Khamis, 2 Julai 2009

Ambil DNA mayat bayi

Harian Metro
2 Julai 2009

JOHOR BAHRU: Polis mengambil contoh DNA mayat bayi lelaki ditemui mati di sisi seorang bekas siswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang turut meninggal dunia selepas melahirkan anak dalam sebuah bilik di asrama universiti itu, Isnin lalu.

Contoh DNA itu diambil bertujuan mengenal pasti identiti bapa bayi wanita berusia 26 tahun itu yang turut menjadi buruan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya kini menjalankan siasatan terperinci meliputi semua aspek walaupun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikaitkan.

Katanya, sehingga semalam, pihaknya belum membuat sebarang tangkapan dan masih menjejaki lelaki yang bertanggungjawab terhadap kehamilan wanita berasal dari Kelantan itu.

“Bedah siasat dilakukan mendapati wanita berkenaan meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah ketika melahirkan anak bersendirian.

Sementara itu, Penolong Pendaftar (Media dan Hubungan Luar) Jabatan Hal Ehwal Korporat UTM, Sabri Ahmad berkata, wanita terbabit pelajar yang tercicir dari universiti.

Beliau berkata, mangsa itu yang berusia 26 tahun gagal peperiksaan semester pertama dalam tahun keempatnya pada November lalu.

“Dia menyewa bilik di asrama itu sejak 11 Mei dan sebelum ini pelajar fakulti Sains,” katanya.

Orang luar dibenarkan menyewa bilik di universiti itu mengikut kes.

0 comments: