Selasa, 19 Januari 2010

Islam gariskan pelbagai panduan bantu umat capai kejayaan

Banyak orang tidak selesa menghadapi kesulitan dan kesusahan, tetapi tidak sedikit pula yang dapat bertahan ketika menghadapi kemudahan atau kesenangan. Ada yang bersabar ketika tidak mempunyai harta, tetapi banyak yang tidak dapat mengendalikan diri apabila diberi harta melimpah.

Ternyata harta, pangkat, jawatan, kedudukan yang sering kali dijadikan pengukuran kejayaan, tetapi dalam praktiknya kerap kali menjerumuskan manusia pada jurang kesesatan.

Setiap orang memiliki pandangan berbeza mengenai kejayaan. Pada pandangan Islam, kejayaan bukan apa yang dicapai di dunia saja malah merangkumi persediaan untuk meraih kejayaan berada di hadapan Allah di akhirat nanti.

Kejayaan, sekurang-kurangnya mencakupi empat perkara. Pertama, aktiviti yang kita lakukan menjadi suatu amalan kerana apalah ertinya banyak beramal tetapi tidak mempunyai nilai. Kedua, nama menjadi baik sebaik tingkah laku.


Ketiga, terus menambah ilmu demi kepentingan diri dan disampaikan kepada orang lain kerana tiada guna ilmu jika tidak dimanfaatkan sementara keempat ialah mengeratkan silaturahim. Apabila terjalin silaturahim, semakin ramai yang akan menyukai.

Apabila orang sudah menyukai kita, maka ia akan mengerahkan ilmunya untuk menambah ilmu kita, mencurahkan wawasannya untuk mengembangkan wawasan kita serta memberi tenaga dan hartanya untuk melindungi kita.

Hakikatnya, kejayaan itu milik setiap orang tetapi yang menjadi masalah tidak semua orang tahu bagaimana cara mendapatkan kejayaan. Ada banyak cara untuk mencapai kejayaan dengan syarat kita bersedia melakukannya iaitu:

# Beribadah dengan benar dan telus. Ibadah adalah asas daripada niat yang kita lakukan. Siapapun yang ingin membangun kejayaan, ia harus memperbaiki ibadahnya terus menerus. Allah berjanji akan menolong orang yang ibadahnya baik dan bernilai.

# Berakhlak baik kerana akhlak yang baik adalah bukti daripada beribadah yang benar dan betul. Apapun yang kita lakukan, jika dilandaskan dengan akhlak yang buruk nescaya akan berakhir dengan kebinasaan.

# Tidak jemu belajar memandangkan hanya ilmu pengetahuan yang boleh membawa kita kepada kejayaan. Bagaimana mungkin kita menanggapi situasi yang terus berubah dengan ilmu yang tidak bertambah.

# Bekerja kuat dengan cerdas dan ikhlas. Curahan keringat tidak selalunya sama dengan kejayaan. Berfikir cerdas adalah sebahagian daripada kerja kuat dan gigih. Pada prinsipnya, suatu hasil akan diraih apabila kita mampu menerapkan ibadah, akhlak dan ilmu dalam pekerjaan yang berkualiti.

# Bersahaja dalam hidup, bukan membiarkan diri menerima keadaan hingga sanggup hidup dalam kemiskinan tetapi bersahaja untuk mengendalikan diri supaya tidak diperhambakan oleh keinginan dan hawa nafsu.

# Saling membantu dan pada masa sama membersihkan hati daripada penyakit yang boleh menjurus kepada nilai negatif. Keadaan itu akan membuatkan amalan tidak bernilai, tidak indah lagi di dunia dan tidak berkat untuk akhirat.

Allah berfirman yang bermaksud: "Pada hari ketika harta dan anak tidak bermanfaat, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang selamat sejahtera." Surah asy-Syu'ara (ayat 88-89).

Hidup yang tertib, disiplin teratur akan membuat kita beroleh kejayaan. Jika bersungguh-sungguh menyempurnakan ikhtiar mencapai apa dihasratkan dengan izin Allah akan menghasilkan kejayaan.

Adapun bentuk pertolongan Allah itu, hanya Dia yang Maha Mengetahui. Mungkin pertolongan itu berupa kesanggupan untuk semakin mengenal kemampuan diri sendiri sebenarnya kerana kita diciptakan dengan bakat yang ada dalam diri.
menjadi suatu amalan kerana apalah ertinya banyak beramal tetapi tidak mempunyai nilai. Kedua, nama menjadi baik sebaik tingkah laku.

3 comments:

Ibnu berkata...

Rezeki
"Sebelum DIA memberi kesenangan kepada manusia, DIA berikan dulu kesusahan dan kerumitan. Semakin besar kesusahan itu, semakin besar kesenangan yang bersembunyi di belakangnya. Cuma kita perlu berusaha mencari kesenangan dan sabar menghadapi kesusahan. Jadi kita perlu banyakkan berdoa."

~ Dunia Ini Sederhana Kecil oleh Bahruddin Bekri, ms.13

Ibnu berkata...

Life is a journey from one point to another.
You know where you will end up
but you don't know what route will get you there...

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

syukran ibnu...yg tlh byk mmbr inout dan mnjdi pnashat teratak ini