Jumaat, 28 Januari 2011

AFA 15: Solat Berjemaah

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


     Solat Berjemaah Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. 

Sabda Nabi SAW: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim) 

 Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. 

Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah. 
1. Berniat mengikut/menjadi imam (untuk solat Jumaat sahaja, dan tidak diwajibkan bagi solat-solat yang lain).
 2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam. 
 3. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.
 4. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya. 
 5. Tidaj mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
 6. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam. 
 7. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur, Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya. 
 8. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan. 

 Semasa berniat, seseorang itu disunatkan menambah perkataan makmuman (makmum lelaki), makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.

 Solat seseorang itu tetap sah walaupun tidak berniat menjadi imam/makmum, melainkan ketika solat Jumaat. 
 * Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum. 
 * Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain. 
 * Imam itu sudah mumaiyiz. 

 Terdapat sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Imam ialah yang menanggung pembacaan, apabila baik pembacaannya maka pahala untuk dirinya dan untuk mereka (makmum) dan jika rosak pembacaannya maka dosanya ialah di atas dirinya sendiri, dan bukannya atas mereka (makmum).”

 Dalam solat berjemaah bersama satu makmum, maka makmum itu kedudukannya di sisi kanan imam, asalkan tidak terkehadapan ataupun sebaris dengan imam. Sekiranya hanya ada satu makmum dalam solat berjemaah, dan makmum pertama sedang berdiri di tepi kanan imam, lalu disertai pula seorang lagi makmum, maka imam disyaratkan maju ke hadapan atau makmum yang pertama berundur belakang (tidak melebihi tiga langkah) ke saf bersama makmum kedua.  

0 comments: