Sabtu, 29 Januari 2011

Rahsia Wuduk Kepada Kesihatan

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
Wuduk itu adalah mukadimah kepada solat. Sebelum menunaikan solat, kita harus mengambil wuduk terlebih dahulu. Wuduk adalah satu cara pengabdian kepada Allah dengan membasuh anggota tertentu menurut cara ditetapkan syarak. Menurut ijtimak ulama, solat tanpa wuduk tidak akan diterima manakala penilaian daripada kelebihan berwuduk, ia menghapuskan dosa kecil.

Sewajarnya umat Islam hendaklah berwuduk seperti sifat wuduk yang ditetapkan syarak di samping menyempurnakan anggota wuduk yang wajib dan menjaga perbuatan sunat serta perkara dituntut ketika berwuduk.
Sayidina Abu Bakar atau Sayidina Umar kelihatan pucat mukanya atau menggigil ketika mengambil wuduk lagi, kerana mereka sedar sebentar lagi mereka akan menghadap Allah, Tuhan sekalian alam.
Wuduk mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri. Ia bukan hanya sekadar membersihkan dan menyucikan diri, nilai yang terkandung di dalamnya juga boleh dirasai hingga ke dalam hati. Namun, ramai antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernahkah terfikir, mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Allah berfirman dalam al-Quran yang maksudnya:
"Hai orang-orang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki... ( surah al-Maa'idah : 6)
Sebagai orang yang beragama Islam, bersikap bersih amat perlu dalam kehidupan. Kebersihan daripada kekotoran yang dilakukan oleh seseorang pada diri, pakaian dan tempat tinggal mempunyai nilai yang tinggi sehingga disebut Rasulullah separuh daripada iman. Kebersihan yang dimaksudkan juga termasuk kebersihan hati daripada sifat-sifat seperti takabur, riyak dan hasad yang memerlukan kita bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Apabila seseorang hamba Muslim atau Mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar daripada wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yang haram) bersamaan dengan air atau bersamaan titisan air terakhir bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa-dosa yang dilakukan kedua kakinya bersamaan denagn air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dalam keadaan bersih daripada dosa." (Hadis riwayat Muslim)
Hikmah untuk kesihatan
Wuduk sebenarnya mempunyai rahsianya yang tersendiri terutamanya dari sudut kesihatan. Ada beberapa kajian yang mengukuhkan kenyataan ini. Terdapat satu artikel yang bertajuk Muslims Rituals And Their Effect On The Person's Health yang dikarang oleh Dr. Magomed Magomedov seorang pengamal perubatan.
Beliau mengatakan bahawa berwuduk merangsang pusingan biologi manusia dengan merangsang kawasan-kawasan yang tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji ilmu refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi ini dirangsang ia akan merangsang sistem saraf dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.
Berdasarkan ilmu perubatan china, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 "Kawasan Aktif Biologi" dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Dan daripada 66 kawasan ini, 61 daripadanya berada di kawasan wuduk utama orang Islam.
Manakala lima lagi kawasan terletak antara buku lali dan lutut di mana ia kawasan yang disunatkan berwuduk. Di samping kita berwuduk dalam menunaikan ibadah ia juga mengandungi penawar yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit.
Beliau juga menyatakan apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan dan sistem saraf.
Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok ia merangsang sistem saraf bagi memulihkan sistem tulang, usus pankreas, hempedu, tiroid dan kawasan pinggang. Manakala apabila kaki kiri dibasuh dan digosok, merangsang sistem saraf yang berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitury dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.
Dalam satu buku yang bertajuk Prayers: A Sport For The Soul and Body tulisan Mukhtar Salem melaporkan bahawa berwuduk mampu mencegah seseorang  daripada kanser. Hal ini disebabkan kanser adalah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Pembasuhan anggota badan melalui wuduk ini secara tidak langsung membersihkan badan daripada kesan pencemaran ini.
Berhubung dengan perbuatan berkumur semasa berwuduk dengan tujuan membersihkan mulut daripada sisa-sisa makanan yang melekat dicelah-celah gigi ditambah pula dengan galakan nabi supaya bersiwak (menggosok gigi) semasa berwuduk.
Sabda Nabi, "Jika tidak menyusahkan umatku, akan aku suruh mereka bersiwak setiap kali mereka hendak bersolat dan akan aku suruh mereka ketika berwuduk." (Hadis riwayat Ahmad)
Mengikut Malaysia Healthcare Guide (1997) antara cara yang terbaik untuk mencegah kerosakan gigi ialah dengan menggosok gigi setiap kali selepas makan atau pun paling kurang berkumur mulut.
Justeru melaksanakan wuduk adalah relevan dan banyak kelebihan dengan kehidupan manusia pada hari ini. Benarlah Ibnu Qaiyim Al-Jauziyah dalam At-Tib An-Nabawi, "Mandi wajib dan wuduk mendatangkan kesegaran badan dan kesedapan jiwa serta menghilangkan sebarang kekotoran yang diperoleh antaranya disebabkan jimak."
Kelebihan wuduk mengikut Sunnah
Daripada Abu Malik al-Haris ibn Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata : Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Kebersihan itu sebahagian daripada iman."
Jika seseorang Muslim itu menghayati faedah berwuduk nescaya ia akan berwuduk setiap masa. Malah denga wuduk yang baik dapat menghapuskan dosa.
Dari Umar r.a. berkata : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa berwuduk dengan sebaik-baik wuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya." (Hadis Imam Muslim)
Dari Abi Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila seseorang Muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya." (Hadis Imam Ahmad)
Dengan wuduk seseorang dapat memasuki syurga dari pintu-pintu yang disukainya sebagaimana sabda Nabi s.a.w. :
"Tiada seorang pun dari kalian yang berwuduk, lalu ia menyampaikan atau meratakan wuduknya, kemudian dia mengucapkan : Asyhadu alla Ilaha illallah wa anna Muhammadan 'Abduhu wa Rasuluhu, melainkan dibukalah untuknya pintu syurga yang lapan, dia boleh memasuki dari pintu manapun yang dia kehendaki." (Hadis riwayat Muslim)
Menurut Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seorang hamba Muslim atau mukmin berwuduk lalu membasuh mukanya keluarlah semua dosa yang dilihat dengan matanya bersama air atau bersama titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua belah tangannya keluarlah dosa yang dilakukan menggunakan kedua-dua tangannya bersama air atau titisan air. Apabila dia membasuh kedua-dua kakinya, keluarlah dosa berjalan yang digunakan kedua-dua belah kakinya bersama air atau titisan air terakhir sehingga dia benar-benar bersih dari segala dosa." (Hadis riwayat Muslim)
Banyak hadis yang menganjurkan supaya kita berada dalam keadaan berwuduk, walaupun kita bukan dalam keadaan mendirikan solat.
Berdasarkan sunnah ini, generasi sahabat sehingga generasi orang soleh, sentiasa menjaga wuduk mereka dalam segala hal, sama ada semasa mereka dalam perjalanan, membaca al-Quran, menuntut ilmu, bekerja , ketika hendak tidur dan juga termasuk dalam sebelum dan selepas bersetubuh.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Apabila kamu hendak tidur, berwuduklah seperti kamu hendak solat. Sesudah itu berbaringlah ke kanan dan bacalah 'Ya Allah, kuserahkan diriku kepadamu, aku berlindung kepadamu. Tiada ada tempat berlindung dan tempat mencari keselamatan kecuali kepadamu. Ya Alla, aku percaya pada kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang kau utuskan. Sekiranya kamu mati pada malam itu, maka kamu mati dalam Muslim. Jadikanlah doa itu sebagai akhir perbicaraan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari)
Beberapa Penemuan Saintifik Melalui Berwuduk
1. Apabila air dingin melalui tubuh yang letih, ia mampu melancarkan peredaran darah dan membuatkan tubuh lebih segar.
2. Air dingin meningkatkan keupayaan sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh melawan virus.
3. Berwuduk di waktu pagi meningkatkan produktiviti hormon estrogen sekali gus meningkatkan tahap kesuburan.
4. Boleh memperbaiki jaringan kulit dan membuatkan kuku lebih sihat dan kuat.
5. Air dingin pada waktu pagi mampu menghasilkan ion-ion negatif yang boleh meneutralkan darah dan membantu menyerap oksigen dengan lebih optimal sehingga wajah kelihatan lebih cerah dan berseri.

Jumaat, 28 Januari 2011

AFA 15: Solat Berjemaah

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


     Solat Berjemaah Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. 

Sabda Nabi SAW: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim) 

 Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. 

Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah. 
1. Berniat mengikut/menjadi imam (untuk solat Jumaat sahaja, dan tidak diwajibkan bagi solat-solat yang lain).
 2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam. 
 3. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.
 4. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya. 
 5. Tidaj mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
 6. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam. 
 7. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur, Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya. 
 8. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan. 

 Semasa berniat, seseorang itu disunatkan menambah perkataan makmuman (makmum lelaki), makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.

 Solat seseorang itu tetap sah walaupun tidak berniat menjadi imam/makmum, melainkan ketika solat Jumaat. 
 * Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum. 
 * Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain. 
 * Imam itu sudah mumaiyiz. 

 Terdapat sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Imam ialah yang menanggung pembacaan, apabila baik pembacaannya maka pahala untuk dirinya dan untuk mereka (makmum) dan jika rosak pembacaannya maka dosanya ialah di atas dirinya sendiri, dan bukannya atas mereka (makmum).”

 Dalam solat berjemaah bersama satu makmum, maka makmum itu kedudukannya di sisi kanan imam, asalkan tidak terkehadapan ataupun sebaris dengan imam. Sekiranya hanya ada satu makmum dalam solat berjemaah, dan makmum pertama sedang berdiri di tepi kanan imam, lalu disertai pula seorang lagi makmum, maka imam disyaratkan maju ke hadapan atau makmum yang pertama berundur belakang (tidak melebihi tiga langkah) ke saf bersama makmum kedua.  

LAKI-LAKI DAN WANITA YANG BERIMAN

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***




     Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". (Surah An-Nur:30)




 Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.  (Surah An-Nur:31)

Khamis, 20 Januari 2011

Surah Al-Fatihah

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØ­ْÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم

1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

ٱلْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَÙ€ٰÙ„َÙ…ِين

2. "Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"

ٱلرَّØ­ْÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيم

3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

Ù…َÙ€ٰÙ„ِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين

4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)"

Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ

5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan"

ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَ ٰØ· ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ

6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus"

صِرَ ٰØ·َ ٱلَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ

7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat"

Surah ini mengandungi beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh intipati Al Quran, iaitu :

Keimanan

Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat kedua, iaitu dinyatakan dengan tegas bahawa segala pujian dan ucapan syukur ke atas sesuatu anugerah dari Allah yang merupakan Pencipta dan sumber segala anugerah yang terdapat dalam alam ini. Di antara anugerah itu ialah ; anugerah menciptakan, anugerah mendidik dan menumbuhkan, sebab kata Rab dalam kalimat Rabbul-'aalamiin tidak hanya bermaksud Tuhan atau Penguasa, tetapi juga mengandung erti tarbiyah iaitu mendidik dan menumbuhkan. Hal ini menunjukkan bahawa segala anugerah yang dilihat oleh dalam diri seseorang sendiri dan dalam segala alam ini berpunca daripada Allah, kerana merupakan Tuhan Yang Maha Berkuasa di alam ini. Pendidikan, penjagaan dan Penumbuhan oleh Allah di alam ini haruslah diperhatikan dan difikirkan oleh manusia sedalam-dalamnya, sehingga menjadi sumber pelbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyarakat. Oleh itu, keimanan (ketauhidan) itu merupakan masalah yang pokok, maka didalam surat Al Faatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat saja, tetapi ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat 5, iaitu : Iyyaaka na'budu wa iyyaka nasta'iin (Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan). Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk.
Yang dimaksud dengan Yang Menguasai Hari Pembalasan ialah pada hari itu Allah-lah yang berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran Nya sambil mengharap anugerah dan takut kepada seksaan Nya. Hal ini mengandung erti janji untuk memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Ibadat yang terdapat pada ayat 5 semata-mata ditujukan kepada Allah.

Hukum-hukum

Jalan kebahagiaan dan cara seharusnya menempuh jalan itu untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud "Hidayah" disini ialah hidayah yang menjadi sebab dapatnya keselamatan, kebahagiaan dunia dan akhirat, baik yang mengenai kepercayaan mahupun akhlak, hukum-hukum dan pelajaran.

Kisah-kisah

Kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang Allah. Sebahagian besar dari ayat-ayat Al Quran memuat kisah-kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang. Yang dimaksud dengan orang yang diberi nikmat dalam ayat ini, ialah para Nabi, para shiddieqiin (orang-orang yang sungguh-sungguh beriman), syuhadaa' (orang-orang yang mati syahid), shaalihiin (orang-orang yang saleh). Orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat, ialah golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Perincian dari yang telah disebutkan diatas terdapat dalam ayat-ayat Al Quran pada surat-surat yang lain.

Penutup

Surat Al Fatihaah ini melengkapi unsur-unsur pokok syari'at Islam, kemudian dijelaskan perinciannya oleh ayat-ayat Al Quran yang 113 surat berikutnya.
Persesuaian surat ini dengan surat Al Baqarah dan surat-surat sesudahnya ialah surat Al Faatihah merupakan titik-titik pembahasan yang akan diperinci dalam surat Al Baqarah dan surat-surat yang sesudahnya.
Dibahagian akhir surat Al Faatihah disebutkan mengenai permohonan hamba supaya diberi petunjuk oleh Tuhan ke jalan yang lurus, sedang surah Al Baqarah dimulai dengan petunjuk al Kitaab (Al Quran) yang cukup sempurna sebagai pedoman menuju jalan yang dimaksudkan itu.

Selasa, 18 Januari 2011

KERANDA UNTUK AYAH

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***



Di suatu ceruk kampung, tinggal seorang tua bersama keluarga anak lelakinya. Si ayah tua ini tidak nyanyuk walaupun sudah tua. Cuma kudrat tuanya tidak lagi mengizinkan ia bekerja seperti dulu. Ketika muda dahulu, si ayah yang tua ini tanpa mengira lelah, membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah dan kebun, demi sesuap nasi untuk keluarganya.
Itu dulu.
Kini ia sudah berumur 97 tahun. Isterinya sudah meninggal 25 tahun yang lalu. Sejak 15 tahun lepas, ia tidak lagi bekerja. Ia hanya duduk di pangkin di luar rumah, memerhati satu-satunya anak lelaki bekerja di sawah. Di situlah tempatnya melalui hari-hari, merindui kudrat lama, merindui arwah isterinya, merindui masa-masa lalu ketika anaknya masih kecil..
**********************************


“Ayah! Amin nak main benda ni, ayah tarik Amin ye!” Laung Amin, sambil jari menunjuk upih kelapa di depannya.
“Boleh…kejap ya. Ayah nak tebas semak ini dulu. Semak tebal ni bahaya. Nanti ayah tarik Amin ya,” jawab si ayah, penuh kasih sayang.
“Alaa..Amin nak main sekarang. Cepatlah ayah! Cepatlah!” pujuk Amin yang berusia 11 tahun sambil menhentak-hentak kakinya.
Si ayah faham benar dengan perangai anak lelakinya itu, “nanti muncung lah tu, sehari tak mahu makan nanti,” bisik si ayah di dalam hati.
“Ok, ok. Amin duduk, ayah tarik.”
“Yeay! Ayah tarik laju-laju tau,” gembira benar bila hajatnya dituruti. “Laju lagi! Laju lagi! Ayah tarik Amin turun cerun kat sana ye, mesti lagi laju nanti,” arah Amin, sambil jarinya menunjuk ke hujunh hutan.
“Ya Allah!” Jerit si ayah, ia merasakan kakinya terpijak sesuatu. Duri, barangkali. Atau kaca.
“Alaa..kenapa ayah berhenti ni? Amin belum puas lagi. Tariklah lagi.”
Tanpa menghiraukan luka dan darah pada kakinya, si ayah ini terus menarik upih kelapa yang dinaiki anaknya, sehingga Amin lapar dan mengajak pulang untuk makan.
                                                              
**********************************

Sesekali Amin melirih kepada ayahnya yang berada di atas pangkin, “tahu berehat saja si tua ni, pemalas betul. Aku penat-penat bekerja, dia tahu makan saja,” ngomel si anak. Geram benar ia melihat ayahnya duduk tidak berbuat apa-apa, selain makan.
Suatu hari, kerana tidak tahan lagi dengan si ayah, yang dianggap menyusahkan keluarganya, kebetulan pula musim kemarau dan kekurangan makanan, Amin membuat satu kerana kayu untuk ayahnya.
“Ayah! Masuk dalam ni,” tanpa berkata apa-apa, si ayah masuk ke dalam keranda.
Amin menarik keranda ke hujung hutan. Di sana ada sebuag cerun tinggi, fikirnya cerun itu sesuai untuk di membuang keranda berisi ayahnya itu, supaya si ayah tidak lagi menyusahkan ia dan keluarganya.
Sampai di cerun, sebelum sempat Amin menolak keranda itu, dia terdengar ketukan dari dalam keranda.
“Hidup lagi rupanya,” bisiknya di dalam hati, dan membuka keranda. “Hah, ayah nak apa lagi?”
“Ayah tahu Amin nak buang ayah dari cerun ini. Amin nak buang ayah, Amin buang lah. Tapi Amin janganlah buang keranda cantik yang Amin buatkan ini. Mungkin anak Amin perlukan keranda ini nanti”

Sabtu, 15 Januari 2011

Amalan menjauhi gangguan syaitan

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***



Amalan menjauhi gangguan syaitan

SOALAN 
SAYA mengalami masalah untuk niat solat. Ketika saya hendak niat, saya rasa ada sesuatu yang membisikkan di dalam hati saya mengatakan saya solat bukan kerana Allah, sedangkan hati dan mulut saya menyebut kerana Allah.



Tetapi seperti ada sesuatu halangan untuk saya niat kerana Allah. Setiap kali hendak solat saya mengambil masa malah sampai berpuluh minit untuk selesaikan solat.


JAWAPAN
MEMANG sah gangguan yang anda alami adalah gangguan syaitan yang memang suka membisik-bisikan keraguan terhadap perintah Allah SWT dan keraguan terhadap-Nya.

Di dalam penghujung surah Allah SWT memberi ingat bahawa syaitan akan sering meniupkan bisikan-bisikannya, firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (al-Nas:2-7).

Di dalam ayat yang Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan Aku berlindung kepada-Mu, Wahai Tuhanku, supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. (al-Mukminun: 98).

Kedua-dua ayat ini memberitahu kita bahawa musuh yang bernama iblis dan sesuai dengan sifat kesyaitanannya menjauhkan manusia daripada mentaati Allah SWT.Tidak kiralah apa cara sekalipun asalkan anak Adam berjaya diganggu sehingga berhenti daripada mentaati Allah SWT dan mentaatinya dengan melakukan maksiat.

Manakan tidak bila seseorang itu berhenti mentaati Allah SWT bermaksud mentaati iblis. Nah, bila sudah jauh daripada Allah maka yang dekat dengannya ialah iblis. Maka inilah yang menjadi matlamat iblis. Untuk itu, iblis sanggup berusaha siang dan malam, pagi dan petang tanpa mengenal erti putus asa dalam menggoda anak Adam.

Apa anda lalui adalah gangguan iblis yang menyedari bahawa ketaatan kamu kepada Allah adalah kerugian baginya. Sebenarnya iblis ini tidak kuat, dia lemah dan hina, dia sungguh tidak berdaya untuk menyesatkan kita, ini kerana kita adalah lebih kuat dan lebih mulia daripada segi kejadian.Bisikan serta gangguan dalaman adalah kerana jiwa kita kosong, gersang daripada mengingati Allah SWT. Kekuatan dalaman kita menjadi dinding dan perisai bagi menghindari iblis durjana ini.

Dalam hadis Rasulullah SAW baginda bersabda yang bermaksud: 

Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah (ujian) syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata: “Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam. (al-Bukhari dan Muslim).

Pengajaran daripada hadis ini;

1) Lintasan hati tidak akan memudaratkan iman yang ada pada seseorang.

2) Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yang menafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah agar seseorang itu bebas daripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya.

3) Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.

Memandangkan gangguan iblis selalu dituju ke hati melalui urat saraf tempat mengalir darah dan akhirnya, darah itu sampai ke hati bersama bisikan iblis.

4) Syaitan akan mendatangi sesiapa sahaja. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya.

Oleh itu sebagai pendindingnya kita hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.

Apabila hati manusia telah mati atau menjadi keras, apabila hati manusia telah menjadi padam dan tidak bersinar lagi atau apabila ia telah tumpas dalam pertarungannya menghadapi syaitan maka terbukalah pintu-pintu masuk segala kejahatan terutama ke dalam dirinya, kerana syaitan itu meresap ke dalam diri anak Adam sebagaimana pengaliran darah di dalam tubuhnya.

Sebenarnya apabila benteng pertahanan dan kekuatan manusia telah runtuh maka syaitan akan kembali menjadi teman karibnya sebagaimana firman Allah dalam ayat 19 surah al-Mujadalah.
Inilah kandungan maksud yang dibayangkan oleh al-Quran yang menyatakan:

 Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka (keturunan Adam) daripada jalan Engkau yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari hadapan dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (al-A’raf: 16-17).

Kesungguhan iblis dalam menyesatkan anak Adam memang sangat jelas melalui ayat ini. Kekerapan gangguan yang anda lalui juga ada kemiripan kepada penyakit was-was, penyakit yang sangat bahaya, serta makan masa untuk dipulihkan.

Dalam hal ini Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya syaitan itu menghasut anak Adam dengan berbagai cara.

 Lalu (pertamanya) ia menghasut melalui jalan agama Islam itu sendiri dengan berkata: Apakah kamu menganut Islam dan meninggalkan agamamu dan agama nenek moyangmu? Anak Adam enggan mengikutinya dan tetap berpegang dengan Islam. 

Kemudian dia menghasut pula di jalan hijrah, lalu dia berkata: Adakah anda ingin berhijrah meninggalkan tanah air dan kampung halaman? Lalu anak Adam mengingkarinya dan tetap berhijrah. 

Kemudian syaitan menghasut pula di jalan jihad dengan berkata: “Adakah engkau ingin sedangkan jihad itu membinasakan jiwa dan harta benda engkau, kemudian engkau berperang lalu engkau dibunuh, kemudian isteri engkau dikahwini orang dan harta kekayaan engkau dibahagi-bahagikan. Lalu anak Adam tetap mengingkari syaitan dan terus berjihad.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Maka sesiapa yang bersikap demikian kemudian ia mati maka adalah hak Allah SWT memasukkannya ke dalam syurga”. (riwayat al-Nasa’i)

Menjauhkan diri daripada maksiat dan kejahatan adalah bermaksud menjauhi syaitan. Banyakkan zikir, solat, wuduk, selawat, istighfar, membaca al-Quran. Kawal pancaindera daripada murka kepada pencipta-Nya.

Sumber:Utusan Malaysia(14/1/11)
*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***

Ya Allah............. Maha Suci Engkau...........
Engkau telah menciptakan aku, sedangkan aku  belum merupakan sesuatu yang dapat di sebut.....
Engkaulah yang memberi kepadaku akan setiap kejadian hidup dengan urusan yg mudah
Berupa pendengaran, penglihatan, hati dan yang lain iaitu kelebihan yang banyak.
Engkaulah yang memberu petunjuk kepadaku kejalan-Mu dengan perantaan seorang hamba yang
Engkau telah mengutuskannya kepada segenap umat manusia sebagai lampu yang menerangi.
Yaitu Muhammad bin Abdullah yang membawa berita gembira dan pemberi peringatan.
Aku bersalah, aku berdosa dengan kekecewaan sepanjang masa......
Kemudian aku teringat aku bertaubat kepada-Mu dengan kehendak-Mu
dengan taubat sebenar-benarnya
Disinilah aku berdiri di pintu-Mu Ya Allah, dengan menangis, menyesal,
dan mohon ampon kepada Tuhan Yang Maha Pengampun.
Dengan penuh kerendahan, akulah seorang yang memohon keutamaan-Mu adalah Agung.
Ya Allah, janganlah Engkau menolak aku dan semua orang yang berdiri bersamaku dipintu_mu
dengan kekecewaan dan kesedihan.
Masukkanlah kamikedalam golongan orang-orang yang soleh yang sama mensucikan
Engkau seraya memuji kepada-Mu sepanjang waktu.
Dan tetapkanlah pada kami kasih sayang dari sisi-Mu, maka kepada siapa selain Engkau
Ya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Ya Allah...........Maha Suci Engkau................

Rabu, 12 Januari 2011

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***



Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya. Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. 

SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINE

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.

Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.

Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.


Hukum Menyambut Hari Valentine

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32

Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120

Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40

Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.