Khamis, 2 September 2010

ZAKAT PENDAPATAN

TAKRIF PENDAPATAN (AL-MUSTAFAD)
Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

DALIL WAJIB ZAKAT
Firman Allah s.w.t:
"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu." Surah al-Baqarah (ayat 267)

Allah menjelaskan bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan  sedekah".

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tunaikanlah zakat harta kamu".  (Riwayat at-Tirmizi)

JENIS-JENIS HARTA PENDAPATAN
Ulama' mutaakhirin membahagikan Mal al-Mustafad kepada tiga jenis seperti berikut

1. Penggajian dan Upah Kerja
Semua pendapatan secara gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan sebgainya ang diperolehi oleh pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya, sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat (pencen) atau selepas kematian.

Contoh :
Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.

Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.

2. Zakat Harta Kerja Bebas
Semua pendapatan secara upah, bayaran, imbuhan , royalti, komisyen dan sebagainya yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.

Contoh :
a.         Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.
b.         Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.
c.          Komisyen dan residual income - pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.
d.         Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.

3. Zakat Harta al-Mustaghallat
Semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya.

Contoh :
a.         Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.
            b.         Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.
c.       Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual

TOLAKAN ZAKAT DAN KEPERLUAN ASASI (HAD KIFAYAH)
Fuhaqa' berittifaq (bersepakat) bahawa keperluan asasi yang sangat dihajari oleh manusia adalah terlepas daripada kewajipan zakat.
Dalil :

Firman Allah s.w.t:
"Dan mereka bertanya kepada kamu " apakah yang mereka akan belajakan (dermakan)? Katakanlah : Yang berlebih dari keperluan (kamu)." Surah al-Baqarah (ayat 219)

Asas had al-kifayah ialah segala keperluan asasi yang mesti ada pada diri seseorang dan tanggungannya seperti isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik dan sebagainya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"Cukup seseorang itu berdosa apabila ia mengabaikan nafkah orang yang ditanggungnya". (sunan Abu Daud)

Keperluan asasi yang diambil kita dalam penentuan Had al-Kafayah adalah seperti berikut :

1. Perlindungan
2. Makanan dan minuman
3. Pakaian
4. Perubahan
5. Pendidikan
6. Pengangkutan

KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT
Berikut adalah jadual taksiran zakat pendapatan mengikut Fatwa Zakat Pendapatan, Mac 2010 seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.



BAHAGIAN A : Komponen Pendapatan
RM
A1 : Hasil Penggajian & Upah
Gaji & Elaun & Bonus
Ganjaran, Gatuiti dan Keuntungan ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja)
Lain-lain
A2 : Hasil Bebas & Professional
Perkhidmatan Konsultansi Professional
Komisyen dan Residual Income
Royalti & Honorarium
Hasil projek bermusim
Hasil tunai sekali sekali seperti hasil pembiayaan semula aset atau jualan aset tetap atau pinjaman bank yang tiada tujuan dan lain-lain.
A3 : Hasil al-Mustagallat
Hasil sewaan Tanah / Bangunan / Kenderaan / Pengangkutan
Hasil pertanian kekal seperti getah, kelapa sawit, durian dan sebagainya yang pokok dan tapaknya tidak dijual
Lain-lain
JUMLAH PENDAPATAN (A1 + A2 + A3)
BAHAGIAN B : Komponen Kos Projek
RM
B1 : Kos Hasil Bebas & Profesional (Jika Berkenaan)
Bayar upah pekerja
Pembelian barang dan peralatan kerja
Cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain
Lain-lain kos
B2 : Kos Hasil al-Mustaghallat
Penyelenggaraan & baik pulih aset tetap
Kos penjagaan tapak ladang/ternakan
Cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain
JUMLAH KOS HASIL BEBAS & PROFESIONAL DAN KOS HASIL al-MUSTAGHALLAT (B1 + B2)
BAHAGIAN C : Tolakan Had Kifayah
RM
C1 : Had Kifayah Isi Rumah
Diri
8,200
Isteri
RM5,000/seorang
Tanggungan tidak bekerja (18 tahun ke atas)
RM2,900/seorang
Anak berumur 7-17 tahun
RM2,200/seorang
Anak berumur 0-6 tahun
RM1,500/seorang
C2 : Had Kifayah Tambahan (Jika Berkenaan)
Tanggungan anak cacat
RM2,400/seorang
Tanggungan pesakit kronik
RM2,400/seorang
Cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain
JUMLAH TOLAKAN HAD KIFAYAH (C1 + C2)
BAHAGIAN D : Tolakan lain
RM
Kategori Tolakan Lain
Caruman KWSP (Jumlah kasar gaji x 11%)
Caruman tahunan di institusi yang membayar zakat bagi ahli ataupun pemegang saham seperti :
Lembaga Tabung Haji
Koperasi/Institusi yang membayar zakat
JUMLAH TOLAKAN LAIN
BAHAGIAN E : Pendapatan Bersih yang Dizakatkan
RM
= Jumlah Bahagian A

TOLAK (-)

(Jumlah Bahagian B + Jumlah Bahagian C + Jumlah Bahagian D)

Zakat Wajib Dibayar = Amaun Bahagian E x 2.5%


*Amaun Bahagian E mestilah sekurang-kurangnya sama dengan nisab zakat.

Rabu, 1 September 2010

ZAKAT FITRAH

 JENIS ZAKAT

1. Zakat Fitrah
 ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat  yang ditetapkan.

2. Zakat Harta

TAKRIF PENDAPATAN (AL-MUSTAFAD)

Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.

DALIL WAJIB ZAKAT
Firman Allah s.w.t:
“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."  Surah al-Baqarah (ayat 267)

Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:

a.     Zakat Pendapatan
b.     Zakat Perniagaan
c.     Zakat Binatang Ternakan
d.     Zakat Pertanian
e.     Zakat Wang Simpanan
f.      Zakat Emas dan Perak
g.     Zakat Saham
h.     Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz ***

***
Ma'adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)
  
SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1.  Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2.  Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. 
3.  Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. 
4.   Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan 


KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

"...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim


KADAR FITRAH
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
 

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH 
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5: 

WAKTU WAJIB - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
WAKTU YANG PALING AFDHAL - Sebelum sembahyang Hari Raya
WAKTU SUNAT - Sepanjang bulan Ramadhan
WAKTU MAKRUH - Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
WAKTU HARAM - Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosa nya. 

ASNAF (YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT)

Allah SWT telah mnetapkan kemana arah zakat akan dberikan iaitu sasarannya telah ditentukan dlm  surah At-Taubah ayat 60 iaitu:

“ Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Secara ringkasnya..dari surah At-Taubah ayat 60 menyatakan sasaran2 yang layak untuk diberikan dan menerima zakat adalah:
1. Fakir miskin
2. Amil (pengurus zakat)
3. Mualaf
4. Membebaskan hamba
5. Orang yang berhutang (Gharim)
6. Berjuang di jalan Allah (Sabilillah)
7. Ibnu Sabil (musafir)

Sumber:
2.       Ringkasan dan rujukan dari Buku Feqah Untuk Wanita –Muhammad Thiriq Akhyar Al Medani