Rabu, 28 April 2010

Pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah

2010/04/27

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran pendidikan seks tidak akan diajar di sekolah, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, ini kerana subjek itu yang lebih dikenali sebagai pendidikan kesihatan reproduktif dimasukkan dalam mata pelajaran pendidikan kesihatan dan subjek lain seperti biologi, sains, sains tambahan, pendidikan moral dan pendidikan Islam.

Justeru, katanya, kementerian dalam memantapkan pengajaran guru dalam subjek pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial telah membuat persedian untuk melatih guru-guru di sekolah menengah dan rendah menjadi Jurulatih Utama (JU) di peringkat kebangsaan dan mereka ini akan melatih guru-guru di peringkat negeri.

"Kursus JU berhasrat untuk memberi pendedahan tentang pelaksanaan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial dan mencari pendekatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai untuk diterjemahkan ke dalam P&P di dalam kelas seperti yang hasratkan dalam kurikulum," katanya ketika menjawab soalan Senator Doris Sophia Brodi di Dewan Negara hari ini.

Doris Sophia ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk memperkenalkan subjek pendidikan seks di dalam kurikulum sekolah dan kajian yang dijalankan berkenaan subjek tersebut dan bila ia akan dilaksanakan.

Dr Mohd Puad berkata, peranan ibu bapa serta penerimaan masyarakat juga adalah penting bagi membantu guru dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum pendidikan kesihatan reproduktif ini kepada para pelajar.

"Sikap keterbukaan ibu bapa dalam membincangkan hal-hal berkaitan seksualiti dengan anak-anak mereka sendiri dan sokongan pihak-pihak lain kepada guru secara tidak langsung dapat membantu keberkesanan kurikulum ini di sekolah.

"Ini sekali gus dapat mengurangkan sensitiviti yang mengiringi isu seksualiti supaya ia diterima sebagai hakikat proses semulajadi yang perlu dilihat dalam perspektif tepat dan sihat," katanya.-Bernama


p/S: klo diajar cmner yer jd kt bdak2 skng??yg skarang pun npk diarang lg advance th ..jd cikgu nk mengajar pun tntu serba slh..huhu...sptutnya penekanan ilmu agama dipertingkatkan lg di sekolah..bkn di seklh jer..kt semua peringkat smada tadika, sekolah, universiti dan di tempat keje...ermm....stiap urusan itu diikat krana Allah bkn krana manusia..untuk mengelakkn kita dr makin jauh denganNYA,,,wassalam

8 comments:

seripagi berkata...

Assalamualaikum..
huuu..x payah lah sex education nih suma...revise dulu sistem pendidikan kt msia tu macam mana...revise balik macam mana cara ustat ngan ustazah kt sekolah mengajar agama....ermm..bukan nak salahkan dorang...tapi dorang pun dah 'terikut' arus sistem pendidikan msia yang amat sekular tuh..mengajar 'sabjek' agama islam utk exam jerk...bukan kah sepatutnya..dalam 'semua' sabjek cekgu2 semua mestilah kene kait kn dengan islam...x kira lah..maths, sains, sains pertanian, sejarah, kimia, biology, ekonomi rumahtangga (erkkk??)..bukan kah islam itu merangkumi semua2 sabjek tersebut?

ini lah dinamakan..sistem pendidikan yang 'kering'...xder 'ruh penghayatan islam'...kita kata islam is the way of life kan? tapi kenapa perlu asing2kan dalam mata pelajaran sekolah? itu nama dia 'sekularisme' betul x?? (kalau salah tolong tunjukkan...sya budak baru belajar..ambik galah tolong jolokkan buah rembutan..erkk??) hahaha.. :p

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

waalaikummusalam kak seri pagi kemala...hehe..

sungguh nk tgelak gee bca pndangn kakseri..(dlu akak ambek eknomi rmh tngga ker??)hehe nmun, gee pun stju sgt2 laaa..ermm..
ibu bapa yg tak bpengetahuan agm yg tnggi tpksa mnghntr ank mrk ke klas al-quran tambhan slain kls di sklh..ini bgtu mnmpkkn pngjran agm kt sklh xckp...blj untuk lulus exam jer....
prnh dcritakn oleh seorg shbt yg jg bkal gru ...di sklh byk aktvt hburan dlkukn...nmun ustaz dan ustzh d sklh hnya brdiam dr.(yg brknaan tak semua mgkin)..apa nk jd dkt pljr2 ni semua??
klo pnddikn sex yg dbimbngkn dan dperbncngknbkn pndidikn agama yg dtekankn..lhtlh hsilnya skrng...

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

kak seri skng bkn msim rmbutan..tp klo nk jolok gak bli kt kdai,,skng xde nk jolok2 buah dah..hehe

IAMSERI berkata...

*hehehe...xder lah zai..kak dulu KMT (kemahiran manipulatif tambahan...cewahh..ingat lagikk ghupa2nya...hahahha) kak x men la jahit menjahit ni zai...hahahhaa...

*tula...generasi kita2 ni lah kene start utk berubah...kita start jadikkan generasi kita sebagai 'generasi al-quran' yg macam sahabat2 zmn rasulullah saw dulu2...yg bersih dr segala kecelaruan fikrah..dan kecelaruan sistem hidup....huuu..(it is an advice for myself too...bukan senang nak buat sebenarnya....needs a very hard work and 99% patience....huu)

*adeh...kak memang tiap2 tahun terlepas musim buah2 kat msia tuh...uhuk uhuk...mang tiap kali blk umah...kak mang paksa2 ayah kak beli suma buah2 especially buah durian...ngeh3...sebab kt kebun buah2 da lama habis by the time kak smp kt umah..:D

IAMSERI berkata...

ooops...lupa plk nk impom...

nama blog kak seripagi nih zai...hehe...jemput2 ler singgah...memang kurang berfaedah..uhuk uhuk..masih belajar2 nak jadik lebih solehah...:p

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

haha..tuu laaaa kak..nak jd baik bkn sng...ape tuu defini baik pun rmai yg slh tafsir...ermm ingt baik ni bla tgk pkai bju lbh apa smua lngkp...bkn cmtuu...klo iktkan baik ni kita ikut sgla srhan Allah dan tdak mlakukan lrangannya..nak detailkan kna laa buat 1 entri ape tuu baik..hehehe...amboi kak seri asal ni asik tukar name blog jer???aiii skng mcm npk penin n celaru jer kak...npe ni kak..heheh semua bnda nk tkar ni...ekkkk???c::cabotlari::

IAMSERI berkata...

adeh..tulah nama dia aktiviti masa lapang @ aktiviti masa stress exam zai :p

kak rasa better kak private kn blog akak tu..sb kurang berfaedah..hahaha...so..nnt kak invite zai baca blog through email ok...insyaAllah sok2 kak bg invitation..zai check email k...emmm..ape email address zai eh? :D

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

eeee kak seri ni nk kn ggt loll..ape xbrfaedah nyer.??zai ska ape akak tlis...::jelirlidah::
ermm jgn nk bg alsan nooo xbrfaedh..zai aser msti daa sbb len::muka cnfius::
almt zai http://nurmawaddahmahdiyah.blogspot.com/