Rabu, 3 Ogos 2011

Hukum Membuka Aurat Ketika Mengurut atau Massage

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Soalan:
Apakah hukum membuka aurat yakni bahagian sulitnya ketika mengurut atau massage? dengan menganggap mengurut itu juga salah satu proses penrubatan? Disamping pengurut itu akan menyentuh aurat ketika proses pengurutan. Apakah perkara ini harus dengan menganggap ia termasuk di dalam dharurat, dan apakah pula had dharurat di sini? apakah boleh dikira mengurut seperti ini merupakan satu proses perubatan? dan apakah orang yang melakukan tugas ini dikira seperti doktor?
Jawapan:
oleh: al-Syeikh Dr. Salman bin Fahd al-’Audah

Membuka aurat suatu perbuatan yang tidak dibenarkan melainkan kepada isteri atau hamba, kecuali disebabkan dharurat yang tidak dapat dielakkan.
Tidak ada keraguan bahawasanya mengurut bukanlah satu dharurat yang membolehkan membuka aurat. Kerana itu, tidak boleh seseorang menyentuh aurat orang lain berdasarkan firman Allah swt:
قل للمؤمنين يغضوا من أبصارهم ويحفظوافروجهم ذلك أزكى لهم إن الله خبير بما يصنعون وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن ويحفظن فروجهن
Maksudnya: “Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya ALlah maha mengetahui apa yang mereka lakukan, dan katakanlah kepada orang-orang wanita yang beriman hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka.” (al-Nuur: 30-31)

Dan di dalam sahih Muslim (338):
نهى رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أن ينظرالرجل إلى عورة الرجل, أو تنظر المرأة إلى عورة المرأة
Maksudnya: “Rasulullah saw melarang seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, atau seorang perempuan melihat aurat perempuan yang lain.”

Maka larangan di sini menunjukkan pengharaman. Jika seorang lelaki dilarang dari melihat aurat lelaki yang lain, maka termasuk dalam perkara yang lebih utama, dia juga dilarang dari melihat aurat seorang perempuan yang lain, demikian juga halnya dengan perempuan.”

0 comments: