Selasa, 16 Jun 2009
TELAN PIL PERANCANG JADI WANITA
Oleh NORAINI NORDIN
pengarang@utusan.com.my
Utusan Malaysia, 15 Jun 2009,Isnin
KUALA LUMPUR 14 Jun – Obses untuk menjadi ‘wanita’, golongan lelaki lembut dan mak nyah kini cenderung makan pil pencegah hamil kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya ia boleh merealisasikan impian mereka menjadi wanita.
Mereka beranggapan, amalan pil perancang boleh merubah tubuh menjadi seperti ‘wanita’. Payu dara membesar umpama gadis. Kulit yang kasar akan menjadi halus dan gebu. Suara parau boleh bertukar merdu serta lunak. Otot-otot sasa pada badan bakal pula hilang lalu bertukar menjadi seksi.
Trend mengambil pil pencegah hamil sebagai alternatif ‘bajet murah’ untuk memiliki tubuh seperti ‘wanita’ ini dikatakan sudah menjadi amalan golongan itu sejak lima tahun lalu.
Ubat-ubat tersebut bukan sahaja diambil oleh golongan mak nyah dan lelaki lembut berusia lebih 40-an tetapi sudah menular di kalangan mak nyah yang masih menuntut..
Mereka tidak takut ‘mempertaruhkan nyawa’ serta menjadikan tubuh sendiri umpama ‘bahan uji kaji’ dengan mencuba pelbagai jenis pil pencegah hamil.
Pemantauan Utusan Malaysia mendapati terdapat lebih 50 jenis ubat pencegah kehamilan jenama popular yang dijual secara bebas di farmasi dan kedai runcit.
Antaranya ialah Nordette, Microgynon 30, Gynera, Marvelon,Nordiol, Rigevidon, Minutet, Mercilon dan Jasmine.
Harga ubat-ubatan tersebut cukup murah iaitu cuma RM9.90 untuk 30 kapsul.
Ada juga menggunakan ubat pencegah hamil yang dijual di pasar malam dan kaki lima oleh warga asing.
Walaupun belum ada perangkaan terkini jumlah mak nyah di negara ini, namun pada Julai 2005, Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chew Mei Fun ada menyatakan jumlahnya kira-kira 10,000 orang.
Bilangan tersebut diperoleh daripada kajian yang pernah dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia.
Ekoran sikap `terbuka’ masyarakat terhadap mak nyah, golongan tersebut kini dilaporkan semakin meningkat dan mereka semakin teruja untuk memiliki tubuh wanita bagi melengkapkan lagi penampilan supaya mudah mencari pasangan hidup.

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan