Ahad, 20 Mei 2012

HUKUM MENGANDAM

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

As’kum wrb . 
1) Apakah hukumnya menjadi Mak Andam , bagi sesuatu majlis perkahwinan ? 

2) Tugas pengandam (Wanita) cuma menyolek pengantin perempuan , adakah dikira b’subahat dan bagaimana hukumnya jika : 
a) Pengantin perempuan bersanding 
b) Pengantin perempuan TIDAK bersanding 

3) Bagaimana pula Mak Andam tadi cuma menggunakan alat2 solek untuk menyolekkan pengantin perempuan dan tiada terlibat dgn kerja2 menipiskan bulu kening 

4) Apakah pula hukumnya dan perbezaannya jika menyolekkan pengantin perempuan yang : 
a) Pengantin yg lengkap Auratnya 
b) Pengantin yg tidak lengkap Auratnya (Nampak rambutnya , leher dsgnya)

JAWAPAN :

Sebenarnya jawapan kepada permasalahan di atas adalah terbahagi kepada 2 perkara

1. Haram
2. Boleh / harus bersyarat 


Perinciannya :

1. Hukum menjadi mak andam adalah haram disisi Islam jika ia terlibat dengan perbuatan mengubah ciptaan Allah swt dan bertujuan mempertontonkan pengantin perempuan kepada pandangan umum , sebagaimana sabda Rasulullah saw : 

حدثنا عبد الرحمن حدثنا سفيان عن منصور عن إبراهيم عن علقمة عن عبد الله قال لعن الله الواشمات والمتوشمات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله 
“Rasulullah saw melaknati orang yang membuat tattoo , dan yang meminta dibuatkan tattoo dan yang meminta dicukurkan alis matanya , yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik dan yang mengubah ciptaan Allah swt.” 

(HR Imam Bukhari no: 4507 , Imam Muslim no : 3966 , Imam Ahmad no: 3919 , Abu Daud no : 3638 , Ibn Majah no : 1979 , dan lafaz dari Imam Bukhari )

Larangan melihat kepada wanita atau lelaki yang bukan mahram adalah seperti yang disebutkan dalam firman Allah swt dalam surah An-Nur ayat 30 dan 31 

Begitu juga dengan sabda Rasulullah saw :

حدثنا عفان حدثنا حماد بن سلمة أخبرنا سهيل بن أبي صالح عن أبيه عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لكل بني آدم حظ من الزنا فالعينان تزنيان وزناهما النظر ………

“Rasulullah saw bersabda : Bagi setiap anak Adam itu ada bahagian daripada zina , maka zina kedua mata ialah dengan pandangan (kepada yang tidak berhak)………”

(HR Abu Daud no : 1840 , Imam Ahmad no : 8006 , 8170 )

2. Hukum menyolek pengatin perempuan adalah dibolehkan sekiranya tidak melanggar batas-batas syarak seperti yang tersebut dalam hadis di atas , kerana Islam sememangnya menyukai kepada kebersihan dan kecantikan serta perhiasan sebagaimana maksud firman Allah swt dalam surah al-A’raf ayat 26 :

“Hai anak Adam , sesungguhnya kami telah turunkan untuk kamu pakaian yang boleh menutup aurat2 kamu dan untuk perhiasan”

Tetapi jika seseorang wanita menyolekkan wanita lain untuk tujuan yang diharamkan Islam seperti bersanding , maka hukumnya juga adalah haram. Manakala jika solekan tersebut hanya untuk tatapan tetamu-tetamu dikalangan wanita sahaja maka ia dibolehkan dengan syarat tidak berlebih—lebihan sehingga mengubah ciptaan Allah swt.

3. Jawapan sama seperti jawapan no 2

4. Solekan pengantin yang lengkap atau tidak auratnya dibolehkan dengan syarat untuk tatapan kaum wanita sahaja , bukan untuk tatapan umum seperti bersanding dikhlayak umum (bukan mahram).Jika tidak hukumnya tetap haram.


Sumber:Ustaz Muhammad Naim Hj Hashim (Blog:Ibnu Muslim)

Cobaan Kepadamu

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***



Alhamdulillah, kali ini ana ingin bawakan 1 kisah benar  yang diceritakan 
oleh seorang sahabat ana semasa bertemu dengannya di majlis kenduri seorang 
sahabat kami...Kiranya cerita ini adalah miracle of the day bagi sahabat ana tu..
Sahabat ana ini masih meneruskan pengajiannya ke peringkat yang dicitakan 
disalah sebuah IPT di selatan tanah air..1 pagi, beliau telah terlepas bas untuk ke fakultinya..tidak sempat ingin dikejarnya.walaupun sedikit kecewa, namun diingati 
1 doa .dan dibacanya..


"Inna lillahi wa inna ilaihi raji un"


dalam hatinya berbicara....

"Ya Allah berilah pahala bagi musibah ini 


dan gantikan dengan yang lebih baik.."


Subhanallah, tidak sampai 5 minit, 1 bas dari IPT lain memberhentikan bas 
dihadapannya dan pakcik driver pun mempelawa beliau untuk menumpangkannya 
dan menghantarnya ke tempat yang ingin dituju....Walaupun ceritanya ringkas, 
namun, disini ana rasa para tetamu semua nampak apa yang tersurat dan tersirat 
di dalam kisah ini..makbulnya doa itu dengan sekelip mata)..Oleh itu, setiap dugaan 
dan musibah yang terjadi hendaklah kita kembali dengan memohon dan mengadu 
pada Yang Maha Mengetahui...sudah nyata didalam Kalamullah di dalam 
ayat 155-157 Surah al-Baqarah iaitu:

155: Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, 
dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa 
dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada 
orang-orang yang sabar,
156: (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, 
mereka mengucapkan,
 "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun"
157: Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna 
dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah 
orang-orang yang mendapat petunjuk.

Jadi dimana arah tuju kita jika kita ditimpa ujian darinya?Sudah nyata ayat 
ini disarankan untuk kita menyebutnya apabila ditimpa musibah samada 
kecil atau besar.bukan hanya disebut apabila kita mendapat khabar mengenai 
kematian seseorang sahaja ..Allah tempat untuk kita minta segalanya...
Ingin ana tekankan, adakah kita perasan atau tidak, atau kita tahu atau tidak, 
kita hayati atau tidak, dalam 1 ayat di surah yang paling banyak kita baca 
dalam hidup kita.Hari-hari kita minta padaNYA,merayu padaNYA......

'' Hanya kepada Engkau kami memyembah, dan hanya 
kepada Engkaulah kami mohon pertolongan"....Al-Fatihah:5 

Namun, janganlah kita jadi seperti si tanggang pula,sudah dapat kesenangan 
dan kelapangan kita lupa pada segalanya..hilang jati diri, hilang sikap rendah 
diri kita, hilang istiqomah kita dan jangan pula kita hingga hilang iman kita..
Maka dalam  apa jua pun  kembalilah padaNYA..dengan sujud syukur, 
bertasbih dan memohon ampun dariNYA.. Oleh itu, nyata bagi kita, hidup kita 
mati kita adalah kerana Yang Maha Esa..

Wassalam..

p/s:
1) Mohon seribu kemaafan jika artikel tidak menepati specifikasi yang 

sepenuhnya, sudah lama tidak bertinta, ini adalah yang pertama kali bagi 
tahun ini...moga diberikan kekuatan dan istiqomah untuk terus memperbaiki 
diri dan mengutip ilmu untuk digunakan menjadi muslim yang sejati dan 
terbaik semasa Kembara mencari erti hidup yang hakiki penghujung 
kepada dunia.
2) Syukran juga kepada insan-insan yang telah menduga ana dengan 
ujian dan permainan ciptaan mereka sendiri...ana bukan insan lemah 
dengan debu-debu sandiwara yang dicipta, kerana ana dapat hikmah
dan kebahagian itu....Janji Allah itu pasti.Selamat Tinggal...

Selasa, 15 Mei 2012

KEMEWAHAN DUNIA SEMATA-MATA

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Rasululullah SAW menyatakan perasaan bimbangnya melalui satu hadis yang dilaporkan oleh Bukhari yang bermaksud,

" Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpakamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemikian.."

Ahad, 13 Mei 2012

Peringatan....

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***



Khamis, 10 Mei 2012

Sesungguhnya..sesudah kesulitan itu ada kemudahan...

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
yang memberatkan punggungmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap..
**Terjemahan dr Surah Al-Insyirah**