Ahad, 3 Januari 2010

BATAS AURAT: SIAPAKAH MUHRIM??

Bissmilah..
Assalamualaikum...

Harini ana berkesempatan untuk update Teratak..selalunya tiap blan ada post mngenai aurat..jadi kali ni ana nak kngsi sdkt ilmu yg ana perolehi dr buku Feqah Untuk Wanita terbitan pustaka azhar..Kita telah membincangkan mngenai aurat, dimana kita sngai wanita boleh memperlihatkan beberapa anggota tubuh badanya sesama muhrim...sedangkan kepada lelaki yg bukan muhrim ianya haram dilakukan...Jadi siapakah muhrim-muhrim itu????

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nuur ayat 31 sesungguhnya::

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

oleh itu melalui ayat diatas jelas diterangkan siapakah yang tergolong dalam muhrim bg seorang wanita iaitu disenaraikan ::
1. suami
2. bapa
3. Bapa mertua
4. Anak kandung
5. Anak suami(anak tiri)
6. saudara lelaki(adik beradik lelaki)
7.Anak dari saudara lelaki atau saudara wanita(anak saudara/anak buah)
8. hamba yang dimiliki(zaman skrang tiada lg.)
9. Pembantu(lelaki yg tdak mmpunyai keinginan thadap wnita iaitu lelaki yg lmah akal, bingung, bdoh, lelaki kasim(kemaluan dptong) dan yg tdak mmpunyai syawat pd wanita)
10. Anak-anak(atau kanak2 kecil yg blum mngerti tentang aurat wanita, iaitu yg blum mngerti apa yg dmaksdkan bersetubuh..iaitu ank yg tlalu kcil)
11.saudara lelaki susuan.
12.bapa saudara dari sebelah bapa mahupun ibu..

Kesilapan umum yg wanita selalu mnyangkakan lelaki yg bkan muhrim sebagai muhrimnya kerana dgn sewenang-wenangnya mendedahkan aurat kepada mereka iaitu:
1. sepupu lelaki
2.suami kepada ibu saudara
3.abg ipar
5. adik ipar
6. sahabat yang knal dr kecil

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. Surah Al A'raaf> Ayat 26

Oleh itu mmarilah sma2 kita mngjaga kehormatan, maruah dan harta yang wajib kita jaga iaitu aurat...wanita ..sedarlah kita tdak mungkin seorang muslimah dapat mempersiapkan sebuah keluarga berjaya dan mnjadi anak yang solehah kecuali jika kita benar2 mnjadi seorang muslimah sejati, yg kuat agamanya, berpegang kpd kalam Allah dan sunnah Rasul-Nya...Wallahualam...


3 comments:

cikguku berkata...

Salam..
Saya ingin bertanya : Saya berpoligami dan mempunyai 3 orang isteri. Adakah ayah mertua saya, muhrim kepada isteri saya yang dua orang lagi?? Tolong emailkan jawapan saudari tksh

cikguku berkata...

Salam..
Soalan saya yang kedua:
Isteri saya yang ke dua adalah janda dan mempunyai seorang anak lelaki. Bagaimana hubungan anak tiri saya itu dengan
1. anak-anak saya yang bukan satu ibu dengannya?
2. isteri-isteri saya yang pertama dan yang ke tiga?
sila email kan jawapan. Tksh

Tanpa Nama berkata...

bkn muhrim tpi mahram..fahami maksud muhrim..