Ahad, 16 Mei 2010

WANITA BUKAN ISLAM MOHON JADI PEGUAM SYARIE

BANTAHAN DITOLAK

2010/05/15(Harian Metro)

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan Islam memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Sivil di sini, semalam dalam usaha awalnya menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan.
Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam.
Hakim Mohd Zawawi membuat keputusan itu dalam kamar selepas menolak bantahan awal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Victoria, 48, memfailkan permohonan semakan kehakiman dalam masa dua minggu. Tarikh bagi pendengaran masih belum ditetapkan.

Ini kes pertama di Kuala Lumpur apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran mencabar keputusan bahawa hanya peguam beragama Islam boleh bekerja sebagai peguam di Mahkamah Syariah.

Di Kuala Lumpur, keperluan utama bagi seorang peguam syarie ialah seseorang itu harus seorang Islam.

Victoria yang memperoleh Diploma dalam Undang-undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonannya sebagai peguam syarie ditolak Majlis Agama Islam melalui jawatankuasa peguam syarie.

Beliau berkata, melalui sepucuk surat bertarikh 6 April, 2006 beliau menghantar permohonan, tetapi Majlis Agama memaklumkan beliau bahawa permohonannya sedang diproses.

Selepas lebih tiga tahun, tiada jawapan daripada Majlis Agama berhubung permohonannya.

Katanya, melalui sepucuk surat bertarikh 4 Ogos, 2009 beliau memohon semula sebagai peguam syarie, tetapi Majlis Agama melalui jawatankuasa peguam syarie melalui sepucuk surat bertarikh 9 September 2009 menolak permohonannya atas alasan bahawa beliau bukan Islam.

Beliau kemudian memfailkan permohonan kebenaran pada 23 Oktober tahun lepas yang antara lain untuk satu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Majlis Agama kerana menolak permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Victoria juga mahukan satu pengisytiharan bahawa Kaedah 10 daripada Rukun Peguam Syarie 1993, yang memberi mandat bahawa orang Islam sahaja boleh diterima sebagai peguam syarie adalah ultra vires kepada Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Beliau juga menuntut satu pengisytiharan bahawa di bawah kaedah sama, yang memberi mandat bahawa hanya orang Islam diterima sebagai peguam syarie, adalah bertentangan dengan Artikel 8(1), 8(2), 5 dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

P/S: apa nak jadi????

4 comments:

ina berkata...

Syabas kepada najib tun razak bermakna die telah berjaya merialisasikan gagasan 1 Malaysia beliau.Negara islam 1Malaisia kan.

ana aliya berkata...

ape kene la??

pak najib..
1malaysia pak najib mmg berkesan la..
tahniah2..

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

semua ni jd bila al-quran dan hds..diperkotak katikkn oleh org ISlam itu sendri..jd org bkn Islam dgn sng menyusup msk mempermainkn dan merntuhkan akhlak umat Islam.peminpin hnya memimpin krna nama, harta dan pngkt bukan krna amanah yg diikat krn Allah swt...apa nilai yg perlu ada pd seorg pemimpin?bukan meminpin pd negara atau organisasi shj..ttp yg utma pd diri kita sendri..
dlm hdis Rasulullah s.a.w bersabda yg bermksd:
”Ia (iaitu kepimpinan) adalah amanah dan di akhirat ia menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali mereka yang mengambilnya dengan hak dan melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di dalamnya.”Riwayat Muslim

Huraian
i) Sekurang-kurangnya setiap manusia itu menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri. Oleh itu ia bertanggungjawab menjaga dirinya dan orang yang diamanahkan kepadanya seperti anak, isteri, keluarga, para pekerja dan sebagainya agar hidup mereka berjalan dengan baik dan sempurna.
ii) Setiap amanah mestilah diterima secara hak dan penuh kefahaman tentang tugas-tugas dan kewajipan yang terkandung di dalamnya. Seterusnya dipikul dengan ikhlas dan jujur serta berusaha sedaya upaya agar tanggungjawab tersebut dapat dilaksanakan.
iii) Sebaliknya sesuatu amanah itu jika dijadikan batu loncatan untuk kepentingan diri, bermegah dan berseronok maka kepimpinan itulah yang bakal menjadi punca penyesalan dan kehinaan di akhirat. Bahkan ketika di dunia lagi ia akan merasai kehinaannya terutama apabila kepimpinannya itu terlucut daripadanya.
iv) Oleh itu bagi orang yang benar-benar menyedari tentang hakikat sesuatu tanggungjawab kepimpinan, tidak mungkin akan meminta atau terlalu ghairah merebut sesuatu jawatan kerana setiap amanah itu perlu dipikul dengan berhati-hati kerana setiap kepimpinan adalah amanah dan setiap amanah adalah tanggungjawab yang akan disoal di hari akhirat kelak.(JAKIM)

siakap berkata...

Sebagaimana sistem perundangan sivil (Inggeris),undang-undang Jenayah Islam (Kanun jenayah Syariah)boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu:

1. Hukum Hudud
2. Hukum Qisas dan Kifarat; dan
3. Hukum Ta’zir


Pembahagian ni menjelaskan bahawa Hukum Hudud seperti selalu yang ditonjolkan dalam memahami undang-undang jenayah Islam ini, hanyalah merupakan sebahagian daripada undang-undang jenayah Islam. Bagi maksud pengertian, hukum Hudud dan Qisas adalah hukuman yang ditetapkan oleh Syarak dan tiada pilihan lain (mandatory). Penetapan itu adalah ditentukan sama ada melalui Al-Quran atau as-Sunnah.


Pembahagian Hukuman Hudud adalah meliputi jenayah zina, menuduh zina (qazaf), mencuri (sariqah), merompak (hirabah), murtad dan pemberontakan (al-bughah). Hukum qisas pula memberi maksud hukuman yang dikenakan menyamai jenayah yang dilakukan . Sebagai misalan membunuh dibalas dengan bunuh atau jika mencederakan anggota akan dibalas dengan mengenakan kecederaan yang serupa pada anggota itu juga. Hukuman qisas boleh dielakkan dengan melaksanakan diat. Keadaan ini berlaku jika waris mangsa bunuh atau orang yang dicederai memaafkan kesalahannya dan diat hendahlah dibayar sebagai ganti hukuman.

Jadi disini jelas menerangkan untuk mengadili dan menjatuh hukum bagi kesalahan dalam syariah perlulah seorang yg tinggi ilmunya dalam bidang agama dah fasih serta mengerti ape yg terkandung dalam AL Quran,hadis dan Sunah rasulullah.