Selasa, 22 Disember 2009

15 tanda kematian mulia

KEMATIAN Micheal Jackson (MJ) mengejutkan dunia. Dunia menangis kerana kehilangan seorang insan seni yang hebat.

Begitulah resam dunia akan mengenang selepas ketiadaan seseorang. Lagi banyak jasa yang ditinggalkan lagi ramai orang merasakan kehilangan kita.

Kali ini bukan kita nak bincangkan jasa MJ tetapi kita perkatakan mengenai kematian mengejut.

Itu yang patut kita tanya diri kita, bagaimana ketika kita mengakhiri kehidupan kita nanti dalam ‘husnul khatimah’ ataupun ’su’ul khatimah.’

Katanya, kematian MJ masih lagi menjadi teka-teki. Mati ketika yang tiada bekalan dan persediaan adalah amat menakutkan.

Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik ‘husnul khatimah’?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.” (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

“Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.”

Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah



****dari SS****

Isnin, 21 Disember 2009

APA NAK JADI...

Assalamualaikum..

Apa nak jadi dengan ana ni..processing untuk PSM tak buat2 lagi..imej dah ada, peta topo dah ada, peta guna tanah dan peta jenis tanih dah ada,,,ayooo bila nak mulakan buat geometry corection, subset, digitizing dan classification...bila ciap semua ni kat peta2 dan imej tuu semua bolehlah overlay dan buat analysis..pastu tngu data air kat putrajaya tuu..harap2 permohonan ana diterima..kalo tak tak tau laa tu dah iktiar last ana setelah mncari di 4 agensi kerajaan tiada data yang ana nak..yg ada pun tak lengkap...huhu..mncabar btol nak dapatkan data...harap processing nak buat dan analysis ni semua tak sussah sgt..klo ssh pun kn laa trima sbgai cabaran dan dugaan...
huhu...adeyhh hitung2 ada 14 mggu lg la nak hbs tuu pun kira skali nga mggu exam..mak aittt cepatnya rase...bila nak kacang buat ni ???nak kena basuh dan ketuk kepala ni baru gerak skit,sapae yg nak basuh dan ketuk kepala ana ni silakan moga2 ada sikit kesedaran nak buat PSM,,abah pun tak pegi jumpa lagi...tak tau nak ngadap tanya dan report apa..kan die komen kt PSM 1 ana kan panas telinga..papepun syukur alhamdulillah..PSM 1 ana dapat A..harap yg kedua ni ana dapat kekalkan momentum A ana tuk 4 kredit subjek ni..huhu..


huhu carta alir pra processing..br pasan ana ada tertingl peta topo nk mskkn kt step ni...huhu..mcmner boleh lost ni buat pembetulan pkai automatic kaaa???


huhu..ni processing after imej2 tu semua dah btolkan dr segala macam ganguan yg tak diinginkan..ayooo...bila nak stat ni...

nak stat tuu yg ssh kalo dah stat ermmm mkn pun tak lalu mandi kena laa bsah...( nak trma kasih kt phak jabatan pertanian putrajaya artu krna bg service bgus punya 5 bntang bleh bagi...dar Puan Misnah, penyambt tetamu dan mereka yg terlibat, tak lupa pada kak aqma JPS layan ana yg cerewet ni nak data itu ini,,pada en hasimi dr AKSB yg byk bg pandangan dan layan msj ana brtanyakan itu ini dan pd penyelia yg smpai busan nungu ana salain data...kepda oleng trma kasih bg guna peta topo..pada pesal trima kasih sush2 jer antarkan peta topo ni...dan pada mereka yg tlbt scra lnsung dan tak lnsung...budi baik anda semua hanya Allah yg mampu membalasnya..pada hamba ALLAH ni trma kasih bantu ana tuk dapatkan peta tuu...sekian)))

***sbnarnya ana nak postkan pasal sunway lagoon&firaun dan malu...tapi tungu dlu ana tgh kmpul maklumat...hehehe**smbil2 mozekkan peta dan tkarkn format die..kpla ni tgh pk dan cr apa ana nk mskkn dlm post psl tuu nti

Aksi jijik si penderhaka

Harian Metro 21 Disember 2009
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

PUTRAJAYA: Dia mempunyai tiga anak, semuanya lelaki, tetapi tiada seorang pun sudi menjaganya, malah tergamak menghantar si ibu berusia 60-an ini ke rumah orang tua, dua tahun lalu.

Sejak itu, tiada seorang pun anaknya pernah menjenguknya termasuk ketika dia sedang nazak, baru-baru ini.

Sebaik jenazah si ibu siap dikebumikan, dua daripada tiga anaknya muncul di tanah perkuburan. Itupun, bukan untuk mendoakan kesejahteraannya, tetapi kerana mahu bertanyakan harta ditinggalkan.

Lebih memilukan, dua beradik derhaka itu saling berebut harta peninggalan ibu mereka tanpa menghiraukan orang ramai yang masih berada di kubur kerana menguruskan pengebumian jenazah wanita malang itu.

Malah, mereka juga tidak menunjukkan perasaan menyesal atau bersalah walaupun tidak berkesempatan bertemu arwah ibu buat kali terakhir selepas dua tahun ‘membuangnya’ di Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, dekat sini.

Tiga beradik itu menghantar ibu mereka ke pusat berkenaan selepas mengaku tidak sanggup menjaga sendiri ibu yang dianggap satu bebanan, apatah lagi warga emas itu menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Sebagai helah, tiga beradik itu mendakwa tidak mampu menjaga ibu kerana mempunyai tanggungan ramai walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai pekerjaan tetap.

Menceritakan peristiwa itu, pengasas pusat berkenaan, Muji Sulaiman berkata sejak warga emas berkenaan terlantar sakit, dia kerap menghubungi ketiga-tiga anak wanita terbabit supaya datang menziarahi ibu mereka berikutan keadaannya agak kritikal.

Namun, semuanya sia-sia apabila mereka memberi alasan terlalu sibuk dan tidak sempat menziarahi ibu walaupun sekejap.

Malah, sehari sebelum wanita itu meninggal, Muji turut menghubungi ketiga-tiga anaknya supaya datang memohon ampun sebelum terlambat selepas mendapati ibu mereka sudah nazak.

Malangnya, akibat keras hati tidak seorang pun anaknya mengunjungi ibu tua berkenaan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir Ramadan lalu di sisi Muji dan beberapa rakan yang tinggal di rumah jagaan itu.

“Selepas wanita itu meninggal, saya sekali lagi menghubungi anaknya untuk memberi peluang mereka menatap wajah ibu mereka buat kali terakhir, tapi sia-sia kerana masing-masing tetap memberi alasan sama, iaitu sibuk, sekali gus memaksa kami menguruskan pengebumian tanpa menunggu anaknya.

“Apa yang menyedihkan saya, dua daripada tiga anak lelakinya hanya tiba di tanah perkuburan selepas jenazah ibu mereka selamat dikebumikan dengan satu tujuan, iaitu bertanyakan harta ditinggalkan arwah ibu mereka.

“Abang sulung bertanyakan di mana barang kemas ibunya, manakala si bongsu meminta sijil kematian bagi membolehkannya mengeluarkan wang dari akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik arwah ibunya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Muji berkata, hatinya hancur apabila mendapati dua lelaki terbabit hanya sanggup menziarah kubur ibu mereka semata-mata untuk mendapatkan harta tidak seberapa ditinggalkan arwah ibu tanpa menghiraukan orang ramai yang menguruskan pengebumian wanita terbabit.

Katanya, dia memaklumkan kepada anak sulung wanita terbabit bahawa ibunya tidak pernah memakai barang kemas sepanjang menghuni rumah orang tua berkenaan menyebabkan si anak seolah-olah tidak berpuas hati.

Bagaimanapun, Muji terpaksa menyerahkan surat kematian kepada anak bongsu kerana tidak berhak memegangnya walaupun arwah sudah berpesan supaya menyedekahkan wang ASB miliknya kepada mereka yang memerlukan.

