Sabtu, 8 Mei 2010

Sudah bersediakah aku

“Kesian…” kata Zahir dan Isteri tepat memandang anak mata saya. Saya tersenyum dan membisu seperti tidak dgr apa-apa. Kelu.

Air mata mengalir laju. Tanpa dapat saya tahan. Ia bagai meruntun dan merentap hati untuk menginsafi kelebihan diri yang dianugerahkan Ilahi.

Berbanding mereka yang tiada upaya melihat, terasa betapa bertuahnya diri ini kerana diberikan kesempatan untuk meyaksikan cahaya gemilang sang purnama kala malam menjengah diri.

Memandang penuh cinta wajah-wajah tersayang yang mengelilingi kehidupan, dan lebih dari itu, menatap baris demi baris ayat-ayat Allah yang indah dan mengasyikkan.

Subhanallah ! Maha suci Allah yang mengurniakan sepasang mata untuk melihat segala yang ada di dunia.

Sepasang mata untuk memerhati dan meneliti. Sepasang mata yang dengannya akan menentukan pengkajian aqal, menjustifikasikan penilaian hati.
Pandangan mata pejam atau celik???atau mata hati yg kita gunakan?

Alangkah baiknya jika kajian aqal yang sering tersalah itu, juga pandangan mata yang sering menipu itu dikompromi dan ditanyakan terlebih dahulu kepada hati nurani, agar apa-apa yang tercetus dari kedua-duanya dapat diperbetulkan oleh pandangan ‘mata’ hati yang hakiki. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Mintalah fatwa (nasihat) pada hatimu, kebaikan adalah sesuatu yang membuat hatimu tenang, dan keburukan adalah sesuatu yang membuat hati gelisah.” ( Riwayat Ahmad dan ad Darimi )

Sayangnya, masih ramai yang tidak mampu mendengar bisikan hati ini lantaran sifatnya yang sangat halus. Namun, saya yakin dan percaya setiap orang mampu. Hanya saja belum biasa mendengarkannya, kerana sering mengabaikan apa yang dinasihatkan oleh hati dan jiwa, sebaliknya lebih cenderung mendengar dan menuruti apa yang terdengar dan terlihat oleh pancaindera biasa.

Saya suka berkongsi sedikit pandangan dari Syeikh Anwar al Awlaki tentang bagaimana sepatutnya seseorang yang mengaku beriman menatangi kehidupan.

Menurut beliau, sebagai Muslim sewajarnya setiap saat yang ada tidak boleh dibiarkan berlalu sia-sia. Jangan ada satu saat pun yang terbuang tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk akhirat di dalamnya.

Beliau turut menyatakan bagaimana sudut pandang kelompok Muslim yang seharusnya berbeza dari golongan bukan Islam yang menganggap kehidupan ini adalah satu pertarungan menentang alam ( nature ). Alam yang di dalamnya ada pelbagai musim. Musim dingin, musim bunga, panas dan luruh yang bergiliran tiba sepanjang tahun.

Lalu, apabila mereka merasa telah berjaya mengatasi alam usai empat musim ini dengan pelbagai masalah dan rintangan di dalamnya, hari demi hari, bulan demi bulan hingga sampai ke tahun berikutnya, maka kemenangan itu mereka raikan dengan menyambut hari ulangtahun kelahiran ( birthday ) secara besar-besaran.

Bagi mereka sambutan atau perayaan hari jadi adalah sesuatu yang sangat penting. Ia petanda kejayaan mereka mengalahkan alam yang bersilihganti musimnya sehingga berjaya hidup setahun lagi.

Akan tetapi, pandangan hidup Muslim bukan begitu. Hidup ini bukan menentang alam ciptaan Tuhan, bahkan kehidupan di dunia ini tidak lain adalah satu pengabdian yang telah diatur oleh-Nya. Usaha yang dilakukan sepanjang kehidupan, sebenarnya bukan untuk bahagia di dunia semata, akan tetapi lebih dari itu, ia adalah untuk kebahagiaan yang kekal di ‘sana’.

Lantaran itu, usia yang berlalu seharusnya diisi dengan muhasabah dan menilai diri. Setahun yang pergi berganti tahun yang baru, beerti pertemuan kita dengan Tuhan Yang Maha Esa semakin menghampiri.

Bila-bila sahaja ‘kiamat’ kecil akan datang tanpa diundang. Mengambil kita dari orang-orang yang tersayang. Memisahkan kita dari dunia, harta dan kemewahan yang sementara, kepada kesenangan di akhirat yang abadi selamanya.

Persoalannya, telah bersediakah kita?
Kerana itu, marilah kita bertaqwa kepada Allah. Menyedari dengan nurani yang suci dari mana asal usul mata pencarian kita. Rezeki yang disangka terlewat tibanya, janganlah kita memburunya dengan jalan maksiat kepada Allah. Sesungguhnya, apa yang ada di sisi Allah, syurga dan segala kenikmatan di dalamnya, hanya bisa diraih dengan ketaatan dan kepatuhan.


Rezeki kita bukan datang dari manusia. Baik mereka raja, penguasa atau pemerintah negara. Justeru itu, janganlah bimbang untuk mengatakan yang hak dan menyanggah yang batil.

Kekuasaan Allah lebih besar dari kuasa yang ada pada semua penguasa di dunia, lantaran mereka juga manusia seperti kita. Hidup mereka atas rezeki yang diberi oleh-Nya.

Kekayaan yang dimiliki-Nya juga tidak terhitung, tidak terbanding kekayaan yang ada pada semua raja seluruh semesta, lantaran mereka juga manusia seperti kita. Hidup dengan kurnia dan harta pemberian dari Allah jua.

Insafilah sabda dari Baginda Rasulullah SAW ini, yang bermaksud :

“Seandainya satu kaum berkumpul untuk memberi suatu manfaat kepadamu, maka mereka tidak dapat memberi manfaat kepadamu kecuali dengan sesuatu yg telah ditetapkan Allah untukmu. Sebaliknya, jika mereka berkumpul untuk memberi suatu kemudharatan kepadamu, maka mereka tidak dapat memberi kemudharatan kepadamu kecuali dengan sesuatu yg telah Allah tetapkan atasmu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.’”
( Hadis riwayat At-Tirmidzi )

Semoga ingatan ini memberi manfaat kepada saudari, kalaupun tidak banyak sedikit pun sudah memadai. Saya hanya menyampaikan. Hidayah dan taufiq adalah urusan Tuhan.

Mudah-mudahan, segala amalan, harta dan kesenangan kita di dunia ini, akan dipermudahkan oleh Allah untuk diadili di hari pembelaan nanti.”


“Ya Allah, permudahkanlah perhitunganku.” ( Riwayat al Hakim )

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Jumpa lagi, InsyaAllah.


Sumber:Ibnu...

4 comments:

ina berkata...

Assalamualaikum.........
Seperti ade maksud tersurat dan tersirat dalam coretan ini.Blg nisa jelaskan kalau xkeberatan

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

ermm itu luahan hati ibnu tuu dik..ermm akak xsngp nk bca n bg penerangan lbh..ermm..luahan seorg pesakit kronik ...ajal maut ditngn Allah swt semua sedia maklum..xkra tua muda, shat sakit, lapang atau busy, kuat atau tak..mskin atau kaya..kita semua kan hadapinya..cm bila??itu kta tak th...org yg sdng skit mcm ibnu pun memikirkan sudah bersediakah die..klo kita????yg shat?ermm sm2 kita muhasabah melalui coretan ini..

liza berkata...

Maksud yg mendalam.Terasa sebak bile didalami setiap ertikata.Diri ini terlalu jauh dan hina disisi Allah.Ya Allah ampunkan dosaku serta berikan ku petunjuk dan hidayah seperna mana kau berikan pada sahabat ku.Amin.

Nur Mawaddah Mahdiyah berkata...

liza:
ermm alhamdulillah anti fhm mksd tersrt dan tersrt dlm ni ..

Hai anakku; org yg mrsa drinya hina dan rendh diri dlm bribdat dan taat kpd ALLAH, mka dia tawdduk kpd ALLAH, dia akn lbh dkt kpd ALLAH dan slalu brusaha mnghindarkn mksiat kpd ALLAH(nsht luqman Al-Hakim)....