Rabu, 27 Januari 2010

EPILOG SILAM

Assalamualaikum WBT
Kredit:lirik lagu ni ana postkan kt blog atas prmintaan sahabt teratak An-Nisaa...Dik ina..

Anak Soleh
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com


Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim


video
****Sebelum tuu, ana nak share tuk sm2 kita dgr lagu epilog silam..cba kta sm2 hayati lriknya...lagu ni terkesan kat dri ana krana ana trngatkan kali ptama mndengarnya ialah pd tahun 2006 ...masa tuu rumate ana, baizura psng lagu2 ni ..die salu psng...tringatkan keadaan dr ni ms tuu ermmmm..tah laa..xsngp nak ingt.Subhanallah..lm2 bla dhayati buatkan dr ana terpana...epilog silam...(ana faham knapa rumate ana psng lagu ni tuk ana sm2 dgr, klo die tujukan kt ana pun ana trima dan bersyukur, Bai jazakallah barakallah)....
Tuhan beratnya dosa2ku , masihkah ada keampunan buatku...*****

**********lagu ni penutup post untuk bulan ni....kita jumpa lagi pada kesinambungan post pada bulan 2 akan datang..kerana apa???krana bg ms tuk dri ana nak back balik kat post2 lama, nak cr bahan...dan dlm ms sma nak bercuti seketka..kerana apa???hehe rahsia....doakan ana agar percutian ana atas urusan peribadi dapat berjalan dgn lancar dan tenang...moga Allah memudahkan dan merahmati urusan prjalanan khdpan ana...wallahuallam...moga kita ketemu lagi.....InsyaALLAH..(hehe brcti laa konon ana ni..klo kak siti zakiah tahu apa mksud bcti ana, truk kna hentam n gelak ni..kak buat2 xth jer kak)
Selamat membaca dan selamat beramal..............(^-^)(^_^).....

Yeaahhhhhhhh....percutian yg dinantikan...
Untuk menguruskan dan menyelesaikan apa yg patut...apa yea?
Untuk tumpukan pada yang memerlukan..
Perlukan komitmen yg jitu..
perlukan kesabaran yg tnggi
perlukan tahap kerajinan yg maksimum..
Moga tercapai targetku ...huhu..

Isnin, 25 Januari 2010

SOLAT ISTIKHARAH..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Ana terpanggl untuk membicarakan mengenai solat istikharah kerana bulan ini sahaja 3 org sahbat ana bertanyakan ana ttg solat istikharah..bagaimana untuk menunaikan solat istikharah..apa yg perlu dibaca dan bagaimana niat solat istikharah??itu soklan2 sahabat2 ana pd ana..ana bertanyakan mereka, nak solat istikharah nak mntak apa?ana sengaja bertanyakan soalan ini,,krana sblm2 ini segelintir umum mentafsirkan dan mengagap solat istikharah adalah untuk memilih dan mncari jodoh...jwapan sma ana trima drpada sahabt2 ana....ana bkan seornag yg ilmuan agama ttpi melalui sdkit pengetahuan ana yg tak seberapa ana cba ubah perpepsi shabat2 ana mngenai tujuan solat istikharah...sma2 kita kongsi dan apa yg tujuan solat istikharah, kelebihan dan cra melakukannya..

Solat Istikharah dilakukan bagi mengetahui penentuan tentang kebaikan dan pekerjaan yang akan oleh seseorang yang dia sendiri tidak dapat pastikan. Dengan solat ini, mudah-mudahan Allah SWT menunjukkan petandaNya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.

Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib iaitu solat istikharah.
Solat ini boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya.
Jika ingin tetapkan surah yg dibaca, setelah al-Fatihah, bacalah Surah Al-Kafirun pada rakaat pertama, sementara pada rakaat kedua bacalah Surah al-Ikhlas

Niat Solat Istikharah








Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Istikharah




"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut
pengetahuanMu dan memohonkan penetapan
dengan kesuasaanMu juga saya
memohonkan kurniaMu yang besar, sebab
sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui
dan saya tidak mengetahui apa-apa.
Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah,
jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini.......
.baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta
akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan
mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku
di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu
bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku,
kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah
hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku
daripadanya serta takdirkanlah untukku
yang baik-baik saja dimana saja adanya,
kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu." ......

.........Sumber:UZ

**Moga -moga kita memperoleh rahmat dariNYA

dari setiap apa yg kita kerjakan dengan hanya niat,

kerana ALLAH SWT.Jika ana ada tsilap dlam isu

ini dan isu yg lpas dan akan datang moga dapat

dibtolkan dan dbritahu oleh tetamu semua..moga

blog ini mnjd pusat integrasi ilmu yg brguna bukan

saja didunia tetapi yg utmanya untuk memperoleh sesuatu

untuk bekal diakhirat kelak.......Wallahualam***




Ana xde hadiah tuk angah hanya ttpan doa agar drimu bjaya dunia akhirat..

Jadual yg angah buat ttg aktiviti hariannya bg tahun baru 1431H...

PS: Selamat ulang tahun ke 7 buat anak buah ana angah(Shahid)..moga dirimu mnjdi mukmin sejati dan anak yg soleh..***tgk jadual angah buat, buat ana tersedar dan terkedu...kanak2 pun menginginkan khdpan yg tratur..dan thu apa itu ms. jika dperhatikan yg part smbahyang angah buat kotak besar dr yg lain..knpa yer?persoalan ini anda ada jwpannya..angah slat isyak mne??smpai mgrb jer?ni msti xnak tlis kes busan dok klinik tiap2 mlm nungu mok ayah ciap kje kan ngah??tgk jadual ni buat ana gelak laa ngah..waktu blajar angah 30mnt jer angah tlis..hehe.angah2>>


Ahad, 24 Januari 2010

JUM MEMBACA>>!!!(^_^)



Tambahan.....

....................(^_^)(@-@)..............................

Renungkanlah Hawa

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


www.iluvislam.com
l@IYyinUL h@Rir
editor : everjihad
video

PS: Slmat hari lahr yg ke 10 pd anak buahku NURUL AIN..mga drimu mnjdi mukmin sjadi muslimah yg solehah dan anak yg soleh...mga tcapai cta2mu nak jd ustazah...hehe..:P

Sabtu, 23 Januari 2010

LOST TRACK

Assalamualaikum...

Ana dah lost track dlm PSM ana...
huhu...
Bila proses semua tak jalan...xtau krana ketakpakaran ana dlm ARC GIS atau apa yaaa???
Bila nak dapat coordinate yg btol ni????
rsanya bahagian ana dah tak silap...
skang nak tranform coordinate tak pkai calculator daaa..gna jer GDS2000...jd mmg tak slap ana da...
huhu..sdih
risau ..
Kpd kak fadillah..akak cpat2 laa bg coordinate yg btol..nati bnda ni lmbt jalan akak jgk yg xpat ciap part akak..(akak student uitm ana coperate nga die buat sal sungai tebrau)
3/2/10 dah present progresss....
walaupun progress msa ni laa nk tnjuk mcm2 klo salah smpat baiki...
ni nk tnjuk apa????
ermmm...
nak join database pun xjd,,,
huhu,,,
sedih lagi...
apa nk buat ni buat processing tak jadi....bila nk kuar hasil ni???
huhu,,,,
ana kn tnjukkn hasil yg baik tuk mreka2 yg mngharapkan ana buat bnda ni..
cmner tah..lost2..hukhuk

nak jmpa sv..??ermm jwpan...kmu buat laa semua btol dan ok tuu,,apa yg btol tgk pun tak..adeyhh..3/2 juz present apa yg ada...hahahaha...markah present pun tak byk kan??yg utama output akhr dan writing thesis punya part yg pnting....
daa nsb ko blog jd tempat ngadu....huhu..
busann wat cik psm x jd2....jum study lak nex week test n kuiz...huhu


tringat akan pesan lect ana yg ...slide ni ana ltak ms present progres PSM 1 sem lps..gmbr kartun tuu sbnarnya bgerak hantuk kpla die kt meja..ktanya azi kmu jgn buat mcm tuu ..ker mmg kmu buat mcmtu???haha Dr skng sy buat sem lps sy tak buat.huhu...

HADIS MENGENALI KEUNGGULAN PERIBADI NABI MUHAMMAD S.A.W

السلام عليكم ورحمة الله

1.0 PENGENALAN

Menjadi muslim menuntut supaya kita mengenali Rasulullah,meneladani baginda, beramal dengan sunnahnya dan seterusnya hidup berasaskan syari`at yang telah dibawa dan disampaikan oleh baginda daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala .

Lantaran peribadi Rasullulah adalah contoh paling ideal, paling sempurna dan paling bertepatan dengan kehendak dan tuntutan Syariat Islam, maka menyusuli keperibadian dan keunggulan baginda adalah suatu kewajipan kepada setiap muslim yang mahu mengecapi kejayaan di dunia apatah lagi di akhirat kelak. Firman Allah Subhanahu Wa Taala yang bermaksud :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) al Ahzab :21

Adalah pelik dan tidak munasabah apabila kita mengatakan amat menyintai Rasulullah s.a.w. tetapi tidak mengenali luhur budi, rupa paras, tuturkata, makanan dan minuman, pakaian, pergaulan dan kehidupan seharian Baginda.

Demi Allah, amat menakjubkan sejarah hidup Rasulullah s.a.w. Sungguh agung perilaku dan akhlaknya, sehingga semua itu adalah panduan Ilahi bagi setiap pemimpin, bagi setiap presiden, bagi setiap penguasa, bagi setiap komandan, bagi setiap hakim, bagi setiap ahli politik, bagi setiap guru, bagi setiap pasangan suami isteri, bagi setiap ibubapa, bagi setiap anak, bahkan bagi setiap insan.

Atas dasar kesedaran inilah maka AJK Surau Baiturrahman Badan dan Badan Agama Islam Perodua dengan kerjasama Ustaz Mohd Hazri b. Hashim al-hafiz telah mengorak langkah merangka inisiatif baru untuk memberi pendedahan ilmu dengan menganjurkan kelas pengajian hadis dari Kitab as-Syamail al-Muhammadiah wal-Khasoil al-Mustofawiah dalam mengenali keunggulan peribadi Nabi Muhammad s.a.w.

2.0 SEKILAS PANDANG MENGENAI KITAB SYAMAIL.

2.1 Maksud Shamail

Shamail adalah kata jamak daripada perkataan Shimal yang mempunyai pelbagai pengertian. Di antaranya adalah kelakuan, tabiat, kebiasaan dan tatacara seseorang. Shamail merangkumi sifat-sifat batang tubuh seseorang dan sifat-sifat keperibadiannya.

2.2 Kitab Shamail

Kitab-kitab Shamail adalah karangan para alim ulama yang menghimpunkan sumber-sumber yang memberi gambaran terhadap keunggulan peribadi Rasulullah SAW. Kitab-kitab ini akan menyentuh segala aspek yang berkaitan Baginda SAW. sehingga para pembaca akan dapat merasai kesempurnaan peribadi Rasulullah SAW. Antara lain ia akan menyentuh, keindahan wajah Rasulullah SAW, susuk tubuh, rambut, pakaian, makanan, minuman,kehidupan, akhlak baginda semasa senang, dan susah, dengan kawan dan lawan, pergaulan, senyuman, senda gurau, ibadat , hidup mati, umur, pusaka dan hampir segala-galanya yang berkaitan dengan baginda SAW.

Lantaran itu, untuk mengenali Rasulullah SAW dengan lebih dekat, setiap muslim wajib mempelajari kitab-kitab Shamail. Tidaklah keterlaluan untuk dikatakan kita sebenarnya tidak mengenali Baginda SAW sehinggalah membaca dan menghayati kandungan kitab Shamail.

2.3 Karya-Karya Shamail

Bidang Shamail telah mendapat perhatian besar para alim ulama. Justeru puluhan karangan telah dipersembahkan kepada dunia Islam sejak dari zaman berzaman berkaitan bidang ini. Di sini disenaraikan beberapa contoh karangan Shamail yang telah ditulis:-

1- Ash Shamail al Muhammadiyyah karangan Imam Al Tirmizi. ( kitab pilihan pelajar )

2- Akhlak al Nabiyy Wa Adabuhu karangan Abu Muhammad al Isbahaniyy yang lebih dikenali sebagai Abi al Sheikh.( W 369H)

3- Al Anwar Fi Shamail al Nabiyy al Mukhtar karangan Imam al Baghawiyy ( w 516H)

4- Shamail al Nabiyy karangan al Mustaghfiriyy (W 432H)

5- Matali` al Anwar Fi Shamail al Mukhtar karangan al Gharnatiyy (W 646H)

6- Zahr al Khamail `ala al Shamail karangan Imam Sayuthi (W 911 H)

7- Shamail al Rasul Wa Shakhsiyyatuhu al Insaniyyah karangan Anwar al Jundiyy iaitu seorang pemikir Islam Moden yang berasal dari Mesir.

3.0 MATLAMAT

Mengenali dan meneladani Nabi Muhammad s.a.w. dalam berbagai sudut :

1. Ibadah:

Baginda s.a.w. adalah orang yang paling tahu dan mengenal Allah, orang yang paling takut dan bertaqwa, namun Baginda s.a.w kadang-kadang berpuasa dan kadang-kadang berbuka, tidur dan bangun serta menggauli wanita (isteri) dengan baik, namun tidak mempengaruhi keadaan Baginda s.a.w. sebagai orang yang paling banyak beribadah.

2. Berinteraksi dengan tetangga:

Nabi saw bersabda:

“Jibril selalu mewasiatkan kepada saya tentang tetangga sampai aku menyangka bahwa tetangga mendapat hak warisan”. (Muttafaq alaih)

3. Berinteraksi dengan sesama manusia:

Baginda s.a.w. kadang-kadang menjual dan membeli, sangat sopan jika menjual dan sangat ramah jika membeli, ramah ketika memutuskan hukum dan ramah pula saat menuntut hukuman.

4. Akhlak dan perilaku secara umum:

Nabi saw adalah sebaik-baik manusia dalam berakhlaq dan beretika, orang yang paling mulia dan paling bertaqwa dalam berinteraksi. Allah berfirman sambil memuji nabi saw:

“Sungguh dalam dirimu terdapat akhlaq yang mulia”. (QS Al-Qalam:4)

Dan Aisyah pernah berkata ketika ditanya kepadanya tentang akhlaq nabi saw, Baginda s.a.w. berkata:

“Akhlaq nabi adalah Al-Qur’an”. (HR Muslim)

5. Damai dan Perang serta selalu menghormati dan memenuhi janji:

“Rasulullah saw masuk ke kota Madinah dengan mengangkat bendera perdamaian.

Ketika masuk kota Madinah Baginda s.a.w. berkata:

“Wahai sekelian manusia, tebarkanlah salam, berilah makan, solat malamlah ketika orang lain tidur lelap niscaya masuk surga dengan selamat”. (HR Tirmidzi dari Abdullah bin Salam)

Dan ketika memasuki kota Makkah setelah berhasil menaklukkannya, Baginda s.a.w. berkata kepada orang yang memusuhi dan memeranginya:

“Pergilah kamu, hari ini kamu bebas”.



S:UZ

ALBI NADAK(MY HEART CALLED YOU)

Albi Nadak by Fares(Mesir)

ليك, انا ملك ليك
تعالى قرب ضُميني محتاج إليك
ليك وروحي فيك
ياحب عمر انا عمري كله هاعيشه ليك
هواك هو الحياة
وانت اللى انا بعشق هواه
كان قلبي مناه
اجمل ملاك يكون معاه
ياه قلبي نادك واتمناك تبقى انت ويايا
ياه بعد السنين شوق وحنين الاقيك هنا معايا
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك
وحعيش عمري عشان عينيك
وعمري فداك
ياه قلبي نادك واتمناك تبقا انت وايايا
ياه بعد السنين شوق وحنين الاقيك هنا معايا
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك
وحعيش عمري عشان عينيك
وعمري فداك
ايه, أحتاج لايه
لو كنت جنبي معايا دايما قولي ايه
ياه ده انا من زامن
محتاج لقلب يحس بيّه واحس بيه
هواك والحاية
وانت لى انا بعشق هواه
كان قلبي موناه
اجمل ملاك يكون معاه
ياه قلبي نادك واتمناك تبقا انت وايايا
ياه بعد السنين شوق وحنين الاقيك هنا معايا
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك
وحعيش عمري عشان عينيك
وعمري فداك
ياه قلبي نادك واتمناك تبقا انت وايايا
ياه بعد السنين, بعد السنين الاقيك هنا معايا
ياه ضُميني ليك ده انت حبيبي حياتي ليك
وحعيش عمري عشان عينيك
وعمري فداك



SERUAN HATIKU....***tgh nak start wat cik PSM ana...layan lagu ni jap...walaupun lam bhasa arab ana tak pham sgt tp..maksudnya bgtu mndalam...tuk ana laa..tuk org len xtau laa....ok laa lagu ni ana tujukan pd...sumone yg ana kira faham akan maksud lagu ni...hehehe..sape tuuu?insan yg sdng brada di tanah arab skrng...Dgrlah seruan hatiku..(aceh....)
*kalo kak seri fham lagu ni almat kn perli laaa ni...ampon kak seri saje nk jiwang2 skit..**hehehe..sja xnk letak mksd die dlm bhasa melayu nati kak seri pun ska lagu ni...

Khamis, 21 Januari 2010

PETUA MEMILIH SAHABAT


Petikan dari nasihat Alqomah[1] kepada puteranya

Berpesan Al Qomah kepada puteranya, “wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat maka hendaklah engkau memilih teman teman yang memiliki sifat yang berikut,

* Jika kamu di timpa oleh bencana maka temanamu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan masalahmu itu
* Jika kamu meminta baantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka ia akan segera mengusahakannya
* Jika kamu merancang sesuatu maka temanmu ituakan turutmebantumu dengan memberikan pandangannya
* Jika kamu bercakap cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata kata mu itu
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu dia akan segera menutupinya
* Jika kamu mengeratkan tali persahabatan itu maka dia akan menyambutnya dengan baik malah membalasnya kembali
* Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka dia akan mengingatinya, menghargai dan menyebutkan kebaikanmu itu
* Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu daripadanya maka dia akan bertanyakan kesusahanmu itu
* Jika kamu berselisih faham dengannya maka dia lebih rela mengalah untuk memelihara persahabatan itu.





Ditulis oleh Ustaz Zahazan
Selasa, 19 Januari 2010 12:24(zahazan.net)

Hidup penuh bermaruah

Sumber:Berita Harian

Oleh Ahmad Naim Tahir

ahmadnaim@bharian.com.my




Warga Gaza tidak pernah tunduk atau takut kepada rejim Zionis

"SELAMAT datang ke Gaza, selamat datang ke alam kegembiraan".

Agak memeranjatkan kerana itulah yang diucapkan seorang lelaki Gaza kepada sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang menyertai konvoi Viva Palestina ke wilayah itu, baru-baru ini.

Memeranjatkan kerana mereka tahu warga Gaza tertekan akibat kepungan tentera Israel sejak 27 Disember 2008 dan terperangkap dalam keganasan dan penindasan rejim Zionis sejak puluhan tahun sebelum itu.

Lalu, apa yang dimaksudkan lelaki berkenaan dengan kata-kata itu. Adakah dia sememangnya amat tertekan dengan keadaan di Gaza sehingga tidak tahu lagi membezakan penderitaan dan kegembiraan.

Walaupun dalam keadaan fizikal dan minda yang keletihan, kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang dalam fikiran ketua konvoi Malaysia, Matthias Chang yang kemudian memerah otak cuba mentafsir apa yang dimaksudkan.

UMAT Islam bersolat dalam masjid yang runtuh.

Beliau mewakili badan bukan kerajaan (NGO), Perdana Global Peace Organization (PGPO) bersama Abd Rafee Abd Khatab selaku timbalannya, selain Shamsul Akmar, Juana Jaafar Manap dan Ram Karthigesu.

Turut serta empat kru Bernama serta dua lagi aktivis NGO Malaysia yang berada di Syria, selain pelajar Malaysia di London, Ibrahim Mohd Azmi yang pada mulanya menyertai konvoi dari ibu kota England pada 6 Disember 2009.

Bersama-sama mereka, ratusan aktivis lain dari seluruh dunia yang bergerak dalam 220 kenderaan dengan misi penghantaran bantuan kemanusiaan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion) kepada rakyat Gaza.

Menerusi konvoi itu, PGPO menyumbang hampir RM500,000 dalam bentuk bantuan keperluan dan dua ambulans.


“Kami tiba di Gaza kira-kira jam 4 pagi, ada seorang lelaki menyambut kami dengan kata-kata sedemikian. Jika diikutkan badan yang amat letih kerana memandu terlalu lama, kata-kata itu mungkin masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Namun selepas berfikir, kata-kata itu menggambarkan azam warga Gaza dalam meneruskan hidup. Ya... Israel boleh menyerang dan menindas mereka, tetapi biarlah... mereka terus hidup seperti biasa, seperti orang lain juga,” katanya.

Sukarelawan Malaysia bertemu beberapa ahli Parlimen Palestin dan seperti dijangka, banyak kisah sedih yang diceritakan, termasuk kehilangan lebih 15 ahli Parlimen yang diculik Israel dan ada yang dibunuh.

Sebenarnya, kisah sedih seperti itu hanya diceritakan jika ada yang bertanya kerana keutamaan warga Gaza kini ialah mendapatkan keperluan asas, terutama kelengkapan dan bantuan pendidikan.

“Saya dibawa masuk ke sebuah bilik di bangunan Parlimen yang sebahagian besarnya musnah akibat ledakan bom Israel. Bagi mereka ia sebenarnya pejabat, biliknya kecil saja dan di satu sudut, ada rak menempatkan bahan bacaan.

“Dengan penuh bangga, mereka memberitahu ‘itulah perpustakaan kami.’ Mungkin orang akan anggap, apa nak dibanggakan dengan perpustakaan sekecil itu, tetapi mereka yang faham tahu kenapa mereka begitu berbangga dengannya,” kata Chang.

Ia sebenarnya simbolik kepada masyarakat dunia dan kepada Israel bahawa “kamu tidak boleh memusnahkan Parlimen kami, apa saja yang tinggal akan kami gunakan untuk meneruskan hidup”.

Dengan penuh bangga juga, ahli Parlimen berkenaan meminta Chang merakamkan gambar pejabat dan perpustakaan Parlimen yang hanya mengandungi tiga set kerusi meja dan rak menempatkan buku itu.

“Saya kagum dengan semangat pemimpin dan warga Gaza, tetapi kisah seperti itu tidak begitu ditonjolkan media. Laporan media sebelum ini hanya memaparkan penderitaan, kesedihan dan rayuan mereka meminta bantuan.

“Tidak banyak yang memuatkan kisah semangat, maruah dan keyakinan diri yang tinggi di kalangan warga Gaza. Mereka tidak berasa malu, kalah atau dijajah...mereka hidup seperti biasa...itu paling mengagumkan,” katanya.

Atas sebab itu, Chang tidak begitu berminat menceritakan insiden yang berlaku sepanjang perjalanan konvoi dari London ke Gaza kerana itu bukan topik utama misi berkenaan, sebaliknya lebih penting apa yang berlaku di Gaza City.

Kisah sedih penderitaan warga Gaza, kemusnahan harta benda, pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua juga, katanya, sudah acap kali dilaporkan media, seolah-olah itu saja yang ada di sana.

Gaza, katanya, adalah kisah keberanian, semangat, iltizam dan perpaduan rakyat. Ia bukan layar kepada kisah dendam kesumat, kekecewaan dan benci walaupun siang dan malamnya diisi deruman enjin pesawat pejuang Israel, pengeboman dan pembunuhan.

Semua ciri itu menyumbang kepada kekuatan warga Gaza, biarpun musuh dianggap begitu kuat dan mendapat sokongan negara kuasa besar, wilayah itu sehingga kini gagal ditawan.

Biarpun dikhianati dari dalam, dipencilkan negara jiran yang sebangsa dan seagama atau dilabel pengganas, Gaza tetap mempertahankan daulat dan warganya meneruskan hidup penuh bermaruah.

“Apabila saya melihat mata mereka, tidak tergambar wajah dendam atau kebencian, sebaliknya pancaran yang mahukan keamanan, cuma bingung kenapa manusia boleh melakukan kekejaman kepada manusia lain, kenapa berlaku ketidakadilan itu.

“Ada yang ditahan, diculik dan dikurung dalam penjara. Ada yang dibunuh, tetapi keluarga mereka tidak bercakap dalam nada berdendam, cuma minta supaya kisah itu didedahkan, jangan disenyapkan. Dendam dan benci tiada dalam kamus hidup mereka,” katanya.

Kata Chang, keutamaan warga Gaza kini bukan kewangan walaupun mereka bersedia menerima jika ada yang sudi menyalurkan, tetapi lebih kepada pendidikan, terutama bantuan biasiswa untuk generasi muda meneruskan pengajian.

“Sebab mereka tahu jika generasi muda tidak berpelajaran, sukar untuk membangunkan masyarakat. Perlu ada profesor, doktor, pakar psikologi dan pakar lain untuk anak-anak mereka belajar dan mengatasi trauma perang,” katanya.

Beliau yakin jika mendapat peluang sebegitu, Palestin mampu membangun menjadi negara termaju di benua Arab andai berjaya bebas daripada penindasan Israel kelak.

Simbolik kekuatan iltizam warga semenanjung itu juga tergambar apabila peserta konvoi dibawa bersarapan di sebuah restoran menghadap Pelabuhan Gaza atau dengan saiznya yang seperti itu, lebih layak dipanggil jeti.

“Mereka menunjukkan kepada kami pelabuhan itu dan berkata: “Tidakkah itu pemandangan yang cantik.” Mesejnya, lihatlah pelabuhan kami yang begitu cantik dan tenang. Hidup mereka riang dan tenang walaupun ditekan penindasan.

“Bandar Gaza juga bersih, sedangkan ia adalah zon perang. Mesejnya mereka tidak akan hidup seperti haiwan walaupun kamu (Israel) menindas. Kami hidup seperti manusia lain dan kebersihan sebahagian daripada hidup kami,” katanya.

Warga Gaza contoh terbaik sebagai inspirasi hidup, mereka tidak mengeluh atau merungut mengenai kehidupan. Bagi mereka, Palestin akan menang, rakyatnya akan terus hidup dan tidak pernah takut atau tunduk kepada Israel.

“Lihatlah dengan segala kelebihannya, Israel masih gagal menewaskan Gaza. Deruman enjin pesawat tentera atau ledakan bom sudah perkara biasa. Cuba kita bayangkan jika Palestin merdeka,” kata Chang.

Kekurangan yang dihadapi tidak dijadikan alasan. Pernah makmal sebuah universiti menempatkan peralatan bernilai RM15 juta musnah dibom Zionis, tetapi hanya 10 hari selepas itu pembelajaran sudah disambung semula.

Bangunan Kementerian Kewangan dan beberapa kementerian yang menjadi tonggak pentadbiran kerajaan dan menyimpan dokumen penting juga hancur, tetapi selepas itu semua dokumen penting disimpan secara berselerak di sekitar Gaza.

“Cuba kita lihat Jerman dan Jepun, kononnya negara maju tetapi mereka sebenarnya masih tunduk kepada kuasa besar. Di negara mereka, masih ada pangkalan tentera negara kuasa besar... apa gunanya merdeka,” katanya.

Berbeza dengan Gaza, wilayah itu dikepung tetapi masih gagal dijajah kerana semangat melawan warganya yang begitu kuat sehingga Israel yang dilengkapi senjata moden terpaksa berundur dek semangat melawan yang kental oleh pejuang Gaza.

“Israel boleh melancarkan 100 peluru berpandu ke Gaza, tetapi ia akan dibalas walaupun hanya satu peluru berpandu dari Gaza. Jika Israel ada peluru berpandu, Gaza juga ada senjata itu untuk mempertahankan kedaulatannya,” tambah Chang.

Katanya, laporan media hanya menumpukan kepada penderitaan rakyat Palestin dan Gaza, sedangkan memang itu yang akan berlaku kerana mempertahankan diri daripada penindasan oleh negara penuh lengkap dengan aspek ketenteraan dan persenjataan.

“Laporan seperti itu menggambarkan Israel begitu berkuasa. Memang warga Gaza menderita, tetapi secara psikologinya mereka menang. Walaupun ramai rakyatnya terbunuh, tetapi negara mereka masih gagal dijajah Zionis.

“Moral warganya tetap utuh... walaupun ada penganut Islam dan Kristian, mereka hidup penuh bersatu pada tahap tertinggi. Perpaduan masyarakat Gaza contoh terbaik kepada dunia,” katanya.

Katanya, pengajaran paling penting daripada misi kali ini ialah warga Gaza tidak akan menggadaikan nilai asas kemanusiaan - hidup penuh bermaruah dan bangun semula jika terjatuh.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau berpesan mewakili sukarelawan Viva Palestina dari Malaysia: “Jangan anggap kami hero, memang perjalanan memenuhi misi ini sukar, tetapi ia berbaloi kerana banyak pengajaran kami peroleh di Gaza”.

FAKTA
Kronologi keganasan Israel ke atas Gaza


  • Israel melancarkan 'Operation Cast Lead' ke atas Gaza pada 27 Disember 2008 dengan alasan mahu menghentikan serangan roket harian Hamas ke penempatan Yahudi di Israel.

  • Kempen keganasan berlarutan 22 hari, mengorbankan 1,400 rakyat Palestin, mencederakan 5,500 orang dan beratus-ratus lagi parah, manakala hanya 13 tentera Israel maut.

  • Selepas setahun kepungan Israel, lebih 90 peratus penduduk Gaza memerlukan bantuan makanan, 32,000 penduduk tanpa bekalan air paip dan ribuan lagi tidak berumah, selain menghadapi peningkatan masalah psikososial.

  • Rundingan di antara Israel dan Palestin berhubung perjanjian damai sehingga kini masih tergantung.

  • Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dipandang tinggi rakyat Palestin kerana sumbangannya dalam usaha membebaskan negara itu daripada penindasan selama 60 tahun oleh Israel.
  • Masjid al-Aqsa boleh roboh


    Masjid al-Aqsa

    Pemimpin Palestin beri amaran kesan buruk Israel gali bawah tanah

    BAITULMAQDIS: Masjid al-Aqsa boleh roboh kerana mengalami banyak rekahan dan retakan berpunca daripada kegiatan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel menggali kawasan bawah tanahnya atas alasan mencari bukti peninggalan warisan Yahudi, menurut laporan, semalam.

    Amaran itu dinyatakan oleh ketua hakim Pihak Berkuasa Palestin (PA), Sheikh Tayseer Tamimi, kepada Pusat Media Antarabangsa Asia Barat (IMEMC).

    Seorang aktivis Palestin, Raed Salah turut bimbang Israel merancang membina kuil Yahudi di kawasan al-Aqsa.

    Tayseer pula memberi amaran, beberapa rumah di sekitar tanah suci ketiga Islam itu turut berisiko roboh kerana kakitangan Pihak Berkuasa Antikuiti Israel yang bekerja pada malam hari membawa keluar berpuluh-puluh beg berisi batu dari kawasan selatan Masjidil Aqsa.

    "Saya risau dengan pelan Israel membina kuil di kawasan Masjid Kubah Batu tahun ini yang saya percaya akan membawa kepada pembinaan kuil lebih besar daripada al-Aqsa," kata Raed.

    "Kerajaan Israel mesti bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau runtuhan yang berlaku di Masjid al-Aqsa dan kawasan sekitarnya yang turut membabitkan kawasan penganut Kristian," kata Tayseer yang dipetik agensi berita Maan.

    Beliau juga merujuk peningkatan kehadiran pelampau Yahudi selain pencerobohan tentera dekat al-Aqsa, terbaru kemasukan 50 pelajar pelbagai jabatan arkeologi universiti Israel melakukan penyelidikan termasuk pendatang Yahudi manakala wanitanya beribadat dekat masjid berkenaan, kata Tayseer.

    Oleh sebab itu, Tayseer mendesak orang Arab dan Muslim di seluruh dunia memberi bantuan menyekat kegiatan menggali oleh Israel dekat tanah suci Islam berkenaan.

    Beliau memberi pandangan itu selepas satu kawasan penduduk Silwan runtuh di timur Baitulmaqdis, Isnin lalu, dan meninggalkan lubang sebesar 12 meter di tengah jalan Wadi Hilwah. Jawad Siyam, ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa, memberitahu Maan bahawa runtuhan itu sedalam 10 meter dan terletak beberapa meter saja daripada satu lagi runtuhan, minggu lalu, atas sebab yang sama.

    Dalam kejadian itu, sebuah trak kecil terperosok ke dalam lubang selepas runtuhan berlaku. Seorang kanak-kanak turut cedera apabila terjatuh ke dalam lubang itu.

    Pusat Baitulmaqdis bagi Hak Sosial dan Ekonomi, (JCSER) melaporkan runtuhan berkenaan pada Isnin lalu, mengulangi kejadian sama tahun lalu. Tanah runtuh itu membabitkan sebuah sekolah perempuan dan 17 pelajar cedera.

    (JCSER) menekankan, kegiatan Israel menggali menjadi sebab utama bangunan rosak termasuk di Masjid Al Ein. � Agensi

    Sumber:berita Harian(20/1/10)

    Selasa, 19 Januari 2010

    Solat - Telekung

    “Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,”
    “Saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai rumah,”

    Skrip biasa, terutamanya di shopping complex.

    Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.
    Yang lebih penting adalah telekungnya. Tiada telekung, tak boleh solat!

    Begitukah?

    Jika diamati syarat sah solat, cuma 5 perkara:

    • Yakin telah masuk waktu
    • menutup aurat
    • Mengadap kiblat
    • Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
    • Suci daripada hadas kecil dan hadas besar


    Jadi, wajibkah?

    Mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.

    “Dan tidaklah Allah jadikan bagi kalian dalam agama ini kesulitan.”
    [ Al-Hajj : 7]

    Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.

    Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang salah.

    Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di rumah atau di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa atau berpergian, maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.

    UZ...syukran jazilan..

    Islam gariskan pelbagai panduan bantu umat capai kejayaan

    Banyak orang tidak selesa menghadapi kesulitan dan kesusahan, tetapi tidak sedikit pula yang dapat bertahan ketika menghadapi kemudahan atau kesenangan. Ada yang bersabar ketika tidak mempunyai harta, tetapi banyak yang tidak dapat mengendalikan diri apabila diberi harta melimpah.

    Ternyata harta, pangkat, jawatan, kedudukan yang sering kali dijadikan pengukuran kejayaan, tetapi dalam praktiknya kerap kali menjerumuskan manusia pada jurang kesesatan.

    Setiap orang memiliki pandangan berbeza mengenai kejayaan. Pada pandangan Islam, kejayaan bukan apa yang dicapai di dunia saja malah merangkumi persediaan untuk meraih kejayaan berada di hadapan Allah di akhirat nanti.

    Kejayaan, sekurang-kurangnya mencakupi empat perkara. Pertama, aktiviti yang kita lakukan menjadi suatu amalan kerana apalah ertinya banyak beramal tetapi tidak mempunyai nilai. Kedua, nama menjadi baik sebaik tingkah laku.


    Ketiga, terus menambah ilmu demi kepentingan diri dan disampaikan kepada orang lain kerana tiada guna ilmu jika tidak dimanfaatkan sementara keempat ialah mengeratkan silaturahim. Apabila terjalin silaturahim, semakin ramai yang akan menyukai.

    Apabila orang sudah menyukai kita, maka ia akan mengerahkan ilmunya untuk menambah ilmu kita, mencurahkan wawasannya untuk mengembangkan wawasan kita serta memberi tenaga dan hartanya untuk melindungi kita.

    Hakikatnya, kejayaan itu milik setiap orang tetapi yang menjadi masalah tidak semua orang tahu bagaimana cara mendapatkan kejayaan. Ada banyak cara untuk mencapai kejayaan dengan syarat kita bersedia melakukannya iaitu:

    # Beribadah dengan benar dan telus. Ibadah adalah asas daripada niat yang kita lakukan. Siapapun yang ingin membangun kejayaan, ia harus memperbaiki ibadahnya terus menerus. Allah berjanji akan menolong orang yang ibadahnya baik dan bernilai.

    # Berakhlak baik kerana akhlak yang baik adalah bukti daripada beribadah yang benar dan betul. Apapun yang kita lakukan, jika dilandaskan dengan akhlak yang buruk nescaya akan berakhir dengan kebinasaan.

    # Tidak jemu belajar memandangkan hanya ilmu pengetahuan yang boleh membawa kita kepada kejayaan. Bagaimana mungkin kita menanggapi situasi yang terus berubah dengan ilmu yang tidak bertambah.

    # Bekerja kuat dengan cerdas dan ikhlas. Curahan keringat tidak selalunya sama dengan kejayaan. Berfikir cerdas adalah sebahagian daripada kerja kuat dan gigih. Pada prinsipnya, suatu hasil akan diraih apabila kita mampu menerapkan ibadah, akhlak dan ilmu dalam pekerjaan yang berkualiti.

    # Bersahaja dalam hidup, bukan membiarkan diri menerima keadaan hingga sanggup hidup dalam kemiskinan tetapi bersahaja untuk mengendalikan diri supaya tidak diperhambakan oleh keinginan dan hawa nafsu.

    # Saling membantu dan pada masa sama membersihkan hati daripada penyakit yang boleh menjurus kepada nilai negatif. Keadaan itu akan membuatkan amalan tidak bernilai, tidak indah lagi di dunia dan tidak berkat untuk akhirat.

    Allah berfirman yang bermaksud: "Pada hari ketika harta dan anak tidak bermanfaat, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat sejahtera." Surah asy-Syu'ara (ayat 88-89).

    Hidup yang tertib, disiplin teratur akan membuat kita beroleh kejayaan. Jika bersungguh-sungguh menyempurnakan ikhtiar mencapai apa dihasratkan dengan izin Allah akan menghasilkan kejayaan.

    Adapun bentuk pertolongan Allah itu, hanya Dia yang Maha Mengetahui. Mungkin pertolongan itu berupa kesanggupan untuk semakin mengenal kemampuan diri sendiri sebenarnya kerana kita diciptakan dengan bakat yang ada dalam diri.
    menjadi suatu amalan kerana apalah ertinya banyak beramal tetapi tidak mempunyai nilai. Kedua, nama menjadi baik sebaik tingkah laku.

    Isnin, 18 Januari 2010

    ISU KALIMAH ALLAH MUHAMMAD(RASULULLAH SAW)


    Assalamualaikum...

    Isu kalimah Allah bgitu membangkitkan gelombang perdebatan...jika isu penggunaanya diperdebatkan..bagaimana pula isu pemakaian kalimah Allah di pakaian tentera smaada navy, army dan polis??...kalimah ini bleh dlihat di lambang dan button yg dpakai oleh mereka...bkan semua tntera dan polis adalah bragama Islam ttpi terdiri dr pelbagai agama smada cina, kristian dan india serta lain2...jika ketandas pkain ini dipakai , kalimah Allah Muhammad juga dbawa.kalimah ini byk boleh dlihat terutama di cap, boler, bereyy, tali pinggang, dan button atau eksoseri bg uniform..fkr2kn..atau isu pemakain kalimah Allah dan penggunaan kalimah Allah adalah berbeza???fikir2kan ...untuk perkongsian semua...krna skarang di depan ana tgh memegang dan meneliti button yg trdapat kalimah pencipta kita dan Rasul kita...tanpa sdar air mata ana mnglir...sm2 renungkan...

    ****bla di ltak sbgai showout kt ym rmai yg bg tndakbls tak tahu akan hal ini..bila tanya ustaz, haram bwa kalimah Allah Muhammad ini msk tndas..jika ditanya bgaimana dgn persoalan ini???jwapan ustaz2 adalah kn tanya mufti, Jais n mentri Jamil Khir,PM dan ....bla..bla...huhu***

    Sabtu, 16 Januari 2010

    Isteri-isteri yang diuji~~

    tafsir surah al-Ahzab:28-29

    28. Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu: Jika kamu mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya aku berikan kepada kamu bayaran mut’ah dan menceraikan kamu dengan cara yang baik.

    29. Dan jika kamu menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta negeri Akhirat, maka sesungguhnya Allah telah menyediakan pahala yang amat besar kepada mereka yang membuat amalan yang baik di antara kamu.

    Nabi s.a.w. telah memilih cara hidup berpada-pada untuk dirinya dan keluarganya. Ini bukan kerana beliau tidak mampu uniuk hidup mewah, kerana beliau telah hidup hingga ke zaman mewah, di mana banyak negeri-negeri tertaluk kepadanya dan banyak harta-harta rampasan perang diperolehinya dan di mana orang-orang Islam yang dahulunya tidak mempunyai harta dan bekalan makanan telah menjadi senang. Namun begitu dalam sebulan kadang-kadang dapur rumahnya tidak juga berasap walaupun beliau begitu murah bersedekah, memberi dan menghadiah. Tetapi itulah pilihan beliau yang meletakkan dirinya lebih tinggi dari kemewahan hidup dunia, dan itulah keinginan beliau yang tulus mencari keredhaan di sisi Allah, iaitu keinginan seorang yang mampu hidup mewah tetapi dia sengaja tidak mahu, dan meletakkan dirinya lebih tinggi darinya dan sengajamemilih (cara hidup yang seperti itu). Rasulullah s.a.w. bukanlah diwajibkan oleh aqidah dan syariat supaya beliau dan keluarganya hidup seperti itu.

    Tetapi para isteri Nabi s.a.w. adalah perempuan-perempuan dan manusia biasa. Mereka mempunyai perasaan-perasaan manusia. Walaupun mereka mempunyai kelebihan, kehormatan dan kedudukan yang amat dekat dengan sumber nubuwah yang mulia, namun keinginan semulajadi mereka kepada keni’matan hidup itu tetap bersemarak di dalam hati mereka. Apabila mereka melihat keadaan hidup yang senang dan mewah yang dikurniakan Allah kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang Mu’minin
    mereka pun bersungut kepada Rasulullah s.a.w. tentang habuan nafqah mereka.

    Beliau amat dukacita dengan tuntuan nafkah yang dikemukakan oleh para isterinya sehingga beliau mengasingkan diri dari para sahabatnya. Ini amatlah menyusahkan mereka. Mereka datang untuk menemui beliau, tetapi tidak diizinkan masuk.

    Imam Ahmad telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir r.a. katanya:
    Abu Bakr r.a. telah datang meminta izin untuk menemui Rasulullah s.a.w. dan ramai orang duduk di pintunya, Rasulullah s.a.w. ketika itu sedang duduk, tetapi dia tidak diizinkan masuk. Kemudian datang pula ‘Umar r.a. lalu meminta izin, tetapi tidak juga diizinkan. Setelah itu barulah beliau memberi izin kepada Abu Bakr dan Umar r.a., lalu kedua-duanya masuk. Ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang duduk dan dikelilingi oleh isteriisterinya. Rasulullah s.a.w. diam tidak bercakap. Umar r.a. berkata. Aku pasti bercakap dengan Nabi s.a.w. semoga beliau ketawa. Lalu Umar r.a. pun berkata: “Wahai Rasulullah! Tahukah anda anak perempuan Zaid tadi telah menuntut nafkah (yang lebih) dari saya, lalu saya pukul lehernya?” Nabi s.a.w. terus ketawa hingga ternampak geraham-gerahamnya dan bersabda: “Mereka yang ada di sekelilingku ini juga menuntut nafkah dariku.” Lalu Abu Bakar r.a. bangun menuju kepada Aisyah untuk memukulnya, dan Umar r.a., juga bangun menuju kepada Hafsah. Kedua-duanya berkata: “Apakah engkau berdua mahu menuntut sesuatu yang tidak ada pada beliau? Lalu ditahan oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian para isteri Nabi s.a.w. pun berkata: “Demi Allah selepas majlis ini, kami tidak akan menuntut kepada Rasulullah s.a.w. sesuatu yang tidak ada pada beliau.”

    Ujar rawi, di sini Allah Azzawajalla menurunkan ayat yang memberi pilihan kepada
    mereka, lalu beliau pun menyampaikan pilihan itu mula-mula kepada ‘Aisyah r.a. seraya bersabda: “Abang hendak menyampaikan satu perintah kepada engkau (untuk diputuskan oleh engkau), tetapi abang tidak suka engkau mengambil keputusan yang terburu-buru sehingga engkau (lebih dahulu) berunding dengan dua orang tua engkau”. Lalu Aisyah r.a. bertanya: “Apa dia?” Kata rawi, beliau pun membaca ayat:
    al-Ahzab ayat 28

    Lalu Aisyah r.a. berkata: “Adakah dalam perkara hendak memilih abang, hamba patut berunding dengan orang tua hamba? Bahkah hamba tetap memilih Allah dan Rasul-Nya, tetapi hamba harap abang tidak menceritakan pilihan hamba ini kepada mana-mana isteri abang yang lain Rasulullah s.a.w.

    “Sesungguhnya Allah tidak mengutuskan abang untuk memberi kepayahan, tetapi Dia mengutuskan abang untuk memberi kemudahan. Oleh itu tiada seorang pun dari isteri-isteri (abang yang lain) yang menanyakan abang tentang keputusan yang telah dipilih engkau melainkan abang akan ceritakannya kepada dia.” (Muslim mengeluarkan hadith ini dari hadith Zakaria bin Ishaq)

    Mengikut riwayat al-Bukhari dengan sanadnya dari Abu Salamah ibn Abdul Rahman bahawa ‘Aisyah r.a. isteri Nabi s.a.w. telah menceritakan kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w. telah datang mendapatkannya apabila Allah Ta’ala menyuruh beliau memberi pilihan kepada para isterinya. Kata ‘Aisyah: Rasulullah s.a.w. telah mulakan dengan aku dengan sabdanya, “Abang hendak menyampaikan satu perintah kepada engkau (untuk diputuskan engkau), oleh itu janganlah engkau terburu-buru mengambil keputusan sehingga engkau berunding dengan dua orang tua engkau”. Sedangkan beliau memang tahu bahawa orang tuaku tidak akan menyuruhku bercerai dengan beliau. Kata ‘Aisyah: Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya

    Allah Ta’ala berfirman:
    al-Ahzab : 28

    Lalu aku pun berkata: Adakah kerana ini hamba patut berunding dengan orang tua hamba? Sesungguhnya hamba tetap mahukan Allah, Rasul- Nya dan negeri Akhirat. Kedatangan al-Qur’anul Karim ialah untuk menggariskan nilai-nilai asasi dalam persepsi Islam terhadap hidup dunia. Nilai-nilai ini pastilah mempunyai terjemahannya yang hidup di dalam rumahtangga Nabi s.a.w. dan kehidupan peribadinya. Nilai-nilai ini pastilah dilaksanakan dengan gambaran yang sejelas-jelasnya di dalam rumahtangga beliau yang selamalamanya menjadi pedoman kepada umat Muslimin dan agama Islam sehingga Qiamat.


    Eloklah kita berhenti sebentar merenungi peristiwa ini dari beberapa sudutnya. Peristiwa ini menggariskan persepsi Islam yang jelas terhadap nilai-nilai. I
    a menggariskan jalan kesedaran dan perasaan terhadap dunia dan Akhirat. Ia menghapuskan di dalam hati Muslim segala rasa teragak-agak dan terumbang-ambing di antara memilih nilai-nilai dunia dengan memilih nilai Akhirat, di antara menuju ke hala bumi dengan menuju ke hala langit. Ia membersihkan hati dari segala hubungan yang asing yang menjadi penghalang di antaranya dengan ketulusannya terhadap Allah Yang Tunggal. Dalam satu segi yang lain pula, peristiwa ini menggambarkan kepada kita hakikat kehidupan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang hidup bersamanya dan berhubung dengannya. Yang paling indah dari hakikat ini ialah kehidupan mereka adalah satu kehidupan seorang manusia biasa, iaitu manusia yang tidak terlepas dari sifat-sifat, perasaan-perasaan dan ciri-ciri mereka sebagai manusia di samping sifat-sifat keagungan mereka yang unik dan ketulusan mereka kepada Allah Yang Tunggal. Perasaan-perasaan dan sentimen-sentimen manusia tidak mati di dalam hati mereka, malah meningkat ke tahap yang luhur dan bersih dari noda-noda campur aduk.

    Tabiat manusia yang manis tetap ada pada mereka, dan tabiat ini tidak menghalang jiwa mereka dari meningkat ke darjat yang paling sempurna yang disediakan kepada manusia. Kita sering kali tersilap apabila kita menggambarkan Nabi s.a.w. dan para sahabatnya dengan gambaran yang tidak sebenar dan tidak lengkap, iaitu gambaran di mana kita membersihkan mereka dari segala perasaan dan sentimen manusia dengan anggapan bahawa dengan gambaran ini kita menaikkan darjat mereka dan membersihkan diri mereka dari segala sesuatu yang kita fikirkannya sebagai cacat dan lemah.

    Kesilapan itu melukiskan gambaran yang tidak berpijak di alam kenyataan, iaitu gambaran yang disalutkan dengan lingkaran-lingkaran cahaya kehebatan yang kabur menyebabkan sifat-sifat mereka sebagai manusia tidak ketara lagi, dan kerana itu terputuslah hubungan manusia di antara kita dengan mereka. Rupa mereka di dalam hati kita di tengah lingkaran-lingkaran cahaya kehebatan itu kelihatan lebih dekat kepada bayang-bayang yang tidak dapat disentuh dan dipegang dengan tangan hingga kita merasakan mereka seolah-olah satu makhluk yang berlainan dari kita atau mereka seolah-olah malaikat atau makhluk lain seumpamanya yang sama sekali tidak mempunyai perasaan dan sentimen manusia. Walaupun gambaran khayal ini begitu indah dan berkaca-kaca, namun
    tidak menjauhkan mereka dari lingkungan kita hingga kita tidak dapat lagi mencontohi dan mengikut jejak mereka kerana berputus asa dari kemungkinan dapat meniru mereka secara amali di dalam kehidupan kita di alam kenyataan.

    Sumber: Kak Seri(kak copy kak mnrik jer article akak ni,,,hehe..sharing is caring kan kak??))http://izziy.blogspot.com/search/label/al-Quran