Memaparkan catatan dengan label MAJALAH SOLUSI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAJALAH SOLUSI. Papar semua catatan

Rabu, 24 November 2010

5 Golongan Yang Menempuh Gagal

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


By : Dr. Irfan Khairi

1. Pembuang Masa.
Golongan ini memang" favourite" antara kita . Malah kita sendiri mungkin juga kadangkala termasuk dalam golongan ini, Nauzubillah!. Mereka yang sering membuang masa, padahal bermacam-macam perkara berfaedah yang boleh dilakukan.Golongan ini digelar 'Curi tulang' ketika berkerja,melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti membaca akhbar, berchatting online dan bersembang kosong. Jauhkan diri dari golongan ini kerana ia paling mudah untuk dijangkiti! Mudah sahaja kita terikut-ikut turut menyertai mereka. Untuk berjaya, fokuskan usaha,tenaga dan masa kita pada perkara yang berfaedah dan memberi peluang kepada diri kita, keluarga dan agama. Masa jauh lebih beharga daripada emas kerana masa yang berlalu tidak mungkin kita jumpa kembali.

2. Pemberi Alasan
Golongan ini juga mudah untuk kita sertai. Mereka ini sering mudah memberi alssan daripada memikul tanggungjawab. Teringat saya pada kata-kata guru saya, Dr. Fadzilah Kamsah. "Orang lain buat duit,kita buat alsaan" yang amat dalam maknanya. 1001 lagi alasan boleh diberikan. Lebih teruk lagi,sekiranya sudah mempunyai alsan standard atau template untuk digunakan pada bila-bila masa sahaja. Memberi alasan  memang mudah. Memikul tanggungjawab adalah susah. Manusia secara tabiatnya akan melakukan perkara yang mudah yang mudah dahulu sebelum melakukan yang susah. Kunci Kejayaan terletak pada pilihan yang kita lakukan.Samada untuk memikul tanggungjawab ataupun tidak, adalah pilihan kita.

3. Sering Menyalahkan Orang Lain
Golongan ini sering menyalahkan orang atau persekitarannya sebagai penyebab mereka tidak berjaya. Ketika kegawatan ekonomi tidak lama dahulu, ramai usahawan merungut, " Susah nak cari pelanggan! Economy Down!" benarkah ekonomi yang salah? Ataupun kita yang tidak pandai mencari peluang lain ketika ekonomi kurang stabil itu? Ataupun kita tidak menggandakan usaha ketika ekonomi memerlukan kita agar lebih berusaha? Ataupun kita tidak bersedia merancang pelan B sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku pada perniagaan? Untuk berjaya 100% tanggungjawab perlu dipikul oleh diri sendiri. Sesuatu yang hebat berlaku pada diri kita adalah usaha kita. Sesuatu yagn tidak diingini berlaku,juga salah diri kita.

4. Berfikiran Negatif
Memang lumrah manusia mudah berfikiran eigatif berbanding positif. Yang menjadi masalahnya adalah mereka menyuarakan fikiran negatif tersebut,seterusnya menyebarkan fikiran negatif tersebut. Tidak cukup dengan diri kita, ditambah lagi dengan keadaan di mana terdapat suara-suara negatif disekeliling kita. Sebagai contoh,apabila kita hendak memulakan perniagaan, mungkin keyakinan kita agak ragu-ragu. Sering kali perasaan takut atau negatif intu terpantul ke dalam fikiran kita. Keadaan ini membuatkan kita lemah semangat. Lebih buruk lagi, pada masa yang sama ada pula kawan-kawan yang juga menyuarakan pemikiran negatif. Pastinya akan menghentikan langkah kita. Cara terbaik ialah dengan mencari lawan kepada golongan ini - iaitu golongan orang berfikiran positif. Bercampur dengan mereka yang berfikiran positif, akan membuatkan kita juga berfikiran positif untuk mencapai apa jua matlamat.

5.Tidak Berusaha Menambah Ilmu
Ilmu boleh didapati di mana-mana melalui pengamatan sekeliling, daripada bacaan buku dan majalah, melayari internet, menghadiri majlis ilmu ataupun dapatkan daripada mereka yang lebih berilmu. Dalam Al-quran disebut perkataan ilmu sebanyak lebih daripada 700 kali, menunjukkan berapa pentingnya ilmu. Golongan yang tidak berusaha mencari dan menanbah ilmu umpama tidak menyayangi diri sendirikerana tidak mahu membaiki diri sendiri. Golongan ini adalah golongan yang paling rugi. Namun, ada juga golongan yang lebih rugi lagi, iaitu mereka yang mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari.

***Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam kelompok manusia di atas. Sama-sama la kita beringat untuk mencapai kejayaan didunia mahupun dia akhirat kelak. INSYAALLAH

Sumber : Majalah Solusi Isu 25

Selasa, 21 September 2010

HIKMAH SUJUD

Sujud ketika solat ialah waktu yang paling hampir antara seorang hamba dengan Allah SWT. Allah berfirman dalam Surah Al-Hajj, ayat 77 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, rukuk dan sujudlah”Sujud tidak dinafikan mempunyai beberapa manfaat dari segi perubatan, antaranya;
  • Melegakan sistem pernafasan.
  • Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud akan:
  • Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
  • Membetulkan bahagian peranakan yang jatuh.
  • Melegakan sakit hernia.
  • Mengurangkan sakit senggugut bagi wanita ketika haid.
  • Melegakan bahagian paru-paru daripada ketegangan.
  • Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa.
  • Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh.
  • Meringankan bahagian pelviks.
  • Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  • Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman, darah ke otak secara kuat dan mengejut, akan terhindar penyakit seperti opoplexia rupture of blood vessels.

Khamis, 29 Julai 2010

Beginikah Kita

Beginikah kita
Insan lalai dan Leka
Mudah terpedaya dan percaya
Pada Hasutan Syaitan Durjana
Untuk mengisi kekosongan Neraka.

Beginikah Kita
Ingat Allah hanya seketika masa
Bila miskin bila derita
Bila susah tiada upaya
Bila duka datang nestapa.

Beginikah Kita
Insan bergelar khalifah dibumi
Ada masa ketika menghadap Ilahi
Ada masa kelupaan menghiasi diri
Tak sedikit pun ambil peduli
Merasakan diri pasti belum mati.

Beginikah kita
Impian besar mendiami syurga
Nafsu syaitan masih didamba
Mudah leka keasyikan Dunia
Segala kewajipan hanya sekadar tika
Umpama melepas batuk ditangga
Yang menanti,yang terbuka
Bakaran api kepanasan neraka
Bertaubatlah kita sebelum ajal tiba


zamganu77


Sumber : Solusi isu #21 pg 43

Khamis, 8 April 2010

SOLUSI 18 DI KEDAI MAKAN



Assalamualaikum WBT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Harini exam bg ana sebagai final years student bermula..so setelah penat memerah otak dan menggoreng jwapan(smpai ttdo2 ekk jwb exam??hikhik)...perut mtak diisi..ana brsmaa 2 rakan ana pun cari port mkn..harini rkan ana nak tukar selera mkn ktnya..ubh pg luar dr U..so kmi ke kedai blakang yg dgr2 cter popular sediakan mknn tghr berserta ulam-ulam yg terpilih...dah isi prt,,kmi pun byr,,,ana terkejut tgk kt kaunter ada byk majalah dlm 10 bji...mjlah Solusi keluaran terbaru..ana mcm sedikit terkejut di kedai mkn pun owner die jual mjlh..klo byk jenis mjlah yg ada, bg ana mgkin pmlik mmg ska nk niaga2 byk bnda atau die mgkin nak bukak kdai buku dlu namun xksmpain dpt bkak kdai makan pun jd laa kan...semua tuu rezeki...Tp dlm kepala ana nape Solusi yg dijual???dan hnya mjlah ni jer yg ada..dan tnpa lengah msa ana pun cpai 1 n beli...mungkin pmlik kdai mcm ana jgk dan mcm pembc2 len suka akan input yg ada di dlm majalah ini...simple, pdat, menrik dan berinformasi,....so plmilik tuu nk knsi hobi die mngkin bc mjlh ni pd org len...??ermmm tiada jwpnnya..

Menarik skli isu kali nie.(pdhal sblm2 ni semuanya mmg mnrik) ...iaitu
Di Sebalik Iqra'....

Bacalah...kerana membaca.
itu anak kunci kepada ilmu..
Ilmu itu pula iman kepada
segala amalan.
dan amalan itu akan
membawa kepada taqwa..
Allah s.w.t telah memilih kalimah
iqra'
untuk mentarbiah umat...

p/s:skng isu 18...spe2 berminat blehlah dptkn di pasaran berdekatan..(promote mcm dbayar plak kan??hehe xde ana hanya berkongsi jer)...mtak maaf gmbr cover page tuuu dimbil dgn mggunkn camera dr my liptop.hrp clear.hehe..

Ahad, 4 April 2010

MATA LAHIR vs MATA HATI







Mengapa mata hati menafikan
penciptaan kali kedua (akhirat)
sedangkan mata lahir telah menyaksikan
penciptaan kali pertama(dunia)
dengan begitu terang dan nyata...

..................Solusi isu 9

P/S: pic cilok dr Mr Afiq..syukran krna mmbenarkan ana mgpublishkan gmbr2 yg bgtu menrik skli...Indahnya ciptaan Yaa Rabb.........
melihat, memikirkankan dan mentafsir, dan memahami .....


Isnin, 11 Januari 2010

KELEBIHAN MEMBERI SALAM

Assalamaualikum w.b.t

PERKARA pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 )

Salam ini menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim diajar secara sempurna oleh para malaikat kepada Adam dengan lafaz Assalammualaikum warhmatulLah.Allah memberitahu Nabi Adam ini adalah salam kamu dan keseluruhan zuriatmu hingga ke hari Kiamat.

Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang.Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.( Riwayat Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699 )

Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah :

  1. Makruh memberi salam dengan
    ucapan “Alaikumus salam.”


Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir
r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut,
“Jangan kamu mengatakan alaikas
salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut,
“Kerana sesungguhnya ucapan alaikas
salam itu adalah salam untuk orang yang
telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al-
Tirmizi)

  1. Dianjurkan mengucapkan salam
    sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di
    dalam hadis Anas disebut bahawa: “Nabi
    s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan
    apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.”
    (Riwayat al-Bukhari)
    Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:
    Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.
  2. Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
    Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit
    memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.
    Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
    Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas
    didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.
    Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari
    majlis.
  3. Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
  4. Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.
  5. Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.
  6. Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka
    yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”
    Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang
    dikenali atau tidak.
  7. Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.
  8. Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang
    solat, bisu atau jarak yang agak jauh.
  9. Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.
  10. Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa
    memberi salam.

Muga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi memperolehi ganjaran yang besar disisiNya.


Sumber: Al-Azkar dan Adab al-Muslim fi al-Yaum wa al-Lailah.Terperinci, sila rujuk dalam majalah Solusi isu 13 yang akan berada di pasaran pada awal Bulan November 2009.(Dri laman ustaz Zahazan.net)

****Skng pkul 3pagi..Sebelum ana nak mnutup mata tuk rehat ana tpk2 apa yg nak ltak dlam blog tuk arni...soo cr punya cr, psl salam ni kt laman ustaz zahazan...huraian klebihan memberi salam ada diuraikan didalam mjlah solusi isu 13..jadi xyah ana taip kra copy dr web ustaz zahazan..sm2 kita peroleh manfaat dan mngamalkannya dlm khdupan kita..sekian...walaupun tak ngantuk bdn dah pnat ngadap liptop sharian...mata dah mcm panda..teggelam hitam..huhu..so need to.ready tuk cls esk dan ptg ana janji nga Prof Dr Maketab Mohammad.(die yg bermurah hati nak jumpa dan menerangkan pd ana..huhu terharu).Difahamkan prof merupakan antara Research Group bg Water Quality kt Mesia..Ana pun tak knal die lg...1st time jumpa dan harap die dapat membntu ana dlm PSM ana...keranamu PSM..hukhuk..********

Selamat membaca dan selamat beramal..............

Isnin, 4 Januari 2010

Meremeh Temehkan Dosa , dipetik Dari Kolum Mahmudah , majalah Solusi

Assalamualaikum...
Kali nie ana bwakan fully article yg diambil drpada majalah solusi..harap pra pembaca dapat brkongsi apa khazanah ilmu yg tdapat didlm mjlah solusi...Sumber yg ana perolehi adalah drpd Laman web ustaz zahazan.net..sm2 kta menggali khazanah untk harta bekal diakahirat..

Seekor lalat dapat memasukkan seseorang ke dalam neraka.

Barang siapa yang sangat menghormati Allah SWT, lalu bersegera melaksanakan semua perintahnya meskipun kecil, maka itu adalah tanda bahawa dirinya sangat terhormat di sisi Allah. Sebaliknya, barang siapa yang meremehkan hak-hak Allah dan tidak menghormatinya sama sekali, itu pertanda bahawa ia sangat hina di sisi Allah SWT.

Imam Ahmad dan Ibn Abi Syaibah meriwayatkan dari Sayyidina Salman Al-Farisi ia berkata, “Seorang lelaki masuk syurga karena seekor lalat, dan seorang lelaki masuk neraka juga karena seekor lalat.” Murid-muridnya bertanya, “Bagaimana itu terjadi?” Ia lalu bercerita, “Dua orang lelaki berjalan melalui sebuah kaum yang penyembah berhala. Mereka tidak membiarkan sesiapa berlalu dari tempat itu sebelum mempersembahkan korban untuk berhala mereka.

Kaum itu berkata kepada salah seorang dari keduanya, “Persembahkanlah sesuatu untuk berhala.” Ia menjawab, “Aku tidak memiliki apa-apa.” Mereka berkata, “Persembahkanlah walau seekor lalat.” Ia lalu mengorbankan seekor lalat kepada berhala dan mereka pun melepaskannya. Salman berkata, “Orang ini masuk Neraka.” Mereka berkata kepada lelaki yang lain, “Persembahkanlah walau seekor lalat.” Ia menjawab, “Aku tidak akan mempersembahkan apa-apa selain kepada Allah SWT.” Mereka lalu memenggal kepalanya. Salman berkata, “Orang ini masuk syurga.”

Selain itu Imam Al-Sya’rani bercerita: Seseorang bermimpi bertemu Imam Ghazali setelah beliau wafat. Orang itu bertanya, “Bagaimana Allah memperlakukan terhadap dirimu?” Dia menjawab, “Allah mengampunkan aku karena suatu hari aku membiarkan seekor lalat minum dari tinta yang sedang aku gunakan untuk menulis.”

Kisah yang dipaparkan ini mengajar kita sesuatu yang sangat penting, iaitu walaupun perbuatan kecil yang dilakukan seseorang namun kadang-kadang memberikan impak yang sangat besar. Seekor lalat dapat menentukan nasib seseorang di akhirat: Apakah ia akan masuk syurga atau neraka.

Perintah Kecil

Segala sesuatu yang Rasulullah SAW perintahkan, sekecil apa pun perbuatan itu, mengandungi hikmah tertentu bagi diri dan masyarakat kita. Oleh sebab itu, seorang pencinta kebaikan tidak pernah melihat kecil perbuatan baik yang dilakukannya. Sebaliknya, perbuatan itu dilihat sebagai peluang besar untuk meninggikan darajat di dalam syurga dan mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kau meremehkan perbuatan baik (ma’ruf) sekecil mana pun, walau hanya tersenyum ketika berjumpa dengan saudaramu.(HR Al-Bukhari).

