Rabu, 31 Mac 2010

SHOPPING



Sumber Pic: http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=6932434335893557976

Renungan bersama:


"Kamu sekali-kali tidak sampai kepadakebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya"..(Surah Al-Imran ayat 92)

"Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan"...(Surah Al-Imran ayat 180)

JUDGEMENT DAY...coming

Assalamualaikum wbt....
p/s:Cilok dr fb MR Syukri...tq a lot coz bikin ini semua org tahu..klo tak ana pun xtau...Who the 1st presenter???ayooo bikin ana cuak laa....nerbes laa plak..tmbh bila kna awai2 lg..xpasal2 dapat ucapan tahniah daripada Liyana...(L klo Dr Kasturi tak tanya U , i yg tanya U ok,, haha>>gelak jahat...)hope sgalanya berjlan lancar....tersenyum sendirian melihat telatah n gelagak clasmte ana yg kerisauan krana kena dgn Panel mencuakkn mereka. Good Luck to all my prenzz..pas habis pesen bleyy pg ambek jubah kt dewan..sperti kata syuk..(exam dah around the corner...).Kpd Dr Kasturi n En Sam...don blame2 me ekk.....YA Allah permudahkanlah segala urusanku....

Nak kongsi sumtin ayat yg ana trbca ms belek2 Al-Quran Karim...petikan terjemahan ayat dr surahAl-A'raf ayat 177 dan 178 iaitu Allah SWT berfirman...

177: "Sangat buruk perumpaan orang2 yang mendustakan ayat2 Kami, mereka menzalimi diri sendiri.
178: Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa disesatkan Allah, maka merekalah org-org yang rugi"...

Wassalam....





Selasa, 30 Mac 2010

Peribadi Saidina Ali r.a


Kelahiran bayi pertama di bawah naungan Kaabah telah menggembirakan seluruh kaum arab Quraisy. Seorang insan agung yang menjadi pembela dan aset kepada bangsa, agama dan negaranya. Dialah Saidina Ali bin Abu Talib khalifah ar-rasyidin yang keempat. Di zaman beliaulah negara arab telah menjadi sebuah empayar yang cukup digeruni. Namun kebangkitan kekuasaan dan pengaruh negara arab ini bukan semata-mata kerana mereka memiliki aset kekayaan hasil bumi atau keuntungan perdagangan, akan tetapi harta yang bukan harta yang dijadikan aset iaitu remaja yang telah berjaya dibangunkan.

Ketokohan Saidina Ali sebagai seorang khalifah sebenarnya telah diasah dan digilap semenjak dari kecilnya. Keberkatan hidup bersama Rasulullah saw dan dididik oleh Baginda secara langsung telah berjaya membina keperibadian Saidina Ali yang sangat luar biasa. Apabila berada di tengah-tengah masyarakat, ramai yang tertawan hati. Bila berhadapan dengan musuh sangat digeruni. Beliau adalah kanak-kanak pertama memasuki Islam. Bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah swt dan nabi Muhammad saw adalah pesuruhNya di hadapan Baginda sendiri.

Penyaksian dibuat apabila terkesan dengan akhlak Baginda ketika beribadat menyembah Allah swt. Beliau bertanya kepada Rasulullah saw "wahai saudaraku, upacara apa yang telah engkau lakukan tadi?" Baginda juga merupakan sepupu beliau. Baginda menjawab "wahai Ali, aku sedang menyembah Allah swt, Tuhan yang menjadikan aku dan sekalian makhluk, marilah bersamaku mengesakan Tuhan yang sejati ini." "Izinkan aku bertanya dengan ibu dan ayahku terlebih dahulu." Balas Saidina Ali. Ketika ini umurnya baru berusia 10 tahun. Keesokan harinya beliau bertemu kembali Rasulullah saw dan berkata "sedangkan Tuhan yang menjadikan kedua ibu bapaku tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mereka, jadi apa perlunya aku berbincang dengan mereka sedang Allah swt itu adalah Tuhanku!" Terperanjat Baginda mendengar jawapan yang dilontarkan oleh seorang budak yang masih kecil tetapi keberaniannya amat luar biasa.

Sedangkan di saat itu kaumnya begitu fanatik dengan agama nenek moyang mereka. Menjadikan Latta dan Uzza sabagai tuhan. Pantang besar sesiapa yang berani menghina keyakinan dan keimanan yang dianggap suci ini. Beliau juga dididik menjadi seorang ilmuan yang mempunyai ilmu mencakupi pelbagai bidang terutamanya ilmu agama, ilmu kehidupan dan peperangan.Selain itu, Saidina Ali sendiri memiliki kemahiran bercakap dan lantang bersuara.Ini sangat membantu beliau untuk berhujah dengan masyarakat arab yang sangat suka perdebatan.
Di awal seruan dakwah Rasulullah saw, Baginda lebih tertumpu kepada kaum keluarganya sendiri. Baginda ingin menjadikan mereka sebagai model dan contoh kepada masyarakat. Agar masyarakat dapat memahami dengan jelas bahawa
agama Islam ini adalah cara hidup yang sangat menepati dan sesuai dengan fitrah manusia. Pada suatu hari Baginda menjemput sekalian keluarganya ke rumah. Kehadiran mereka disambut dengan hidangan makanan yang enak-enak. Baginda meraikan seperti tetamu yang istimewa. Setelah selesai jamuan, Baginda mengambil peluang untuk menyampaikan seruan Tuhan yag Maha Pengasih dan Maha Penyayang. "Wahai kaum keluarga yang ku kasihi, sesungguhnya Tuhan yang menjadikan kita dan nenek moyang kita adalah Allah swt. Dan aku diutuskan kepada sekalian manusia sebagai rasulNya, marilah bersama kita perjuangkan Tuhan." Sunyi sepi suasana ketika itu, kemudian mula terdengar suara-suara sumbang mengejek dan mencerca Rasulullah saw. Terhiris hati Rasulullah saw apabila melihat tindak balas kaum keluarganya yang mengejek dan menghina Allah swt.

Namun Baginda tetap bersabar, walaupun hiba perasaan Baginda tetapi setitik air mata pun tidak terkeluar dari matanya. Hatinya sentiasa berdoa agar Allah swt mengampunkan umatnya. Tiba-tiba Saidina Ali bingkas bangun dan berkata "ya Rasulullah! akulah yang akan menolong mu, aku sedia memerangi siapa sahaja yang akan memerangimu!" Tersenyum Baginda apabila melihat keberanian Saidina Ali mengatakan kebersamaannya untuk memperjuangkan Tuhan. Inilah pengubat kesedihan Baginda. Tersentak kaum Quraisy melihat kelantangan Saidina Ali bersuara. Tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana Saidina Ali adalah cucu kepada Abdul Muttalib, pembesar kaum Quraisy. Mereka segera beredar dengan perasaan yang tidak senang. Di umur belasan tahun ini, Saidina Ali telah menjadi orang yang mendokong kekasih Tuhan. Dirasakan Rasulullah saw seolah-olah kekasihnya juga. Kalau boleh jangan ada yang berani menentang Rasulullah saw lebih-lebih lagi mempermainkan Baginda. Bayangkan di tangan anak muda inilah dunia tunduk dan akur, sejak kecil lagi wataknya sudah menterjemahkan ketokohan beliau di hari akan datang.

Saidina Ali mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Rasulullah saw. Bukan diikat oleh pertalian keluarga dari nasab keturunan yang sama, tetapi kerana diikat oleh cita-cita yang sama .Ingin memperjuangkan Tuhan agar Allah swt benar-benar dikenali seterusnya dicintai oleh semua manusia . Di atas cita -cita inilah Saidina Ali sanggup menghadapi kesusahan dan menggadaikan nyawanya untuk Rasulullah saw. Apabila Allah swt memerintahkan supaya seluruh kaum muslimin Mekah berhijrah ke Madinah, bergegas-gegaslah kaum muslimin mencari peluang berhijrah, takut jika diketahui oleh orang arab Quraisy. Di saat ini, kaum muslimin telah diancam dan disiksa dengan begitu dahsyat. Begitu juga Rasulullah saw telah diancam bunuh. Di malam sebelum Rasulullah saw berhijrah ke Madinah bersama Saidina Abu Bakar, rumah baginda telah dikepong. Ketika itu Baginda tinggal berdua dengan Saidina Ali di rumah Baginda. Sedang di waktu, rumah Baginda telah dikepong oleh pemuda-pemuda dari qabilah-qabilah yang berbeza yang dihantar oleh arab Quraisy Mekah.

Sebelum Rasulullah saw berjaya keluar dari kepongan mereka, Rasulullah saw telah meminta Saidina Ali menggantikan tempat tidur baginda. "Wahai Ali, bolehkah engkau menggantikan tempat tidurku apabila aku berjaya keluar dari kepongan musuh-musuh Allah swt ini?" Lantas Saidina Ali menjawab " Demi Allah SWT dan RasulNya, aku sanggup melakukan apa sahaja." Maka keluarlah Baginda dengan selamat tanpa diusik oleh musuh sedikit pun. Setelah itu, pemuda-pemuda tersebut telah menyerbu masuk ke rumah Rasulullah SAW lalu membuka kain selimut di katil Baginda. Mereka terperanjat apabila mendapati Saidina Ali yang berbaring di katil tersebut. Andaikan, jika mereka terus munusukkan lembing dan menetakkan pedang ke katil Baginda. Tiada siapa lagi yang boleh menjamin keselamatan Saidina Ali. Namun atas dasar cintakan Rasulullah saw, beliau sanggup mengorbankan nyawanya sebagai pengganti. Tiada pengorbanan yang sanggup dibuat oleh dua insan yang sedang bercinta yang lebih hebat dari pengorbanan Saidina Ali ini. Memang layaklah Saidina Ali disenaraikan oleh Rasulullah saw di antara sepuluh orang sahabat yang dijanjikan syurga. Inilah sebahagian kisah Saidina Ali di zaman remajanya.

Betapalah apabila beliau telah menjangkau dewasa. Pendidikan Rasulullah saw benar-benar telah menghidupkan akal dan jiwa Saidina Ali sehingga memiliki kemampuan di luar jangkaan fikiran manusia biasa. Seorang remaja yang baru menjangkau umur awal dewasa telah menjadi aset yang sangat berharga kepada bangsa, agama dan negaranya.

Sumber:Norhdayah>>Ibnu>>teratak

GEJALA SOSIAL DI KALANGAN MAHASISWA IPT

Islam telah mensyariatkan bahawa lelaki dan wanita wajib diasingkan bermula dari umur sepuluh tahun lagi, lelaki dan wanita yang bersaudara pula perlu dipisahkan dari tempat tidur mereka. Manakala bagi lelaki dan wanita yang bukan bersaudara pula perlu ditegah dari bergaul setelah mereka mencapai akil baligh.

Mengapa Islam mensyariatkan sedemikian rupa? Apakah rahsia disebaliknya? Sesungguhnya setiap apa yang Allah S.W.T syariatkan kepada umat manusia bukanlah suatu yang sia-sia bahkan disebaliknya penuh dengan pelbagai hikmah dan kebaikan yang tidak dapat diketahui melainkan dengan penafsiran serta penelitian yang tinggi. Pelbagai perkara buruk boleh berlaku seandainya kita tidak menjaga batasan di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita ini antaranya ia akan mengakibatkan pelbagai masalah sosial sebagaimana yang ada disebut di atas bermula dengan zina, kemudian membawa kepada hamil sebelum nikah dan akhirnya timbullah kes pembuangan bayi yang tidak berdosa.

Apa yang menyedihkan ialah masalah sebegini sebenarnya telah tersebar di kalangan para remaja serta muda-mudi di negara ini. Lebih mengejutkan lagi ianya turut melanda mahasiswa dan mahasiswi di IPT yang mana mereka ini adalah dikategorikan sebagai intelektual yang merupakan pelapis negara yang bakal menerajui kepimpinan sekaligus diharapkan dapat membangunkan dan memajukan negara ini pada suatu masa akan datang. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dilihat menjadi penyumbang kepada masalah kebejatan akhlak dalam masyarakat Malaysia kini khususnya di kalangan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Masalah sosial merupakan gejala abnormal atau tingkah laku yang tidak bermoral dan bersifat merosakkan. Ini bermaksud semua aktiviti yang membawa kepada keruntuhan akhlak perlu dihindari kerana boleh merosakkan peribadi dan nilai-nilai baik dalam diri seseorang individu. Dalam konteks kehidupan mahasiswa, antara masalah yang begitu ketara dihadapi oleh mereka ialah kegagalan menguruskan perasaan dan emosi dengan betul dan berkesan. Inilah yang membawa kepada tindakan-tindakan seperti keinginan berdua-duaan tanpa had waktu, menghabiskan masa dengan berbual di telefon, internet atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (sms), keluar bersama sehingga lewat malam malah ada yang pergi ke disko atau pub-pub. Perlakuan di atas sebenarnya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh membawa kepada perlakuan yang lebih sumbang dan tidak bermoral.

Terdapat mahasiswa universiti atau kolej yang terlibat dalam perbuatan zina, kehamilan luar nikah, seterusnya pengguguran bayi sehingga menjejaskan pelajaran yang sepatutnya diutamakan. Malangnya ada antara mahasiswa yang terlibat dalam gejala tidak bermoral ini terdiri dari pelajar pintar yang menjadi harapan semua pihak terutama ibu bapa dan keluarga. Perbuatan yang dilakukan tidak hanya mencemar maruah diri tetapi turut mencemarkan nama ibu bapa di mata masyarakat. Insiden yang berlaku ini sedikit sebanyak memperlihatkan bahawa mereka masih tidak mempunyai prinsip yang teguh dan benteng diri yang kukuh untuk berdepan dengan cabaran dunia remaja.

Sebagai contoh, menurut laporan akhbar tempatan pada 1 Febuari 2008, 800 pelajar wanita universiti ‘dikuarantin’ bagi disoal siasat ekoran penemuan mayat seorang bayi di tempat pembakaran sampah di kawasan asrama mereka. Bukan itu saja, masyarakat juga didedahkan dengan berita pelajar IPT ditangkap berkhalwat sama ada sesama pelajar atau dengan orang lain. Tidak kurang juga pelajar IPT yang berpeleseran di disko atau kelab malam setiap hujung minggu. Beberapa perkara dilihat sebagai faktor yang menyumbang ke arah keruntuhan akhlak dan moral mahasiswa. Antaranya, ramai di antara mereka yang terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang berpasangan. Keseronokan rakan-rakan membangkitkan keinginan ingin mengalami situasi yang sama. Keadaan ini mendatangkan kebimbangan kepada mereka jika mereka tidak mempunyai teman hingga di tahun akhir pengajian. Menurut pandangan Arnida Abu Bakar, 31 Tahun, pensyarah Fakulti Pengajian Bahasa Utama, gejala sosial ini boleh di kategorikan kepada pelajar-pelajar yang tidak datang ke kelas, ponteng, merokok, suka melepak serta tidak melaksanakan kerja yang di suruh oleh pensyarah.“Merokok boleh menyumbang kepada masalah gejala sosial yang lain, kerana dengan merokok para pelajar secara tidak sedari akan terlibat dengan rakan-rakan yang rosak akhlaknya sekiranya para mahasiswa itu tidak tahu untuk menjaga diri mereka,” ujurnya.

Menurut Ahmad Hilmi, 23 Tahun, pelajar Kaunseling tahun Tiga, gejala ini semakin meruncing, mereka seperti tidak mempunyai pelajaran dan tidak nampak seperti mahasiswa. Pengaruh rakan-rakan, ‘culture shock’, dan tiada pemerhatian dari ibu bapa menyebabkan gejala ini berlaku.

“Kebanyakan mereka yang terlibat dalam gejala ini adalah kerana terpengaruh dengan pengaruh rakan-rakan mereka. Selain daripada itu, ‘culture shock’ juga memyebabkan gejala ini berlaku. Gejala ‘culture shock’ ini terjadi apabila mahasiswa yang berasal dari kampung jauh di pendalaman dan seterusnya berada jauh dari ibu bapa, mudah terhasut dengan kawan-kawan dari Bandar. “Apabila mereka semua berada jauh dari ibu bapa, mereka yang tidak mempunyai asas iman yang kuat selalunya mudah terlibat dalam gejala ini. Ingin mencuba sesuatu yang baru dan merasakan sesuatu yang baru itu menyeronokkan seterusnya akan terus melakukan perkara tersebut juga menyebabkan mereka ini terlibat dalam gejala sosial ini,” ujurnya.

“Dalam konteks kaunseling, kami hanya dapat membentuk dan membimbing serta memberi jalan kepada mereka kerana kaunseling tidak boleh memaksa mereka berubah, hanya diri mereka sendiri yang dapat merubah diri mereka,”ujurnya lagi.

Bagi Muhammad Alif Ismail, 23 Tahun, yang merupakan NYDP MPP USIM, pada pendapat beliau, ketiadaan intergriti dalam diri, iaitu bertindak secara sonsang dalam segala peraturan yang telah ditetapkan.

“Peraturan itu bukannya untuk menyekat kehidupan, tetapi untuk melahirkan keterampilan mereka. Walau sekecil mana pun undang-undang itu, tetapi jika kita menghayatinya, Insyaallah gejala ini dapat dikurangkan. Ini kerana undang-undang sebenarnya melibatkan jiwa dan nilai dalam diri mereka. “

Pendedahan luar juga menjadi faktor timbulnya gejala ini. Kedatangan para pelancong dari luar negara dengan membawa budaya mereka akan menyebabkan ada dikalangan mahasiswa terikut dengan budaya mereka. Ini kerana dengan adanya nilai yang berinteraksi dengan tindakan yang berterusan akan menyebabkan tabiat. “Pengetahuan dan penghayatan agama yang kurang juga dilihat menjadi salah satu faktor utama berkembangnya masalah sosial di kalangan mahasiswa. Jika ajaran-ajaran agama tidak dihayati dan dipraktikkan terutama dalam soal pergaulan, pasti mereka tidak mempunyai kekuatan untuk berdepan dengan apa jua cabaran khususnya yang berkaitan dengan nafsu, emosi, perasaan dan hati,” tegas beliau lagi.

Agama Islam meletakkan beberapa prinsip, panduan, larangan dan batasan tertentu dalam soal pergaulan membabitkan lelaki dan wanita bukan mahram. Kegagalan mempraktikkannya serta sikap tidak mengendahkan ajaran agama menyebabkan ramai yang terlanjur melakukan maksiat dan dosa. Mengenai pengetahuan dan penghayatan agama ini, Arnida Abu Bakar menegaskan bahawa, seharusnya perkara ini adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkan anak-anak dengan pendidikan agama yang secukupnya bermula sejak mereka masih kecil lagi.

Memberikan pendidikan agama sejak kecil dengan secukupnya akan memberikan kesan yang amat mendalam. “Anak-anak akan kenal tentang asal-usul akidah dan prinsip tauhid dan iman dengan baik seterusnya membuka mata anak-anak tentang pentingnya ketaatan kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya dengan mengerjakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. “Dengan itu, anak-anak akan faham tentang hukum-hakam yang terdapat dalam Islam serta mereka dapat membiasakan diri mereka dengannya sejak kecil lagi. “Anak-anak akan dapat mengenal hukum-hukum ibadah beserta kepentingannya dan membiasakan diri untuk menunaikannya sejak kecil lagi dan supaya mereka membesar dalam ketaatan kepada Allah S.W.T, menunaikan hak-Nya, mensyukuri segala nikmat-Nya, berlindung diri kepada-Nya, yakin kepada takdir-Nya serta berserah diri kepada Allah S.W.T dalam apa jua keadaan,” tegasnya lagi.

Media Massa juga turut mempengaruhi gaya hidup mahasiswa kini. Bermacam-macam program hiburan telah disiarkan dan telah menjadi program tetap dalam satu-satu syarikat televisyen tersebut. Antara yang popular kini ialah program “realiti tv” yang memaparkan kehidupan seharian individu yang sedang dalam proses untuk menjadi artis, dengan percampuran antara lelaki dan wanita di dalam satu tempat tinggal serta menjalani pelbagai latihan kesenian bersama-sama. Ini semua mampu mempengaruhi golongan remaja terutamanya mahasiswa dalam menjalani kehidupan mereka sehari-hari.

Mereka akan mudah terikut-ikut dengan gaya hidup yang dipamerkan. Banyak budaya dari Barat telah berjaya menyelinap masuk melalui media massa. Selain daripada rancangan berbentuk “realiti TV”, sejak dahulu lagi telah banyak siaran-siaran televisyen yang bertentangan dengan norma-norma masyarakat Malaysia telah disiarkan. Adegan berpelukan, berciuman dan pendedahan aurat sememangnya telah menjadi menu khas setiap rancangan televisyen. Apabila siaran-siaran sebegini ditonton oleh anak-anak yang meningkat remaja maka ia boleh menyebabkan mereka banyak berkhayal dan timbul rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Inilah yang menyebakan muda-mudi semakin berani untuk mencuba melakukan perkara-perkara terkutuk tanpa segan silu apatah lagi memikirkan kemurkaan Allah S.W.T yang menanti mereka.

Semua yang telah diperkatakan tadi adalah merupakan faktor luaran yang sedikit sebanyak menjadi punca keruntuhan moral dikalangan mahasiswa. Namun begitu, dengan pengamalan dasar percampuran jantina di kolej-kolej kediaman atau penginapan mahasiswa di pusat pengajian tinggi juga dilihat sebagai faktor yang menyokong perkembangan masalah sosial di kalangan mahasiswa. Apabila tinggal di tempat yang sama, ini memudahkan mereka bersama ke sana ke mari tidak kira siang atau malam. Senario di kampus memaparkan bagaimana mahasiswa masih boleh membonceng motosikal pasangan masing-masing dan keluar bersama walaupun sudah lewat malam dan meniti waktu pagi.

Bagi Lukman Nurhakim, 23 tahun, pelajar FPBU tahun 2, setiap individu yang bergelar mahasiswa tidak kira apa jua agama yang dianuti perlu ada kesedaran agama sebagai suatu tembok pendinding daripada terjebak dalam gejala sosial. “Ini dapat dilakukan dengan menghampirkan diri dengan Tuhan dengan melakukan pelbagai amalan kerohanian. “Bagi mereka yang beragama Islam, kekuatan rohani bukan sahaja dilihat sebagai pendinding daripada melakukan maksiat tetapi juga sebagai suatu ikatan yang kukuh di antara hamba dengan pencipta-Nya dalam menggapai redha-Nya serta kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat kelak,” ujurnya. Akal juga perlu digunakan dengan sebaik mungkin dalam memastikan segala tindak-tanduk yang ingin dilakukan itu tidak bertentangan dengan agama dan norma-norma masyarakat. Berfikir dahulu sebelum bertindak adalah lebih utama daripada melakukan sesuatu dengan tanpa berfikir. Dalam Islam, akal yang dipandu oleh iman adalah kombinasi yang mantap dalam mengawal nafsu yang selalu mendorong ke arah kerosakan. Justeru, kekuatan rohani sebagaimana yang disebutkan di atas serta kebijaksanaan akal fikiran adalah penting bagi setiap individu dalam mengawal tingkah-laku agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan.Setiap individu mahasiswa disarankan agar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti atau program-program yang berfaedah bagi membina sahsiah diri yang mulia. Ini kerana, pembentukan sahsiah yang mulia tidak akan dapat diperolehi di dalam dewan atau bilik kuliah. Justeru, ia hanya boleh diperolehi apabila melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti atau program-program yang dianjurkan oleh kelab dan persatuan atau pihak universiti sendiri.Selain itu, dalam membendung gejala sosial di kalangan mahasiswa ini, setiap individu mahasiswa perlulah bersama-sama nasihat-menasihati, ingat-memperingati di antara satu sama lain terutamanya kepada rakan-rakan yang dilihat bermasalah.

Dekati mereka dan bimbinglah mereka yang bermasalah agar mereka ini tidak terus dilalaikan dengan maksiat. Dengan itu, gejala sosial di kalangan mahasiswa dapat ditangani dengan lebih efektif.Pihak universiti terutamanya bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), perlulah memainkan peranan yang sewajarnya dalam menangani gejala sosial di kalangan mahasiswa. Justeru, dasar pengasingan penginapan mengikut jantina diharapkan dapat dilaksanakan secara menyeluruh untuk setiap kolej kediaman mahasiswa oleh pihak universiti. Inilah langkah asas yang dilihat paling praktikal dalam menangani gejala sosial di kalangan mahasiswa selain penguatkuasaan peraturan tatatertib universiti terhadap pelajar.Selain itu, pihak universiti perlulah menguatkuasakan peraturan tatatertib ke atas mahasiswa dengan konsisten dan mengenakan tindakan tatatertib yang lebih berat bagi setiap kesalahan yang dilakukan.

Nama serta tindakan tatatertib yang dikenakan ke atas mahasiswa yang bersalah perlulah dipaparkan kepada seluruh warga kampus sebagai satu pengajaran dan amaran kepada warga kampus supaya apa yang telah berlaku tidak akan berulang kembali. Pihak universiti juga seharusnya memberikan kuasa serta meminta kerjasama daripada pengawal keselamatan untuk menahan atau mengenakan tindakan kepada mana-mana mahasiswa menunggang motosikal yang dilihat membonceng pasangan mereka kecuali yang telah bernikah di sekitar kawasan kampus. Tidak ketinggalan juga mahasiswa yang menaiki kereta berdua-duaan dengan pasangan mereka.

Ini kerana, budaya sedemikian telah menjadi suatu kebiasaan di kalangan mahasiswa dan ia tidak lagi dilihat sebagai satu kesalahan dari sudut agama apatah lagi dari sudut budaya masyarakat Memperbanyakkan program-program yang membina sahsiah mahasiswa juga merupakan langkah yang baik dalam menanam akhlak yang mulia di dalam diri setiap mahasiswa. Program-program seperti seminar, kolokium, kem motivasi, kem kecemerlangan mahasiswa dan sebagainya dilihat amat berguna bagi mahasiswa. Namun, pihak universiti perlulah menapis sebarang program yang ingin dianjurkan oleh mana-mana pihak yang dilihat tidak memberikan manfaat khususnya terhadap pembangunan sahsiah mahasiswa terutama yang berbentuk hiburan. Berhibur tidak salah asalkan cara dan salurannya bersesuaian dari sudut agama dan budaya masyarakat Malaysia. Justeru, perkara ini juga perlu diambil perhatian oleh pihak universiti.

Institusi keluarga juga amat penting, kerana pada hari ini ramai ibu bapa tidak mempunyai masa yang cukup dengan anak-anak, akibat terlalu sibuk bekerja Sebagaimana yang sepatutnya, pendidikan anak-anak adalah bermula sejak kecil lagi. Tanggungjawab ini terletak di bahu ibu bapa. Ini kerana,rata-rata di kalangan ibu bapa ada yang tidak ambil kisah dengan didikan anak-anak pada waktu mereka kecil. Mereka terlalu memanjakan anak-anak dan akhirnya terlupa memberikan didikan yang sempurna dan sepatutnya kepada anak-anak terutamanya didikan agama. Justeru, didikan yang sempurna sejak kecil adalah amat penting dalam membina akhlak anak-anak kerana anak-anak adalah diibaratkan seperti kain putih yang suci dan ibu bapalah yang mencorakkan mereka sama ada dengan corak yang cantik atau sebaliknya.

Walaupun telah memberikan didikan yang sempurna sejak kecil, ibu bapa hendaklah sentiasa menjaga serta membina hubungan yang baik dengan anak-anak sampai ke akhir hayat. Dengan demikian, anak-anak akan merasakan mereka dihargai dan disayangi hatta mereka telah dewasa. Justeru, pastinya mereka tidak akan tergamak untuk melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah ibu bapa mereka. Ini boleh dilakukan dengan mengambil tahu tentang segala aktiviti anak-anak dan dengan siapa mereka berkawan. Bukan bertujuan untuk mengongkong sebaliknya sebagai tanda kasih sayang dan prihatin ibu bapa terhadap anak-anak kerana khuatir mereka akan tersalah langkah.

Usaha kerajaan mendidik mahasiswa yang mampu berdaya saing perlulah dilaksanakan segera. Ini akan memberi ruang yang lebih luas kepada mahasiswa untuk terbabit dengan aktiviti belia dan tidak tertumpu dalam alam kampus saja. Langkah ini dilihat sebagai satu pelaburan dalam pembinaan modal insan. Pelaksanaan ini akan memberi faedah kepada negara dalam menyediakan masyarakat khususnya mahasiswa yang bukan saja berpengetahuan dan berkemahiran malah mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat. Menurut Fauziah, 21 tahun, Pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, usaha ini mampu menyuntik nilai tambah kepada pelajar dalam konteks kepemimpinan. “Secara tidak langsung ini dapat menanam minat mahasiswa berpersatuan dan mengubah persepsi mereka agar tidak hanya menumpukan pencapaian akademik. “Pembabitan mahasiswa dalam pertubuhan belia memberi banyak kesan positif kepada masyarakat dan negara kerana ia dapat melahirkan generasi berwawasan dan berketrampilan tinggi, sekali gus memupuk nilai jati diri dan budi pekerti yang mulia,” ujurnya ringkas.

Peranan semua pihak sememangnya diperlukan dalam mengurangkan seterusnya membendung gejala yang tidak sihat ini dari terus merebak ke dalam saraf-saraf sosial mahasiswa pada masa akan datang.

Sumber:USIM

DUGAAN

nothin tooo write.........ermmmmmmmm..


Isnin, 29 Mac 2010

JUJUR


Jujurlah terhadap diri sendiri ketika bermuhasabah. Koreksi satu persatu kesalahan kita. Jangan nafikan realiti. Setelah disedari kelemahan dan kesilapan kita, maka akui hakikat itu. Ingat, kita perlu maafkan diri kita kerana kita juga perlu mengasihi diri kita sendiri.

Jangan ada yang mempertikai perubahan yang dibuat oleh diri atau shbt2 kita jika ianya mengikut hukum Allah...jika kita mempertikaikan bererti kita menolak hukum Allah...oleh itu,,,sm2lah kita muhasabah dri sejenak...

Jangan ada yg mempersoalkn ketidak ikhlasan diri kita atau shbt2 kita jika prubahan yg dilakukn itu berlandaskn al-Quran dan hadis..kerna jika kita memhami dengan mendalam akan sesuatu ilmu yg pelajari dan menghayatinya..mka tdak perlu ada pertikaian dan monolog dalaman dri kita smada ingin trus berubah kearah baik atau tdak...Nilai ibadat seseorang dinilai oleh Allah, bukan hambaNYA....Firman Allah SWT dlm surah al-Baqarah ayat 217-219...

217: Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.

218:Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi sebagai pemberi kabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab dengan benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.

219: Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat,,,,,,.

Sumber:RP dan kalam pena







Ahad, 28 Mac 2010

CALON SUAMI TERHEBAT???

Untuk membasmi gejala ni muslimah perlu mencari calon suami mengikut acuan islam dangan Kriteria suami yang shaleh adalah suami yang selalu berusaha melaksanakan seluruh kewajiban secara baik dan bertanggung jawab. Apabila Anda bisa melaksanakan kewajiban-kewajiban berikut, Insya Allah Anda akan menjadi suami yang shaleh. Adapun kewajiban-kewajiban tersebut adalah,


1.Memberikan nafkah lahir berupa sandang, pangan, dan papan sesuai kemampuan, sebagaimana firman Allah swt.,

�Dan kewajiban ayah (suami) memberi makan dan pakaian kepada para ibu (isteri) dengan cara yang baik.� (Q.S. Al-Baqarah: 233)

�Tempatkanlah mereka (para istri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan (hati) mereka.� (Q.S. Ath-Thalaaq 65: 6)


2.Memberikan nafkah batin
Salah satu kebutuhan manusia adalah terpenuhinya hasrat biologis. Hubungan biologis akan menjadi perekat pernikahan apabila dilakukan atas dasar saling membutuhkan dan dilakukan dengan cinta. Allah swt. menetapkan bahwa suami berkewajiban memenuhi nafkah batin isteri.

�Istri-istrimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok tanam itu bagaimana saja kamu kehendaki.� (Q.S. Al Baqarah: 223)

Ayat ini sifatnya perumpamaan, Allah swt. mengumpamakan istri bagaikan kebun tempat bercocok tanam sementara suami diumpamakan sebagai orang yang akan menanam benih, maka datangilah tempat bercocok tanam itu bagaimana saja kamu kehendaki. Ayat ini menegaskan bahwa dalam melakukan hubungan intim, gaya apapun boleh dilakukan asal keduanya (suami-isteri) merasa nyaman. Yang dilarang hanya satu, yaitu tidak boleh melakukan hubungan intim lewat dubur sebagaimana disebutkan dalam riwayat Ahmad dan Ash Habus-Sunan dari Abu Hurairah.

�Terlaknatlah laki-laki yang mendatangi perempuan pada duburnya.�

3.Memberi Bimbingan pada Keluarga
Suami mempunyai status sebagai pemimpin dalam keluarga, karenanya ia berkewajiban memberi nafkah lahir, batin, dan memberi bimbingan agama kepada istri dan anaknya.

�Kaum laki-laki (suami) itu adalah pemimpin bagi kaum wanita (istri), oleh karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (suami) atas sebagian yang lain (istri), dan karena mereka (suami) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.� (Q.S. An-Nisaa 4: 34)

�Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.� (Q.S.Thaahaa: 132)

4.Memperlakukan istri secara baik dan menjaga perasaannya
Rasulullah saw. menilai bahwa suami yang terbaik baik adalah yang paling baik pada istrinya

�Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaqnya, dan sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada istrimu.� (H.R. Tirmidzi)

�...dan bergaullah dengan mereka secara baik...� (Q.S. An-Nisaa :19)

�Hendaklah kamu (suami) memberi makan istri apabila engkau makan, dan engkau beri pakaian kepadanya bila engkau berpakaian, dan jangan engkau pukul mukanya, dan jangan engkau jelekkan dia, dan jangan engkau jauhi melainkan di dalam rumah.� (H.R. Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, dan yang lainnya)

Apabila empat kewajiban ini Anda kerjakan dengan sebaik-baiknya, insya Allah Anda akan menjadi suami yang ideal bagi istri dan menjadi ayah yang jadi kebanggaan anak-anaknya. Semoga! Wallahu A'lam.

Dari: Ibnu

5 TANDA HATI BATU

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.
Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera.Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud,
"Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya,
"Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah.
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.
"Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Sumber: Ibnu Muslim:ustaz naim..

p/s:mtak maaf ana xsmpt nk mskkn artcle dan sumtin input yg brguna kt teratak...ada byk article dr ibnu ana tak mskkn..inyaALLAH....ana ruang yg lapang ana nk mskkn...ermm.krna bnda yg ana mskkn adalah bnda yg akan ana bca dan fhm dlu...klo x ana xmskkn...ermm...

Khamis, 25 Mac 2010

Sekapur Sirih

1 April 2010>>>PSM presentation>>>judgment dayy>>>sapa laa panel bertuah yg ana kna???misteri nusantara....cuak jugak sbb abah ckp semua ok..tp yg ok tuu ana cuak..huhu

5 April...Summit draft thesis..>>>abah jgn lupa mrkah lebih....huhu
12 april...summit thesis yg dah dbtolkn...>>>bape byk nk antr ekk??

last exam tuk degree???

1. KHAMIS 08 April 2010 SGS 4323 - EIA 3JAM

2. JUMAAT 09 April 2010 SGS 4622 - POLISI 3JAM

3. ISNIN 12 April 2010 SGS 4613 - PROJECT MANAGEMENT 3JAM

5. JUMAAT 14 April 2010 SGS 4653 - HIDRO 3JAM


Semua exam 3 jam msa..catat sejarah sblm ni jrng jer 3 jam...mcm lma jer,,,ekk???jgn ckp xckp msa daaaa...

26 April 2010...........Summit real thesis>>>>>ms ni mcm nk ngs jer ...

semoga segala urusan berjln dgn lancar...InsyaAllah...

p/s: tah pape tajuk tiada kaitan..huhu

Selasa, 23 Mac 2010

Apa Itu Islam?

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin, datang seorang lelaki.

Kemudian lelaki itu bertanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman?”

Lalu baginda bersabda: “Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah!

Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam?”

Baginda bersabda: “Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan.”

Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: “Wahai Rasulullah!

Apakah makna Ihsan?”

Rasulullah s.a.w bersabda: “Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu.”

Lelaki tersebut bertanya lagi: “Wahai Rasulullah!

Bilakah Hari Kiamat akan berlaku?”

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya pengembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya.

Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.”

Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: “Sila panggil orang itu kembali.”
Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang.

Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: “Lelaki tadi ialah Jibril a.s. Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.” [HR. Bukhori (48), Muslim (10)]

“Dibangun Islam itu atas lima perkara: Memberi kesaksian bahwa tiada Ilah selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhajji ke Baitullah, dan berpuasa Ramadhan.” [HR. Bukhori dan Muslim dari Abi Abdurrahman (Abdullah) bin Umar bin Khoththob radhiyallahu 'anhuma]

Dari:Ibnu UZ

Isnin, 22 Mac 2010

KEKASIH HATIKU....

Assalamualaikum wbt...

Macam sdh beberapa hari ana tak tpon kpg..mak ana...indu sgt tp ana tahan jer sbb nak tpon esk....knpa nk tngu esk??esk besday mak ana...bila abg ana msj tnya..Na(pggilan mnja kt umah iaitu sngkatan dr nana...
jgn ada yg ktwa plak dgr pgglan ni)) ada tpon kpg?xde lg nk tngu 23 besday Ma..then abg ana diam..hanya bg kata2 semangtnya pda ana dan bertnyakan khbar ttg kshatan adiknya ini...(Namun ana plik...hati xsdap)

tgh fikir2 apa hadiah ana nak bg kt mak ana ??ermmm...buntu ana ...ana nak bg sumtin yg boleh buatkan mak ana senyum....sbb ana bkn anak yg baik..namun ana juga sprti org lain...nak jd anak yg baik...jika dapat lihat snyuman mak ana terukir...ana trsa bahagia....namun...ana bkn anak yg baik...bukan yg rapat dgn mak ana...bukan yg pndai jga hati mak ana...bkn yg memahami mak ana...namun mak ana bgtu memahami dri ana...ahhhh tnpa sdar air mata mngalir memikirkan pengorbanan mak ana...ana tdak cba memahami hati tua mak ana...namun, mak ana sntiasa memahami hati muda ana nie...

teringt masa ana kecik2 ..kalo skit,,ana akan jd antra yg terlalu mengada2...yg salu layan kemengadaan ana ni adalah mak ana, kakta ana dan abg2 ana...semua ini ana mkin trsa apabila berseorgan smsa di hsptal tmpoh hari....ahhhhh sayu sgt...berseorgan bila mnhan rasa skit...tiada tmpat nk mnja mcm kcik2 dlu..tiada dan tiada,,hanya berseorangan...bila mak tahu..akak ckp mak xselera makan...ada msa mak xmakn pkkn ana seorg kt sini...
ana ckp...mak takyah laa dtg Na ok jer...bleh gerak2 laju jer..semua buat sndr...
xpasal2 kn bebel..itulah mak ana..bebelannya kerana ksih sayangnya.....kerana rsaukan ana....

""leterannya dr rasa luhur, mnegur sebelum terlanjur...
marah bukan kebenciannya...tapi tanda syg......""

Mak...seorang wanita yg tabah..dr kecik ana msh ingt...mak dan ayah berganding bahu cr rezeki...tuk kmi 10 bradik...ana msh ingt ms tuu umr ana dlm 2 atau 3 thn..dibwa ke sawah pdi...mlhat mak ayh,,abg2 ana mengerjakan sawah....walaupun msh mda...nmun pengalaman itu ana msh ingt...pengalam itu mngajar ana untk kuat..pnglam itu yg ana pgg sbgai azmat untuk blajar...masih ingt pnglaman ana mnlong mak kutip getah beku...pg sekolah tgn berbau...ada rsa malu,,,namun bila dpkkn blik..itu pngalamn brguna ana..pnglam yg xbleh ana kongsi dgn yg lain...mak ayah xkan biarkan anak2nya xmakn..xmnum..sgla kerja kpg mak ayah buat.dan pling utma..kmi 10 bradik xpernh berpecah....mak tak ajar anak2 dia mtak sdekah..mak tak ajar anak2 dia meminta2..mak ajar anak2 dia tuk bdkari dr kecik...mak ajar ank2 die bkerja dr kecik...kemudian mak ayah akan ckp...bkn kami nk gnkan kmu adik bradik..nmun nak anak2 mak ayh,,th apa itu sush,,th tuk cr dwt sendr..rezeki sndr...mak ayah xdpt bg kemewahan...namun...blajarlah brdkari untuk jd mnusia brilmu dan bguna...

Baru tpon kpg..ingt nk tpon esk tp xthn kerinduan sgt...ayah angkt..ahhh sdh lm blum kedengaran suara tua ayah ...rndu sgt upanya ana..slalu klo tpon mak yg angkt...stelah berbual sketika...ayah pass kt mak..dlm hati cmne nak luahkan nk ucap besday kt makni..last last trucap jgk "Ma hapy besday"..kdengaran mak ketawa..ahhhh itu yg ana nk dgr...mak ktwa hapy...."mak tak tahu pun esk besday die, mna mak nk ingt ktanya...."..ana ketawa bsma mak...trsa saat ini bhgia sungguh...mgkin dsbbkn kami adik bradik mmg tak manja ...layanan mak aayh sama dkat kami semua..itu yg ana rsai dr kecik lagi...(
walaupun rmai saudra dan rkan2 abg2 n akak2 ana ckp....ana mcm anak bongsu..manja dgn ayah n mak...mne mungkin ana mnja...bila dgr statement ckp ana mnja...nak gelak guling2 pun ada...ekkk???hbs 2 org adik lelaki ana nk ltak mne???)))adik lelaki ana yg bngsu salu ckp..Kak Nana ambek laa title adik bongsu..adik xnak..mne aci...smbil disepaknya ana dgn nada gurauan...

mak ckp ana kuat smngt..ana pndai brdkari,,,tpi bg ana..ana x sekuat mak...ana lemah tnpa family ana...mreka adlh tulang belakang ana...mne mungkin ana berdr dsni tnpa mreka...Sayu rasa hatiii...trutma 1 ksah yg brlaku br2 ni....mak apabila mak memahami pilihan hati ana..apabila mak memahami hati ana..apabila mak menyelamai perasaan ana...saat mak mengucapkan..."mak ayah ikut kamu...yg mna rasa baik..mak ikut jer.."ahhh tnpa sdar air mata mnglir apabila mak bgtu mmahami jiwa hati ini...adakah ana mampu memahami hati ibu ana??apa keinginannya??adakah ana mampu brda dismping mak ana disaat die memerlukan ana...???sdah hmpir 5 thn thn ana berjauhan dgn mak ayah..rsanya ana tak mmpu lg untuk brjauhan dgn mak aayh ana slpas ini..mereka sudah tua..mereka mendambakan kasih syg anak2..mereka memerlukan kasih syg dan perhatian...mak ayah...insyaALLAH....akan kujaga mak dan ayah walaupun dri ini bkn anak yg baik.....

Ibu dan ayah
mampu membelai kita...
mampu memaafkan kita..
mampu menjaga kita..
mampu melayan krenah kita..
Namun kita??....

Ibu dan ayah..
kudrah mereka begitu utuh
semngt mereka menggunung tnggi...
kasih mereka seluas lautan..
Marah mereka kerna syg...
namun kita...???

Ibu dan ayah...
pengorbanan mreka ....
Asuhan mereka...
harapan mereka...
Namun kita...????


"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Al-Israa' 17: 24)

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil".

Mak: Na bkn anak yg baik..namun hnya doa untk mak ayh Na xkan lupa untuk itu....Slmat hari jd tuk mak yg ke 59....May Allah bless U,,,Luv U MA...

" Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata):

..........stop here,,,syu plak sgt rsa.,,,,hukhuk......................


Ahad, 21 Mac 2010

17,303 anak luar nikah didaftar 2009

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/03/21

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.

Senarai komen

wawi
semakin lama jumlah semakin bertambah.....mudah-mudahan manusia akan bijak menggunakan akal dengan bijaksana....kalau tak masalah ni tkkan selesai....

zusma
Pengajaran kepada ibubapa supaya mendidik anak-anak dengan ilmu agama dan tidak membiarkan anak-anak terjebak dengan pergaulan bebas.Kita akan dpersoalkan nanti .....dihadapan allah.

Hamba Allah
Sudah menjadi sunnah alam, bahawa akhir zaman ramai yang hidup tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Dalam hal ini ibubapa harus mengambil berat dan cakna kepada anak-anak dan ahli dibawah tanggungjawabnya. Punca yang paling besar ialah zaman sekarang umat islam telah lupa menunaikan solat lima waktu. Sesungguhnya solat yang sempurna dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara fahsyar dan mungkar.

sokong tak pelik
sokong tak pelik.. masyarakat hari ni lebih mementingkan hiburan daripada ilmu..
kalau ada majlis ilmu pon, tetap nak adakan hiburan.. berilmu, beramal dan beriman..
bukan berilmu beramal sambil berhibur..
betul..bila hiburan yang ntah aper2..melampau dan tak dikawal,agama pandang sepi..ini akibatnya.

lina
bila manusia melangkaui tamadun...

umeks17
nauzubillah....bangkitlah bangsaku

geramaque
Diikut sangat nafsu, itulah yang jadi. Yang kasihannya nanti, anak2. Bukti cinta konon.. Bilalah nak sedar..

mrboss
pengajaran kepada ibubapa, jangan menyusahkan anak2 hendak kahwin, permudahkan lah,
sesungguhnya Islam itu mudah

rina
dunia semakin panas,bumi semakin sempit,fitnah semakin menjadi jadi,bunuh membunuh semakin berani,buang anak semakin banyak,anak muda merempit semakin sesak,anak luar nikah semakin meningkat.Nak menyalahkan ibubapa,kite kena fikir hendak ke ibubapa semua anaknya jadi seperti itu.Nak salahkan anak2 kemungkinan kurangnya kasih sayang ibubapa.Apa harus kita buat selain bertawakal kepada Allah semoga kita dilindungi dan dirahmati,Allahwaalam.

IMAN
ALAMAK!!!!!!! SEBAHAGIAN MASYARAKAT KITA KEMBALI KE ZAMAN JAHILIAH...
ini lah perancangan dan angkara orang-orang yang ingin merosakkan akidah orang-orang Islam.. dan kesannya kini boleh dilihat...

JAMAL
ingatlah wahai umat ... tanda-tanda besar khiamat sudah jelas dan nyata . kembalilah ke jalan yang benar . belum terlambat untuk bertaubat

Tak Pelik
Biasalah tu,inilah hasil budaya hiburan yang didahulukan berbanding budaya ilmu.Baru orang sedar akan akibatnya sekarang.

adatmseth
Ini la jadinya bila nafsu mengatasi akal yang waras.. sama2 la kita fikirkan jalan penyelesaian..
aura
Sebahagian masyarakat...semakin parah

ijan
Masyarakat... nie lah dia yg xtahu agama dan undang2 hidup sebagai manusia.. nie bkn saja anak muda tapi ibubapa jgak kena main peranan yg penting mnjga anak mereka...

Subhanallah.. tak tau apa nk jadi ngan anak muda kita sekarang.. makin hari makin teruk... kesian pada anak2 yang dilahirkan.. mereka ni tk bersalah...

SUSAH HATI

Assalamualaikum wbt...

teringt perbualan sesama clasmate ana smsa discusion actvity dijalankn...

Ana: akak nape sush hati jer ni npk?
Kak A: pk nak kawen..
Ana: smbil tersenyum n gelak kecil...ishh akak ni buat lwk plak...
Kak A: Koma lain, aku ni dah umur 25...mak aku dah bising dah tuu...
L: akak rilek laa br 25...(dgn nda nk ngusik si akak A)
kak A: Dengan muka yg ssh hati...koma ckp sng laa...srnk tgk rmai yg daa kwen..
Ana: Hbs apa mslahnyer kak?
Kak A: Nak kawen..tp dwt xde lg...tngu MR X xpat kje lg..kan bru grad jgk..
Ana:Hbs tuu akak kn laa phm...kecian die duk push2 ..kan 2 2 tekanan..dah laa anak slung...besar tngjwb tuu kak..
Kak A: Mmg laa...
L: Tol kak..mne daa dwit lg...sbr ekk kak?
Ana:Akak redy daaa ker nk kawen..besar tngjwb tuuu tkt ekkk kak...tngjwb pd suami, pd anak2 nti...
Kak A: Diam..mmg laa..koma len
Ana:ape lennya kak..gee pmpuan gak..

................................................................................

teettt.....
Ini kisah n certa selalu dibualkan oleh mreka yg dahhh bajet2 nak grad..mklum laa daa 4 thn brtpa disni..jd bla daa rse dkt2 nk hbs..msing2 mkin mmkirkn tntng dri...msa dpan smda kerja dan jodoh...ada yg dah ura2 nk kawen.ada yg dah tunang, ada yg sdng hangt bcnta, ada yg mcm2 lg...namun adkh terdtik di hti kita mmkirkn adakh kita mkin dkt dgnNYA mkin jauh dgnNYA??persoalan ini kdg2 hdr dlm dri kita apbla kita kesdhn,atau ksushn..nmun msa seng n msa lpng kta adakh kita mmkirknnya???adakh kita sntiasa muhasabh dr kita..bntu dri kita...agar tdk leka..tdk lka dgn keseronokn kedunian..namun tdk slh untuk kta mmkirkn ttg msa dpn ,,namun perlulah brpandukan Al-Quran dan hadis...contohnya dlm memilih jdoh,,..buat istharah,,,perlengkapkan dan persiapkn dr dgn ilmu dunia dan akhirat.mendirikan rmah tngga bkan suatu yg mdah dan hnya untk keseronokan..namun...sdarkah kita akan tngjwb yg akan kita pkul....oleh itu, sebelum kita mncari yg terbaik(soleh, solehah) tuk diri kita, eloklah kita sm2 muhasabah dri kita dan persiapkan dri untuk jd yg terbaik(soleh, solehah)...agar kita memproleh yg terbaik(soleh,solehah)....InsyaALLAH....Wallahualam...

p/s: Ingtan tuk dri yg leka dgn kedunian..Ya Allah berilah kekuatan pd dri ini dalm mencari dan mendapatkan keredhaanMU, berikan kekuatan dalam diri ini dalam menempuh dugaanMU...Ya Allah....




Sabtu, 20 Mac 2010

Perlakuan memalukan

Oleh Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my
2010/03/19

SHAH ALAM: Melepak di pusat beli-belah, beriadah di taman tasik, menghabiskan masa melihat orang bermain go-kart dan banyak lagi aktiviti dilakukan pelajar beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta di sini pada setiap hujung minggu.

Namun, aktiviti segelintir remaja terbabit dikhuatiri boleh mengundang gejala maksiat yang semakin menular dalam kalangan remaja sekarang ini.


Tinjauan Metroplus ke beberapa kawasan tumpuan ramai di sekitar bandar raya ini, mendapati pelajar mengisi masa lapang pada hujung minggu melakukan aktiviti bersama pasangan kekasih.


Kawasan seperti Taman Tasik Shah Alam, litar go-kart di stadium dan Dataran Shah Alam dipenuhi pasangan kekasih dipercayai dari kalangan pelajar setiap hujung minggu dari pagi hingga lewat petang menghabiskan masa memadu kasih tanpa menghiraukan segelintir keluarga yang turut berkunjung ke tempat berkenaan.


Berpelukan di bangku taman, duduk berdua-duaan di kawasan sunyi, berpelukan di atas motosikal, berjalan mengelilingi tasik sambil berpegangan tangan dan banyak lagi perlakuan menjolok mata dilakukan mereka mungkin kerana asyik dilamun cinta.


Beberapa warga setempat yang ditemui ketika membawa keluarga bersiar-siar di kawasan riadah di situ, berkata pemandangan sedemikian boleh dilihat pada setiap hujung minggu dan boleh dikatakan sebagai aktiviti rutin mereka

Setiap bangku dan sudut di taman tasik ini dipenuhi pasangan kekasih. Sekali tengok pun kita boleh tahu mereka itu pelajar kerana rupa mereka terlalu muda.


“Kadangkala mereka tidak peduli langsung dengan kami yang datang bersama keluarga dan anak-anak. Lebih mengecewakan, kebanyakannya remaja Islam dan ada juga remaja perempuan bertudung,” kata seorang penduduk setempat yang tidak mahu dikenali.


Sementara itu, tinjauan Metroplus ke beberapa kawasan kediaman berhampiran turut mendapati aktiviti dan tingkah laku pelajar yang menginap di kawasan berkenaan membawa kerisauan penghuni lain.

P/S: Semakin hari normal masyarakat semkin memndang jelik kpd perlakuan pelajar U yg smkin menjadi2 mslah sosialnya..dimana slapnya????adakah kerana kebebasan dan keprcayaan ibu bapa yang disalah gunakan????atau kerana kepandaian ilmu dunia yang dituntut???siapa ada jawapannya??Banyak masalah yg begitu membimbngkan melibatkan pelajar U....dimana silapnya???seperti article diatas kebimbngan masyarakat terhadap mslah soaial yg melibatkan anak2 melayu yg beragama Islam smkin membimbngkan..mjoriti adalah mereka yg berilmu..yg turut trsa kerana ana juga pljar U..apabila msyarakat sudah hilang kepercayaan dan hilang hormat kpd plajar U yg dianggp pewaris pemimpin negara...apa akan jd pada masa hadapan??jika msalah sbgini begitu melarat dan akhirnya mnjadi barah...??ini blum disentuh bab agama...jika ini terjadi apa yg akan jd pda Umat Islam..???jika kita semua menongkah arus dunia tnpa berpandukan al-Quran dan hadis,,,,tanpa memikirkan azab yg mennti..tnpa memikirkan balsan yg menanti....Nauzubillah..

sahabt2 yg brgelar pelajar U...sm2 kita gunakan akal kanan dan akal kiri dengan hati yg suci untuk memikirkan samaada tndak tnduk kita itu tidak terpesong dan lari dari Landasan hakiki....Ya Rabb...sama2 kita muhasabh diri kita ..sm2 kita pndang dri kita dgn cermin panduan dr Allah SWT...Kejayaan yg dikecapi didunia hanya sementara..kerana mnusia yg berjaya adalah mereka yg bersama2 kekasih ALLAH disyurga kelak..mereka itulah org2 yg berjaya dan mnggunakan akalnya, ilmunya dan hdupnya dengan sebaiknya hanya kerana mengejar syurga yg dijanjikan ALLAH SWT...

Sudah ckup kelekaanku dan zaman itu memberi pengajaran brguna kepdaku.....syukur padaMU Ya ALLAH...moga diri ini istiqomah dlm mnongkah arus kehdpannya,,kpd shbt2 tegurlah dri ini jika tanpa sedar dan sdar dri telah leka dgn dosa dan kedunian,,,,diri ini terlalu kerdil..msh byk dan tdak akan ckp dlm mncedok ilmu bekal kebahagian di akhrat...mkin ku gali, makinku cari, makin ku hayati, Allah betapa AgungNYA kekuasaanMU YA ALLAH..Allahuakbar...

Jumaat, 19 Mac 2010

Kebaikan Membanyakkan Selawat

Kategori : AKIDAH TauhidIman
Tajuk :
Kebaikan Membanyakkan Selawat
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."
Abu Umamah r.a

Huraian
Pengajaran hadith:
i) Setiap manusia diberikan dua malaikat. Setiap satu berada di kanan dan di kiri bagi menulis segala amal yang dilakukan.
Ii) Malaikat yang berada di sebelah kanan bertugas mencatat amal kebaikan serta menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri di mana yang berada di sebelah kiri bertugas mencatat amal yang jahat.
Iii) Disebabkan luasnya rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T terhadap hamba-Nya maka setiap satu kebaikan ditulis oleh malaikat dengan sepuluh kebajikan. Sebaliknya bagi setiap amal yang jahat ditulis dengan satu kejahatan sahaja.
iv) Setiap kejahatan tidak terus dicatat dosanya melainkan setelah diberi tempoh enam atau tujuh jam (dengan arahan malaikat yang di sebelah kanan). Sekiranya manusia itu beristighfar dan sempat bertaubat dalam tempoh waktu tersebut maka kejahatan itu tidak akan ditulis dalam daftar amalnya.

Sumber:JKIM

Khamis, 18 Mac 2010

DOA>>KONTEKS PAKAIAN

1-DOA KETIKA MENGENAKAN PAKAIAN

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ آَسَانِيْ هَذَا (الثَّوْبَ) وَرَزَقَنِيْهِ مِنْ غَيْرِ

حَوْلٍ مِنِّيْ وَلاَ قُوَّةٍ.

“Segala puji bagi Allah yang memberi pakaian ini kepadaku sebagai rezeki daripadaNya tanpa daya dan kekuatan dariku.” (HR. Seluruh penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai, lihat kitab Irwa’ul Ghalil 7/47)

2-DOA KETIKA MENGENAKAN PAKAIAN BARU

اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ آَسَوْتَنِيْهِ، أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِهِ وَخَيْرِ مَا

صُنِعَ لَهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ.

“Ya Allah, hanya milikMu segala puji, Engkaulah yang memberi pakaian ini kepadaku. Aku mohon kepadaMu untuk memperoleh kebaikannya dan kebaikan yang ia diciptakan karenanya. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatannya dan kejahatan yang ia diciptakan kare-nanya”. (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, Al-Baghawi dan lihat Mukhtashar Syamaailit Tirmidzi, oleh Al-Albani, halaman 47)

3-DOA BAGI ORANG YANG MENGENAKAN PAKAIAN BARU

تُبْلِي وَيُخْلِفُ اللهُ تَعَالَى.

Kenakanlah sampai lusuh, semoga Allah Ta’ala memberikan gantinya kepadamu. (HR. Abu Daud 4/41 dan lihat pula Shahih Abi Dawud, 2/760.)

اِلْبِسْ جَدِيْدًا، وَعِشْ حَمِيْدًا، وَمُتْ شَهِيْدًا.

“Berpakaianlah yang baru, hiduplah dengan terpuji dan matilah dalam kea-daan syahid”. (HR. Ibnu Majah 2/1178, Al-Baghawi 12/41 dan lihat Shahih Ibnu Majah 2/275.)

Dari:UZ