TAKRIF PENDAPATAN (AL-MUSTAFAD)
Harta pendapatan bermaksud semua jenis upah, imbuhan, bayaran atau hasil yang diperolehi daripada kerja atau usaha yang dilakukan sama ada secara tetap atau sekali sekali.
DALIL WAJIB ZAKAT
Firman Allah s.w.t:
"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu." Surah al-Baqarah (ayat 267)
Allah menjelaskan bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajib dizakat.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapat sesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu merupakan sedekah".
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tunaikanlah zakat harta kamu". (Riwayat at-Tirmizi)
JENIS-JENIS HARTA PENDAPATAN
Ulama' mutaakhirin membahagikan Mal al-Mustafad kepada tiga jenis seperti berikut
1. Penggajian dan Upah Kerja
Semua pendapatan secara gaji, upah, ganjaran, imbuhan dan sebgainya ang diperolehi oleh pekerja daripada majikan, hasil daripada usaha atau pekerjaan yang dilakukan untuk majikannya, sama ada semasa berkhidmat, selepas berkhidmat (pencen) atau selepas kematian.
Contoh :
Gaji, upah, bonus, tuntukan kerja lebih masa, gratuiti, pampasan, pencen, hadiah , anugerah & insentif, hasil ESOS (Skim pilihan sahan pekerja) dan sebagainya.
Apa-apa hasil yang diperolehi dengan sebab pekerjaan atau penggajian.
2. Zakat Harta Kerja Bebas
Semua pendapatan secara upah, bayaran, imbuhan , royalti, komisyen dan sebagainya yang diperolehi hasil daripada usaha dalam bentuk kerja bebas atau perkhidmatan profesional.
Contoh :
a. Bayaran perkhidmatan konsultansi profesional seperti peguam, arkitek, doktor klinik atau hospital swasta dan sebagainya.
b. Bayaran projek yang diterima oleh kontraktor dan keuntungan projek bermusim.
c. Komisyen dan residual income - pendapatan dari jualan insurans, takaful, unit trust, brokeraj dan seumpamanya.
d. Bayaran royalti atau komisyen yang diterima hasl penulisan, penerbitan, aktiviti seni dan sebagainya.
3. Zakat Harta al-Mustaghallat
Semua pendapatan yang diperolehi daripada harta yang tidak diwajibkan zakat tetapi mendatangkan pulangan dengan cara sewaan atau jualan hasilnya.
Contoh :
a. Hasil sewaan rumah, bangunan, kilang, premis, perniagaan dan sebagainya.
b. Hasil sewaan kenderaan, pengangkutan, peralatan, aset atau sebagainya.
c. Hasil yang dikeluarkan oleh binatang ternakan seperti susu, telur, madu dan sebagainya yang dijual
TOLAKAN ZAKAT DAN KEPERLUAN ASASI (HAD KIFAYAH)
Fuhaqa' berittifaq (bersepakat) bahawa keperluan asasi yang sangat dihajari oleh manusia adalah terlepas daripada kewajipan zakat.
Dalil :
Firman Allah s.w.t:
"Dan mereka bertanya kepada kamu " apakah yang mereka akan belajakan (dermakan)? Katakanlah : Yang berlebih dari keperluan (kamu)." Surah al-Baqarah (ayat 219)
Asas had al-kifayah ialah segala keperluan asasi yang mesti ada pada diri seseorang dan tanggungannya seperti isteri, anak-anak, ibubapa, adik beradik dan sebagainya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Cukup seseorang itu berdosa apabila ia mengabaikan nafkah orang yang ditanggungnya". (sunan Abu Daud)
Keperluan asasi yang diambil kita dalam penentuan Had al-Kafayah adalah seperti berikut :
1. Perlindungan
2. Makanan dan minuman
3. Pakaian
4. Perubahan
5. Pendidikan
6. Pengangkutan
KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT
Berikut adalah jadual taksiran zakat pendapatan mengikut Fatwa Zakat Pendapatan, Mac 2010 seperti yang diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
BAHAGIAN A : Komponen Pendapatan | RM |
A1 : Hasil Penggajian & Upah | |
Gaji & Elaun & Bonus | |
Ganjaran, Gatuiti dan Keuntungan ESOS (Skim Pilihan Saham Pekerja) | |
Lain-lain | |
| |
A2 : Hasil Bebas & Professional | |
Perkhidmatan Konsultansi Professional | |
Komisyen dan Residual Income | |
Royalti & Honorarium | |
Hasil projek bermusim | |
Hasil tunai sekali sekali seperti hasil pembiayaan semula aset atau jualan aset tetap atau pinjaman bank yang tiada tujuan dan lain-lain. | |
| |
A3 : Hasil al-Mustagallat | |
Hasil sewaan Tanah / Bangunan / Kenderaan / Pengangkutan | |
Hasil pertanian kekal seperti getah, kelapa sawit, durian dan sebagainya yang pokok dan tapaknya tidak dijual | |
Lain-lain | |
JUMLAH PENDAPATAN (A1 + A2 + A3) | |
| |
BAHAGIAN B : Komponen Kos Projek | RM |
B1 : Kos Hasil Bebas & Profesional (Jika Berkenaan) | |
Bayar upah pekerja | |
Pembelian barang dan peralatan kerja | |
Cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain | |
Lain-lain kos | |
| |
B2 : Kos Hasil al-Mustaghallat | |
Penyelenggaraan & baik pulih aset tetap | |
Kos penjagaan tapak ladang/ternakan | |
Cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain | |
JUMLAH KOS HASIL BEBAS & PROFESIONAL DAN KOS HASIL al-MUSTAGHALLAT (B1 + B2) | |
| |
BAHAGIAN C : Tolakan Had Kifayah | RM |
C1 : Had Kifayah Isi Rumah | |
Diri | 8,200 |
Isteri | RM5,000/seorang | |
Tanggungan tidak bekerja (18 tahun ke atas) | RM2,900/seorang | |
Anak berumur 7-17 tahun | RM2,200/seorang | |
Anak berumur 0-6 tahun | RM1,500/seorang | |
| | |
C2 : Had Kifayah Tambahan (Jika Berkenaan) | | |
Tanggungan anak cacat | RM2,400/seorang | |
Tanggungan pesakit kronik | RM2,400/seorang | |
Cukai, yuran guaman, bayaran lesen & lain-lain | |
JUMLAH TOLAKAN HAD KIFAYAH (C1 + C2) | |
| |
BAHAGIAN D : Tolakan lain | RM |
Kategori Tolakan Lain | |
Caruman KWSP (Jumlah kasar gaji x 11%) | |
Caruman tahunan di institusi yang membayar zakat bagi ahli ataupun pemegang saham seperti : | |
Lembaga Tabung Haji | |
Koperasi/Institusi yang membayar zakat | |
JUMLAH TOLAKAN LAIN | |
| |
BAHAGIAN E : Pendapatan Bersih yang Dizakatkan | RM |
(Jumlah Bahagian B + Jumlah Bahagian C + Jumlah Bahagian D) |
| |
Zakat Wajib Dibayar = Amaun Bahagian E x 2.5% |
|
*Amaun Bahagian E mestilah sekurang-kurangnya sama dengan nisab zakat. |
|
|
0 comments:
Catat Ulasan