Setiap tokoh besar dalam Islam tidak pernah melihat kecilnya sebuah perbuatan baik, akan tetapi menyaksikan kebesaran Allah yang mencintai kebaikan tersebut. Sehingga semangatnya dalam kebaikan tidak lebih kecil daripada ketamakan seorang pencinta harta yang tak pernah ragu mengambil wang sekecil walaupun yang ditemuinya di tengah jalan. Ia tidak melihat kecilnya nilai wang itu, akan tetapi ia selalu membayangkan peningkatan kekayaannya karena wang tersebut.

Seorang sahabat Nabi yang bernama Samurah bin Jundab pernah berkata, “Barang siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka periksalah kedudukan Allah di sisinya.” (HR Ibn Al-Mubarak pada kitab Al-Zuhd). Ertinya, barang siapa yang sangat menghormati Allah SWT, lalu bersegera melaksanakan semua perintahnya meskipun kecil, maka itu pertanda bahawa dirinya sangat terhormat di sisi Allah. Sebaliknya, barang siapa yang meremehkan hak-hak Allah dan tidak menghormatinya sama sekali, itu pertanda bahawa ia sangat hina di sisi Allah SWT.

Dua rakaat solat sunnah yang sangat ringan dan tidak mengambil banyak masa, namun impak positifnya sangat besar di akhirat kelak. Imam Ibnu Al-Mubarak dalam kitab Al-Zuhd meriwayatkan dari Abu Hurairah: Suatu hari Rasulullah SAW sedang melalui di sebuah kubur yang baru dikebumikan jenazah. Baginda bersabda, “Dua rakaat singkat yang kalian anggap remeh namun boleh menambahkan pahala orang ini kerana lebih dia sukai daripada seisi dunia.”

Menyedari hal ini, ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash sewaktu melewati sebuah perkuburan, beliau segera melakukan solat dua rakaat. Seseorang bertanya kepadanya, “Ini sesuatu yang belum pernah anda lakukan sebelumnya.” Dia berkata, “Aku membayangkan ahli kubur dan amal perbuatan yang tidak akan dapat mereka lakukan lagi. Maka aku ingin lebih mendekatkan diriku kepada Allah dengan dua rakaat tadi.”

Mengeluarkan sampah yang terletak di lantai masjid sangat ringan, namun bernilai tinggi di sisi Allah. Imam Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Buraidah Al-Aslami bahawa Rasulullah SAW melihat sebuah kubur yang baru ditimbus. Lalu baginda bertanya, “Kubur siapa ini?” Abu Bakar menjawab, “Ini kubur Ummi Mihjan, seorang wanita yang sangat suka memungut serpihan sampah di masjid.” Nabi bersabda, “Mengapa kalian tidak memberitahuku (tentang kematiannya)?” Abu Bakar menjawab, “Waktu itu anda sedang tidur. Kami tidak ingin mengganggu anda.” Nabi bersabda, “Jangan lakukan seperti itu lagi. Sesungguhnya solatku bagi jenazah akan menjadi cahaya di dalam kuburnya.” Baginda terus mengatur barisan sahabatnya dan melakukan solat ghaib untuk wanita itu.

Membuang sampah di masjid ini sangat diambil berat oleh ahli hadis terutama Imam Muhammad bin Ismail Al-Bukhari (w.256 H). Pada sebuah majlis di sebuah masjid, Imam Al-Bukhari melihat seseorang mengasah penselnya. Potongan kecil pensel yang terjatuh di atas lantai itu dibiarkan begitu saja. Imam Ahli hadis ini hanya diam dan tidak melakukan apa-apa. Sebenarnya, beliau boleh menegur orang tersebut atau memerintahkan pegawai masjid untuk membersihkan lantai itu. Namun ahli hadis ini memilih untuk diam sebab beliau ingin mendapat ganjaran sunah untuk mengeluarkan kotoran dari masjid. Setelah semua orang pergi meninggalkan masjid, Imam Al-Bukhari segera mengambil potongan pensel itu dengan tangannya lalu membuangnya keluar.

