Khamis, 19 Ogos 2010

Kebenaran


Ini Kisah benar yang dialami sendiri seorang pesakit kronik semasa dalam keadaan koma selepas menjalani pembedahan dibahagian kepala kira-kira sebulan yang lalu. Seorang lelaki yang masih bujang yang berusia 30tahun yang mempunyai perniagaan sendiri yang agak berjaya dalam kerjaya beliau. Tetapi malangnya beliau diduga dengan dugaan yang begitu berat apabila disahkan mengidap penyakit cronik yang serius.



Walaubagaimanapun beliau agak tabah dan kuat mengharungi sisa-sisa kehidupan dan terus beriktiar mencari jalan penyelesaian dan rungkaian pada penyakit beliau. Sehingga berhijrah beberapa Negara untuk mengubati penyakit beliau. Hanya satu impian beliau iaitu sembuh dan menyunting orang yang beliau sayang secepat mungkin untuk melengkapkan diri beliau sebagai pemimpin yang berlunaskan Al Quran dan Hadis. Beliau seorang yang begitu taat pada perintah agama dan sentiasa menghabiskan sisa-sisa malam dengan solat,zikir dan alunan ayat-ayat uci Al Quran. Kira-kira sebulan yang lalu beliau telah menjalali pembedahan pada bahagian kepala dan selepas pembedahan beliau tidak sedarkan diri selama kira-kira sebulan.


Sewaktu beliau koma beliau telah didatangi oleh malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.


Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah orang yang sangat menyayangi beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga seorang sahabat karib beliau yang menenunggu pesakit di luar wad dan adik beliau yang saban hari berjaga malam mendoakan beliau dangan berlinang air mata..


Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya , ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka dan mereka adalah golongan orang-orang yang hanya beriman sewaktu susah dan lalai sewaktu senang serta mementingkan duniawi semata-mata.


Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.


Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawab Malaikat “Ya:. Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Beliau bertanya, siapakah orang-orang itu.


Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan berserta perbagai lagi bantuan dan syarikat anda terus menerus menyara rumah anak yatim itu sehingga kini..


Mereka telah terdengar berita dari saudara anda tentang keadaan anda sekarang dan dzohor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya malaikat itu berkata akan datang berjumpa dengannya pada 1syawal nanti selepas itu ghaib dan tepat 1.45 petang beliau tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.


Sahabat beliau dan adik beliau yang ada di sisinya turut menanggis . Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.


Setelah beberapa ketika beliau menceritakan pada adik beliau dan sahabat beliau seterusnya mengarang cerita ini untuk tatapan anda sekelian.


Allah masih sayang pada beliau ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini. Apa yang berlaku mungkin boleh memberi pengajaran pada kita semua dan sesungguhnya beliau sekarang masih dalam keadaan tidak stabil. Apa yang difikirkan adakah 1 syawal adalah penamat segala kedukaan dan penderitaan beliau yang hampir mencecah usia 2 tahun ini. Usia pertunangan yg begitu lama.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat, sentiasalah berwuduk, gerakkanlah bibir dgn zikir bukan dengan irama lagu hit terkini, sentiasalah bersolat malam dgn penuh keiklasan. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi…Apa yang penting teruskan mencari cinta ilahi dan hidup lah berpandukan Al Quran dan sunnah.


Coretan ibnu dan sesungguhnya ini adalah cerita yang benar-benar berlaku. Jangan lupa bertandang ke rumah Allah. Ingatlah dari Allah kita datang ,sudah tentu kita akan kembali kepadanya.

Ahad, 15 Ogos 2010

“Hidayah”

“Hidayah”

 
Dipagi kedinginan subuh ini aku bangun membersihkan diri dan terus bersahur bersama isteri. Seterusnya aku pergi ke masjid berdekatan dengan rumah kediaman aku. Selepas bersolat berjemaah aku pun mencapai kitab Al- Quran dan membacanya, itulah rutin kerja harian aku. Memastikan diri aku sentiasa mendekatkan diri pada Allah. Sentiasa mendampingi kitab Al-Quran

Yang diwariskan Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat akhir zaman untuk menjalani kehidupan duniawi yang sementara tanpa lalai sedikit pun amanah yang diberikan pencipta pada hambanya.



Selepas menghabiskan beberapa helaian surah dalam Al-Quran aku pun menutupnya dan menyandarkan diri aku pada dinding masjid. Aku termenung sejenak memikirkan kehidupan aku dimasa lampau dengan yang penuh dengan dosa-dosa yang bukan datang dari kejahilan tapi datang dari kelalaian ku sendiri.

Tetiba berlenang air mata aku memikirkan dosa silam itu. Aku teringat perbualan aku dengan seorang wanita yang bernama Mira(bukan nama sebenar) beberapa hari dulu. Mira adalah seorang gadis lincah yang belajar disebuah universiti di selatan tanah air. Dia begitu aktif dalam persatuan terutama pakaian beruniform.

Aku juga aktif sepertinya dulu, menyebabkan aku tahu serba sedikit apa yang sedang beliau taksubkan.



Dalam perbualan yang mengambil masa kira-kira sejam sehingga menghabiskan kredit telefon aku begitu banyak, banyak yang kami perdebatkan. Dari soal pemakaian sehingga soal akidah. Mira bukan berseorangan berdebat dengan aku yg begitu cetek ilmu agama ini. Setiap apa yang diutarakan dibalas dengan sepontan. Terdengar rakan-rakannya memberi sokongan dibelakang. Mulanya aku persoalkan tentang pakaian wanita yang ketat dan menjolok mata, kemudian pakaian mandi wanita yang dipakai semasa belajar berenang dan pergaulan bebas lelaki dan wanita bukan muhrim termasuklah mengadakan majlis yang bersertakan muzik dan nyanyian serta tarian pada pengunjung. Semua diperdebatkan.



Setelah lama berdebat akhirnya kemenangan berpihak kepada aku walaupun banyak hadis yang dipesongkan maksudnya oleh mereka Alhamdulillah hasil sentiasa dan rajin membaca kitab-kitab aku dapat membetulkan dan membalas hujah-hujah mereka. Tiba-tiba Mira bersuara “kami belum dapat hidayah untuk berubah seperti senior kami puan _ _ _ _ _ _ _ _ _ _(maaf nama perlu dirahsiakan). Jadi die dah dapat hidayah jangan nyusahkan orang sehingga menjatuhkan maruah orang lain.” Begitu lah bunyinya dan perbualan itu tamat setakat itu sahaja.



Aku terpikirkan tentang “hidayah” yang dimaksudkan dan aku bertanya pada rakan-rakan sekerja aku ape itu “hidayah” dan jawapan mereka “hidayah” adalah petunjuk. Apa itu petunjuk? dan persoalan itu mati setakat itu sahaja. Aku balik kerumah dan buka laptop abg aku mencari tentang hidayah tapi nasib tidak memihak kepada aku kerana karangannya terkantung separuh jalan menjadikan aku lebih buntu. Aku pun pergi berjumpa dengan Ustaz Mohd Amirul Bin Abd Rahman dan berbincang dengannya. Die tersenyum dan menjawap dengan selamber hidayah itu adalah petunjuk dan petunjuk tu sudah tentu lah kitap Al-Quran yang diwariskan nabi kepada kita sebagai pedoman dan rujukan. Aku tersenyun sendiri dengan kebodohan aku.



Sesiapa yang menunggu hidayah untuk berubah nescaya die tidak akan mendapatkannya kerana hidayah tidak akan datang malah akan meninggalkan kita jika kita tidak beriman padanya. Itu lah sebabnya kita kena rajin membaca Al-Quran setiap detik dan saat dan setiap hari dan membaca maksudnya untuk kita mendapatkan hidayah(petunjuk). Jadi jika kita nak berubah menunggu hidayah atau petunjuk nescaya kita tidak akan dapat sampai bila-bila pun. Itu lah penerangan ringkas Ustaz Amirul kepada ku dan die cakap cuba kita buka Al-Quran dan baca ayat mula-mula ape die terangkan jadi aku pun buka dan baca seta lihat maknanya.



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. " Alif, Laam, Miim. " Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; "" Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. "" Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab 'Al-Quran' yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). "" Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya. "


"Al-Baqarah" ayat 1~5



Permulaan Ayat dah jelas menerangkan bahawa hidayah itu adalah petunjuk dan petunjuk itu adalah kitab Al-Quran. Jadi jika kita nak berubah kita perlulah membaca Al-Quran berserta maknanya sekali, barulah kita kan peroleh hidayah yang kita tunggu-tunggu selama ini. Jika tidak sampai bila kita tidak akan mendapatkannya. Jadilah kita tidak banyak bezanya dengan orang-orang kafir.



" Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. "" (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. " “Dan di antara manusia ada yang berkata: 'Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat'; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. "" Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. "" Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). "" Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi', mereka menjawab: ' Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan'. "" Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. "" Dan apabila dikatakan kepada mereka: 'Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman'. Mereka menjawab: 'Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?' Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). "" Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ' Kami telah beriman ', dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:' Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)'. "" Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). "" Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. "" Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). ""Al-Baqarah" ayat 6~17



Jadi kepada Mira dan kawan-kawannya serta semua yang membaca Jangn lah tunggu hidayah tapi kita kena mencarinya, mendampinginya, membacanya dan mengetahui maksudnya serta mengamalnya kerana hidayah Allah akan tarik bila-bila sahaja kerana sesungguhnya hidayah itu adalah petunjuk dan petunjuk itu adalah kitap Al-Quran. Jangan kita menjadi penunggu seperti menunggu bulan jatuh keriba. Adakah pakaian kita memenuhi tuntutan islam. Adakah kehidupan kita berdasarkan Al-quran dan hadis atau undang-undang dan peraturan yang diciptakan manusia untuk keseronokan manusia itu sendiri. Adakah pakaian renang itu mengikut kehendak islam. Adakah uniform yg dikenakan mengikut kehendak islam. Adakah pergaulan kita mengikut kehendak islam. Adakah majlis yang kita anjurkan diredoi Allah atau dilaknati Allah.



" Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). "" Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. "" Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "" Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa. "" Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). "" Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. "" Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. "" Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: 'Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu'; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. "" Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: 'Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?' (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; "" (Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. "" Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). "" Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ""Al-Baqarah" ayat 18~29



Jadi renungkan lah, carilah jalan penyelesaian dan istikhomahlah sesungguhnya kita telah pun berada di dunia akhir zaman. Lihatlah sekeliling kita dan renungi diri kita dimana kedudukan kita.



Wallahuallam.
Coretan zahir

Sabtu, 14 Ogos 2010

MASBUQ DAN MUAFIQ

Berlakunya muwafiq dan masbuq ke atas seseorang ma’mum pada mana-mana sahaja rakaat sembahyangnya, dan kadangkala berlakunya kepada ma’mum muwafiq menjadi ma’mum masbuq pada rakaat berikutnya. Setiap ma’mum wajib mengetahui dan memahami tentang kedudukan ma’mum muwafiq dan masbuq untuk menjamin sembahyangnya sah dan tidak terbatal.

APA ITU MASBUQ?
 Masbuq: seorang ma’mum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya dan tidak mendapat masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama Imam. Ini disebabkan Imam telahpun rukuk atau hampir-hampir rukuk kemudian ma’mum tadi masuk ke saf sembahyang berjemaah.

APA ITU MUAFIQ?
 Muafiq: Seorang ma’mum yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana ia mempunyai masa yang cukup untuk membaca Al-Fatihah bersama Imam dengan bacaan yang sederhana.

 
 BILA BERLAKU?
Ia boleh berlaku ke atas seseorang ma’mum kepada empat rakaat sama ada pada rakaat pertama, rakaat kedua, rakaat ketiga, dan seterusnya pada rakaat keempat


HUKUM ORANG MUAFIQ
Hukum bagi orang muafiq dimaaf kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang panjang daripada imamnya. Tidak termasuk rukun yang pendek. Contoh rukun panjang seperti rukuk dan sujud. Manakala rukun yang pendek seperti iktidal, duduk istirehat, duduk tasyahud awal dan duduk antara dua sujud

CONTOH DAN GAMBARAN MUAFIQ
Seorang ma’mum yang muafiq sedang solat berjemaah, sebelum imam berdiri tegak daripada sujud yang kedua, dia sudah rukuk.Maka ma’mum berkenaan mendapat rakaat itu kerana ketinggalan daripada imam belum masuk kepada rukun keempat.

Seorang ma’mum yang muafiq sedang berjemaah sebelum imam duduk tasyahud akhir ma’mum berkenaan sudah rukuk, hukumnya dia juga mendapat rakaat itu

Kedua-dua contoh menunjukkan bahawa ma’mum berkenaan masih lagi berada dalam jarak tiga rukun daripada imamnya,belum lagi masuk ke rukun keempat.Sebagaimana contoh-contoh itu bahawa rukun-rukun yang jarak antara ma’mum dengan imam ialah tiga rukun yang dikira daripada:
Rukuk
Sujud yang pertama
Sujud yang kedua

HUKUM ORANG MASBUQ
Ma’mum yang masbuq hukumnya dimaafkan meninggalkan bacaan fatihah, kerana fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh ma’mum itu dikira semuanya ditanggung oleh imamnya.

Dari Sahal bin Saad r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda:

“Imam yang menanggung pembacaan, apabila baik bacaannya maka pahalanya untuk dirinya dan untuk mereka (ma’mum), dan jika rosak bacaannya maka dosanya di atas dirinya sendiri dan bukan atas mereka”.
(hadis riwayat Ibnu Majah dan Hakim)

CONTOH DAN GAMBARAN MASBUQ
ma’mum itu pada mulanya dia adalah muafiq, di dalam menunaikan peraturan-peraturan solatnya ia terlewat, belum sempat ia berdiri tiba-tiba imam telah rukuk atau hampir rukuk,hukum ma’mum itu ialah orang masbuq. Jika ia sempat qiam dan terus rukuk sebelum imamnya bangkit daripada rukuk maka ia
mendapat rakaat itu, dan diamaafkan dia meninggalkan bacaan fatihah.

CONTOH-CONTOH MASBUQ
Imam terlalu cepat membaca bacaan di dalam solat. Apabila ma’mum berdiri daripada sujudnya didapati imamnya sudah rukuk dan ia tidak sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah, maka hukumnya wajib ke atas
ma’mum itu rukuk bersama-sama imamnya kerana ia seperti orang masbuq dan dia mendapat rakaat itu.

Jika seorang makmum masbuq rukuk terkemudian daripada imam sebab ia membaca al fatihah hingga imamnya bangkit daripada rukuk, maka luputlah rakaat itu dan wajib ke atasnya tambah satu lagi rakaat
selepas salam imamnya.

MASBUQ JUMAAT
 Solat jumaat diwajibkan dengan berjemaah. Oleh itu, tidak sah jumaat kecuali dengan berjemaah sekurang-kurangnya dengan 40 puluh orang yang berakal, cukup umur(baligh), merdeka dan bermastautin.

Bagi seorang ma’mum masbuq yang ingin mendapat jumaat, dia hendaklah sekurang-kurangnya sempat rukuk bersama imam pada rakaat yang kedua serta mempunyai tamakninah. Kemudian dia hendaklah menambah satu lagi rakaat selepas salam imam dan Jika ia tidak sempat mendapatkan rukuk bersama imam pada rakaat kedua itu, maka hendaklah ia menyempurnakan solat itu sebagai solat zohor iaitu dengan
menambahkan empat rakaat selepas salam imam. Bacaan fatihah serta ayat yang sunat selepasnya hendaklah dengan perlahan.


 RUMUSAN MUWAFIQ DAN MASBUQ
Muwafiq ialah ma’mum yang sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah dengan bacaan sederhana ketika qiam imamnya sebelum rukuk imamnya.

Masbuq ialah ma’mum yang tidak sempat menghabiskan bacaan Al-Fatihah dengan bacaan sederhana
dalam qiam imamnya seperti ketika dia masuk berjemaah itu imamnya sedah hampir rukuk atau sedang rukuk.

Sumber laptop ibnu (file Ilmu)

Solat Berjemaah

Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Muslim Muslim

Dari Abdullah bin Masud,dia berkata:Rasulullah S.A.W bersabda:”menjadi imam dari suatu kaum ialah mana yang lebih baik bacaan Al Qurannya.Bila semuanya sama bagus hendaklah diimamkan yang paling alim akan sunnah Rasul.Kalau semuanya sama alim maka dahulukan mereka yang lebih dulu hijrah.Kalau mereka sama dulu hijrah maka imamkanlah mereka yang lebih tua usianya

Syarat-syarat berimam
Ada persamaan sembahyang antara dua pihak.
 Sembahyang fardhu boleh berimam dengan orang yang sembahyang sunat.
Ma’mum mesti mengikut Imam dan tidak mendahului Imam.
Kedudukan ma’mum hendaklah dibelakang Imam.
Ma’mum berniat mengikut Imam
Janganlah Imam kurang kebolehannya daripada ma’mum.
Imam adalah seorang lelaki.
Imam hendaklah orang yang berdiri sendiri dan tidak ma,mum sebagai orang lain.
Imam mestilah bersih daripada hadas dan najis

Kedudukan saf dalam solat jemaah
☻ imam
                                     ☻☻☻☻☻ Barisan lelaki dewasa ma'mum
                                              ☺☺☺☺☺ Barisan kanak-kanak lelaki ma’mum
                                            Ю Ю Ю Ю Ю Barisan kanak-kanak perempuan ma'mum
                             Ω Ω ΩΩ Ω Barisan perempuan dewasa ma'mum

Hadis al-bukhari, muslim dan abu daud Daripada Anas r.a. berkata “Adapun Nabi s.a.w. akan melihat kepada kami sebelum memulakan solat seraya berkata: Rapatkanlah (saf) dan luruskan barisan kamu sekelian”. al-Bukhari & Muslim

Anas r.a. juga meriwayatkan bahawa Nabi bersabda: “Luruskan barisan kamu (kerana) barisan yang lurus itu daripada kesempurnaan solat”. Abu Daud

FAEDAH-FAEDAH SEMBAHYANG BERJEMAAH BERJEMAAH

Allah SWT mensyariatkan agar umat Islam berkumpul pada waktu-waktu tertentu Untuk beribadat kepada Allah dalam bentuk jemaah

Dapat berkasih sayang dan cinta-mencintai(mahabbah)
Kenal-mengenali antara satu sama lain
Dapat melahirkan suatu lambang kebesaran Islam
Bagi melahirkan kemuliaan dan kehebatan orang-orangIslam
 Mengajari orang-orang yang tidak mengetahui agama
Memberi galakan kepada orang yang tidak sembahyang berjemaah
 Mengembalikan umat Islam hidup bersatu padu
Mengembalikan manusia kepada pengawalan diri

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH

Mendapat ganjaran lebih daripada Allah S.W.T
Sembahyang berjemaah melebihi sembahyang seorang diri dengan 27 darjat (Riwayat Al-bukhari dan Muslim)
Melatih diri bersifat disiplin

Mengeratkan tali persaudaraan dan bertukar fikiran
Menunjukkan kekuatan dan kesepaduan islam
Menimbulkan perasaan sama rata sesama orang islam
Melatih sikap bekerjasama dalam melakukan sesuatu kebaikan
RUMUSAN SOLAT BERJEMAAH
 
Solat berjemaah ialah sembahyang beramai-ramai yang sekurang-kurangnya 2 orang, seorang menjadi imam dan seorang menjadi ma’mum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar fadhilat pahalanya. Tuntutan sembahyang jemaah pada lima waktu dan hukumnya fardu kifayah

Sumber laptop ibnu (file Ilmu)

Jumaat, 13 Ogos 2010

AFA 7: JENIS-JENIS AIR






Bahagiannya Air Hukum bersuci dengannya

Air mutlak – suci lagi menyucikan Segala air yang turun dari langit dan keluar dari bumi seperti air hujan, perigi  dan laut. Suci: harus dibuat makan dan minum, boleh menyucikan, harus digunakan untuk bersuci kerana dapat menghilangkan najis dan hadas

Air Musyammas – Suci lagi menyucikan tapi makruh Air dalam tin yang terdedah pada sinar matahari di negeri panas Suci  dan menyucikan tapi makruh digunakan pada tubuh badan.

Air Musta’mal – suci tapi tidak menyucikan. Air sedikit yang sudah terpakai kerana wudhu atau mandi wajib. Harus digunakan untuk lain dari maksud bersuci.

Air Mutanajis Air sedikit yang kemasukan najis. Tidak harus digunakan.

Air banyak Air yang ukurannya lebih 190kg atau 11 tin minyak tanah. Harus digunakan selagi ia tidak mengalami perubahan sebab kemasukan najis di dalamnya.

Air sedikit Air yang kurang daripada ukuran tersebut di atas Harus digunakan selagi ia tidak terhitung sebagai muata’mal atau mutanajjis.

1. Air Mutlak - Air yang tidak bercampur dengan benda lain dan belum digunakan untuk bersuci dan mengangkat hadas. 

Air yang sah dibuat bersuci.

1. Air hujan.

2. Air embun.

3. Air laut.

4. Air sungai.

5. Air perigi.

6. Air mata air.

7. Air Salji.

Air tersebut tidak diambil kira sifatnya sama ada berwarna putih, jernih, keruh, masam, masim dan sebagainya.


2.  Air Musta'mal - Air yang telah digunakan untuk basuhan pertama bagi mengangkat hadas besar atau hadas kecil.

Hukumnya suci tetapi tidak boleh menyucikan benda lain.


3.  Air Mutaghayyir (Air Muqayyid) - Air yang suci bercampur dengan benda suci yang boleh mengubah air itu.

Hukumnya, suci tetapi tidak boleh menyucikan benda yang lain. 

contoh:   Air kopi, air teh, air sirap , air kelapa, air mawar, air tebu dan sebagainya.

Peringatan.

i.  Air yang berubah disebabkan keruh lumpur dan air laut adalah suci.

ii.  Air yang berubah disebabkan sesuatu tempat berhenti atau tempat laluannya seperti sungai di kawasan belerang atau kapur adalah suci.

iii. Air yang berubah disebabkan daun kayu gugur di dalam telaga kerana kesukaran menjaganya adalah suci.

iv.  Juga dikirakan sebagai air mutlak apabila berubah baunya disebabkan jatuh ke dalamnya sesuatu seperti gharu atau kapur yang keras jika tidak bercerai jisimnya di dalam air itu.

4.  Air Mutanajjis - Air yang sudah bercampur dengan benda-benda najis.

Hukumnya: Haram digunakan untuk memasak makanan , minuman dan bersuci.

contohnya air yang bercampur tahi atau bangkai.

Peringatan.

Air Mutanajjis terbahagi kepada dua;

i.  Air yang kurang daripada dua kolah jika termasuk atau dimasukkan ke dalamnya najis, air itu menjadi najis walaupun tidak berubah sifatnya.

ii.  Air yang lebih daripada dua kolah , jika termasuk atau dimasukkan najis ke dalamnya sehingga berubah salah satu daripada sifatnya iaitu warna, bau atqau rasanya, maka air itu menjadi najis. Sebaliknya jika tidak berubah sifatnya, maka ia adalah suci.

Sukatan dua kolah.

i.  Bagi bekas segi empat sama;

Panjang  -   60 cm (22.5 inci).

Lebar  -       60 cm (22.5 inci).

Dalam    -     62.5 cm  ( 25 inci).

Jika diukur dalam timbangan atau sukatan.

i.  liter   - 174 liter

ii. Kilogram -  190 kilogram.

iii. kati    -  317 kati.

iv. tin minyak tanah  - 11 tin



5.  Air Musyammas - Air mutlak yang terjemur panas matahari di dalam bekas logam yang boleh berkarat.

hukumnya;  Makruh digunakan ketika air itu masih panas pada anggota badan dan untuk dibuat minuman dan makanan. Tidak markuh digunakan untuk membasuh pakaian atau barang-barang lain.

Keterangan:

i.  Air di tanah sawah atau di dalam kolam tidak air musyammas walaupun panas kerana ia bukan dalam bekas yang berkarat.

ii.  Makruh menggunaan air yang sangat panas atau sangat sejuk walaupun bukan di dalam bekas yang tidak berkarat.

iii. Air Musyammas makruh digunakan pada anggota badan atau digunakan untuk memasak makanan atau minuman kerana boleh mendatangkan penyakit.

iv.  Air Musyammas tidak makruh digunakan apabila air itu kembali sejuk.

Sumber:Modul Ibnu..