ana order kat jabatan pertanian di putrajaya untuk digunakan dalam PSM ana nati..InsyaAllah..huhu....

Rabu, 16 Disember 2009

Warkah untuk lelaki bergelar suami dan bakal suami

Ana berjalan2 menyusuri liku2 tenet yg slow ke blog dan web yg ana salu knjungi..ttba dkat halaqah web ana jumpa sal ni....sbuk dbncangkn dan diperdebatkan pasal puisi atau kta2 ini..sma2 kta tgk, bca dan....pape laaa..hehe


Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun,
merekalah insan yang terhampir
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )
Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana si dia tak akan terdaya
mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan " Sayang....abang alpa "
bisikkan " Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )
Arghh...
tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya " Seabadi permata....
segermelapan intan " ...
sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.

Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
permata yang dipilih
perlu digilap semula.

Namun
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah " Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri,istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?
jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
itulah cinta sejati.

Namun tidak salah
di samping menyanjung budi,
kita merampingkan 'body'
kalau ada kesempatan
ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
tapi ingat niat kerana Tuhan
bukan kerana ingin kuruskan badan
tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
yang terlebih dikurangkan
jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara
tapi kini saat menghitung dosa
lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
di dunia ini dan di akhirat nanti
itulah yang dikatakan
hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )
Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "

( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati
seorang isteri.
Janji yang termeterai
di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur
buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi
derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi
nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan
pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa: rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya.

Isteri...
tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila
yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku
di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri.

Sekian.

Selasa, 15 Disember 2009

ALKISAH GADIS SEKSI MEMBERI SALAM

Kali ini ana bawakan lagi alkisah pendek kedua yang diceritakan oleh seorang sahabat ana sebagai bacaan dan renunan bersama..jika ada yang ingin memberikan pandangan, komen atau sbrang bnda yg boleh dijadikan input ilmu untuk dikongsi amatlah dialukan agar dapt dikongsi bersama..cerita ini berkisar.....;0)

Assalamualaikum. Subhanallah, perkare ini terjadi sebentar tadi. Ana keluar untuk ke masjid solat isyak. Ana melalui satu jalan yang agak gelap di taman perumahan ana ini dan di dalam kesamaran malam, kelihatan 2 anak gadis berjalan menuju bertentangan ke arah ana. Gaye pemakaian memang seksi habis, baju ketat, seluar jeans "half" yang paras lutut dan sangkaan sekilas ana, pastinye orang bukan islam. Chinese ke, thai ke, gitu la.

Sekali sampai je kami bertentangan, mereke berdue serentak memberi salam kepade Ana. Salam diberikan amat jelas, lembut dan bersopan santun. Ana tergamam, terus berjalan tertunduk dan bertindak spontan tanpe sempat terfikir ape-ape, ana menjawab salam mereke tetapi dengan nada yang amat perlahan, umpame ketike bacaan dalam solat.

Moral dari cerita ini sama2 kita fikir2kan dan renung2kan..Wallahualam