Jumaat, 18 Jun 2010

AFA5: Hikmah-hikmah Bersuci

Islam menuntut umatnya untuk bersuci dan menjaga kebersihan kerana.:


1.  Dapat menjauhkan diri daripada jangkitan penyakit.
2. Amalan-amalan tertentu tidak diterima Allah tanpa bersuci


Dari Ibnu ‘Umar r.a., katanya:” Kudengar Rasulullah s.a.w. bersabda katanya:” Tidak diterima sembahyang tanpa bersuci, begitu pula derma yang didapat dari korupsi (pecah amanah).”

(Muslim)  

Dari Huzaifah r.a, katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: “….dan (diantara keistimewaannya yang diberikan Allah kepada kami ialah) dijadikan bumi ini seluruhnya sebagai tempat sembahyang untuk kami dan tanahnya pula dijadikan untuk kami sebagai alat untuk bersuci apabila kami tidak mendapat air….”

Riwayat Muslim 


3. Kebersihan yang lahir juga akan membawa kepada kebersihan jiwa seseorang.


Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.” (Muslim)   


4. Amalan kebersihan yang dilakukan itu menjadi syiar dan identiti umat Islam di dalam kehidupan manusia agar dgn itu umat Islam menjadi contoh dan teladan kepada manusia seluruhnya.


Dari Aisyah r.ahn, katanya: Rasul s.a.w bersabda: “ sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu: menggunting misai, membiarkan janggut(tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak”. Kata Mas`ab (salah seorang rawi hadis ini): “dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur..”Riwayat Muslim  


5. Kebersihan dapat mencerminkan peribadi seseorang.


Modul: Ibnu 



0 comments: