Sabtu, 9 Julai 2011
RENUNGAN
*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
TANDA-TANDA HATI YANG KERAS
1.Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.
2.Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
3.Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat.
4.Kurang mengagungkan Allah.
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.
Hisablah hari pertama, semoga hari yang kedua kita
lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang
kedua.
" Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka
ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut.
Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi
kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu
kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di
waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada
Allah ( beribadat ) di sepertiga malam dan yang
kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis
orang-orang yang soleh."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan