Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana(Surah An-Nisaa'Ayat 170)
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
Amalan menjauhi gangguan syaitan
SOALAN SAYA mengalami masalah untuk niat solat. Ketika saya hendak niat, saya rasa ada sesuatu yang membisikkan di dalam hati saya mengatakan saya solat bukan kerana Allah, sedangkan hati dan mulut saya menyebut kerana Allah.
Tetapi seperti ada sesuatu halangan untuk saya niat kerana Allah. Setiap kali hendak solat saya mengambil masa malah sampai berpuluh minit untuk selesaikan solat.
JAWAPAN
MEMANG sah gangguan yang anda alami adalah gangguan syaitan yang memang suka membisik-bisikan keraguan terhadap perintah Allah SWT dan keraguan terhadap-Nya.
Di dalam penghujung surah Allah SWT memberi ingat bahawa syaitan akan sering meniupkan bisikan-bisikannya, firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (al-Nas:2-7).
Di dalam ayat yang Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan Aku berlindung kepada-Mu, Wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. (al-Mukminun: 98).
Kedua-dua ayat ini memberitahu kita bahawa musuh yang bernama iblis dan sesuai dengan sifat kesyaitanannya menjauhkan manusia daripada mentaati Allah SWT.Tidak kiralah apa cara sekalipun asalkan anak Adam berjaya diganggu sehingga berhenti daripada mentaati Allah SWT dan mentaatinya dengan melakukan maksiat.
Manakan tidak bila seseorang itu berhenti mentaati Allah SWT bermaksud mentaati iblis. Nah, bila sudah jauh daripada Allah maka yang dekat dengannya ialah iblis. Maka inilah yang menjadi matlamat iblis. Untuk itu, iblis sanggup berusaha siang dan malam, pagi dan petang tanpa mengenal erti putus asa dalam menggoda anak Adam.
Apa anda lalui adalah gangguan iblis yang menyedari bahawa ketaatan kamu kepada Allah adalah kerugian baginya. Sebenarnya iblis ini tidak kuat, dia lemah dan hina, dia sungguh tidak berdaya untuk menyesatkan kita, ini kerana kita adalah lebih kuat dan lebih mulia daripada segi kejadian.Bisikan serta gangguan dalaman adalah kerana jiwa kita kosong, gersang daripada mengingati Allah SWT. Kekuatan dalaman kita menjadi dinding dan perisai bagi menghindari iblis durjana ini.
Dalam hadis Rasulullah SAW baginda bersabda yang bermaksud:
Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah (ujian) syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata: “Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam. (al-Bukhari dan Muslim).
Pengajaran daripada hadis ini;
1) Lintasan hati tidak akan memudaratkan iman yang ada pada seseorang.
2) Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yang menafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah agar seseorang itu bebas daripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya.
3) Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.
Memandangkan gangguan iblis selalu dituju ke hati melalui urat saraf tempat mengalir darah dan akhirnya, darah itu sampai ke hati bersama bisikan iblis.
4) Syaitan akan mendatangi sesiapa sahaja. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya.
Oleh itu sebagai pendindingnya kita hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.
Apabila hati manusia telah mati atau menjadi keras, apabila hati manusia telah menjadi padam dan tidak bersinar lagi atau apabila ia telah tumpas dalam pertarungannya menghadapi syaitan maka terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan terutama ke dalam dirinya, kerana syaitan itu meresap ke dalam diri anak Adam sebagaimana pengaliran darah di dalam tubuhnya.
Sebenarnya apabila benteng pertahanan dan kekuatan manusia telah runtuh maka syaitan akan kembali menjadi teman karibnya sebagaimana firman Allah dalam ayat 19 surah al-Mujadalah.
Inilah kandungan maksud yang dibayangkan oleh al-Quran yang menyatakan:
Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka (keturunan Adam) daripada jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari hadapan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (al-A’raf: 16-17).
Kesungguhan iblis dalam menyesatkan anak Adam memang sangat jelas melalui ayat ini. Kekerapan gangguan yang anda lalui juga ada kemiripan kepada penyakit was-was, penyakit yang sangat bahaya, serta makan masa untuk dipulihkan.
Dalam hal ini Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu menghasut anak Adam dengan berbagai cara.
Lalu (pertamanya) ia menghasut melalui jalan agama Islam itu sendiri dengan berkata: Apakah kamu menganut Islam dan meninggalkan agamamu dan agama nenek moyangmu? Anak Adam enggan mengikutinya dan tetap berpegang dengan Islam.
Kemudian dia menghasut pula di jalan hijrah, lalu dia berkata: Adakah anda ingin berhijrah meninggalkan tanah air dan kampung halaman? Lalu anak Adam mengingkarinya dan tetap berhijrah.
Kemudian syaitan menghasut pula di jalan jihad dengan berkata:“Adakah engkau ingin sedangkan jihad itu membinasakan jiwa dan harta benda engkau, kemudian engkau berperang lalu engkau dibunuh, kemudian isteri engkau dikahwini orang dan harta kekayaan engkau dibahagi-bahagikan. Lalu anak Adam tetap mengingkari syaitan dan terus berjihad.
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Maka sesiapa yang bersikap demikian kemudian ia mati maka adalah hak Allah SWT memasukkannya ke dalam syurga”. (riwayat al-Nasa’i)
Menjauhkan diri daripada maksiat dan kejahatan adalah bermaksud menjauhi syaitan. Banyakkan zikir, solat, wuduk, selawat, istighfar, membaca al-Quran. Kawal pancaindera daripada murka kepada pencipta-Nya.
Assalamualaikum ustaz,
Mengenai hal berkhatan, dapatkah ustaz jelaskan secara terperinci hadis & Dalil mengatakan hukum berkhatan bagi lelaki & perempuan ? Saya keliru ada mengatakan perempuan tak diwajibkan dikhatan..adapun memberitahu perempuan dikhatankan pada bahagian yang sedikit saja..
JAWAPAN
Wa'alaikumussalam
Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelaki satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .
Kelentit wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."
dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.
Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
Rasulullah Berkhatan
Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.
Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demikian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.
Soalan: Adakah perlu mengqada' solat fardu yang telah ditinggalkan atau cukuplah dengan bertaubat sahaja? Jawapan: Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya. Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu telupa dan tertidur. Mereka yang meningglkannya sama ada terlupa atau tertidur atau dengan sengaja, wajib bertaubat kepada Allah s.w.t. dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan dosa, khususnya solat yang ditinggalkan itu, dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang. Kemudian, wajib ke atasnya mengqada' semula solat-solat yang telah ditinggalkan.
Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?
Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..
Jawapan:
Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh. Tidak boleh memberitahu hal tersebut kepada bukan mahram.
a) Antara illah aurat wanita muslim di hadapan wanita non muslim sama seperti dgn lelaki bukan mahram adalah kerana wanita non muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah).. Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.
b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)
c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]
Soalan : Adakah dibenarkan untuk kita pergi menonton di panggung wayang dan menonton filem-filem biasa yang ditayangkan? Adakah dibenarkan untuk kita menonton filem-filem lucah walaupun hanya sekadar gambar dan bukan tubuh badan yang sebenar? Apakah tanggungjawab kita terhadap muslim yang menonton filem-filem seperti ini, adakah kita mencegah dan melarangnya ataupun membiarkan mereka menonton apa yang mereka mahu?
Jawapan : Adalah dibenarkan untuk kita pergi ke panggung dan menonton filem-filem yang bermanafaat (seperti dokumentari) dengan syarat barisan antara penonton perempuan di dalam dewan hendaklah diasingkan dari penonton lelaki. Keadaan ini samalah seperti kita menghadiri seminar. Ia dibenarkan dengan syarat hendaklah ada pengasingan antara penonton lelaki dan perempuan.
Namun begitu, meskipun di bolehkan menonton wayang dengan syarat yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik sekiranya dielakkan, supaya mata tidak terlihat aurat wanita yang hadir menonton dan juga telinga tidak akan mendengar suara-suara yang tidak enak dari para penonton didalam panggung wayang itu.
Manakala menonton filem-filem yang berunsur lucah atau filem seksi adalah diharamkan sama sekali, walaupun sekadar gambar-gambar dan bukan susuk tubuh badan yang sebenar kerana kaedah syarak dalam hal ini ialah “sesuatu perkara yang menjurus kepada keharaman, maka hukumnya adalah haram” Ini bermaksud, apa sahaja perkara yang walaupun belum benar-benar pasti menjurus kepada keharaman, tetapi mempunyai kebarangkalian boleh membawa kepada keharaman, juga sudah mencukupi untuk dinyatakan sebagai haram hukumnya.
Secara umumnya, kebanyakkan filem-filem sebegini akan menjerumuskan si penontonnya kepada perbuatan yang mengandungi unsur-unsur haram jadi kaeadah syarak ini terkena pada semua filem seksi, filem berunsur seks dan filem lucah. Maka dengan sebab itu, adalah diharamkan untuk menonton, mahupun membeli filem-filem sebegini.
Merujuk kepada persoalan bagaimanakah caranya syabab berhadapan dengan kaum muslimin yang menonton filem sebegini, seperti yang diketahui, sebahagian daripada mereka yang menonton filem seperti ini adalah orang yang rendah pemikirannya yang tidak menurut perintah dan larangan Allah kecuali orang-orang yang mempunyai belas kasihan Allah.
Namun sekiranya syabab mempunyai kaedah pencegahan yang rasional biarkan mereka menggunakannya. Mungkin orang yang mengajukan soalan ini, maksudkan perkara ini berlaku dikalangan kaum keluarganya dan dia merasa sedih dengan perbuatan mereka maka seharusnya dia membimbing mereka untuk menjauhi perbuatan ini. Didalam kes ini hendaklah dia melarang mereka dengan kaedah yang benar dan berharap Allah akan membimbing mereka ke jalan yang benar dan InsyaAllah dia akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT kelak.
Hakikatnya, pada hari ini kaum Muslimin dikelilingi dengan penderitaan dan penindasan dari pelbagai penjuru disebabkan ketiadaan sistem dan undang-undang Islam yang memelihara umat. Sememangnya, seorang Muslim tidak sepatutnya mempunyai waktu yang terluang untuk dihabiskan dengan melayani hiburan yang mubah(dibolehkan), apatah lagi mahu menghabiskan waktunya dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah, Nauzubillah!
Adalah menjadi tanggungjawab kita semua, sebagai seorang Muslim yang berfikiran cemerlang, untuk mengajak saudara-saudara seIslam kita, mengerahkan seluruh masa dan tenaga yang ada, untuk sama-sama bekerja keras menegakkan kembali Daulah Islamiyyah yang dengannya nasib umat ini akan terbela dan penderitaan umat Islam akan digantikan dengan kegembiraan.
Dr. Yusuf Al-Qardhawi
PERTANYAAN
Apakah boleh wanita Muslimat menghias (mempercantik) dirinya
di tempat-tempat tertentu, misalnya pada saat ini, yang
dinamakan salon kecantikan, dengan alasan keadaan masa kini
bagi wanita sangat penting untuk tampil dengan perlengkapan
dan cara-cara berhias seperti itu yang bersifat modren?
Selain itu, bolehkah wanita memakai rambut palsu atau tutup
kepala yang dibuat khusus untuk itu?
JAWABAgama Islam menentang kehidupan yang bersifat kesengsaraandan menyiksa diri, sebagaimana yang telah dipraktekkan olehsebagian dari pemeluk agama lain dan aliran tertentu. AgamaIslam pun menganjurkan bagi ummatnya untuk selalu tampakindah dengan cara sederhana dan layak, yang tidakberlebih-lebihan. Bahkan Islam menganjurkan di saat hendakmengerjakan ibadat, supaya berhias diri disamping menjagakebersihan dan kesucian tempat maupun pakaian.Allah swt. berfirman: "... pakailah pakaianmu yang indah pada setiap (memasuki) masjid ..." (Q.s.Al-A'raaf: 31)Bila Islam sudah menetapkan hal-hal yang indah, baik bagilaki-laki maupun wanita, maka terhadap wanita, Islam lebihmemberi perhatian dan kelonggaran, karena fitrahnya,sebagaimana dibolehkannya memakai kain sutera dan perhiasanemas, dimana hal itu diharamkan bagi kaum laki-laki.Adapun hal-hal yang dianggap oleh manusia baik, tetapimembawa kerusakan dan perubahan pada tubuhnya, dari yangtelah diciptakan oleh Allah swt, dimana perubahan itu tidaklayak bagi fitrah manusia, tentu hal itu pengaruh dariperbuatan setan yang hendak memperdayakan. Oleh karena itu,perbuatan tersebut dilarang. Sebagaimana sabda Nabi Muhammadsaw.: "Allah melaknati pembuatan tatto, yaitu menusukkan jarum ke kulit dengan warna yang berupa tulisan, gambar bunga, simbol-simbol dan sebagainya; mempertajam gigi, memendekkan atau menyambung rambut dengan rambut orang lain, (yang bersifat palsu, menipu dan sebagainya)." (Hadis shahih).Sebagaimana riwayat Said bin Musayyab, salah seorang sahabatNabi saw. ketika Muawiyah berada di Madinah setelah beliauberpidato, tiba-tiba mengeluarkan segenggam rambut danmengatakan, "Inilah rambut yang dinamakan Nabi saw. azzuryang artinya atwashilah (penyambung), yang dipakai olehwanita untuk menyambung rambutnya, hal itulah yang dilarangoleh Rasulullah saw. dan tentu hal itu adalah perbuatanorang-orang Yahudi. Bagaimana dengan Anda, wahai para ulama,apakah kalian tidak melarang hal itu? Padahal aku telahmendengar sabda Nabi saw. yang artinya, 'Sesungguhnyaterbinasanya orang-orang Israel itu karena para wanitanyamemakai itu (rambut palsu) terus-menerus'." (H.r. Bukhari).Nabi saw. menamakan perbuatan itu sebagai suatu bentukkepalsuan, supaya tampak hikmah sebab dilarangnya hal itubagi kaum wanita, dan karena hal itu juga merupakan sebagiandari tipu muslihat.Bagi wanita yang menghias rambut atau lainnya di salon-salonkecantikan, sedang yang menanganinya (karyawannya) adalahkaum laki-laki. Hal itu jelas dilarang, karena bukan sajabertemu dengan laki-laki yang bukan muhrimnya, tetapi lebihdari itu, sudah pasti itu haram, walaupun dilakukan di rumahsendiri.Bagi wanita Muslimat yang tujuannya taat kepada agama danTuhannya, sebaiknya berhias diri di rumahnya sendiri untuksuaminya, bukan di luar rumah atau di tengah jalan untukorang lain. Yang demikian itu adalah tingkah laku kaumYahudi yang menginginkan cara-cara moderen dan sebagainya.
---------------------------------------------------
Fatawa Qardhawi: Permasalahan, Pemecahan dan Hikmah
Dr. Yusuf Al-Qardhawi
Cetakan Kedua, 1996
Penerbit Risalah Gusti
Jln. Ikan Mungging XIII/1
Telp./Fax. (031) 339440
Surabaya 60177
Assalamualaikum ustaz,saya baru saja membaca metro hari ini 29/07/2007.saya sudah bertunang pada hujung tahun lepas dan akan berkahwin pada bulan november tahun ini,sepanjang kami bercinta dan bertunang kami telah banyak kali terlanjur, saya nak lupakan apa yang kami telah lakukan dan saya ingin bertaubat. Saya tak nak selepas berkahwin nanti hubungan kami dilanda masalah seperti tertulis dalam metro hari ini,sebelum ini saya sudah cuba untuk meninggalkan apa yang kami pernah lakukan, saya harap ustaz dapat bantu saya,dan saya harap ustaz dapat sertakan niat solat taubat dan waktu yang wajib saya lakukan.
Soalan melalui email
xxxxx86@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Jawapan :
Benar, tanpa taubat yang sungguh-sungguh, pastinya benih-benih dosa dan kejahatan yang diasaskan seperti 'ringan-ringan dan zina' semasa bercinta akan merebak selepas kahwin dan seterusnya kepada zuriatnya. Nauzubillah minzalik (minta di jauhkan Allah). Sila baca artikel saya di METRO ahad lepas di sini.
Ia berdalilkan firman Allah SWT :
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً
Ertinya : Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya " ( Al-Baqarah : 10 )
Maka sesiapa yang membiarkan ikatan pertunangan dan era mudanya dicemarinya dengan 'ringan-ringan dan zina', ia membenihkan penyakit yang serius dalam hati. Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur. Kelaurga yang amat berpotensi melahirkan suami yang bermain kayu tiga, isteri bercinta dan zina dengan rakan sekerja, anak yang menjadi penzina muda di sekolah dan lain-lain bencana keluarga yang pastinya diakhiri dengan penceraian dan penderitaan anak-anak. Matinya si ibu bapa ini kelak, mungkin diiringi dengan celaan atau sorakan oleh anak-anak peninggalannya.
Sudah tentu sebelum ia berlaku wahai umat Islam yang dikasihi sekalian, ubat dan 'antidot' adalah taubat dari kedua-dua belah pihak dengan taubat nasuha yang penuh kesungguhan dan keinsafan. Justeru, bagi mencapai taubat yang sebenar ini. Ia adalah seperti berikut :-
1) Bertaubat yang timbul dari ilmu dan kesedaran Islam dan bukan kerana desakan luaran. Jika belum ketemui ilmu itu, cari dan bacalah sedalamnya agar taubat ini lahir dari ilmu dan iman bukannya yang lain.
Imam Al Bukhari menyebut tentang keperluan sesuatu amal dan ibadah termasuklah taubat yang diakari oleh ilmu di dalam shahihnya hingga dibuat satu bab khas bertajuk : bab: "Ilmu sebelum beramal". Beliau menyebut firman Allah SWT berikut sebagai dalil keperluan ini:
Ertinya : Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan (Yang Hak) melainkan Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. Dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggalmu (Muhammad: 19)
Jelas disebut di dalam ayat berkenaan didahulukan perintah untuk berilmu dari perintah untuk beristighfar dan taubat.
Al-Qusyairi berkata dalam kitabnya "Risalah Qusyairiah": taubat yang pertama adalah: bangunnya hati dari kelalaian, serta sang hamba melihat keadaan yang buruk akibat dosa yang ia lakukan. Dan itu akan mendorongnya untuk mengikuti dorongan hati nuraninya agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Kerana dalam khabar disebutkan: "penasihat dari Allah SWT terdapat dalam hati setiap orang muslim". (Riwayatkan Ahmad dari An Nuwas bin Sam'an). Dan dalam hadith:
Ertinya : "Sesungguhnya di dalam tubuh terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh, dan jika ia rusak maka rusaklah seluruh tubuh, ketahuilah itulah hati". (Hadits muttafaq alaih dari Nu'man bin Basyir).
Jika hatinya merenungkan keburukan perbuatannya, serta ia menyedari dosa-dosa yang ia perbuat itu, nescaya dalam hati akan terdetik keinginan untuk bertaubat, dan menjauhkan diri dari melakukan perbuatan maksiat itu. Kemudian Allah SWT akan membantunya dengan menguatkan tekadnya itu, melakukan tindakan pemulihan atas dosa-dosanya, serta melakukan perbuatan-perbuatan yang diperlukan dalam taubat. (Risalah Qusyairiah dengan tahqiq Dr. Abdul Halim Mahmud, dan Dr. Mahmud bin Syarif, (1/ 254, 255)
2) Bersangka baik bahawa Allah akan mengampunkan dosa yang telah terlanjur itu. Firman Allah :-
Ertinya : Katakanlah: ""Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Az-Zumar: 53)
3) Segera menangisi dosa zina yang telah anda lakukan dengan benar-benar keinsafan. Anda perlu menitiskan air mata untuk ini, air mata insaf dan bukan dibuat-buat.
4) Berazam kukuh di dalam hati agar tidak lagi ingin kembali kepada perbuatan haram itu. Bukti azam kukuh itu adalah dengan membatalkan semua 'dating' dengan tunang itu dan tidak lagi berdua-duaan sehinggalah berkahwin.
Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut : Yang terpenting dalam masalah azam dan tekad ini adalah agar azam itu kuat dan betul-betul, saat bertaubat. Dengan tanpa disertai oleh keraguan atau kerinduan untuk kembali melakukan kemaksiatan, atau juga berpikir untuk mengerjakannya kembali. Taubat itu tidak batal jika suatu saat tekadnya itu sedikit melemah kemudian ia terlena oleh dirinya, tertipu oleh syaitan sehingga ia terlanjur, dan kembali melakukan kemaksiatan. (At-Taubatu Ilallah, Al-Qaradawi )
Imam Ibnu Katsir berkata: "Sedangkan jika ia bertekad untuk bertaubat dan memegang teguh tekadnya, maka itu akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya pada masa lalu. Seperti terdapat dalam hadits sahih "Islam menghapuskan apa yang sebelumnya, dan taubat menghapuskan dosa yang sebelumnya".
5) Wajib menjauhkan diri dari mendekati apa jua situasi yang boleh membawanya ke arah lembah zina tadi. Jangan berchat dan ber'sms' akan perkara yang boleh membangkitkan nafsu anda dan tunang. Hentikan dan putuskan talian jika perasaan itu mula mendatang.
6) Berterusan tawbat (selagi belum rasa hilang bersalah). Firman Allah SWT ertinya :
Ertinya : "Sesungguhnya tawbat di sisi Allah hanyalah tawbat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilannya yang kemudian mereka bertawabat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah Tawbatnya ( An-Nisa : 17)
7) Mempergandakan amal soleh, ia berdasarkan firman Allah :
Ertinya : " Kecuali orang-orang bertawbat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan Allah maha pengampun lagi penyayang" ( Al-Furqaan : 70 ).
Justeru, banyakkan bersedeqah, mengajar orang lain, kenalan dan lain-lain agar menjauhi dosa zina dan menyedarkan sesiapa jua yang mampu tentang dosanya. Berbekalkan pahala kebaikan ini diharap ianya dapat menutup dan memadamkan dosa zina tadi.
Tanda Sempurna
Tanda kesempurnaan taubat adalah anda merasa bencinya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana takutnya dilemparkan ke neraka atau lebih mudah untuk gambarannya adalah sebagaimana anda takut dan benci untuk mati 'accident' dengan kepala terburai dan pecah isi perut dalam keadaan zina.
Tanda kesempurnaan taubat juga adalah anda akan berubah dalam majoriti sifat dan rutin seharian anda kepada yang lebih baik. Ringan melakukan amal soleh dan suka bergaul dengan rakan-rakan dan solehah sahaja.
Mengulangi Selepas Taubat ?
Imam Ibnu Kathir berkata: "apakah syarat taubat nasuha itu orang harus tetap bersikap seperti itu hingga ia mati, seperti diungkapkan dalam hadits dan atsar: "kemudian ia tidak kembali melakukannya selama-lamanya", ataukah cukup bertekad untuk tidak mengulangi lagi, untuk menghapus dosa yang telah lalu, sehingga ketika ia kembali melakukan dosa setelah itu, maka ia tidak merusak taubatnya dan menghidupkan kembali dosa yang telah terhapuskan, dengan melihat generalitas pengertian hadits:
"Taubat menghapus dosa yang sebelumnya" [Tafsir Ibnu Katsir: 4/ 392].
Imam Ibnu Qayyim membicarakan hal ini dalam kitabnya "Madarij Salikin" dan menyebut dua pendapat:
Pertama : Mengharuskan agar orang itu tidak mengulangi kembali dosanya sama sekali. Menurut pendapat ini, ketika ia kembali melakukan dosa, maka jelaslah taubatnya yang dahulu itu batal dan tidak sah.
Kedua : Ia pendangan majoriti ulama , hal itu tidak menjadi syarat. Kesahihan taubat hanya ditentukan oleh tindakannya meninggalkan dosa itu, dan bertaubat darinya, serta bertekad dengan kuat untuk tidak mengulanginya lagi. Dan jika ia mengulanginya lagi padahal ia dahulu telah bertekad untuk tidak mengulang dosanya itu, maka saat itu ia seperti orang yang melakukan kemaksiatan dari permulaan sekali, sehingga taubatnya yang lalu tidak batal.
Kumpulan ini berpendapat, tidak disyaratkan dalam kesahihan taubat itu ia tidak pernah berdosa hingga mati. Namun jika ia telah menyesal dan meninggalkan dosa serta bertekad untuk meninggalkan sama sekali perbuatannya itu, niscaya dosanya segera terhapuskan. Dan jika ia kembali melakukannya, ia memulai dari baru catatan dosanya itu.
Namun, jangan tersilap memahami pandangan majoriti ini sebagai untuk menyematkan sikit azam untuk melakukannya lagi. Kerana jika terdapat azam dan niat jahat itu di celah hati tatkala taubat, taubat itu tidak sah menurut seluruh ulama dari kedua-dua kumpulan.
Persoalan: Sekiranya imam terlupa sesuatu rukun semasa solat atau melakukan kesilapan ketika solat, apakah yang perlu dilakukan oleh makmum untuk menegur kesilapan imam? Adakah makmum wanita juga ada hak untuk menegur imam walaupun terdapat makmum lelaki yang lain?
JAWAPAN:
Cara makmum lelaki menegur kesilapan imam ialah menyebut perkataan "subhanallah" dengan suara yang boleh didengari imam.
Manakala makmum wanita boleh menegur imam yang terlupa walaupun terdapat makmum lelaki tetapi mereka pun dalam keadaan lupa dengan cara menepuk tangan iaitu dengan mengangkat telapak tangan kanan ke atas belakang tangan kiri dengan kadar imam mendengar tepukan tersebut. Makmum wanita haram menegur imamnya yang salah bacaan dengan suaranya. Ini akan mengakibatkan solatnya terbatal. Sekiranya tepukan tersebut terlalu kuat, juga akan membatalkan solat wanita tadi.
Persoalan: Ustaz sy nk th psal mas kwin...wajib ada ms akad nkh ker?bleyy x byr ansur2??
Jawapan: Ustaz Naim(Ibnu Muslim.blogspot)
1. Definisi Mahar
Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.
Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan )1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’, dapat dinilai dengan wang.
Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :
“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat “
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:
“ Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan yang difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )”
Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri. Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.
2. Pemberian Mahar
Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.
3. Mas Kahwin Dan Pemberian Menurut Peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam
Mengikut peruntukan seksyen 21 ( 1 ) dan ( 2 ) dalam Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 ( Akta 303 ) berbunyi seperti berikut :
(1) Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.
(2) Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan :-
a) nilai dan butir-butir lain mas kahwin;
b) nilai dan butir-butir lain pemberian;
c) nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan
d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau pemberian.
4. Kadar Mahar
Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :
" اعظم النساء برآة أيسرهن مؤنة "
Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ). ( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )
Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteri berdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :
“ Kamu telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak “
Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain.
5. Jenis Mahar
a. Mahar Musamma
Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini. Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :-
1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.
2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.
b. Mahar Misil ( mahar yang sepadan )
Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah. Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan ) dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya. Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga, terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.
Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat, keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat di atas.
6. Mendapat Separuh Mahar Atau Tidak Berhak Mendapat Langsung
Sebagaimana yang kita sedia maklumi , apabila berlakunya suatu akad nikah yang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada isteri sama ada berupa mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak isteri.
Walau bagaimanapun terdapat keadaan yang menyebabkan isteri hanya berhak mendapat separuh sahaja daripada mahar tersebut atau pun tidak mendapat apa -apa mahar langsung daripada suami iaitu :-
a) Isteri hanya mendapat separuh sahaja daripada mahar apabila berlakunya perceraian sebelum persetubuhan. Ini berdasarkan kepada firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 237 :
“ Dan jikalau kamu menceraikan mereka itu ( isteri-isteri ) sebelum kamu menyetubuhi mereka walhal kamu telah menetapkan mahar kepada mereka, maka diwajibkan ( bayarannya ) separuh daripada yang kamu tetapkan kecuali jika mereka sendiri memaafkan atau orang yang mempunyai kuasa perwalian memaafkannya “
Ayat di atas menyatakan bahawa sekiranya mahar isteri telah disebutkan ketika akad nikah dan berlakunya penceraian sebelum persetubuhan, maka suami hanya wajib membayar separuh sahaja daripada mahar tersebut. Tetapi sekiranya mahar tidak disebut ketika akad nikah, suami wajib membayar mahar misil kepada isteri.
Menurut pendapat Imam Syafi’e dan Imam Malik sekiranya berlaku perceraian sebelum persetubuhan, suami hanya wajib membayar separuh sahaja mahar kepada isteri sama ada mahar tersebut disebut semasa akad nikah atau sebaliknya.
b) Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat pemberian mahar daripada suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh ( dari pihak isteri ) sebelum berlakunya persetubuhan.
7. Kesimpulan
Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani kehidupan bersama suami.
Mahar adalah menjadi hak milik isteri. Sekiranya ia tidak disebut sekalipun Para mujtahidin telah sepakat mengatakan bahawa tidak kadar dan had yang tertentu dalam meletakkan kadar mahar yang paling maksima. Terdapat satu peristiwa yang berlaku yang berlaku di zaman Umar al Khattab (r.a) di mana beliau melarang orang ramai dari meninggikan kadar mahar iaitu tidak boleh lebih daripada empat dirham katanya, “ Janganlah kamu meninggikan mahar perempuan kerana jikalau dia dimuliakan di dunia, atau mahu bertaqwa kepada Allah, maka yang lebih utama ialah contoh daripada Rasulullah yang tidak menetapkan mahar kepada isterinya mahu pun bagi puteri-puterinya melebihi dua belas auqiah. Oleh sebab itu sesiapa yang melebihi daripada 440 dirham walaupun lebihannya sedikit maka yang itu dimasukkan ke dalam Baitulmal “. Lantas seorang perempuan Quraisy membantah sambil berkata : “ Allah telah berfirman di dalam al-Quran :
Terjemahan : “ Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu ( isteri ) sepikul mahar, maka jangan kamu ambil walaupun sedikit daripada mahar itu “ ( surah al Nisa : 20 )
Persoalan: Blh tak jelaskan pakaian sesuai tuk perempuan bersukan.Tgk kat sekolah ni budak2 tingkatan 3 ker 5 berpakaian rasenya menjolok mate..
Jawapan dr Ustazah Noorlida...
Tiada pakaian pun yg sesuai dipakai olh perempuan tuk bersukan jika bercampur lelaki dan perempuan. Sebagai guru elakkan dari aktiviti sukan bercampur lelaki dan perempuan.saya sedia maklum keadaan pelajar sekolah menengah berpakaian sukan memang menjolok mata. Samada bersukan atau aktiviti kokurikulum sekali pun xblh bercampur laki dan perempuan. xde hadis dan nas yg mengizinkan ia berlaku.
Jike lihat seperti kadet polis atau bomba pakai perlu masuk kedalam.Dilarang sama sekali kerana termaktub dalam Al Quran bahawa sebagai perempuan "berpakaian lah kamu sepertimana kamu bersembahyang".
Tudung perlu dilepaskan menutupi dade dan tidak jarang yg menampakkan leher dan rambut maupun baju sekalipun.baju perlu besar dan kembang serta labuh menutupi ponggong.perempuan xblh memakai seluar walaupun besar kecuali ditutupi kain lain kerana akan menampakkan bentuk kaki dan pehanya.Dan akhir sekali perlu berstoken.harap penerangan saye jelas.
Jadilah seorang guru yg membimbing mengikut Al Quran,hadis dan sunah Rasulullah.Nescaya kite kan dpt mafaat dialam kubur tapi jike sebaliknya dan hanya mengikut sistem britis yg digunapakai sekarang. Susah nak dihuraikan kerna akan memanaskan blog ni...Assalamualaikum..
P/S: persoalan dan huraian ana copy dr ape yg dibincngkan di chatroom...untuk dkngsi pd semua tetamu...jika ada sbrng kemuskilan atau pndangan, blehlah diajukan di chatrum atau di kolum komen...sblm tuu sm2 kita renungi hadis dibawah yg dipaprkn di JKIM iaitu
Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.”
(Bukhari)
Huraian
Pakaian adalah satu keperluan penting bagi manusia. Secara lahirnya, pakaian melindungi manusia, tetapi secara batinnya adalah lambang kemuliaan insan. Syarak mendefinisikan bahawa aurat adalah sesuatu yang wajib disembunyikan dan haram dilihat. Menurut pendapat jumhur ulama’, wajib menutup aurat dalam semua keadaan sama ada pada waktu solat atau di luar solat Secara keseluruhannya empat mazhab utama dalam fiqh Islam iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menetapkan bahawa aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut manakala bagi wanita ialah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdasarkan nas yang kuat daripada al-Quran dan al-sunnah.
saya penuntut thn akhir u di selatan tnh air ada sedikit kemuskilan dan ingin meminta pandangan. pelajar kelas saya nak mengadakan majlis perpisahan dan bbq bercampur laki dan perempuanpada waktu malam. sebelum ni dah diadakan diner sebegitu dan saya xmenghadirinya.Macam2 saya dikata termasuk nak tunjuk alim xbertempat kata mereka kerana ada org lagi berpengetahuan agama pun menghadiri diner tersebut.Pada pandangan ustaz perlukah saya menghadiri majlis tersebut dan blhkah dalam islam majlis dan bbq tersebut yg bercampur laki dan perempuan dibuat sehingga larut mlm dan ape hukmnya.
waalaikumussalam(ustaz Shauqi)
majlis yg bercampur laki pompuan adalah majalisuzzur-majlis maksiat.. seeloknya jgn hadir... kalo nk hadir jg cukup sekadar makan dan balik.. tp sebaiknya jgn hadir..
nk hadir-tlg mklumkn phak pnganjur agar asingkan lelaki dan pompuan da jgn smpai lwt mlm. benda haram bkn akan jd halal krn ada ustaz yg hadir..yg haram ttp haram tak kirala sapa pun yg hadir..
hari ni ana nk la kongsi sikit apa yang dapat semasa dalam membuat kajian untuk tesis ana ni.. alhamdulillah sedikit sebanyak dapat bagi infak yang berguna pada kalian yang bce blog ni..
tjuk tesis ana ""larangan zina..""
P/S : Allah s.w.t telah menetapkan sesuatu hukum kepada manusia untuk ditaati perintahnya bagi melihat sejauh mana ketaatan hambanya. Allah juga telah menetapkan bahawa mereka yang mengingkari suruhannya termasuk golongan orang yang menzalimi dirinya sendiri. Semuanya telah diletakkan garis panduan untuk diikuti dan ditaati oleh manusia. Disebalik syariat itu pasti tersembunyi seribu satu hikmah yang perlu diterokai oleh manusia.
Institusi kehidupan hari ini, larangan menghampiri zina haruslah dititik beratkan oleh setiap individu muslim. Hal ini disebabkan kerana mereka mengambil ringan suruhan ini dan menganggap hal ini bukan dari agama bahkan satu kehidupan masyarakat yang moden. Sedangkan judi, mencuri, meminum arak adalah bahaya di kalangan masyarakat, inikan pula zina dari muqaddimahnya hinggalah kepada usaha yang memungkinkannya akan berlaku perbuatan zina adalah bahaya dan berdosa disisi Allah s.w.t kerana zina adalah perbuatan keji yang bertentangan dengan syariat islam. Oleh itu,islam melarang keras penganutnya daripada menghampiri apa jua jalan yang membawa kepada zina dan melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah swt terutama hal batas-batas pergaulan.
Saya telah bertunang dengan seorang gadis. Beliau tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan mengikut adat istiadat orang Melayu seperti bersanding, berinai dan bertukar-tukar pakaian. Beliau hanya ingin bernikah dan mengadakan jamuan kecil buat saudara dan kenalan terdekat sahaja. Saya tidak mengerti mengapa beliau berkeras tidak mahu berinai dan bersanding atas alasan tidak mahu dirinya ditayangkan dikahalayak ramai. Saya rasa pendirian beliau tidak munasabah kerana beliau bertudung dan terdapat khidmat Mak Andam yang menyediakan pakaian menutup aurat.Keluarga saya juga tidak bersetuju dengan beliau. Ibu saya merasakan bahawa majlis akan hilang serinya tanpa mempelai di atas pelaamin dan dia kecewa kerana tidak dapat melihat anak bongsunya bersanding seperti anak-anaknya yang lain.Saya dan tunang saya sering berselisih faham tentang perkara ini. Malah dia menolak dengan baik tawaran saya untuk menanggung kos perbelanjaan Mak Andam kerana dia menyifatkannya sebagai satu pembaziran?Apakah pandangan Islam tentang keputusan tunang saya?
Jawapan
Menganjurkan jamuan pernikahan adalah satu perkara yang dianjurkan oleh agama. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Adakanlah walimah (jamuan pernikahan) walau dengan seekor kambing sahaja.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Mengikuti adat masyarakat Melayu dalam menganjurkan jamuan pernikahan dibenarkan sekiranya adat berkenaan tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Tidak semua adat Melayu yang bercanggah dengan Islam dan tidak semua pula yang boleh diikuti. Adat yang tidak boleh diikuti kerana bercanggah dengan Islam ada yang boleh diubah suai, sehingga dapat memenuhi tuntutan Islam.Ruang ini tidak mampu untuk menghuraikan apakah adat yang bercanggah dengan Islam berkaitan perkahwinan dalam masyarakat Melayu.
Oleh itu, sebaiknya anda merujuk perkara ini secara langsung kepada seorang ustaz bagi huraian yang mendalam atau membaca buku mengenai pandangan Islam terhadap amalan adat dan budaya Melayu yang terdapat di kedai-kedai buku. Oleh kerana anda menyebut berkaitan bersanding, berinai dan bertukar pakaian, saya hanya memberi ulasan pada perkara ini sahaja.
Bersanding hanya dibenarkan dalam Islam jika persandingan itu hanya dilakukan bagi mahram kedua belah pihak bukan untuk tontotan ramai. Ini adalah bagi menjaga perintah hijab ke atas pengantin perempuan. Perlulah difahami bahawa hijab bagi wanita dalam Islam bukanlah hanya dengan memakai tudung atau menutup aurat. Wanita yang memakai tudung dan menutup aurat tetap tidak boleh dipertontonkan kepada ramai secara sedar apatah lagi dalam keadaan bersolek dan berhias.
Islam juga menetapkan walau pun seorang wanita telah menutup aurat, tidak bermakna lelaki yang bukan mahram boleh melihatnya dengan sengaja. Allah taala berfirman yang bermaksud “Dan katakana kepada orang-orang beriman hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka.” (An-Nur : 30)
Berinai untuk pengantin perempuan adalah satu perkara yang dibenarkan dengan syarat ia tidak disertai jampi-jampi yang menyesatkan atau upacara yang bercanggah dengan Islam. Bertukar-tukar pakaian bukan satu perkara yang dilarang pada asalnya. Sekiranya saudara ingin melakukan persandingan, berinai dan bertukar pakaian, pastikanlah saudara melakukannya mengikut adab yang diajarkan oleh Islam.Namun dalam melakukan perkara di atas khususnya bersanding dan bertukar pakaian, perkiraan bukan hanya dilihat samada ia dapat dilaksanakan mengikut adab Islam tetapi juga dilihat pada keperluan terhadap amalan sedemikian kerana dalam kehidupan sekarang ini, untuk melakukan persandingan dan bertukar-tukar pakaian memerlukan kos yang bukan murah, walau pun jika seseorang itu berkemampuan.
Yang nyata bersanding dan bertukar pakaian bukanlah satu syarat bagi mensahkan nikah. Dalam banyak hal ia bukan satu keperluan. Bahkan ramai yang melakukannya hanya semata-mata kerana mengikut emosi seperti malu dengan saudara mara, ingin menunjukan sesuatu kepada orang lain, untuk berseronok dan mengembirakan hati sahaja dan kesemua itu mungkin adalah dorongan nafsu belaka.
Persoalannya bukanlah kerana kita mampu tetapi apabila seseorang itu membelanjakan hartanya bukan atas dasar keperluan dan hanya mengikut nafsu maka besarlah kemungkinan akan terjatuh dalam pembaziran. Sedangkan Allah taala berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya mereka yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan.” (Al-Isra’ : 27).
Maka melakukan sedemikian, sehingga menyebabkan berhutang adalah lebih dicela dalam Islam.Alangkah lebih jika wang yang diperuntukkan untuk berbelanja bagi upacara bersanding, menyewa pakaian, menyewa deejay dan alat hiburan yang tidak diperlukan bagi sebuah majlis pernikahan disalurkan untuk membiayai kerja-kerja kebajikan seperti mewakafkan sesuatu untuk masjid atau madrasah yang hendak dibina atau menanggung biaya kehidupan anak yatim yang dikendalikan oleh pelbagai agensi bantuan kemanusian Islam.
Inisiatif seperti ini bukan hanya memberi manfaat kepada masyarakat tetapi juga akan menambah keberkatan rumahtangga yang baru dibina. Sebaliknya membelanjakan wang untuk tujuan sedemikian hanya memenuhi hasrat peribadi. Tersilap langkah, akan tercebur pula dalam perkara yang dilarang oleh Islam sehingga menghalang keberkatan rumahtangga yang baru dibina.Hari ini, masyarakat Islam Singapura dan umat Islam sedunia memerlukan dana yang banyak bagi membantu mereka yang susah dan membangun umat Islam yang ketinggalan dari bangsa-bangsa lain.
Adalah malang jika kelebihan harta yang Allah kurniakan dibelanja semata-mata bagi memenuhi rasa hati atau mengikut emosi.Jika kita anggarkan perbelanjaan majlis perkahwinan hari ini pada purata $10,000 bagi satu majlis, kita akan dapati masyarakat Islam membelanjakan jutaan dolar setahun bagi membiayai majlis-majlis perkahwinan yang kebanyakannya melibatkan kos-kos yang tidak perlu dan penting. Sedangkan pada waktu yang sama madrasah-madrasah dan pelbagai institusi masyrakat Islam miskin dan tidak dapat membangun sebagaimana sepatutnya kerana ketiadaan dana.Pendirian tunang saudara adalah wajar dan benar dalam Islam. Saudara seharusnya bersyukur kerana mempunyai tunang yang faham akan agamanya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Berkahwinlah dengan wanita yang memiliki agama, nescaya selamatlah diri kamu.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Sekiranya imam terlupa sesuatu rukun semasa solat atau melakukan kesilapan ketika solat, apakah yang perlu dilakukan oleh makmum untuk menegur kesilapan imam? Adakah makmum wanita juga ada hak untuk menegur imam walaupun terdapat makmum lelaki yang lain?
JAWAPAN:
Cara makmum lelaki menegur kesilapan imam ialah menyebut perkataan "subhanallah" dengan suara yang boleh didengari imam. Manakala makmum wanita boleh menegur imam yang terlupa walaupun terdapat makmum lelaki tetapi mereka pun dalam keadaan lupa dengan cara menepuk tangan iaitu dengan mengangkat telapak tangan kanan ke atas belakang tangan kiri dengan kadar imam mendengar tepukan tersebut. Makmum wanita haram menegur imamnya yang salah bacaan dengan suaranya. Ini akan mengakibatkan solatnya terbatal. Sekiranya tepukan tersebut terlalu kuat, juga akan membatalkan solat wanita tadi.
Sesi tanya Ustaz: Persoalan:Assalamualaikum ustaz, blehkah org pmpuan yg datang bulan(haid) pg kekubur dan org bkan Islam ke kubur????apakah adab2 menziarah kubur?
Jawapan pertama:
Menziarahi kubur kerana mengingati mati itu perlu sama ada bagi lelaki atau perempuan tetapi dalam masa yang sama mestilah menjaga adab-adab antaranya: i. Menutup aurat. ii. Menjaga akhlak /adab sopan. iii. Tidak meratap, meraung atau merayu kepada si mati. iv. Mesti ditemani oleh mahram.v. Jika wanita tidak boleh lama duduk di perkuburan. vi. Tidak selalu pergi menziarahi kubur jika perempuan. vii. Tidak bercakap dengan perkataan yang bathil.
Wanita melakukan ziarah kubur hukumnya adalah makruh, bukan haram (Lihat As-Sayyid Al-Bakri, I’anah Ath-Thalibin, II/142; Zakariya Al-Anshari, Fathul Wahhab, I/100; Syaikh Asy-Syarbaini Al-Khathib, Al-Iqna’, I/170). Jadi, wanita yang berziarah kubur tidak berdosa, tetapi sebaiknya wanita tidak melakukannya.
Dalilnya adalah hadits Nabi SAW riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim dari Anas RA bahwa Nabi SAW pernah melintasi seorang wanita yang sedang menangis di dekat kubur anaknya. Lalu Nabi SAW berkata kepada wanita itu,”Bertakwalah kamu kepada Allah, dan bersabarlah!” (Imam An-Nawawi, Al-Adzkar, hal. 143, As-Sayyid Al-Bakri, I’anah Ath-Thalibin, II/142).
Perkataan Nabi SAW ”Bertakwalah kamu kepada Allah, dan bersabarlah!” menunjukkan bahwa wanita yang menangis di dekat kubur anaknya itu tidak bertakwa dan tidak bersabar. Padahal wanita itu menjadi tak bertakwa dan tak bersabar, adalah karena menziarahi kubur anaknya. Berarti, hadits itu menunjukan adanya larangan (nahi) bagi wanita untuk melakukan ziarah kubur. Hanya saja, larangan tersebut bukanlah larangan yang tegas/pasti (jazim) –yang menunjukkan hukum haram— melainkan larangan yang tidak tegas/pasti (ghayr jazim), yang menunjukkan hukum makruh. Hal ini bisa diketahui dari beberapa qarinah (indikasi) yang ada. Di antaranya, Nabi SAW –dalam hadits Anas RA tersebut– tidak memerintahkan secara tegas kepada wanita tersebut untuk segera meninggalkan kubur anaknya. Kalau sekiranya ziarah kubur hukumnya haram, niscaya Nabi SAW tidak akan mencukupkan diri hanya dengan menyuruh wanita itu bertakwa dan bersabar, tetapi juga akan memerintahkan wanita itu untuk segera meninggalkan kubur anaknya. Kenyataannya Nabi SAW tidak memerintahkan wanita itu meninggalkan kubur anaknya. Hal ini menunjukkan bahwa larangan Nabi SAW kepada wanita untuk berziarah kubur, bukanlah larangan haram, melainkan larangan makruh (Lihat As-Sayyid Al-Bakri, I’anah Ath-Thalibin, II/142).
Selain itu, masih ada qarinah-qarinah lain yang menunjukkan bahwa larangan ziarah kubur bagi wanita bukanlah larangan haram, melainkan larangan makruh. Imam Muslim meriwayatkan, bahwa ‘A`isyah RA bertanya kepada Nabi SAW,”Bagaimana aku mengucapkan [doa], wahai Rasulullah, jika aku berziarah kubur? Nabi SAW berkata,”Ucapkanlah ‘Assalamu ‘ala ahlid diyaari minal mu`miniin wal muslimiin wa yarhamullaahul mustaqdimiina wal musta`khiriina, wa innaa in syaa`allaahu bikum laahiquun.”[1] (Imam Ash-Shan’ani, Subulus Salam, II/114; Imam An-Nawawi, Al-Adzkar, hal. 142). Hadits ini menunjukkan, bahwa Rasulullah SAW membolehkan (men-taqrir) wanita untuk berziarah kubur. Sebab jika tidak boleh, niscaya Nabi SAW tidak akan mengajarkan doa tersebut kepada ‘A`isyah RA dan bahkan akan melarangnya untuk berziarah kubur.
Dari sinilah kita dapat memahami mengapa sebagian sahabat Rasulullah SAW yang wanita melakukan ziarah kubur, sebab hukumnya memang tidak haram. ‘A`isyah RA sendiri pernah menziarahi kubur saudara laki-lakinya, yakni Abdurrahman bin Abi Bakar, yang wafat dan dimakamkan di Makkah (Subulus Salam, Juz II/114). Fatimah RA juga diriwayatkan menziarahi kubur pamannya, yaitu Hamzah bin Abdil Muthallib, pada setiap hari Jumat, lalu Fatimah berdoa dan menangis di sisi kubur pamannya (HR Al-Hakim, dari ‘Ali bin Al-Husain RA, Subulus Salam, II/115).
Jika kita gabungkan berbagai qarinah ini dengan larangan (nahi) dari hadits Nabi SAW untuk menziarahi kubur bagi wanita (hadits Anas RA), jelaslah bahwa larangan yang ada bukanlah larangan tegas (jazim), melainkan larangan yang tidak tegas (ghayr jazim). Maka, ziarah kubur bagi wanita hukumnya adalah makruh, bukan haram.
Perlu kami tambahkan sedikit keterangan, bahwa ada sebagian ulama yang mengharamkan wanita melakukan ziarah kubur. Bahkan mereka menganggap perbuatan itu sebagai dosa besar. Demikianlah pendapat Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin (Lihat Abdur Rahman bin Abdullah Al-Ghaits, Bimbingan Lengkap Penyelenggaraan Jenazah [Al-Wijaazah fi Tajhiizil Janaazah], Solo : At-Tibyan, 2003, hal. 248).
Dalil pendapat ini adalah hadits dari Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW melaknat para wanita yang berziarah kubur [Arab : la’ana rasulullahi zaa`i`raat al-qubuur] (HR. At-Tirmidzi, dan dinilai sahih oleh Ibnu Hibban, Lihat Imam Ash-Shan’ani, Subulus Salam, II/114; HR. Ahmad, Ibnu Majah, dan Al-Hakim dari Hisan bin Tsabit RA, hadits ini dinilai shahih oleh As-Suyuthi, lihat As-Suyuthi, Al-Jami’ Ash-Shaghir, hal. 124).
Menurut pemahaman kami, pendapat ini lemah. Sebab, larangan ziarah kubur bagi wanita dalam hadits Abu Hurairah tersebut, telah dihapuskan (di-nasakh) oleh Nabi SAW. Hal ini bisa diketahui dari hadits riwayat Imam Muslim dari Buraidah bin Al-Hashib Al-Aslami RA, dia berkata,”Telah berkata Rasulullah SAW,’Dahulu aku pernah melarang kalian berziarah kubur. Maka [sekarang] berziarahlah kalian.” (Subulus Salam, II/114). Hadits ini dengan jelas menunjukkan bahwa sebelumnya Nabi SAW memang mengharamkan ziarah kubur. Namun, kemudian Nabi SAW memerintahkan untuk ziarah kubur. Jadi, hadits Buraidah ini menghapuskan (me-nasakh) larangan Nabi SAW untuk berziarah kubur sebagaimana dalam hadits Abu Hurairah di atas. Ini diperkuat lagi dengan hadits lain, dari Abdullah bin Abi Malikah RA, bahwa ‘A`isyah pada suatu hari datang dari kuburan, maka saya (Abdullah bin Abi Malikah RA) bertanya kepadanya,”Wahai Ummul Mu`minin, dari mana Anda datang?” ‘A`isyah menjawab,”Dari kuburan saudaraku, Abdurrahman.” Saya bertanya lagi kepadanya,”Bukankah Rasulullah telah melarang ziarah kubur?” ‘A`isyah menjawab,”Memang, dahulu Rasulullah melarang ziarah kubur, tapi kemudian beliau memerintahkan menziarahi kubur.” (HR. Al-Hakim dan Ibnu Hibban. Lihat Ibrahim Muhammad Jamal, Fiqih Wanita (Fiqh Al-Mar`ah Al-Muslimah), Alih Bahasa Anshori Umar Sitanggal, Semarang : Asy-Syifa`, 1986, hal. 177-178).
Dengan demikian, berdasarkan hadits terakhir ini, jelaslah bahwa larangan ziarah kubur (termasuk ziarah kubur bagi wanita) hukumnya telah dinasakh dan tidak berlaku lagi (Al-Amidi, Al-Ihkam fi Ushul Al-Ahkam, III/99). Maka dari itu, ziarah kubur sekarang hukumnya tidaklah haram, namun diperintahkan Nabi SAW.
Adapun perintah Nabi SAW untuk ziarah kubur,”…maka berziarahlah kalian, fa-zuuruuha),” pada asalnya menunjukkan hukum boleh (ibahah) (Taqiyuddin An-Nabhani, Asy-Syakhshiyyah Al-Islamiyyah, III/40). Sebab adanya perintah sesudah larangan, menunjukkan boleh (ibahah). Demikian kaidah mayoritas fuqaha (Al-Amidi, Al-Ihkam fi Ushul Al-Ahkam, II/315). Namun hukum boleh ini ternyata disertai pujian (al-madh) bagi yang melakukannya, sebagai qarinah yang menunjukkan hukum mandub (sunnah). Dalam riwayat At-Tirmidzi, hadits Nabi SAW ”…maka berziarahlah kalian!” ada tambahannya, yaitu sabda Nabi SAW,”Karena sesungguhnya ziarah kubur itu mengingatkan akhirat.” (Arab : fa-innahaa tudzakkir al-akhirah). Jadi, hadits ini lengkapnya,”Dahulu aku pernah melarang kalian berziarah kubur. Maka [sekarang] berziarahlah kalian. Karena sesungguhnya ziarah kubur itu mengingatkan akhirat.” (HR. At-Tirmidzi, Subulus Salam, II/114). Adanya hikmah ziarah kubur sebagai pengingat akhirat, menunjukkan adanya pujian (al-madh) terhadap aktivitas ziarah kubur. Dengan demikian, pada hadits ini terdapat suatu qarinah yang lebih merajihkan (menguatkan/mengunggulkan) dilakukannya ziarah kubur daripada tidak dilakukannya ziarah kubur.
Maka dari itu, ziarah kubur hukumnya adalah mandub (sunnah) menurut syara’. Hukum ini adalah bagi para laki-laki. Adapun bagi para wanita, hukumnya adalah makruh, seperti telah diterangkan sebelumnya. Hukum makruh itu artinya lebih baik ditinggalkan daripada dikerjakan, meskipun jika dikerjakan tidak berdosa. Jadi, lebih baik wanita tidak melakukan ziarah kubur. Itulah yang lebih baik baginya. Wallahu a’lam [ ]
UZ..
jawapan kedua:
Blh prmpuan haid ke kubur-Tiada perbezaan hukum antara wanita haidh dan wanita tidak haidh dalam permasalahan ziarah kubur.adab ziarah kubur:: 1.Ditemani mahram 2.Tanpa tabarruj(wajib ttup aurat scr smpurna,tdk bwangi2an,tdk bsolek) 3.Tunai adab spr wanita muslimah keluar rumah 4.Tdk mngeluarkn kata2 yg salah,tdk meraung,tdk meratap,tdk mjerit2,tdk bkeluh kesah 5.Ambil pngajaran dan bykkn ingat kematian dan akhirat
Salam ukhwah dari Teratak An-Nisaa'...ana nur mawaddah mahdiyah mengharapkan agar tetamu teratak akan memperoleh input berguna daripada isi blog ini..Semua yg terkandung dalam blog ini bebas untuk dicopy atau untuk dijadikan sebagai panduan...kerana ilmu itu milik Allah...semoga memperoleh manfaat daripada blog ini..jazakallah barakallah..
****Seorang manusia yang mencari cahaya cinta kasih dari Yang Maha Pencipta...
Nur Mawaddah Mahdiyah membawa maksud Cahaya Cinta Kasih Yang Mendapat Hidayah...
Terima kasih kepada mereka yang melawati blog ini..diharapkan memperoleh sesuatu yg berharga yang boleh dimanfaatkan pada semua,,
**Tidak semua orang sedar apa yang dia buat salah,tidak semua sedar benda salah itu salah,kalo tidak, tiada orang buat salah,kita patut bersyukur jika diberi kesedaran,hidayah dan petunjuk drNYA.sama-samalah kita menggali ilmu dan mengamalkannya..Mohonlah petunjuk dariNYA untuk kita terus melangkah ke dengan penuh rahmat dan istiqomah.Oleh itu, diharapkan blog ini akn memberi input berguna kepada para tetamu....sama-samalah kita kembara mencari erti hidup yang hakiki..penghjng kepada dunia..
.Sekian..Wassalam
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.(Al-Baqarah: Ayat 255)
ASMAUL HUSNA
SAHABAT
La ilahaillallah, Muhammadur Rasulullah
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Ta'ala, dan Nabi Muhammad Solallahu 'alaihi wassalam itu pesuruh Allah."
KEBENARAN HAKIKI
Katakanlah: Barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (Al Qur'an) ke dalam hatimu dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman. Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, maka sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir.(Surah Al-Baqarah: Ayat 97-98)
BUKTI BERTULIS
1. Sesungguhnya (pembawa berita) yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman. (Surah Ali-Imran- Ayat 175)
2. Sesudah itu, orang-orang yang beriman beramal soleh, Allah akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka dan Dia akan menambahkan lagi limpah kurniaNya kepada mereka. Sebaliknya orang-orang yang enggan beribadat kepada Allah dan berlaku sombong takbur, maka Allah akan menyeksa mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan mereka pula tidak akan memperoleh sesiapa pun yang lain dari Allah yang akan menjadi pelindung atau penolong bagi mereka. (Surah An-Nisaa'-ayat 173)
3. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al-A'raaf-ayat 200)
4. Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
(Surah Al-Baqarah-ayat 257)
5.Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka Barang siapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barang siapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudaratannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara (mu).
(Surah Al-An'am-ayat 104)
PEGANGAN UMAT ISLAM
Apakah (orang-orang kafir itu sama dengan) orang-orang yang mempunyai bukti yang nyata (Al Qur'an) dari Tuhannya, dan diikuti pula oleh seorang saksi (Muhammad) dari Allah dan sebelum Al Qur'an itu telah ada kitab Musa yang menjadi pedoman dan rahmat? Mereka itu beriman kepada Al Qur'an. Dan barang siapa di antara mereka (orang-orang Quraisy) dan sekutu-sekutunya yang kafir kepada Al Qur'an, maka nerakalah tempat yang diancamkan baginya karena itu janganlah kamu ragu-ragu terhadap Al Qur'an itu. Sesungguhnya (Al Qur'an) itu benar-benar dari Tuhanmu, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.(Surah Hud :ayat 17)
HARAMAN AMINAN
Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat shalat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: "Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang iktikaf, yang rukuk dan yang sujud".(Surah Al-Baqarah-ayat 125)
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan....
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.....
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu yang dibacanya tanpa dia menyampaikan pula pada org lain
RENUNGAN BERSAMA...
Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.
Dalam menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
Manakala bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan hidup di dunia.
Orang-orang mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang mengerjakan ibadat lain.
Firman Allah, maksudnya: "demi sesungguhnya Kami mennguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155
KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. 2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
4. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya 5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
7. Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu. Petikan dr buku (FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA)
MARILAH BERSEMBAHYANG
“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;” Ali-Imran ayat 133.