Dikeluarkan oleh Ibnu Al-Mubarak dari Hurmulah bin Imran bin Ka'ab bin Al-Qamah bahawa sesungguhnya Gharfah bin Al-Haris Al- Khindi R.A. mempunyai hubungan yang dekat dengan Nabi S.A.W. Beliau pernah mendengar seorang Nasrani mencaci Nabi S.A.W., lalu beliau pun memukul hidungnya. Lelaki Nasrani itupun mengadukan hal ini kepada Amru bin Al-'As R.A.
Gharfah pula berkata, "Aku berlindung kepada Allah! Apakah patut kita menghormati perjanjian itu sedangkan mereka telah menghina Nabi kita??? Perjanjian itu telah menyetujui bahawa kita tidak akan menggangu mereka di gereja-gereja mereka dan mereka boleh berbicara dan melakukan apa sahaja yang mereka suka di dalamnya dan kita tidak akan memaksa mereka dengan perkara yang mereka tidak mampu melakukannya. Begitu juga, kita tidak akan berperang bersama dengan mereka, kecuali jika mereka diserang oleh pihak musuh. Begitu juga membiarkan mereka dengan peraturan mereka, kecuali mereka datang kepada kita dalam keadaan mereka redha dengan undang-undang kita. Maka itu kita akan berhukum atas mereka dengan hukum Allah Azza Wa Jalla dan Rasul-Nya."
Allahu rabbi..Lihat bagaimana reaksi Sahabat R.Anhum terhadap mereka yang mencerca Nabi S.A.W. Begitu jauh dengan reaksi umat Islam sekarang apabila melihat @ mendengar Nabi S.A.W. Pernahkah kita menangis dek tidak mampu berbuat apa ketika melihat @ mendengar Nabi S.A.W di cerca?? Sekurang-kurangnya tangisan itu menjadi bukti bahawa kita benar-benar cintakan Nabi S.A.W. Lihat, bagaimana Sahabat-sahabat menangis kerana cintakan Nabi S.A.W.
Tangisan Para Sahabat Apabila Mengingat Rasullullah S.A.W.
Dikeluarkan oleh Ibnu Al-Mubarak dan Ibnu Asakir dari Zaid bin Aslam katanya : Pada suatu malam, Umar bin Al-Khaththab R.A keluar untuk melihat orang ramai. Beliau melihat sebuah lampu di dalam sebuah rumah. Ketika menghampiri rumah itu, beliau melihat seorang wanita sedang membersihkan kapas untuk ditenun sambil bersyair :
Selawat orang-orang berakal atas Muhammad,
Orang-orang yang terpilih telah berselawat atasmu,
Engkau telah menghabiskan waktu malam beribadak kepada Allah,
dan tangisan pada waktu sahur,
Moga-moga syairku dan kematian itu dalam berbagai cara,
Adakah (Allah) menempatkanku dan kekasihku (Muhammad) di dalam sebuah rumah yang sama??
Umar R.A. menjawab, "Umar bin Al-Khaththab."
Tanya wanita itu, "Apa yang Umar inginkan dariku? Umar tidak akan datang pada waktu seperti ini."
Umar R.A. berkata, "Bukalah pintu ini. Allah merahmatimu."
Dikeluarkan oleh Ibnu Sa'ad dari Asim bin Muhammad dari ayahnya katanya, "Tiap kali Ibnu Umar R.A. mengingat Rasullullah S.A.W., maka air matanya berlinang sambil menangis."
Dikeluarkan oleh Ibnu Sa'ad dari Al-Masni bin Sa'id Az-Zira katanya: Aku mendengar Anas bin Malik R.A. berkata, "Pada setiap malam, di dalam setiap mimpiku aku melihat kekasihku." Kemudian beliau pun menangis.
Allahu rabbi..Adakah kita menangis ketika mendengar bait-bait syair tentang Rasullullah S.A.W.??
Seorang wanita telah pergi berjumpa Saidatina Aisyah R.Anha dan berkata kepadanya, "Bawalah saya menziarahi makam Rasullullah S.A.W." Saidatina Aisyah R.Anha pun membuka bilik itu. Wanita itu pun pergi menziarahi makam tersebut sambil menangis..Beliau menangis dan terus menangis sehingga meninggal dunia..(As-Syifa')
Masih wujudkah Umat ini yang cintakan Nabi S.A.W. yang hanya menziarahi makam Baginda S.A.W. kemudian menangis sehingga mati??
Menangislah wahai Ummat kerana tak mampu berbuat apa-apa terhadap penghinaan ini!!
Sumber:Muhamad Ridzuan bin Adzemi(Manisnya Tarbiyah)
0 comments:
Catat Ulasan