Isnin, 7 Jun 2010

FANTASI IMAM MUDA..


Assalamualaikum w.t.h

Rasanya sudah lama saya tidak menulis sesuatu.Semenjak tinggal dinegara orang ni macam laro pulak rasa.Tidak ada apa yg nak dicoretkan kerana tidak mempunyai idea sambil mengadap laptop kerana membaca paper dari malaysia saya terpandang sesuatu iaitu jumlah peserta yang menhadiri uji bakat IMAM MUDA.Jumlah peserta yang menghadiri ujibakat tidak mencecah 600 orang pun sedangkan kita sedia maklum ujibakat untuk hiburan mencecah sehingga 12 000 orang atau lebih dan 90% adalah melayu.(harian metro 7/5/2010)


Saya teringat sahbat saya selalu menerangkan pada saya bila saya sentiasa melahirkan perasaan tidak puas hati dgn keadaan sosial dan cara kehidupan orang Islam yg jauh terpesong.Sahabat saya menerangkan bahawa dalam 60  000 umat islam hanya seorang yg akan terus masuk syurga,yang selebihnya akan menjalani hukuman terlebih dahulu di neraka. Adakah kita salah seorang dari padanya.Kita lihat pula dari sudut penontonnya pula  setiap minggu kita dapat lihat beribu org datang menonton af8 dan menangis bila edola mereka tersingkir dan konsert akhir penontonnya melebihi 100 ribu arang datang kita blh lihat perempuan samada bertudung atau sebaliknya menari terkinja-kinja didepan pentas.

Bukan setakat itu sahaja selepas konsert 2 ke 3 hari masih menjadi bualan dimana sahaja samada dikedai kopi atau dipejabat.Adakah IMAM MUDA juga mendapat tempat sebegitu. Saya berada diluar negara xpastu dengan itu cuma dari info yg diterima IMAM MUDA dibuat dalam dewan dan penontonnya tidak pun memenuhi dewan dan peratusan penonton di kaca tv pun berbeza dengan AF8., mentor, my star LG, dan sbgainya.Pada keesokannya tiada bual bicarapun tentang IMAM MUDA jadi kita tunggu penghujungnya adakah ia juga sehebat AF8 dan rancangan hiburan lain kerana kita adalah negara Islam.Umum mengetahui, aktvti dan rancangan hburan yg dipaparkan adalah haram...dan mereka yg terlbat, samada secara lansung atau tdak dgn aktvti yg menyalahi hukum agama.
                                         Gambar hiasan

1. Diriwayatkan hadith daripada ibnu Abbas (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Orang yg faqih (i.e. faham) (tentang Islam bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah) itu lebih berat atasnya syaitan (mengganggunya) daripada (i.e. berbanding dengan) 1,000 hamba lain (yg tidak faham tentang ugamanya).' [Hadith ibnu Majah]

Orang yg faqih tentang Islam itu adalah orang yg faham tuntutan Islam. Dia faham perintah Allah (a.w) dalam al-Quran dan dia faham tuntutan Rasulallah (s.a.w) yg mencontohkan perlakuan seorang iman dalam realiti kehidupan dunia itu demi mencapai kejayaan dalam akhiratnya. Orang yg faham tentang ugamanya - ugama yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah - itu tidak mudah dikalahkan oleh syaitan. Selainnya, pasti akan dikalahkan. kalau tidak dalam konteks meminta upahan tinggi mengajarkan ilmu, dia mungkin menghalang pengajaran ilmu kepada orang lain, atau dia menggunakan ilmunya untuk mengayakan dirinya atau untuk mencari pangkat dan tempat atau kedudukan serta gelaran!

Kalau dia faham tentang Islam dan tutntutannya, tidaklah dia bertindak mengutamakan yg kecil-kecil dan meninggalkan yg haq seperti mengajarkan manusia bagaimana beribadah dengan betul, bukan mengajar tasawuf atau terikat itu dan ini. Kerana asasnya seseorang yg hidupnya menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' sudah pasti dijamin syurganya. Orang yg berpandukan hanya kepada al-Quran dan as-Sunnah sudah pasti tidak sesat mencari 'siratul mustaqim' itu!

2. Diriwayatkan hadith dari Muhamab b Sirin, hadith dariada Anas b Malik (r.a) berkata: 'Rasulallah (s.a.w) bersabda:' Mencari ilmu itu wajib atas setiap orang Islam.' [Hadith ibnu Majah]

Hadith di atas ini memberi kita tahu bahawa mencari atau mempelajari ilmu itu wajib bagi kita yg mengaku diri kita Islam. Kerana hanya dengan ilmu kita trpandu dalam segala sesuatu. Malah Allah (a.w) berfirman dalam Ayat 36, Surah al-Isra' jangan kita lakukan atau amalkan atau ibadahkan sesuatu selagi kita jahil mengenainya! Kita wajib pelajari dulu apa yg hendak kita amal dan ibadahkan. Kita tidak boleh ikut atau bertaklid sesuatu.

Hari ini berapa ramai orang yg mengakui dirinya Islam menerima dosa tanpa terhenti setiap hari - saat dan ketika, kerana mengabaikan perintah ini! Berapa ramaikah orang Islam yg benar-benar akur mencari ilmu? Ada para ilmuwan yg suka membaca kitab-kitab karangan manusia, menganalisisnya setiap hari, tetapi tidak pula berusaha mempelajari al-Quran dan as-Sunnah. Konon-kononnya mereka mencari jalan pintas tentang ilmu dengan meneliti apa orang lain kata tentang ketetapan al-Quran dan as-Sunnah! Dia sendiri tak mahu belajar al-Quran dan al-Hadith!

Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam as-Sunnah: 'Taraktu fikum 'amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, wahua kitabullahi wa-sunnati nabiyi' [Maksud: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian (umat Islam) dua hazanah yang sekiranya kamu sekelian berpegang dengannya, tidak akan sesat kamu selama-lamanya, iaiatu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah).' Hari ini ramai orang Islam sesat kerana mereka tidak mempelajari al-Quran dan as-Sunnah!
Kemudian Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Al-ilmu thalathatun wama siwak zalika fahua fadlun: ayatun mukhkamatun au sunnatun qaimatun au faridatun adilatun' [Maksud: Ilmu yg wajib dipelajari (dan dikuasai oleh orang Iman itu) adalah tiga, adapun dibelakang yg tiga itu berguna juga, (adapun yg wajib itu adalah) Ayat yg menghukum i.e. al-Quran dan sunnah yg tegak i.e. as-Sunnah dan hukum faraid yg adil.] [Hadith ibnu Majah]. Ilmu yg tiga itu untuk akhirat manusia.

3. Diriwayatkan hadith dariada Qasim hadith daripada Abi Umamah berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Diwajibkan atas kamu dengan ini ilmu (i.e. al-Quran dan as-Sunnah) sebelum bahawasanya digenggam (i.e. dicabut oleh Allah (a.w)) dan menggenggamnya pada ilmu (i.e. disimpan oleh Allah (a.w)) apabila diangkat (oleh Allah (a.w) ilmu)' dan mengumpulkan (Rasulallah (s.a.w) antara dua jarinya, yg tengah dan jarinya yg terdekat kepada ibu jarinya (i.e. dengan membuat isyarat 'V' dengan jari telunjuk dan jari hantunya) demikian (seolah-olah mengisyarat), kemudian bersabda: 'Orang yg alim (i.e. yg pandai) dan (orang yg) diajarkan (ilmu) sama-sama kedua-duanya di dalam (mendapat) pahala dan tiada yg lebih baik (dari keduanya) dari seluruh manusia.' [Hadith Ibnu Majah]

Di dalam hadith di atas itu, kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa orang yg mengajarkan ilmu dan orang yyg belaja ilmu itu sama saja taraf dan kedudukan, i.e. mendapat pahala yg sama. Yg membezakan hanya siapa yg lebih banyak mengajarkan ilmu dan lebh banyak menerima ilmu. Mereka yg mengajarkan ilmu dan mempelajari ilmu itu pada Allah (a.w) adalah lebih banik dari manusia lain yg tidak mempelajari atau mengajarkan ilmu. Tapi ingat, bukan sebarang ilmu. Ilmu yg tiga di atas tadi yg diajarkan dan dipelajari sahaja yg mendapat ganjaran pahala kerana itulah ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya.

4. Diriwayatkan hadith dari al-Makburiyu hadith daripada abi Hurairah (r.a) berkata: 'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa datang ke masjidku ini (i.e. Masjid Nabawi) tidak datang dia kecuali kerana mencari kebaikan (dengan) mempelajari ilmu atau (dia) mengajarkan ilmu, dan kedua-duanya sama dengan tempatnya (i.e. mertabatnya) dalam (seumpama) berjihad (i.e. berperang) dalam jalan (i.e. ugama) Allah (a.w), dan barangsiapa datang kepadanya kerana selain demikian (tujuan), maka dia seperti tempat seorang lelaki yg melihat kepada kesenangan selainnya.' [Hadith ibnu Majah]

Di dalam hadith-hadith lain disebutkan pahalanya. Contoh: sesiapa yg mempelajari satu ayat al-Quran adalah baginya pahala melebihi pahala seorang iman yg mengerjakan 100 rakaat solat sunat. Dan, sesiapa yg mempelajari satu bab al-Hadith mendapat ganjaran pahala lebih banyak dari seorang iman yg bersolat 1,000 rakaat sunat!

5. Diriwayatkan hadith daripada Othman (b Affan (r.a)) berkata hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Sebaik-baik (i.e. orang yg bterbaik dikalangan) kamu adalah orang yg belajar (ilmu) al-Quran dan mengajarkannya (i.e. ilmu al-Quran kepada orang lain).' [Hadith Bukhari, Bab Kefadhalan al-Quran]

Di dalam hadith di atas Othman ibni Affan (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg ke-3, melapurkan sabda Rasulallah (s.a.w) bahawa orang yg terbaik di sisi Allah (a.w) itu adalah orang yg belajar dan orang yg mengajarkan al-Quran. Maksudnya: pelajarilah atau ajarilah al-Quran itu sebagaimana sewajarnya, iaitu membacanya dengan bacaan yg betul dan dengan tajwid yg baik, kemudian memahami apakah perintah Allah (a.w) dalam firman-firmanNya itu, supaya boleh menjadi peringatan kepada kita yg beriman.
Di dalam al-Hadith disebutkan sabda Rasulallah (s.a.w) bahawa sesiapa yg menbaca al-Quran itu mendapat ganjaran pahala membaca setiap satu huruf sepuluh ganjaran pahala. maka dengan itu membaca 'alif-lam-min' mendapt 30 ganjaran pahala. Kemanfaatan itu tidak termasuk pula kefahaman yg didapati dari al-Quran, termasuklah kefahaman bahawa Allah (a.w) perintah manusia yg beriman tu ambil dan anmalkan segala sesuatu yg diperintah oleh Rasulallah (s.a.w). Maka dengan itu disebutkan bahawa sesiapa yg mempelajari al-Quran dan mengajarkan al-Quran mendapat kefadhalan seumpama amalan 60,000 orang ahli ibadah. Begitu besar pahalanya. Tetapi, mengetahui hakikat ini masih ramai orang Islam termasuk ulama' dan para ilmuwan sendiri tidak menjadikan kelaziman dirinya membaca al-Quran dan mempelajari al-Quran (dan mempelajri as-Sunnah).
Sebaliknya mereka bersusah payah meneliti kitab-kitab karangan manusia, dan kemudian berbangga pula mendapat idea atau ketetapan yg secocok dengan keinginannya tentang sesuatu. Dan, kerana kejahilan atau kerana kurang yakin dia tentang hari akhiratnya, maka ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah diremehkan atau sama sekali dipersoalkan. Apabila ada pula pandangan ulam' atau ilmuwan yg termakan olehnya logiknya, maka diketetapikan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka diambil dan diterimanya fikiran atau tafsiran manusia! Alangkah ruginya! Sudah lah mempelajari kitab-kitab tidak mendapat pahala apa-apa, malah kemungkinan mencelarukan pula kefahaman tentang Islam dan syariatnya (dan, mungkin aqidahnya dalam Islam terpesong dari landasan yg haq), apabila diterimanya pendapat manusia dan diabaikannya perintah Allah (a.w) dan RasulNya pula, maka rosaklah dia dan bahayalah akhiratnya pula!
Allah (a.w) perintahkan di dalam al-Quran bahawa seseorang yg betul-betul beriman itu adalah apabila diberitahu sesuatu dalam al-Quran dan as-Sunnah, reaksi mereka mendengar (ketetapan a-Quran dan as-Sunnah), kemudian mentaatinya, bukan membuat keputusan untuk menerima pandangan pihak lain tentang Islam selain akur dengan as-Sunnah. maka kerana itu tidak hairanlah begitu sedikit orang Islam dan beriman yg berjaya mendapat syurga (dikatakan di dalam al-Hadith hanya seorang daripada 60,000 orang yg Islam itu yag berjaya mendapat syurga di akhirat kelak. Semoga Allah (a.w) terus membimbing kita dan mengukuhkan lagi petunjuk yg dikurniakan olehNya kepada kita.
                        Gmbr hiasan: Penempatan imam muda
 Nukilan: Siakap
p/s:xde tajuk..ana xtau nk pkkn tjuk sesuai...hehe..men ltk jer ekk siakap..jazakallah barakallah bg  artikel ni...adeyhh pekat dialek siakp..indu nk blik ker..



0 comments: