Ahad, 18 April 2010

WANITA BERTUDUNG

Oleh: Ustaz Shauqi

Sejak akhir-akhir ini terdapat banyak laporan yang melibatkan wanita bertudung yang melakukan maksiat, sama ada ditangkap ketika berkhalwat, berpelukan dengan lelaki yang bukan mahram, melakukan aksi-aksi yang tidak senonoh dan menjolok mata dan pelbagai jenis maksiat lagi. Bahkan apa yang lebih dahsyat, kedapatan wanita yang bertudung juga merupakan pelacur yang menggadai kehormatan diri untuk mendapat habuan rezeki bagi menampung kehidupan.

Sehubungan dengan itu, timbul persoalan apakah tudung yang dipakai oleh wanita-wanita tersebut tidak dapat menginsafkan diri atau menyelamatkan diri daripada terlibat dalam gejala-gejala negatif dan maksiat? Apa guna memakai tudung, tetapi maksiat tetap dilakukan! Akibatnya, ia memberikan tanggapan negatif kepada wanita yang bertudung. Ia juga mengakibatkan wanita yang berjinak-jinak dengan Islam dan berkeinginan untuk menutup aurat, telah ‘tertutup selera’ untuk mengenakan tudung di kepala kerana ia seolahnya telah membawa satu impak yang negatif. 

Natijahnya, nilai wanita yang bertudung dan tidak bertudung menjadi sama sahaja di mata masyarakat, bahkan wanita yang bertudung kelihatan seolahnya lebih banyak terlibat dalam perlakuan maksiat jika dibandingkan dengan wanita yang tidak bertudung. Seolahnya juga, peraturan ‘bertudung’ yang digariskan oleh Islam tidak dapat memberi apa-apa kesan ke arah untuk mengubah sikap dan akhlak agar menjadi lebih baik. Justeru, terdapat suara-suara yang menafikan terus kewajipan bertudung dalam kalangan wanita Islam, kerana ianya tidak dapat memberi apa-apa kebaikan, sebaliknya hanya memberikan kesan yang negatif semata-mata.

Oleh itu, bagaimanakah penyelesaian terhadapa perkara ini?. Persoalan yang perlu difikirkan bersama ialah adakah Islam benar-benar mewajibkan wanita memakai tudung, atau ajaran Islam memberikan kebebasan kepada wanita dalam hal ini? Jawapannya sudah tentu tidak!. Ajaran Islam tidak pernah menyuruh wanita Islam bertudung semata-mata, tetapi mereka dikehendaki menutup aurat. Timbul persoalan lagi, apakah tudung itu bukan menutup aurat?. Ya, sekiranya sekadar memakai tudung sahaja, ia tidak dinamakan menutup aurat mengikut kehendak Islam. Justeru, wanita bertudung yang ditangkap ketika melakukan maksiat itu hamper kesemuanya atau majoritinya tidak menutup aurat!

Mungkin kenyataan ini agak kontroversi, tetapi itulah hakikat yang harus diterima, iaitu majority wanita Islam yang bertudung pada hari ini, mereka tidak termasuk dalam golongan yang menutup aurat. Oleh itu, tidak hairanlah mereka ini sering terjebak dalam perkara maksiat, kerana tudung semata-mata tidak membawa apa-apa erti sekiranya seseorang itu tidak menutup aurat!. Masyarakat Islam wajar memahami perbezaan di antara tudung fesyen dan tudung yang menutup aurat. Boleh dikatakan amat ramai sekali wanita Islam pada hari ini memilih untuk memakai tudung fesyen daripada tudung untuk menutup aurat.

Apa tidaknya, kelihatan amat ramai wanita yang memakai tudung, tetapi dalam masa yang sama mengenakan seluar ‘jeans’ yang ketat yang menonjolkan bentuk tubuh yang menggiurkan teman-teman lelaki mereka. Begitu juga mereka yang bertudung, tetapi juga dibaluti dengan baju ketat yang menonjolkan bentuk buah dada mereka dengan begitu jelas. Tidak kurang pula wanita yang bertudung ini memakai pakaian yang jarang menampakkan tubuh badan mereka. Kalau beginilah tudung yang dipakai, ia hanya boleh dianggap sebagai tudung fesyen, bukannya tudung yang menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki di dalam ajaran Islam.

3 comments:

ibnu berkata...

Tudung pada zaman sekarang lbh kepada mempamerkan kecantikan bkn pada hukum itu sendiri.Tak hairanlah ramai yg bertudung tapi bertelanjang.Rasulullah SAW pernah pernah meramalkan akan dtgnya zaman ini.Maksudnya perempuan yg berpakaian tetapi seluruh lekuh dan bentuk dipertontonkan,yang parahnya atas kepala menutup rambut dgn tudung dililit dileher menampakkan anting2.
Sedih rasanya melihat fenomena seperti yg disebut diatas.Fungsi pakaian yg sepatutnya digunakan untuk menutup aurat digunakan sebaliknya.Tudung yg menjadi pengenalan bagi seorang muslimah disalahgunakan pada potongan yg jelas bertentangan dgn derinasi menutup aurat itu sendiri.Jarang sekali org mencebek atau menegur perkara ini walaupun hakikatnya ia langsung tidak memenuhi kehendak islam sebenarnya.

ibnu berkata...

Jangan sesekali terpengaruh apabila kamu mendapati ada tmn muslimah kamu berpakaian seperti ini.Mereka ternyata blm tahu bagaimana sebenarnya pakaian seorang muslimah,ini adalah salah satu korban ikut-ikutan fesyen yg didedahkan tanpa mendapat teguran para ulama dan mufti yg dipertanggungjawapkan.Pakailah pakaian muslimah yg mengikut syariat dan sesuai dgn kehendak islam.Cuba kite sesama buka Ai Quran surah Al Ahzab 59 dan An Nur 31.Ada menerangkan perintah dari Allah tentang bagaimana seharusnya wanita menutup aurat.
Surah Al-Ahzab ayat 59:-
"Hendaklah mereka menghulurkan tudung ke seluruh tubuh mereka,supaya mereka lbh mudah dikenali org kerana itu mereka tidak diganggu"
Surah AN-Nur Ayat 31:-
"Dan katakanlah pada perempuan-perempuan mukmin,hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka(jgn berzina)
Penerangan ayat Al Quran diatas jelas perintah dari Allah agar para muslimah menutup aurat dgn tudung dan jilbab.Tudung adalah kain yg menutupi rambut,telinga,leher hingga ke dada menutupi hiasan dalaman wanita.Jilbab pula bermaksud baju longgar tanpa potongan mengikut badan dan menjulur hingga ke kaki dan sebagai baju luar yg menutup pakaian yg dipakai disebelah dalam ketika didalam rumah.Oleh itu wahai muslimah berpakaianlah sebagaimana seharusnya seorang perempuan muslim berpakaian tanpa terpesong dgn fesyen yg langsung tidak mendapat kelulusan majlis fatwa dan para ulama.

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

syukran ibnu...

fenomena brpakaian mntp aurat dgn berhjab labuh smkin dpndang plik oleh org len...trngt crter seorang shbt ana...yg berhjab labuh dan mmakai purdah...bertanyakan ana..."gee knpa org pndang pelik dan berkedt dahi tgk ana??""

ini mnunjukkn jumlah muslimah yg brpakain mntp aurt sbtolnya adlh dlm kuantti yg minoriti...bkn majorti...jd...ianyanya mnjadi pelik di mata msyarakat...adakah perpeksi kta semua sdah brubah??yg berpakaian mngkt landasan yg dtetapkan oleh Allah swt itu smkin janggl dan plik bg kita atau salah bg kita???knpa ini berlaku???ini mnunjukkan kurangnya pemahaman kita terhadap suruhan dan larangan Allah...ISLAM bkn untuk dianuti scra separuh-separh tetapi scra menyeluruh...Allahuakbar...sm2 kita muhasabah,bermujahadah dan tarbiyah dri dan jiwa kita agar sgla urusan kita ikt kerana Allah bkn krna manusia..