Memaparkan catatan dengan label ASAS FARDU AIN (AFA). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ASAS FARDU AIN (AFA). Papar semua catatan

Jumaat, 28 Januari 2011

AFA 15: Solat Berjemaah

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


     Solat Berjemaah Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. 

Sabda Nabi SAW: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim) 

 Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. 

Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah. 
1. Berniat mengikut/menjadi imam (untuk solat Jumaat sahaja, dan tidak diwajibkan bagi solat-solat yang lain).
 2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam. 
 3. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.
 4. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya. 
 5. Tidaj mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
 6. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam. 
 7. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur, Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya. 
 8. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan. 

 Semasa berniat, seseorang itu disunatkan menambah perkataan makmuman (makmum lelaki), makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.

 Solat seseorang itu tetap sah walaupun tidak berniat menjadi imam/makmum, melainkan ketika solat Jumaat. 
 * Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum. 
 * Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain. 
 * Imam itu sudah mumaiyiz. 

 Terdapat sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Imam ialah yang menanggung pembacaan, apabila baik pembacaannya maka pahala untuk dirinya dan untuk mereka (makmum) dan jika rosak pembacaannya maka dosanya ialah di atas dirinya sendiri, dan bukannya atas mereka (makmum).”

 Dalam solat berjemaah bersama satu makmum, maka makmum itu kedudukannya di sisi kanan imam, asalkan tidak terkehadapan ataupun sebaris dengan imam. Sekiranya hanya ada satu makmum dalam solat berjemaah, dan makmum pertama sedang berdiri di tepi kanan imam, lalu disertai pula seorang lagi makmum, maka imam disyaratkan maju ke hadapan atau makmum yang pertama berundur belakang (tidak melebihi tiga langkah) ke saf bersama makmum kedua.  

Rabu, 8 Disember 2010

AFA 14:Sunat Hai'ah & Ab'adh

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Perkara-perkara sunat semasa solat ada dua: 
1. Sunat Hai'ah
2. Sunat Ab'adh

Sunat Hai'ah ada 15 perkara:
1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)
2. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
3. Membaca doa tawujud/iftitah. 
4. Membaca A'uzubillah 
5. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat (jahar) pada masa-masa yang ditentukan. 
6. Membaca amin selepas fatihah 
7. Membaca surah al-Quran di rakaat pertama dan kedua selepas bacaan al-Fatihah
8. Membaca tasbih ketika rukuk 
9. Membaca tasbih ketika rukuk 10. Membaca tasbih ketika sujud 
11. Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk 
12. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya 
13. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri 
14. Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir 
15. Salam yang kedua 

Sunat Ab'adh ada 7 perkara: 
1. Tahiyat awal. Doa tahiyat awal 
2. Selawat didalam Tahiyat awal 
3. Duduk Tahiyat 
4. Doa qunut waktu subuh dan pada solat witir. 
5. Selawat di dalam qunut
6. Berdiri semasa qunut
7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.

**Sekiranya tertinggal sunat Ab'adh, maka disunatkan ia sujud sahwi; manakala tertinggal sunat hai'ah tidak diperlukan sujud sahwi.***
  

  

Selasa, 23 November 2010

AFA12: RUKUN SOLAT

*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Rukun solat ada 13:
  1. Niat. 
  2. Takbiratul-Ihram (Allahu-Akhbar yang pertama). 
  3. Berdiri bagi yang mampu. 
  4. Membaca surah Al-fatihah. 
  5. Rukuk dengan tama'ninah (tama'ninah: tenang dan tertib, tidak terburu-buru).
  6. Iktidal dengan tama'ninah. 
  7. Sujud dua kali, dengan tama'ninah. 
  8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah.
  9. Tasyahhud/Tahiyyat Akhir dengan membaca bacaan Tasyahhud.
  10. Duduk dalam Tasyahhud akhir. 
  11. Selawat kepada Nabi Muhammad saw dalam Tasyahhud Akhir. 
  12. Membaca salam 
  13. Tertib. 
Huraian rukun solat: 

1. Niat: niat dilafazkan di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar. Umpamanya, untuk solat Zuhur, maka seseorang itu akan bertakbiratul-ihram dan lalu hatinya berkata:

Nota: tidak semua perkara dalam niat seperti contoh di atas adalah perkara-perkara yang dituntut dalam perbuatan niat. Perkara yang dituntut dalam niat ada 3, iaitu Qasad  ("Sahaja aku solat"), Ta'arrudh (Fardhu) dan Ta'yin (Zuhur, sebagainya). Oleh itu, niat "Sahaja aku solat Fardhu Zuhur" sudah mencukupi syarat sebagai niat. Niat "Empat Rakaat", "Tunai" atau "Kerana Allah Ta'ala" adalah tidak disyaratkan, bahkan hanya sunat hukumnya. 

Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkan kesemuanya di dalam hati. Adapun niat menjadi imam ("Imaman") atau makmum ("Makmuman/Makmumatan") ketika takbiratul-ihram hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang lain tidaklah disyaratkan dan hanya sunat hukumnya. 

Jika tidak diniatkan menjadi imam atau makmum ketika takbiratul-ihram untuk sembahyang Jumaat, maka tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu. Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalam sembahyang (selain daripada fardhu Jumaat), dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, contohnya ketika rukuk. Namun begitu, adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengaja mengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum. 

Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram, atau ketika mana-mana rukun yang lain, tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya. Bagi sembahyang Qasar (memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat), perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad, Ta'arrudh dan Ta'yin ialah niat Qasar. Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasar perlulah berniat sekurang-kurangnya: "Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar." 

Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara, iaitu Qasad ("Sahaja aku sembahyang") dan Ta'yin sunat Hari Raya Adha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya). Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba'diyah (selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sembahyang sunat Zuhur, Maghrib dan Isya' sahaja, seperti dinyatakan dalam niat: "Sahaja aku solat Sunat Zuhur qabliyah/ba'diyah" atau "Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur." 

Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah, kerana kedua-dua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba'diyah (iaitu tidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar). Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad. Umpamanya seseorang hanya perlu berniat: 

"Sahaja aku sembahyang". 

2. Takbiratul-Ihram, iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. Perkataan  Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain. Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada empat belas harakat (tujuh alif), dan pergerakan tangannya tidak melebihi tiga kali pergerakan, kerana semua ini akan menjejaskan kesahihan dan kesempurnaan solat. 


Nota: sebutan Allahu-Akbar yang teramat panjang ketika niat, dan pergerakan tangan yang berkali-kali, adalah disebabkan oleh was-was atau berterusan tidak kepastian sama ada apa yang dilakukanya itu telah sempurna atau belum. Was-was adalah berpunca dari bisikan syaitan, dan seseorang yang ditimpa was-was ini perlulah banyak berzikir, sebaiknya zikir "Laa-Ilaha-Illallah." 


3. Berdiri bagi orang yang berkuasa. Sekiranya seseorang itu berdiri tetapi condong ke hadapan, ke belakang, ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukum solat itu tidak sah. Sekiranya tidak mampu berdiri maka bolehlah dilakukan solat secara duduk, baring mengiring, menelentang atau secara mana yang termampu. Untuk solat sunat dibolehkan sembahyang secara duduk, namun tidak digalakkan. 

4. Membaca al-Fatihah: pada tiap-tiap rakaat dengan memelihara segala makhraj dan tajwid fatihah. Mazhab Syafi'e mewajibkan rukun al-Fatihah untuk makmum dalam solat berjemaah. 

5. Rukuk, berserta tama'ninah. Sekurang-kurangnya rukuk ialah membongkokkan belakangnya sampai dua tangan di atas dua kepala lutut, disertai dengan tama'ninah iaitu berhenti sebentar sekadar lama bacaan Subhanallah, dan anggota-anggota berat kemudian berhenti. Doa tasbih ketika rukuk ialah: 

"Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya." 

6. Iktidal: Ertinya berdiri tegak semula selepas rukuk, berserta tama'ninah. Doa tasbih ketika iktidal ialah:
"Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya." 
Kemudian disambung pula dengan bacaan:
"Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji."

7. Sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud, dan dahi itu mestilah tidak berlapik dengan sesuatu. Sekiranya terpaksa seperti dahi dibalut kerana luka dan sebagainya, maka tidaklah wajib dibuka. Dahi yang berlapik dengan songkok dengan sengaja tanpa sebab adalah tidak sah solatnya. Anggota sujud ada 7: 
  • Dahi 
  • Dua tapak tangan 
  • Dua lutut 
  • Dua perut jari kaki 
Doa ketika sujud ialah:
"Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya" 

8. Duduk di antara dua sujud berserta tama'ninah. Mengangkat kepala dan badan untuk duduk di antara dua sujud ini mestilah mengandungi tujuan. Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengangkat dari sujud kerana tujuan lain, umpamanya mengelakkan daripada binatang, maka hendaklah ia kembali sujud semula. Duduk antara dua sujud merupakan rukun pendek maka tidak wajar dilama-lamakan. 

Doa tasbih ketika sujud ialah:
"Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku,rezekikanlah aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku." 
9. Tahiyyat/Tasyahud akhir. Membaca tahiyyat akhir juga hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya. Bacaan tahiyyat akhir adalah seperti berikut: 

"Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia, sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia." 

Nota: ungkapan "sayyidina" di dalam contoh di atas hanyalah sunat hukumnya dan tidak mengapa jika ditinggalkan. 


10. Duduk ketika tahiyyat akhir. 


11. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sekurang-kurangnya; "Allahumma-solli 'ala Muhammad." 


12. Salam pertama: Sekurang-kurang salam ialah "Assalamu'alaikum" bermaksud  "salam sejahtera ke atas kamu." 



13. Tertib. Tertib ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengkemudiankan yang kemudian. Solat yang tertinggal ketertiban rukun-rukunnya dikira tidak sah. 

Isnin, 8 November 2010

AFA 11: TAKRIF SOLAT

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Solat dari segi bahasa ertinya doa. Dari segi syarak pula ia bermaksud beberapa perkataan danperbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri dengan salam, mengikut syarat-syarat yang tertentu. Firman Allah swt:  



"Dan dirikanlah olehmu solat, kerana sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari 
 (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar" (Al Ankabut : 45)
Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zuhur, 
asar, maghrib dan isya'.
Syarat wajib solat:

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
Syarat sah solat:

1. Suci badan dari dua hadas.
2. Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
3. Menutup aurat.
4. Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
5. Yakin masuk waktu solat.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - 
misalnya didapatiada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ianya
 tidak menepati syarat sah solat)
Perkara-perkara yang membatalkan solat:

1. Keluar/kedatangan hadas.
2. Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit, atau tertawa.
3. Makan/minum walau sedikit.
4. Melakukan gerakan di luar gerakan solat tiga kali berturut-turut (mutawaliyat).
5. Berniat keluar dari solat (mufaraqah).
6. Terkena najis yang tidak dimaafkan.
7. Beralih arah dari qiblat dengan sengaja.
8. Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
9. Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
10. Meninggalkan rukun solat.
Waktu-waktu Solat Fardhu:

Waktu-waktu yang telah ditetapkan untuk menunaikan solat ialah seperti berikut:
1. Solat Subuh - bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa 
yang diperuntukkan kira-kira 2 jam.
2. Solat Zuhur - bermula selepas matahari mulai condong daripada puncaknya sehingga
 bayang melebihi separuh panjangnya.
3. Solat Asar - bermula selepas berakhirnya waktu solat Zuhur sehinggalah matahari terbenam.
4. Solat Maghrib - bermula selepas matahari terbenam sehingga hilang mega merah 
di ufuk barat.
5. Solat Isya' - bermula selepas mega merah di ufuk timur hilang dan berterusan sehingga
 terbit fajar pada hari keesokannya.
Perbuatan sunat sebelum solat:

1. Azan - ertinya memberitahu, dan pada syarak adalah perkataan tertentu untuk 
memaklumkan kepada orang ramai tentang masuknya waktu solat fardu.
2. Iqamah.
3. Bersugi - ertinya membersihkan mulut dan gigi dengan alatan bersugi.
Waktu-waktu yang dimakruhkan solat tanpa sebab:

1. Selepas solat subuh sehingga naik matahari.
2. Ketika naik matahari sehingga sekadar segalah.
3. Ketika matahari di tengah-tengah langit.
4. Selepas solat asar sehingga masuk matahari atau matahari terbenam.
5. Ketika masuk matahari.


Isnin, 18 Oktober 2010

AFA 10: MANDI WAJIB DAN SUNAT


Mandi wajib adalah mandi untuk bersuci bagi seseorang yang menanggung hadas besar atau sedang junub. Firman Allah SWT.

"Apabila kamu junub, maka mandilah/bersuci." (Al-Maidah: 6)

Perkara yang mewajibkan mandi:

1. Bersetubuh, sama ada mengeluarkan mani atau tidak.
2. Keluar air mani, sama ada sengaja atau tidak.
3. Meninggal dunia, kecuali mati syahid.
4. Habis masa haid.
5. Nifas, iaitu mengeluarkan darah setelah melahirkan anak.

Rukun Mandi ada 3:

1. Niat.
2. Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
3. Membasuh seluruh tubuh.

Sunat Mandi ialah:

* Diawali membaca bismillah dalam hati
* Menggosok seluruh tubuh dengan tangan
* Mendahulukan bahagian yang kanan dari yang kiri
* Berwuduk sebelum mandi
* Tertib atau berturut-turut.

Selain mandi wajib, ada juga mandi-mandi sunat, iaitu:

*Mandi bagi orang yang akan melaksanakan solat Jumaat
*Mandi pada hari raya Aidil-Fitri dan Aidil-Adha
*Mandi bagi orang yang baru sembuh dari gila
*Mandi menjelang Ihram haji dan Umrah
*Mandi sehabis memandikan mayat
*Mandi bagi orang kafir yang baru masuk Islam

Khamis, 23 September 2010

AFA 9: TAYAMMUM


Tayammum ertinya menghilangkan hadas dengan menggunakan debu suci, kerana ketiadaan air atau sakit yang menghalang penggunaan air. Cara tayammum ialah dengan menyapukan debu yang suci ke muka dan dua tangan sampai ke siku dan disertai dengan niat.


Syarat-syarat tayammum:
1. Sudah masuk waktu solat
2. Tidak ada air dan sudah diusahakan mencarinya
3. Sakit, sehingga jika memakai air takut penyakitnya bertambah parah.
4. Sedang dalam perjalanan. Firman Allah SWT : "... Jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau sehabis buang air atau menyentuh wanita lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah/debu yang baik (bersih dan suci). Sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu."(Q.S. Al-Maidah : 6)
5. Memakai tanah yang suci dan berdebu.


Rukun Tayammum ada 4:
1. Niat
2. Menyapu muka dengan tanah
3. Menyapu kedua tangan sampai siku dengan tanah
4. Tertib atau berturutan

Sunat Tayammum ada 2:
1. Mengawali dengan bacaan Bismillah dalam hati.
2. Mendahulukan anggota badan sebelah kanan.

nota:
Hal-hal yang membatalkan tayammum sama dengan yang membatalkan wuduk.

Rabu, 15 September 2010

AFA 8: WUDUK




Wuduk adalah salah satu cara bersuci dari hadas kecil sebelum mengerjakan ibadah solat atau membaca Al-Qur'an. Perintah wajib wuduk ini turun bersama dengan perintah wajib solat. Firman Allah SWT, "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat maka basuhlah mukamu, kedua tanganmu sampai siku dan sapulah kepalamu serta basuhlah kedua kakimu sampai mata kaki."(Al-Maidah : 6). Sabda Rasulullah saw: "Allah SWT tidak akan menerima solat seseorang yang berhadas sehingga ia berwuduk." (H.R. Abu Daud).


Syarat Wuduk ada lima:


1. Islam

2. Baligh

3. Tidak berhadas besar

4. Memakai air yang mutlak (suci dan menyucikan)

5. Tidak ada yang menghalangi kulit



Rukun Wuduk ada enam:

1. Niat dengan bacaan:

"Aku niat berwuduk untuk menghilangkan hadas kecil kerana Allah."



2. Membasuh muka dari tempat tumbuh rambut di kepala sampai ke tulang dagu, dan dari batas telinga kanan sampai batas telinga kiri.

3. Membasuh dua tangan sampai ke siku.

4. Mengusap sebahagian kepala dengan air.

5. Membasuh dua kaki sampai mata kaki (buku lali).

6. Tertib (berturutan).



Sunat Wuduk ada 12:

1. Diawali dengan membaca Bismillah dalam hati.

2. Membasuh telapak tangan sampai pergelangan.

3. Berkumur.

4. Menggosok gigi (bersiwak).

5. Membersihkan hidung dengan air.

6. Mengusap seluruh kepala dengan air.

7. Membasuh kedua cuping telinga.

8. Menyeliti jemari tangan dan jemari kaki.

9. Tidak berbicara.

10. Mendahulukan basuhan anggota kanan.

11. Membasuh anggota wuduk sampai tiga kali.

12. Membaca doa sesudah berwuduk:

"Saya bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah yang esa, tidak ada sekutu bagiNya. Dan saya bersaksi bahwa Muhamad adalah hamba dan pesuruhNya. Wahai Allah jadikanlah saya termasuk orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah saya termasuk orang-orang yang suci serta jadikanlah saya termasuk golongan hamba-hambaMu yang soleh."



Perkara yang dapat membatalkan Wuduk ada lima:

1. Keluar sesuatu dari qubul dan dubur.

2. Hilangnya akal sama ada gila, pengsan ataupun mabuk.

3. Bersentuhan kulit laki-laki dengan kulit perempuan kecuali mereka itu masih muhrim.

4. Menyentuh kemaluan dengan telapak tangan, sama ada milik sendiri maupun milik orang lain, dewasa maupun anak-anak.

5. Tidur, kecuali apabila tidurnya dengan duduk dan masih dalam keadaan semula (tidak berubah kedudukannya).


nota: penulis mendapati bahawa ada kekeliruan tentang sama ada batal wuduk apabila tersentuh yang bukan muhrim. Menurut mazhab Syafi'i, hukum wuduk batal secara mutlak (tanpa syarat) bila tersentuh bukan muhrim termasuk dengan isteri/suami sendiri ("bukan muhrim" ertinya tidak haram dinikahi). Menurut Mazhab Maliki pula, menyentuh kulit perempuan ajanabi membatalkan wuduk lelaki jika dengan tujuan `talazzuz' (berlazat-lazat), ataupun merasai keghairahan ketika bersentuhan. Mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa menyentuh kulit perempuan ajnabi tidak membatalkan secara mutlak, samada dengan tujuan talazzuz atau merasainya ketika bersentuhan.

Jumaat, 13 Ogos 2010

AFA 7: JENIS-JENIS AIR






Bahagiannya Air Hukum bersuci dengannya

Air mutlak – suci lagi menyucikan Segala air yang turun dari langit dan keluar dari bumi seperti air hujan, perigi  dan laut. Suci: harus dibuat makan dan minum, boleh menyucikan, harus digunakan untuk bersuci kerana dapat menghilangkan najis dan hadas

Air Musyammas – Suci lagi menyucikan tapi makruh Air dalam tin yang terdedah pada sinar matahari di negeri panas Suci  dan menyucikan tapi makruh digunakan pada tubuh badan.

Air Musta’mal – suci tapi tidak menyucikan. Air sedikit yang sudah terpakai kerana wudhu atau mandi wajib. Harus digunakan untuk lain dari maksud bersuci.

Air Mutanajis Air sedikit yang kemasukan najis. Tidak harus digunakan.

Air banyak Air yang ukurannya lebih 190kg atau 11 tin minyak tanah. Harus digunakan selagi ia tidak mengalami perubahan sebab kemasukan najis di dalamnya.

Air sedikit Air yang kurang daripada ukuran tersebut di atas Harus digunakan selagi ia tidak terhitung sebagai muata’mal atau mutanajjis.

1. Air Mutlak - Air yang tidak bercampur dengan benda lain dan belum digunakan untuk bersuci dan mengangkat hadas. 

Air yang sah dibuat bersuci.

1. Air hujan.

2. Air embun.

3. Air laut.

4. Air sungai.

5. Air perigi.

6. Air mata air.

7. Air Salji.

Air tersebut tidak diambil kira sifatnya sama ada berwarna putih, jernih, keruh, masam, masim dan sebagainya.


2.  Air Musta'mal - Air yang telah digunakan untuk basuhan pertama bagi mengangkat hadas besar atau hadas kecil.

Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain.


3.  Air Mutaghayyir (Air Muqayyid) - Air yang suci bercampur dengan benda suci yang boleh mengubah air itu.

Hukumnya, suci tetapi tidak boleh menyucikan benda yang lain. 

contoh:   Air kopi, air teh, air sirap , air kelapa, air mawar, air tebu dan sebagainya.

Peringatan.

i.  Air yang berubah disebabkan keruh lumpur dan air laut adalah suci.

ii.  Air yang berubah disebabkan sesuatu tempat berhenti atau tempat laluannya seperti sungai di kawasan belerang atau kapur adalah suci.

iii. Air yang berubah disebabkan daun kayu gugur di dalam telaga kerana kesukaran menjaganya adalah suci.

iv.  Juga dikirakan sebagai air mutlak apabila berubah baunya disebabkan jatuh ke dalamnya sesuatu seperti gharu atau kapur yang keras jika tidak bercerai jisimnya di dalam air itu.

4.  Air Mutanajjis - Air yang sudah bercampur dengan benda-benda najis.

Hukumnya: Haram digunakan untuk memasak makanan , minuman dan bersuci.

contohnya air yang bercampur tahi atau bangkai.

Peringatan.

Air Mutanajjis terbahagi kepada dua;

i.  Air yang kurang daripada dua kolah jika termasuk atau dimasukkan ke dalamnya najis, air itu menjadi najis walaupun tidak berubah sifatnya.

ii.  Air yang lebih daripada dua kolah , jika termasuk atau dimasukkan najis ke dalamnya sehingga berubah salah satu daripada sifatnya iaitu warna, bau atqau rasanya, maka air itu menjadi najis. Sebaliknya jika tidak berubah sifatnya, maka ia adalah suci.

Sukatan dua kolah.

i.  Bagi bekas segi empat sama;

Panjang  -   60 cm (22.5 inci).

Lebar  -       60 cm (22.5 inci).

Dalam    -     62.5 cm  ( 25 inci).

Jika diukur dalam timbangan atau sukatan.

i.  liter   - 174 liter

ii. Kilogram -  190 kilogram.

iii. kati    -  317 kati.

iv. tin minyak tanah  - 11 tin



5.  Air Musyammas - Air mutlak yang terjemur panas matahari di dalam bekas logam yang boleh berkarat.

hukumnya;  Makruh digunakan ketika air itu masih panas pada anggota badan dan untuk dibuat minuman dan makanan. Tidak markuh digunakan untuk membasuh pakaian atau barang-barang lain.

Keterangan:

i.  Air di tanah sawah atau di dalam kolam tidak air musyammas walaupun panas kerana ia bukan dalam bekas yang berkarat.

ii.  Makruh menggunaan air yang sangat panas atau sangat sejuk walaupun bukan di dalam bekas yang tidak berkarat.

iii. Air Musyammas makruh digunakan pada anggota badan atau digunakan untuk memasak makanan atau minuman kerana boleh mendatangkan penyakit.

iv.  Air Musyammas tidak makruh digunakan apabila air itu kembali sejuk.

Sumber:Modul Ibnu..