tjuk tesis ana ""larangan zina..""
P/S : Allah s.w.t telah menetapkan sesuatu hukum kepada manusia untuk ditaati perintahnya bagi melihat sejauh mana ketaatan hambanya. Allah juga telah menetapkan bahawa mereka yang mengingkari suruhannya termasuk golongan orang yang menzalimi dirinya sendiri. Semuanya telah diletakkan garis panduan untuk diikuti dan ditaati oleh manusia. Disebalik syariat itu pasti tersembunyi seribu satu hikmah yang perlu diterokai oleh manusia.
Institusi kehidupan hari ini, larangan menghampiri zina haruslah dititik beratkan oleh setiap individu muslim. Hal ini disebabkan kerana mereka mengambil ringan suruhan ini dan menganggap hal ini bukan dari agama bahkan satu kehidupan masyarakat yang moden. Sedangkan judi, mencuri, meminum arak adalah bahaya di kalangan masyarakat, inikan pula zina dari muqaddimahnya hinggalah kepada usaha yang memungkinkannya akan berlaku perbuatan zina adalah bahaya dan berdosa disisi Allah s.w.t kerana zina adalah perbuatan keji yang bertentangan dengan syariat islam. Oleh itu,islam melarang keras penganutnya daripada menghampiri apa jua jalan yang membawa kepada zina dan melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah swt terutama hal batas-batas pergaulan.
8 comments:
Assalamualaikum
Jika benar ape yg di paparkan dlm blog terjadi itu tandanya dunia akhir zaman.Org yg mencegah dan melarikan diri dari kemungkaran akan dihina dimukabumi ini tetapi org yg terang2 melakukan kesalahan dipuja dan disangjung.
Memang benar majlis apepun yg diadakan jika tidak dipisahkan lelaki dan perempuan dianggap sebagai majlis maksiat.Walaupun majlis itu didatangi para ulama sekali pun.Didalam Islam melarang keras pergaulan pergaulan antara lelaki perempuan bkn muhrim.
Jika ade kemuskilan sila rujuk ustazdan pendakwah bertauliah seperti no yg tertera
017-3112753/019-6023803
Assalamualaikum ya sahabat ana,
Ape nisa alami ana dah alami.Pandangan ana,nisa perlu rasa syukur kerna diberi kekuatan untuk mengharungi dugaan tersebut.Nisa yg takut dan gusar kerna ramai org yg menyokong nisa dibelakang.Kepada kekawan nisa sesamalah kite doakan mereka mendapat keampunan dari Allah kerana jika org yg menindas pada org org yg sdg istikhomah menuju kejalan Allah sama lah dosanya dgn org yahudi yg memerangi israil.Bagi pihak nisa jgn simpan dendam dan maafkanlah mereka.Wlhlm
waalaikummussalam ...
hamba Allah:
syukran jazilan ats pndangn yg dbrikan...ermm .fenomena sebgini sudah mnjadi tradisi bkn sja di U, di seklh2 trt jga diamalkan..ermm....
benar sprti yg dperkata, dunia akhir zaman..no tfon tuu ustaz mne??tiada dsertakan nma...
Noorlida
yaa srikandi abu bakar ...
alhamdulillah ..syukur ana mampu kukuhkan pndirian ana untuk tak join diner yg diadakan ...mga dri ana kan sntiasa istiqomah dlm stiap hal...
pd rakan2 ana yg bca article ni..mga mmperoleh mnfaat dan memahami knpa ana xpg...
mga mreka trt sdar akan hal ini...itu doa ana...
jazakallah barakallah krna mngingtkan ana ida..
suka ana nak citer kat semua satu cerita tentang dua orang nelayan seorang taat dan patuh pada perintah allah seorang tu tidak (kafir).
tapi rezeki yang diberikan kepada nelayan yang kafir ni lebih banyak dari muslim yang taat ni.Kejadian tu disaksikan oleh malaikat. Lalu malaikat bertanya kepada allah mengapa ko memberi rezeki yang lebih kepada manusia yang tidak taat kepada mu(orang kafir tu la) tapi tidak kepada nelayan muslim yang taat kepad perintahmu.
Lalu allah menjawab "kerana aku sayang dan kasih kepada hamba ku yang taat (nelayan muslim itu) lalu aku tidak memberikan ia kemewahan rezeki agar ia sentiasa taat kepada. tapi kerana aku benci kepada kafirun itu maka aku lambakkan dia ngan kemewahan rezzeki agar terus lalai dengan duniawi.kelak akan ku berikan pembalasan yang setimpal"
Kesimpulannya,kerana allah sayangkan hambanya maka diberikan ujian supaya hambanya itu bersabar dan meminta kepadanya dan terus taat.Tapi tidak bermakna tiada pembalasan kepada orang2 yang berbuat jahat.Ada,,,,,berdoalah semoga sipolan itu diberi pertunjuk dan hidayahnya...insyallah,,,tapi sebagai manusia perlu la berniat baik.Jangan kita pun sama ikut cara dia.tak de bezanya kita kalo kita sama nak dengki..
'Ikhtilat' berasal dari kalimah Arab. Dari segi bahasa, ia bermaksud percampuran unta dan manusia serta binatang ternakan.
Adapun dari segi istilah pula, ia bererti percampuran atau pergaulan wanita bersama lelaki pada suatu tempat yang pada kebiasaannya akan membawa kepada saling berjumpa, melihat, dan berinteraksi sesama mereka.
Melalui takrif tadi, timbul persoalan, adakah 'ikhtilat' ini dibolehkan oleh Islam atau tidak?
Terdapat 2 pendapat kalangan para Ulama di dalam permasalahan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita.
1. Pendapat pertama mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang dilarang. 2. Manakala pendapat kedua mengatakan ianya termasuk di dalam perkara yang diharuskan.
1) DALIL-DALIL LARANGAN IKHTILAT
Dalil Pertama
Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemani oleh mahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.
Maksud dari sabda nabi:
Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.
Maksud dari sabda nabi:
Tidak boleh seseorang lelaki berkhalwat (berdua-duaan) bersama seorang perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya.
Dalil Kedua
Wanita tidak diwajibkan keluar menyertai jihad.
Dari Aisyah RA katanya: "Aku telah meminta izin daripada Rasulullah untuk berjihad, lalu Nabi menjawab: "Jihad kamu (kaum wanita) adalah menunaikan haji".
Dalil Ketiga
Wanita tidak diwajibkan menghadiri solat jamaah di masjid seperti yang telah disepakati oleh para ulama Fekah.
Ulama berselisih pendapat pada hukum penyertaan wanita di dalam solat jemaah di masjid:
1. Sebahagian ulama berpendapat bahawa makruh ke atas wanita-wanita muda untuk hadir solat berjemaah di masjid.
2. Sebahagian lagi mengatakan ianya adalah harus ke atas wanita-wanita yang sudah berumur (tua).
Namun, pendapat yang paling kuat adalah kaum wanita diharuskan menunaikan solat berjemaah di masjid dengan keizinan dari suami atau walinya dengan syarat:
· Tidak boleh memakai bau-bauan wangi.
· Tidak berlaku percampuran (ikhtilat) antara wanita dan lelaki ketika menuju ke masjid.
Bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' ketika menunaikan solat, kaum wanita diwajibkan bersembahyang di belakang kaum lelaki.
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:
Janganlah kamu menghalang wanita kamu untuk hadir ke masjid, namun rumah-rumah mereka lebih baik untuk mereka.
Dalil Keempat
Beberapa hukum-hakam yang dikhususkan untuk kaum wanita.
Islam telah mengkhususkan beberapa hukum-hakam untuk kaum wanita ketika menunaikan ibadat haji bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita. Di antaranya, mereka tidak digalakkan menghampiri Ka'abah sewaktu kaum lelaki sedang melakukan tawaf supaya tidak berlakunya 'ikhtilat'. Selain itu, kaum wanita juga diberi rukhsah (keringanan) untuk melontar jamrah pada Hari Nahar (hari penyembelihan) sebelum terbit fajar bagi mengelakkan kesibukan dan 'ikhtilat' bersama lelaki.
Dalil Kelima
Larangan wanita berjalan bersama kaum lelaki di satu jalan yang boleh menyebabkan percampuran (ikhtilat).
Di sana terdapat hadis Rasulullah SAW yang menerangkan bahawa baginda telah melihat percampuran di antara lelaki dan wanita di jalanan, lantas baginda SAW menyuruh para wanita supaya berjalan di tepi jalan bagi mengelakkan berlakunya 'ikhtilat' di antara mereka.
Dalil-dalil di atas jelas menunjukkan tentang larangan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita, lebih-lebih lagi 'ikhtilat' yang boleh menimbulkan fitnah
2) 'IKHTILAT' YANG DIBOLEHKAN
Di sana terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yang dibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.
'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah
'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yang memerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.
Firman Allah maksudnya:
Persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tiada dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi- saksi yang kamu redhai.
'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi
Seseorang wanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupun berlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadi saksi dalam sesuatu kes.
'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.
'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah
Para wanita di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat turut serta bersama- sama kaum lelaki pergi berjihad di medan peperangan. Mereka membantu para pejuang seperti memberi minum, merawat kecederaan serta meniupkan semangat jihad kepada para lelaki untuk terus berjuang. Begitu juga diharuskan juga 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita dalam satu perhimpunan mendengar tazkirah serta peringatan yang berkaitan dengan agama.
'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam
Adapun wanita terdedah kepada 'ikhtilat' sewaktu menaiki kenderaan awam untuk menyelesaikan sesuatu urusan seperti menziarahi ibu-bapa, sahabat- handai, pesakit, atau membeli keperluan harian, maka 'ikhtilat' seperti ini adalah dibenarkan di dalam syarak.
Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh para wanita wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya. Para wanita juga perlu ditemani suami atau mahramnya ketika menjalankan urusannya.
Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, ipar duai dan seumpamanya. Ramai wanita memandang enteng perkara ini. Contohnya membuka aurat di hadapan sepupu serta tidak menjaga adab-adab wanita Islam dengan berhujah bahawa mereka adalah kaum kerabat dan hubungan kekeluargaan yang amat rapat.
KONKLUSI
Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.
Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.wlhlm
Dgn ini jelas bahawa dalam perkara yg melibatkan agama pun lelaki dan perempuan tidak blh bercampur ini pula keseronokan dunia.Sahabat ana yg dikasihi,teruskan istikhomah. Sesungguhnya cahaya menanti kepada pencarinya.
zahir,..
suka bercrta upanya...syukran..klo ada byk lg ctriter bleyy emelkn kt akak..nt akak postkn dlm ni...tuk dkngsi...
ibnu...jazakallah barakallah...xtau nk ckp apa...byk sgt input brgun yg dkngsi...ermmm
Catat Ulasan