Jumaat, 21 Mei 2010

BASIROH

Jika ALLAH Azza wa Jalla menginginkan kebaikan bagi seseorang, ia akan membuat orang itu dapat melihat
aib-aibnya. Orang yang memiliki basiroh (mata hati) yang tajam akan mengetahui aib-aibnya. Jika ia telah
mengetahui aib-aibnya, maka ia dapat mengubatinya. Namun kebanyakan orang tidak mengetahui aibnya
sendiri. Manusia dapat mengetahui kotoran yang terdapat di mata temannya, tetapi ia tidak mampu melihat ranting di depan matanya.

Barangsiapa hendak mengetahui aib-aibnya, maka ia hendaklah menempuh empat jalan berikut :

1. Duduk di hadapan seorang guru yang mampu mengetahui keburukan hati dan pelbagai bahaya yang
tersembunyi di dalamnya. Kemudian ia mempasrahkan dirinya kepada guru dan mengikut petunjuknya
dalam bermujahadah membersihkan aib itu. Ini adalah keadaan seorang murid dengan syeikhnya dan seorang pelajar dengan gurunya. Guru akan menunjukkan aib-aibnya dan cara merawatnya, tetapi di zaman ini guru seperti ini amat sukar dicari.

2. Mencari seorang teman yang jujur, memiliki basiroh (mata hati yang tajam) dan berpegang pada agama.
Ia kemudian menjadikan temannya itu sebagai pengawas yang mengamati keadaan, perbuatan serta semua aib batin dan zahirnya sehingga ia dapat memperingatkannya. Demikian inilah yang dahulu dilakukan oleh orang-orang yang cerdik, orang-orang yang terkemuka dan para pemimpin agama.

Umar RadiyaLlahu ‘anhu berkata : “Semoga Allah merahmati orang yang dapat menunjukkan aib-aib
kepadaku.”

Ketika Salman mengunjunginya, beliau berkata : “ Cuba sebutkan perilakuku yang tidak engkau sukai.”
Salman menolak dengan halus. Tetapi beliau terus memaksa. 

Akhirnya Salman berkata : “Aku mendengar
engkau makan dengan 2 lauk dan memiliki 2 pakaian: satu engkau memakainya di siang hari dan satu lagi
engkau memakainya di malam hari.”
“Selain itu adakah hal lain yang engkau tidak sukai?” Tanya Saidina Umar.
“Tidak”

“Sesungguhnya dua perbuatan yang engkau sebutkan tadi telah kutinggalkan,” ucap beliau.
Beliau (Saidina Umar RadiyaLlahu ‘anhu) pernah bertanya kepada Huzaifah. “Engkau adalah sohibus sir
(orang yang mengetahui pelbagai rahsia. Di antaranya Huzaifah mengetahui siapa yang munafik dan siapa
yang bukan munafik) RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam yang dapat mengenali orang munafik. 

Apakah engkau melihat tanda-tanda kemunafikan pada diriku?” Perhatikan, Saidina Umar dengan kedudukan yang agung dan mulia masih mencurigai dirinya. Semakin cemerlang akal seseorang dan semakin tinggi kedudukannya, ia akan jarang berbangga hati dan semakin sering mencurigai dirinya sendiri. Yang kedua ini juga sudah sukar untuk dicari. Sedikit teman yang mahu berterus terang dan menunjukkan aib kita.

3. Berusaha mengetahui aib dari ucapan musuh-musuhnya. Sebab, pandangan yang penuh kebencian akan berusaha menyingkap keburukan seseorang. Boleh jadi manfaat yang diperolehi seseorang dari musuh yang sangat membencinya dan suka mencari-cari kesalahannya adalah lebih banyak dari teman yang suka bermanis muka, memuji dan menyembunyikan aib-aibnya.

Smber:ibnu..

0 comments: