Jumaat, 13 Ogos 2010

AFA 7: JENIS-JENIS AIR






Bahagiannya Air Hukum bersuci dengannya

Air mutlak – suci lagi menyucikan Segala air yang turun dari langit dan keluar dari bumi seperti air hujan, perigi  dan laut. Suci: harus dibuat makan dan minum, boleh menyucikan, harus digunakan untuk bersuci kerana dapat menghilangkan najis dan hadas

Air Musyammas – Suci lagi menyucikan tapi makruh Air dalam tin yang terdedah pada sinar matahari di negeri panas Suci  dan menyucikan tapi makruh digunakan pada tubuh badan.

Air Musta’mal – suci tapi tidak menyucikan. Air sedikit yang sudah terpakai kerana wudhu atau mandi wajib. Harus digunakan untuk lain dari maksud bersuci.

Air Mutanajis Air sedikit yang kemasukan najis. Tidak harus digunakan.

Air banyak Air yang ukurannya lebih 190kg atau 11 tin minyak tanah. Harus digunakan selagi ia tidak mengalami perubahan sebab kemasukan najis di dalamnya.

Air sedikit Air yang kurang daripada ukuran tersebut di atas Harus digunakan selagi ia tidak terhitung sebagai muata’mal atau mutanajjis.

1. Air Mutlak - Air yang tidak bercampur dengan benda lain dan belum digunakan untuk bersuci dan mengangkat hadas. 

Air yang sah dibuat bersuci.

1. Air hujan.

2. Air embun.

3. Air laut.

4. Air sungai.

5. Air perigi.

6. Air mata air.

7. Air Salji.

Air tersebut tidak diambil kira sifatnya sama ada berwarna putih, jernih, keruh, masam, masim dan sebagainya.


2.  Air Musta'mal - Air yang telah digunakan untuk basuhan pertama bagi mengangkat hadas besar atau hadas kecil.

Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain.


3.  Air Mutaghayyir (Air Muqayyid) - Air yang suci bercampur dengan benda suci yang boleh mengubah air itu.

Hukumnya, suci tetapi tidak boleh menyucikan benda yang lain. 

contoh:   Air kopi, air teh, air sirap , air kelapa, air mawar, air tebu dan sebagainya.

Peringatan.

i.  Air yang berubah disebabkan keruh lumpur dan air laut adalah suci.

ii.  Air yang berubah disebabkan sesuatu tempat berhenti atau tempat laluannya seperti sungai di kawasan belerang atau kapur adalah suci.

iii. Air yang berubah disebabkan daun kayu gugur di dalam telaga kerana kesukaran menjaganya adalah suci.

iv.  Juga dikirakan sebagai air mutlak apabila berubah baunya disebabkan jatuh ke dalamnya sesuatu seperti gharu atau kapur yang keras jika tidak bercerai jisimnya di dalam air itu.

4.  Air Mutanajjis - Air yang sudah bercampur dengan benda-benda najis.

Hukumnya: Haram digunakan untuk memasak makanan , minuman dan bersuci.

contohnya air yang bercampur tahi atau bangkai.

Peringatan.

Air Mutanajjis terbahagi kepada dua;

i.  Air yang kurang daripada dua kolah jika termasuk atau dimasukkan ke dalamnya najis, air itu menjadi najis walaupun tidak berubah sifatnya.

ii.  Air yang lebih daripada dua kolah , jika termasuk atau dimasukkan najis ke dalamnya sehingga berubah salah satu daripada sifatnya iaitu warna, bau atqau rasanya, maka air itu menjadi najis. Sebaliknya jika tidak berubah sifatnya, maka ia adalah suci.

Sukatan dua kolah.

i.  Bagi bekas segi empat sama;

Panjang  -   60 cm (22.5 inci).

Lebar  -       60 cm (22.5 inci).

Dalam    -     62.5 cm  ( 25 inci).

Jika diukur dalam timbangan atau sukatan.

i.  liter   - 174 liter

ii. Kilogram -  190 kilogram.

iii. kati    -  317 kati.

iv. tin minyak tanah  - 11 tin



5.  Air Musyammas - Air mutlak yang terjemur panas matahari di dalam bekas logam yang boleh berkarat.

hukumnya;  Makruh digunakan ketika air itu masih panas pada anggota badan dan untuk dibuat minuman dan makanan. Tidak markuh digunakan untuk membasuh pakaian atau barang-barang lain.

Keterangan:

i.  Air di tanah sawah atau di dalam kolam tidak air musyammas walaupun panas kerana ia bukan dalam bekas yang berkarat.

ii.  Makruh menggunaan air yang sangat panas atau sangat sejuk walaupun bukan di dalam bekas yang tidak berkarat.

iii. Air Musyammas makruh digunakan pada anggota badan atau digunakan untuk memasak makanan atau minuman kerana boleh mendatangkan penyakit.

iv.  Air Musyammas tidak makruh digunakan apabila air itu kembali sejuk.

Sumber:Modul Ibnu..

0 comments: