Memaparkan catatan dengan label Berita sensasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita sensasi. Papar semua catatan

Sabtu, 3 Julai 2010

AJAR SEKS IBARAT AJAR PENCURI MENCURI - Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Isu: 
Isu pembelajaran sek di sekolah begitu diperkatakan terutama akan kerelevanan subjek ini diajar  di bangku sklah.Selain itu kaitan akan kerisaun guru2 yang takut dan tdak mempunyai keyakinan untuk mengajar  subjek ini kerana memikirkan akan kaedah terbaik untuk mngjar matapelajaran ini kpda pljar sklah kerana memikirkan isu2 berbangkit yang akan timbul kelak......Ana tertarik dgn pandangan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat akan isu ini...
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak bersetuju pendidikan seks diajar di sekolah kerana menganggap langkah itu memberi lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada generasi muda.

Mursyidul Am PAS itu berkata, langkah itu hanya akan menggalakkan kanak-kanak di bawah umur mempelajari ilmu seks sesama mereka menyebabkan wujudnya gejala negatif seperti pembuangan bayi.

"Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang."

"Ini semua adalah pengajaran seks yang sedia ada dalam pendidikan masyarakat Melayu dan Islam hari. Saya tak setuju jika ilmu seks diajar di peringkat sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat, di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataannya dalam kuliah sebelum itu yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang mencadangkan pendidikan seks di sekolah dan menganggap tindakan itu seperti mengajar pencuri kaedah mencuri dengan betul.

Nik Aziz juga mahu agar perbuatan zina dalam Islam dinyatakan sebagai 
'zina'dan bukan 'seks bebas' seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak. "Apa salahnya kalau seks bebas kita sebut zina, supaya orang Islam berasa gerun dengan perkataan itu yang telah diharamkan Islam dan orang berzina mesti dihukum dengan hukum hudud," katanya.
Isu pendidikan seks telah sekian lama diperbincangkan dengan kebanyakan pihak menggesa langkah itu dilaksanakan bagi menangani permasalahan sosial seperti pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada keputusan muktamad dibuat mengenai perkara tersebut. - Bernama(perantraan Denai Cinta.blogspot)

Khamis, 20 Mei 2010

Perokok=penghisap 'sel babi' ????

Kini heboh seantero dunia dalam gabus (filter) rokok ada sel babi. Namun saya perhatikan perokok tegar tidak ambil 'pot'. Di bahagian beranda surau kampung saya ada tersedia beberapa tempat habuk rokok. Demikian juga di beberapa surau dan masjid lain di seluruh negara. Ramai orang veteran gemar duduk-duduk di tangga atau beranda surau dan masjid,menghembuskan asap penuh kenikmatan, terutama selepas solat asar dan isyak. Jadi, tidakkah 'asap babi' bertebaran di ruang surau dan masjid. Apakah hukum perbuatan ini?

Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan merokok berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Melaka.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Dibimbangi anda menghebus dan menebarkan asap zat babi dalam masjid dan surau. Tentulah ini kesalahan amat serius dan suatu dosa besar.

Kepada pengurusan masjid dan pihak penguat kuasa agama, saya berpendapat tidak cukup dengan hanya meletakkan papan tanda DILARANG MEROKOK atau MEROKOK ADALAH HARAM di dinding atau ruang depan masjid.

Tangkap saja orang merokok di kawasan masjid terutama di berandanya dan hadapkan mereka ke mahkamah. Apabila berita mereka tersiar di dada-dada akhbar, barulah penghisap 'sel babi' di kawasan sekitar masjid akan takut dan lama kelamaan akan insaf.

Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih.

      gambar hiasan: dr saudra afiq(photoqrafiq)...katakan xnak atau ktakan haram pd rokok?

Sumber: http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100000352205191
Kredit: http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=7304

Ahad, 16 Mei 2010

WANITA BUKAN ISLAM MOHON JADI PEGUAM SYARIE

BANTAHAN DITOLAK

2010/05/15(Harian Metro)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan Islam memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Sivil di sini, semalam dalam usaha awalnya menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan.
Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam.
Hakim Mohd Zawawi membuat keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Victoria, 48, memfailkan permohonan semakan kehakiman dalam masa dua minggu. Tarikh bagi pendengaran masih belum ditetapkan.

Ini kes pertama di Kuala Lumpur apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran mencabar keputusan bahawa hanya peguam beragama Islam boleh bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah.

Di Kuala Lumpur, keperluan utama bagi seorang peguam syarie ialah seseorang itu harus seorang Islam.

Victoria yang memperoleh Diploma dalam Undang-undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonannya sebagai peguam syarie ditolak Majlis Agama Islam melalui jawatankuasa peguam syarie.

Beliau berkata, melalui sepucuk surat bertarikh 6 April, 2006 beliau menghantar permohonan, tetapi Majlis Agama memaklumkan beliau bahawa permohonannya sedang diproses.

Selepas lebih tiga tahun, tiada jawapan daripada Majlis Agama berhubung permohonannya.

Katanya, melalui sepucuk surat bertarikh 4 Ogos, 2009 beliau memohon semula sebagai peguam syarie, tetapi Majlis Agama melalui jawatankuasa peguam syarie melalui sepucuk surat bertarikh 9 September 2009 menolak permohonannya atas alasan bahawa beliau bukan Islam.

Beliau kemudian memfailkan permohonan kebenaran pada 23 Oktober tahun lepas yang antara lain untuk satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Majlis Agama kerana menolak permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Victoria juga mahukan satu pengisytiharan bahawa Kaedah 10 daripada Rukun Peguam Syarie 1993, yang memberi mandat bahawa orang Islam sahaja boleh diterima sebagai peguam syarie adalah ultra vires kepada Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Beliau juga menuntut satu pengisytiharan bahawa di bawah kaedah sama, yang memberi mandat bahawa hanya orang Islam diterima sebagai peguam syarie, adalah bertentangan dengan Artikel 8(1), 8(2), 5 dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

P/S: apa nak jadi????

Rabu, 28 April 2010

Pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah

2010/04/27

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, ini kerana subjek itu yang lebih dikenali sebagai pendidikan kesihatan reproduktif dimasukkan dalam mata pelajaran pendidikan kesihatan dan subjek lain seperti biologi, sains, sains tambahan, pendidikan moral dan pendidikan Islam.

Justeru, katanya, kementerian dalam memantapkan pengajaran guru dalam subjek pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial telah membuat persedian untuk melatih guru-guru di sekolah menengah dan rendah menjadi Jurulatih Utama (JU) di peringkat kebangsaan dan mereka ini akan melatih guru-guru di peringkat negeri.

"Kursus JU berhasrat untuk memberi pendedahan tentang pelaksanaan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dan mencari pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai untuk diterjemahkan ke dalam P&P di dalam kelas seperti yang hasratkan dalam kurikulum," katanya ketika menjawab soalan Senator Doris Sophia Brodi di Dewan Negara hari ini.

Doris Sophia ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan subjek pendidikan seks di dalam kurikulum sekolah dan kajian yang dijalankan berkenaan subjek tersebut dan bila ia akan dilaksanakan.

Dr Mohd Puad berkata, peranan ibu bapa serta penerimaan masyarakat juga adalah penting bagi membantu guru dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum pendidikan kesihatan reproduktif ini kepada para pelajar.

"Sikap keterbukaan ibu bapa dalam membincangkan hal-hal berkaitan seksualiti dengan anak-anak mereka sendiri dan sokongan pihak-pihak lain kepada guru secara tidak langsung dapat membantu keberkesanan kurikulum ini di sekolah.

"Ini sekali gus dapat mengurangkan sensitiviti yang mengiringi isu seksualiti supaya ia diterima sebagai hakikat proses semulajadi yang perlu dilihat dalam perspektif tepat dan sihat," katanya.-Bernama


p/S: klo diajar cmner yer jd kt bdak2 skng??yg skarang pun npk diarang lg advance th ..jd cikgu nk mengajar pun tntu serba slh..huhu...sptutnya penekanan ilmu agama dipertingkatkan lg di sekolah..bkn di seklh jer..kt semua peringkat smada tadika, sekolah, universiti dan di tempat keje...ermm....stiap urusan itu diikat krana Allah bkn krana manusia..untuk mengelakkn kita dr makin jauh denganNYA,,,wassalam

Khamis, 22 April 2010

Pensel 8 hari dalam alat sulit

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/22

GOMBAK: Seorang remaja lelaki bukan sekadar merogol rakan sebayanya, malah turut menyumbat sebatang pensel ke dalam kemaluan mangsa dipercayai bagi tujuan suka-suka.
Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor menemui pensel sepanjang empat sentimeter itu yang masih ‘tertanam’ dalam kemaluan mangsa.
Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak menyedari kewujudan pensel itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hassan, berkata mangsa yang juga anak terbuang dan tinggal di rumah kebajikan sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa rogol yang berlaku dalam kelasnya di sebuah sekolah di Rawang di sini.

Menurutnya, dalam kejadian terbabit mangsa dirogol ketika waktu rehat ketika kebanyakan pelajar kelas berkenaan keluar untuk makan di kantin.

“Namun berdasarkan siasatan, suspek turut ditemani beberapa rakan lelaki lain yang bertindak sebagai ‘penjaga’ yang berkawal di pintu kelas. “Rakannya itu dipercayai menutup pandangan dari luar supaya perbuatan rogol terbabit selama lima minit tidak dilihat sesiapa.

“Rakan suspek dipercayai sengaja bersubahat dan polis akan memberkas beberapa lagi pelajar lain dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, mangsa yang diperkosa suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Agak mengejutkan apabila mangsa tidak menyedari kewujudan pensel yang dimasukkan suspek ke dalam kemaluannya sejak lapan hari lalu. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengeluarkan pensel itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa sudah mengandung sebulan. Ini sekali gus membuktikan mangsa pernah diperkosa sebelum ini,” katanya.

Ditanya sama ada mangsa dirogol suspek sama, beliau bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu berikutan pegawai penyiasat belum mengambil keterangan kali kedua daripada mangsa.

“Fakta terbaru ini mungkin menjadi petunjuk baru mangsa pernah diperkosa di lokasi lain di sekolah sama. Setakat ini, suspek pelajar lelaki itu direman enam hari untuk membantu siasatan,” katanya.

P/S: ape nak jd??ini klakuan adik2 kita..ank2 kita,,saudara kita??betapa mudahnya prkra sbgni berlaku...kerana apa?????fikir2kan...

Ahad, 21 Mac 2010

17,303 anak luar nikah didaftar 2009

Oleh Mohd Azis Ngah
azis@bharian.com.my
2010/03/21

KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.

Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.

Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.

Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara. Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama.

Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).

Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).

“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.

“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.

Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.

“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.

“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya.

Senarai komen

wawi
semakin lama jumlah semakin bertambah.....mudah-mudahan manusia akan bijak menggunakan akal dengan bijaksana....kalau tak masalah ni tkkan selesai....

zusma
Pengajaran kepada ibubapa supaya mendidik anak-anak dengan ilmu agama dan tidak membiarkan anak-anak terjebak dengan pergaulan bebas.Kita akan dpersoalkan nanti .....dihadapan allah.

Hamba Allah
Sudah menjadi sunnah alam, bahawa akhir zaman ramai yang hidup tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Dalam hal ini ibubapa harus mengambil berat dan cakna kepada anak-anak dan ahli dibawah tanggungjawabnya. Punca yang paling besar ialah zaman sekarang umat islam telah lupa menunaikan solat lima waktu. Sesungguhnya solat yang sempurna dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara fahsyar dan mungkar.

sokong tak pelik
sokong tak pelik.. masyarakat hari ni lebih mementingkan hiburan daripada ilmu..
kalau ada majlis ilmu pon, tetap nak adakan hiburan.. berilmu, beramal dan beriman..
bukan berilmu beramal sambil berhibur..
betul..bila hiburan yang ntah aper2..melampau dan tak dikawal,agama pandang sepi..ini akibatnya.

lina
bila manusia melangkaui tamadun...

umeks17
nauzubillah....bangkitlah bangsaku

geramaque
Diikut sangat nafsu, itulah yang jadi. Yang kasihannya nanti, anak2. Bukti cinta konon.. Bilalah nak sedar..

mrboss
pengajaran kepada ibubapa, jangan menyusahkan anak2 hendak kahwin, permudahkan lah,
sesungguhnya Islam itu mudah

rina
dunia semakin panas,bumi semakin sempit,fitnah semakin menjadi jadi,bunuh membunuh semakin berani,buang anak semakin banyak,anak muda merempit semakin sesak,anak luar nikah semakin meningkat.Nak menyalahkan ibubapa,kite kena fikir hendak ke ibubapa semua anaknya jadi seperti itu.Nak salahkan anak2 kemungkinan kurangnya kasih sayang ibubapa.Apa harus kita buat selain bertawakal kepada Allah semoga kita dilindungi dan dirahmati,Allahwaalam.

IMAN
ALAMAK!!!!!!! SEBAHAGIAN MASYARAKAT KITA KEMBALI KE ZAMAN JAHILIAH...
ini lah perancangan dan angkara orang-orang yang ingin merosakkan akidah orang-orang Islam.. dan kesannya kini boleh dilihat...

JAMAL
ingatlah wahai umat ... tanda-tanda besar khiamat sudah jelas dan nyata . kembalilah ke jalan yang benar . belum terlambat untuk bertaubat

Tak Pelik
Biasalah tu,inilah hasil budaya hiburan yang didahulukan berbanding budaya ilmu.Baru orang sedar akan akibatnya sekarang.

adatmseth
Ini la jadinya bila nafsu mengatasi akal yang waras.. sama2 la kita fikirkan jalan penyelesaian..
aura
Sebahagian masyarakat...semakin parah

ijan
Masyarakat... nie lah dia yg xtahu agama dan undang2 hidup sebagai manusia.. nie bkn saja anak muda tapi ibubapa jgak kena main peranan yg penting mnjga anak mereka...

Subhanallah.. tak tau apa nk jadi ngan anak muda kita sekarang.. makin hari makin teruk... kesian pada anak2 yang dilahirkan.. mereka ni tk bersalah...

Sabtu, 20 Mac 2010

Perlakuan memalukan

Oleh Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my
2010/03/19

SHAH ALAM: Melepak di pusat beli-belah, beriadah di taman tasik, menghabiskan masa melihat orang bermain go-kart dan banyak lagi aktiviti dilakukan pelajar beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta di sini pada setiap hujung minggu.

Namun, aktiviti segelintir remaja terbabit dikhuatiri boleh mengundang gejala maksiat yang semakin menular dalam kalangan remaja sekarang ini.


Tinjauan Metroplus ke beberapa kawasan tumpuan ramai di sekitar bandar raya ini, mendapati pelajar mengisi masa lapang pada hujung minggu melakukan aktiviti bersama pasangan kekasih.


Kawasan seperti Taman Tasik Shah Alam, litar go-kart di stadium dan Dataran Shah Alam dipenuhi pasangan kekasih dipercayai dari kalangan pelajar setiap hujung minggu dari pagi hingga lewat petang menghabiskan masa memadu kasih tanpa menghiraukan segelintir keluarga yang turut berkunjung ke tempat berkenaan.


Berpelukan di bangku taman, duduk berdua-duaan di kawasan sunyi, berpelukan di atas motosikal, berjalan mengelilingi tasik sambil berpegangan tangan dan banyak lagi perlakuan menjolok mata dilakukan mereka mungkin kerana asyik dilamun cinta.


Beberapa warga setempat yang ditemui ketika membawa keluarga bersiar-siar di kawasan riadah di situ, berkata pemandangan sedemikian boleh dilihat pada setiap hujung minggu dan boleh dikatakan sebagai aktiviti rutin mereka

Setiap bangku dan sudut di taman tasik ini dipenuhi pasangan kekasih. Sekali tengok pun kita boleh tahu mereka itu pelajar kerana rupa mereka terlalu muda.


“Kadangkala mereka tidak peduli langsung dengan kami yang datang bersama keluarga dan anak-anak. Lebih mengecewakan, kebanyakannya remaja Islam dan ada juga remaja perempuan bertudung,” kata seorang penduduk setempat yang tidak mahu dikenali.


Sementara itu, tinjauan Metroplus ke beberapa kawasan kediaman berhampiran turut mendapati aktiviti dan tingkah laku pelajar yang menginap di kawasan berkenaan membawa kerisauan penghuni lain.

P/S: Semakin hari normal masyarakat semkin memndang jelik kpd perlakuan pelajar U yg smkin menjadi2 mslah sosialnya..dimana slapnya????adakah kerana kebebasan dan keprcayaan ibu bapa yang disalah gunakan????atau kerana kepandaian ilmu dunia yang dituntut???siapa ada jawapannya??Banyak masalah yg begitu membimbngkan melibatkan pelajar U....dimana silapnya???seperti article diatas kebimbngan masyarakat terhadap mslah soaial yg melibatkan anak2 melayu yg beragama Islam smkin membimbngkan..mjoriti adalah mereka yg berilmu..yg turut trsa kerana ana juga pljar U..apabila msyarakat sudah hilang kepercayaan dan hilang hormat kpd plajar U yg dianggp pewaris pemimpin negara...apa akan jd pada masa hadapan??jika msalah sbgini begitu melarat dan akhirnya mnjadi barah...??ini blum disentuh bab agama...jika ini terjadi apa yg akan jd pda Umat Islam..???jika kita semua menongkah arus dunia tnpa berpandukan al-Quran dan hadis,,,,tanpa memikirkan azab yg mennti..tnpa memikirkan balsan yg menanti....Nauzubillah..

sahabt2 yg brgelar pelajar U...sm2 kita gunakan akal kanan dan akal kiri dengan hati yg suci untuk memikirkan samaada tndak tnduk kita itu tidak terpesong dan lari dari Landasan hakiki....Ya Rabb...sama2 kita muhasabh diri kita ..sm2 kita pndang dri kita dgn cermin panduan dr Allah SWT...Kejayaan yg dikecapi didunia hanya sementara..kerana mnusia yg berjaya adalah mereka yg bersama2 kekasih ALLAH disyurga kelak..mereka itulah org2 yg berjaya dan mnggunakan akalnya, ilmunya dan hdupnya dengan sebaiknya hanya kerana mengejar syurga yg dijanjikan ALLAH SWT...

Sudah ckup kelekaanku dan zaman itu memberi pengajaran brguna kepdaku.....syukur padaMU Ya ALLAH...moga diri ini istiqomah dlm mnongkah arus kehdpannya,,kpd shbt2 tegurlah dri ini jika tanpa sedar dan sdar dri telah leka dgn dosa dan kedunian,,,,diri ini terlalu kerdil..msh byk dan tdak akan ckp dlm mncedok ilmu bekal kebahagian di akhrat...mkin ku gali, makinku cari, makin ku hayati, Allah betapa AgungNYA kekuasaanMU YA ALLAH..Allahuakbar...

Khamis, 4 Mac 2010

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara....


1.. Song....

Lagu-lagu yang menghiburkan... jika ada anak-anak yang tak tau mengucap.. tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal F ati hah.... tapi boleh menging ati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hingga kita terfikir.... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ..Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana.. di kaca tv, dalam filem, dalam iklan... babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex.. filem 18SX amat laris berbanding filem U... VCD lucah mudah didap ati ... dan harganya amat murah... Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah......


3. ..Smoke....

Rokok.. menjadi kegilaan para remaja... sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok... malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date".. Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja.... ataupun penari kabaret.... (aku tengok dari filem P Ramlee).... Syabas yahudi... berjaya lagi kamu....


4. .....Sport..
..
Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan... hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.. bukan yang bermain sahaja tak sembahyang... yang menonton pun tak sembahyang juga.... Kalau menonton di rumah... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi.... sampai ada ulamak kata... kerana sukan.. sembahyang boleh tangguh... Masya-Allah,..

5. .. Fun..

Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100 majalah.. mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga... yang menayangkan buah mangga artis perempuan.... Kalau ada konsert.... sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert.... pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....


6.... Female...

Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta... di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi... apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?... kalau iklan Modess... perempuan ada patutlah... Yahudi bersorak lagi.....


7...Fashion....

Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam.. sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah... Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.... Bila warnakan rambut.. mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung.. bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu... Kalau dah rambut diwarnakan... sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8. .. Food..Makanan..

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD , Kentucky , Pizza hut... dan seribu satu macam lagi.... Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina.... masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan... tapi makanan Barat menjadi kebanggaan... Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky .. rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check... halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi... tetapi berfikiran pun macam yahudi... Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...


Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... aku cinta Malaysia ...... tapi lebih cintakan ALLAH..... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......



DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....


Dari:Ibnu

Khamis, 25 Februari 2010

Layu di Tasik Titiwangsa

Oleh Amirul Haswendy Ashari

am@hmetro.com.my

2010/02/19

KUALA LUMPUR: Gelagat segelintir remaja berpelukan dan memadu kasih di Taman Tasik Titiwangsa di sini merimaskan pengunjung berkeluarga yang datang beriadah.
Perbuatan kurang sopan pasangan muda-mudi itu termasuk pada waktu siang dapat dilihat hampir setiap petang terutama pada hujung minggu dan sewaktu cuti persekolahan.

TAK MALU...sepasang kekasih ‘bermesra’ di tengah panas terik mentari di Taman Tasik Titiwangsa.
TAK MALU...sepasang kekasih ‘bermesra’ di tengah panas terik mentari di Taman Tasik Titiwangsa.
Seorang pengunjung berkata, kebanyakan pasangan remaja datang ke situ dengan tujuan untuk memadu kasih.


“Mata kami ‘berbulu’ apabila melihat mereka tanpa segan silu berpelukan di hadapan pengunjung.


“Ada antara mereka dengan selamba bercumbuan seolah-olah bukan berada di negara sendiri yang ada adat, budaya dan pegangan agama,” katanya.


Beliau yang sering berkunjung ke taman tasik itu untuk beriadah pernah menegur beberapa pasangan yang berkelakuan sumbang berikutan tidak tahan dengan sikap mereka.


Bagaimanapun, katanya, teguran itu tidak diendahkan sebaliknya dia pula dimarahi kerana dituduh menjaga tepi kain orang lain.

Menurutnya, papan tanda larangan berkelakuan sumbang juga ibarat hiasan taman berikutan tidak dipedulikan muda-mudi berkenaan.


“Mula-mula berpeluk di taman, lepas itu tunggulah kelak ada pula kisah bayi tak bersalah dibuang,” katanya.


Beliau berharap pihak bertanggungjawab terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dapat menjalankan pemantauan lebih kerap bagi mengekang aktiviti tidak bermoral itu daripada terus menjadi parah.


Tinjauan Metroplus mendapati hampir setiap sudut taman tasik yang tidak pernah lekang dengan pengunjung itu ‘dihiasi’ pasangan muda-mudi yang ‘mabuk’ cinta.


Dakwaan pengunjung juga berasas berikutan memang terdapat segelintir daripada mereka yang sedang asyik berpelukan, langsung tidak menghiraukan pandangan sinis pengunjung yang melihat gelagat mereka.


Lebih merosakkan pandangan, kehadiran Mat dan Minah Rempit yang menjadikan kawasan tasik sebagai ‘port’ lepak sambil bersosial turut mendapat pandangan kurang senang pengunjung.


Sementara itu, Penguasa Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan DBKL, Muhamad Irwan Abdullah, ketika dihubungi, berkata pihaknya hanya mampu menasihati pasangan muda-mudi terbabit daripada terus berkelakuan sumbang.


“Ini berikutan pihak jabatan tidak mempunyai kuasa untuk menahan mereka.


“Bagaimanapun, mereka boleh dikompaun RM300 jika melanggar peraturan yang ditetapkan di taman,” katanya.


Menurutnya, DBKL sentiasa melakukan rondaan berkala bagi memantau aktiviti kurang sihat yang berlaku di taman rekreasi di bawah pengurusan mereka.

Jumaat, 19 Februari 2010

Nikah koboi di asrama

Oleh Murni Wan Omar, Amir Abd Hamid dan Yusliza Yakimir Abd Talib
am@hmetro.com.my
2010/02/19

KUALA LUMPUR: Ghairah mahu menikmati hidup bersuami isteri selepas bertemu kekasih ketika sama-sama menuntut di menara gading, namun pada masa sama tidak mahu perbuatan itu diketahui ibu bapa mendorong segelintir pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ternama di pinggir ibu negara terjerumus dengan amalan ‘pernikahan dalam dorm (asrama)’.

Perkahwinan adalah fitrah manusia, namun amalan di kalangan mahasiswa terbabit nyata meragukan apabila upacara pernikahan pasangan pengantin terbabit hanya disempurnakan sesama rakan sekuliah selaku kadi, wali dan saksi - tidak ubah seperti pernikahan koboi.


Seperti pasangan normal, kumpulan terbabit juga mempunyai kadi yang menikahkan pasangan berkenaan secara berjabat tangan dengan pengantin lelaki sebelum diperakui sebagai sah oleh saksi. Cuma yang berbeza ia dilakukan pada waktu malam dan semua yang hadir hanya rakan sekuliah.


Sehingga kini, tujuh pasangan di IPTA berkenaan dikesan melangsungkan pernikahan yang didakwa mereka sah dan halal mengikut mazhab dianuti, sedangkan umat Islam di negara ini berpegang kepada Mazhab Syafie yang mengamalkan cara pernikahan berbeza.


Selepas berlangsung majlis akad nikah di asrama lelaki dalam kampus IPTA berkenaan, ‘pasangan pengantin’ baru dibenarkan menjalani kehidupan sebagaimana suami isteri yang diijabkabulkan mengikut amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Bagaimanapun, kegiatan songsang itu akhirnya terbongkar apabila satu daripada pasangan yang bernikah mengikut kaedah meragukan itu menemui Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek, untuk mendapatkan pandangan.


Sarat mengandung bayi hasil pernikahan itu, gadis berusia 23 tahun berkenaan serta pasangannya berusia sebaya menemui Hanafi kerana tidak sanggup lagi menyorokkan perkahwinan mereka daripada pengetahuan ibu bapa.


“Saya didatangi pasangan terbabit baru-baru ini. Saya ingatkan mereka mungkin datang kerana terjebak masalah sosial, tapi alangkah terkejut apabila mereka mendakwa berkahwin di asrama lelaki IPTA berkenaan.


“Kadi, wali, saksi dan tetamu semuanya terdiri pelajar. Mereka mendakwa menganut mazhab yang membenarkan perkahwinan dengan cara sedemikian.


“Semua kes pernikahan itu tidak diketahui ibu bapa pasangan terbabit. Pelajar berkenaan yakin pernikahan itu sah semata-mata dengan alasan mereka mempelajari segala hukum-hakam dalam mazhab berkenaan yang membolehkan upacara pernikahan pelik itu dijalankan,” kata Hanafi ketika ditemui di pejabatnya di sini, baru-baru ini.


Menurutnya, berdasarkan pengakuan pasangan terbabit, mereka yang mendakwa sudah ‘sah’ sebagai suami isteri menyewa tempat tinggal sama ada rumah atau bilik di luar kampus universiti sejurus majlis akad nikah disempurnakan bagi mengelakkan pernikahan diketahui pihak pentadbiran universiti.


Katanya, pasangan berkenaan memaklumkan, setakat ini tujuh pasangan ‘suami isteri’ di kalangan pelajar yang bernikah mengikut amalan mazhab berkenaan, menyewa kediaman yang diubah suai dan dipecahkan menjadi beberapa bilik di kawasan penempatan tidak jauh dari universiti itu.


“Kemungkinan jumlah pasangan yang melakukan pernikahan pelik di asrama lelaki di universiti itu lebih daripada yang diketahui.


“Malah, mungkin juga fahaman yang dipegang mereka turut membabitkan pelajar universiti lain di negara ini,” katanya.


Hanafi berkata, kegiatan yang semakin mendapat sambutan itu perlu dibanteras segera bagi mengelak lebih ramai pelajar pusat pengajian tinggi mengambil jalan mudah untuk merasai dunia bersuami isteri dengan mengenepikan hukum syarak dan pihak keluarga.


“Lebih memburukkan keadaan jika kegiatan mereka tersebar kepada pelajar yang cetek ilmu agama. Pemikiran golongan pelajar ini lebih mudah dipengaruhi walaupun secara terang-terangan ‘pernikahan mahzab lain’ menyalahi hukum.

Menurutnya, Sidim mengadakan sesi kaunseling kepada pasangan terbabit dengan menasihatkan mereka tidak membelakangkan ibu bapa dalam segala hal terutama membabitkan pemilihan pasangan hidup.


“Saya nasihatkan remaja khususnya pelajar universiti tidak membuat keputusan terburu-buru dan terjebak dengan pujukan segelintir rakan mereka yang kononnya dianggap bijak. Ingatlah keredaan Ilahi bersangkut paut dengan keredaan ibu bapa,” katanya.

p/s:apa nk jd???

Rabu, 17 Februari 2010

ISU PEMBUANGAN BAYI

Mengejutkan, sedih serta bingung apabila melihat kekejaman kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi di negara ketika ini. Manusia seolah-olah sudah tidak punya perasaan belas kasihan apabila bayi yang masih kecil, dibunuh dan dibuang sesuka hati. Apakah dosa bayi itu sehingga mereka diperlakukan sebegitu? Sungguh, manusia yang sanggup memperlakukan sebegitu, bukan lagi manusia, tetapi lebih teruk daripada haiwan.

Minggu lepas sahaja, beberapa kes pembunuhan dan pembuangan bayi berlaku. Kes pertama berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mayat seorang bayi perempuan ditemui tertanam. Kes kedua pula berlaku di Alor Setar, Kedah. Seorang bayi perempuan telah ditemui masih hidup. Kes ketiga pula berlaku di Masjid Jamek Permatang Duyong, Melaka. Mayat seorang bayi perempuan ditemui dipenuhi semut di pintu pagar masjid. Dan yang terakhir berlaku di Kuala Krai. Mayat seorang bayi lelaki ditemui terbakar dalam tong.

Tabiat buruk membuang bayi ini adalah membimbangkan. Tabiat ini boleh menyebabkan pertambahan masalah sosial di kalangan masyarakat. Selain itu, ia boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan. Ia juga boleh memberi impak negatif dari segi psikologi terhadap mereka yang terlibat dengan tabiat ini.

Sekiranya tabiat buruk ini terus berleluasa, tidak hairan suatu hari nanti kita boleh menemui mayat-mayat bayi yang dibuang seperti sampah dimerata-rata tempat. Perkara ini akan menjadi semakin serius sekiranya tidak dibendung.

Peningkatan kes pembuangan bayi menunjukkan ramai anggota masyarakat kini mengalami tekanan hidup dan mereka tidak tahu menanganinya dengan bijak. Ini menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan membuang bayi yang tidak berdosa.

Mereka yang melakukan perbuatan sebegini adalah mereka yang terlibat dengan pergaulan bebas sehingga melahirkan anak luar nikah. Mereka ini terdesak dan hilang pertimbangan kerana merasa malu dengan apa yang telah mereka lakukan. Oleh itu, mereka mengambil jalan mudah dengan membuang bayi setelah melahirkannya. Mereka sudah tidak memikirkan haram halal sesuatu perbuatan itu. Mereka ini tidak ada panduan dalam soal agama sehingga tergamak membuang amanah Allah atau membiarkan bayi itu mati. Apa yang mereka tahu, mereka dapat menutupi kesalahan yang telah mereka lakukan. Sebenarnya mereka silap. Tindakan yang mereka ambil ini sebenarnya hanya menambahkan lagi masalah mereka. Tindakan sebegini akan menyebabkan seluruh rakyat di negara ini dapat menghidu perbuatan yang telah mereka lakukan. Ini akan membuatkan mereka lebih tertekan.

Selain itu, institusi keluarga yang semakin lemah akibat kesibukan mengejar kejayaan juga mendorong pertambahan kes pembuangan bayi ini. Remaja-remaja yang bermasalah tidak mempunyai tempat untuk mengadu. Mereka tidak dapat mencari penyelesaian di atas segala masalah yang mereka hadapi. Sekiranya institusi keluarga memainkan peranan penting dalam mendidik dan membimbing keluarga masing-masing, perkara sebegini dapat dielakkan.

Stigma masyarakat yang memandang serong ibu yang membesarkan bayi tanpa ikatan perkahwinan juga mendorong pembuangan bayi. Masyarakat seharusnya membantu dan membimbing mereka yang terlibat dengan perbuatan ini agar mereka kembali ke jalan yang benar dan tidak mengulanginya lagi. Mereka tidak seharusnya dihukum, sebaliknya mereka perlu diberi kaunseling dan bimbingan. Mungkin mereka telah tersalah langkah sehingga melahirkan anak luar nikah, tetapi ini bukan bermakna mereka harus disisih dan dipandang serong. Mungkin benar ada pendapat mengatakan sekiranya, perbuatan sebegitu masih diberikan layanan dengan baik, tidak mustahil ramai lagi yang akan terlibat dengan perzinaan dan melahirkan anak luar nikah. Tetapi kita harus ingat, sekiranya kita membantu mereka, masalah pembuangan bayi ini dapat dikurangkan. Dengan ini kita dapat menyelesaikan satu masalah.

Tanggungjawab bagi membendung gejala pembuangan bayi ini tidak hanya terletak dibahu kerajaan. Seluruh masyarakat harus berganding bahu untuk sama-sama berusaha mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah ini. Isu ini bukan kesalahan ibu semata-mata, tetapi semua pihak harus turut merasa bersalah. Apabila pendekatan sebegini dapat dipraktikkan, masyarakat akan lebih bersikap terbuka dan bertanggungjawab dalam mengatasi masalah sebegini. Masyarakat akan lebih prihatin dan berusaha bagi mencegah kejadian seperti ini berulang.

Masyarakat perlu mengambil pengajaran daripada kes-kes yang berlaku dengan meningkatkan pengawasan ke atas anak remaja. Anak remaja tidak boleh dibiarkan lepas bebas untuk bergaul tanpa pengawasan. Ibu bapa harus sentiasa mengambil berat mengenai pergaulan anak remaja mereka. Elakkan anak remaja mereka dari bergaul bebas di antara lelaki dan perempuan. Pergaulan bebas ini sebenarnya yang mendorong berlakunya pembuangan bayi. Kerana mahu menutupi malu setelah mereka melakukan hubungan diluar perkahwinan, mereka mengambil jalan pintas dengan membuang bayi yang dilahirkan.

Ibu bapa juga harus memberikan didikan agama yang terbaik dan menggunakan pendekatan psikologi yang berkesan dalam mendidik anak-anak.

Anak-anak adalah harta yang paling berharga. Mereka adalah amanah yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita. Oleh itu, kita harus menjaga dan mendidik anak-anak dengan sebaiknya. Membuang bayi adalah satu dosa yang besar kerana kita telah mengkhianati amanah yang telah diberikan kepada kita. Sekiranya kita malu untuk membesarkan bayi yang kita kandung diluar nikah, banyak lagi cara lain yang boleh kita gunakan untuk menutupi rasa malu itu. Ingatlah, masih ramai lagi orang diluar sana yang bersusah payah berusaha untuk mendapatkan anak, tetapi kita dengan mudah membuangnya. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari perbuatan keji ini. Nauzubillah.

Dari:RP

Khamis, 21 Januari 2010

Hidup penuh bermaruah

Sumber:Berita Harian

Oleh Ahmad Naim Tahir

ahmadnaim@bharian.com.my




Warga Gaza tidak pernah tunduk atau takut kepada rejim Zionis

"SELAMAT datang ke Gaza, selamat datang ke alam kegembiraan".

Agak memeranjatkan kerana itulah yang diucapkan seorang lelaki Gaza kepada sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang menyertai konvoi Viva Palestina ke wilayah itu, baru-baru ini.

Memeranjatkan kerana mereka tahu warga Gaza tertekan akibat kepungan tentera Israel sejak 27 Disember 2008 dan terperangkap dalam keganasan dan penindasan rejim Zionis sejak puluhan tahun sebelum itu.

Lalu, apa yang dimaksudkan lelaki berkenaan dengan kata-kata itu. Adakah dia sememangnya amat tertekan dengan keadaan di Gaza sehingga tidak tahu lagi membezakan penderitaan dan kegembiraan.

Walaupun dalam keadaan fizikal dan minda yang keletihan, kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang dalam fikiran ketua konvoi Malaysia, Matthias Chang yang kemudian memerah otak cuba mentafsir apa yang dimaksudkan.

UMAT Islam bersolat dalam masjid yang runtuh.

Beliau mewakili badan bukan kerajaan (NGO), Perdana Global Peace Organization (PGPO) bersama Abd Rafee Abd Khatab selaku timbalannya, selain Shamsul Akmar, Juana Jaafar Manap dan Ram Karthigesu.

Turut serta empat kru Bernama serta dua lagi aktivis NGO Malaysia yang berada di Syria, selain pelajar Malaysia di London, Ibrahim Mohd Azmi yang pada mulanya menyertai konvoi dari ibu kota England pada 6 Disember 2009.

Bersama-sama mereka, ratusan aktivis lain dari seluruh dunia yang bergerak dalam 220 kenderaan dengan misi penghantaran bantuan kemanusiaan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion) kepada rakyat Gaza.

Menerusi konvoi itu, PGPO menyumbang hampir RM500,000 dalam bentuk bantuan keperluan dan dua ambulans.


“Kami tiba di Gaza kira-kira jam 4 pagi, ada seorang lelaki menyambut kami dengan kata-kata sedemikian. Jika diikutkan badan yang amat letih kerana memandu terlalu lama, kata-kata itu mungkin masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Namun selepas berfikir, kata-kata itu menggambarkan azam warga Gaza dalam meneruskan hidup. Ya... Israel boleh menyerang dan menindas mereka, tetapi biarlah... mereka terus hidup seperti biasa, seperti orang lain juga,” katanya.

Sukarelawan Malaysia bertemu beberapa ahli Parlimen Palestin dan seperti dijangka, banyak kisah sedih yang diceritakan, termasuk kehilangan lebih 15 ahli Parlimen yang diculik Israel dan ada yang dibunuh.

Sebenarnya, kisah sedih seperti itu hanya diceritakan jika ada yang bertanya kerana keutamaan warga Gaza kini ialah mendapatkan keperluan asas, terutama kelengkapan dan bantuan pendidikan.

“Saya dibawa masuk ke sebuah bilik di bangunan Parlimen yang sebahagian besarnya musnah akibat ledakan bom Israel. Bagi mereka ia sebenarnya pejabat, biliknya kecil saja dan di satu sudut, ada rak menempatkan bahan bacaan.

“Dengan penuh bangga, mereka memberitahu ‘itulah perpustakaan kami.’ Mungkin orang akan anggap, apa nak dibanggakan dengan perpustakaan sekecil itu, tetapi mereka yang faham tahu kenapa mereka begitu berbangga dengannya,” kata Chang.

Ia sebenarnya simbolik kepada masyarakat dunia dan kepada Israel bahawa “kamu tidak boleh memusnahkan Parlimen kami, apa saja yang tinggal akan kami gunakan untuk meneruskan hidup”.

Dengan penuh bangga juga, ahli Parlimen berkenaan meminta Chang merakamkan gambar pejabat dan perpustakaan Parlimen yang hanya mengandungi tiga set kerusi meja dan rak menempatkan buku itu.

“Saya kagum dengan semangat pemimpin dan warga Gaza, tetapi kisah seperti itu tidak begitu ditonjolkan media. Laporan media sebelum ini hanya memaparkan penderitaan, kesedihan dan rayuan mereka meminta bantuan.

“Tidak banyak yang memuatkan kisah semangat, maruah dan keyakinan diri yang tinggi di kalangan warga Gaza. Mereka tidak berasa malu, kalah atau dijajah...mereka hidup seperti biasa...itu paling mengagumkan,” katanya.

Atas sebab itu, Chang tidak begitu berminat menceritakan insiden yang berlaku sepanjang perjalanan konvoi dari London ke Gaza kerana itu bukan topik utama misi berkenaan, sebaliknya lebih penting apa yang berlaku di Gaza City.

Kisah sedih penderitaan warga Gaza, kemusnahan harta benda, pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua juga, katanya, sudah acap kali dilaporkan media, seolah-olah itu saja yang ada di sana.

Gaza, katanya, adalah kisah keberanian, semangat, iltizam dan perpaduan rakyat. Ia bukan layar kepada kisah dendam kesumat, kekecewaan dan benci walaupun siang dan malamnya diisi deruman enjin pesawat pejuang Israel, pengeboman dan pembunuhan.

Semua ciri itu menyumbang kepada kekuatan warga Gaza, biarpun musuh dianggap begitu kuat dan mendapat sokongan negara kuasa besar, wilayah itu sehingga kini gagal ditawan.

Biarpun dikhianati dari dalam, dipencilkan negara jiran yang sebangsa dan seagama atau dilabel pengganas, Gaza tetap mempertahankan daulat dan warganya meneruskan hidup penuh bermaruah.

“Apabila saya melihat mata mereka, tidak tergambar wajah dendam atau kebencian, sebaliknya pancaran yang mahukan keamanan, cuma bingung kenapa manusia boleh melakukan kekejaman kepada manusia lain, kenapa berlaku ketidakadilan itu.

“Ada yang ditahan, diculik dan dikurung dalam penjara. Ada yang dibunuh, tetapi keluarga mereka tidak bercakap dalam nada berdendam, cuma minta supaya kisah itu didedahkan, jangan disenyapkan. Dendam dan benci tiada dalam kamus hidup mereka,” katanya.

Kata Chang, keutamaan warga Gaza kini bukan kewangan walaupun mereka bersedia menerima jika ada yang sudi menyalurkan, tetapi lebih kepada pendidikan, terutama bantuan biasiswa untuk generasi muda meneruskan pengajian.

“Sebab mereka tahu jika generasi muda tidak berpelajaran, sukar untuk membangunkan masyarakat. Perlu ada profesor, doktor, pakar psikologi dan pakar lain untuk anak-anak mereka belajar dan mengatasi trauma perang,” katanya.

Beliau yakin jika mendapat peluang sebegitu, Palestin mampu membangun menjadi negara termaju di benua Arab andai berjaya bebas daripada penindasan Israel kelak.

Simbolik kekuatan iltizam warga semenanjung itu juga tergambar apabila peserta konvoi dibawa bersarapan di sebuah restoran menghadap Pelabuhan Gaza atau dengan saiznya yang seperti itu, lebih layak dipanggil jeti.

“Mereka menunjukkan kepada kami pelabuhan itu dan berkata: “Tidakkah itu pemandangan yang cantik.” Mesejnya, lihatlah pelabuhan kami yang begitu cantik dan tenang. Hidup mereka riang dan tenang walaupun ditekan penindasan.

“Bandar Gaza juga bersih, sedangkan ia adalah zon perang. Mesejnya mereka tidak akan hidup seperti haiwan walaupun kamu (Israel) menindas. Kami hidup seperti manusia lain dan kebersihan sebahagian daripada hidup kami,” katanya.

Warga Gaza contoh terbaik sebagai inspirasi hidup, mereka tidak mengeluh atau merungut mengenai kehidupan. Bagi mereka, Palestin akan menang, rakyatnya akan terus hidup dan tidak pernah takut atau tunduk kepada Israel.

“Lihatlah dengan segala kelebihannya, Israel masih gagal menewaskan Gaza. Deruman enjin pesawat tentera atau ledakan bom sudah perkara biasa. Cuba kita bayangkan jika Palestin merdeka,” kata Chang.

Kekurangan yang dihadapi tidak dijadikan alasan. Pernah makmal sebuah universiti menempatkan peralatan bernilai RM15 juta musnah dibom Zionis, tetapi hanya 10 hari selepas itu pembelajaran sudah disambung semula.

Bangunan Kementerian Kewangan dan beberapa kementerian yang menjadi tonggak pentadbiran kerajaan dan menyimpan dokumen penting juga hancur, tetapi selepas itu semua dokumen penting disimpan secara berselerak di sekitar Gaza.

“Cuba kita lihat Jerman dan Jepun, kononnya negara maju tetapi mereka sebenarnya masih tunduk kepada kuasa besar. Di negara mereka, masih ada pangkalan tentera negara kuasa besar... apa gunanya merdeka,” katanya.

Berbeza dengan Gaza, wilayah itu dikepung tetapi masih gagal dijajah kerana semangat melawan warganya yang begitu kuat sehingga Israel yang dilengkapi senjata moden terpaksa berundur dek semangat melawan yang kental oleh pejuang Gaza.

“Israel boleh melancarkan 100 peluru berpandu ke Gaza, tetapi ia akan dibalas walaupun hanya satu peluru berpandu dari Gaza. Jika Israel ada peluru berpandu, Gaza juga ada senjata itu untuk mempertahankan kedaulatannya,” tambah Chang.

Katanya, laporan media hanya menumpukan kepada penderitaan rakyat Palestin dan Gaza, sedangkan memang itu yang akan berlaku kerana mempertahankan diri daripada penindasan oleh negara penuh lengkap dengan aspek ketenteraan dan persenjataan.

“Laporan seperti itu menggambarkan Israel begitu berkuasa. Memang warga Gaza menderita, tetapi secara psikologinya mereka menang. Walaupun ramai rakyatnya terbunuh, tetapi negara mereka masih gagal dijajah Zionis.

“Moral warganya tetap utuh... walaupun ada penganut Islam dan Kristian, mereka hidup penuh bersatu pada tahap tertinggi. Perpaduan masyarakat Gaza contoh terbaik kepada dunia,” katanya.

Katanya, pengajaran paling penting daripada misi kali ini ialah warga Gaza tidak akan menggadaikan nilai asas kemanusiaan - hidup penuh bermaruah dan bangun semula jika terjatuh.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau berpesan mewakili sukarelawan Viva Palestina dari Malaysia: “Jangan anggap kami hero, memang perjalanan memenuhi misi ini sukar, tetapi ia berbaloi kerana banyak pengajaran kami peroleh di Gaza”.

FAKTA
Kronologi keganasan Israel ke atas Gaza


  • Israel melancarkan 'Operation Cast Lead' ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 dengan alasan mahu menghentikan serangan roket harian Hamas ke penempatan Yahudi di Israel.

  • Kempen keganasan berlarutan 22 hari, mengorbankan 1,400 rakyat Palestin, mencederakan 5,500 orang dan beratus-ratus lagi parah, manakala hanya 13 tentera Israel maut.

  • Selepas setahun kepungan Israel, lebih 90 peratus penduduk Gaza memerlukan bantuan makanan, 32,000 penduduk tanpa bekalan air paip dan ribuan lagi tidak berumah, selain menghadapi peningkatan masalah psikososial.

  • Rundingan di antara Israel dan Palestin berhubung perjanjian damai sehingga kini masih tergantung.

  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipandang tinggi rakyat Palestin kerana sumbangannya dalam usaha membebaskan negara itu daripada penindasan selama 60 tahun oleh Israel.
  • Masjid al-Aqsa boleh roboh


    Masjid al-Aqsa

    Pemimpin Palestin beri amaran kesan buruk Israel gali bawah tanah

    BAITULMAQDIS: Masjid al-Aqsa boleh roboh kerana mengalami banyak rekahan dan retakan berpunca daripada kegiatan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel menggali kawasan bawah tanahnya atas alasan mencari bukti peninggalan warisan Yahudi, menurut laporan, semalam.

    Amaran itu dinyatakan oleh ketua hakim Pihak Berkuasa Palestin (PA), Sheikh Tayseer Tamimi, kepada Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC).

    Seorang aktivis Palestin, Raed Salah turut bimbang Israel merancang membina kuil Yahudi di kawasan al-Aqsa.

    Tayseer pula memberi amaran, beberapa rumah di sekitar tanah suci ketiga Islam itu turut berisiko roboh kerana kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada malam hari membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan Masjidil Aqsa.

    "Saya risau dengan pelan Israel membina kuil di kawasan Masjid Kubah Batu tahun ini yang saya percaya akan membawa kepada pembinaan kuil lebih besar daripada al-Aqsa," kata Raed.

    "Kerajaan Israel mesti bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya yang turut membabitkan kawasan penganut Kristian," kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.

    Beliau juga merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi selain pencerobohan tentera dekat al-Aqsa, terbaru kemasukan 50 pelajar pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel melakukan penyelidikan termasuk pendatang Yahudi manakala wanitanya beribadat dekat masjid berkenaan, kata Tayseer.

    Oleh sebab itu, Tayseer mendesak orang Arab dan Muslim di seluruh dunia memberi bantuan menyekat kegiatan menggali oleh Israel dekat tanah suci Islam berkenaan.

    Beliau memberi pandangan itu selepas satu kawasan penduduk Silwan runtuh di timur Baitulmaqdis, Isnin lalu, dan meninggalkan lubang sebesar 12 meter di tengah jalan Wadi Hilwah. Jawad Siyam, ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa, memberitahu Maan bahawa runtuhan itu sedalam 10 meter dan terletak beberapa meter saja daripada satu lagi runtuhan, minggu lalu, atas sebab yang sama.

    Dalam kejadian itu, sebuah trak kecil terperosok ke dalam lubang selepas runtuhan berlaku. Seorang kanak-kanak turut cedera apabila terjatuh ke dalam lubang itu.

    Pusat Baitulmaqdis bagi Hak Sosial dan Ekonomi, (JCSER) melaporkan runtuhan berkenaan pada Isnin lalu, mengulangi kejadian sama tahun lalu. Tanah runtuh itu membabitkan sebuah sekolah perempuan dan 17 pelajar cedera.

    (JCSER) menekankan, kegiatan Israel menggali menjadi sebab utama bangunan rosak termasuk di Masjid Al Ein. � Agensi

    Sumber:berita Harian(20/1/10)

    Jumaat, 15 Januari 2010

    Warna Kehidupan: Buruk baik laman sesawang

    Berita Harian 14/01/2010

    Oleh Nurul Farina Nazlan

    KEBELAKANGAN ini laman sesawang seperti facebook, friendster, skype dan myspace semakin mendapat tempat di hati masyarakat kerana jaringan sosialnya luas serta memungkinkan penggunanya menjalin kembali persahabatan yang lama terpisah.

    Di sebalik kelebihan itu, ada kekurangannya apabila ia boleh mengakibatkan kerosakan sahsiah diri penggunanya jika tersilap percaturan terutama generasi muda dan kelompok matang juga tidak terlepas!

    Jurutera Morfhy Corporation, Mohamad Zakuan Hassan, mengakui laman sesawang seperti facebook ada pengaruh luas dari segi hubungan persahabatan selain tiada batasan usia mahupun status, selagi seseorang itu mahu berinteraksi.Saya lihat kebanyakan yang melayari laman sesawang sedemikian bukan saja di kalangan pekerja, pekerja dan pelajar, tetapi juga pemimpin negara meskipun sesetengah daripada kemudahan yang disediakan terhad,” katanya pada pertemuan dengan Sastera di Shah Alam, baru-baru ini.

    Eksekutif Pentadbiran Edaran Arif Medik Sdn Bhd, Nur Farahida Md Akir, pula melihat hubungan alam maya kini menjadi ikutan semasa kerana ia menjimatkan masa sehingga segala-galanya menjadi mudah lagi pantas untuk berhubung dengan keluarga atau sahabat di dalam dan luar negara.

    “Laman web sosial terutama facebook memudahkan pengguna untuk membincangkan sesuatu perkara tanpa perlu bersemuka di tempat yang sama dan ini dapat menjimatkan kos berbanding jika ia dilakukan melalui telefon,” ujarnya.

    Pelajar Jurusan Perakaunan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Abdul Hafiz Abdul Bar, yang mula mengenali facebook pada tahun lalu, mengakui laman sesawang sosial yang semakin menjadi kegilaan ramai, ada kelemahannya jika tidak dikawal dengan baik.

    “Saya lihat pelbagai golongan yang melayari sesawang ini termasuk mereka yang cuba mengambil kesempatan dengan mencari pasangan sejenis sehingga menggalakkan hubungan songsang dan tentunya membawa keburukan kepada masyarakat,” jelasnya.

    Sungguhpun demikian, beliau tidak menafikan ada kelebihan tersendiri dari segi perkongsian maklumat hingga Abdul Hafiz mampu membuat pilihan yang tepat untuk membeli barangan idamannya hasil cadangan rakan siber.

    Pensyarah Jabatan Psikologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mardiana Mohamad, pula melihat penggunaan laman sesawang sosial oleh remaja perlu dipantau ibu bapa mereka.

    “Jenayah dan masalah sosial boleh meningkat bila tiada kawalan dalam melayari laman sesawang kerana mengikut kajian, kebanyakan mereka yang melayarinya adalah golongan yang ada masalah peribadi dan cuba melupakannya dengan berinteraksi di laman tertentu,” jelasnya.

    Ini disebabkan ada individu berniat jahat melayari laman sesawang sosial dan cuba ‘menangguk di air keruh’ daripada masalah rakan siber mereka sehingga mampu mempengaruhi dengan kata-kata indah ketika berinteraksi di alam maya.

    Dr Mardiana berkata, sifat masyarakat Melayu yang jarang menunjukkan kasih sayang melalui perlakuan dan kata-kata sehingga ada yang cuba mengambil kesempatan untuk mengaburi rakan yang sedang berkonflik dan mengakibatkan mereka leka apabila berasa diri disayangi.

    “Dari sudut psikologi, melayari internet tidak salah dan menjadi kemestian pada era globalisasi, tetapi pelayar perlu bijak membahagikan masa antara pelajaran, kerjaya, kehidupan harian dan rumah tangga serta tahu membezakan antara positif dengan negatif,” tegasnya.

    Isnin, 21 Disember 2009

    Aksi jijik si penderhaka

    Harian Metro 21 Disember 2009
    Oleh Hayati Ibrahim
    ya_t@hmetro.com.my

    PUTRAJAYA: Dia mempunyai tiga anak, semuanya lelaki, tetapi tiada seorang pun sudi menjaganya, malah tergamak menghantar si ibu berusia 60-an ini ke rumah orang tua, dua tahun lalu.

    Sejak itu, tiada seorang pun anaknya pernah menjenguknya termasuk ketika dia sedang nazak, baru-baru ini.

    Sebaik jenazah si ibu siap dikebumikan, dua daripada tiga anaknya muncul di tanah perkuburan. Itupun, bukan untuk mendoakan kesejahteraannya, tetapi kerana mahu bertanyakan harta ditinggalkan.

    Lebih memilukan, dua beradik derhaka itu saling berebut harta peninggalan ibu mereka tanpa menghiraukan orang ramai yang masih berada di kubur kerana menguruskan pengebumian jenazah wanita malang itu.

    Malah, mereka juga tidak menunjukkan perasaan menyesal atau bersalah walaupun tidak berkesempatan bertemu arwah ibu buat kali terakhir selepas dua tahun ‘membuangnya’ di Pusat Rawatan dan Jagaan Orang Tua Al-Ikhlas di Pulau Meranti, dekat sini.

    Tiga beradik itu menghantar ibu mereka ke pusat berkenaan selepas mengaku tidak sanggup menjaga sendiri ibu yang dianggap satu bebanan, apatah lagi warga emas itu menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

    Sebagai helah, tiga beradik itu mendakwa tidak mampu menjaga ibu kerana mempunyai tanggungan ramai walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai pekerjaan tetap.

    Menceritakan peristiwa itu, pengasas pusat berkenaan, Muji Sulaiman berkata sejak warga emas berkenaan terlantar sakit, dia kerap menghubungi ketiga-tiga anak wanita terbabit supaya datang menziarahi ibu mereka berikutan keadaannya agak kritikal.

    Namun, semuanya sia-sia apabila mereka memberi alasan terlalu sibuk dan tidak sempat menziarahi ibu walaupun sekejap.

    Malah, sehari sebelum wanita itu meninggal, Muji turut menghubungi ketiga-tiga anaknya supaya datang memohon ampun sebelum terlambat selepas mendapati ibu mereka sudah nazak.

    Malangnya, akibat keras hati tidak seorang pun anaknya mengunjungi ibu tua berkenaan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir Ramadan lalu di sisi Muji dan beberapa rakan yang tinggal di rumah jagaan itu.

    “Selepas wanita itu meninggal, saya sekali lagi menghubungi anaknya untuk memberi peluang mereka menatap wajah ibu mereka buat kali terakhir, tapi sia-sia kerana masing-masing tetap memberi alasan sama, iaitu sibuk, sekali gus memaksa kami menguruskan pengebumian tanpa menunggu anaknya.

    “Apa yang menyedihkan saya, dua daripada tiga anak lelakinya hanya tiba di tanah perkuburan selepas jenazah ibu mereka selamat dikebumikan dengan satu tujuan, iaitu bertanyakan harta ditinggalkan arwah ibu mereka.

    “Abang sulung bertanyakan di mana barang kemas ibunya, manakala si bongsu meminta sijil kematian bagi membolehkannya mengeluarkan wang dari akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) milik arwah ibunya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

    Muji berkata, hatinya hancur apabila mendapati dua lelaki terbabit hanya sanggup menziarah kubur ibu mereka semata-mata untuk mendapatkan harta tidak seberapa ditinggalkan arwah ibu tanpa menghiraukan orang ramai yang menguruskan pengebumian wanita terbabit.

    Katanya, dia memaklumkan kepada anak sulung wanita terbabit bahawa ibunya tidak pernah memakai barang kemas sepanjang menghuni rumah orang tua berkenaan menyebabkan si anak seolah-olah tidak berpuas hati.

    Bagaimanapun, Muji terpaksa menyerahkan surat kematian kepada anak bongsu kerana tidak berhak memegangnya walaupun arwah sudah berpesan supaya menyedekahkan wang ASB miliknya kepada mereka yang memerlukan.

    “Tidak sangka ada anak yang tergamak datang pada hari pengebumian ibu untuk berebutkan harta sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah datang menjenguk walaupun beberapa kali diminta berbuat demikian.

    “Kejadian ini membuka mata saya bahawa segelintir anak hanya sanggup menjaga ibu yang sudah uzur jika mempunyai harta, tapi sanggup membuang orang yang mengandung dan melahirkan mereka sekiranya tidak mempunyai harta untuk menyenangkan kehidupan mereka,” katanya sebak.

    ***tanpa sedar air mata ana mengalir membaca article ini..begitu hina si ibu diperlakukan sedemikian rupa oleh anak-anaknya..Semoga ALLAH menjauhkan sikap derhaka ini dari ini ana dan adik-beradik ana yang lain..erm...wallahualam..
    Sama-sama kita renungkan dan muhasabah dri..

    Sabtu, 12 Disember 2009

    Mas kahwin mahal tambah jumlah anak dara tua

    Kosmo 12 Disember 2009

    KOTA BHARU - Kenaikan kadar mas kahwin hanya akan menambahkan bilangan kaum wanita menjadi anak dara tua.

    Itu pendapat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuat kuasa 1 Januari 2010.

    "Saya pun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin termasuk hantaran bagi setiap anak saya.

    "Tidak perlu sampai kepada keputusan peringkat kerajaan. Kamu hendak naikkan mas kahwin boleh tetapi kalau sampai menyusahkan si lelaki tidak bolehlah. Hendak cari duit empat, lima ribu bukan senang," katanya di sini semalam.

    Kelantan adalah antara beberapa buah negeri yang tidak menetapkan sebarang kadar mas kahwin untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

    Menurutnya, langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi jumlahnya hanya lebih menunjukkan bersifat riak sehingga akhirnya membebankan pasangan lelaki.

    Selasa, 10 November 2009

    INFO KESIHATAN:Bersalin di dalam air kurang sakit

    Utusan Malaysia
    10 November 2009 / 22 Zulkaedah 1430
    Oleh NOOR FAZRINA KAMAL


    Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas.

    SECARA umumnya kita mengetahui tentang kelahiran di dalam air menerusi dokumentari yang disiarkan di kaca televisyen. Penulis juga pernah melihat satu dokumentari di mana seorang ibu yang memilih untuk bersalin di dalam air berkongsi pengalaman tersebut bersama sanak saudara dan jiran-jirannya, sungguh mengagumkan.

    Jika dilihat dari sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran di dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada di dalam uri.

    Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mencari kebaikan bayi yang dilahirkan di dalam air dan di penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari.

    Kini, kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin di dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran.

    Pakar perbidanan dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur Dr. Choong Kuo Hsiang berkata, di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.

    "Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini," jelasnya ketika ditemui di kliniknya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Justeru, katanya, Pusat Perubatan Pantai telah merasmikan pusat kelahiran air yang pertama di Lembah Klang awal tahun ini. Sejak dari tarikh tersebut sebanyak tiga percubaan melahirkan anak di dalam air, namun hanya dua yang berjaya dilahirkan dengan kaedah ini.

    "Terdapat dua aspek bersalin di dalam air, pertama sewaktu sakit di dalam air dan bersalin di luar serta kedua, bersalin dan melahir anak di dalam air. Semuanya terpulang kepada ibu. Pihak doktor tidak akan memaksa,'' kata Dr. Kuo Hsiang yang telah mempunyai 17 tahun pengalaman sebagai doktor pakar perbidanan.

    Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas.

    Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis.

    "Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut semuanya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri," jelasnya.

    Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan.

    "Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air, tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor," katanya.

    Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja.

    "Jadi air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam," jelas Dr. Kuo Hsiang lagi.

    Dr. Kuo Hsiang menambah kelahiran di dalam air sebenarnya hanyalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi.

    "Kelebihan kelahiran di dalam air hanya memberi ibu rasa relaks terutama apabila berhadapan dengan kontraksi kelahiran. Falsafah saya apabila seorang ibu mahu bersalin, keselesaan adalah keutamaan yang perlu diberi kepada mereka.

    "Berdasarkan kajian saya, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung," ujarnya.

    Khamis, 29 Oktober 2009

    Masa depan bahasa Melayu

    UTUSAN MALAYSIA: 29 Oktober 2009 / 11 Zulkaedah 1430
    Petikan rencana...


    Saya berasa lega kerana pada 7 Oktober lalu Jemaah Menteri telah membincang dan menghalusi beberapa perkara dan amalan yang seharusnya diberi perhatian.

    (a) Pertama Jemaah Menteri mengakui bahawa para pemimpin harus berkomunikasi dengan lebih kerap dan teratur dalam bahasa kebangsaan termasuk semasa mengadakan mesyuarat-mesyuarat rasmi di mana para anggota berkaitan amat biasa menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu secara spontan.

    (b) Setiap kementerian dan agensi kerajaan digalakkan menggunakan bahasa kebangsaan semeluas mungkin bagi mewujudkan suasana kekitaan dalam menjayakan gagasan 1Malaysia.

    (c) Wajar mengadakan garis panduan atau peraturan tertentu bagi menyokong usaha memartabatkan bahasa Malaysia khususnya oleh pihak swasta yang masih jauh ke belakang dalam usaha-usaha penggunaan bahasa kebangsaan. Malah Jemaah Menteri menyarankan supaya para pemimpin berani menggunakan bahasa kebangsaan dan tidak bahasa Inggeris dalam forum-forum dan konvensyen.

    (d) Kabinet mengambil perhatian bahawa, mentang-mentang ada beberapa kerat sahaja warga asing di sesuatu forum atau persidangan yang diadakan dalam negeri, pengucap langsung memilih berucap dalam bahasa Inggeris lantas mengetepikan sahaja bahasa Melayu.

    (e) Diperhitungkan bagaimana bahasa kebangsaan kita boleh dijadikan sebagai saluran perpaduan dan komunikasi agar gagasan 1Malaysia lebih mudah dijayakan bersama oleh semua kaum dalam masyarakat Malaysia.

    (f) Dua kementerian iaitu Kementerian Pelajaran dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan diarah supaya menyusul semua isu yang dibangkitkan di mesyuarat itu dan seterusnya bagaimana cita-cita membina negara bangsa ini dapat dijayakan sepenuhnya.

    Saya amat terharu dengan perkembangan ini dan berasa bangga kerana Jemaah Menteri secara terbuka pada 7 Oktober lalu membuat pendirian sedemikian. Ini petanda amat baik bagi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Malah pencinta dan pendokong bahasa kebangsaan dalam pentadbiran kerajaan telah menunggu sekian lama untuk mendapatkan satu dorongan yang formal dan jelas agar perjuangan menegakkan tuntutan bahasa kebangsaan sedemikian dihasilkan.

    Alhamdulillah, sekarang dengan dorongan Kabinet itu Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran dan saya akan bertungkus-lumus menggerak-kerjakan langkah-langkah utama ke arah mengutuhkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia dan bahasa kebangsaan. Di saat ini pun saya amat sedar akan kontroversi PPSMI berkaitan tempoh pemberhentiannya; saya menggolongkan diri saya kepada kumpulan yang sangat mahukan PPSMI itu diganti secepat mungkin dengan aluran penggunaan bahasa Malaysia dalam pembelajaran Sains dan Matematik seluas mungkin sebagai bahasa ilmu di samping mengalu-alukan pembelajaran bahasa Inggeris sebagai subjek berasingan yang dipupuk terus-menerus dari awal persekolahan.

    Kita harus menyebut kembali tentang kelengkapan dan kaedah yang diperlukan; kita perlu mengenal apa masalah-masalah pokok yang berada di tengah-tengah masyarakat Malaysia pada hari ini. Penelitian isu-isu bahasa akan menunjukkan tidak kurang daripada 10 perkara pokok yang kita perlu cari penyelesaian segera dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa Malaysia:

    1. Bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia atau bahasa kebangsaan harus diterima sebagai alat utama nasional dan kenegaraan bagi membina negara bangsa yang paling berkesan. Semua sistem pembelajaran, komunikasi perdagangan, sosial dan politik harus mengutamakan pemakaian bahasa kebangsaan.

    2. Pengistilahan bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia dan bahasa kebangsaan harus tidak dipertikaikan lagi dari segi penggunaan bahasa kerana matlamat murninya ialah menyatukan, menghasilkan kekitaan bagi Malaysia sekalipun penggunaan istilah bahasa Malaysia itu tiada dilazimkan dalam perundangan.

    3. Pentingnya bahasa kebangsaan dijadikan bahasa ilmu dan bahasa budaya tinggi. Bahasa ilmu tidak boleh diwujudkan hanya dengan laungan dan sebutan dasar. Kerja-kerja menterjemahkan buku-buku ulung dunia harus diselenggarakan secara bersungguh-sungguh. Para pelajar kita harus diajar bagaimana menjawab melalui bahasa huraian dan bukan melalui jawapan-jawapan objektif dengan mengisi kotak-kotak soalan.

    Pelajaran sastera klasik dan moden tidak harus diketepikan lagi. Bahasa indah melalui pantun, seloka, perumpamaan, tamsil, peribahasa harus dijadikan sebagai isian wajib kepada kehalusan jiwa dan komunikasi.

    4. Kempen-kempen bahasa serta penulisan buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen harus melibatkan sebahagian besar warga penulis dari kalangan bukan Melayu supaya mereka berkemampuan mempengaruhi kaum masing-masing turut cergas dalam penulisan dan pembacaan buku-buku bermutu.

    5. Bahasa Melayu harus diupayakan sebagai bahasa swasta terutama dalam bidang-bidang dagang dan kegiatan komersial; bidang-bidang perbankan, perundangan, insurans dan komunikasi formal secara lebih meluas.

    6. Latihan pertuturan dan komunikasi tinggi harus diajar dan dipelajari secara profesional. Ini penting kerana tanpa keupayaan berhujah dan berkomunikasi dengan baik dan meyakinkan dalam bahasa Malaysia cita-cita tinggi bahasa kebangsaan kita tidak akan sampai jauh. Contoh yang ditunjukkan oleh Universiti Beijing dalam menguasai bahasa Melayu pada masa ini menerusi pelbagai bidang dan tahap harus dicontohi supaya sifat-sifat tinggi pembahasan dan komunikasi dapat dihasilkan.

    7. Penyibarluasan bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia di kalangan negara-negara ASEAN penting diberi perhitungan segera memandangkan penggunaan bahasa yang sama di Indonesia dan beberapa wilayah Thailand dan Filipina.

    8. Kerajaan dan swasta harus ada peta jalan bahasa Malaysia yang saling bantu-membantu di samping penggunaan bahasa Inggeris yang berupaya tinggi.

    9. Membuang fiil atau sikap kerendahan diri (inferiority complex) apabila berbahasa Melayu.

    10. Negara kita harus mempunyai jurusan pembudayaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menarik di samping bersifat wajib. Seperti yang disarankan oleh mesyuarat Kabinet 7 Oktober lalu, beberapa contoh melalui teladan juga harus dititikberatkan. Walaupun aspek ini mungkin kurang menyenangkan beberapa segmen pimpinan dalam masyarakat kita, apabila golongan pemimpin memperlihatkan kesungguhan dan keupayaan tinggi semasa berkomunikasi dalam bahasa Malaysia, maka sekali gus kesannya amat mendalam dan luas sekali.

    Pandangan nombor 10 di atas sebenarnya adalah juga tanggungjawab kementerian saya. Kami akan menubuhkan suatu unit atau bahagian di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang bertanggungjawab atas pembudayaan bahasa. Bahagian ini nanti insya-Allah akan bekerja rapat dengan semua pihak dan agensi yang berkaitan supaya komunikasi dalam bahasa kebangsaan kita meningkat ke tahap yang profisien dan keberhasilan tinggi. Sebagai permulaan, juruhebah dan pengacara dalam bahasa Melayu akan diberi bimbingan berskala.

    Tentu sekali semua stesen radio dan TV akan dipinta menyertai olahan dan kempen memurnikan bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia menerusi bahagian tersebut. Tentunya DBP, Kementerian Pelajaran, universiti, kolej dan lain-lain pihak akan dilibatkan dalam kerjasama ulung ini. Sekali gus dengan pendekatan ini bahasa Melayu dari segi pembudayaannya akan beroleh satu lonjakan dan rakan pembangun yang utama. Pendekatan ini juga akan mematuhi arahan Jemaah Menteri 7 Oktober 2009.

    Dalam banyak-banyak bahasa indah yang berupaya memberi rangsangan perjuangan bagi bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia dan bahasa Kebangsaan ialah :

    Kalau galah ia mencapai buah

    Kalau jambatan ia membawa

    ke seberang

    Kalau Keris ia membawa tuah

    Kalau biduk ia menaub kiambang

    Marilah kita bersama menggunakan kunci yang sudah lama hilang atau dihilangkan itu untuk membuka lembaran dan vista baru tamadun kita di tanah air tercinta ini. Kunci itu ialah bahasa. Ia sudah diwujudkan semenjak 1963 yakni seusia dengan Malaysia. Kali ini jika kita tidak juga mengerti bagaimana hendak cermin diri, kita akan dilupai zaman dan zuriat kita sendiri.

    Jangan disalai ciku kedondong

    Salailah ikan atas para

    Jangan salahkan ibu mengandung

    Salahkan badan nan buruk pinta