Jumaat, 30 April 2010

AFA 3: ISTINJAK

Maksud Istinjak:
Instinjak ialah menghilangkan najis kecil atau besar dari tempat keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti air, batu, kertas dan sebagainya sehingga kesan najis itu dibersihkan.
Apabila keluar kotoran dari salah satu, iaitu qubur dan dubur, wajib istinjak menggunakan air atau 3 ketul batu.

Hukum Istinjak
Beristinjak adalah hukumnya wajib berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Bahawa Nabi(s.a.w) melalui dua buah kubur, ketika itu baginda berkata: " kedua-dua orang ini( yang ada dalam kubur itu) diseksa oleh Allah. Yang seorang diseksa kerana mengumpat-gumpat orang dan yang seorang lagi diseksa kerana tidak beristinjak selepas buang air kecil.
(Hadis riwayat : Bukhari dan Muslim)

Syarat Istinjak
1. Menghilangkan rasanya
2. Menghilangkan baunya
3. Menghilangkan warnanya

Rukun Istinjak
1. Seorang Islam
2. Alat untuk istinjak.dengan menggunakan air, batu , kertas atau seumpamanya.
3. Tempat yang diistinjak iaitu qubul dan dubur
4. yang diistinjakkan itu sesuatu daripada dua jalan iaitu qubur dan dubur.

Cara beristinjak
1. istinjak itu 3 kali dan kalau masih belum suci, boleh diulang lagi sehingga suci
2. Alat dibuat istinjak itu mestilah melingkupi tempat yang disapu itu.
3. beristinjak itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar.

Cara berinstinjak dengan Air(air mutlak)
1. Tuangkan air dengan menggunakan tangan kanan di tempat najis
2. Gosok tempat najis dengan menggunakan jari tengah tangan kiri
3. Makruh memasukkn jari ke dalam dubur
4. bagi perempuan yang dara semasa erintinjak hendaklah membasuh benda yang zahir pada farajnya ketika ia duduk mencangkung dengan memasukkn sedikit ruas jarinya.
5. Mendahulukan istinjak pada qubul daripada dubur supaya tdk terpercik najis padanya ketika membasuh dubur.
6. Sunat selepas istinjak menggosok tangan ke tanah sebelum membasuh tangan
7. Sunat ketika istinjk membaca doa

Ertinya: "Ya Allah, sucikanlah ahatiku daripada sifat nifak dan peliharakanlah kemaluan aku drpd kejahatan">

8. Tidak sunat mencium tangan selepas istinjak
9. Hendaklah hilang air najis , warna dan rasanya)rasa ditangan) . Jika sukar menghilangkan baunya atau warnanya selepas digosok dan dibasuh beberapa kali maka ianya dimaafkan. Bagi memastikan najis telah suci memadai bila merasai kesat pada kulit dubur lelaki dan licin bagi perempuan.

Cara yang baik dilakukan istinjak ialah dengan menggunakan air, tetapi harus juga dilakukan dengan benda2 kesat yang suci dengan syarat:
1. Benda itu mestilah kering sama ada kayu, batu, daun dan lain2. Kalo ia basah, maka tidak boleh digunakan.
2. Benda itu mesti kesay. kalau kering tetapi licin maka tidak sah untuk istinjak sperti kertas atau plastuk atau blkng buluh..
3. bukan bnda2 yg bertlis dgn ayat2 al-quran, hadis dan seumpanyanya> Sekiranya ada berdoasa menggunakanya
5. Najis yang keluar tidak melecer ke tempat lain. Sekiranya ia melecre ke tempat laian maka air diperlukan untuk beristinjak.
6. hendaklah dihilangkan najis itu sekurang-kurangnya dgn tiga ketul batu ataupun dgn sebiji batu tiga persegi .kiranya masih tidak suci, hendaklah ditambah batu sehingga suci.

Cara beristinjak dgn menggunakan batu pada dubur .
1. Sunat dimulai dgn menyapu yg pertama pada bahagian hadapan papan punggung yg kanan lalu diedarkan pada tempat permulaan sapuan.
2. kemudian mulakan sapuan yang kedua pada bahagian papan punggung kiri lalu diedarkan kpd tempat permulaan yg disapu
3. sapuan yang ketiga pada hujung dubur atau qubur 
4. Sunat ketika menyapu dimulai pd tempat yang suci ke tempat yg ada najis secara perlahan-lahan
5. Sunat istinjak dgn batu. dahulukan istinjak pada dubur krn najis pd dubur lebih dhlu kering drpd qubur. Jika najis telah kering , wajib menggunakan air.

Cara istinjak dengan Batu pada Qubul(zakar atau faraj)
Disapukan di 3 tempat pada batu bsar atau 3 ketul batu.Jika diulng-ulang di tempat yg sama dgn satu batu, maka wajib beristinjak dgn menggunakan air.

Hal-hal yang perlu diperhatikan ktka istinjak
1. jangan bersuci dgn tulang, makanan atau tahi kering
2. jangan bersuci dengan menggunakan tangan kanan atau memegang zakar atau faraj dgn tgn kanan
3. hendaklah bersci dgn batu dlm bil ganjil sprti 3 ketul , 5 ketul dan sbgainya
4. bila bersuci dgn air dan batu, hendaklah menggunakan batu terlebih dahulu dgn air, bila memilih salah asatu , pilihlah air krna air lebih baik digunakan untk bersuci.

Modul AFA: Ibnu

P/s: Ibnu..sj ekk suh ana taip....log file tuu...pnjang woooo..hehhehe








Khamis, 29 April 2010

BAHTERA NABI NUH DITEMUI



PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.



HONG KONG - Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.
Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

Saintis Britain minta bukti kukuh



GAMBAR yang disiarkan agensi berita AFP pada Selasa lalu menunjukkan seorang anggota ekspedisi melihat dinding kayu yang dipercayai kandang haiwan di dalam bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki.



LONDON - Seorang saintis Britain meminta satu kumpulan ekspedisi China-Turki menunjukkan lebih banyak bukti saintifik bahawa mereka telah menemui bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada Isnin lepas, agensi berita AFP melaporkan sekumpulan 15 penjelajah dari Hong Kong dan Turki mendakwa menemui tujuh struktur berupa kandang kayu besar di dalam lereng curam bersalji pada ketinggian sekitar 4,000 meter berhampiran puncak Gunung Ararat di timur Turki.

"Kami belum dapat mengesahkan 100 peratus ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami 99.9 peratus yakin bahawa kami telah menemuinya (bahtera Nabi Nuh)," kata seorang pembikin filem yang menyertai ekspedisi itu, Yeung Wing-cheun berhubung penemuan sisa tinggalan kayu pada Oktober tahun lalu di gunung berkenaan.
Menurutnya, sisa tinggalan dan struktur kayu itu bukan peninggalan penempatan manusia dahulu kala kerana tiada tempat tinggal manusia pernah ditemui pada ketinggian melebihi 3,500 meter di lokasi berkenaan.
Kumpulan penjelajah itu enggan mendedahkan dengan tepat lokasi penemuan itu sehingga pemerintah Turki bersetuju untuk mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai tapak arkeologi.

"Saya melihat struktur diperbuat daripada papan kayu balak. Setiap papan selebar kira-kira 20 sentimeter," kata seorang ahli kumpulan ekspedisi itu, Panda Lee pada sidang akhbar di Hong Kong Isnin lepas.
"Saya turut melihat pasak-pasak kayu, bukti struktur itu adalah binaan dahulu kala sebelum penggunaan paku besi.

"Kami kemudian berjalan ke satu lagi tapak. Saya dapat melihat beberapa serpihan papan dilitupi glasier, sesetengahnya memiliki panjang sehingga 20 meter," tambah Lee.

Menurutnya, dinding kayu sebuah kandang adalah rata dan melengkung seperti dinding bahtera manakala klip video yang ditunjukkan kumpulan itu mendedahkan struktur kandang itu mempunyai beberapa pintu, tangga dan pasak kayu.

Pasukan penjelajah itu memberitahu, papan yang mereka temui berasal daripada kayu pokok pain Cypress walaupun kitab Injil sebelum ini menyatakan, bahtera Nabi Nuh dibina daripada kayu kokka.
Kitab al-Quran dan Injil ada menyatakan, banjir besar berlaku di bumi dengan Tuhan memerintah Nabi Nuh membina sebuah bahtera dan membawa bersamanya haiwan.

Menurut kitab Taurat, ukuran panjang bahtera Nabi Nuh adalah 160 meter, lebar 24 meter dan tinggi 16 meter iaitu lebih tinggi daripada sebuah bagunan tiga tingkat manakala dek bahtera itu pula seluas 36 gelanggang tenis.

Ujian penentuan tarikh karbon mendapati struktur yang ditemui di Gunung Ararat itu berusia 4,800 tahun.
Bagaimanapun, seorang pakar arkeologi Britain, Mike Pitt berkata, buat masa ini, kumpulan ekspedisi itu masih belum mengemukakan bukti kukuh.

"Jika berlaku banjir besar yang berupaya mengapungkan kapal hingga ketinggian 4,000 meter ke lereng sebuah gunung pada 4,800 tahun lalu, saya yakin terdapat bukti geologi mengenai banjir ini di seluruh dunia tetapi sehingga kini tiada bukti lagi," kata Pitt.
Penganut agama Kristian sebelum ini menyatakan Nabi Nuh memerlukan 40,000 haiwan bagi mewakili setiap jenis binatang di bumi.

Namun, mereka yang sangsi dengan kenyataan itu memberitahu, Nabi Nuh perlu membina kapal amat besar yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya 1.5 juta spesies haiwan sekiranya ingin membawa bersama semua haiwan di bumi.Ekspedisi penemuan serpihan kayu itu turut boleh dilihat di laman perkongsian video YouTube di Internet. - Agensi


Sumber: Kosmo

Rabu, 28 April 2010

MASALAH???



Pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah

2010/04/27

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, ini kerana subjek itu yang lebih dikenali sebagai pendidikan kesihatan reproduktif dimasukkan dalam mata pelajaran pendidikan kesihatan dan subjek lain seperti biologi, sains, sains tambahan, pendidikan moral dan pendidikan Islam.

Justeru, katanya, kementerian dalam memantapkan pengajaran guru dalam subjek pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial telah membuat persedian untuk melatih guru-guru di sekolah menengah dan rendah menjadi Jurulatih Utama (JU) di peringkat kebangsaan dan mereka ini akan melatih guru-guru di peringkat negeri.

"Kursus JU berhasrat untuk memberi pendedahan tentang pelaksanaan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dan mencari pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai untuk diterjemahkan ke dalam P&P di dalam kelas seperti yang hasratkan dalam kurikulum," katanya ketika menjawab soalan Senator Doris Sophia Brodi di Dewan Negara hari ini.

Doris Sophia ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan subjek pendidikan seks di dalam kurikulum sekolah dan kajian yang dijalankan berkenaan subjek tersebut dan bila ia akan dilaksanakan.

Dr Mohd Puad berkata, peranan ibu bapa serta penerimaan masyarakat juga adalah penting bagi membantu guru dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum pendidikan kesihatan reproduktif ini kepada para pelajar.

"Sikap keterbukaan ibu bapa dalam membincangkan hal-hal berkaitan seksualiti dengan anak-anak mereka sendiri dan sokongan pihak-pihak lain kepada guru secara tidak langsung dapat membantu keberkesanan kurikulum ini di sekolah.

"Ini sekali gus dapat mengurangkan sensitiviti yang mengiringi isu seksualiti supaya ia diterima sebagai hakikat proses semulajadi yang perlu dilihat dalam perspektif tepat dan sihat," katanya.-Bernama


p/S: klo diajar cmner yer jd kt bdak2 skng??yg skarang pun npk diarang lg advance th ..jd cikgu nk mengajar pun tntu serba slh..huhu...sptutnya penekanan ilmu agama dipertingkatkan lg di sekolah..bkn di seklh jer..kt semua peringkat smada tadika, sekolah, universiti dan di tempat keje...ermm....stiap urusan itu diikat krana Allah bkn krana manusia..untuk mengelakkn kita dr makin jauh denganNYA,,,wassalam

Selasa, 27 April 2010

SEMOGA KITA BUKAN DARI GOLONGAN CARTA TERSEBUT.........NAUZUBILLAH

JASA ANDA DI DUNIA

ANUGERAH ANDA DIAKHIRAT


1. Meninggalkan sembahyang - Ular Saqar sedang menunggu

2. Melewat-lewatkan sembahyang - Neraka WAIL sedang menganga

3. Meringan-ringankan syariat - Mendapat pandangan murka Al-Jabbar

4. Mengumpat peribadi orang - Gunting neraka sedang diasah

5. Menyebarkan gossip atau fitnah - Duri- duri menanti anda di taman neraka

6. Tidak menjaga pergaulan - Libasan api neraka dijanjikan

7. Tidak berakhlak dengan manusia - Kemurkaan Allah bersama mu...

8. Menyakiti hati orang dengan lisan - Masuklah mana-mana pintu neraka

9.Meringankan amanah - Angkatlah seberkas kayu dari neraka

10.Bersangka buruk - Amalan baik diambil orang

Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A. .W bersabda: " Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat ".

Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita

Ahad, 25 April 2010

IZINKAN


WANITA BEKERJA

Bekerja dan mencari nafqah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan aqal bagi menanggung isteri dan keluarganya manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut ( Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim, 2/280)
Semua ini menunjukkan keharusannya, cuma semua keharusan tadi diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', hlm 18) :-


1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-


a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.


b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.


c- Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.


d- Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.


2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.


3) Mestilah keluarnya untuk bekejra dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.


4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duanya dan bercampur baur dengan lelaki.


Sebagaimana antara dalil yang menunjukkan keperluan untuk tidak bercampur dan berasak-asak dengan kumpulan lelaki sewaktu bekerja adalah firman Allah SWT :-


وَلَمَّا وَرَدَ مَاء مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاء وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ


Ertinya : "Dan tatkala ia ( Musa a.s) sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang (lelaki) yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia mendapati di belakang lelaki-lelaki itu, ada dua orang wanita yang sedang memegang (ternaknya dengan terasing dari lelaki).


Musa berkata: ""Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?"" Kedua wanita itu menjawab: ""Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya" (Al-Qasas : 24 )


5) Mendapat izin wali atau suami.


6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)


7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.


8) Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecatatan dalam pendidikan anak-anak.


9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.


Dari: IBNU


Sabtu, 24 April 2010

SABAR....

Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Sabar
Hadith :
Daripada Abu Malik al-Harith bin A`sim al-Asya`ri r.a , katanya, telah bersabda rasul s.a.w , “kesucian zahir dan batin sebahagian daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi, sembahyang sebagai cahaya, sedekah pula bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu atau atasmu dan setiap manusia dipagi lagi ada yang menjual dirinya ( memelihara diri daripada siksaan Allah) dan ada juga yang membinasakan dirinya sendiri ( tidak ingin keredaan Allah)
 
Riwayat Muslim
 
 
Huraian
1. Hadis ini menerangkan kelebihan darjat dan hikmat mengerjakan amal kebersihan , menunaikan solat, memberi sedekah, bersifat sabar, membaca al-Quran dan membanyakkan tasbih dan tahmid.
2. Tiap-tiap perbuatan itu masing-masingnya memperolehi balasan dari Allah mengikut apa yang dikerjakannya
3. Didalam perjuangan kehidupan, manusia biasanya berhadapan dengan keuntungan dan kerugian atau kemuliaan dan kecelakaan. Ketika berhadapan dengan kerugian atau kecelakaan yang merupakan dugaan bagi manusia, ketika itu hendaklah diterima dan dihadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang-orang yang sabar.
Sumber: JAKIM

UTM...slmt tinggl...

 Bismillah...

Alhamdulillah...urusan di UTM hampir selesai...bila thesis dah antr..result pun ada yg daa kuar..huwaaaa.(cmner tah)..ermm ...mnggu masa untuk melngkah keluar ...terasa sayu dan sebak tetba..kerana apa??..entah..mgkin krna slama 4 thn bgtu byk mngajar ana erti kehidupan...Subhanallah...pd yg mngenali ana...mgkin mreka fhm apa yg ana mksudkan...Alhamdulillah ...ana msh dberi pluang untuk mndapat petnjuk drNYA...Ya Rahman ya Rahim...sentiasa mendambakan taubat umatnya yg melnggar hukumNYA...

Sesungguhnya tobat di sisi Allah hanyalah tobat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertobat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah tobatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(Surah An-Nisaa':17)

byk sgt bnda yg bermain difikiran..apa lngkah ana seterusnya slpas ini???mmpukah ana melngkah dan melangkah??mmpu atau tak dri ana yg mencorakkannya...ermmm..apa nk buat??nak keje??nak rehat??nak blaja ??????klau daa thn 4 slu ckp..nak kawen????ish22...ermm..( mak tgk anak mak ni...mahu kn babab dgn mak)...huhu...semuanya bermain di dlm fkiran ana...stiap manusia mmpunyai cita2, impian dan perancangan msing2...nmun berjaya dilaksana atau tdak??bergantung pd dri kita..dan semuanya dengan ketentuan dan izin drNYA....sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui...

Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui. (Surah An-Nisaa:147)

then tgh termenung pnjng, tetiba trma msj dr kawan sekolah rendah ana...bertanyakan ana...(Gee, blik cuti bila??free tak nati..ana nk ajak anti pg sekolah lama kita)...upanya2 rakan2 ana semngt tuk menubuhkan alumni bg seklh rendah..untuk mengukuhkan ukhwah dan mngmpulkan semua plajar yg SKH2...namun jika kna modulnya...ana rsa...melalui persatuan sprti ini ....bleyy dijadikan 1 medan untuk mentarbiyah diri dan 1 halaqoh jika matlamatnya dan plaksanaannya kerana "Lailahaillallah Muhammadurrasulullah"... 

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.( Surah An-Nisaa':59)

Kemudian ana termenung lagi..mcmner kdaan bila daa kje ek???ckp sediakah dri ini untuk melaluinya..atau..kita  merancang untuk membina masjid...adakah bersedia untuk ana memikul tngjwn sbgai isteri, ibu, dan anak?????istiqomahkah ana?kuatkah ana??untuk memnjadi wanita yang berilmu dan solehah, maka diperlukan Iman yang semprna shngga dapat mengamalkan seluruh perintah Ya Allah dan mngkut sunnah Nabi SAW dan meninglkan sgala  yg ditegah.Allahuakbar...untuk mencapai satu kebahagian dan kejayaan di syurgawii yang dijanjikan olehNYA kepada umatnya yg beriman dan bertakwa kpdaNYA dgn sepnuh hati, pengorbanan dan mengamalkan agama dgn smpurna, maka janji Allah, percayalah...begitu besar nikmatnya akan ditunaikan...Firman Allah SWT...

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai; kekal mereka di dalamnya; mereka di dalamnya mempunyai istri-istri yang suci, dan Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh lagi nyaman.(Surah An-Nisaa':57)

Barang siapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik laki-laki maupun wanita sedang ia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam surga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.( An-Nisaa':124) 

 thesis ni bgtu brmakna bg ana...


P/S: huhu nak ucapkan berbanyak terima ksih pd semua yg berada disamping ana memberi kasih syg, skngan dlm semua segi dan utma tdak pts2 brdoa untuk ana..kepda Allah jua lah atas segalanya..kepada semua yg mngenali dri ini..ana mohon ampun dan maaf ats sgla kterlanjuran tngkah laku dan kata...mga dihalalkan apa yg kurang dan apa yg lebh...moga Allah SWT memberkati kta smua...
kali ni semua terjemahan dr surah An-Nisaa'...tetngl 1 pengumuman(klo ada keje kosong sila iklankn disini????hehehe).






Khamis, 22 April 2010

MUSUH ISLAM???

assalamualaikum....
kali ni ana nak kongsi ttg pandangan seorng iman dr liverpool mgenai khdpan org ISLAM di Malaysia dgn ngra len..hal ini telah diceritakan oleh shbt ana ...(mgkin SAB bleyy tokok tmbh apa yg dbcrakan antiii brsma iman tuu...)  sama2 kita fikir2kan...wassalam..

Ana: assalamualaikum yaa SAB...

SAB: waalaikummusalam..ana ada cter  pasal jmpa iman arab dr liverpool..

Ana :  knpe?

SAB: ayah ajak slt kat masjid bangi td.. 
masa ana nak keluar ana disapa.. die ckp arab...
ana bls laaa dan ckp ana bkn org arab... tapi org malaiysia..
ayah pun dtg sekali...pastu trs berborak....ayah ajak gi rumah
die ikut la dgn beberapa jemaah

Ana: pastu? bncang apa? npa die dtg sni?

SAB:  tu die bercerita tentang islam...dijemput tuk ceramah kutipan di palastin
die kan dibawa kemasjid2 tuk berceramah seluruh malaysia
die ditanya tentang perkembangan islam di eropah
die ckp selepas peristiwa 11sept ramai org plk islam
org negara maju ni xkan terima blt2 fitnah sebaliknya dierang mengkaji
makin hari mkn bertambah org islam
 tapi die ckp masalahnya islam ditentang dan dijatuhkan oleh org islam sendiri

Ana:  oooo....::smbil menung dan brpikir::

SAB: sebagai contoh kite lihat hari ini artapa ramai org islam hanya pada nama
dan mempertikaikan cara islam sendiri
seperti menutup aurat dan sebagainya
sebelum ni die xpernah dtg malaysia
hanya dgr nama dan tahu malaysia adalah negara islam
tapi bila die naik flight die plk
tgk peramugari malaysia xbertudung dan seksi
 bila die turun dimalaysia lagi die terkejut
 dah mcm berada di eropah

Ana:  8->(mndengar dgn pnuh mnat)

SAB: itu die buat kesimpulan musuh islam dtg dari org islam sendiri
 bila die suarakan pada seorang wanita muslim di air port.Wanita itu ckp islam ini luas
 selagi kite bersolat makna kite tlh ikut perintah Allah
 menutup aurat adalah hak individu itu sendiri
Die bergitu terkejut dgn kenyataan wanita tersebut
 jika direnung di eropah islam makin sempurna dan bertmbah tapi dinegara islam berlaku sebaliknya

Ana:  subhanallah...ptt laa ana punya.. akak angkt kt oversea ckp kt sn len..trbiyh kt sn lg kukuh.(berpikir)
apa iman tuu ckp ttg SAB dan kuaga??

SAB:die puji bhsa arab ana...mcm org arab btol..

Ana:alhamdulillah sgla puji sglnya kembali untukNYA

p/s: mungkin kpda tetamu teratak juga bleyy mngberikan pndaan dan crta mngenai apa yg diutarakan oleh iman  itu..umat ISLAM hnya mngamalkan ISLAM yg syumul itu bkn secara kafaah...tetapi...????ermmm
mungkin kak seri, ibnu, zahir, atau kak zakiah bleyy cerikankan sdkit mngenai org ISLAM di luar ngra...
Cinta al-Rahman mnjana kebahagian berkekalan....
oleh itu, batasanNYA tdk blh dpermainkn...
ayuh...bermujahadahlah...
janglh didustakan nikmat Al-Rahim kurniakan..





Pensel 8 hari dalam alat sulit

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/22

GOMBAK: Seorang remaja lelaki bukan sekadar merogol rakan sebayanya, malah turut menyumbat sebatang pensel ke dalam kemaluan mangsa dipercayai bagi tujuan suka-suka.
Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor menemui pensel sepanjang empat sentimeter itu yang masih ‘tertanam’ dalam kemaluan mangsa.
Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak menyedari kewujudan pensel itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hassan, berkata mangsa yang juga anak terbuang dan tinggal di rumah kebajikan sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa rogol yang berlaku dalam kelasnya di sebuah sekolah di Rawang di sini.

Menurutnya, dalam kejadian terbabit mangsa dirogol ketika waktu rehat ketika kebanyakan pelajar kelas berkenaan keluar untuk makan di kantin.

“Namun berdasarkan siasatan, suspek turut ditemani beberapa rakan lelaki lain yang bertindak sebagai ‘penjaga’ yang berkawal di pintu kelas. “Rakannya itu dipercayai menutup pandangan dari luar supaya perbuatan rogol terbabit selama lima minit tidak dilihat sesiapa.

“Rakan suspek dipercayai sengaja bersubahat dan polis akan memberkas beberapa lagi pelajar lain dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, mangsa yang diperkosa suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Agak mengejutkan apabila mangsa tidak menyedari kewujudan pensel yang dimasukkan suspek ke dalam kemaluannya sejak lapan hari lalu. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengeluarkan pensel itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa sudah mengandung sebulan. Ini sekali gus membuktikan mangsa pernah diperkosa sebelum ini,” katanya.

Ditanya sama ada mangsa dirogol suspek sama, beliau bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu berikutan pegawai penyiasat belum mengambil keterangan kali kedua daripada mangsa.

“Fakta terbaru ini mungkin menjadi petunjuk baru mangsa pernah diperkosa di lokasi lain di sekolah sama. Setakat ini, suspek pelajar lelaki itu direman enam hari untuk membantu siasatan,” katanya.

P/S: ape nak jd??ini klakuan adik2 kita..ank2 kita,,saudara kita??betapa mudahnya prkra sbgni berlaku...kerana apa?????fikir2kan...

Isnin, 19 April 2010

"LARANGAN MENGHAMPIRI PERBUATAN ZINA"

Firman Allah:
ولا تقربواالزناانه كان فاحشة وساء سبيلا
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk”


(surah isra' ayat 32)



Larangan zina yang digunakan di dalam ayat ini ialah ‘janganlah kamu mendekati zina’ dan bukanlah digunakan ‘janganlah kamu melakukan zina’, kerana ia mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya penzinaan sahaja dilarang, tetapi segala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali. Walaubagaimanapun di zaman moden ini, masih ramai yang hanya memandang sepi sahaja terhadap larangan-larangan yang telah disyariatkan ini. Melakukan perbuatan zina bukan sahaja melanggar perintah Allah swt dan anjuran islam, malah telah menyalahi peraturan adat dan tatasusila hidup berukun dan merosakkan kedamaian. Namun begitu,adakah larangan terhadap perbuatan zina ini telah benar-benar memberi kesan kepada remaja khususnya di daerah kuantan ini?


Agama Islam adalah agama yang bercirikan lengkap, menyeluruh, menepati sesuatu tempat serta tetap dan anjal. Menyentuh berkenaan gejala zina yang berleluasa,tidak dapat disangkal lagi bahawa akal manusia biasanya mengakui perbuatan zina itu dikeji oleh agama kerana hubungan seks antara lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri yang telah melakukan hubungan yang dihalalkan khusus untuk pasangan suami isteri seperti menimbulkan sesuatu perbuatan yang menyeronokkan dalam diri mereka.

Dapat dilihat dunia pada hari ini dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Pelbagai masalah zina bebas yang dilakukan dan hasilnya sangat dasyat di mana sesetengah bayi yang telah dilahirkan secara luar nikah dibuang di merata-rata tempat. Hal ini kerana mereka berasa takut atas perbuatannya terbongkar serta malu kepada masyarakat. Selain itu, ada pula lelaki yang menuduh perempuanlah punca segala perbuatan zina, kerana dikatakan perempuan yang sering mempamirkan tubuh untuk menaikkan nafsu berahi lelaki.

Realiti yang dapat diperhatikan kini ialah masyarakat terutama masyarakat islam khususnya sudah tidak menitik beratkan etika berpakaian, di mana pakaian seorang muslim itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat. Sehubungan itu, nilai pakaian masa kini sudah dicemari oleh individu yang berpakaian hanya sebagai syarat dan adat sahaja dan pendedahan sebahagian tubuhnya yang telah mendorong kepada gejala zina. Di samping itu, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara (rayuan atau pujukan) juga masalah-masalah yang memungkinkan berlakunya panggilan dan tarikan-tarikan untuk berzina.

Islam melarang masyarakat bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan kerana kebebasan dalam pergaulam lelaki dan perempuan pasti akan menimbulkan fitnah zina. Sebelum berlakunya zina, agama islam juga melarang lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berpandang-pandangan kerana dikhuatiri panahan dari pandangan tersebut akan menggelorakan syahwat sesama sendiri. Kemudian geloraan syahwat tersebut akan meronta meminta dilepaskan dan akhirnya terjadilah persetubuhan haram yang diidamkan. Mereka tidak pernah rasa bimbang atau takut dengan suruhan dan larangan tersebut malah berasa seronok apabila mengingkarinya. Demikianlah seterusnya agama islam sengaja meluaskan daerah larangannya, agar kemungkinan-kemungkinan berzina itu akan selalu tertutup rapat.

Kaedah usul fiqh berbunyi:



سدا للذريعة ودرءا للمفسدة


"menutup jalan kemungkinan untuk melakukan dan berusaha menolak kepada apa yang merosakkan”


Larangan zina mengingatkan kita agar jangan mendekati zina, inikan pula untuk melakukannya. Kalimah ”janganlah kamu menghampiri”, yang terkandung dalam alquran memberikan isyarat bahawa jika larangan ini diabaikan, ia akan menimbulkan banyak perkara yang boleh membahayakan diri dan mencemarkan agama,bangsa dan negara. Kemudian disebutkan perkataan yang disertai dengan gaya bahasa yang sangat menarik iaitu ” sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji ”. Perbuatan keji (al-fahisyah) adalah perkara negatif yang melampaui batasan. ”Dan suatu jalan yang buruk” perkataan yang disebutkan ini juga di antara perkara yang tidak diingini bagi setiap individu. Kekejian zina diakui oleh masyarakat yang ingin dihormati dalam kehidupannya kerana prinsip ini akan menghiasi masyarakat dengan emosi yang terpuji dan moral yang tinggi bagi kemajuan kehidupannya.


Menurut kamus Dewan Bahasa edisi ke empat, perkataan larangan mempunyai dua maksud, yang pertama ialah sesuatu yang dilarang atau terlarang. Manakala yang ke dua ialah perintah melarang (sesuatu perbuatan) tegahan.

Perkataan zina pula bermaksud persetubuhan yang tidak sah atau haram (bukan hubungan suami isteri), mukah :jangan kamu melakukan. Berzina ialah melakukan zina, berbuat zina dan mukah. Selain itu, penzinaan bermaksud perihal atau perbuatan zina.

Zina berdasarkan ilmu syara’ adalah perbuatan di mana seorang lelaki dan perempuan yang dengan jelas tidak terikat dengan pernikahan yang sah (menurut syariat Islam), melakukan hubungan kelamin, sedemikian sehingga kemaluan lelaki (hasyafah) si lelaki masuk ke dalam kemaluan wanita (farji), tidak mempedulikan akan terhasil orgasme atau tidak. Dalam hal ini, penzina harus berada dalam keadaan yang terikat dengan tanggungjawab. Namun demikian, ada sebahagian mereka yang terlepas dari taklif, antaranya:
1. yang tidak berakal, belum baligh, gila, tidur
2. yang di paksa (mukrah)
3. yang terpaksa (mudhtarir)


Larangan mendekati zina di sini ialah prevensi (sadd dzaria’h) atau berhati-hati (ihtiyath). Larangan menghampiri perbuatan zina adalah kerana orang yang menghampiri perbuatan tersebut tidak akan dapat lari dari melakukannya melainkan dengan perlindungan Allah s.w.t, sebagaimana kisah nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf dipancing oleh Zulaikha agar mendekatinya namun tidak diendahkan nabi Yusuf a.s hinggalah Zulaikha terdesak dengan nafsunya dan memerangkap baginda untuk ke bilik tidurnya dan menawarkan dirinya. Namun begitu,baginda menolaknya. Penolakan baginda menaikkan kemarahan Zulaikha kerana merasakan dirinya dihina oleh hambanya sendiri. Akhirrnya Yusuf terperangkap dengan Futhifar (suami kepada Zulaikha) yang pulang ke rumah ketika Zulaikha menarik koyak belakang baju baginda ketika mengejar baginda yang meluru ke pintu. Kemudian Zulaikha telah memfitnah baginda di hadapan suaminya. Walaubagaimanapun baginda terselamat dengan bukti yang berada di hadapan mereka bahawa baju baginda koyak di belakang dan bukan di hadapan. Akhirnya, Futhifar menyebelahi baginda dan berita itu sampai ke masyarakat umum.

Islam juga memandang serius kepada berlakunya perbuatan atau perlakuan awal (preaction) yang boleh membawa kepada berlakunya zina seperti berkhalwat.


Rasulallah s.a.w. bersabda:


“tidak berada di tempat sunyi di antara seorang lelaki dan wanita kecuali yang ke tiga adalah syaitan”.


Hadith ini menunjukkan bahawa perbuatan khalwat antara lelaki dan perempuan yang tiada hubungan mahram boleh mendorong kepada penyelewengan seksual kerana mereka akan dipengaruhi oleh syaitan yang sentiasa mendorong manusia ke arah kejahatan.

Dari :Thesis Ustaz Shauqi(perantaraan saudara zahir)




DINER??

Assalamualaikum ustaz
saya penuntut thn akhir u di selatan tnh air ada sedikit kemuskilan dan ingin meminta pandangan. pelajar kelas saya nak mengadakan majlis perpisahan dan bbq bercampur laki dan perempuanpada waktu malam. sebelum ni dah diadakan diner sebegitu dan saya xmenghadirinya.Macam2 saya dikata termasuk nak tunjuk alim xbertempat kata mereka kerana ada org lagi berpengetahuan agama pun menghadiri diner tersebut.Pada pandangan ustaz perlukah saya menghadiri majlis tersebut dan blhkah dalam islam majlis dan bbq tersebut yg bercampur laki dan perempuan dibuat sehingga larut mlm dan ape hukmnya.


waalaikumussalam(ustaz Shauqi)
majlis yg bercampur laki pompuan adalah majalisuzzur-majlis maksiat.. seeloknya jgn hadir... kalo nk hadir jg cukup sekadar makan dan balik.. tp sebaiknya jgn hadir..
nk hadir-tlg mklumkn phak pnganjur agar asingkan lelaki dan pompuan da jgn smpai lwt mlm. benda haram bkn akan jd halal krn ada ustaz yg hadir..yg haram ttp haram tak kirala sapa pun yg hadir..
hari ni ana nk la kongsi sikit apa yang dapat semasa dalam membuat kajian untuk tesis ana ni.. alhamdulillah sedikit sebanyak dapat bagi infak yang berguna pada kalian yang bce blog ni..

tjuk tesis ana ""larangan zina..""

P/S : Allah s.w.t telah menetapkan sesuatu hukum kepada manusia untuk ditaati perintahnya bagi melihat sejauh mana ketaatan hambanya. Allah juga telah menetapkan bahawa mereka yang mengingkari suruhannya termasuk golongan orang yang menzalimi dirinya sendiri. Semuanya telah diletakkan garis panduan untuk diikuti dan ditaati oleh manusia. Disebalik syariat itu pasti tersembunyi seribu satu hikmah yang perlu diterokai oleh manusia.

Institusi kehidupan hari ini, larangan menghampiri zina haruslah dititik beratkan oleh setiap individu muslim. Hal ini disebabkan kerana mereka mengambil ringan suruhan ini dan menganggap hal ini bukan dari agama bahkan satu kehidupan masyarakat yang moden. Sedangkan judi, mencuri, meminum arak adalah bahaya di kalangan masyarakat, inikan pula zina dari muqaddimahnya hinggalah kepada usaha yang memungkinkannya akan berlaku perbuatan zina adalah bahaya dan berdosa disisi Allah s.w.t kerana zina adalah perbuatan keji yang bertentangan dengan syariat islam. Oleh itu,islam melarang keras penganutnya daripada menghampiri apa jua jalan yang membawa kepada zina dan melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah swt terutama hal batas-batas pergaulan.



Hidup di dunia seperti teka-teki

Teman!!
dunia itu sempit,,,
bagi pecinta akhirat
dan dunia ini lapang bagi pecintanya!
di golongan manakah kita???
ketika kita menyaksikan matahari terbit di hari ini
dan kembali menyaksikannya tenggelam di hari ini..
semisal itulah perjalanan manusia,
terkadang sempit dan terkadang lapang....
semisal zuhur dan ashar;
seperti itu pulalah yang di alami insan ukhrawi kelak,
dan bagai jutaan tahun bagi ahli dunia...
sempit dan durja, pedih dan sengsara....

Ingat teman!
dunia itu hanya hitungan jam dan detik,
kita tidak tahu di negeri mana kita akan di matikan
dan kapan kita akan di matikan???
hidup di dunia seperti teka-teki,
maka berusahalah mengisi teka-teki tersebut...
dai abdun faqir..

Nukilan: Ibnu..

Ahad, 18 April 2010

WANITA BERTUDUNG

Oleh: Ustaz Shauqi

Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak laporan yang melibatkan wanita bertudung yang melakukan maksiat, sama ada ditangkap ketika berkhalwat, berpelukan dengan lelaki yang bukan mahram, melakukan aksi-aksi yang tidak senonoh dan menjolok mata dan pelbagai jenis maksiat lagi. Bahkan apa yang lebih dahsyat, kedapatan wanita yang bertudung juga merupakan pelacur yang menggadai kehormatan diri untuk mendapat habuan rezeki bagi menampung kehidupan.

Sehubungan dengan itu, timbul persoalan apakah tudung yang dipakai oleh wanita-wanita tersebut tidak dapat menginsafkan diri atau menyelamatkan diri daripada terlibat dalam gejala-gejala negatif dan maksiat? Apa guna memakai tudung, tetapi maksiat tetap dilakukan! Akibatnya, ia memberikan tanggapan negatif kepada wanita yang bertudung. Ia juga mengakibatkan wanita yang berjinak-jinak dengan Islam dan berkeinginan untuk menutup aurat, telah ‘tertutup selera’ untuk mengenakan tudung di kepala kerana ia seolahnya telah membawa satu impak yang negatif. 

Natijahnya, nilai wanita yang bertudung dan tidak bertudung menjadi sama sahaja di mata masyarakat, bahkan wanita yang bertudung kelihatan seolahnya lebih banyak terlibat dalam perlakuan maksiat jika dibandingkan dengan wanita yang tidak bertudung. Seolahnya juga, peraturan ‘bertudung’ yang digariskan oleh Islam tidak dapat memberi apa-apa kesan ke arah untuk mengubah sikap dan akhlak agar menjadi lebih baik. Justeru, terdapat suara-suara yang menafikan terus kewajipan bertudung dalam kalangan wanita Islam, kerana ianya tidak dapat memberi apa-apa kebaikan, sebaliknya hanya memberikan kesan yang negatif semata-mata.

Oleh itu, bagaimanakah penyelesaian terhadapa perkara ini?. Persoalan yang perlu difikirkan bersama ialah adakah Islam benar-benar mewajibkan wanita memakai tudung, atau ajaran Islam memberikan kebebasan kepada wanita dalam hal ini? Jawapannya sudah tentu tidak!. Ajaran Islam tidak pernah menyuruh wanita Islam bertudung semata-mata, tetapi mereka dikehendaki menutup aurat. Timbul persoalan lagi, apakah tudung itu bukan menutup aurat?. Ya, sekiranya sekadar memakai tudung sahaja, ia tidak dinamakan menutup aurat mengikut kehendak Islam. Justeru, wanita bertudung yang ditangkap ketika melakukan maksiat itu hamper kesemuanya atau majoritinya tidak menutup aurat!

Mungkin kenyataan ini agak kontroversi, tetapi itulah hakikat yang harus diterima, iaitu majority wanita Islam yang bertudung pada hari ini, mereka tidak termasuk dalam golongan yang menutup aurat. Oleh itu, tidak hairanlah mereka ini sering terjebak dalam perkara maksiat, kerana tudung semata-mata tidak membawa apa-apa erti sekiranya seseorang itu tidak menutup aurat!. Masyarakat Islam wajar memahami perbezaan di antara tudung fesyen dan tudung yang menutup aurat. Boleh dikatakan amat ramai sekali wanita Islam pada hari ini memilih untuk memakai tudung fesyen daripada tudung untuk menutup aurat.

Apa tidaknya, kelihatan amat ramai wanita yang memakai tudung, tetapi dalam masa yang sama mengenakan seluar ‘jeans’ yang ketat yang menonjolkan bentuk tubuh yang menggiurkan teman-teman lelaki mereka. Begitu juga mereka yang bertudung, tetapi juga dibaluti dengan baju ketat yang menonjolkan bentuk buah dada mereka dengan begitu jelas. Tidak kurang pula wanita yang bertudung ini memakai pakaian yang jarang menampakkan tubuh badan mereka. Kalau beginilah tudung yang dipakai, ia hanya boleh dianggap sebagai tudung fesyen, bukannya tudung yang menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki di dalam ajaran Islam.

TAUBAT NASUHA



Manusia sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan (dosa). Oleh itu Islam memberi peluang untuk memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.Taubat nasuha adalah taubat yang sebenar-benar taubat. Taubat nasuha ialah taubat yang mengandungi ciri-ciri berikut:

1. Menyesal di atas dosa yang dilakukan. Sekiranya ia bersangkutan dengan manusia, maka hendaklah memohon maaf daripadanya. Jika ia berbentuk benda, hendaklah dikembalikan kepada tuannya.
2. Berazam tidak akan mengulanginya lagi.
3. Memohon taubat.
4.Beristiqamah untuk beramal soleh.

Perkara-perkara di atas hendaklah disusuli dengan sembahyang sunat Taubat sebanyak 2 rakaat, istighfar sebayak sebanyak mungkin. Diikuti dengan doa taubat (saidul Istighfar) yang terdapat di dalam al-Ma'thurat supaya diampunkan dosa yang telah dilakukan


Sabtu, 17 April 2010

BERMUJAHADAH

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah SWT dgn limpah dan kurniaNYA..hri ini kita masih diberi peluang, peluang apa?untuk meneruskan tugas sbgai khalifah di muka bumi ini...namun..adakah kita menjalankan tugas atau erti kata lain tnggjwb kita yang sebenarnya kepada Yang Maha Esa??Rasulullah SAW telah bersabda " Aku tinggalkan pada kamu dua perkara yg tidak akan sesat sesiapa yg berpegang pada kedua-duanya iaitu kitab Allah dan sunnahku". Namun, apa yang telah berlaku detik ini????

Adakah jiwa kta merasa nikmat  ALLAH??nikmat sebagai seorang mukmin sejati??Atau kerana dek terlalu cintakan dunia sehingga kita tdak dapat merasa nikmat ISLAM...ISLAM itu hanya bersumberkan dari al-Quran dan Sunnah...ini yang telah digariskan oleh Ya Rabb untuk kita mencri redhaNYA...mngecapi manisnya Iman...Firman Allah SWT " Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati".(Surah Al-Baqarah:62).

Namun hari ini, dapat dilihat Islam dicampur dan ditokok tambah dengan peraturan yang dbuat oleh manusia itu sendri mngkut selera msing2...walaupun kita sdar hanya KalamNYA dan sunnah dari kekasih Allah sahaja yang diterima...Tapi fenomena hari ini, manusia mula hilang jati diri, hilang skap kemanusian, hilang maruah dri, leka dek keseronokan dunia dan tamakkan takhta dan harta...maka hukum dan aturan agama dikotak katikkan.dan ditentang smada secara terbuka, senyap dan melalui dalaman skp kita sendri..hukum agama diambil mudah...yang haram kita halalkan... yg sunnah kta lebihkan sdangakn yg wajib kta abaikan...Nauzubillah...Allah swt telah berfirman dan mengingatkan umatnya iaitu...

"Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya pasti mendapat kehinaan sebagaimana orang-orang yang sebelum mereka telah mendapat kehinaan. Sesungguhnya Kami telah menurunkan bukti-bukti yang nyata. Dan bagi orang-orang kafir ada siksa yang menghinakan."(surah Mujaadilah:5)

Oleh  itu, sama-sma kita bermujahadah agar kita tdak leka dgn keseronokan arus dunia dan peraturan yg kita ciptakan sendri...sedangkan kita sedia maklum...manusia itu tdak sempurna,, mka hendaklah kta beriman dan taat padaNYA sahaja.....setiap apa yg dilakukan hendaklah kita ikat kerana Allah SWT, berlandaskan Al-Quran dan sunnah...agar kita dapat mengecapi kebahgian hakiki yang telah dijanjiNYA kelak....Allahuakbar...

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.


Khamis, 15 April 2010

JALINAN KASIHMU...

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah rsa mcm lama ana tak menaip..alhamdulillah dek kerana exam br jer hbs smlm...so mood untuk menaip tuu datang dgn tba2..nmun...bkn kerana teratak ini membebankan ana..tdak sma sekali...teratak ini antra gedung ilmu yg berguna bg ana dan harapnya kepada semua tetamu yg menziarah..hal ini kerana ana begitu bersyukur kerana ada insan yg rela untuk menyumbangkan hasil penulisan, pandangan dan berkongsi ilmunya pada semua...salah satu cara penulis, IBNU menyampaikan ilmu dan dakwah yang beliau ada...Sungguh terharu, kerana walaupun kesihatan tdak begitu mengizinkan, nmun dek kerana niat untuk menyampaikan dakwahnya melalui penulisan dan dalam msa sama brtindak untuk membimbing insan2 yang bliau syg katanya...itu yg termampu dgn kudrat dan kesihatannya..mmbuatkan ana terharu dan tanpa sdar mengalirkan air mata setiap kali mndapat email bahan untuk dipost di teratak...kepda keluarga Ibnu..."ini, harta yang tak ternilai seorang abg dan adik"..kepada tetamu yg mengenali Ibnu...mga dapat sm2 kita jdikan ikhbar akan kekuatan semngtnya menyampaikan dakwah...agar kita sedar sapa kita di dunia ini...


Hari ini ana luangkan masa hobi lama iaitu lepak di kedai buku...walaupun masa sejam lebih rasa sekejap bg ana..nmun ianya ckup bermakna....bermakna kerana ana memperoleh macam2 yg dapat ana tarbiyahkan diri ana yang leka dan serba kekurangan ini...kalo bleh ana nak baring-baring smbil bca semua buku kat situ..(adeyhh tamak tol bku yg ada pun xbis lg..)huhu..klo kt kpg, smpai org kdai buku semua dah kdai sbb msti nk tgk2 n bc2 bku...walaupun xbeli..hehe..(pdhal beranagn nk ada kdai buku sendri + cc + kedai kek skali...so org nk bca buku kt kdai bleyy mnum2 skali bleyy search2 skli apa yg dorang nak..)ishhh tuu berangan jer..tp mn mungkin ianya kan jd kenyataan...INYAALLAH....


Apa yg ana tgk...byk buku2 pnduan skrng yg bleyy dijadikan rujukan,bukan saja bku2 panduan dlm beribadat..nmun bku feqah, aqidah,,motivasi dan, nasihat ,Tetapi turut menarik perhatian ana lahirnya penulis2 muda yg begitu komited bertujuan menyampaikan dakwah dan melalui jalan penceritaan berbentuk novel..seperti digabungkan nilai2 keagamaan+cinta+perjalanan musafir+perubatan dan sebagainya.. ,nmun kta juga blajar perlu ada guru...tetapi melalui buku jga kita akan peroleh ilmu yg boleh dimanfaatkan..


Ok..dalam ana dok belek2 buku..ana terjumpa 1 puisi atau kata2 yg ckup bermakna dan kena bg tujuan penubuhan KEMBARA TERATAK AN-NISAA' dan niat utama ana dan penulis, IBNU.jdi ana cuba kongsi kat sni ..iaitu..sma2 kita hayati..(dari Saudari Fatimah Syarha Mohd Noordin:Novel Tautan Hati)

Puas kurayu, puas kuseru,
jawapanmu tetap yang dulu,
Oh. sukarnya mengajakmu,
Namun kasihku padamu cukup padu,
lantaran itu,
aku kan terus menyerumu,
pada yang SATU.

Kugenggam kukuh suatu azimat,
"Kita hanya penyeru, bukan penghukum".
Ya Allah , ku harapkan bantuan-Mu mengiringiku.

Seru dan menyeru,
itu tugas Rasul-Mu,
akan kuteruskan semampuku,
hingga ke hujung waktu.

P/S: Bukan glamor yang kami cari, bukan nama yg kami cari,  bukan riak hadir dlm hati kami, namun kerana ingin sm2 meneruskan tugas seru dan menyeru hingga ke hujung waktu...agar sama-sma kita mencari keredhaan dan kebahagian kepada penghujung dunia...semuanya kerana
"Lailahaillallah Muhammadurrasulullah" InsyaALLAH....

25 Nasihat Luqman Al-Hakim

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.



11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu

Dari: Ibnu..