Ahad, 17 Mac 2013

Jangan Sepi

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah berpeluang kali ni ana menjengak teratak ana ni yang dikira sudah berbulan bersawang dan sepi dari dijenguk oleh tuannya sendiri...Moga para tetamu juga tidak sesepi ana dan memperoleh ilmu yang sedia ada untuk digali agar dapat dijadikan bekal walau hanya sekumit cuma...

  Walau terlambat kiranya ana memperkatakan mengenai tahun 1434 Masihi...namun elok kiranya kita imbas kembali apa yang kita lakukan dalam tempoh 3 4 bulan ni. Adakah azam atau cita-cita kita sudah tercapai atau masih diawangan...atau lebih elok lagi kita soal mengenai amal ibadat kita,,adakah kita ada memperbaiki apa yang kita rasa kurang sempurna dari segi pelaksanaan dan kita makin istiqomah melakukannya...? Adakah kita masih teragak-agak dalam melakukan suruhan dan menjauhi laranganNYA. Muhasabah diri sendiri selalu amat perlu dan dituntut agar kita tidak terus terleka dengan melakukan kemaksiatan pada diri sendiri dan dalam waktu sama kepada Allah SWT.Nauzubillah...

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى ا للهُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَقُوْلُ : (( مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَ اأَهْلَكَ الَّذِیْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ آَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ )) رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: 
Aku telah mendengar

Rasulullah SAW bersabda:
Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, 
dan apa-apa yang 
aku perintahkan kamu melakukannya, 
maka lakukanlah seberapa daya kamu. 
Sesungguhnya 
umat yang 
terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak 
persoalan 
dan banyak perselisihan mereka 
terhadap Nabi-nabi mereka. 
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim (Hadis 9).



Apa yang kita faham mengenai hadis diatas? Hadis ini jelas menyatakan bahawa 
Nabi Muhammad SAW menyuruh umatnya melakukan perkara yang disuruh yang mana apa yang disuruh itu datangnya dari Allah SWT yang wajib dipatuhi dan begitu sebaliknya pada perkara yang menjadi larangan..Oleh itu, tegasnya Nabi Muhammad SAW meminta umatnya supaya menjauhi segala larangan. Adakah kita masih belum pasti atau teragak-agak dalam mengenal sesuatu perkara itu suatu suruhan yang dituntut dalam Islam atau suatu larangan?...Masihkah kita yang makin berkurang jangka waktu kita didunia ini memikirkan mengenai hal ini? 


Dalam pada itu, adakah kita masih bersoal jawab pada benda yang tidak sepatutnya yang telah nyata hukumnya haram dan berdosa jika melakukannya, yang halal, yang sunat dan yang makruh sesuatu perkara itu? Nabi Muhammmad SAW juga turut menegaskan dalam hadis ini larangan untuk banyak bertanya pada sesuatu yang tidak mendatangkan faedah. Contohnya berbahas benda yang tidak sepatutnya sehingga melanggar hukum syarak yang telah nyata dijelaskan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Hal ini akan mendatangkan kemudaratan sepertimana yang telah menimpa umat terdahulu, binasa akan perbuatan mereka sendiri. 

Oleh itu, eloklah kiranya kita sama-sama lebih memperbiki diri agar dapat mengecapi tahap manisnya iman..nikmatnya hidup didunia dengan kebergantungan kita hanya kepada Allah SWT dengan penuh tawaduk dan penuh syukur. Jangan sepi, sepikan diri dari terus menjadi hamba dan khalifah yang tidak jemu memperbaiki diri dan mencari ilmu berguna, istiqomah dan mengejar rahmat Allah SWT. Maka, penuh pengharapannya, penghujung kembara kita didunia, destinasinya bersama-sama kekasih ALLAH SWT iaitu di syurga Jannati....InsyaALLAH...

p/s: Mohon ditegur kiranya ada silap di pihak ana ..
Mengharapkan ada yang turut sudi memberi pandangan dan tunjuk ajar pada ana..
Wallahualam.





Sabtu, 19 Januari 2013

Ya Nabi Salam Alaika

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***




Selasa, 18 Disember 2012

Aku Kembara...

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

 Assalamualaikum wbt..


Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb...
Aku HambaMU..
Aku Kembara..
Kembara di perjalananMU..
Perjalanan penuh liku..
Liku menguji berat timbangan kebajikan..
Berjasad meredah penuh takwa...


Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb..
Aku HambaMU..
Aku Kembara..
Berpaksikan Kalammullah dan Hadis..
Ayuh teruskan perjalanan..
Agar diri teguh iman..
Tidak tergelincir walau sedetik...


Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb..
Aku HambaMu..
Aku Kembara..
Perjalananku terbabas diterjah ..
Terbabas penuh luka dosa..
Terhenti sejenak mencari arah..
Demi masa aku bangkit...


Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb..
Aku HambaMu..
Aku Kembara..
Tangan ke langit menagih hina.. 
Penuh mengharap Petunjuk, Redha, RahmatMU..
Agar kembara perjalanan..
 Penghujungnya Syurga yang hakiki..
InsyaALLAH.....

Nukilan Rasa...
AE....Khairunnisa.....Aku Rindu.....





Ahad, 25 November 2012

USRATI: Menakluk Hati

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Jumaat, 26 Oktober 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Selamat Hari Raya Aildiladha ana ucapkan kpd semua tetamu teratak dan seluruh saudara kita semua..Moga erti korban atau pengorbanan memberi 1 seribu erti yang cukup bermakna kepada kita sebagai hambaNYA...Wassalam..