Rabu, 23 Jun 2010

Bolehkah Memberitahu Aurat Kepada Bukan Mahram

Asssalamualaikum..

Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?
Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..

Jawapan:

Waalaikumussalam warahmatullahi wa barakatuh. Tidak boleh memberitahu hal tersebut kepada bukan mahram.

a) Antara illah aurat wanita muslim di hadapan wanita non muslim sama seperti dgn lelaki bukan mahram adalah kerana wanita non muslim ini tidak boleh dipercayai kerahsiaan mereka (dalam menjaga amanah).. Ditakuti aib dan aurat wanita muslim dihebah-hebahkan.

b) Dari Ibn Mas’ud radiallahu anhu. berkata, Rasulullah saw. bersabda: “Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat perempuan yang diceritakannya”.(HR. al-Bukhari dan Muslim)

c) Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menyatakan:
“Firman Allah Subhanahu wa Taala [au nisaa`ihinna], maksudnya adalah, seorang wanita Muslimah juga dibolehkan menampakkan perhiasannya (auratnya) kepada wanita-wanita Muslimah, namun tidak boleh kepada ahlu zimmah (wanita-wanita kafir ahlu zimmah); agar wanita-wanita kafir itu tidak menceritakan aurat wanita-wanita Muslimah kepada suami-suami mereka. Walaupun hal ini mesti dihindari (mahdzuuran) pada semua wanita, akan tetapi kepada wanita ahlu zimmah lebih ditekankan lagi. Sesungguhnya tidak ada larangan mengenai masalah ini (menceritakan aurat wanita lain) bagi wanita ahlu zimmah. Adapun untuk wanita Muslimah, sesungguhnya, dia memahami bahawa hal ini (menceritakan aurat wanita lain kepada suaminya) adalah haram. Oleh kerana itu, hendaknya dia menjaga diri dari hal tersebut. [Tafsir Ibnu Katsir, juz 6, hal. 48]

Sumber: www.fikrah.net>>>dr facebook ustaz naim

4 comments:

ina berkata...

Menurut kata ustaz2 disini penjagaan autrat diantara wanita muslim pun perlu dijaga kerana kebanyakan hari ini terlalu ramai org tidak mengetahui bahawa menceritakan tentang aurat org lain adalah haram.Ini termasuk menceritakan tentang rambut mahupun kedudukan tahi lalat sekalipun walaupun di tangan atau dimuka.Itu lah komen mereka tentang artikal ini yg saya copy dan unsurkan dalam usrah.Sesungguhnya sesama wanita perlu tahu bahawa tidak blh menceritakan tentang aurat kawan2 mereka kepada kawan lelaki walaupun tentang rambut sekalipun.

Nurul berkata...

Maaf jika soalan ni agak lucu atau mencerminkan kejahilan saya.Jadi sesama wanita pun kite kena menutup aurat la dan memakai tudung.

ibnu berkata...

Assalamualaikum w.t.h
Sebenarnya jika sesama perempuan xperlu menutup bahagian perhiasanya iaitu rambut kaki dan tangan.Tapi jika wanita itu semuanya muslimah dan tahu bahawa tidak akan menceritakan tentang aurat org lain.Tapi jika sahabat serumah tidak mengetahui hukum hakam dan tidak blh dipercayai bermakna perlulah seseorang itu menutup aurat seperti mana die bersama dgn wanita bukan islam dan lelaki bukan muhrim atau mahram

Rin berkata...

Saya xpernah tahu sebelum ini tentang haram kita menceritakan aurat org lain. Selalu saya kan menceritakan keadaan rambut dan bentuk tubuh kekawan serumah pada tmn lelaki saya bila berbicara.Jahilnya saya.Allahhuakbar.Tq pemilik blog menyedarkan saya