Selasa, 18 Disember 2012

Aku Kembara...

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

 Assalamualaikum wbt..


Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb...
Aku HambaMU..
Aku Kembara..
Kembara di perjalananMU..
Perjalanan penuh liku..
Liku menguji berat timbangan kebajikan..
Berjasad meredah penuh takwa...


Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb..
Aku HambaMU..
Aku Kembara..
Berpaksikan Kalammullah dan Hadis..
Ayuh teruskan perjalanan..
Agar diri teguh iman..
Tidak tergelincir walau sedetik...


Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb..
Aku HambaMu..
Aku Kembara..
Perjalananku terbabas diterjah ..
Terbabas penuh luka dosa..
Terhenti sejenak mencari arah..
Demi masa aku bangkit...


Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb..
Aku HambaMu..
Aku Kembara..
Tangan ke langit menagih hina.. 
Penuh mengharap Petunjuk, Redha, RahmatMU..
Agar kembara perjalanan..
 Penghujungnya Syurga yang hakiki..
InsyaALLAH.....

Nukilan Rasa...
AE....Khairunnisa.....Aku Rindu.....





Ahad, 25 November 2012

USRATI: Menakluk Hati

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Jumaat, 26 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Selamat Hari Raya Aildiladha ana ucapkan kpd semua tetamu teratak dan seluruh saudara kita semua..Moga erti korban atau pengorbanan memberi 1 seribu erti yang cukup bermakna kepada kita sebagai hambaNYA...Wassalam..

Sabtu, 29 September 2012

Usrati:Tauladan daripada Rumahtangga Rasulullah SAW

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***



-Ustazah Norhafizah Musa -

Perlukah Kita Akan HidayahNya?

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


"Ya Allah, ampunkanlah aku. Sesungguhnya aku tidak layak memasuki syurgamu, tetapi tidak pula aku sanggup menanggung seksa nerakamu. Engkau pimpinlah aku menuju ke jalan orang yang bertakwa iaitu orang yang mendapat hidayah. Istiqomahkanlah hati ini. Kurniakanlah bagiku keluarga, kekasih, dan sahabat daripada orang yang soleh dan solehah. Amin..."
Islam mendidik kita supaya berdoa dan beramal, agar Allah akan mengurniakan hidayah-Nya kepada kita agar kita sentiasa berada di atas jalan-Nya yang lurus, iaitu jalan yang diredhai Allah SWT. InsyaAllah...
Allah tidak pernah meletakkan kriteria dan syarat dalam menerima taubat hambaNya. Yakinlah, Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allah sangat menyukai apabila hambaNya merintih memohon taubat dariNya. Ketahuilah, kita sentiasa mempunyai ruang dan peluang untuk bertaubat meskipun sebesar mana dosa yang pernah kita lakukan. Maka manfaatkanlah ruang dan peluang taubat itu dengan sebaiknya sebelum kita dipanggil menuju ke destinasi sebenar.
Teringat mutiara kata yang telah dinukilkan oleh ustaz Pahrol Muhd Juoi dalam penulisannya :-
"Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajarku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajarku erti raja' (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajarku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) ."
Hidayah dan taubat tidak dapat dipisahkan. Ibarat irama dan lagu. Apabila seseorang itu bertaubat kepada Allah S.W.T, sudah pasti dia telah menerima hidayah daripada Allah. Begitu juga apabila seseorang itu telah mendapat hidayah daripada Allah, pasti dia akan bertaubat kepada-Nya.
Agaknya sudah berapa kali kita dipilih oleh Allah untuk diberikan hidayah oleh-Nya?, Tapi, entah sudah keberapa kali juga kita menolaknya, dan agaknya berapa kali lagi kita akan dipilih dan terus menolaknya? Itupun sekiranya Allah masih memberikan kita peluang untuk merasai nikmat hidayah-Nya. Bagaimana sekiranya hidayah itu tidak pernah kunjung tiba lagi?
Sedarkah kita dengan kehadiran hidayah Allah buat kita?
Pernahkah kita terfikir,bahawa setiap detik dalam kehidupan ini Allah S.W.T ada memberi 'hint' hidayah-Nya kepada kita?
Sempurnakah hidayah Allah buat kita?
Seandainya kita telah dikurniakan hidayah oleh Allah adakah diri kita telah bersyukur dengan pemberian-Nya?
Adakah akhlak kita selama ini selari dengan kurniaan hidayah Allah buat kita?
Itu antara persoalan yang wajib kita tanyakan pada hati kita dalam setiap detik kehidupan. Allah SWT memberikan hidayah kepada hamba-Nya dengan pelbagai cara tanpa kita sedari. Ada orang dia mendapat hidayah ketika memandu, ada orang dia mendapat hidayah ketika sedang makan, dan tidak ketinggalan juga ada orang yang mendapat hidayah ketika sedang membeli-belah di 'shopping complex'. Ini menunjukkan bahawa Allah SWT berhak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya walaupun dalam apa jua keadaan sekalipun.

Apabila Allah SWT telah memberi hidayah kepada kita,kemudian Allah SWT nak jadikan kita orang yang baik Allah tak bagi dengan percuma begitu sahaja tapi Allah akan bagi kita 'faqih'. Faqih bermaksud faham apa yang Allah nak,apa yang Rasul nak,dan apa yang agama nak sebenarnya. Ada orang apabila dia telah mendapat hidayah,dia tak tahu apa yang agama nak sebenarnya, sebab itu kalau kita nak rasa Allah sayang dekat kita, bukan dengan kita mendapat sesuatu habuan di dunia, tetapi apabila Allah memberi rasa taat kepada Dia, satu hari kita rasa seronok untuk dengar kuliah, satu hari kita rasa rajin untuk mendengar peringatan-peringatan daripada Allah boleh jadi itu sebabnya Allah nak jadikan kita orang yang baik. Boleh jadi kita digolongkan oleh Allah dalam kalangan orang yang Allah kasih dan Allah sayang.
Betulkah Allah sayangkan kita. Kalau Allah sayangkan kita, mengapa kita masih lagi begini?. Ajal maut tak menunggu kita walaupun sesaat. Tidak, kita harus melakukan sesuatu. Allah berikan kita nyawa, dan haruskah kita menggunakan nyawa kita, hayat kita untuk perkara sia-sia? Allah berikan nyawa untuk kita pada-Nya.
Pentingkah hidayah buat diri kita?
Secara umumnya manusia mempunyai dua hajat.
1) Hajatnya kepada dunia
Sesungguhnya manusia itu, sangat memerlukan agama sebagai meraih tuntutan fitrah yang ada.  Tatkala seseorang manusia itu diuji dengan musibah sebagai contohnya, lantas secara lumrahnya ia akan memerlukan suatu kuasa yang dapat membantunya. Umpama seorang yang berada di lautan seorang diri, maka ia sangat berhajat kepada sesuatu yang dapat menolongnya untuk kembali semula ke darat.
Demikianlah juga, Allah berikan rasa keinginan dan kecintaan kepada sesuatu. Memerlukan makanan, minuman, pakaian dan pelbagai lagi keperluan fitrahnya. Ia berkeinginan untuk berpasangan dan memiliki zuriat untuk meneruskan keberlansungan kehidupan. Cintakan kecantikan, keindahan, kebaikan dan kebahagiaan.
Apabila manusia dahaga Allah memberi manusia minum seperti firman-Nya:-
"Dan Kami menurunkan hujan daripada langit"
(Surah al-Baqarah ayat 164)
Apabila manusia lapar,Allah memberi manusia makanan .Firman-Nya:-
"Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untukmu"
(Surah al-Baqarah ayat 29)
Lelaki memerlukan wanita sepertimana wanita memerlukan lelaki, maka kerana fitrah itu jugalah Allah jadikan pernikahan sebagai meraih rasa fitrah hamba. Apabila manusia itu ingin bergerak, Allah berikan pula padanya kenderaan daripada pelbagai jenis haiwan tunggangan. Ini semua adalah antara hajat-hajat manusia ketika mereka berada di dunia. Apabila manusia berada di dunia dia memerlukan semua ini, dan Allah memenuhi segala hajat manusia. 
Namun sebaik-baik hajat itu adalah berhajatkan kepada Hidayah  dan redhaNya Allah SWT. Hanya dengan hidayah Allah itu manusia akan lebih selamat dan aman bukan sahaja di dunia bahkan akan merasa lebih selamat ketika berada di alam akhirat kelak.
2) Hajatnya kepada akhirat
Manusia apabila berada di akhirat, lebih berhajat kepada pertolongan Allah SWT. Dan inilah  yang dinamakan sebagai Rahmat Allah SWT. Walau pun sewaktu di dunia dia adalah seorang sultan, raja, hartawan atau pun orang kenamaan, tidak akan  dapat menyelamatkan dan dapat melepaskan dirinya daripada siksaan Allah SWT melainkan dengan adanya rahmat Allah SWT.
Allah berfirman di dalam kitabNya yang bermaksud;-
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu, Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberian-Nya"
(Surah al-Imran ayat 8)

Sahabat-sahabat semua, apabila kita berhajat kepada redha Allah, hidayah Allah maka pertama sekali mahu tidak mahu kita mestilah mengutamakan hak-hak Allah SWT dalam kehidupan kita. Melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya. Semoga dengan kita mengutamakan Allah dalam segenap kehidupan kita, Allah sudi memandang kita di akhirat kelak. Mudah-mudahan dengannya, Allah juga sudi memberi Rahmat dan pertolonganNya kepada kita ketika  berada di alam akhirat kelak. 
Ingatlah, Allah tidak memerlukan kita tetapi kitalah yang memerlukanNya!
Biodata Penulis
Manisah Jahari merupakan salah seorang Pelajar Diploma Tahfiz Wal Qiraat Di Kolej Hafiz.

Rabu, 19 September 2012

Kitab Muhimmah:Kebinasaan pada laki-laki yang berkahwin- Ustaz Kazim Elias

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***




Teknik Dakwah (Ustaz Kazim Elias)

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Rabu, 5 September 2012

Bila Kawin??

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Pada saat usia mencecah alam dewasa, pastinya persoalan jodoh merupakan salah satu perkara yang amat mengusutkan fikiran kita. Soalan-soalan yang dilontarkan oleh insan sekeliling biarpun secara gurauan terasa sangat menyentap perasaan. Bila berseorangan, kita rasa kurang keyakinan, rasa serba kekurangan, malu dan tertekan...
Ketika berkumpul bersama kawan-kawan, ramai antara mereka yang sudah menimang cahaya mata, sedangkan kita hanya mampu memandang dan bermonolog dalam hati, "Bilakah waktunya untuk aku mengalaminya juga..." Hati rasa lebih tersentuh apabila ibu dan ayah kita memeluk dan mencium anak orang lain. Kita faham itu petandanya mereka sangat mendambakan cucu mereka sendiri...
Tapi itu semua kehendak Allah, bukan kehendak kita. Tiada siapa pun dalam dunia ini yang mahu hidup berseorangan. Namun kita harus akur dengan takdir Allah yang masih belum mengizinkan kita untuk bertemu jodoh. Kita harus berikhtiar, bersabar dan jangan sesekali berputus asa. Kerana jodoh itu rahsia Allah. Bila, siapa, di mana dan bagaimana, itu semua hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Dalam menghadapi saat ini, usahlah diturutkan sangat dengan tekanan perasaan dek sindiran insan sekeliling. Tapi cubalah ikhtiar dan muhasabah diri kita. Adakah sudah cukup usaha dan ikhtiar kita dalam mencari jodoh? Adakah kita pernah minta pada Allah supaya diringankan jodoh pada setiap kali sujud kepadaNya? Berapa kali kita bangun dan bersolat hajat pada malam hari memohon dipermudahkan jodoh? Pernahkah kita solat sunat Dhuha, memohon limpahan rezeki berupa jodoh yang baik dan keluarga yang sakinah? Berapa kali kita solat taubat, memohon keampunan agar doa kita untuk mendapat jodoh tidak terhalang disebabkan dosa-dosa silam kita? Dan cukupkah ikhtiar kita dengan solat istikharah agar tidak terburu-buru membuat keputusan dan pilihan hanya kerana terdesak?
Selain itu, cuba kita muhasabah diri kita. Adakah ikhtiar kita selama ini menepati syariat yang digariskan oleh Allah? Adakah kita sudah menahan diri daripada bergaul bebas dengan mereka yang bukan mahram? Adakah kita sudah menjaga diri daripada berhias berlebih-lebihan hanya untuk menarik perhatian kaum lelaki? Seandainya sudah menepati syariat tapi masih gagal, redha dan yakinlah bahawa Allah telah merancang yang terbaik buat kita. Teruskan usaha dan bersabarlah...

Namun di sebalik ikhtiar dan kesabaran, kita juga haruslah mengkaji apakah hikmahnya ujian Allah terhadap kita yang lambat jodoh. Mungkin kita hanya memandang kelebihan orang yang cepat jodoh; dapat menjadi ibu dan bapa lebih awal dan dapat melaksanakan sunnah lebih awal. Tapi sedarkah kita yang lambat jodoh masih juga punya kelebihan? Saat inilah masanya untuk kita berbakti kepada ibu bapa kita. Bila kita sudah berumahtangga, keadaan mungkin berbeza kerana terpaksa membahagi masa untuk keluarga sendiri dan juga untuk ibu bapa. Saat ini jugalah masanya untuk kita menimba ilmu sebanyak-banyaknya. Dalami ilmu agama, ilmu untuk menguruskan rumahtangga dan ilmu untuk mendidik anak-anak agar kita lebih bersedia apabila tiba saatnya nanti.
Akhir sekali, usahlah bersedih hati. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jaga iman dan hati agar tidak tertipu dengan hasutan nafsu. Jaga maruah seorang wanita; jangan sampai nasibnya menjadi seperti epal yang masak ranum di puncak pohon, tapi akhirnya gugur ke bumi lalu membusuk dan tidak berguna hanya kerana tiada yang sudi memetiknya...

Sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/remaja-a-cinta/4909-qbila-awak-nak-kahwinq.html?fb_action_ids=4410376655506&fb_action_types=og.likes&fb_source=aggregation&fb_aggregation_id=288381481237582

Jumaat, 3 Ogos 2012

Pengurusan Akhirat

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
Ustaz Abdullah Al-Amin Kuliah Magrib di Surau Al- Ittihadiyah, Seksyen 9,Shah Alam

Tahsinul Ibadah

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
Tahsinul Ibadah. Ustaz Fadzli Al-Yamani

Khamis, 2 Ogos 2012

Usrati: Daurah Ramadhan

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Usrati:Tauhid, Tasbih, Tunduk

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
Usrati . Ustazah Norhafizah Musa

Ahad, 22 Julai 2012

Usrati: Terapi Sujud

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Khamis, 19 Julai 2012

Harapan Ramadhan

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***





P/S: Sempena ramadhan yg bakal tiba, ana ingin memohon ampun dan maaf andai ada kiflah yang dilakukan, pernah mengguris hati, atau pernah membuat sesiapa terasa, samada secara sengaja atau tidak. Halalkan makan minum atau segalanya yang berkaitan. Minta maaf semua dan  selamat berpuasa. Semua yg baik datangnya dari Allah, dan segala kekurangan adalah dari diri ana sndiri.Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya dan sama-sama kita manfaatkan Ramadhan kali ini untuk kita memperbaiki diri dan amal ibadat serta lebih menggandakan amal ibadat agar kita mnjadi salah seorang ahli di Jannah kelak...insyaAllah...

Pengajaran:Sedekah, Keikhlasan, Keberkatan, Hikmahnya

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

                    KISAH TELADAN : Harga Segelas Susu

Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

"Kakak, boleh berikan saya segelas air?"

 Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu. "Tunggu sebentar ya." Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah. 

"Berapa ya saya berhutang dengan kakak?" katanya sambil menyeluk saku poketnya. 

"Tak perlu bayar."

" Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran."

"Kalau begitu bayarlah dengan ucapan 'Alhamdulillah' dan terima kasih."

"Okey, Alhamdulillah. Terima kasih kakak."

Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya. 

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di bandar tersebut, dengan kelolaan doktor pakar. Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah dimamah usia. 

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis. 

Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu.
Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.

Pengajaran : Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan kita.

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 41
Disalin-tampal dari Facebook "Izinkan Saya Share" 

Isnin, 16 Julai 2012

Perkara yang Merosakkan Amalan

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Sabtu, 7 Julai 2012

Usrati : Nilai Hati Dalam Rumah Tangga

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***





P/s:InsyaAllah..ana akan cuba masukkan usrah-usrah pendek sebagai halwa untuk para tetamu.
walaupun pendek dan ringkas perbincangan dari radio IKIM ni, diharapkan ianya memberi manfaat dan ilmu berguna kepada kita semua .InsyaAllah..Sama-sama kita ambil masa untuk muhasabah dan cermin balik diri kita untuk perbaiki diri agar menjadi seorang mukmin yang sejati, yang akan menjadi salah seorang yang mendapat janji Ya Rabb, iaitu Jannah .InsyaAllah

Jumaat, 6 Julai 2012

Doa Dhuha

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***





Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu 
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada 
hamba-hamba-Mu yang soleh



Lagu dan Lirik:BAZLI UNIC


p/s: Hari-hari ana dengar doa ni kat radio IKIM lebih kurang pukul 8.30 pagi sebelum ana sampai ke pejabat...
sama-sama kita amalkan agar dimurahkan rezeki kita..InsyaAllah. 

Khamis, 5 Julai 2012

Sya'ban

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Sahabat, hari ini sudah 14 Sya'ban & malam ini adalah Malam Nisfu Sya'ban -15 Sya'ban 1433- ツ.

Saya harap masih belum terlewat untuk saya berkongsi sedikit info tentang kelebihan malam ini;

1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini.

•••► Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: "Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb."
~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
- Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

◆ Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam² pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak.

✉>>> Amalan yang dianjurkan;

✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.

✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali.

✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dan lain-lain.

◆ Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم khusus pada malam Nisfu Sya'ban ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid'ah hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam ini.
--------------------------------------------------------------
2. Malamnya didirikan qiamulail (malam ini) & esok harinya (Khamis 15 Sya'ban = 5 Julai) berpuasa.

•••► Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya."
~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.
--------------------------------------------------------------
3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya'ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja.

* Sila semak kembali pada diri anda? Jika ada, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha & mohon kemaafan dengan orang yang kita buat salah terhadapnya.

•••► Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;

✖ 1. Orang yang melakukan syirik.
✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api).
✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa.
✖ 5. Orang yang ketagih arak. 

---------------------------------------------------------------
Selamat beramal ツ.

Sumber: via Syarifah Fatimah Al-Yahya
-HZ (i love Islam)

Ahad, 24 Jun 2012

Siri: Pengajian Fardu Ain-Kitab Muhimmah (Ustaz Kazim Elias)

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***





P/S: Membincangkan mengenai hukum-hukum wanita/ perempuan seperti aurat wanita.Sama-sama kita dengar dan mengamalkan amal makruf nahi mungkar.

Istikharah Cinta

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***






Bersaksi Cinta Diatas Cinta
Dalam Alunan Tasbih Ku Ini
Menerka Hati Yang Tersembunyi
Berteman Di Malam Sunyi Penuh Do'a


Sebut Nama Mu Terukir Merdu
Tertulis Dalam Sajadah Cinta
Tetapkan Pilihan Sebagai Teman
Kekal Abadi Hingga Akhir Zaman


Istikharah Cinta Memanggilku
Memohon Petunjuk-Mu
Satu Nama Teman Setia
Naluriku Berkata
 Dipenantian Luahan Rasa
Teguh Satu Pilihan
Pemenuh Separuh Nafasku
Dalam Mahabbah Rindu


Di Istikharah Cinta..

Sabtu, 23 Jun 2012

Masih belum mampu...

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Detik ini, terpanggil diri ana untuk menghasilkan article yang...lebih kepada luahan hati dan melepaskan kesedihan.Kerana apa? kerana ana masih belum mampu untuk mentarbiah dan berdakwah dalam erti kata lain menegur dan mengajak untuk kebaikan manusia di sekeliling ana.


Allah SWT berfirman : Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling  menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. ( Surah Al-'Asr ayat 1-3)


Ana bersedih bukan kerana manusia yang ana nasihati, tetapi, ana bersedih kerana diri yang masih banyak kekurangannya...Tingkah laku ana, percakapan ana, amal ibadat ana , belum mampu untuk membuatkan orang sekeliling ana untuk sama-sama kembara mencari erti hidup yang hakiki.  InsyaAllah, semangat ana tidak akan luntur, azam ana tidak akan luput, selagi kekuatan dan izin dariNYA, ana akan terus menjadi salah seorang mujahidah yang turut serta dalam menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran.


Oleh itu, ana perlu terus menggali ilmu , serta istiqomah mengamalkannya, memperbetulkan yang masih belum betul serta menyahkan segala sifat buruk. Hal ini kerana, teringat seorang ustazah telah mentarbiah ana, kenapa kita perlu sedih jika orang yang kita tegur tidak mahu solat (contohnya), jika orang yang kita tegur dan menasihati masih berdegil dan leka...jangan bersedih..teruskan usaha kita, kerana setiap kebaikan yang kita lakukan akan mendapat ganjaran dariNYA. Namun, kita perlulah mencermin diri kita agar dapat menjadi seorang hamba yang baik dipandangan Allah serta istiqomah mengerjakan kebajikan. Jika kita baik dipandangan Allah, secara tidak lansung, akan jadi baik di pandangan manusia lain. 


Mohonlah pada Allah tanpa jemu, mohon akan petunjuk dariNYA, sebagaimana kita mohon dalam Surah Al-Fatihah. Hal ini kerana, kita adalah manusia yang sentiasa memerlukan bimbingan dan diatur hidup olehNYA sejak Lauh Mahfuz. Pentingnya petunjuk untuk kita terus melangkah setapak ke setapak sambil memikul tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi. Sedarkah kita, jika kita sesat di dalam perjalanan sekalipun kita memerlukan signboard, bertanyakan orang dan secara modennya sekarang memerlukan bantuan GPS bagi yang mampu. Jadi, sedar atau tanpa sedar, Allah SWT mengkehendaki kita memohon petunjuk dariNYA setiap hari dalam surah Al-Fatihah yang kita baca saban waktu di dalam setiap rakaat solat kita. Subhanallah. Sama-sama kita hayati petikan Firman Allah SWT dalam surah Al-Fatihah..


5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. 
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus, 
7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Surah Al-Fatihah ayat 5-7)


Jangan kita anggap, cabaran dan dugaan yang hadir itu sebagai membebankan. Anggaplah segala cabaran yang hadir dalam hidup kita sebagai peringatan dan dugaan dariNYA serta petunjuk tersirat didalamnya. Jika ditimpa kesusahan, kesempitan, kesulitan atau kesakitan, jangan kita mengeluh dan bersedih. Hal ini kerana, setiap apa yang berlaku Allah SWT telah aturkan yang terbaik dan mengikut kemampuan kita agar setiap yang terjadi kita hadapi dengan penuh rasa sabar dan redha. Allah SWT berfirman: 


Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (Surah Az-Zariyat ayat 55)


Oleh itu, ayuh, sama-sama kita back to basic, hayati dan fahami kembali makna sebenar kalimah syahadah ke dalam hati, jiwa, jasad dan akal kita. Siapa kita dan apa peranan kita bernafas di bumi pemilikNYA? Kalam Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW adalah skema jawapan kepada persoalan ini. Rukun Iman dan Rukun Islam tanggungjawab wajib yang termaktub dalam diri setiap insan yang bergelar manusia ISLAM.


P/S:
1. Janganlah kita buruk sangka pada ALLAH, serta manusia lain.
2. Jangan ada sifat takut, benci, dengki, marah, dendam, tamak dan tahyul dalam diri.
3. Dengarlah IKIM FM radio yang mendidik. (ana tidak dibayar untuk mempromote...hehe)







Rabu, 20 Jun 2012

Perkara haram yang dianggap biasa .

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Pada zaman sekarang, bersalaman tangan antara laki-laki dengan perempuan hampir sudah menjadi tradisi. Tradisi hina itu meruntuhkan akhlak Islam yang mesti ditegakkan. Bahkan mereka menganggap kebiasaan itu jauh lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada syariat Allah yang mengharamkannya. Sehingga jika ada seorang daripada mereka berbincang tentang hukum sya...riat, dengan dalil-dalil yang kuat dan jelas, tentu serta merta ia akan menuduh anda sebagai kolot, ketinggalan zaman, kaku, susah untuk didekati, ekstrim, hendak memutuskan silaturrahim, menggoyahkan niat baik dan sebagainya.

Sehingga dalam masyarakat kita, berjabat tangan dengan sepupu, ipar, biras, isteri bapa saudara (mak saudara), suami ibu saudara (bapa saudara) lebih mudah daripada minum air.

Seandainya mereka melihat secara jernih dan penuh pengetahuan tentang bahaya persoalan tersebut menurut syara’ tentu mereka tidak akan melakukan hal tersebut.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)

Kemudian tidak diragukan lagi, hal ini termasuk zina tangan, sebagaimana disabdakan oleh Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Kedua mata berzina, kedua tangan berzina, kedua kaki berzina dan kemaluan pun berzina.” (Hadis riwayat Ahmad)

Dan, adakah orang yang hatinya lebih bersih dari hati Muhammad S.A.W ? Namun begitu, beliau mengatakan:

“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ahmad)

Beliau juga bersabda:

“Sesungguhnya aku tidak menyetuh tangan dengan wanita” (Hadis riwayat Ath Thabrani)

Dan dari Aisyah R.A, dia berkata:

“Dan demi Allah, sesungguhnya tangan Rasulullah S.A.W tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali, tetapi beliau membai’at mereka dengan perkataan.” (Hadis riwayat Muslim)

Hendaknya takut kepada Allah, orang-orang yang mengancam cerai isterinya yang solehah kerana tidak mahu bersalaman tangan dengan lawan jenis meskipun memakai alas hukumnya tetap HARAM.

Sumber: 
http://www.halaqah.net/

Rabu, 13 Jun 2012

Apabila terjaga ditengah-tengah malam

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***



p/s: Subhanallah..

Sifat putus asa tak ada jika percaya qada, qadar

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


MUDAH menyerah kalah adalah sifat mudah berputus asa yang wujud dalam diri seseorang apabila ditimpa pelbagai ujian. Sifat sebegini boleh melemahkan iman seseorang hamba dan oleh itu kita digalakkan mencontohi sifat Rasulullah SAW.

Ujian diturunkan Allah kepada hamba-Nya berbeza kerana ada diuji dengan kegagalan, penindasan, kekayaan, kemiskinan, kebahagiaan, bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan serta dosa. Sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian batu loncatan yang mengubah nasib menjadi yang baik kepada lebih baik daripada sebelumnya.
Seseorang itu perlu berusaha untuk mengubah nasib ke arah lebih baik dengan menjadikan kegagalan sebagai pendorong atau penguat semangat untuk bangkit semula membina kejayaan di masa depan.
Rasulullah SAW dan sahabat sentiasa bersemangat serta bersungguh-sungguh berdepan dengan ujian. Baginda tidak pernah berputus asa menyebarkan agama Islam walaupun mendapat tentangan daripada orang kafir. 

Baginda juga turut diuji dilahirkan sebagai yatim piatu, kemiskinan sehingga terpaksa menjadi pengembala kambing, kematian datuk, pak cik, isteri, anak lelaki dan banyak lagi peristiwa menduga keteguhan imannya. Walau apa juga rintangannya, Baginda tetap bersabar dan berdoa kepada Allah.

Orang yang mudah menyerah kalah dan berputus asa adalah seorang yang tidak sabar, tidak mensyukuri rahmat, nikmat serta tidak reda dengan takdir Allah. Justeru, hendaklah kita sentiasa tenang dan berlapang dada menempuh ujian.

Sebaliknya, seseorang itu perlu berusaha untuk mengubah nasib ke arah lebih baik dengan menjadikan kegagalan sebagai pendorong atau penguat semangat untuk bangkit semula membina kejayaan di masa depan. Pelaku dosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana keampunan Allah SWT kepada hamba-Nya sangat luas.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Az-Zumar, ayat 53) 

Allah sentiasa membuka pintu taubat dan mengampuni hamba-Nya yang melampaui batas terhadap diri mereka. Walaupun melakukan maksiat atau melanggar perintah-Nya, mereka tetap diberi peluang bertaubat serta kembali ke pangkal jalan.

Oleh itu, apabila tersedar daripada dosa yang dilakukan, kita haruslah bersegera memohon keampunan Allah kerana orang yang diselubungi dosa akan sentiasa merasa gelisah serta tidak bahagia hidupnya di dunia dan akhirat nanti.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada yang menimpa seorang mukmin daripada bala bencana ataupun kesukaran dan kerunsingan sehingga duri yang menyucuknya melainkan Allah akan menebus dengannya segala dosa-dosanya.”

Seseorang yang reda dengan qada’ dan qadar pastinya tidak mudah menyerah kalah. Jika ditimpa kesulitan, mereka akan menerimanya dengan tabah kerana sedar ada orang lain yang lebih sulit daripada dirinya. Kita perlu sedar setiap ujian atau cabaran pasti ada jalan keluar. Justeru, buang sifat mudah putus asa dan berusaha membina keyakinan diri dengan menyemai sifat sabar melalui contoh ditunjukkan Rasulullah SAW.

Sifat mudah putus asa hanya menunjukkan kelemahan kita yang akan menjejaskan imej Islam apabila orang Islam dikaitkan sebagai yang lemah. Teruskan usaha dan sentiasa bertawakal kepada Allah. Sifat mudah menyerah kalah tidak sepatutnya ada pada seorang Islam yang beriman kepada Allah dan meyakini kemampuan dimiliki untuk berdepan apa juga ujian mendatang. Di sebalik kesusahan akan ada kesenangan.




Sumber: Oleh Norul Aida Mohd Nor
                 bhagama@bhariian.com.my
                 2012/06/13

Sifat Tawadduk

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Assalamualaikum wbt

Manusia yang mencapai sifat redha dalam dirinya dan kebergantungan hanya pada Allah pastinya mempunyai sifat tawadduk dalam diri.Sifat tawadduk adalah sifat rendah diri. Sifat terpuji ini ada dikisahkan pada kita di dalam akhlak para nabi, sahabat dan orang-orang soleh.Pencapain sifat mulia ini dalam diri setiap insan didunia ini adalah antara salah satu pencapaian paling tinggi dalam dirinya. Hal ini kerana Allah SWT tidak suka kepada lawanan daripada sifat tawadduk iaitu sombong, takbur serta membangga diri seperti firmanNYA dalam surah Luqman ayat 18 iaitu...

“Dan janganlah kau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah kau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur, lagi membangga diri.” (Surah Luqman, ayat 18).

Tegahan dari Allah SWT JANGANLAH kita berlagak sombong dan takbur begitu nyata dalam firmanNYA diatas.Hal ini kerana sifat sombong dan takbur didunia tidak akan mendatangkan ganjaran bermanfaat pada kita.Walaupun kita nampak permainan dunia sekarang, pangkat, darjat,rupa, dan kekayaan menjadi nilaian pertama dan taruhan dalam segala bidang dan hal, namun nyatalah kita, bukalah mata dan bersihkan hati kita bahawa iman dan takwa adalah nilaian pertama di akhirat kelak.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari kesombongan.”(Hadis sahih riwayat Muslim).

Justeru, ganjaran syurga dijanjikan bagi orang yang bersifat tawadduk  berbanding mereka yang hatinya mempunyai sifat sombong dan takbur.Jadi, walaupun sifat tawadduk ini begitu susah untuk dicapai, namun, dengan ketinggian ilmu dan kekentalan jiwa dan hati serta berdampingan dengan orang-orang soleh tidak mustahil kita mampu menjadi insan tawadduk. Menjaga hubungan baik kita dengan Allah SWT dan melakukan amal makruf nahi mungkar sehingga ketinggian sifat kehambaan kita dengan penuh rasa rendah diri tercapai apabila kita turut menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia . Rasulullah SAW turut memerintahkan umat Islam supaya mempunyai sifat tawadduk dalam sabdanya iaitu.. ..

“Sesungguhnya Allah memberi wahyu kepadaku, supaya kamu bersifat tawaduk, sehingga tidak ada seseorang sanggup menganiaya orang lain dan menunjukkan sikap berbangga diri (sombong) kepada orang lain.” (Hadis riwayat Muslim).

Ana juga ingin berkongsi sedikit bingkisan ilmu yang ana dengar daripada bual bicara bersama seorang ustazah dimana untuk mencapai sifat tawadduk dalam diri boleh dilatih dalam diri kita dengan enam cara iaitu…
a.     a. Makan sisa orang
b.     b.  Berkawan dengan orang miskin
c.     c.  Buat kerja remeh-temeh
d.     d.  Maafkan semua orang sebelum tidur
e.     e.  Tidak ambil tahu hal orang (tidak mengumpat)
f.       f.  Tidak sakitkan hati orang

Makan sisa orang akan menyedarkan diri kita agar tidak bersifat membazir dan menghargai rezeki yang datang kepada kita. Hal ini akan membuatkan kita menghargai apa yang kita ada dan perolehi dan menanamkan sifat rendah diri secara amnya serta daalm masa sama memikirkan kesusahan orang lain untuk mendapatkan sesuap makanan. Contohnya kita sebagai anak, makan lebihan daripada ibu, ayah, dan keluarga kita yang lain. Lebihan makanan daripada sahabat-sahabat terdekat kita turut akan mengeratkan silaturrahim dan turut dapat menanamkan dan menimbulkan rasa kasih sayang sesama kita. Adakah kita ingat dan imbas kembali, biasanya seorang ibu akan makan sisa lebihan daripada makanan anaknya, Perasankah kita,sedarkah kita ibu kita sentiasa melakukan hal sama pada kita? Jadi apa yang kita dapat? Kasihnya ibu pada kita, sayangnya mereka akan kita. Walaupun kita anak, namun penerimaan mereka terhadap kita sangat tinggi, adakah kita sampai pada tahap apa yang ibu bapa kita lakukan dan rasakan pada kita?

Jika kita seorang yang mampu dari segi kewangan dan mempunyai pendapatan yang kukuh, janganlah kita lupa mereka yang miskin dan fakir terutama mereka yang tergolong dalam keluarga kita, saudara mara kita serta para sahabat dan jiran terdekat. Janganlah kita sombong untuk menyapa, menegur dan membantu mereka dengan menghulurkan rezeki yang kita ada mengikut kemampuan kita. Jika dari segi wang ringgit kita tidak mampu, sumbanglah tenaga dan ilmu yang kita ada agar membantu mereka yang memerlukan. Janganlah kita lupa akan kesusahan orang lain dengan sedikit kesenangan yang kita perolehi kerana kita juga mungkin datang dari kalangan mereka dan tidak mustahil kita juga akan berada ditempat mereka suatu hari nanti. Bersedekahlah jika kita mampu dan janganlah kita menyombong diri dan menyisihkan mereka.

Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.(Surah al-Israa’ ayat 37)

“Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.”(Surah Luqman ayat 19).

Membuat hal remeh-temeh dalam mencapai sifat tawadduk adalah seperti contoh dalam bual bicara yang ana dengar, seorang alim ulama dipercayai telah membasuh dan mencuci tandas di sebuah masjid, apabila ditanya kenapa beliau melakukan hal sedemikian, katanya, kerana sebelumnya, ramai orang telah mencium tangan dan memeluknya. Jadi beliau risau akan timbulnya sifat tinggi ,lupa diri dan riak dalam dirinya. Subhanallah, betapa contoh ini memberi kesedaran dan detikkan kuat dalam diri ana. Contoh lain yang boleh kita lakukan dalam hal remeh-temeh ini ialah dengan menyusun pinggan-pinggan yang berselerak di kedai makan. Jangan kita hanya mengharapkan orang yang bertugas untuk melakukannya kerana disini percayalah akan timbul jurang dan sikap sombong dalam diri kita secara automatiknya. Perkara remeh-temeh inilah akan turut membuatkan seseorang timbul sifat amarahnya dan takbur jika kita tidak bisa untuk melakukannya dengan ikhlas dan redha.

Ingin ana tekankan juga dan mengingatkan diri ana untuk sentiasa mengamalkan amalan memberi senyuman dan salam apabila berjumpa dengan orang lain. Dengan memberi senyuman kepada orang yang kita jumpa selain memberi salam adalah salah satu perkara remeh atau dalam kata lain perkara kecil yang mampu dilakukan semua orang. Orang muda memberi senyuman pada orang tua dan orang kaya memberi salam pada orang miskin Contoh ini bukan saja dapat mengeratkan silaturrahim tetapi dalam masa sama membataskan kita dari bersikap sombong dan takbur dalam masa sama membuatkan kita sedar akan tempat duduk, tinggi rendah kita..

Allah SWT berfirman: “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.”(Al-Furqan ayat 63). 

Selalu kita dengar dalam ceramah-ceramah dan tazkirah ilmu menekankan kita bersifat memaafkan orang lain sebelum tidur. Bukan mudah untuk bersifat memaafkan orang lain tambahan jika kita merasa kesalahan yang dilakukan begitu sakit dan perit. Namun untuk mencapai sifat tawadduk, kita akan sedar dimana salah satu namaNYA adalah, “ Al-Afuwwu” iaitu Pemaaf. Allah SWT juga Maha Pemaaf dan taubat hambaNYA yang bersungguh-sungguh, jadi kenapa kita tidak bersikap memaafkan orang lain kerana siapalah kita untuk menghukum orang lain atas kesalahannya. Allah SWT bersikap memaafkan hambanya yang mengakui kesalahannya dengan bertaubat, kenapa pula kita tidak bersikap sedemikian  untuk kita sama-sama dekat dengaNYA dalam memperoleh hikmah dan rahmat dariNYA.Kemaafan yang lahir dalam diri kita, akan membuatkan kita tidak bersikap ego dan takbur dengan kelebihan yang ada dalam diri kita atas kesalahan orang lain pada kita.Berpeganglah pada hukum alam, kita bukan manusia sempurna dan kita tidak akan sempurna, oleh itu, setiap orang tidak akan lari dari melakukan kiflah .

Firman Allah SWT bermaksud: “Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya samada di waktu senang atau susah dan orang-orang yang menahan kemarahan serta memaafkan kesalahan orang lain” (Surah Ali Imran  ayat 134)

Mengumpat salah satu perkara biasa yang dilakukan sehingga tidak dirasakan ianya satu perbuatan  dosa. Perlu kita renungkan dan sedar mngumpat atau mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya sama dengan orang yang diumpatnya. Jika kita bersikap tawadduk dalam diri, hakikat ini perlu kita tegah dan jauh dari diri kita kerana ianya satu perbuatan yang sangat dimurkai Allah SWT dan boleh memudaratkan  semua orang. Ini kerana, mengumpat akan menyebabkan orang yang diumpat sakit hati dan sedih.Hal ini akan menjadi buruk sekiranya hal yang diumpat mengenai sesuatu perkara yang tidak benar, mengaibkan sehingga boleh memecah belahkan silaturrahim sesama si pelaku dan orang yang terlibat. Jauhkan dan elakkan diri kita mengumpat dan dalam masa sama menyakitkan hati orang lain kerana janji Allah SWT akan membalas perbuatan ini bukan saja diakhirat namun didunia juga.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" .(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Semua kita tahu, sifat tawadduk turut sama kita dengar cerita daripada sirah dan kisah Rasulullah SAW dimana sifat ini adalah salah satu akhlak mulia yang ada dalam diri baginda. Baginda tidak sombong dengan isteri-isterinya, anak-anak, keluarga, sahabat-sahabat, pemimpin-pemimpin, fakir miskin malahan sikap tawadduk Rasulullah SAW turut membuatkan musuh baginda menghormatinya dan disenangi oleh semua orang. Inikan dengan manusia, Rasulullah turut menjadi kekasih ALLAH SWT kerana tertanamnya sikap tawadduk dalam diri baginda.

Sabda Rasulullah SAW iaitu:’’Sesungguhnya Allah mewahyukan supaya kalian merendah diri, hingga tidak ada orang berasa lebih tinggi daripada yang lain dan tidak ada orang yang berbuat zalim kepada yang lainnya.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Jadi, sama-samalah kita nilai dan cermin diri kita.Jika ada sifat sombong dan takbur dalam diri kita, cepat dan segeralah kita beristiqfar, muhasabah dan perbaiki diri agar kita tidak terus sebati dengan sifat sombong dan takbur.Buanglah, usirlah sifat sombong dan takbur agar jauh dan tiada dalam diri kita. Capailah sifat tawadduk agar melengkapkan diri kita untuk menjadi muslim sejati yang telah dijanjikan berita gembira iaitu syurga olehNYA diakhirat kelak.

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah).” 
(Surah Al-Hajj ayat 34).


P/S: Maaf sekiranya terlalu banyak kekurangan ana dalam article kali ini. moga sentiasa diberi ilham dan kekuatan untk terus berkongsi ilmu dan pandangan bersama para tetamu yang ana kasihi.

Ahad, 20 Mei 2012

HUKUM MENGANDAM

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

As’kum wrb . 
1) Apakah hukumnya menjadi Mak Andam , bagi sesuatu majlis perkahwinan ? 

2) Tugas pengandam (Wanita) cuma menyolek pengantin perempuan , adakah dikira b’subahat dan bagaimana hukumnya jika : 
a) Pengantin perempuan bersanding 
b) Pengantin perempuan TIDAK bersanding 

3) Bagaimana pula Mak Andam tadi cuma menggunakan alat2 solek untuk menyolekkan pengantin perempuan dan tiada terlibat dgn kerja2 menipiskan bulu kening 

4) Apakah pula hukumnya dan perbezaannya jika menyolekkan pengantin perempuan yang : 
a) Pengantin yg lengkap Auratnya 
b) Pengantin yg tidak lengkap Auratnya (Nampak rambutnya , leher dsgnya)

JAWAPAN :

Sebenarnya jawapan kepada permasalahan di atas adalah terbahagi kepada 2 perkara

1. Haram
2. Boleh / harus bersyarat 


Perinciannya :

1. Hukum menjadi mak andam adalah haram disisi Islam jika ia terlibat dengan perbuatan mengubah ciptaan Allah swt dan bertujuan mempertontonkan pengantin perempuan kepada pandangan umum , sebagaimana sabda Rasulullah saw : 

حدثنا عبد الرحمن حدثنا سفيان عن منصور عن إبراهيم عن علقمة عن عبد الله قال لعن الله الواشمات والمتوشمات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله 
“Rasulullah saw melaknati orang yang membuat tattoo , dan yang meminta dibuatkan tattoo dan yang meminta dicukurkan alis matanya , yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik dan yang mengubah ciptaan Allah swt.” 

(HR Imam Bukhari no: 4507 , Imam Muslim no : 3966 , Imam Ahmad no: 3919 , Abu Daud no : 3638 , Ibn Majah no : 1979 , dan lafaz dari Imam Bukhari )

Larangan melihat kepada wanita atau lelaki yang bukan mahram adalah seperti yang disebutkan dalam firman Allah swt dalam surah An-Nur ayat 30 dan 31 

Begitu juga dengan sabda Rasulullah saw :

حدثنا عفان حدثنا حماد بن سلمة أخبرنا سهيل بن أبي صالح عن أبيه عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال لكل بني آدم حظ من الزنا فالعينان تزنيان وزناهما النظر ………

“Rasulullah saw bersabda : Bagi setiap anak Adam itu ada bahagian daripada zina , maka zina kedua mata ialah dengan pandangan (kepada yang tidak berhak)………”

(HR Abu Daud no : 1840 , Imam Ahmad no : 8006 , 8170 )

2. Hukum menyolek pengatin perempuan adalah dibolehkan sekiranya tidak melanggar batas-batas syarak seperti yang tersebut dalam hadis di atas , kerana Islam sememangnya menyukai kepada kebersihan dan kecantikan serta perhiasan sebagaimana maksud firman Allah swt dalam surah al-A’raf ayat 26 :

“Hai anak Adam , sesungguhnya kami telah turunkan untuk kamu pakaian yang boleh menutup aurat2 kamu dan untuk perhiasan”

Tetapi jika seseorang wanita menyolekkan wanita lain untuk tujuan yang diharamkan Islam seperti bersanding , maka hukumnya juga adalah haram. Manakala jika solekan tersebut hanya untuk tatapan tetamu-tetamu dikalangan wanita sahaja maka ia dibolehkan dengan syarat tidak berlebih—lebihan sehingga mengubah ciptaan Allah swt.

3. Jawapan sama seperti jawapan no 2

4. Solekan pengantin yang lengkap atau tidak auratnya dibolehkan dengan syarat untuk tatapan kaum wanita sahaja , bukan untuk tatapan umum seperti bersanding dikhlayak umum (bukan mahram).Jika tidak hukumnya tetap haram.


Sumber:Ustaz Muhammad Naim Hj Hashim (Blog:Ibnu Muslim)