Khamis, 8 April 2010

MODUL BARU DARI TERATAK: AFA...

Assalamualaikum WBT
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Kali ni ana kan start untuk postkan entri yg berkaitan Asas Fardhu Ain(AFA)...ermm..semua modul disediakan oleh IBNU..jazakallah barakallah ibnu kerna bkan sja memberi bimbingan dari mula..nmun trt menyediakan modul2 dan mklmt2 yg brkaitan...cuma ana mtak maaf kerana ana dah start exam...jadi benda ni tertangguh untuk ana postkan pd tetamu teratak..semoga kita semua memperoleh manfaat dr apa yg kita baca..jika ada sebarang kemuskilan atau inginkan penerangan lnjut, bolehlah ltakkn ptnyaan pd comment, cbox atau emailkan pd ana..insyaALLAH ibnu atau penerangan dr ustaz lain ana akan sertakan....Jika ada tetamu yg ingin kongsikan ilmu yang ada..amat dialu-alukan agar dapat dikongsi pd semua yg menziarah...wassalam....entri pertama mengenai.....

TAHARAH(bersuci)....


Klik pd imej tuk lbh bsar

Pengertian bersuci:

Pada Bahasa:
Membersihkan diri atau sesuatu daripada kekotoran. Sama ada benda itu najis ataupun tida. Benda-benda najis seperti darah, bangkai, tahi dan sebagainya. Benda-benda yang kotor tetapi tidak najis seperti air ludah, hingus dan lain-lain.

Erti pada Syarak:
Menghilangkan halanagan beribadat kerana ada hada atau najis atau menghilangkan halanagn memakan sesuatu benda disebabkan terkena najis.

Iman Al-Ghazali menegaskan dalam kitab Ihya Ulummuddin bersuci itu terbahagi kepda empat tingkat iaitu :

1. Mensucikan anggota-anggoata lahir daripada hadas-hadas-, anasir2 jahat dan kelebihan yang tidak perlu.
2. mensucikan anggota-anggota badan dari perbuaatn-perbuatan salah dan dosa .
3. mensucikan hati dari akhlak yang keji dan kelakuan yang dibenci dan terkutuk.
4. Mensucikan kebatinan dari semua perkara selain daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan ini adalah cara bersuci para Nabi sala watullahi-alaihim dan juga pada Siddiqin.

Taharah zahir dan batin.

Taharah yang bersifat batin ialah mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa dan maksiat. Caranya ialah dengan bertaubat dgn sebenar-benarnya taubat. dengan membersihkan hati daripada kotoran syirik, ragu-ragu, hasad, dengki, menipu, dan dosa besar juga daripada ujub, riya. Perkara ini dilakukan dengan ikhlas, yakin, mencintai kebaikan, bersabar, jujur dan rendah diri. serta sentiasa mengharapkan memperoleh keredaan Allah dengan niat dan amalan soleh.

Taharah yang bersifat lahiriah pula ialah dengan membersihkan kotoran dan hadas. membersihkan kekotoran dengan cara menghilangkan najis dengan air yang suci lagi menyucikan air yang suci lagi menyucikan dari badan, tempat, dan pakaian untuk mengerjakan solat.

P/S: Next tajuk ialah Jenis-jenis bersuci...mlm ni xleyy post byk2..hehehe.. sbb ana kn taip blik apa yang modul dr Ibnu bagi(ibnu nk kna ni bg yg dah hiper ling n off key punya modul...saja nk suh ana taip blik semua ekk...:P)...so take time tuk ana ciapkan 1 1 entri...ok moga kita sama2 beroleh mnfaat dari apa yg dibicarakan..(sebarang cadangan atau untuk pembaikpulihan atau sbrang pembetulan atau teguran blehlah diutarakan...Wassalam...

Ilmu itu iman kepada amalan..dan amalan itu membawa kepada taqwa.....(Solusi isu 18)


0 comments: