Ahad, 28 Februari 2010
TIADA NILAI KEMANUSIAAN
Sudah lama ana tak taip sumtin kat blog..masalah kesihatan yang menghantui diri membuatkan ana hanya mampu melihat dan postkan article yg terplih dari smber yang ana baca dan dari ibnu amnya..
Namun kali ni ana nak post mengenai cerita adik Syafia yang mati akibat penderaan yang kalo difikir tak masuk dek akal..mana taknya..adik syafia dipukul ditendang dan diseksa sebegitu rupa umpama nilai kemanusian dalam diri manusia yang melakukan itu tiada sifat perikemanuan walau sekumit..umurnya baru 3 tahun..kalo anak buah ana yang brumur 3thn, Sofea, bagi ana die masih peringkat baby..berjalan pun masih belum betol langkahnya ...namun bayangkan adik syafia brumur 3 thn yang blum mngerti apa2 dprlalkukan sebegitu kejam..dimana salah anak kecil itu???anak kecil itu tdak berdosa....air mata mngalir membaca mngenai ksah adik Syafia...
Kita sebagai manusia dewasa perlu menjadi pelindung dan pendidik bukan menjadi pendera atau pembunuh kepada kanak-kanak...Namun ...boleh dilihat manusia skrang bukan smkin hilang identiti, tetapi semakin hilang kewarasan sebagai manusia yang dikurniakan akal lebih dari makhluk ciptaan Allah yang lain...Namun sekarang,,,normal perkara sebegini semakin berleluasa berlaku,, dimana kita dkejutkan dgn berita anak bunuh ibu bapa dan keluarga, suami dera istri, istri dera suami, dan jenayah trhadap kanak-kanak smakin berleluasa berlaku...kenapa ini berlaku????
..................p/s...................................ana syg anak2 buah ana..mreka juga sbhgian dr kekutan dan harta ana....:P
Jumaat, 26 Februari 2010
Wajib Beriman Kepada Nabi Muhammad S.a.w dan Agama Islam
Kategori : IBADAH Akidah |
Tajuk : |
Wajib Beriman Kepada Nabi Muhammad S.a.w dan Agama Islam |
Hadith : |
Rasulullah s.a.w bersabda: " Aku dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah diberikan perkara-perkara itu kepada seseorang pun dari Nabi-nabi yang terdahulu daripadaku….; dan biasanya seseorang Nabi itu diutuskan kepada kaumnya sahaja, sedang aku diutuskan kepada umat manusia seluruhnya." Dan pada satu riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah ( Baginda s.a.w bersabda ): "…..sedang aku diutuskan kepada sekalian makhluk." Jabir bin Abdullah r.a |
| |||
| |||
Sumber:JKIM |
Saya Cintakan Rasulullah S.A.W.
www.iLuvislam.com
Muhammad Rashidi bin Haji Wahab
Editor: buluh
PENGENALAN
Rasulullah S.A.W. merupakan pesuruh Allah Taala yang diutuskan kepada umat Islam dan seluruhnya. Sebagai umat Islam yang beriman maka wajiblah kita mentaati segala perintah dan suruhan yang datangnya dari junjungan besar Rasulullah S.A.W. tanpa membantahnya walaupun sedikit. Perintah mentaati rasulNya amat jelas dinyatakan di dalam nas-nas dari al-Quran ataupun al-Hadis S.A.W di antaranya:
Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan kepada orang-orang yang berkuasa dari kalangan kamu. Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan sunnah rasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah an-Nisa: ayat 59).
Semperna perayaan Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. pada tahun 1431 H / 2010 M ini, saya ingin mengajak semua umat Islam untuk mengingati dan menghayati sirah baginda S.A.W. dan seterusnya mengikuti serta mentaati segala ajaran yang telah dibawakan oleh Rasulullah S.A.W. kepada kita. Tulisan ini sama sekali tidak akan membahaskan hukum menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. kerana persoalan ini terlalu kerap dibahaskan pelbagai pihak saban tahun dan ia adalah masalah khilafiyyah yang tidak akan selesai hingga Kiamat.
Berikut adalah link bagi persoalan itu:
http://buluh.iluvislam.com/?p=40 dan http://buluh.iluvislam.com/?p=68
Di sini saya senaraikan beberapa perkara yang mesti kita lakukan sekiranya kita mengaku menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W.:
BERADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan rasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah a-Hujuraat: ayat 1).
Firman Allah Taala bermaksud: Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan rasul (Rasulullah S.A.W) di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu. (Surah an-Nur: ayat 63).
MENTAATI RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada rasul (Rasulullah S.A.W) dan jaganlah kamu batalkan amal-amal kamu. (Surah Muhammad: Ayat 33).
Firman Allah Taala bermaksud: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh rasul (Rasulullah S.A.W) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hasyr: ayat 7).
Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Taatilah kamu kepada Allah dan rasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (Surah ali-Imran: ayat 32).
BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: ayat 56).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku. (Riwayat al-Baihaqi).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali. (Riwayat Muslim).
MENGASIHI RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi. (Surah ali-Imran: ayat 31).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada cinta kepada perkara lain... (Riwayat Bukhari dan Muslim).
MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.
Firman Allah Taala bermaksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa sysah dan senang). (Surah al-Ahzab: ayat 21).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasulNya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan. (Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah).
PENUTUP
Sebagai umut Islam yang sayangkan baginda S.A.W. hendaklah kita mengikuti segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. Ini sahajalah bukti yang paling kukuh bahawa kita menyayangi dan mencintai Rasulullah S.A.W. sepenuh jiwa. Akhir sekali, di kesempatan ini pihak iLuvislam.com ingin mengucapkan selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. 1431 H / 2010 M kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda S.A.W. pada setiap ketika dan bukan sekali dalam setahun.
"I love Rasulullah S.A.W."
Wallahualam.
KELAHIRAN RASULULLAH SAW RAHMAT SELURUH ALAM
Khamis, 25 Februari 2010
Layu di Tasik Titiwangsa
Oleh Amirul Haswendy Ashari
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Gelagat segelintir remaja berpelukan dan memadu kasih di Taman Tasik Titiwangsa di sini merimaskan pengunjung berkeluarga yang datang beriadah.
Perbuatan kurang sopan pasangan muda-mudi itu termasuk pada waktu siang dapat dilihat hampir setiap petang terutama pada hujung minggu dan sewaktu cuti persekolahan.
TAK MALU...sepasang kekasih ‘bermesra’ di tengah panas terik mentari di Taman Tasik Titiwangsa.
“Mata kami ‘berbulu’ apabila melihat mereka tanpa segan silu berpelukan di hadapan pengunjung.
“Ada antara mereka dengan selamba bercumbuan seolah-olah bukan berada di negara sendiri yang ada adat, budaya dan pegangan agama,” katanya.
Beliau yang sering berkunjung ke taman tasik itu untuk beriadah pernah menegur beberapa pasangan yang berkelakuan sumbang berikutan tidak tahan dengan sikap mereka.
Bagaimanapun, katanya, teguran itu tidak diendahkan sebaliknya dia pula dimarahi kerana dituduh menjaga tepi kain orang lain.
Menurutnya, papan tanda larangan berkelakuan sumbang juga ibarat hiasan taman berikutan tidak dipedulikan muda-mudi berkenaan.
“Mula-mula berpeluk di taman, lepas itu tunggulah kelak ada pula kisah bayi tak bersalah dibuang,” katanya.
Beliau berharap pihak bertanggungjawab terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dapat menjalankan pemantauan lebih kerap bagi mengekang aktiviti tidak bermoral itu daripada terus menjadi parah.
Tinjauan Metroplus mendapati hampir setiap sudut taman tasik yang tidak pernah lekang dengan pengunjung itu ‘dihiasi’ pasangan muda-mudi yang ‘mabuk’ cinta.
Dakwaan pengunjung juga berasas berikutan memang terdapat segelintir daripada mereka yang sedang asyik berpelukan, langsung tidak menghiraukan pandangan sinis pengunjung yang melihat gelagat mereka.
Lebih merosakkan pandangan, kehadiran Mat dan Minah Rempit yang menjadikan kawasan tasik sebagai ‘port’ lepak sambil bersosial turut mendapat pandangan kurang senang pengunjung.
Sementara itu, Penguasa Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan DBKL, Muhamad Irwan Abdullah, ketika dihubungi, berkata pihaknya hanya mampu menasihati pasangan muda-mudi terbabit daripada terus berkelakuan sumbang.
“Ini berikutan pihak jabatan tidak mempunyai kuasa untuk menahan mereka.
“Bagaimanapun, mereka boleh dikompaun RM300 jika melanggar peraturan yang ditetapkan di taman,” katanya.
Menurutnya, DBKL sentiasa melakukan rondaan berkala bagi memantau aktiviti kurang sihat yang berlaku di taman rekreasi di bawah pengurusan mereka.
Rabu, 24 Februari 2010
RENUNGKANLAH
Tetapi, adakah kita benar-benar mengambil peduli tentang kalimah Allah itu? Adakah kita cuba untuk memahami maksud sebenar kalimah Allah tersebut? Mengapa kita perlu mengucapkan kalimah Allah itu? Adakah ia hanya muncul apabila kita ditemubual oleh seseorang? Semata-mata untuk menunjukkan yang diri kita beragama Islam. Atau adakah semata-mata kerana kita tidak tahu kepada siapa lagi harus kita berserah untuk mengharapkan kejayaan atau pertolongan? Atau adakah kerana kita benar-benar ikhlas menyebut kalimah Allah itu? Ucapan yang lahir dari hati yang merendah diri dan takut akan segala seksaannya.
Sedarkah diri kita, ketika kita menyebut nama Allah itu, bagaimanakah keadaan kita ketika itu? Adakah keadaan kita ketika itu melambangkan peribadi kita sebagai seorang Muslim? Berpakaian menutup aurat atau sekurang-kurangnya berpakaian sopan, tidak mendedahkan mana-mana bahagian tubuh seperti berpakaian ketat atau menjolok mata. Sehingga kadang-kadang membuatkan orang merasa mual dan menyampah apabila melihat kita. Atau adakah ketika kita menyebut kalimah Allah, kita berada dalam suasana yang diredhai Allah? Berada ditempat yang boleh memberi manfaat kepada kita atau berada di tempat yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah. Atau adakah perkara yang kita lakukan itu diberkati oleh Allah? Seperti melakukan perkara-perkara yang bermanfaat dan mendatangkan hasil yang baik. Pernahkah kita terfikir akan semua itu?
Cubalah kita muhasabahkan diri kita,. Mencari diri kita yang sebenar agar kita tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri kita sendiri. Biarlah apa sahaja ucapan kita, lahir dari hati yang benar-benar ikhlas dan benar-benar memahami setiap apa yang keluar dari mulut kita. Janganlah kita melakukan sesuatu itu hanya kerana mahu menunjuk-nunjuk. Kelak, diri kita sendiri yang akan rugi.
Dari:ibnu
Renungkanlah.....................
Empat Jenis Hati
Pertama, hati yang permukaannya licin dan bersih, di dalamnya ada pelita yang menerangi. itulah hati orang mukmin.
Kedua, hati yang hitam dan terbalik permukaannya, iaitu hati orang kafir.
Ketiga, hati yang tertutup dan terikat dalam sampul, iaitu hati orang munafik.
Keempat, hati yang pipih, di dalamnya ada keimanan bercampur kemunafikan. Perumpamaan keimanan yang ada padanya seperti tanaman sayur-sayuran yang sihat kerana disirami air yang baik, sedangkan perumpamaan kemunafikan yang ada padanya, seperti bisul yang dipenuhi nanah.
Dari:Ibnu
Selasa, 23 Februari 2010
Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?
SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.
Saya tidak ‘berkuasa’ lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.
Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.
Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua – ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).
Begini tulisan beliau:
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?
Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud – melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat – stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi’s Jeans), Howard Schultz (Starbuck’s), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) – semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi
Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian ‘Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia’ – dan menakjubkan – tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran
Isnin, 22 Februari 2010
Paradigma Perubatan dan Hospital Islam
“Islam tidak mengutamakan siapa yang patut terlibat. Tetapi Islam membuat ketentuan tentang siapakah yang tidak patut terlibat dalam hal ini. Soal mematikan mesin penyokong nafas bagi pesakit mati otak, bukanlah subjek agama. Ia adalah isu perubatan. Maka pegawai perubatanlah yang menentukannya. Pegawai agama hanya bertindak menyelia dan menasihat”, saya menyelesaikan konklusi pembentangan kertas kerja saya.
Tengah hari itu, saya membentangkan kertas kerja tentang pandangan Islam di dalam persoalan Euthanasia dan Mati Otak. Diskusi tersebut, diusahakan oleh pelajar-pelajar perubatan di The Queen’s University, Belfast, yang mengambil subjek Etika Perubatan.
Saya telah jelaskan kepada peserta, bahawa Islam mempunyai persamaan dengan pandangan Kristian dan Yahudi dari aspek memuliakan nyawa manusia. Namun dalam kes Euthanasia dan Mati Otak, Islam tidak mengutamakan soal siapakah yang patut terlibat untuk membuat keputusan mencabut mesin sokongan nyawa, apabila pesakit telah mati otak. Sebabnya, ia sudah jelas. Kes menghentikan sokongan mesin bagi pesakit yang mati otak ini adalah kes perubatan, maka mereka yang ahli di dalam perubatan yang sepatutnya membuat keputusan tersebut.
Berbeza dengan wakil Protestant dan Katholik yang beberapa kali menyatakan kekesalan mereka, lantaran Chaplain di hospital sering tidak dilibatkan. “Kesan sekularisma, memencilkan agama dari kehidupan!”, kata mereka.
Sebaliknya, Islam lebih memberikan penekanan tentang siapakah yang tidak patut terlibat dalam membuat keputusan itu. Umumnya, mereka yang berkepentingan mesti dihindarkan dari mempengaruhi keputusan itu. Pewaris harta, pegawai pendermaan organ, dan sebagainya. Ini adalah demi memastikan keputusan mencabut sokongan mesin itu, adalah 100% demi kebaikan pesakit.
Apa yang menarik perhatian saya, ialah reaksi wakil Protestant dan Katholik tersebut. Kedua-kedua mereka semacam teruja dengan keterangan saya.
“Pandangan Mr. Imam Hasrizal, wajar kita pertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam sistem yang ada!”, kata Reverend yang mewakili pandangan Protestant.
KETERBUKAAN
Di sinilah saya ingin menarik perhatian kita semua. Keterbukaan mereka untuk menerima pandangan saya yang Islamik dan ‘tidak Kristian’ harus menjadi bahan renungan bersama. Mereka tidak prejudis terhadap idea yang saya kemukakan semata-mata kerana ia datang dari belief system yang berbeza.
Apa yang dicari adalah faedah dan kaedah terbaik buat pesakit, maka mana-mana sahaja yang baik, harus diterima. Itu cara mereka.
Kesediaan dan keterbukaan masyarakat Barat menerima apa sahaja yang bermanfaat untuk mereka, telah menjadikan mereka maju. Bukan hari ini sahaja, malah semenjak sekian lama.
EROPAH SEMASA MENUTUP DIRI
Semasa Eropah prejudis dengan Islam dan taasub kepada kepercayaan mereka, Eropah terjun ke dunia gelap yang sangat menjelekkan. Bermula dari kedunguan mereka yang menganggap perasaan ingin tahu sebagai dosa, hinggalah kepada kezaliman Inquisition Kristian di Sepanyol yang menyembelih pembangunan dan sumbangan Islam, demi memenangkan aqidah sempit mereka.
Keengganan mereka membuka akal dan mata, menjadikan mereka terperangkap di dalam kebodohan sendiri. Hal ini telah pun saya sentuh dengan panjang lebar di dalam artikel Menjahilkan Diri Terhadap Musuh.
Hanya selepas Eropah bersedia untuk menerima segala yang berfaedah untuknya, maka barulah terbit cahaya di hujung akal mereka untuk menyalakan api Pencerahan (Enlightenment).
Saya pernah bertanya kepada Prof. Abdullah al-Ahsan ketika mengambil subjek Modern History of Europe, “apakah tokoh-tokoh seperti Rene Descarte, Immanual Kant, Adam Smith, malah tokoh awal humanisma Kristian seperti Desiderius Erasmus ini, belajar Islam dan kemudiannya meminjam idea Islam untuk memulihkan masyarakat mereka?”
“Saya galakkan kamu mencari jawapan terhadap soalan itu. Ia tidak mustahil. Malah Voltaire telah mengkaji Zoroastrianism dengan tujuan mahu mencari sokongan kepada pegangannya Deism”, jawab Prof. kepada saya.
Apa yang pasti, banyak hasil karya di fajar era Pencerahan yang kelihatannya sangat religious dan tidak jauh dari nilai Islam, walaupun ia berakhir dengan terhasilnya sebuah produk yang sangat berkriteriakan Eropah.
Tegasnya, kesediaan mereka untuk mengambil apa sahaja yang bermanfaat, telah menyuntik kekuatan kepada Eropah keluar meninggalkan dunia gelap kepada kemajuan yang berterusan hingga ke hari ini.
BAGAIMANA DENGAN KITA?
Dari segi naqalnya, Islam sudah pun dengan jelas menyebut bahawa:
“Hikmah itu adalah barangan yang tercicir (dari tangan) orang Mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang paling berhak terhadapnya”
Hikmah itu bisa sahaja diertikan sebagai segala perkara baik yang menepati keperluan Mukmin. Ia pula bukan sahaja sesuatu yang dianggap ‘harus diguna’ malah digesa mengambilnya apabila ditegaskan betapa Mukmin yang menemuinya menjadi manusia yang paling berhak ke atas hikmah itu.
Maka, apa sahaja yang terbaik dalam segala yang baik, seorang yang beriman mesti memanfaatkannya. Kebaikan tidak mempunyai identiti Timur atau Barat, Utara atau Selatan. Asalkan baik sahaja ia, maka Islamlah ia. Islam dalam erti kata, tunduk, berserah dan mengikut Sunnatullah.
Maka bagaimanakah perkara ini patut diaplikasikan kepada kehidupan kita?
Ambil sahaja contoh bagi sebuah sistem perubatan dan institusinya yang bernama hospital.
SISTEM PERUBATAN ISLAM DAN TIDAK ISLAM
Apakah jika perubatan itu mahu dinamakan perubatan Islam, maka ia hanya terhad kepada kaedah rawatan ruqyah dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran semata-mata? Apakah ia terhad kepada rawatan untuk mengeluarkan jin yang merasuk manusia semata-mata? Apakah ia terhad kepada penggunakan herba-herba yang bernama ahli keluarga Nabi SAW seperti Ali dan Fatimah sahaja?
Apakah perubatan yang menggunakan paracetamol dan insulin bukan perubatan Islam? Apakah berubat dengan doktor dianggap tidak Islamik, sebaliknya doktor Islam hanyalah ustaz yang mahir ruqyah al-Quran?
Apakah jika kita mengambil manfaat dari buku Clinical Medicine oleh Kumar & Clark, dianggap tidak Islamik, dan kitab al-Tibb al-Nabawi oleh Ibn Qayyim al-Jawziyya sahaja teks buku perubatan Islam?
Saya tidak mempersoalkan hal ini secara sinis, tetapi jujur mahu mengajak kita menilai kembali bagaimanakah kita selama ini mendefinisikan apa yang Islamik dan apa yang tidak Islamik.
HUKUM ALAM
Mari kita berpatah balik kepada merenung alam ini. Jika dilihat, api di mana-mana pun mempunyai kriteria yang tertentu. Antaranya ialah, api itu sifatnya membakar. Siapakah yang menjadikan api itu sifatnya membakar?
Jawapannya ialah: ALLAH.
Malah Allah sendiri semasa memerintahkan api agar tidak membakar, maka ia bertindak melanggar hukum asal dari Allah ke atasnya:
“Kami berfirman: “Hai api, Jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ” (Al-Anbiya’ 21 : 69)
Apabila seorang ahli farmasi menemui garis panduan standard tentang sukatan paracetamol yang ingin diberikan diskripsi kepada seorang pesakit, adakah ketetapan standard itu beliau yang tentukan, atau beliau hanya menemuinya hasil mengkaji?
Jika ia hasil penemuan, siapakah yang menetapkannya sebelum ia ditemui? Tidakkah semua hukum perubatan itu adalah hukum Allah? Tidakkah sukatan standard jumlah insulin ke badan pesakit diabetik itu hukum Allah?
Ia hukum Allah.
Dua hidrogen dan satu oksigen untuk membentuk molekul air adalah hukum Allah.
Maka produk-produk dan sistem yang menguruskan kehidupan manusia yang dibina di atas asas itu juga adalah dari Allah. Namanya tetap Islam, biar pun yang menemuinya bernama Alexander Fleming.
Itulah Sunnatullah, iaitu peraturan yang Allah tetapkan sebagai aturan yang mengatur segala hidupan di alam ini. Bagaimana alam berinteraksi dengan alam, bagaimana manusia berinteraksi sesama manusia dan bagaimana alam dan manusia saling berinteraksi, semuanya terikat dengan hukum yang tetap. Namanya Sunnatullah.
Sunnatullah itu tiada ganti, tidak boleh diubah.
“… Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnatullah (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan Sunnatullah itu” (Fathir 35: 43)
Maka perubatan Islam ialah perubatan yang mematuhi peraturan Sunnatullah, dan perubatan yang memberikan kesembuhan. Sama ada ia produk Ireland, atau Jerman, produk China atau Malaysia, asalkan ia menyembuhkan, ia perubatan Islam, ia HIKMAH yang mukmin itu paling berhak ke atasnya.
Seandainya kita masih terperangkap dengan idea perubatan Islam itu hanya ada di Darul-darul, manakala perubatan yang di hospital pula bukan perubatan Islam, maka kita telah terperangkap di dalam paradigma sekular. Sama ada paradigma sekular yang mahu menolak agama, atau paradigma sekular yang mahu menolak dunia. Kedua-duanya adalah sekular.
Seorang doktor yang menolak peranan ruqyah dan ayat-ayat al-Quran sebagai sebahagian aspek perubatan, sama jugalah dengan seorang ustaz yang menolak rawatan hospital, kedua-duanya adalah penganut paradigma sekular.
HOSPITAL ISLAM
Lanjutan dari isu tersebut, bagaimanakah pula kita melihat isu Hospital Islam?
Apakah Hospital Islam itu mesti dinamakan dengan nama Arab dan Islam baru ia menjadi Hospital Islam? Hospital Berkat, Hospital Hikmah, Hospital Islam, maka baru menjadi Hospital yang Islamik? Apakah Hospital Pakar Georgetown, Hospital Rawatan Sinergi, Hospital Kensington (semua nama hanya rekaan, jika ada persamaan, ia hanya kebetulan – penulis) menjadi tidak Islamik?
Apakah yang dikehendaki oleh Islam daripada sebuah hospital?
Fungsi hospital adalah untuk menyembuhkan penyakit.
Apakah masih Islam sebuah hospital, jika seorang pesakit yang dirawat di sebuah hospital bernama Hospital Islam, mati akibat rawatan yang tidak baik, atau kecuaian pekerjanya yang Muslim?
Nilai Islam bukan hanya dalam bentuk Bismillah semasa injeksi dibuat, bukan hanya pada keseragaman kakitangannya yang bertudung belaka, dan warna bangunannya yang Islam (ada warna Islam?) serta namanya yang Arab. Nilai Islam ialah pada apa yang terbaik ia tawarkan untuk manusia.
NILAI ISLAM DI DALAM SEBUAH HOSPITAL
Bagi sebuah hospital, nilai Islamnya ialah pada rawatan yang terbaik, layanan kepada pesakit secara yang terbaik, pekerjaan kakitangannya yang efektif dan usaha membantu pesakit Muslimnya menjalankan ibadah dengan baik. Malah hospital Islam turut membantu pesakit non Muslimnya mendapatkan khidmat Chaplain agama mereka. Inilah nilai Islam bagi sebuah hospital.
Apabila Rasulullah SAW mengajar kita menyembelih haiwan ternakan, nilai Islam bukan hanya pada lafaz “Bismillah, Allahu Akbar” tetapi juga pada penggunaan pisau yang tajam. Pisau yang tajam adalah nilai produktiviti dalam penyembelihan haiwan. Lebih segera, kurang usaha, jimat masa, banyak hasilnya… ini didikan Nabi SAW.
Jika kita lihat lafaz Bismillah sahaja yang Islamik, sedangkan menajamkan pisau bukan Sunnah, kitalah yang sekular itu.
SEMUA HOSPITAL BERPOTENSI
Maka semua hospital yang telah sedia ada, berpotensi menjadi Hospital Islam. Untuk mengislamkannya, tidak perlu kepada rombakan kaedah pembedahan di OT, atau mengubah cara diagnosis dibuat. Untuk mengislamkan sebuah hospital, kita tidak perlu mengecatnya dengan warna Islam, atau menukar namanya dengan memasukkan nama Islam. Malah untuk mengislamkan sebuah hospital, ia tidak perlu kepada menyekat diri untuk hanya menerima pekerja yang beragama Islam.
Dan sudah tentu tidak mampu untuk hanya menerima pesakit Muslim!
Sebuah hospital Islam adalah hospital yang memberikan servis yang terbaik kepada pesakit dan pelanggannya. Itu yang pertama.
Sebuah hospital Islam mempunyai pekerja yang berpegang dengan nilai Islam. Apakah nilai Islam? Iaitulah sempurna nilai integriti, dan sempurna nilai kompetensi.
SUMBER INTEGRITI
Dari mana seorang Muslim beroleh integriti? Ia datang dari iman mereka kepada Allah yang mengatakan bahawa mereka dan kita semua adalah hamba-Nya, pekerjaan kita adalah sebahagian daripada ‘ubudiyyah kita kepada-Nya. Kita bekerja bukan hanya untuk mencari pahala, tetapi turut mengelak diri dari dosa.
Dosa dan pahala lebih berkesan dari sekadar bergantung kepada carrot and stick.
Bekerja bukan hanya untuk memenuhi KEPERLUAN HIDUP, tetapi mengutamakan TUJUAN KEHIDUPAN.
KOMPETENSI
Dari mana pula nilai kompetensi dihasilkan?
Tidak lain dan tidak bukan, dari Iman yang sama. Beriman kepada Allah menuntut kita melakukan yang terbaik dalam hidup ini. Cincai-cincai atau ala kadar bukan ajaran Islam. Melepaskan batuk di tangga, adalah penyakit iman. Jika Islam, tamadun mesti tinggi, sains mesti yang terkini dan buat apa sahaja, mesti tinggi lagi berkualiti.
Memberikan perkhidmatan yang cemerlang, adalah perintah Islam. Bukan hanya memperelokkan amal di masjid, malah di semua aspek kehidupan. Seluruh hidup ini adalah ibadah.
“Dialah yang telah menciptakan mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” (Al-Mulk 67 : 2)
BAGAIMANA DENGAN SOAL KEUNTUNGAN?
Rasulullah SAW mengajar kita bahawa menjaga kebajikan ahli keluarga, dan mereka yang di bawah tanggungan kita, adalah tanggungjawab agama. Kerangka inilah yang dipegang oleh majikan Hospital Islam terhadap pekerjanya.
Hospital sama ada ia Islam atau tidak Islam, ia memerlukan perbelanjaan yang besar untuk beroperasi. Kos dan perbelanjaan Hospital Islam tidak boleh diselesaikan dengan menyalahgunakan konsep zuhud, tawadhu’, bersederhana dan ‘bekerja Lillahi Taala’ tidak tentu hujung pangkalnya.
Maka Hospital Islam tidak perlu diasaskan atas dasar kebajikan untuk dianggap Islam.
Sudah jadi penyakit di dalam paradigma kita bahawa yang Islam, semuanya kena murah, semuanya mesti derma, semuanya dengan ihsan. Apakah salah sebuah hospital dibina dengan yuran yang sama seperti hospital biasa? Jika soalan ini tidak dijawab, maka saksikan sahajalah satu demi satu Hospital dan Pusat Rawatan Islam jatuh bangkrap!
Walaupun keuntungan adalah sebahagian daripada perniagaan, Hospital Islam tidak akan menindas pesakit yang tidak upaya. Wad Kecemasan Hospital Islam tidak akan menghalau pesakit kecemasan yang tidak dapat menjelaskan upaya kewangannya. Hospital Islam tidak akan meletakkan KEPERLUAN mengatasi TUJUAN.
Mungkin Hospital Islam perlu lebih kreatif dalam memperbanyakkan sumber kewangan bagi menampung keperluan mereka yang tidak berupaya. Zakat perniagaannya sebagai sebuah syarikat, mungkin elok disalurkan ke tabung bantuan pesakit kurang upaya.
Terlebih penting, Hospital Islam memegang etika hemah berbelanja. Ia tidak akan menghabiskan duitnya untuk pesta dan karaoke demi meraikan pekerjanya. Ia harus ada cara tersendiri merai dan membahagiakan pekerja. Ia tidak membazirkan keuntungan sesuka hati kerana keperluan menampung pesakit fakir miskin sudah cukup besar untuk tidak memungkinkan wang dibazir mengikut trend korporat masa kini.
Tegasnya, semua hospital berpotensi untuk menjadi Hospital Islam, asalkan soal paradigma yang berpecah belah akibat sekularisma itu diperbaiki semula.
PENGALAMAN UNTUK PERBANDINGAN
Pengalaman saya, semasa isteri bersalin di Royal Maternity Hospital Belfast di Ireland Utara.
semasa di dalam bilik bersalin hinggalah ke wad, tidak ada pekerja lelaki. Dari kakitangan perubatan, hinggalah kepada pekerja sokongan, kesemuanya wanita, kerana hospital itu adalah hospital wanita. Hanya pakar bius yang memberikan epidural sahaja lelaki yang saya temui dari kalangan kakitangannya.
Selepas selesai bersalin, jururawat memeriksa rekod dan telah ditandakan bahawa 10 minit mesti diperuntukkan untuk kami menyelesaikan tuntutan agama. Kami ditinggalkan bertiga di dalam bilik bersalin, dan semasa itulah saya mengazankan anak dan sujud syukur kerana semuanya selamat. Semua maklumat pesakit, diteliti dengan baik.
Permintaan saya agar placenta (uri) diberikan, dilayan dengan baik, di samping nasihat yang disertakan agar saya menguruskan placenta itu dengan sebaiknya.
Kemudian, saya tidak perlu bersusah payah ke pejabat pendaftaran kerana setiap hari pegawai pejabat pendaftaran datang ke hospital untuk mendaftarkan anak-anak yang baru dilahirkan. Makanan halal juga disediakan sebaik mungkin. Wad pula tiada kelas satu, dua atau tiga. Semua rakyat beroleh layanan yang sama. Jika wang lebih, pembelian insurans membolehkan anda dirawat oleh doktor pakar secara keutamaan, namun keselesaan asas di hospital diberi sama rata.
Tegasnya, di hospital ‘Kristian’ itu, saya bertemu dengan Islam tanpa nama.
Apabila anak kedua saya dilahirkan di sebuah hospital bernama Islam, kehadiran saya sebagai suami untuk membantu isteri, tidak begitu disenangi. Wajah masam sudah terpaksa tidak diambil kira demi keselesaan hati sendiri.
Selepas bersalin, saya terpaksa meminta anak diserahkan seketika untuk diazankan, kerana sudah hampir satu jam anak saya dilahirkan. Selepas beberapa ketika, anak saya disuapkan susu formula tanpa langsung memaklumkannya kepada saya atau isteri.
Satu-satunya ‘nilai Islam’ yang saya temui, ialah doa-doa yang ditulis di Kad Manila, ditampal di dinding-dindingnya.
Jika Islam itu Rahmat bagi sekalian alam, anda mahu menebarkan nama Islam, atau inti dan nilainya?
Saya mengimpikan kedua-duanya, namun langkah pertama bermula dengan nilai dan kualiti, bukan syiar dan slogan kosong tanpa makna.
Ahad, 21 Februari 2010
nikmat
ana mtk maaf xptupdte blog krn mslh kshtn,,ana br lps operte apendik smlm dan bct 2 mngu...dgaan dan nkmt skt...doakn ana cpt smbh..
Sabtu, 20 Februari 2010
Nilai Ibadah Kita Selama Ini
Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan
Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
Golongan Pertama
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.
Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.
Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.
Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.
Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).
Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.
Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.
Wallahualam bissawab.
Sumber:ibnu Muslim
Jumaat, 19 Februari 2010
MARILAH BERDOA
Nikah koboi di asrama
am@hmetro.com.my
2010/02/19
KUALA LUMPUR: Ghairah mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading, namun pada masa sama tidak mahu perbuatan itu diketahui ibu bapa mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan ‘pernikahan dalam dorm (asrama)’.
Perkahwinan adalah fitrah manusia, namun amalan di kalangan mahasiswa terbabit nyata meragukan apabila upacara pernikahan pasangan pengantin terbabit hanya disempurnakan sesama rakan sekuliah selaku kadi, wali dan saksi - tidak ubah seperti pernikahan koboi.
Seperti pasangan normal, kumpulan terbabit juga mempunyai kadi yang menikahkan pasangan berkenaan secara berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebelum diperakui sebagai sah oleh saksi. Cuma yang berbeza ia dilakukan pada waktu malam dan semua yang hadir hanya rakan sekuliah.
Sehingga kini, tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan melangsungkan pernikahan yang didakwa mereka sah dan halal mengikut mazhab dianuti, sedangkan umat Islam di negara ini berpegang kepada Mazhab Syafie yang mengamalkan cara pernikahan berbeza.
Selepas berlangsung majlis akad nikah di asrama lelaki dalam kampus IPTA berkenaan, ‘pasangan pengantin’ baru dibenarkan menjalani kehidupan sebagaimana suami isteri yang diijabkabulkan mengikut amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Bagaimanapun, kegiatan songsang itu akhirnya terbongkar apabila satu daripada pasangan yang bernikah mengikut kaedah meragukan itu menemui Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek, untuk mendapatkan pandangan.
|
Sarat mengandung bayi hasil pernikahan itu, gadis berusia 23 tahun berkenaan serta pasangannya berusia sebaya menemui Hanafi kerana tidak sanggup lagi menyorokkan perkahwinan mereka daripada pengetahuan ibu bapa.
“Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini. Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki IPTA berkenaan.
“Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan perkahwinan dengan cara sedemikian.
“Semua kes pernikahan itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit. Pelajar berkenaan yakin pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala hukum-hakam dalam mazhab berkenaan yang membolehkan upacara pernikahan pelik itu dijalankan,” kata Hanafi ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, berdasarkan pengakuan pasangan terbabit, mereka yang mendakwa sudah ‘sah’ sebagai suami isteri menyewa tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti sejurus majlis akad nikah disempurnakan bagi mengelakkan pernikahan diketahui pihak pentadbiran universiti.
Katanya, pasangan berkenaan memaklumkan, setakat ini tujuh pasangan ‘suami isteri’ di kalangan pelajar yang bernikah mengikut amalan mazhab berkenaan, menyewa kediaman yang diubah suai dan dipecahkan menjadi beberapa bilik di kawasan penempatan tidak jauh dari universiti itu.
“Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui.
“Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan pelajar universiti lain di negara ini,” katanya.
Hanafi berkata, kegiatan yang semakin mendapat sambutan itu perlu dibanteras segera bagi mengelak lebih ramai pelajar pusat pengajian tinggi mengambil jalan mudah untuk merasai dunia bersuami isteri dengan mengenepikan hukum syarak dan pihak keluarga.
“Lebih memburukkan keadaan jika kegiatan mereka tersebar kepada pelajar yang cetek ilmu agama. Pemikiran golongan pelajar ini lebih mudah dipengaruhi walaupun secara terang-terangan ‘pernikahan mahzab lain’ menyalahi hukum.
Menurutnya, Sidim mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan terbabit dengan menasihatkan mereka tidak membelakangkan ibu bapa dalam segala hal terutama membabitkan pemilihan pasangan hidup.
“Saya nasihatkan remaja khususnya pelajar universiti tidak membuat keputusan terburu-buru dan terjebak dengan pujukan segelintir rakan mereka yang kononnya dianggap bijak. Ingatlah keredaan Ilahi bersangkut paut dengan keredaan ibu bapa,” katanya.
p/s:apa nk jd???
Khamis, 18 Februari 2010
CARA MENEGUR IMAM
JAWAPAN:
Cara makmum lelaki menegur kesilapan imam ialah menyebut perkataan "subhanallah" dengan suara yang boleh didengari imam.
Manakala makmum wanita boleh menegur imam yang terlupa walaupun terdapat makmum lelaki tetapi mereka pun dalam keadaan lupa dengan cara menepuk tangan iaitu dengan mengangkat telapak tangan kanan ke atas belakang tangan kiri dengan kadar imam mendengar tepukan tersebut. Makmum wanita haram menegur imamnya yang salah bacaan dengan suaranya. Ini akan mengakibatkan solatnya terbatal. Sekiranya tepukan tersebut terlalu kuat, juga akan membatalkan solat wanita tadi.
Sumber: RP