Ahad, 13 Jun 2010
INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT
Kusyuk dalam solat.
Antara kaedah atau teknik untuk khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadah.
1)Sentiasa mengamalkan solat berjemaah.(yg paling afdal adalah dimasjid)
2)Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.
3)Memperbanyakkan sedekah pada fakir miskin.
4)Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan perkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.
5)Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib sertamengingati niat dan doa beserta maksudnya apabila air melalui setiap anggota badan.
6)Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti atau lebih lagi untuk mengadap menteri.
7)Tempat sujud perlu dipastikan tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.
8)Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.
9)Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang maha agung dan maha mengetahui segala rahsia hambanya.
10)Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat setiap gerak geri kita.
11)Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.
12)Sebelum mengangkat takbir, membaca surah al-nas, selawat keatas nabi s.a.w, istifar dan apa-apa bacaan tuk menjauhkan gangguan syaitan.
13)Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota badan dan berpaling semasa dalam solat.
14)Memusatkan seluruh ingatan pada solat.
15)Memanjangkan sedikit tempoh ketika sujud dan rukuk.
16)Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kite bersolat.
17)Jangan memandang kekiri dan kekanan.
Doa dan syarat-syarat berdoa
Firman Allah s.w.t maksudnya :Dan Tuhan kamu berfirman "berdoalah, nescaya Aku perkenankan untukmu".
1)Dalam keadaan berwuduk.
2)Dalam keadaan menutup aurat.
3)Mengadap ke kiblat.
4)Dalam keadaan kusyuk dan tawaduk.
5)Tidak tergesa-gesa.
6)Dimulai dengan memuji kebesaran Allah.
7)Kemudian berselawat keatas Baginda Rasulullah s.a.w.
8)membaca doa dengan penuh harapan akan dimakbulkan.
9)Diakhiri dengan selawat dan salam.
10)Seeloknya kita mengetahui isi dan makna dalam solat.
Syarat-syarat doa makbul.
1)Menjaga makan dan minuman supaya tidak terambil yang haram dan yang syubhah.
2)Harta yang digunakan jelas bersih dan halal punca perolahannya.
3)Tidak melakukan perbuatan maksiat dan membaca doa di majlis maksiat seperti percampuran lelaki dan perampuan bukan muhrim.
4)Hindarkan fikiran daripada perkara-perkara yang tidak baik.
Sebab-sebab doa tidak diterima
1)Mengenali Allah tetapi tidak menunaikan seruhannya.
2)Mengatakan cinta kepada Rasul Allah.tetapi meninggalkan sunahnya.
3)Membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.
4)Makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur dengan kepadanya.
5)Mengatakan syaitan musuhnya tetapi tidak menentangnya.
6)Mengatakan Syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuknya.
7)Mengatakan neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya.
8)Mengatakan mati itu benar tetapi tidak bersedia untuknya.
9)Bangun dari tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia tetapi melupakan keaiban diri sendiri.
10)Menggebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi mengambil iktibar dari daripada mereka.
Kalam: Ibnu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 comments:
Assalamualaikum wth;
Erma membaca bab doa ramai terlalu ambil mudah dan berdoa xkena tempat seperti berdoa dimajlis-majlis berunsurkan maksiat seperti percampuran lelaki dan perempuan bukan muhrim.Acara sukan yg juga bercampur laki dan perempuan bukan muhrim serta mendedah aurat.Paling teruk sekali zaman sekarang org xdpt beza mana satu majlis berunsur maksiat dgn majlis yg diredoi Allah.Percampuran lelaki dan perempuan bkn muhrim xkire ape tujuan pun dianggap berunsur maksiat dan berdoa dimajlis serupa itu dianggap menghina agama kite.Itu punca doa ditolak kerana hatinya buta tentang agama dan jadikan doa bkn untuk meminta tapi sebagai adat untuk sesuatu majlis xkire ape majlis sekalipun. subhanallah,Allahuakbar.
Assalamualaikum.......
Ana setuju dgn apa yg ibnu katakan dan berharap pemilik teratak dapat menyambung lagi pengajara tentang hidup bersyariat kerana rasanya byk lagi yg blh dipaparkan untuk paparan,
ibnu..hehe..trima ksh dgn artickel yg dberikan...
ida...kn laa mtak dgn ibnu..xpun ida buat artickel hsil tlsan ida gee mskkn dlm ni..apa mcm?hehe
Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat sentiasa berdoa untuk seseorang kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas, iaitu mereka memohon dengan berkata: "Ya Tuhan kami! Ampunilah dosanya, ya Tuhan kami! Berilah rahmat kepadanya."Abu Huraiarah r.a
Sembahyang (solat) dan tempat solat mempunyai nilai yang sangat besar di sisi Allah S.W.T.Orang yang tidak segera meninggalkan tempat ia bersolat selagi ia tidak berhadas dan tidak melakukan perkara yang mendatangkan dosa akan sentiasa didoakan oleh malaikat agar diampuni dosanya dan diberikan rahmat kepadanya.Islam menyeru umatnya agar sentiasa menjaga solatnya dan mengerjakannya dengan sempurna kerana hanya mereka yang benar-benar layak sahaja akan mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah S.W.T.
Catat Ulasan