Isnin, 12 April 2010

Terima Kasih Anakku !



Tajuk : Terima Kasih Anakku !

Oleh : Sangtawal Sakranta.


Semalam, hati kami suami isteri terkedu dan tiba-tiba air mata mengalir bila membaca nota ucapan dari anak kami, Along (Abe Shah) sempena hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke-12 semalam ( 11/4/2010).

Anakku, terima kasih kami ucapkan atas doa dan ucapanmu, semoga doamu diterima oleh Allah swt. Semoga doamu itu berkekalan sehingga kau dewasa dan setelah kami tiada lagi didunia yang fana ini di sisimu.Terima kasih sayang.Kami berdua amat menyayangi kalian semua.Kami selalu mendoakan doa ini buat kalian :




Antara bait kata, doa dan ucapannya yang amat menyentuh hati kami ialah :

*Tulisan ucapan Along atas kertas A4 je!


“ Amat gembira dengan ulangtahun perkahwinan ayah dan emak yang akan disambut pada malam ini iaitu ulangtahun emak dan ayah yang ke-12.

Moga-moga emak dan ayah sihat walafiat dan sentiasa ceria.

Tahun ini kami meminta maaf kepada emak dan ayah kerana tidak dapat memberi hadiah kecuali doa semoga dipanjangkan umur ayah dan emak.

Wahai emak dan ayah dengarlah sajak atau pantun yang kami buat ini :

Kami sangat gembira kerana ayah dan emak sihat sentiasa,

Kami sangat bersyukur kerana dapat meraikan ulangtahun perkahwinan yang mulia ini,

Kami sentiasa sayang kepada emak dan ayah,

Maafkan kami kalau ada berbuat salah atau kurang ajar,

Moga dosa-dosa kami diampunkan oleh Allah,

Moga kami selamat di dunia mahupun akhirat,

Semoga kami menjadi anak yang soleh dan bertaqwa,

Kami doakan semoga ayah dan emak sentiasa bahagia mahupun di dunia dan akhirat,

Salam sejahtera buat ayah dan ibu.

Moga-moga Allah menyelamatkan ayah dan emak daripada seksa atau azab api neraka.

Wahai emak dan ayah, jasamu tetap dikenang walau apa pun keadaan.

Wassalam”

*[ Maaf sebab tulisan Along kat atas tu comot dan selalu saya pesan supaya memperelokkan tulisannya, tapi itu saja yang dia mampu! he he he. Doakanlah kebahagiaan hidup buat saya sekeluarga dan doakanlah semoga Allah swt memberikan yang terbaik buat anak-anak kami! Terima kasih.]

Sumber: http://sangtawal.blogspot.com/

P/S: ana terharu baca ucapan anak buah ana pd mak ayahnya...Tanpa sdar air mata ana mengalir mmbacanya..begitu luhur hati anak buah ana buat ucapan untuk mak ayhnya...walaaupun hanya melalui kertas A4...walaupun baru berumur 10 tahun bersaam adik2 nya yg berumur 7, 5 dan 3 tahun...moga die mnjadi pemimpin pada adik2, keluarga, agama, bangsa dan negara..InsyaALLAH...

4 comments:

Sangtawal Sakranta berkata...

salam buat cik ana dari abe shah,

Terima kasih daun keladi!
Ada rezeki, buleh kija nanti!
periksa cik ana ok ke?
abe shah doakan semoga berjaya
wassalam

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

huhu...
exam??insyaALLAH...ada 1 paper lg...
mga semuanya berjalan lancar..gud luc jga tuk abe chah...exam nati...smga brjaya...nati teman chik ana berehat di umah..hehehe

aus berkata...

salam..
terbaca dri blog pakcik sangtawal ttg post yg bru tu..
rupanya Along yg tulis dlm blog pakcik Sangtawal tu bru 10 tahun..
mulanya pelik juga knpe tulisannya mcm itu,tp bru sy sedar knape ade yg touching..


salam ziarah...
=D

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

ahlan wasahlan aus...
yer aus..
along br 1o thn lbh...jwanya mmg bgtu snstimentl...ska mghrgai mnusia yg die syg...apa die lkukn buat ana trt terkesan dan tersedar...huhu...
mgkin mgkut jejk pak sangtawal yg sentmntal..hehe...