Isnin, 18 Oktober 2010

AFA 10: MANDI WAJIB DAN SUNAT


Mandi wajib adalah mandi untuk bersuci bagi seseorang yang menanggung hadas besar atau sedang junub. Firman Allah SWT.

"Apabila kamu junub, maka mandilah/bersuci." (Al-Maidah: 6)

Perkara yang mewajibkan mandi:

1. Bersetubuh, sama ada mengeluarkan mani atau tidak.
2. Keluar air mani, sama ada sengaja atau tidak.
3. Meninggal dunia, kecuali mati syahid.
4. Habis masa haid.
5. Nifas, iaitu mengeluarkan darah setelah melahirkan anak.

Rukun Mandi ada 3:

1. Niat.
2. Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
3. Membasuh seluruh tubuh.

Sunat Mandi ialah:

* Diawali membaca bismillah dalam hati
* Menggosok seluruh tubuh dengan tangan
* Mendahulukan bahagian yang kanan dari yang kiri
* Berwuduk sebelum mandi
* Tertib atau berturut-turut.

Selain mandi wajib, ada juga mandi-mandi sunat, iaitu:

*Mandi bagi orang yang akan melaksanakan solat Jumaat
*Mandi pada hari raya Aidil-Fitri dan Aidil-Adha
*Mandi bagi orang yang baru sembuh dari gila
*Mandi menjelang Ihram haji dan Umrah
*Mandi sehabis memandikan mayat
*Mandi bagi orang kafir yang baru masuk Islam

0 comments: