Sabtu, 23 Jun 2012

Masih belum mampu...

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Detik ini, terpanggil diri ana untuk menghasilkan article yang...lebih kepada luahan hati dan melepaskan kesedihan.Kerana apa? kerana ana masih belum mampu untuk mentarbiah dan berdakwah dalam erti kata lain menegur dan mengajak untuk kebaikan manusia di sekeliling ana.


Allah SWT berfirman : Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling  menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. ( Surah Al-'Asr ayat 1-3)


Ana bersedih bukan kerana manusia yang ana nasihati, tetapi, ana bersedih kerana diri yang masih banyak kekurangannya...Tingkah laku ana, percakapan ana, amal ibadat ana , belum mampu untuk membuatkan orang sekeliling ana untuk sama-sama kembara mencari erti hidup yang hakiki.  InsyaAllah, semangat ana tidak akan luntur, azam ana tidak akan luput, selagi kekuatan dan izin dariNYA, ana akan terus menjadi salah seorang mujahidah yang turut serta dalam menasihati untuk kebenaran dan menasihati untuk kesabaran.


Oleh itu, ana perlu terus menggali ilmu , serta istiqomah mengamalkannya, memperbetulkan yang masih belum betul serta menyahkan segala sifat buruk. Hal ini kerana, teringat seorang ustazah telah mentarbiah ana, kenapa kita perlu sedih jika orang yang kita tegur tidak mahu solat (contohnya), jika orang yang kita tegur dan menasihati masih berdegil dan leka...jangan bersedih..teruskan usaha kita, kerana setiap kebaikan yang kita lakukan akan mendapat ganjaran dariNYA. Namun, kita perlulah mencermin diri kita agar dapat menjadi seorang hamba yang baik dipandangan Allah serta istiqomah mengerjakan kebajikan. Jika kita baik dipandangan Allah, secara tidak lansung, akan jadi baik di pandangan manusia lain. 


Mohonlah pada Allah tanpa jemu, mohon akan petunjuk dariNYA, sebagaimana kita mohon dalam Surah Al-Fatihah. Hal ini kerana, kita adalah manusia yang sentiasa memerlukan bimbingan dan diatur hidup olehNYA sejak Lauh Mahfuz. Pentingnya petunjuk untuk kita terus melangkah setapak ke setapak sambil memikul tanggungjawab kita sebagai khalifah di bumi. Sedarkah kita, jika kita sesat di dalam perjalanan sekalipun kita memerlukan signboard, bertanyakan orang dan secara modennya sekarang memerlukan bantuan GPS bagi yang mampu. Jadi, sedar atau tanpa sedar, Allah SWT mengkehendaki kita memohon petunjuk dariNYA setiap hari dalam surah Al-Fatihah yang kita baca saban waktu di dalam setiap rakaat solat kita. Subhanallah. Sama-sama kita hayati petikan Firman Allah SWT dalam surah Al-Fatihah..


5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. 
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus, 
7. (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
(Surah Al-Fatihah ayat 5-7)


Jangan kita anggap, cabaran dan dugaan yang hadir itu sebagai membebankan. Anggaplah segala cabaran yang hadir dalam hidup kita sebagai peringatan dan dugaan dariNYA serta petunjuk tersirat didalamnya. Jika ditimpa kesusahan, kesempitan, kesulitan atau kesakitan, jangan kita mengeluh dan bersedih. Hal ini kerana, setiap apa yang berlaku Allah SWT telah aturkan yang terbaik dan mengikut kemampuan kita agar setiap yang terjadi kita hadapi dengan penuh rasa sabar dan redha. Allah SWT berfirman: 


Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. (Surah Az-Zariyat ayat 55)


Oleh itu, ayuh, sama-sama kita back to basic, hayati dan fahami kembali makna sebenar kalimah syahadah ke dalam hati, jiwa, jasad dan akal kita. Siapa kita dan apa peranan kita bernafas di bumi pemilikNYA? Kalam Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW adalah skema jawapan kepada persoalan ini. Rukun Iman dan Rukun Islam tanggungjawab wajib yang termaktub dalam diri setiap insan yang bergelar manusia ISLAM.


P/S:
1. Janganlah kita buruk sangka pada ALLAH, serta manusia lain.
2. Jangan ada sifat takut, benci, dengki, marah, dendam, tamak dan tahyul dalam diri.
3. Dengarlah IKIM FM radio yang mendidik. (ana tidak dibayar untuk mempromote...hehe)







0 comments: