Isnin, 4 Oktober 2010

Pikirkan dimana silapnya

Tanggal 02/10/2010 tepat jam 8.30 pagi aku bersama isteri ku selamat mendarat di KLIA. Isteriku pertama kali datang ke Malaysia dan lebih tepat sekali pertama kali keluar dari kepompong negaranya. Aku megambil teksi airport untuk menuju ke kediawan milik abang aku di sebuah taman perumahan terletak di Kajang, Selangor.

Setiba aku di rumah, aku dan isteri tertidur kepenatan menempuh perjalanan selama 8jam dalam penerbangan yang membosankan. Aku pulang ke tanah air adalah bertujuan untuk menyelesaikan beberapa document yang melibatkan abang aku yang tidak dapat pulang dan terlalu mustahil untuk pulang. Kira-kira jam 12.30tengahari aku dan isteri tersedar dari tidur terus bersihkan diri untuk ke masjid putrajaya. Selepas solat zohor kami jalan-jalan di kawasan taman rekriasi. Apa yang mengejutkan kami adalah semasa berjemaah solat zohor tadi tidak sampai pun 3 saf tetapi bila kami di taman rekriasi depan masjid terdapat begitu ramai orang samada berkeluarga atau berdua-duaan. Ada yang berpeluk dan ada yang berpegang tangan berjalan penuh romantik. Untuk mengelakkan tersalah tafsir kami bersangka baik bahawa mereka adalah pasangan suami isteri. Walaupun sebenarnya tiada jalan untuk bersangka baik. Mereka melihat saya yg bersongkok dan isteri yang berjibab dalam pandangan pelik seperti kami melakukan kesalahan.

Disebabkan pandangan yang kurang menyenankan isteri mengajak saya beredar. Saya mengambil keputusan untuk menunjukkan tempat dimana abg saya menimba ilmu iaitu UKM. Kami memasuki UKM dan berjalan-jalan disitu seterusnya bersolat asar di masjid UKM. Selepas itu kami menyusur sepanjang pandang melihat para muda-nudi menjalani aktiviti kokurikulum. Di situ kami melihat satu kejadian menyedihkan dan kami tertanya-tanya ape silatnya dan adakan itu tanda akhir zaman. Kejadian yang kami maksudkan adalah kami melihat 6buah motosikal beriringan ketawa seseronokan tanpa segan silu pada orang yang memandang. Setiap motosikal di tunggang oleh seorang lelaki dan dibonceng oleh dua wanita. Wanita ditengah-tengah duduk dalam keadaan terkangkang. Apabila silelaki membrik nakal wanita ditengah menepuk belakang lelaki itu dan yang belakang sekali ketawa seseronokan. Kesemua 6buah motosikal itu sama ditunggang oleh lelaki dan dibonceng oleh 2 wanita. Saya jadi malu sendiri melihat kejadian itu.

Dari UKM kami pergi ke Metro kajang untuk membali belah barang dapur. Disana kami melihat lagak muda mudi zaman sekarang. Yang wanita tanpa segan silu menayangkan bentuk tubuh mereka pada orang ramai dan yang lelaki dengan gaya seluar londehnya. Di dalam pusat membeli belah saya dan isteri pergi dikawasan pakaian dalam wanita. Bila dilihat poster promosi pakaian dalam wanita, secara jujur kelakian saya terusik. Hati tertanya-tanya perlukan poster yang mengitu mengaibkan dan menghairahkan berada disitu.

Seterusnya kami pergi ke masjid Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi. Ini adalah masjid tembat abang saya ibnu menghabiskan masanya saban hari dulu jika dia dalam kesusahan atau akan menduduki ujian dan peperiksaan. Kami kesitu untuk menunaikan solat magrib. Alhamdulillah begitu ramai orang sehingga memenuhi segenab ruang solat. Disitu timbul satu persoalan pula bila melihat papan tanda kawasan menutup aurat tapi pengunjung wanita ramai yang tidak bertudung, berlengan pendek, berbaju ketat, berseluar ketat dan paling memeranjatkat ada seorang gadis cantik bertudung tapi memakai skirt paras lutut. Selepas solat saya dan isteri menilai seratus pertama wanita yang keluar dari masjid. Dari serartus hanya lima wanita yang betul-betul berpakaian mengikut Al-Quran dan Sunnah. Selebihnya lebih pada fesyen. Semasa kami membuat penilaian, kami didatangi sekumpulan wanita yang mengutip derma untuk palestin. Isteri saya hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu bertutur dalam bahasa malayu. Semasa bertemuramah dengan mereka saya memberanikan diri bertanya pada mereka adakah pakaian mereka itu menutup aurat dan dengan sepontan mereka menjawab tidak kerana mengenakan seluar jeans ketat dan baju ketat walaupun berlengan panjang. Bila ditanya jika mereka tahu tidak menutup aurat kenapa pakai. Mereka jawap itu adalah fesyen sekarang dan masih belum bersedia untuk berubah tapi mereka akui tidak pernah meninggalkan solat. Saya mengambil kesempatan berceramah sekitar 10 minit pada mereka.

Selepas itu kami pergi ke komplek PKNS Bandar baru bangi. Disana jika pembaca adalah muslimah sejati begitu banyak menjual pakaian muslimah dan harganya amat berpatutan. Sehingga isteri saya begitu banyak membeli perbagai busana muslimah. Bila pulang kerumah saya terpanggil untuk mencoretkan pandangan dan pengalaman perjalanan saya sekitar putrajaya, Kajang dan Bangi. Sama-sama kita renungkan kejadian yang saya alami dan dimana silapnya. Ibubapa kah, kerajaan kah, sekolah atau universiti kan, diri sendiri kah. mari kita renungkan,fikirkan dan sama-sama mencari sebab musabab dan jalan penyelesaian.

4 comments:

noorhayati berkata...

Assalamualaikum...
pada hari kejadian coretan saya juga mengalami peristiwa yg menyedihkan sehingga kehari ini. Saya telsh ke UITM Shah Alam untuk berjumpa dgn anak sedara saya. Apa yang menyedihkannya sekumpulan perempuan menggelarkan saya khemah bergerah hanya kerana saya memakai tudung labuh dan berjubah. Bila diajukan pada anak sedara saya, dia akui bahawa disitu sesiapa yg memakai seperti saya di gelar khemah bergerak. Bayangkan bertapa sedih dan sebaknya saya. Sehingga hari ini saya merasa sedih dan kan mengalirkan air mata mengingatkan kata2 yg datang dari wanita islam sendiri.

diana berkata...

xdinafikan apa yg diceritakan. Saya pernah terdengar aktiviti di universiti tempat saya belajar ada dianjurkan malam untuk wanita. Semua perlu bawa pasangan dan jika xbawa akan didenda tapi saya xpasti btl ke tak kerana saya cuma dgr cerita dari kekawan. Perintiwa baru ni pelajar ipta buang anak dan di Terengganu ambil gambar gogel sendiri simpan dalam pen drive pastu dpt kat org lain. Apa dah jadi

Ady berkata...

Btl apa yg dikatakan Noorhayati dan Diana tu. Zaman sekarang org islam yg menjatuhkan dan menghina agama islam itu sendiri. Pengantin masuk masjid dgn hanya berselendang, berbaju jarang dan kain terbelah termasuk tetamu sekali. Berapa ramai perempuan memasuki masjid tidak bersarung kaki sedangkan itu item wajib dan perempuan yg tidak bersarung kaki ibarat seperti lelaki yg berseluar pendek

siakap berkata...

Abdullah ibnu Umar diriwayatkan berkata, bahawa generasi mereka diberikan iman sebelum menerima al-Quran. Namun hari ni dengan banyaknya sumber ilmu, nampaknya jelas kita jauh dari pengamalannya..( disesuaikan drp al-Mustadrak karya al-Hakim)