Jumaat, 7 Januari 2011
Universiti lancar kempen galak siswi pakai hijab
*** Bismillahirrahmanirrahim ***
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***
MAKKAH: Universiti Umm Al-Qura di Makkah akan mendenda pelajar perempuannya yang tidak memakai hijab sebagai sebahagian kempen ’Hijab adalah ibadahku’ Sumber universiti itu berkata, tiada spesifikasi tertentu dalam cara pemakaian hijab itu selain daripada ‘penutupan secara wajar dan tidak menarik perhatian’.
Kempen yang dilancarkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu adalah susulan daripada program dianjurkan Suruhanjaya Menggalak Kebaikan dan Mencegah Maksiat dalam usaha menggalakkan kewajipan menutup aurat.
Dekan Pengajian Universiti, Nour Qarout ketika melancarkan kempen menekankan kepentingan kewajipan itu diamalkan wanita Muslim.
“Kehormatan wanita Muslim dipelihara kerana ibadah bukan sebagai kegemaran,” ujarnya. “Kempen ini bertujuan menyedarkan pelajar perempuan kepentingan pemakaian hijab mengikut tuntutan agama dan sosial, di samping mempraktikkan budaya ini,” tambahnya.
Menurut Nour, satu pertandingan merangkumi kategori visual, slogan dan lukisan terbaik juga dirancang untuk dianjurkan dengan hijab sebagai tema utamanya. - Agensi Harian Metro
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 comments:
As salam
Malaysia di istiharkan sebagai negara islam jadi bila lagi universiti di malaysia nak buat kempem macam ni. Perempuan islam malaysia kenanyakan berpakaian tetapi bertelanjang. Kami kaum lelaki keluar rumah terus menanggung dosa melihat perempuan bertelanjang lalu depan mata. Mcmana xbyk kes rogol. Xtahan oooooo tgk.
erm...Pemakaian perempuan sekarang bukan sahaja mendatangkan dosa pada org lain dan mengundang bahaya pada semua kaum wanita malah telah menghina agama kita sendiri dgn memakai pakaian lebih pada fesyen bkn kapada tuntutan agama.
Bagindas.a.w.bersabda:"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Kesimpulan Hadis:
1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat.
2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku.
3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat,(maksiat luas ertinya termasuk pemakaian) walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud
Allah SWT berfirman :-
"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)
Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara ('afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.
Menutup aurat ni bkn setakat hanya menampakkan muka dan pengelangan tangan, tetapi jika ada org yg memuji kecantikan jari kita, perlulah jari itu ditutup. Begitu juga dgn muka, jika ada yg memuji kecantikan atau kecomelan kita, perlulah menutup bahagian muka dan hanya tinggal bahagian untuk melihat sahaja. ini kerana kecantikan seorang wanita hanya untuk tatapan suaminya sahaja.
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)
Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
(Surah Al-Baqarah-ayat 257)
Catat Ulasan