Cara   Qada Hajat yang diharamkan.  1. Membawa bersama sesuatu yg bertulis ayat2 quran, hadis atau nama2 para Rasul ketika qada hajat. 2. Menghadap atau membelakangkan kiblat ketika qada  hajat di tempat lapang. Sekiranya qada hajat di tempat yg berdinding maka tidaklah diharamkan. 3. Membuang air di tempat ibadat sprti surau , masjid,  musalla dan sebagainya. 4. Qada hajat di atas kubur. 5. Membuang air di atas kitab2 agama 6. Membuang air di atas makanan. 7. Membuang air besar atau kecil dalam lubang yg  diketahui di dalamnya ada haiwan 8. Membuang air di tempat perhentian org ramai atau  jalan raya. Cara Qada Hajat Yang Dimakruhkan.   1. Membuang air sambil berdiri kecuali dgn keuzuran  atau darurat yang tidak membolehkan seseorang itu duduk contohnya disebabkan sakit. 2. Bercakap-cakap ketika buang air pada perkara  yang tdk penting , kecuali dalam keadaan darurat. 3. membuang air di dalam luabang yg tidak diketahui  di dalamnya ada binatang atau tidak. 4. Membuang air di bawah pokok buah-buahan. 5. Membuang air di dalam air tenang yang tidak  mengalir. 6. membuang air berhampiran dengan kawasan  perkuburan. Cara-cara Qada Hajat yang disunatkan. 1. Membuang air di tempat terlindung dari orang ramai seperti di dalam tandas atau di sebalik batu. 2. Memulakan masuk ke dalam tandas dengan  mengguanakan kaki kiri. 3. Ketika hendak masuk , baca doa ini:  Ertinya : "Wahai Tuhanku, aku berlindung padaMU dari  kejahatan syaitan jantan dan betina". 4. Memakai alas kaki seperti selipar, dan kasut ketika  masuk tandas. 5. Memakai penutup kepala seperti tudung, semutar  atau sebagainya ketika qada hajat. 6. Beristibak , iaitu berdehem-dehem supaya najis habis  keluar. 7. Ketika keluar dari tandas, mulai langkah dgn kaki kanan dahulu. 8. ketika keluar tandas, membaca doa ini: Ertinya: "Wahai Tuhanku, hilangkan dariku segala kekotoran dan beri kesihatan kepadaku". Hal-hal yang harus dilakukan sebelum buang air. 1. Hendaklah mencari tempat sunyi dan jauh dari  pandangan orang(kiranya tdk menggunakan tandas) 2. Jangan memasuki tandas atau tempat buang air dgn membawa sesuatu yg ada kalimah Allah. 3. Jangan membuka pakaian sblm berada dekat tempat buang air, ini adalah bagi mempastikan agar dgn apa yg diperinyahkan oleh hukum syariat. 4. Mendahulukan kaki kiri waktu masuk ke tandas dan  disunatkan membaca doa. "Ya Allah hamba berlindung padaMU dari segala yang kotor  dan keji". 5. Janganlah buang air dgn menghadap ke arah kiblat  atau membelakanginya jika sekiranya di tempat2 yang tdak berdinding. 6. jangan membuang air besar atau kecil (berak atau  kencing) di tempat org yg biasa berteduh, di jln2, di tempat mandian atau di bawah pokok yg berbuah. 7. jangan bercakap-cakap sewaktu buang air Adab buang air 1. Sunat mendahulukan kaki kiri ketika masuk ke  tandas , dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar  tandas. 2. Jangan membawa sesuatu kalimat Al-Quran , atau hadis  atau zikrullah ke dalam tandas. 3. Hendaklah memakai sepatu, atau terompah atau  seumpanya. 4. Hendaklah jauh dari org sehingga bau kotoran  tdak sampai kepadanya. 5. janganlah berkata-kaat selama berada dalam tandas,  kecuali apabila keperluan yg sgt penting yg tdak dpt ditangguhkan. 6. jangan buang air di air yg tenang, kecuali jika air  tenang itu terbentang luas seperti tasik yg luas atau laut. 7. jangan buang air di lubang tanah, krn kemungkinan  ada binatang yg mendapat kesakitan di dalam lubang itu. 8. jangan membuang air di ats kubur. 9. jangan membuang air besar atau kecil di tempat2  beribadat spt masjid, surau,dan sebagainya (kecuali di tands yg disediakan di tempat tersebut). 10.Jangan membuanga air di ats kitab2 agama atau  atas makanan. 11. jangan buang air di mana2 perhentian(kecuali di tnds yg disediakan di kwsan itu) Modul: Ibnu  |   
Rabu, 19 Mei 2010
AFA 4: HUKUM QADA HAJAT
3.                                          Cara yang sunat.     
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



0 comments:
Catat Ulasan