“Tidak sangka ada anak yang tergamak datang pada hari pengebumian ibu untuk berebutkan harta sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah datang menjenguk walaupun beberapa kali diminta berbuat demikian.

“Kejadian ini membuka mata saya bahawa segelintir anak hanya sanggup menjaga ibu yang sudah uzur jika mempunyai harta, tapi sanggup membuang orang yang mengandung dan melahirkan mereka sekiranya tidak mempunyai harta untuk menyenangkan kehidupan mereka,” katanya sebak.

***tanpa sedar air mata ana mengalir membaca article ini..begitu hina si ibu diperlakukan sedemikian rupa oleh anak-anaknya..Semoga ALLAH menjauhkan sikap derhaka ini dari ini ana dan adik-beradik ana yang lain..erm...wallahualam..
Sama-sama kita renungkan dan muhasabah dri..

Ahad, 20 Disember 2009

MUHASABAH DIRI

Bismillah..







***hari ni ana tak bkemampuan untuk menaip..hanya gambar diatas sbgai penganti pena ..moga2 kita semua mndapt syafaat dariNYA...Allahuakbar

Khamis, 17 Disember 2009

Maal Hijrah 1431 H


Assalamualaikum wbt..

Sedar atau tidak esok brmulanya tahun baru 1Muharram 1431H..kesempatan ini ana mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431 kepada semua pengunjung teratak An-Nisaa' dan seluruh umat islam semua.

Hari ini..dapat dilihat makhluk bergelar manusia atau org yg menjadi isi dunia begitu leka...dan mengejar dunia..tanpa sedar dunia semakin tua sdah tdak mampu menanggung seksa akibat daripada kealpaan manusia dlm menunaikan tangjawab sebagai hamba ALLAH..esk bermulanya tahun baru menggantikan fasa masa yang hari kehari menghampiri ke penghujungnya iaitu hari kiamat...namun seperti termaktub dalam al-Quran ayat 1 surah AL ANBYAA' iaitu

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).(AL ANBYAA':ayat 1)

Semakin menghampiri dunia ke penghujung...maka manusia jga smkin hanyut dan hanyut dibawa arus gelombang dunia yang melalaikan dan melekakan..kehidupan dunia lebih diutamakan dan membuatkan nafsu mengusai diri..Firman ALLAH S.W.T iaitu:

Maka adapun orang yang melampaui batas dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsu, maka sesungguhnya, syurgalah tempat tinggalnya.(Surah An Naziat:ayat 37 - 41)..

Pertambahan masa dari saat ke tahun bkn sahaja memberi kesan kepada usia dunia..tetapi diri kita juga..adakah kita sedar msa yang kita gunakan dgunakan sebaiknya untuk memperhambakan diri sebagai hamba ALLAH atau mangsa hasutan syaitan, kuncu-kuncunya dan bala tenteranya???Di hari pembalasan kita akan ditanya mengenai setiap detik yg kita lakukan ....

"Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan: Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya), bagaimana ia habiskannya? Ilmunya, bagaimana ia amalkannya? Hartanya, dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? Tubuh-badannya, bagaimana ia gunakannya?(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn Abid al-Aslami)

Di bulan Hijrah ini..marilah kita sama-sama bermunasabah diri dan melakukan perubahan dan pengorbanan dalam mengabdikan diri padaNYA..agar diri kita adalah salah seorang yang mnjadi penghuni syurga yg abadi kelak...jgnlah hanya mengejar dan mengamalkan yg sunat tapi yg wajib kita abaikan dan tdak sempurna..jgn hnya mnymbut bln muharam tanpa kita lakukan prubahan pd dri dan berada di takuk lama yg hnyut dan mkin hnyut dibawa arus dunia yg hanya seketika...Semoga tahun baru memberi erti yang bermakna pada diri kita dalam mempertingkatkan lagi tahap ketakwaan kita dalam mencari redha YANG ESA...Wallahualam...