Begitu juga mendoakan orang yang bersin sangat ringan, namun besar nilainya di sisi Allah terutama ketika sunnah ini telah ditinggalkan oleh kebanyakan orang. Imam Abu Daud Sulaiman bin Asy’ats Al-Sujistani (w.275 H), penulis kitab “Sunan”, suatu hari berada di pinggir sebuah sungai. Tiba-tiba beliau mendengar seseorang dari seberang sungai itu bersin. Dia segera mendapatkan sebuah sampan untuk menyeberangi sungai itu bagi menemui orang tersebut. Dia berkata, “Apa yang kamu ucapkan ketika bersin?” Orang itu menjawab, “Aku ucapkan: Alhamdulillah.” Imam Abu Daud segera berkata, “Yarhamkallah (semoga Allah merahmatimu).” Setelah itu dia kembali ke tempatnya semula.

Membantu orang lain yang memerlukan walau dengan kata-kata dan nasihat yang baik akan ditulis sebagai sedekah yang sangat berharga. Imam Jalaluddin Al-Mahalli, seorang ahli fiqah Mazhab Al-Syafii yang terkenal di Mesir, pernah berkata, “Tidak ada seorang ulama pun yang setelah meninggal dunia lalu dilihat dalam mimpi memberitahu bahawa Allah mengampuninya karena ilmu yang ia miliki. (Kalaupun ada), mungkin sangat sedikit saja. Tetapi kebanyakan mereka berkata, ‘Allah mengampuni dosaku karena membantu hajat seseorang.’ Oleh sebab itu, aku berharap Allah mengampuniku dengan sebab hal ini.”

Bahkan memberi makan binatang yang sedang kelaparan dan kehausan sekalipun sangat bernilai di sisi Allah. Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis yang menceritakan bahawa Allah pernah mengampuni dosa seorang pelacur karena ia memberi minum seekor anjing yang kehausan.

Sebenarnya, sunnah besar yang kita mimpikan dapat terwujud di negeri kita hanya apabila kita dapat membiasakan diri melakukan sunnah kecil terlebih dahulu. Apabila sunnah kecil itu telah menjadi sebahagian daripada hidup kita, sunnah besar akan menyusul dengan segera menjadi sebahagian daripada masyarakat kita.

Larangan Kecil

Walau bagaimanapun sebalik daripada sikap di atas, kita sebenarnya tidak boleh meremehkan larangan Allah meski sekecil apa pun. Sebab dosa ibarat racun berbahaya yang dapat membinasakan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Seseorang yang berakal dan mencintai hidupnya tidak akan mencuba-cuba untuk meminum racun meski hanya setitik sebab kesannya boleh jadi sangat besar.

Imam Al-Nasai dan Ibn Hibban meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Seseorang itu kadang-kadang tidak mendapatkan rezeki akibat dosa yang dilakukan.” Imam Al-Thabarani meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud dia berkata, “Saya yakin bahawa seseorang dapat melupakan ilmu yang telah dipelajarinya akibat dosa yang dilakukannya.”

Rasulullah SAW memberitahukan bahawa dosa kecil yang dilakukan terus menerus dapat membawa ke neraka. Ibn Al-Mubarak meriwayatkan dari Ibn Mas’ud ia berkata, “Jauhilah dosa-dosa yang dianggap ringan, sebab dosa-dosa itu akan menebal dan seterusnya membinasakan pelakunya.

Oleh sebab itu jangan remehkan satu kalimat yang kita ucapkan sebab kalimat tersebut kadang membawa kita kepada kebinasaan. Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sering kali sebuah kata yang diucapkan seseorang dapat membuatnya melayang-layang di Neraka tujuh puluh tahun.” Berdasarkan pengalaman hidup kita, terdapat kes menunjukkan betapa banyak kerenggangan hubungan seseorang dengan temannya, anaknya, isterinya bahkan orang tuanya akibat satu kalimat yang terlepas diucapkan.

Seorang bapak atau ibu kadang mencintai salah satu anaknya melebihi yang lain. Mereka menganggap ringan perlakuan tersebut padahal agama kita menilainya sebagai sebuah kezaliman. Anas bin Malik bercerita: Suatu hari ketika seorang lelaki duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba anak lelakinya datang. Orang itu segera mengambil anak itu, lalu menciumnya dan mendudukannya di pangkuan. Tidak lama kemudian, datang anak perempuannya. Orang itu segera mengambilnya lalu mendudukkannya di samping tempat duduknya. Melihat hal itu, Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak adil kepada anakmu ini.” (HR Al-Baihaqi)

Sebahagian besar masyarakat kita, termasuk orang yang bekerja sebagai guru agama, sering kali meringankan bentuk pergaulannya dengan kaum bukan sejenis. Sehingga sering terjadi khalwat yang diharamkan dengan alasan memberi kaunseling agama, meminta fatwa, atau belajar mengaji. Rasulullah SAW selalu memperingatkan bahawa berdua-duaan dengan kaum bukan sejenis merupakan mainan syaitan untuk merosakkan keimanan seseorang. Larangan ini berlaku umum untuk semua orang; tidak peduli usia atau ilmu seseorang. Barang siapa merasa bahawa mereka tidak diliputi oleh larangan ini dengan alasan apa pun, hal itu hanya menunjukkan kejahilannya terhadap syariat agama Islam.

Sayidina Ubadah bin Shamit, seorang sahabat Nabi SAW yang tinggi ilmunya berkata tentang dirinya, “Tidakkah kamu melihat bahawa aku selalu berjalan sambil dipapah, dan hanya memakan makanan yang telah dilembutkan oleh kawanku – maksudnya: kemaluannya telah mati sejak lama. Namun aku tetap tidak suka berkhalwat dengan seorang perempuan yang tidak halal bagiku, meski dibayar dengan seisi dunia. Sebab aku khawatir suatu saat syaitan datang lalu menggerakkannya kembali.” Inilah sikap seorang mukmin sejati yang memahami agamanya dengan mendalam.

Akhir kata, dosa sekecil sebanyak mana pun adalah pintu masuk syaitan ke dalam hati manusia. Terserahlah kepada kita apakah akan membiarkan pintu itu terbuka selalu atau segera menutupnya rapat-rapat. Ingatlah, seekor lalat dapat memasukkan seseorang ke dalam neraka. Wallahu a’lam.

Sumber:laman web ustaz zahazan.net

Jumaat, 1 Januari 2010

SOLUSI PILIHAN HATI






Assalamualaikum...

Posting pertama bg thun 2010 ialah mngenai majalah solusi..seorang tetamu teratak An-nisaa' bertanyakan ana apa kelebihan majalah solusi, dan dari mana nak dapatkan...untuk pngetahuan, majalah ini dterbitkan oleh karangkraf sdn bhd...sehingga ke saat ini majalah yg dkeluarkan adalah mngkut isu...sekarang isu 14 yg bertajuk HIDUP UNTUK MEMBERI...kelebihannya...kn baca dulu..tapi kat sni ana letakkn cover page depan majalah nie..sbb tgk dr cover pun boleh npk isinya..begitu padat, rngkas dan mnusuk hati dan jiwa pmbacanya..

Ana ingin kongsi sdkt alkisah...suatu hari ana bli majalah ini dan ana bg shabt2 ana baca dan shingga kita majalah ini mnjdi tatapan rmai dan ada shabat ana yg melanggannya dr Krangkraf setiap blan...majalah ini juga ana hadiahkan pd anak buah ana yg brumur 10thn...skapnya yg suka mmbaca mmbuatkan die juga brminat akan majalah ini..mula2 anak buah ana kecewa sbb ana tak belikan buku kisah2 sahabat2 Nabi yang terdahulu,, jadi die abaikan buku majalah yg ana bg, setelah ana pujuk mnyuruhnya mmbaca 1 kisah didalam majalah ini, anak buah ana trus membawanya blik dan mmbacanya...katanya jujur majalah ini best...itu pndangan pljar berumur 10thn..jadi kita???maklumat lanjut bolehlah layari laman web dibawah mngenai majalah ini...

http://telagabiru-tbsb.blogspot.com/2009/07/majalah-solusi-dari-isu-1-hingga.html

atau..

http://www.majalahsolusi.com/index.php