Rabu, 20 Oktober 2010

MENCARI KEBERKATAN REZEKI



ANDA TERINGIN UNTUK BERJIHAD
TAPI TAKUT MEMEGANG SENJATA ATAU TIDAK BERKEMAHIRAN
JIHAD LUAS PENGERTIANNYA
MARI BERJIHAD DENGAN SUMBANGKAN SEDIKIT WANG SAKU ANDA KE
PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR SYAHEERA
NO AKAUN:564856111166(MAYBANK)


Assalammualaikum warahmatullahi wabarokatuh,

Jawatankuasa pengurusan bersyukur kehadrat Allah SWT, dengan limpah kurnia dan taufik hidayahNya, sebuah rumah anak-anak yatim dan miskin yang dinamakan dengan nama RUMAH BAKTI NUR SYAHEERA telah pun berjaya ditubuhkan. Rumah anak yatim ini adalah di bawah pengurusan dan naungan PERTUBUHAN KEBAJIKAN NUR SYAHEERA KUALA KUMPUR dengan No. pendaftaran 1379-09-WKL.

Pada masa ini ,bilangan anak-anak yatim dan miskin yang tinggal dirumah ini adalah seramai 24 orang dan bilangan ini akan ditambahkan dari masa ke semasa mengikut keperluan dan kemampuan. Segala pengurusan, pentadbiran dan perbelanjaan anak-anak yatim ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Jawatankuasa Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera.

Buat masa ini, sumber kewangan untuk tujuan ini adalah semata-mata dari derma yang diterima dari dermawan-dermawan yang budiman. Pihak Jawatankuasa amat mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan kearah menjayakan hasrat murni ini. Semoga Allah SWT memberi taufik dan hidayahNya kepada para dermawan sekelian. 


Wabillahhitaufik. Wassalam.

Sabda Rasullullah S.A.W. 
Bermaksud:-
“Sesungguhnya Allah Taala Menolong hambanya selagimana hambanya itu menolong saudaranya”

P/s: sebarang maklumat lanjut...bolehlah melayari laman web Rumah Bakti Nur Shaheera....
http://www.nursyaheera.com/main/

2 comments:

zahir berkata...

Firman Allah S.W.T. bermaksud: "Tahukah kamu org yg mendustakan agama?. Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan orang yang tidak menganjurkan memberi makan kepada mereka yang miskin"(surah Al Maa'um ayat 1~3)

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

adik ini umah ank ytim yg abg salu cter ker?angah dah brjaya daftarkan ?