Khamis, 25 November 2010

Tabarruj: Satu keperluan atau kehendak?

*** Bismillahirrahmanirrahim *** 
***Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang***


Tabarruj? Apakah dia tabarruj??..Tabarruj ialah perbuatan berhias atau berpakaian secara berlebih-lebihan bagi seseorang wanita sehingga menarik perhatian ramai, tetapi tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat). Ini dibatasi dengan tanpa membuka bahagian-bahagian sulit (aurat) kerana tabarruj dengan memperlihatkan aurat adalah dilarang tanpa mengambil kira samaada seseorang wanita itu menarik perhatian ataupun tidak.

Isunya bukanlah tidak menutup aurat. Contohnya, perbuatan seperti memakai makeup di muka, di jari, di tudung atau baju atau menghiasi kaki seperti memakai gelang kaki. Kesemua perbuatan berhias ini, jika tidak menjadi kebiasaan di kawasan di mana seseorang wanita itu tinggal, dan perhiasan ini menarik perhatian, maka ini dipanggil tabarruj dan ini adalah dilarang..

Jadi contohnya, jika seseorang wanita itu mewarnai kukunya di dalam sebuah kampung yang kebiasaan wanita-wanitanya tidak mewarnai kuku mereka, maka perbuatan berhias ini akan menarik perhatian dan ini adalah dilarang walaupun tapak tangan bukanlah aurat. Dan jika seorang wanita itu berjalan, kedengaran bunyi gelang kakinya dan menarik perhatian kepada perhiasan di kakinya walaupun kakinya tertutup, ini juga dianggap tabarruj dan ia adalah dilarang. Contoh lain ialah jika seseorang wanita itu memakai tudung yang bukan kebiasaannya, dan ini menarik perhatian, maka ini dianggap tabarruj dan ia adalah dilarang walaupun rambutnya terlindung. Selain itu, jika seseorang wanita memakai jilbab (jubah) yang mempunyai motif di bahagian dada yang boleh menarik perhatian, maka ini adalah tabarruj dan ini adalah dilarang walaupun jilbab adalah pakaian yang syar'ie.

Menarik perhatian adalah penentu samaada berpakaian itu adalah tabarruj ataupun tidak. Manakala berpakaian yang tidak menutup aurat pula bukan terletak pada hukum tabarruj, tetapi pada hukum aurat dan dalil-dalilnya adalah jelas, di mana seseorang wanita itu dilarang membuka auratnya walaupun tidak menarik perhatian. Ini jelas sebagaimana Allah berfirman dalam surah an-Nur yang bermaksud:
"Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.".

Kecuali yang biasa nampak daripadanya, bererti muka dan dua tapak tangannya seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas (semoga Allah merahmatinya).. Dan Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud" Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya muka dan kedua tapak tangannya sahaja yang boleh kelihatan"..

Seringkali wanita-wanita di masa kini berpakaian tidak seperti apa yang telah disyariatkan oleh Islam. Terdapat di antara mereka yang berpakaian menjolokkan mata. Contohnya pakaian mereka ketat, jarang, terbelah sana sini dan sebagainya. Ditambah pula dengan makeup yang tebal di muka dan tudung yang tidak menutup dada..

Dahlah baju jarang, menarik perhatian pula warnanya..Muka pula makeup 3 inci tebalnya..Lepas itu, pergi pula ke majlis kahwin, shoping, pergi kerja dan sebagainya..Manalah kaum Adam tidak terjejas nafsunya..

Wahai kaum Hawa, insaflah dan adakah anda ingin diri anda diratah oleh manusia yang bertopengkan syaitan??..

Oleh yang demikian, wanita dilarang sama sekali mendedahkan auratnya kecuali muka dan tapak tangan..Hanya suami mereka sahaja dibenarkan untuk melihatnya. "Wahai insan yang bernama wanita, dirimu dan anggota tubuhmu adalah perhiasan yang sangat cantik..Justeru itu, jagalah perhiasanmu yang dianugerahkan oleh Allah Yang Maha Esa itu dengan sebaik-baiknya dan janganlah biarkan dirimu lemah disebabkan bisikan syaitan yang menyesatkan itu"...

Sama-samalah kita meinginsafi diri..Ingatlah bahawa kita ini adalah milik Allah. Tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadat kepadaNya dan mengikut segala suruhan dan laranganNya. Adakah kita dengan rasa bangga ingin menunjukkan perhiasan kita dilihat oleh bukan mahram??Tidak rasa bersalahkah kita, tidak takutkah kita dengan seksaan Allah di akhirat kelak??..Kepada insan yang bernama wanita, hiaskanlah dirimu dengan akhlak dan peribadi yang mulia.. Kerana sebaik-baik wanita adalah wanita solehah......

0 comments: