Assalamaualikum w.b.t
PERKARA pertama yang Nabi saw sampaikan ketika berada di al-Madinah a-Munawwarah adalah : " Wahai manusia, berikanlah salam, beri lah makan, jalinkanlah silaturrahim solatlah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur nescaya kamu akan memasuki syurga dengan selamat sejahtera( Riwayat Ahmad no 24513, Ibn Majah no 3374,al-Baihaqi dalam al-Syu’ab no 8490 )
Salam ini menurut hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim diajar secara sempurna oleh para malaikat kepada Adam dengan lafaz Assalammualaikum warhmatulLah.Allah memberitahu Nabi Adam ini adalah salam kamu dan keseluruhan zuriatmu hingga ke hari Kiamat.
Antara kelebihan salam yang paling utama ialah ia menimbulkan kemesraan yang menjadi asas kasih sayang.Sementara kasih sayang menjadi penyebab rahmat dan keimanan dan seterusnya mendapat syurga Allah.( Riwayat Muslim no 203, al-Tirmizi no 2699 )
Antara hukum hakam yang menarik mengenai salam adalah :
- Makruh memberi salam dengan
ucapan “Alaikumus salam.”
Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir
r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut,
“Jangan kamu mengatakan alaikas
salam.” Dalam riwayat Abu Daud disebut,
“Kerana sesungguhnya ucapan alaikas
salam itu adalah salam untuk orang yang
telah mati.” (Riwayat Abu Daud dan al-
Tirmizi)
- Dianjurkan mengucapkan salam
sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di
dalam hadis Anas disebut bahawa: “Nabi
s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan
apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali.”
(Riwayat al-Bukhari)
Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:
Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. - Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit
memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.
Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas
didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.
Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari
majlis. - Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
- Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.
- Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.
- Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka
yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”
Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang
dikenali atau tidak. - Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.
- Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang
solat, bisu atau jarak yang agak jauh. - Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.
- Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa
memberi salam.
Muga kita dapat sama-sama mengamalkan sunnah yang kecil ini, bagi memperolehi ganjaran yang besar disisiNya.
Sumber: Al-Azkar dan Adab al-Muslim fi al-Yaum wa al-Lailah.Terperinci, sila rujuk dalam majalah Solusi isu 13 yang akan berada di pasaran pada awal Bulan November 2009.(Dri laman ustaz Zahazan.net)
****Skng pkul 3pagi..Sebelum ana nak mnutup mata tuk rehat ana tpk2 apa yg nak ltak dlam blog tuk arni...soo cr punya cr, psl salam ni kt laman ustaz zahazan...huraian klebihan memberi salam ada diuraikan didalam mjlah solusi isu 13..jadi xyah ana taip kra copy dr web ustaz zahazan..sm2 kita peroleh manfaat dan mngamalkannya dlm khdupan kita..sekian...walaupun tak ngantuk bdn dah pnat ngadap liptop sharian...mata dah mcm panda..teggelam hitam..huhu..so need to.ready tuk cls esk dan ptg ana janji nga Prof Dr Maketab Mohammad.(die yg bermurah hati nak jumpa dan menerangkan pd ana..huhu terharu).Difahamkan prof merupakan antara Research Group bg Water Quality kt Mesia..Ana pun tak knal die lg...1st time jumpa dan harap die dapat membntu ana dlm PSM ana...keranamu PSM..hukhuk..********
Selamat membaca dan selamat beramal..............
0 comments:
Catat Ulasan