Rabu, 27 Mei 2009

JANGAN BERSEDIH-LA TAHZAN

BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM"...."Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Syukur kehadrat Ilahi kerana sehingga ke saat ini, kita masih diberi peluang untuk membuka mata bangkit dari tido lena...supaya dapat mengabdikan diri kepadaNYA...
Unuk coretan kali pertama ini ana ingin berkongsi bersama2 sahabat sekalian mengenai apa yang ana baca dari buku La Tahzan(Jangan Bersedih).

Pertama kali ana baca buku ni,,begitu syahdu mnyelinap 1 perasaan dalam hati ana betapa ana selama ni terlalu leka..leka dengan keduniaan sampai ana lupa,,,hidup di dunia hanya sementara dan yang kekal adalah di akhirat..Perasaan yang hadir dalam diri ana sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata,,dan ana bersyukur kerana masih diberi peluang dari terus leka dengan kehidupan didunia..

Apa yang buku ini cuba ketengahkan, sesuai untuk dibaca oleh semuo lapisan masyarakat,,,olahannya terlalu simple, dekat dengan diri kita,,dengan olahan dari tajuk-tajuk yang begitu indah sekali penerangannya,,,Antara tajuk yang akan ana ambil untuk coretan kali ini ialah BERSABAR.

Bersabar boleh diketogarikan kepada dua seperti yang diriwatkan dari Anusyirwan menyatakan bahawa "Semua ujian didunia ini diketogarikan kepada dua iaitu:
1. Yang dapat dicari jalan keluarnya
2. Yang tidak dapat dicari jalan keluarnya

Ana begitu tertarik membaca mengenai peribahasa-peribahasa Arab yang berkaitan dengan SABAR iaitu:
1. Sabar adalah kunci kejayaan
2. Barangsapa bersabar, maka dia akan berjaya mengatasi permasalahan.
3. Buah kesabaran itu adalah keberhasilan.
4. Tatkala musibah yang menimpa itu sedemikian berat,pasti akan dtg kebahagian.
5. Takutlah terhadap bahaya yang datang dari celah-celah kemudahan.
6. Haraplah beroleh manfaat dan adanya larangan.
7. Ghairahkan hidup ini dengan mencari kematian.
8. Keamanan itu kebanyakan datang dari arah yang menakutkan.

.....sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.(Al-Anfal:46)

Allah akan mendatangkan kegembiraan tatkala semua harapan telah putus..



Orang yang bergelumang dengan kenikmatan ternyata termakan oleh kenikmatan itu sendiri, dan orang yang menderita dalam hidupnya kerana penyakit yang dideritainya ternyata boleh sembuh oleh penyakit itu sendiri..Boleh jadi kebaikan itu datang dari keburukan dan sesuatu yang berguna datang dari hal yang membahayakan...

Bila baca tajuk ini, Subhanallah,,ana terleka lagi..kalo ada masalah dan kesedihan, tanpa sedar dan sdar ana mengeluh..ermm..betapa tipisnya tahap kesabaran ana selama ini..
Setiap ujian yang mencengkam diri kita memamng jalan ke arah kebaikan sangat sukar..tetapi kesukaran itu akan membawa kita kepada kesabaran apabila kita berbaik sangka kepada Allah...kerana ia tidak akan mengecewakan...

Firman Allah S.W.T dari hadith qursi):
" Aku mengikut persangkaan hambaKu terhadap diriKu. oleh itu, bersangkalah dia terhadapKu menurut apa yang disukainya". (Al-Hadith)

Jadi dalam tajuk ni buatkan ana terasa tenang walaupun sekarang ana diuji dengan kesedihan dan penderitaan insan-insan yang terdekat dengan ana...semua ini mengajar dan menyedarkan ana untuk bersabar dan bersangka baik pada setiap ujian Allah..

Wallahualam....

Isnin, 25 Mei 2009

SAHABAT ATAU TEMAN YANG KITA CARI??





MUHAMMAD BERJAYA BUKAN KERANA BAGINDA RASUL

RASULULLAH s.a.w adalah nabi kita yang mesti dicintai, diikuti dan dicontohi.

Usaha mempelajari serta mendalami kehidupan rasul menjadi kewajipan pengikutnya.

Kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Antara mekanisma mengenali nabi yang lebih berkesan ialah dengan mempelajari sirah baginda s.a.w. Ia penting bagi kita orang Islam. Mengapa?

Pertama: Sirah (perjalanan hidup) Rasulullah s.a.w adalah terjemahan hidup al-Quran yang paling lengkap.

Firman Allah bermaksud: "Dan Kami turunkan kepadamu al-Quran agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka." (QS.16:44).

Begitu juga Allah s.w.t menurunkan al-Quran secara baransur-ansur sesuai dengan kejadian yang terakam dalam sirah Nabi s.a.w.

Dari sini terlihat dengan jelas untuk memahami isi al-Quran, kita harus memahami sirah Nabi s.a.w.

Kedua: Sirah Rasulullah s.a.w adalah sirah yang paling agung dan paling lengkap. Ia terpelihara daripada penyimpangan dan penyelewengan.

Ulama sepanjang sejarah mempertahankan keaslian sirah ini dengan mempertahankan urutan sanad secara ketat. Ketat dalam erti perawi sirah ini harus mempunyai kejujuran yang tinggi dan antara mereka harus sambung menyambung tanpa putus.

Berbeza dengan periwayatan nabi sebelumnya, kita sukar menemui kisah yang lengkap mengenai mereka. Misalnya mengenai masa kecil seorang nabi sebelum Muhammad s.a.w dan seterusnya.

Kalaupun ada sebagaimana yang terdapat dalam kitab Injil, seringkali periwayatannya sukar dipertanggungjawabkan keasliannya, bahkan kerap menodai darjat kenabian mereka.

Ketiga: Perjalanan hidup Rasulullah s.a.w sangat telus, tidak ada yang rahsia dan fakta tidak ada yang disembunyikan.

Sejak masuk kamar mandi, cara tidur, cara masuk dan keluar rumah, cara bergaul dengan kalangan isteri, hingga keperibadian sebagai seorang ayah, sebagai seorang teman sahabatnya, seorang jeneral perang, pemuka agama dan pemimpin negara.

Menariknya semua sisi dari dimensi hidup yang baru saja kita sebutkan adalah cerminan kebaikan, contoh akhlak yang paling mulia dan tauladan yang patut diikuti.

Allah berfirman maksudnya: "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan(kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (QS.33:21 )

Keempat: Sesiapapun yang membaca sirah Rasulullah s.a.w pasti akan menemui beliau adalah manusia biasa, makan dan minum seperti kita, mendapat ujian dan kesulitan hidup dan diusir dari kampung halamannya.

Malah, baginda dihina dan diseksa oleh orang yang membencinya, sering kelaparan kerana kefakirannya, namun disebabkan ketabahan yang sangat tinggi nabi sanggup menahan lapar dengan penuh kehormatan (izzah).

Disebabkan kesabaran baginda tidak pernah putus asa, bahkan tidak mengeluh sekalipun harus melakukan pengorbanan besar seperti berhijrah.

Kegigihan membuatkan baginda sanggup menghadapi segala cubaan, manakala keteguhan iman menjadikannya cekal dalam susana genting.

Berkat kesungguhan menjalani sunnatullah, Nabi s.a.w mengambil segala sebab dan proses yang benar, lalu bertawakkal kepada Allah secara mendalam.

Akhirnya, Nabi s.a.w mencapai kemenangan. Tiada alasan bagi sesiapapun untuk mengatakan rahsia kejayaan baginda semata-mata kerasulannya seperti seorang sutradara yang menentukan kemenangan mutlak kepada wiranya dalam sesebuah filem.

Tidak, Rasulullah s.a.w bukan begitu dan tidak boleh diumpamakan sama sekali dengan seorang wira dunia filem. Baginda hidup di alam nyata dan pernah tewas dalam perang Uhud kerana sebab tertentu.

Dengan demikian, amat salah jika mengatakan wajar jika Nabi Muhammad s.a.w berjaya kerana baginda rasul, tidak boleh dibandingkan dengan kita.

Kenyataan seperti itu hanya melemahkan iman dan kesungguhan kita untuk mengikuti jejak Rasulullah s.a.w dalam perjuangan menegakkan Islam, malah munculnya pelbagai penyakit yang menyebabkan kelumpuhan dan perpecahan dalam masyarakat Muslim.

UJIAN UKUR TAHAP TAKWA



HIDUP kita di dunia ini tidak lebih pengembara yang sedang berteduh di bawah naungan sebatang pokok di tengah padang pasir yang terbentang luas. Selepas itu kita akan berlalu meninggalkannya.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Hidup aku di dunia ini diibaratkan pengembara di atas kenderaan, kemudian berhenti berteduh di bawah pokok yang rendang, kemudian aku berlalu."

Kita menikmati kehidupan di dunia ini juga tidak lebih daripada untuk menghadapi ujian Allah, yang dapat mengukur sejauh mana tahap ketakwaan kita terhadap Allah bukannya semata-mata berseronok.

Jika tidak diuji dengan pelbagai cubaan yang sebahagian besarnya adalah perkara tidak diingini oleh nafsu manusia, sudah tentu kita tidak dapat membuktikan diri kita sebagai seorang yang bertakwa.

Ada orang mengatakan kekayaan itulah matlamat hidup di dunia tetapi ia tidak benar kerana kekayaan tidak dapat melahirkan kesejahteraan. Kadangkala harta kekayaan lesap dalam waktu yang singkat.

Sekiranya ada orang mengatakan kecantikan adalah matlamat hidupnya, itu juga salah, kerana kecantikan akan pudar apabila sampai waktunya.

Jika pangkat, darjat dan pengaruhnya boleh mencapai matlamat hidupnya, ia juga salah, kerana ia tidak kekal, ada turun naik, malah boleh lenyap.

Hakikatnya, yang kekal abadi dalam hidup kita di dunia ini ialah keredaan Allah. Justeru, fahamilah hidup kita di dunia ini ialah sementara saja dan akhirat juga yang kekal selama-lamanya.

Justeru, dalam mengejar dunia, berpada-padalah dan jangan sampai bekal untuk kehidupan di akhirat keciciran.

SYAITAN MENGABURI MANUSIA SUPAYA MENGANGGAP YANG HARAM/SYUBHAH ITU BAIK

Termasuk di antara kejahatan syaitan itu ialah apabila mereka berusaha menjadikan apa yang baik di sisi Allah swt itu sebagai jelek dan keji di mata masyarakat dan menjadikan apa yang keji di sisi Allah swt itu pula sebagai satu kebaikan di sisi manusia.

Muzik dan nyanyian yang mengasyikkan dihalalkan kerana kelemahan hujah yang mengharamkannya di atas alasan mahu menghiburkan manusia. Tentu sahaja tidak mengapa dan boleh diterima hujah yang menghalalkan hiburan selama tidak menyalahi syariat di waktu umat Islam sudah menguasai hampir separuh dunia dan setiap musuh-musuh Allah berada di dalam kehinaan dan para musyrik terpaksa membayar jizyah (wang perlindungan) kepada pemerintah Islam untuk keselamatan mereka.

Tetapi apakah wajar dihalalkan muzik dan konsert hiburan bagi memberikan hiburan dan kelekaan kepada anak-anak muda yang tidak pernah tahu apakah itu iman ? tauhid ? juga tidak pula boleh membaca Al-Qur’an ? Di saat umat Islam sangat terdesak dengan gejala keruntuhan akhlak dan kerosakan agama serta penyelewengan berlaku di sana sini sebahagian para ustaz mahu menunjuk alim dengan mendabik dada membuka kitab-kitab feqah membahaskan hukum muzik dan hiburan bagi menghalalkannya supaya menampilkan Islam itu mudah dan indah ?

Lupakan dulu soal muzik, ini hal yang khilaf tetapi bagaimanakah pula dengan persoalan hubungan bebas lelaki perempuan yang bukan mahram ? Bagaimanakah pula persoalan wanita keluar bekerja bercampur dengan lelaki, bagaimanakah pula persoalan pergaulan muda-mudi di dalam ruangan maya seperti ruangan berkenalan dan mencari teman pasangan ? Apakah ini tidak membawa kepada maksiat dan kerosakkan akhlak ?

Bagaimanakah pula dengan zina apakah ianya tidak haram ? Bagaimanakah pula dengan percampuran lelaki dan wanita secara bebas konon di atas alasan kerja ? pelajaran ? persahabatan ? Baiklah sekiranya ada alim ulama mengatakan ianya khilaf marilah pula kita beralih ke pelbagai lagi isu lain.

Apakah menghisap rokok tidak haram dan berdosa ? Baiklah ianya khilaf marilah lagi kita beralih ke topik yang lain pula. Apakah arak tidak haram dan berdosa ? mengapa ianya masih dihalalkan dan kilang-kilangnya dibiar bebas beroperasi ? Kerana memberi manfaat dan cukai yang lumayan kepada Negara ? baiklah kalau begitu kita lihat pula kepada riba, apakah ianya tidak berdosa dan haram ? mungkin akan ada yang mengatakan zaman hari ini semua perniagaan dan jual beli terlibat dengan riba dan menjadi sesuatu yang sukar di ubah maka akhirnya kita akan berkata tidak mengapa marilah kita mencari contoh yang lain pula sehingga akhirnya semua perkara yang haram dan berdosa itu akan dilihat mempunyai kebaikan dan kebaikan yang akhirnya terpaksa kita lupakan dan tidak jadi mencegahnya serta tidak mustahil kita mungkin terjebak pula ke dalamnya.

“ Orang-orang yang Makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), Sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), Maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. orang yang kembali (mengambil riba), Maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah : 275)

Rasulullah S.A.W. juga memberi amaran :
Maksudnya; "Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali" (Riwayat Ahmad dan al-Dar Qutni)



Demikianlah Allah swt menyebutkan pengajarannya kepada kita betapa kita sangat jahil dan lemah iman di banding para sahabat di zaman mereka yang berusaha melaksanakan segala perintah Allah swt dengan segala kemampuan mereka tanpa tangguh dan juga tanpa alasan.

Sabtu, 23 Mei 2009

KELEBIHAN SURAH AL-IKHLAS



* Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

* Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).

* Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

* Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga.." (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).

* Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada" "Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas) "Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."

www.iLuvislam.com
Oleh: Syahid_Fisabilillah
mawaryangtinggi

KEKASIH YANG TERINDAH



Kekasih
lewat senja rindu mula bertamu
mengharap penyesalan atas dosa-dosa silam
lalu aku bertasbih di Mahgrib ini
melangkah Isyak yang menanti

Tengah malam aku yang sepi
aku terlena dalam doa yang panjang
mengharap Engkau mendengar
kerana Engkau Maha Mendengar
mengharap Engkau mengerti
kerana Engkau Maha Mengetahui

Silamku adalah satu pengajaran yang pahit
mengenal manusia dan keperibadian
melalui cerca dan makian
ditambah fitnah yang amat mengejutkan

Tuhanku,rebahkanlah daku dalam pangkuan-Mu
dakaplah daku seeratnya dalam pelukan Islam-Mu
kerana tiada yang lain tempatku berserah
melainkan kepada-Mu,Ya Allah…

www.iluvislam.com

ERTI SEORANG LELAKI

Sunnatullah dan Syariatullah

Memahami syariatullah , iaitu segala hukum hakam yang termaktub di dalam quran dan hadis. Seorang suami juga, perlu memahami sunnatullah seorang wanita (isteri), yang Allah jadikannya lain dari dirinya.

Seorang wanita, sifatnya lain sifat seorang lelaki,pelengkap dirinya, maka perlu difahami akan hakikat seorang wanita yang perasaannya lebih halus dari dirinya.

*Syariatullah pada seorang suami kepada isteri :

Nafkah zahir - tempat tinggal, makan minum.
Nafkah batin - merasa selamat dibawah naungan suaminya, tempat berteduh bagi dirinya, tempat tumpuan kasih sayang , tempat kemesraan dan segala yang berkait rapat dengan perasaan.

Inilah hak-hak kejiwaan yang perlu dimainkan peranan oleh seorang suami kepada isterinya. Seorang suami perlu juga melihat dunia kekeluargaan dari sudut pandang seorang isteri. Kerana seorang wanita punyai pandangan yang berbeza dari seorang lelaki. Kombinasi pandangannya dan isteri memainkan peranan dalam menjamin keutuhan dan keharmonian keluarga.

Kombinasi antara pengetahuan tentang syariatullah dan kefahaman terhadap sunnatullah , insyaAllah, akan melahirkan keluarga yang penyejuk di mata penawar di hati, bahagia di dunia cemerlang di akhirat.

Uswah hasanah seorang suami merupakan suri tauladan untuk keluarganya. Segala tindak-tanduknya menjadi perhatian seisi keluarganya. Anak-anak lebih mudah meniru apa yang dibuat berbanding mendengar apa yang diucap oleh ayahnya. Seorang isteri juga lebih mudah mengikut apabila suaminya lebih perihatin terhadap dirinya juga perasaannya.

Seorang suami merupakan pemimpin bagi keluarganya. Jadikan diri contoh terbaik di dalam keluarga. Amanah (tanggungjawab) Menjadi seorang suami merupakan amanah besar yang dipikul bagi seorang lelaki. Bila berjayanya akad nikah, maka seorang lelaki memikul tanggungjawab seorang wanita yang sebelumnya berada di bawah tanggungan ayahnya, kini berada di bawah tanggungannya. Didikan, agama, nafkah dan sebagainya yang ditanggung oleh seorang ayah.



Perkataan amanah ini perlulah selalu diletakkan di dalam minda bahawa bukan perkara kecil dalam membina daulah islamiyah yang terkecil dalam masyarakat,iaitu keluarga. Ilmu memainkan peranan dalam menjalankan amanah sebagai suami, dan juga amanah apabila sudah bergelar seorang ayah.

Matlamat seorang suami atau ayah atau lelaki, perlulah punyai matlamat kemanakah hala tuju yang ingin dibawa olehnya dalam kehidupan berkeluarga ini. Sama ada ke syurga atau ke neraka?.. Mahu memberikan kemewahan dunia yang sementara dan berpoya-poya selagi nyawa masih ada? Mahu menjadikan anak-anak dan isteri sebagai perhiasan dunia semata atau sehingga ke dalam syurga? Jika mahu dibawa ke syurga, bagaimana caranya, apakah sudah ada?

Matlamat ini perlulah disematkan seboleh-boleh sebelum perkahwinan dilangsungkan , atau selepas bergelar suami. Jika sudah terlajak, masih boleh diperbetulkan matlamat ini, selagi nyawa dikandung badan.

Istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami, sifat istiqamah atau berterusan dalam melakukan amalan sangat-sangat menjadi titik penting dalam menjaga keharmonian dan juga kesan didikan kepada isi keluarga. Jika seorang suami atau ayah, tidak istiqamah dalam perbuatannya, manakan mungkin dia akan menjadi uswah (ikutan) terbaik bagi isteri dan anak-anaknya.

Didikan seorang ayah / suami yang dalam tegasnya terselit didikan, dalam garangnya punyai asuhan dan dalam tuturnya penuh dengan kemesraan. Semuanya perlulah dalam kadar yang berterusan. Didikan kepada anak-anak dan isteri jika tiada sifat istiqamah ini, boleh runtuh sebuah institusi keluarga.

Kesimpulan

S - Sunnatullah & Syaratullah
U - Uswah hasanah
A - Amanah
M - Matlamat
I - Istiqamah



Sama-sama kita mengambil pengajaran. Buat teman-teman yang bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti ni, moga Allah luaskan pintu rezeki buat kalian, dan dikurniakan zuriat yang soleh lagi solehah dan sebagai pengganti risalah Islam di hari kemudian. (Haih, tengah-tengah malam boleh fikir pasal ni…...tepuk dada, tanya iman.)

Sama-sama muhasabah diri. Jangan difikir tentang hidup berkeluarga jika hanya mahu hidup berdua, tetapi fikirkan juga yang ketiga dan seterusnya. Pengolahan dibuat berdasarkan kefahaman penulis terhadap isu-isu masyarakat.

www.iluvislam.com

Jumaat, 22 Mei 2009

DULU GANSTER, KINI IMAN

UTUSAN MALAYSIA, KHAMIS, 21 MEI 2009
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD

MELIHAT penampilan Chan Narong atau Mohd. Isa Salleh, 19, yang mempunyai raut wajah yang tenang, tentunya tidak ramai yang menyangka anak muda ini sudah lama bergelumang dengan pelbagai kegiatan tidak bermoral sebelum ini.

Mohd. Isa mula menempuh alam kedewasaan dalam usia masih mentah dan pernah menjadi budak suruhan kumpulan gangster di kampung kelahirannya, Thhooy Thongva, Phnom Penh, Kemboja.

Pelajar Tahun Kedua Sijil Asas Pengajian Islam di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) di Pengkalan Chepa, Kelantan ini menceritakan beliau melakukan apa sahaja yang diarahkan ketua gengster untuk mendapat upah.

Mohd. Isa datang ke Malaysia pada tahun 2005 pada usia 15 tahun mengikut jejak ayah dan ibunya yang datang lebih awal untuk mencari pekerjaan kerana tidak gemar untuk terus bersekolah.

Ketika itu, beliau tidak mengetahui yang ayahnya, Pontat, 47, ibunya, Soerem, 49, sudah menerima Islam dan memilih nama Salleh dan Masitah, diikuti kakak dan adiknya.

"Selama seminggu saya berada di rumah ayah di Banting, Selangor, saya hairan melihat dia berkopiah. Pada mulanya saya ingatkan itu adalah adat orang di Malaysia dan ayah hanya mengikut resam orang-prang di sini.

"Tetapi apabila ayah keluar rumah setiap kali azan berkumandang, ia menambahkan lagi kemusykilan saya. Rasa ingin tahu yang membuak-buak menyebabkan saya memujuk ayah memboncengkan saya ke tempat yang selalu dituju.

"Saya terkejut apabila ayah menunggang motosikal sampai ke surau. Rasa marah meletus di dada apabila terbongkar rupanya ayah sudah jadi orang Islam. Saya terus lari balik ke rumah," cerita Mohd. Isa.

Katanya, perbuatan itu disifatkannya sebagai melupakan asal usul sendiri dan amat membingungkannya kenapa keluarga menerima Islam kerana sewaktu di negara asal, masyarakat Islam dipandang rendah dan sering diejek kerana kain dan jubah yang dipakai.

Mohd. Isa terus mengemas pakaian dan menelefon bapa saudaranya, Mohamad Abdullah, 39, yang tinggal di Kanchong Darat untuk tinggal bersamanya.

Mohamad menganut Islam sejak 1999 dan bekerja menjual ais krim.

"Saya cuma tidak mahu lihat muka ayah. Saya maklum yang bapa saudara saya sudah memeluk Islam tetapi saya lebih ralat dengan tindakan ayah kerana merahsiakannya dari saya," katanya.

Mendengar azan semasa di Kemboja, Mohd. Isa akui perkara yang paling dibencinya adalah mendengar azan kerana ia sering dilaungkan tiap kali masuk waktu.

"Pada saya ia satu perkara yang membingitkan telinga," katanya.

Pernah Mohd. Isa cuba meninjau apa yang ada di dalam masjid di kampungnya di Kemboja apabila melihat para jemaah sering keluar masuk.

"Saya perhatikan di bahagian hadapan masjid tidak ada apa pun yang boleh disembah seperti dalam kuil. Saya bertanya seorang pakcik yang kebetulan berada di muka pintu, apa yang dia sembah, katanya mereka menyembah Tuhan.

"Saya jawab balik, mana ada Tuhan dalam masjid ini? Pakcik itu berkata, anak nampak angin? Saya kata tidak. Dia bertanya kembali, walaupun tidak nampak adakah angin itu ada? Saya jawab ya. Pakcik itu berkata maka itulah juga yang boleh difaham dengan Allah yang disembah orang Islam.

"Dia tetap wujud walaupun tidak dapat dilihat dengan mata," jelas pakcik itu kepada Mohd. Isa.

Bagaimanapun pada ketika itu beliau tidak faham penjelasan yang diberi kerana baginya Tuhan perlu dijelmakan seperti patung, barulah boleh disembah dengan baik.

Namun hidayah Allah tidak boleh ditolak apabila ia sudah mengetuk pintu hati. Hanya tiga minggu berada di rumah bapa saudaranya, Mohd. Isa memeluk Islam pada 27 September 2005 di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Sepanjang tinggal bersama bapa saudara, dia tidak pernah meminggirkan saya dalam aktiviti berkaitan agama. Setiap malam ada majlis taalim (ilmu) bersama sepupu-sepupu saya.

"Pak cik Mohamad akan membaca kisah nabi dan para sahabat, dalam bahasa Melayu dan kemudiannya akan menterjemahnya ke dalam bahasa Kemboja. Saya tertarik dengan kisah Nabi Muhammad berdakwah kepada kaum Quraisy.

"Sebelum masuk Islam lagi saya sering dibawa ke masjid bersamanya, malah pernah mengikuti satu rombongan menghadiri pertandingan hafalan. Bacaan ayat al-Quran dan tafsirannya yang diterjemahkan pula kepada saya oleh bapa saudara menggamit hati untuk yakin kepada Islam," ceritanya.

"Dahulu pun terasa juga diri ini bagai mempersenda Tuhan sendiri. Makanan seperti ayam disembahkan kepada berhala, kadang-kadang saya curi untuk dimakan bersama kawan-kawan," tambahnya.

Selain mengikuti kursus sijil di IDIP di bawah tajaan JAIS sejak awal 2008, Mohd. Isa juga bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini.

Dalam masa enam bulan pertama di IDIP, Mohd. Isa berjaya memahami bahasa Melayu sepenuhnya sama ada untuk bercakap, menulis dan membaca.



"Saya pun tidak menyangka perkara ini tetapi Allah menerangkan hati saya menerima pelajaran," katanya.

Dia bersyukur kerana kini sudah menghafaz lebih satu juzuk al-Quran dan mendapat kepercayaan tenaga pengajar di IDIP sebagai salah seorang imam di situ.

Mohd. Isa yang bercita-cita menjadi seorang ustaz dan pendakwah berazam membantu ibu bapanya yang kini bekerja sebagai tukang kebun dan penjual kuih.

MALAPATAKA MENIMPA UMMAH JIKA KEMUNGKARAN BERLELUASA


SALIM mendengar Abu Hurairah menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj. Seorang sahabat bertanya: Apakah haraj itu ya Rasulullah? Jawab Baginda: Begini! (Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan..” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Dalam arus pembangunan dan kemajuan yang pesat dewasa ini, umat Islam menghadapi krisis kebejatan moral yang membimbangkan.


Ramai orang seolah-olah sudah lupa pada akhirat. Pelaku kejahatan bukan daripada kalangan dewasa saja, namun anak belum dewasa, ibu, bahkan orang sudah lanjut umur juga terbabit.

Perkara seperti ini perlu diberi perhatian serius umat Islam kerana Allah akan menimpakan bala dan laknat yang dahsyat disebabkan maksiat dilakukannya kerana ia akan menimpa seluruh manusia.

Apa yang dinyatakan Rasul SAW dalam hadis Baginda sudah pun berlaku dalam realiti kehidupan kita hari ini. Ilmu sudah diangkat atau disisihkan. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu agama atau ilmu syarak yang boleh memandu umat Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka pada hari akhirat kelak. Ulama yang takut kepada Allah, memuliakan sifat zuhud juga semakin berkurangan.

Oleh itu, bagi menghadapi situasi akhir zaman ini, umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak terjatuh dalam kemungkaran. Benteng pertahanan akidah perlu diperkuat dan diperkemaskan supaya tidak mudah terpedaya.

Di samping itu, konsep amar makruf nahi mungkar harus diterapkan. Begitu juga konsep untuk saling mengingatkan dalam kebaikan dan kebenaran.

Daripada Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata: “(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda: La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini sudah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini, dan Baginda menemukan hujung jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang yang salih? Lalu Nabi SAW bersabda: Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak.” (Bukhari dan Muslim)

Hadis itu menerangkan bahawa apabila ada di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu.

Tidak hanya kepada orang jahat saja, tetapi orang yang salih juga akan dibinasakan meskipun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi, maksiat hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan saja akan menimpa orang melakukan kemungkaran dan kejahatan, tetapi juga semua penduduk di tempat itu.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

KENALI ISLAM


Dalam Islam, Allah adalah Tuhan kepada segala makhluk termasuk orang Islam dan bukan Islam. Manusia adalah makhluk Allah yang diciptakan Allah dengan sebaik-baik kejadian.

Secara umum, terdapat tiga unsur yang ada pada diri manusia, iaitu fizikal, akal dan roh.

Tujuan utama manusia diciptakan adalah untuk mengenal dan seterusnya menyembah Tuhan yang menciptanya.

Alam termasuk dunia adalah ciptaan Allah. Antara tujuan diciptakan alam adalah untuk memperlihatkan tanda kebesaran Allah.

Kehidupan pula dilihat sebagai anugerah Allah kepada makhluknya. Islam melihat kehidupan bukan sahaja di dunia malah di akhirat..

Dunia dilihat sebagai medan dalam menentukan sama ada manusia berjaya dalam ujian yang ditetapkan Allah. Kejayaan mereka dilihat apabila berjaya mengenal dan menyembah Tuhan pencipta alam.

