Khamis, 22 April 2010

Pensel 8 hari dalam alat sulit

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/22

GOMBAK: Seorang remaja lelaki bukan sekadar merogol rakan sebayanya, malah turut menyumbat sebatang pensel ke dalam kemaluan mangsa dipercayai bagi tujuan suka-suka.
Tindakan terbabit hanya terbongkar selepas doktor menemui pensel sepanjang empat sentimeter itu yang masih ‘tertanam’ dalam kemaluan mangsa.
Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun berkenaan tidak menyedari kewujudan pensel itu yang dicucuk suspek ke dalam kemaluannya sejurus selepas memperkosanya dalam kelas pada 13 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosli Hassan, berkata mangsa yang juga anak terbuang dan tinggal di rumah kebajikan sebelum ini dilaporkan menjadi mangsa rogol yang berlaku dalam kelasnya di sebuah sekolah di Rawang di sini.

Menurutnya, dalam kejadian terbabit mangsa dirogol ketika waktu rehat ketika kebanyakan pelajar kelas berkenaan keluar untuk makan di kantin.

“Namun berdasarkan siasatan, suspek turut ditemani beberapa rakan lelaki lain yang bertindak sebagai ‘penjaga’ yang berkawal di pintu kelas. “Rakannya itu dipercayai menutup pandangan dari luar supaya perbuatan rogol terbabit selama lima minit tidak dilihat sesiapa.

“Rakan suspek dipercayai sengaja bersubahat dan polis akan memberkas beberapa lagi pelajar lain dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, mangsa yang diperkosa suspek dihantar ke Hospital Selayang untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Agak mengejutkan apabila mangsa tidak menyedari kewujudan pensel yang dimasukkan suspek ke dalam kemaluannya sejak lapan hari lalu. Doktor yang melakukan pemeriksaan mengeluarkan pensel itu.

“Hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati mangsa sudah mengandung sebulan. Ini sekali gus membuktikan mangsa pernah diperkosa sebelum ini,” katanya.

Ditanya sama ada mangsa dirogol suspek sama, beliau bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu berikutan pegawai penyiasat belum mengambil keterangan kali kedua daripada mangsa.

“Fakta terbaru ini mungkin menjadi petunjuk baru mangsa pernah diperkosa di lokasi lain di sekolah sama. Setakat ini, suspek pelajar lelaki itu direman enam hari untuk membantu siasatan,” katanya.

P/S: ape nak jd??ini klakuan adik2 kita..ank2 kita,,saudara kita??betapa mudahnya prkra sbgni berlaku...kerana apa?????fikir2kan...

2 comments:

zahir berkata...

Kejadian ini langsung tidak mengejutkan saye.Pengalaman saye perhidmat dalam(rahsia)byk kejadian seperti ini berlaku,cuma tidak wiwawarkan sahaja.Kenapa,kerana agama langsung tidak dititikberatkan samada dalam keluarga,sekolah dan ipt sekalipun.Zaman sekarang org lebih pentingkan percapaian akademik dari segalanya.Belajar untuk lulus peperiksaan sahaja.Berapa byk sekolah,ipt dan ibubapa menagmbil berat tentang solat anak2nya.Kalau skn atau kegiatan gerko wajib bagi setiap sekolah dan diambil kira untuk kemasukan ke ipt tapi kemahiran membaca Al quran dan ilmu agama adakah diambil kira.Pikir dan renung sejenak.Selagi semua pihak tidak menitik beratkan agama dalam kehidupan,perkara seperti ini xkan berakhir malah akan bertambah teruk dgn pendidikan sek yg akan diperkenalkan kerana dgn itu semua peringkat umur tahu bagaimana hendak melakukannya dan caya mencegah dari si hawa berbadan dua.Berpeganglah pada Al Quran.Selamat dunia akhirat

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

zahir:
syukran ats pndangan yg dbrikan..ermmm ana tgh tpk klo pndidkan sex dbrikan di seklh apa akan jd nti????sdngkan tiada pndidikan tuu pun mkin truk jer gamoknya...huhu