Mengenai balasan baik untuk orang Islam ia adalah benar. Ini kerana Islam itu sendiri bermaksud penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

Dengan kata lain, orang Islam benar-benar mematuhi segala perintah Allah yang disampaikan para nabi terutama Nabi Muhammad s.a.w.

Setiap orang menyakini adanya Tuhan yang satu, kenabian Nabi Muhammad s.a.w dan hari akhirat.

Balasan neraka diterima orang bukan Islam adalah benar. Begitu juga kepada orang Islam yang derhaka. Balasan sedemikian setimpal dengan segala kepercayaan dan perbuatan mereka.

Seperti yang diterangkan di atas, semua manusia diberi Allah akal dalam mencari dan mengenal kebenaran. Mereka diberi kebebasan sepenuhnya berbanding dengan makhluk lain. Manusia itu disebut sebagai 'rational being' (makhluk yang berakal). Sekiranya orang bukan Islam melakukan kebaikan di dunia seperti tidak pernah menganiayai orang, malah tutur kata dan sifat peribadinya baik, jika dibandingkan sesetengah orang Islam yang hanya pada nama, itulah dianjurkan Islam dan agama lain.

Manusia pada asalnya adalah manusia moral (moral being). Bagaimanapun, Islam melihat ada dua perhubungan utama, iaitu hubungan sesama manusia dan dengan Allah Tuhan Pencipta alam dan manusia.

Manusia akan dinilai berdasarkan kedua-dua hubungan itu. Manusia yang jahil dan sombong sehingga menafikan Tuhan pencipta alam dimurkai Pencipta-Nya.

Berkenaan adanya manusia yang hidup terasing seperti Orang Asli, adalah menjadi kewajipan bagi masyarakat Islam untuk menyampaikan dakwah Islam kepada mereka.

Mereka juga seperti manusia lain dicipta Allah secara sempurna.. Dengan usaha yang gigih, mereka akan dapat memahami cara hidup beragama yang sebenar.

Agama Islam sesuai dengan fitrah semula jadi manusia. Dalam dunia global sekarang, Islam tidaklah asing kepada semua masyarakat manusia.

Seterusnya mengenai pembahagian manusia kepada orang Islam dan bukan Islam atau lebih tepat lagi orang beriman dan tidak beriman, semuanya diasaskan kepada kebebasan manusia memilih cara hidup.

Islam tidak memaksa manusia menganut ajaran Islam. Ajaran Islam diasaskan atas dasar penyerahan diri secara sukarela kepada Allah Tuhan Pencipta segala makhluk.

Perkara ini jelas apabila al-Quran menegaskan, maksudnya: "Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu telah datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah." (al-Quran, al-Kahfi (18): 28)

Mengenai rahmat Allah hanya kepada orang Islam, itu tidak sepenuhnya benar. Terdapat dua kategori rahmat, iaitu rahmat umum dan rahmat khusus.

Rahmat umum dirasakan kepada seluruh alam dan makhluk kerana semuanya dijadikan Allah itu Tuhan sekalian alam dan segala makhluk. Cuba perhatikan keadaan sekeliling, diri sendiri, betapa nikmat dan rahmat yang manusia dapat.

Udara, alam sekeliling, anggota tubuh dan sebagainya semua adalah rahmat dan rahmat Allah.

Bagaimanapun, rahmat khusus hanya dapat kepada orang yang beriman terutama di akhirat nanti. Ini kerana mereka benar-benar beriman dan melaksanakan segala perintah Allah secara sukarela dan penuh ketaatan.

Adalah adil sekiranya Allah memberi, mengekalkan dan menambah lagi rahmat dan nikmat di akhirat nanti. Antaranya nikmat syurga dan melihat Allah.

Ini sesuai dengan nama dan sifat Allah, ar-Rahman dan ar-Rahim sebagaimana dalam basmalah, iaitu "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihi."

Islam datang membawa rahmat kepada seluruh alam. Risalah Nabi Muhammad s.a.w kepada penduduk dunia seluruhnya sebagai rahmat dan nikmat yang besar. Ini jelas apabila Allah berfirman, maksudnya:

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadikan rahmat bagi sekalian alam." (al-Quran, al-Anbiya'(21): 107)

Dengan menerima ajaran Islam yang disampaikan Nabi Muhammad, manusia akan selamat di dunia dan akhirat. Sesiapa yang kufur dan ingkar mendapat 'kecelakaan' di dunia dan akhirat.

Pembahagian manusia berdasarkan jantina lelaki dan perempuan, malah lahir pelbagai bangsa dan suku puak, semuanya ada hikmah tertentu.

Ia terutama bagi umat manusia menjalin hubungan yang sihat antara satu sama lain, seperti kenal mengenali dan bantu membantu.

Allah berfirman, maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah mencipta kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya." (al-Quran, al-Hujurat (49): 11)

Sememangnya Allah berkuasa menjadikan mereka umat yang satu. Allah berfirman, maksudnya: "...Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu..." (al-Quran, al-Maidah (5): 48)

Malah Islam melihat semua manusia berasal daripada keturunan yang satu iaitu Adam dan Hawa. Allah berfirman, maksudnya: "Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan membiakkan daripada keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai." (al-Quran, al-Nisa'(4): 1)

Khamis, 21 Mei 2009

GEMPA BUMI DI MEKAH


KOSMO,KHAMIS,21 MEI 2009

RIYADH - Perkhidmatan pemantau gempa bumi Arab Saudi menggesa penduduk di beberapa buah kampung di barat negara itu berpindah selepas gegaran berukuran 5.39 pada skala Richter dikesan berlaku.

Pusat Gempa Bumi dan Gunung Berapi Kebangsaan Arab Saudi menyatakan dalam satu kenyataan bahawa satu gempa bumi yang berlaku menjelang Subuh itu tidak menyebabkan kerosakan, kematian atau kecederaan.

Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan semalam meminta penduduk di lima buah kampung di barat kota Mekah supaya berlindung di khemah-khemah perlindungan yang dibina oleh pihak berkuasa.

Stesen-stesen televisyen Arab melaporkan bahawa kebanyakan penduduk sudah berpindah ke pusat perlindungan itu.

Pihak berkuasa turut mengedarkan topeng perubatan selepas orang ramai membuat aduan mengenai bau yang tidak menyenangkan akibat gempa bumi itu.

Sebelum ini, gempa bumi berukuran 4.9 pada skala Richter turut dikesan berlaku di kawasan sama. - AP

Rabu, 20 Mei 2009

RAKYAT AFGANISTAN DERITA MENTAL


Berita Harian, Rabu, 20 Mei 2009

Dalam tempoh 30 tahun kebanyakan penduduk saksikan pelbagai keganasan akibat perang

DI sebuah hospital bercat putih di pinggir Kabul, kelihatan sekumpulan doktor bertungkus lumus menyelesaikan masalah paling besar melanda rakyat Afghanistan - penyakit mental.

Langsir tergantung di pintu masuk bagi mengelak udara sejuk yang menggigit tulang, manakala pesakit bersama keluarga yang datang melawat, memenuhi wad terbuka itu.

Data kajian Kementerian Kesihatan Afghanistan menunjukkan kira-kira 66 peratus rakyat negara itu mengalami masalah kesihatan mental.

Malangnya hospital di pinggir Kabul itu adalah satu-satunya kemudahan di Afghanistan yang dikhususkan bagi menangani masalah penyakit mental dan ia hanya mempunyai 40 katil.

Pakar psikiatri hospital itu, Dr Musadiq Nadimee menunjukkan wajah bimbang ketika beliau memandang sekeliling.

“Hospital ini hanya merawat kes rumit yang dirujuk kepada kami dari seluruh negara,” katanya sambil mengangkat bahu.

Seorang bapa yang berada di hospital itu mengaku, anak remajanya, Hamida mengalami skizofrenia.

“Keadaannya semakin baik sejak dirawat di hospital ini,” katanya.

Bagaimanapun kebanyakan pakar bersetuju bahawa masalah dan penyakit mental yang dihadapi penduduk Afghanistan sebenarnya jauh lebih berat berbanding apa yang mereka pernah temui di hampir semua negara lain.

Penduduk negara itu mempunyai terlalu sedikit rasa percaya antara satu sama lain. Kadangkala perbuatan kejam yang dilakukan oleh satu pihak hanya dianggap cara hidup biasa di negara itu.

Seorang wartawan tempatan, Hanif Sherzal berkata, Afghanistan adalah sebuah negara yang dipenuhi trauma. Dalam tempoh 30 tahun, beratus ribu rakyat negara itu terbunuh dan kebanyakan penduduknya menyaksikan pelbagai bentuk keganasan pada satu peringkat kehidupan mereka.

“Rakyat Afghanistan terus mengalami trauma dengan pengalaman silam dan keganasan yang berterusan. Kebanyakan mereka tidak berasa selamat dan beranggapan tiada siapa peduli keselamatan mereka,” katanya.

Malah kata Hanif mereka yang mempunyai kesihatan fizikal yang baik dan tinggal di tempat selamat terus menerus mendengar berita buruk hampir setiap hari dan ini juga menjejaskan kehidupan mereka.

Pegawai kesihatan berkata kebanyakan masalah mental yang berlaku dikaitkan dengan pengalaman yang dilalui penduduk Afghanistan.

Mereka turut mengakui bahawa negara itu tidak mempunyai kemudahan yang cukup atau doktor untuk menangani kes paling serius.

Masalah kesihatan lain seperti kematian ibu dan bayi mendapat lebih perhatian.

Bagaimanapun penasihat kanan kepada menteri kesihatan, Dr Abdullah Fahim berkata jika masalah kesihatan mental tidak ditangani segera, ia akan memberi kesan buruk kepada kehidupan sosial penduduk Afghanistan.

“Penduduk saling tidak mempercayai manakala perbuatan kejam dilihat sebagai perkara biasa. Jika ini berterusan masa depan penduduk dan negara ini akan gelap,” katanya.

Berikutan kurang memahami, ramai penduduk Afghanistan yang menderita penyakit mental, dianggap terkena sihir.

Sebilangan mereka dirantai di dalam bilik serta gua atas alasan anggota keluarga percaya jin atau roh jahat meninggalkan tubuh.

Namun bagi yang lain, keluarga tidak mempunyai pilihan kecuali membiarkan mereka begitu saja selepas tidak lagi dapat menangani atau membeli ubat untuk merawat penyakit yang dialami.

Namun ada sejumlah kecil pesakit mental kini dijaga badan amal tempatan,

antaranya termasuk sebuah yang dikendalikan Pertubuhan Bulan Sabit Merah.

Pengarahnya Mohammed Zahaid menceritakan mengenai kisah seorang wanita yang enggan makan dan minum selama beberapa hari. Wanita sebaliknya asyik menangis dan menyebut nama bekas presiden Afghanistan Najibullah.

Apabila seorang pekerja membawa gambar bekas presiden itu, wanita berkenaan ceria kembali dan mula mahu makan dan minum.

Bagaimanapun wanita berkenaan mungkin salah satu daripada sejumlah kecil kes pesakit yang bernasib baik.

Di negara yang dilanda terlalu banyak masalah seperti Afghanistan isu kesihatan mental semakin dilupakan.

AKAL PEMIMPIN, NAFSU TAWANAN?

NAFSU adalah musuh manusia. Ia menjadi laluan syaitan untuk melalaikan dan menyesatkan manusia. Sebab nafsu, manusia boleh menjadi tamak haloba, hilang sifat kemanusiaannya hingga sanggup menipu, menyakiti dan mencederakan orang.

Apabila nafsu menguasai diri, ibarat akal yang sudah di bawah pengaruh ganja, hilang belas kasihan apabila sudah gian hingga sanggup berbuat apa saja, hatta membunuh orang lain.

Sejak kecil lagi anak dibekalkan dengan nafsu, ada yang positif dan ada yang negatif. Nafsu perlu dididik sejak kecil dan ibu bapalah yang patut memainkan peranan itu, menyesuaikan dengan kebaikan.

Imam Al-Ghazali pernah menyarankan, agar anak tidak dimuakan (dimanjakan) dengan kesenangan yang akan menggemukkan hawa nafsu.

Sesekali, biarlah anak berasa sedikit kesukaran dalam kehidupannya. Jangan pula berkata: “Biarlah, itukan budak-budak, nanti besar dididiklah.”

Ini sebenarnya pendapat yang salah kerana hakikatnya jika kecil payah dididik, apabila remaja atau dewasa lagilah sukar. Ini kerana nafsu tua mengikut tuannya, lebih meningkat umur, lebih payah dibentuk dan dididik.

Fahamkan kepada anak sejak dari kecil mengenai nafsu jahat dan baik. Biasakan anak dengan tuntutan syariat seperti solat, puasa dan bab aurat, supaya ia menjadi suatu kebiasaan dan tabiat.

Bantulah anak menahan nafsu yang negatif kerana kegagalan mendidik nafsu anak sejak dari awal, lahirlah manusia dewasa yang berbangga dengan maksiat dan kemungkaran dilakukannya tanpa secebis rasa kekesalan terhadap apa dilakukannya.

Zaman remaja adalah waktu di mana cabaran hawa nafsunya amat besar, lebih-lebih lagi dugaan dan godaan sekeliling amat hebat, dengan gadis yang menawan, pusat hiburan di sana-sini, pengedar dadah bertebaran mencari mangsa, kekayaan dan kemewahan dengan cara salah, kecanggihan Internet yang tidak bertapis dan macam-macam lagi.

Remaja yang tidak ada ‘back up’ (pelindung) iman dalam dirinya akan mudah tewas dan hanyut dengan gelombang nafsunya. Tetapi, remaja berjiwa Islam akan membezakan perkara yang makruf (baik) dan yang mungkar (jahat).

Abdullah bin Mas’ud, seorang sahabat Nabi s.a.w berkata: “Binasalah orang yang tidak membezakan yang makruf dengan yang mungkar.”

Jangan nanti pula semuanya disapu, yang baik dilakukan tetapi yang mungkar tidak ditinggalkan. Jika begitu akan berlaku kecelaruan dalam hidup.

Senjata menghadapi nafsu adalah Islam, iman, akal dan ilmu. Sebagaimana kata-kata seorang cendekiawan Islam: “Beruntunglah orang yang menjadikan akalnya sebagai pemimpin serta nafsu sebagai tawanan dan rugilah orang yang menjadikan nafsunya sebagai pemimpin serta akalnya sebagai tawanan.”

Justeru, tepuk dada tanya iman. Apakah iman kita mampu mengekang nafsu atau kita hanya mengikut kata nafsu?

HENDAK PUJI ATAU HUKUM?

MyMetro, Rabu, 20 Mei 2009

MENDIDIK anak untuk cemerlang memerlukan ilmu keibubapaan selain naluri kemanusiaan.
Jika anda memahami mengapa seseorang anak melakukan sesuatu perkara, pasti lebih mudah anda merangka penyelesaian menangani dan menasihati mereka. Cara terbaik ialah meletakkan diri anda di tempat mereka dan tanya diri sendiri kenapa aku melakukannya begini.


Gambar Hiasan

Satu perkara yang anda perlu faham mengenai tingkah laku adalah:

Semua tingkah laku adalah untuk kebaikan diri sendiri. Mungkin tingkah laku anak anda tidak seiring adab sopan, peraturan atau disiplin tetapi percayalah mereka melakukannya kerana ada sesuatu yang mereka cari untuk kepuasan diri sendiri. Selepas memahami 'hukum' ini anda perlu memikirkan sama ada anak perlu dipuji atau dihukum. Ini penting bagi melahirkan anak yang positif minda.

Namun, tidak ramai ibu bapa tahu bagaimana memuji atau menghukum anak. Kadang kala pujian ibarat melepaskan batuk di tangga.Ada ketikanya hukuman tidak setimpal, tidak adil dan terlalu mengikut perasaan. Ini menyebabkan anak tidak mendapat pengajaran daripada kesalahan itu.

Hukuman terdiri dalam pelbagai bentuk:

1. Dimarahi dengan kata-kata tetapi tidak menyentuh sifat anak, hanya menyentuh tingkah laku mereka.

2. Dipukul sedikit (bagi anak-anak yang belum remaja).

3. Didenda melakukan kerja-kerja rumah.

4. Disekat sementara dari mereka menikmati hiburan kegemaran atau keluar bersama rakan-rakan.

5. .Dikurangkan wang saku untuk tempoh tertentu.

Adalah penting hukuman diberikan selepas anak-anak dimaklumkan kesalahan mereka. Jika kesalahan pertama, jangan terus dimarahi atau didenda.Namun, beritahu anak hukuman bakal menimpa mereka jika mengulangi kesalahan yang sama.

Untuk memuji dan memarahi atau menghukum secara berkesan, anda boleh menggunakan kaedah ini:

1. Maklumkan kepada anak-anak, sejak awal bahawa anda sentiasa melihat dan memberitahu mereka mengenai perkembangan tingkah laku mereka. Nyatakan bentuk ganjaran atau hukuman bakal diterima.

2. Pujian dan hukuman mesti disegerakan.

3. Beritahu kebaikan atau kesalahan secara terperinci.

4. Nyatakan dengan jelas perasaan anda dan kesan tingkah laku mereka terhadap maruah keluarga.

5. Diam seketika agar anak anda dapat memahami dan merasakan sama apa yang anda rasai.

6. Jika mahu memuji, galakkan anak-anak mengulangi tingkah laku baik itu. Jika ia suatu hukuman, pastikan anak anda tidak mengulanginya. Beritahu hukumannya jika mengulangi perbuatan itu.

7. Lihat mata anak ketika anda bercakap dan sentuh mereka bagi membina keyakinannya.